Khamis, 11 Julai 2013

TAK KAN NAK BIARKAN RAKYAT JAHIL ILMU AGAMA

Ramadhan: Di sebalik kehebatan tawaran itu

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, 11 Jul 2013
“Beli 1 dapat 10!!!” sehelai kain bidang dibentang seluas-luasnya.

Bukan hanya kain bidang, malah semua orang memperkatakannya.

“Talk of the town” kata orang putih.

Sebuah pasar raya membuat tawaran yang amat hebat. Bertaraf mega, bahawa apa sahaja barang yang dibeli di pasar raya itu, belian 1 akan diberi 10.

Bukan sahaja beli 1 dapat 10, malah jalan raya ke pasar raya itu telah diturap elok. Semua simpang lain telah dikenakan road block. Lebih dari itu, kedai-kedai lain juga ditutup. Semuanya demi memudahkan kita pergi mendapatkan tawaran mega itu iaitu beli 1 dapat 10.

Dengan pelbagai cabutan bertuah yang ada, anda mungkin dapat lebih dari 10. Ada hari istimewa di hujung-hujung mega sale itu, anda boleh dapat 1000! Ya, melampau sungguh tawaran itu. Hanya pasar raya yang maha untung dan kaya sahaja mampu menawarkan pakej sehebat ini.

Tiba-tiba, anda buat tidak peduli sahaja. Melangut duduk di rumah dan hanya memekakkan telinga dan membutakan mata daripada mendengar dan melihat keghairahan orang lain berjalan, berlari, berkereta dan mungkin ada yang sampai merangkak untuk ke pasar raya berkenaan. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Maknanya, anda memang tak teringin langsung dengan apa yang ditawarkan. Tak ada hati langsung… tak ada kena mengena langsung!

Ramadhan

Rasulullah SAW bersabda:

”Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah, maka ia memperoleh satu kebaikan, dan satu kebaikan berlipat sepuluh kali. Aku tidak katakana alif lam mim itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf.” (HR. Tirmidzi)

Bukan sahaja begitu, malah Lailatul Qadar juga harus dilihat sebagai kemuncaknya.

“Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan.” [Surah al-Qadr : ayat 3]

Sudahlah Allah berjanji begitu, dipermudahkan pula segala jalan untuk merebutnya.

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat”

Tiba-tiba

Tiba-tiba kita buat tidak tahu sahaja. Macam tiada apa-apa yang berlaku. Tidak teringin nak menambah amal. Tidak tergerak untuk meninggalkan kejahatan. Dosa, pahala, Syurga, Neraka, memang tak menarik langsung untuk diberi perhatian.

Maknanya memang seseorang yang tidak mempedulikan Ramadhan, tak ingin langsung dengan apa-apa yang ada di sisi Tuhan. Tak peduli dan langsung tidak mahu mengambil tahu. Sungguh orang seperti ini tiada kena mengena dengan Allah SWT!

Pinggan tak retak, nasi tak dingin,

Allah tak hendak, dia pun tak ingin!

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka). Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan.” [Surah al-Hashr : ayat 19-20]

http://saifulislam.com/

Pintu Rafah dibuka selepas 6 hari ditutup

Harakahdaily, 11 Jul 2013
MESIR: Pihak berkuasa Mesir membuka semula pintu sempadan Rafah bagi memberikan peluang kepada rakyat Palestin di Gaza masuk dan keluar Mesir seperti baiasa untuk menguruskan keperluan harian mereka.

Pembukaan pagi ini itu dibuat selepas enam hari berturut-turut ianya ditutup selepas pihak tentera melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden Dr Mohammad Morsi.

Berita pembukaan itu disambut penuh syukur penduduk Gaza yang sebelum ini terpaksa berkampung dipintu masuk itu menunggu ianya dibuka.

Ianya juga turut mengembirakan rakayat Palestin di Mesir yang akhirnya boleh balik bertemu keluarga di Gaza untuk menyambut hari pertama Ramadan bersama mereka.

Sejak awal pagi, ratusan penduduk Gaza yang ingin menyeberangi pintu sempadan terpaksa beratur panjang. Pihak berkuasa Mesir hanya mengehadkan waktu pintu tersebut dibuka sebelum ditutup semula.

Kuala Besut: Celup atau calit, pastikan dakwat kekal

Anis Nazri, 11 Jul 2013

KUALA LUMPUR: Sama ada dicalit dakwat atau dicelup jari ke dakwat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memastikan dakwat yang akan digunakan pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut kelak benar-benar kekal.
"Isunya bukan calit, celup atau mandi sekalipun. Isunya dakwat itu mampu kekal ataupun tidak. Sebelum ini, ada orang pertikai kena calit dakwat di jari mereka. Tidak ada. Yang orang pertikai apabila dakwat yang dikatakan kekal, tidak kekal walaupun baru selesai membuang undi," tegas Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd yang menetapkan pengundi PRK Kuala Besut perlu mencelup jari telunjuk kiri ke dalam dakwat kekal yang disediakan pada hari mengundi dan tidak lagi sekadar dicalit oleh pegawai bertugas seperti yang dilakukan pada pilihan raya umum lepas.

Tambah Dr. Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, untuk PRK Kuala Besut ini, SPR perlu memastikan dakwat yang akan diguna pada hari mengundi nanti benar-benar kekal.

"Janganlah SPR konon cuba hendak buat penambahbaikan dengan menukar cara dakwat digunakan.  Itu bukan isunya.  Kali ini, kena pastikan betul-betul dakwat itu dakwat kekal, bukan pewarna makanan," kata beliau sambil menyifatkan PRK kali ini bukan medan untuk SPR membersihkan imej atau penambahbaikan.

Katanya, kalau SPR ingin menebus kepincangan yang dilakukannya sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung sebelum ini, terlalu banyak yang perlu dilakukan badan itu untuk tujuan tersebut.

"Kalau hendak tebus kesilapan SPR, tidak tertebus dengan ubah cara penggunaan dakwat ini.  Terlalu banyak kesalahan SPR.  Kalau hendak tebus juga, SPR kena buat banyak lagi (perubahan)," tegas beliau.
Abdul Aziz, dalam satu kenyataan mengulangi bahawa penggunaan dakwat kekal merupakan prosedur tambahan pengundian bagi mengelak sebarang percubaan mengundi dua kali oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kali ini dakwat kekal akan digunakan pada hari pengundian awal 20 Julai dan pengundian biasa pada 24 Julai.

Sebelum ini, ramai pihak, khususnya Pakatan Rakyat dan juga pengundi melahirkan rasa tidak puas hati apabila dakwat yang dicalitkan di jari mereka hilang sejurus beberapa jam selepas membuang undi.

Ekoran itu, beberapa laporan polis dibuat memandangkan SPR sebelum itu memberi jaminan bahawa dakwat yang digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kekal bertahan selama tujuh hari.

Kabinet 2013 serius cegah rasuah atau retorik

Harakahdaily, 11 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan gesaan unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri supaya perubahan lebih radikal dibuat dalam usaha memerangi rasuah di Malaysia di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah.

Bagi DPPM, usaha radikal Pemandu perlu digalakkan dan disambut baik semua pihak kerana Pemandu mewujudkan suatu kesedaran bahawa rasuah adalah jenayah dan musuh yang menghancurkan negara.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, jenayah rasuah tidak boleh dipandang ringan dan dibiarkan begitu sahaja sebaliknya perlu usaha bersungguh-sungguh bagi memeranginya. 

“PAS dan Pakatan Rakyat telah lama memberikan komitmen terhadap perkara ini dan sanggup bekerjasama bagi memastikan pelaku rasuah diambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Malah, ujar beliau siri-siri pembongkaran terhadap kegiatan rasuah kerap dibuat bagi memastikan negara ini selamat dari gejala ini.

PR juga, ujarnya sering menyerahkan dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai bukti sayangnya PR bersama rakyat terhadap negara ini dari dicemari oleh pelaku rasuah.

“DPPM mencadangkan sekiranya Pemandu benar-benar mahu berusaha secara radikal dalam memerangi rasuah, maka tindakan susulan yang lebih agresif dan radikal juga wajar diambil termasuk terhadap semua golongan bermula dari pemimpin negara sehinggalah kepada rakyat biasa,” katanya lagi.

Tambahnya, tidak ada pihak yang terselamat di sebalik kuasa yang mereka miliki sekiranya mereka terlibat dengan rasuah.

Menurutnya lagi, membanteras rasuah perlu dilakukan bermula dari pemimpin negara kerana sebagai pemimpin kerajaan dan negara ini, pemimpin menjadi contoh teladan kepada rakyat untuk diikuti.

Beliau menegaskan, rasuah tidak akan berjaya sekiranya pelaksanaannya hanya pada rakyat dan orang kebanyakan sedangkan golongan elitis dan pemimpin atasan dibiarkan melakukan sewenang-wenangnya.

Tambah beliau, gejala rasuah akan menjadi barah dan budaya kerana rakyat mengikut kepemimpinan negara.

“Rakyat mahu melihat keberhasilan Pemandu dengan tindakan terhadap golongan sasar.

“Prestasi kabinet sesi 2013 dari kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri kali ini menjadi sandaran dan bukti benarkah rasuah benar-benar telah dicegah atau hanya sebuah lagi projek retorik untuk mengabui mata rakyat,” ujarnya.

PAS cabar MB Perak, pegawai isytihar harta

Muhammad Faeez Azahar, 11 Jul 2013
IPOH: PAS Perak mencabar kepimpinan kerajaan negeri serta pegawai-pegawai pejabat menteri besar untuk mengisytihar harta kepada umum.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isunya, Salman Saleh berkata, langkah ini bagi membuktikan ketelusan dan kewibawaan kepimpinan Kerajaan Negeri Perak.

Ini berikutan terdapat seorang Exco Kerajaan Negeri Perak pada sesi lalu yang dikatakan telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, pengisytiharan harta ini merupakan komitmen utama PAS dan Pakatan Rakyat Perak jika diberikan mandat oleh rakyat.

"Kami yakin ianya akan menunjukkan perbezaan kepimpinan kerajaan yang memerintah iaitu antara Pakatan Rakyat dan juga BN.

"Ketelusan dan intergriti adalah antara perkara penting yang ingin rakyat lihat dan kami tidak mahu terlalu banyak alasan yang akan diberikan bagi menolak pelaksanaan pengisytiharan harta ini," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Setiausaha Pemuda PAS Perak itu menjelaskan, walau apa pun alasan yang akan diberikan nanti, PAS beranggapan bahawa kepimpinan kerajaan negeri ketika ini gagal menunjukkan ketelusan dan intergriti yang tulen.

Malah katanya, jika selepas ini terdapat pelbagai tohmahan berkaitan 'kekayaan luar biasa' kepimpinan Kerajaan Negeri Perak, tidak salah persepsi dari rakyat bahawa berlaku banyak salahguna kuasa yang menyebabkan mereka menjadi kaya dan bermewah.

Tazkirah: Masyarakat Islam Perak dahaga majlis ilmu

Harakahdaily, 11 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengucapkan tahniah kepada Jabatan Agama Islam negeri yang mengeluarkan pekeliling kepada semua masjid dan surau seluruh negeri membenarkan tazkirah pada bulan Ramadhan tahun ini.

Timbalan ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, keputusan membenarkan tazkirah di Perak dilihat lebih matang dan sejajar dengan kehendak agama Islam yang kini tidak dibenarkan di Pahang.

“Kami yakin, tazkirah adalah ibadah selain menunaikan ibadat sunat seperti solat tarawih dan witir yang dituntut oleh Islam, bersesuaian dengan maksud tazkirah iaitu 'tazaakir' iaitu 'ingat mengingati'.

“Dengan adanya tazkirah ini para penyampai boleh mengingatkan para jemaah yang hadir untuk solat tarawih akan peri pentingnya ibadah dan ilmu Islam yang lainnya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini, katanya kerana tazkirah adalah platform untuk menyampai ilmu dan Islam mengajar umatnya mencari ilmu di mana sahaja.

“Kami juga mengharapkan, sepertimana titah Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah agar mana-mana pihak tidak menggunakan masjid sebagai pentas politik kepartian,” ujarnya.

Bagi Pemuda PAS Perak, ujarnya kebenaran dan tiada sekatan tazkirah Ramadhan di Perak sebagai bukti masyarakat Islam dahagakan majlis ilmu.

Justeru, tegasnya usaha pihak-pihak tertentu menghalang dan menyekat majlis-majlis ilmu sewajarnya ditentang serta di muhasabahkan semula dan ianya berlawanan dengan kehendak agama Islam itu sendiri yang sentiasa maju dan sesuai diadaptasikan dimana jua serta setiap masa.

Ini, ujar beliau kerana di dalam Islam, majlis-majlis ilmu bukan sahaja dalam bentuk kuliah dan tazkirah malah berbentuk wacana, forum mahupun debat.

Mesir: Dewan Rakyat tolak usul pendirian Malaysia

Hazayani Zakaria, 11 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Usul Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan (gambar) berhubung rampasan kuasa di Mesir ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini.

Nasrudin dalam usulnya yang dikemukakan semalam meminta Malaysia menyatakan pendirian berhubung Presiden Mesir, Dr Morsi yang digulingkan menggunakan kuasa tentera.

Bagaimanapun usul tersebut ditolak dalam kamar hari ini.

"Usul saya meminta Kerajaan Malaysia membuat pendirian berhubung isu Mesir yang bergolak ekoran Malaysia merupakan anggota Pertubuhan Negara Islam (OIC)yang juga mempunyai hubungan diplomatik dengan Mesir.

"Seharusnya Malaysia mempunyai pendirian yang tegas supaya tidak membiarkan rakyat Mesir terus menjadi mangsa pergolakan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Nasrudin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) juga berkata, Malaysia sebagai negara yang mengamalkan dan mempertahankan demokrasi seharusnya mengecam penggulingan presiden yang dipilih rakyat melalui pilihan raya presiden.

Katanya, Presiden Morsi dipilih rakyat dan menang pilihan raya dengan majoriti hampir sejuta undi.

"Jadi ini isu pencabulan demokrasi maka Malaysia patut menunjukkan pendirian yang tegas. Bukan sahaja pendirian tapi yang lebih penting tindakan yang berkesan.

"Mungkin boleh dibawa usul ke OIC atau boleh diwujudkan tribunal antarabangsa untuk mengadili kes yang berlaku di Mesir yang merupakan pencabulan demokrasi yang malang," tegasnya.

Pekan: Penduduk 'tertekan' isu gangguan bekalan air!

http://pahangdaily.blogspot.com, 11 Jul 2013
PEKAN - Penduduk mengalami masalah gangguan bekalan air sejak beberapa bulan lalu semakin kritikal sehingga mengganggu rutin harian. Penduduk dari Felcra Sri Makmur Peringkat Satu, Zulkifli Mohd Nordin, 57, berkata, masalah gangguan bekalan air di kawasan itu telah dilaporkan kepada pihak berkaitan, namun masih tiada tindakan penyelesaian dilakukan. Menurutnya, dia dan jiran terpaksa menadah air di dalam baldi dan tong bagi menampung kegunaan isi rumah berikutan masalah berkenaan. “Ada masa penduduk dapat bekalan air namun tekanannya amat rendah dan dalam tempoh dua bulan ini keadaan semakin kritikal apabila penduduk mengadu tidak mendapat bekalan air yang cukup. “Keadaan sukar ini semakin dirasai apatah lagi kini Ramadan,” katanya. Katanya, mereka sukar menyediakan makanan untuk bersahur disebabkan bekalan air bersih yang tidak mencukupi. Pekan adalah "parlimen" Perdana Menteri. #sumber

1 comment:

Anonymous said...
terima kasih pada pdo dengan artikel ini..saya sebagai rakyat pekan memang tertekan dengan masalah yang dihadapi.ditempat saya iaitu kawasan sekukuh dan tangjung agas mengalami masalah air yang terlalu teruk.saban tahun masalah ini tiada penyelesaiannya.ketua kampung lansung tiada peranan.makan gaji buta.tiap bulan buat aduan kepada ketua kampung.tidak dilayan.buat aduan kepada PAIP juga tiada tindakan.adakah kami penduduk dan rakyat tempatan tiada hak untuk dapat keistimewaan dan perkhidmatan yang baik dari pihak kerajaan.mana perginya adun kami??mana ahli perlimen kami??semuanya pembohong.hanya menabur janji dikala pilihanraya.
Thursday, July 11, 2013 3:11:00 PM

Kenapa Kelantan diketepi anggota tertinggi MSN?

Salmiyah Harun, 11 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) mempersoalkan tindakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mengenepikan kerajaan negeri Kelantan dalam pelantikan anggota tertinggi Majlis Sukan Negeri (MSN).

Katanya, dalam usaha meningkatkan mutu sukan negara ianya tidak wajar dilihat ada campur tangan politik oleh mana-mana pihak.

"Kita kena ambil sikap positif bagi meningkatkan mutu sukan negara, seharusnya ia bebas daripada politik," katanya.

Namun katanya, beberapa perkara asas tidak diikuti oleh KBS walaupun akta Majlis Sukan Negara 1971 menjelaskan pembentukan MSN hendaklah terdiri daripada Pengerusi di mana hendaklah dilantik dan berunding dengan Menteri Besar Kelantan.

Begitu juga, katanya dalam pelantikan dua orang timbalan MSN perlu dilantik oleh menteri besar di mana seorang daripadanya adalah Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Malangnya, perkara-perkara ini tidak dilaksanakan di sesetengah negeri seperti Kelantan.

"MSN pula tidak pernah dibawa berunding dengan kerajaan negeri walaupun negeri mempunyai Exco Sukan," katanya yang mohon penjelasan daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin ketika dalam sesi penggulungan.

Takiyuddin juga turut meminta kerajaan menjadikan sukan sebagai industri yang melibatkan semua pihak sama ada mengeluarkan produk atau dalam bidang pelancongan.

Bagaimanapun, Takiyuddin tidak bersetuju dengan jawapan Khairy yang cuba memberi penjelasan berhubung apa yang dibangkitkan oleh beliau.

"Itu tidak betul YB menteri, orang berkenaan pun ada dalam dewan ini," balas Takiyuddin yang turut merujuk kepada Ahli Parlimen Machang yang merupakan Pengerusi MSN.

Tiada ulasan: