Selasa, 2 Julai 2013

DIDUNIA MAKAN DIRI...DIAKHIRAT MAKAN APA PULAK

Pembaharuan undang-undang pilihan raya dengan kecaknaan rakyat

Mohammad Faizal Che Yusof, 02 Jul 2013
“Pembaharuan menyeluruh kepada sistem dan undang-undang pilihan raya,” itulah antara saranan yang sering disuarakan oleh mantan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Seri Abdul Rashid Abdul Rahman. Kali terakhir saya mendengar saranan tersebut daripada beliau ialah semasa berlangsungnya suatu forum yang diadakan di Kota Bharu pada 19 Januari 2013 yang lalu.

Ramai yang menyebut, apa lagi tak puashati? Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang telah Pakatan Rakyat menang. Menjadi omong-omongan juga, “kalau tak puashati juga, bawalah ke mahkamah. Nah, ungkapan inilah yang menjadi focus saya dalam penulisan ini.

Perlu kita ketahui, antara undang-undang yang disandarkan dalam petisyen pilihan raya termasuklah peruntukan-peruntukan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, (Akta 5). Pada kelazimannya, beberapa seksyen diguna termasuklah seksyen 35 dan seksyen 32.

Seksyen 35 memberi kuasa kepada mahkamah untuk membuat pengisytiharan bahawa pilihan raya terbabit tidak sah atau kemenangan sepatutnya berpihak kepada calon yang mengemukakan petisyen tersebut.

Sementara itu seksyen 32 antara lainnya memperuntukkan kemenangan calon dalam pilihan raya tersebut boleh diisytiharkan tidak sah bilamana adanya berlaku pemberian rasuah, ugutan atau perbuatan melanggar undang-undang berkaitan pilihan raya. -Pemberian rasuah, ugutan dan tindakan melanggar undang-undang terssebut perlulah pula begitu sekali menyentuh keputusan pilihan raya.

Mahkamah Persekutuan pada tahun 2005 iaitu dalam kes Dato’ Ismail Bin Kamus v Pegawai PENGURUS Pilihan Raya, Zainal Abidin Bin Azim & Ors telah mengesahkan pemakaian prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas.

Kes ini melibatkan pertikaian di kawasan pilihan raya N17 Gombak Setia pada tahun 2004. Pilihan raya umum 2004 mencatatkan sejarah tersendiri bilamana waktu pengundian dilanjutkan hingga awal malam kerana berlaku kecelaruan berkaitan lokaliti pengundian.

Apa yang lebih penting, sidang tiga hakim Mahkamah Persekutuan dalam penghakimannya telah memberi dua petunjuk utama. Pertamanya suatu perbuatan itu mestilah perbuatan salah sama ada rasuah, ugutan atau tindakan melanggari undang-undang pilihan raya. Keduanya tindakan salah itu disebutkan “begitu sekali menjejaskan keputusan pilihan raya”.

Untuk menunjukkan telah berlaku perbuatan salah,  tidaklah sukar. mudah untuk kita buktikan telah berlaku rasuah, ugutan atau sebarang perbuatan melanggari undang-undang pilihan raya.

Apa yang menjadi halangan hingga saja undang-undang kesalahan pilihan raya dilihat tidak relevan adalah syarat kedua iaitu perbuatan salah itu begitu sekali menjejaskan keputusan pilihan raya terbabit.

Adalah amat subjektif bagi menentukan setiap amalan rasuah atau perbuatan melanggar undang-undang pilihan raya itu begitu sekali menyentuh keputusan pilihan raya.

Dengan undang-undang yang ada, mahkamah boleh saja memutuskan bahawa belian undi yang berlaku biarpun menyalahi undang-undang, ianya tidaklah menjejaskan keputusan pilihan raya.

Justeru apa yang perlu orang awam ketahui, gagalnya mana-mana petisyen sebelum ini bukan bermakna tiada perlanggaran atau tiada rasuah dan belian undi. Di sinilah saya meyakini apa yang disebut dalam kajian jurispruden. Sebagai insan, hakim-hakim tetap akan dilingkungi oleh nilai-nilai setempat.

Siapa yang boleh nafikan betapa tebaran wang ringgit begitu berleluasa dalam PRU 13 lalu? Bagi kawasan-kawasan tertentu, pembelian undi oleh calon yang bertanding pada hari terakhir mencecah ribuan ringgit.

Semakin kuat seseorang itu dilihat condong menyokong parti Pakatan Rakyat, semakin tinggilah imbuhan yang diberikan sebagai balasan kepada penerima imbuhan itu akan mengundi Barisan Nasional. Nyata apa yang dilakukan oleh calon-calon Barisan Nasional itu Berjaya apabila agihan rasuah dilakukan secara teratur tanpa bocor ke dalam poket-poket broker politik.

Dalam suasana inilah, kita perlu tegas dengan nilai bahawa rasuah itulah yang mempengaruhi keputusan pengundian. Bilamana rakyat meyakini dan berpegang kepada nilai tersebut, bahawa rasuah pilihan raya itulah yang menentukan kemenangan, itulah yang perlu dinyatakan secara jelas agar mesej tersebut menghinggapi ruang dan suasana dalam perbicaraan petisyen kelak.

Harus diingat, tanpa kesedaran rakyat kepada tuntutan pembaharuan system dan undang-undang pilihan raya, selama itulah kita akan menyaksikan Barisan Nasional terus kekal di tampuk pemerintahan seperti hari ini.

23 Sya’ban 1434H.

Kenapa kes Kugan rayu, kes Altantuya tidak?

Abdul Aziz Mustafa, 02 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Mengapa dalam kes A Kugan sahaja kerajaan merayu keputusan mahkamah, tetapi enggan berbuat demikian terhadap pembebasan Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Adakah rayuan hendak dibuat dalam kes pembunuhan Kugan ketika dalam tahanan polis kerana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan (Ketua Polis Negara, Tan Sri) Khalid (Abu Bakar) bertanggungjawab atas kematian Kugan, yang disiksa ketika soal siasat sehingga menyebabkan kematian?"

"Tetapi, dalam soal pembebasan Abdul Razak dalam kes pembunuhan Altantuya pula, adakah kerajaan sengaja tidak mahu buat rayuan kerana hendak melindungi (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) yang sehingga hari ini tidak dilihat bersih oleh sebahagian besar rakyat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu," katanya.

Mahfuz berkata, apa yang berlaku itu menyebabkan rakyat semakin yakin bahawa institusi dan prosedur perundangan diperalatkan untuk kepentingan pihak yang berkuasa.

"Rakyat semakin tidak percaya kerana nampak semakin jelas bahawa pertimbangan dibuat mengikut kepentingan pihak yang ada kuasa.

"Nampak benar kerajaan mengajar rakyat supaya menjadi orang yang berkuasa di dalam kerajaan Umno atau mempunyai hubungan yang baik dengan mereka, barulah mendapat pertimbangan yang wajar dan saksama," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Dalam kes Kugan, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V T Singham memutuskan Khalid yang pada waktu itu merupakan Ketua Polis Selangor bertanggungjawab ke atas kematian suspek curi kereta itu ketika berada dalam tahanan polis empat tahun lalu.

Kaji semula SOP elak tragedi runtuh

Mohd Sabri Said, 02 Jul 2013
GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Persekutuan diminta mengkaji semula standard operating procedure (SOP) yang diguna pakai dan menekankan kepada pematuhannya agar kejadian penyambung susur Jambatan Kedua dan runtuhan rod besi penebat kilat di Menara Umno, Jalan Macalister tidak berulang lagi.

Yang Dipertua negeri, Tun Dr Abdul Rahman Abbas membuat gesaan itu sewaktu merasmikan Mesyuarat Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Ke-13 pagi tadi.

Beliau berkata,  kedua-dua pihak harus bekerjasama dalam siasatan yang akan dijalankan demi memastikan tragedi yang menyayat hati itu tidak berulang serta memastikan ia selamat kepada pengguna jalan raya.

Katanya, Pulau Pinang telah terbukti berjaya sebagai bandaraya pilihan utama pelancong, maka hindari kejadian yang boleh mengundang kebimbangan pelancong dan pelabur.

“Kedua-dua keruntuhan itu pasti memberi impak buruk terhadap pembangunan Pulau Pinang,” ujar beliau lagi.

Katanya, kejayaan menarik seramai 6.09 juta pelancong terbukti satu kejayaan yang sukar dilakukan sekiranya tiada usaha yang bersungguh-sungguh daripada pemimpin dan rakyat.
Singham berkata Khalid cuai untuk memastikan keselamatan tahanan dalam kes tersebut.

Tidak berapa lama selepas membuat penghakiman itu, Hakim Singham telah bersara dari perkhidmatan kehakiman.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kelihatan tidak  berpuashati dengan penghakiman itu berkata, kerajaan dan polis akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Beliau berkata, kerajaan akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dan jika gagal ia akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Sebaliknya, kerajaan tidak pula mahu merayu keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Abdul Razak daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya.

Dalam kenyataannya pada November 2008, Timbalan Pendakwaraya, Tun Majid Tun Hamzah mengesahkan bahawa pendakwa tidak akan memfail rayuan terhadap keputusan kes Abdul Razak tersebut.

DAP sedia bantu PAS di Kuala Besut

Muhammad Faizal, 02 Jul 2013
KUALA LUMPUR: DAP hari ini turut menyatakan komitmen akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Besut nanti.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke memberitahu semangat kerjasama di dalam Pakatan Rakyat begitu kuat dan setiap parti akan memberi sokongan serta kerjasama penuh kepada parti yang bertanding.

"Sebagai rakan di dalam Pakatan Rakyat, DAP akan memberi sokongan penuh kepada PAS pada PRK nanti.

"Kita menanti permintaan rakan kita dari PAS bentuk kerjasama yang mereka perlukan bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) nanti," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Seremban turut menjelaskan walaupun PAS mempunyai kekuatan sendiri di Terengganu, namun apa-apa pertolongan yang diperlukan dari DAP akan dipenuhi.

"Saya yakin PAS mempunyai kekuatan mereka sendiri terutamanya di Terengganu, tetapi sebagai rakan DAP akan membantu mengikut apa yang mereka perlukan," sambung beliau.

Menurut beliau memandangkan komposisi Melayu di kawasan Kuala Besut adalah lebih 98 peratus Melayu, DAP mungkin diperlukan untuk peranan sokongan.

"Kalau di pantai timur kempen itu akan dikendalikan oleh PAS, cuma kita akan memainkan peranan sokongan.

"Kita lihat bentuk sokongan yang diperlukan oleh PAS, DAP sedia membantu dan apa yang pasti pimpinan utama DAP akan turun berkempen pada PRK nanti," kata beliau lagi.

Beliau yang menegaskan PRK ini merupakan pilihanraya yang amat penting kepada Pakatan Rakyat, kemenangan PAS akan mengubah keseluruhan senario politik di Terengganu.

Penyelewengan: Desakan Adun BN makan diri

Harakahdaily, 02 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Desakan Sulaiman Razak (BN- Permatang) terhadap Dr Abdul Rani Osman (PAS-Meru) agar menyatakan bukti mengenai tuduhan penyelewengan yang didakwa berlaku ketika BN menerajui Kerajaan Selangor akhirnya memakan diri sendiri.

Dr Abdul Rani kemudian menyenaraikan skandal penyelewengan 24 bidang tanah yang diberikan kepada parti komponen Umno BN semasa memerintah negeri dari 2000 ke 2008.

Menurutnya, dalam Skandal Tanah Satu Malaysia (SAT1M) itu, Umno memperolehi 15 bidang tanah, MCA (lima), MIC (tiga) dan Gerakan (satu) dengan bayaran masing-masing hanya RM1 bagi satu kaki persegi.

“Kemudian Umno membisu atas isu Kondominium Suria Damansara yang dibina atas tanah Umno di Kelana Jaya.

“BN sebutkan di tanah inilah dia bagi tahu kononnya mereka nak naikkan dewan serbaguna untuk buat tadika. Tetapi rupa-rupanya kondominium Suria Damansara 200 unit kediaman RM450,000 setiap satu.

“Bila kita hubungi ketua Penerangan Umno ketika itu, YB Shukor kata dia tak tahu. Serah kepada Datuk Bushro yang juga tak dapat beri jawapan dan kemudian serah kepada Datuk Seri Noh Omar… ‘refuse to comment’, saya nak bagi tahu semuanya tutup mulut,” ujarnya dipetik Selangorku.

Beliau berkata demikain ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan DYMM Sultan Selangor dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam yang masuk hari kedua hari ini.

Sebelum itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri turut membangkitkan isu penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Tiada ulasan: