Doakan yang baik-baik
Nasrudin Hassan, | 11 Jul 2013 |
Riwayat: (al-Bukhari)Dikhabarkan dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat hujan, baginda berkata: Semoga hujan yang bermanfaat.
Huraian Hadith:
Setiap perkataan yang keluar daripada mulut anak Adam adalah datang daripada niat dalam hatinya.
Orang yang suka mengeluarkan kata-kata yang baik mencerminkan keikhlasan hatinya dan kebaikan hati budinya. Manakala orang yang suka bercakap perkara-perkara yang buruk kebiasaannya berperangai tidak elok. Itulah persepsi biasa dalam masyarakat.
Begitulah keadaannya bila mana kita inginkan sesuatu kebaikan janganlah kita berkata perkara-perkara yang berbentuk negatif kerana ia seumpama doa yang dipohon secara tidak langsung kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mendengar segala percakapan hamba-Nya.
Justeru apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya daripada kesilapan kita sendiri.
Calon PAS kata keluarganya juga besar
Calon
PAS Azlan Yusof berkata beliau tidak gusar dengan pengaruh keluarga
calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang didakwa sebagai satu
kelebihan kepada lawannya itu dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut."Sama sahaja (cara berdepan dengan Tengku Zaihan). Kita pun anak jati Besut. Kita pun ramai ahli keluarga. Sama sahaja.
"(Saya) tak takut untuk berdepan (dengan keluarga besar Tengku Zaihan). Insya-Allah, kita yakin menang pada kali ini. Kali ini giliran kami. Insya-Allah," katanya Azlan, yang mesra dengan pangilan Che Long.
Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Azlan menjawab soalan pemberita berhubung usaha beliau berdepan dengan Tengku Zaihan yang dilapor mempunyai keluarga besar di Kuala Besut.
Sementara itu, pengurus kempen Azlan, Hanapiah Mat berkata jentera PAS akan menumpukan usaha untuk mendekati pengundi melalui kunjungan rumah ke rumah dan juga ke premis perniagaan.
ADUN Chukai itu berkata, calon PAS itu juga akan menemui pengundi di pasar Ramadan dan masjid di kawasan Kuala Besut dalam kempen bertemakan "16:16 Terengganu Baru" itu.
"Selepas perarakan (penamaan calon) esok, kita mengambil (pendekatan) kempen terus bersentuh dengan rakyat... supaya rakyat lebih mesra kempen yang kita laksanakan," katanya.
Menurutnya, Azlan sebelum ini setiasa dekat dengan pengundi, terutama di kalangan nelayan, pengusaha keropok, petani dan pegawai kerajaan.
Kenyataan berkenaan timbul susulan laporan akhbar Sinar Harian hari ini yang memetik kenyataan bapa Tengku Zaihan, Che Ku Abdul Rahman berhubung pengaruh anggota keluarga mereka dalam pilihan raya kecil kali ini.
Che Ku berkata, beliau yakin sebahagian besar daripada kira-kira 3,000 orang anggota keluarganya itu akan memberi sokongan kepada BN."Di kalangan ahli keluarga itu ada yang terdiri daripada pembangkang, tetapi mereka menyatakan persetujuan untuk menyokong BN kerana faktor keluarga," kata Che Ku Abd Rahman seperti dilaporkan Sinar Harian.
Che Ku juga berkata ahli keluarganya mempunyai persatuan keluarga dikenali sebagai "keluarga Tuan Fatimah Tuan Long" malah turut mempunyai koperasi persatuan itu
'Baiah calon bukan benda baru...'
Membaca
baiah atau sumpah oleh calon PAS, Azlan Yusof, yang bertanding dalam
pilihan raya kecil DUN Kuala Besut adalah bukan benda baru, kata ADUN,
Chukai Hanapiah Mat.
Hanapiah yang juga pengurus kempen Azlan dalam pilihan raya kecil ini berkata, tindakan Azlan membaca baiah di majlis pengumuman calon kelmarin adalah keputusan PAS negeri dan ia juga dilakukan oleh calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya umum lalu.
"Kita dah ambil perjalanan yang dibuat oleh Badan Perhubungan PAS Terengganu, di mana semua calon yang bertanding dalam PRU ke-13 semua mengadakan biaah secara terbuka.
"Yang ini, dia kena ikut yang sama juga. Bukan kerana (kehendak) dia. Yang ini keputusan badan perhubungan PAS Terengganu... (Ia) bukan benda baru," katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Besut hari ini.
Beliau menjawab soalan pemberita berhubung tindakan Azlan yang mesra dengan panggilan Che Long, membaca baiah atau sumpah secara terbuka yang dianggap jarang dilakukan oleh PAS.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan langkah tersebut sebagai di luar daripada kelaziman dan memetik Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebagai berkata calon PAS berbaiah dengan membaca ikrar di depan wakil Majlis Syura Ulama.
Dalam baiah sumpah itu antara lain, beliau akan dilaknat oleh Allah, Rasul dan orang yang beriman sekiranya beliau meninggalkan atau melompat ke parti lain setelah dipilih menjadi ADUN.
Bahkan wang elaun ADUN yang diperolehi adalah haram dan akan melepas jawatan ADUN sekiranya keluar atau dipecat daripada parti.
Mengulas lanjut, Hanapiah berkata sumpah tersebut juga terpakai pada wakil rakyat di Terengganu itu.
Ditanya mengapa membacanya dibuat secara terbuka, Hanapiah berkata, ia sebagai menepis pelbagai persepsi di kalangan rakyat wujudnya sumpah seperti cerai talak tiga.
"Ini janji kita kepada rakyat untuk bersama-sama dalam PAS... Kita kena habis kepada PAS. Biar rakyat tahu, rakyat dapat menilai.
"Sebelum ini macam-macam persepsi rakyat. Ada kata, cerai talak tiga lah. ada kata macam-macam. Jadi dia (rakyat) tahu, apa makna baiah yang kita baca pada hari tersebut," katanya.
Ditanya sama ada tindakan membaca baiah itu sebagai usaha menarik undi supaya menyokongnya, Azlan berkata: "Itu persepsi sahaja".
Dikenali sebagai Hazreen Shaik Daud, 33, dan lulusan diploma, sebelum ini bekerja dengan sebuah NGO - Persatuan Pembangunan Kesihatan Keluarga Pulau Pinang.
Popular dengan panggilan 'Green YB' (kanan), Teh yang juga dikenali
sebagai pejuang isu-isu alam sekitar, sering mempersoalkan dasar kerajaan berkaitan pembangunan bangunan tinggi.
Teh berkata beliau membuat pilihan tersebut selepas jawatankuasa kerja mengenai isu-isu transeksual dipersetujui wakil BN dan Pakatan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lepas.
Beliau berkata, jawatankuasa tersebut, yang pertama dalam urustadbir Pulau Pinang, mendapat sokongan Pengerusi Pembangunan Masyarakat, Keluarga, Belia dan Sukan negeri, Chong Eng.
"Saya menawarkan satu platform untuk komuniti tersebut menyuarakan pandangan mereka dan berjuang untuk hak-hak mereka," kata Teh yang mengetuai jawatankuasa tersebut ketika dihubungi hari ini.
Teh yang membangkitkan tentang keperluan jawatankuasa tersebut dalam perbahasan usul terima kasih kepada ucapan yang dipertua negeri di DUN pada 4 Julai, berkata komuniti berkenaan berdepan dengan "banyak didiskriminasi".
Dalam sesi itu, Chong Eng berkata isu itu adalah "sensitif" dan komuniti tersebut berdepan dengan masalah dalam kehidupan seharian mereka seperti di bahagian mana untuk menempat mereka di hospital dan tandas mana yang hendak digunakan.
Ditanya sama ada beliau menjangka mendapat sebarang reaksi negatif ekoran pelantikan tersebut, Teh berkata ia "dijangka" dan beliau telahpun dikritik.
"Tetapi ia tidak teruk sangat. Ini merupakan pihak-pihak yang tidak dikenali, yang mengkritik saya melalui Facebook," katanya.
Teh berkata fungsi dan tanggungjawab setiausaha politiknya itu tidak hanya mengenai isu-isu transeksual sahaja.
Katanya, skop kerja Hazreen sangat luas dan termasuk politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, kesihatan, hak asasi manusia dan isu transeksual.

'Green YB' lantik 'mak nyah' jadi setiausaha politik
ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu hari ini mengumumkan pelantikan seorang 'mak nyah' sebagai setiausaha politiknya.Dikenali sebagai Hazreen Shaik Daud, 33, dan lulusan diploma, sebelum ini bekerja dengan sebuah NGO - Persatuan Pembangunan Kesihatan Keluarga Pulau Pinang.
Popular dengan panggilan 'Green YB' (kanan), Teh yang juga dikenali
sebagai pejuang isu-isu alam sekitar, sering mempersoalkan dasar kerajaan berkaitan pembangunan bangunan tinggi.
Teh berkata beliau membuat pilihan tersebut selepas jawatankuasa kerja mengenai isu-isu transeksual dipersetujui wakil BN dan Pakatan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lepas.
Beliau berkata, jawatankuasa tersebut, yang pertama dalam urustadbir Pulau Pinang, mendapat sokongan Pengerusi Pembangunan Masyarakat, Keluarga, Belia dan Sukan negeri, Chong Eng.
"Saya menawarkan satu platform untuk komuniti tersebut menyuarakan pandangan mereka dan berjuang untuk hak-hak mereka," kata Teh yang mengetuai jawatankuasa tersebut ketika dihubungi hari ini.
Teh yang membangkitkan tentang keperluan jawatankuasa tersebut dalam perbahasan usul terima kasih kepada ucapan yang dipertua negeri di DUN pada 4 Julai, berkata komuniti berkenaan berdepan dengan "banyak didiskriminasi".
Dalam sesi itu, Chong Eng berkata isu itu adalah "sensitif" dan komuniti tersebut berdepan dengan masalah dalam kehidupan seharian mereka seperti di bahagian mana untuk menempat mereka di hospital dan tandas mana yang hendak digunakan.
Ditanya sama ada beliau menjangka mendapat sebarang reaksi negatif ekoran pelantikan tersebut, Teh berkata ia "dijangka" dan beliau telahpun dikritik.
"Tetapi ia tidak teruk sangat. Ini merupakan pihak-pihak yang tidak dikenali, yang mengkritik saya melalui Facebook," katanya.
Teh berkata fungsi dan tanggungjawab setiausaha politiknya itu tidak hanya mengenai isu-isu transeksual sahaja.
Katanya, skop kerja Hazreen sangat luas dan termasuk politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, kesihatan, hak asasi manusia dan isu transeksual.
MP dakwa projek perumahan mampu milik gagal
MP
Kluang Liew Chin Tong mendakwa usaha kerajaan untuk menyalurkan
perumahan mampu milik melalui Skim Rumah Pertamaku (SRP) dan Projek
Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dilakukan dengan cara tidak realistik
dan tidak praktikal.
Pengarah pendidikan politik DAP itu berkata, perumahan berkenaan tidak mampu dimiliki oleh sejumlah 80 peratus rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM3,000.
Perdana menteri mengumumkan skim SRP pada Mac 2011 untuk menyediakan pinjaman penuh kepada warga bujang atau keluarga berpendapatan kurang RM5,000 sebulah untuk membeli rumah pertama yang bernilai sehingga RM400,000.
Bagaimanapun, hanya sebanyak 485 pinjaman yang diluluskan bank setakat Mei 2013, kata Liew.
“Pinjaman selama 30 tahun untuk RM400,000 dengan kadar faedah 4.4 peratus akan memerlukan pembayaran bulanan sebanyak RM2,003,” katanya.
Tambahnya, kerajaan tidak boleh mengharapkan golongan ini mampu membiayai pinjaman SRP tersebut.
"Jika peminjam berpendapatan RM3,000 sebulan, bayaran pinjaman itu meliputi 67 peratus dari pendapatan kasarnya setiap bulan dan 77 peratus dari gaji bersih.
“Tidak ada bank yang berfikiran waras yang akan meluluskan pinjaman seperti itu,” katanya.
Liew juga menyelar projek PR1MA yang mensasarkan rumah berharga bawah RM400,000 untuk keluarga berpendapatan antara RM2,500 hingga RM7,500.
Katanya, beliau tidak mendapat jawapan memuaskan di Parlimen apabila meminta kerajaan menjelaskan perkembangan projek tersebut.
“Setakat ini, 560 units unit sedang dibina di Putrajaya dan 201 lagi sedang dibina di Nusajaya, Johor, katanya yang menambah, tiada projek seumpama itu yang dirancang untuk Sabah dan Sarawak.
Berdasarkan perkara itu, beliau menganggarkan tempoh untuk membina 80,000 unit rumah PR1MA itu mungkin memakan masa 105 tahun.
“Untuk menjual rumah itu satu perkara lain pula,” katanya.
Datuk Kamilia Ibrahim, antara 15 anggota suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang mencadangkan penubuhan IPCMC pada 2005 berkata, UK mempunyai Suruhanjaya Bebas Aduan Polis (IPCC) dan New South Wales, Australia pula terdapat ombudsman untuk memantau pasukan itu.
Pengamal undang-undang itu juga berkata, begitu juga di Hong Kong dan Queensland.
"Di mana yang menyalahi perlembagaan dengan IPCMC kerana suruhanjaya sudah melawat negara-negara itu dan mengkaji pelaksanaannya sebelum mengeluarkan laporan dan cadangan.
"Kenapa tidak boleh dilaksanakan di sini sedangkan di sana boleh?
"Kenapa tidak boleh polis menyiasat diri mereka sendiri dalam kes kematian dalam lokap, salah guna kuasa atau rasuah?" soal Kamilia.
Pengarah pendidikan politik DAP itu berkata, perumahan berkenaan tidak mampu dimiliki oleh sejumlah 80 peratus rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM3,000.
Perdana menteri mengumumkan skim SRP pada Mac 2011 untuk menyediakan pinjaman penuh kepada warga bujang atau keluarga berpendapatan kurang RM5,000 sebulah untuk membeli rumah pertama yang bernilai sehingga RM400,000.
Bagaimanapun, hanya sebanyak 485 pinjaman yang diluluskan bank setakat Mei 2013, kata Liew.
“Pinjaman selama 30 tahun untuk RM400,000 dengan kadar faedah 4.4 peratus akan memerlukan pembayaran bulanan sebanyak RM2,003,” katanya.
Tambahnya, kerajaan tidak boleh mengharapkan golongan ini mampu membiayai pinjaman SRP tersebut.
"Jika peminjam berpendapatan RM3,000 sebulan, bayaran pinjaman itu meliputi 67 peratus dari pendapatan kasarnya setiap bulan dan 77 peratus dari gaji bersih.
“Tidak ada bank yang berfikiran waras yang akan meluluskan pinjaman seperti itu,” katanya.
Liew juga menyelar projek PR1MA yang mensasarkan rumah berharga bawah RM400,000 untuk keluarga berpendapatan antara RM2,500 hingga RM7,500.
Katanya, beliau tidak mendapat jawapan memuaskan di Parlimen apabila meminta kerajaan menjelaskan perkembangan projek tersebut.
“Setakat ini, 560 units unit sedang dibina di Putrajaya dan 201 lagi sedang dibina di Nusajaya, Johor, katanya yang menambah, tiada projek seumpama itu yang dirancang untuk Sabah dan Sarawak.
Berdasarkan perkara itu, beliau menganggarkan tempoh untuk membina 80,000 unit rumah PR1MA itu mungkin memakan masa 105 tahun.
“Untuk menjual rumah itu satu perkara lain pula,” katanya.
Kamilia: UK, Australia pun ada badan macam IPCMC
Apa
yang menyalahi perlembagaan dengan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan
dan Salah Laku Polis (IPCMC) apabila badan pengawasan luar negara yang
sama sudah dibentuk di United Kingdom (UK) dan Australia, soal bekas
timbalan ketua Wanita Umno.Datuk Kamilia Ibrahim, antara 15 anggota suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang mencadangkan penubuhan IPCMC pada 2005 berkata, UK mempunyai Suruhanjaya Bebas Aduan Polis (IPCC) dan New South Wales, Australia pula terdapat ombudsman untuk memantau pasukan itu.
Pengamal undang-undang itu juga berkata, begitu juga di Hong Kong dan Queensland.
"Di mana yang menyalahi perlembagaan dengan IPCMC kerana suruhanjaya sudah melawat negara-negara itu dan mengkaji pelaksanaannya sebelum mengeluarkan laporan dan cadangan.
"Kenapa tidak boleh dilaksanakan di sini sedangkan di sana boleh?
"Kenapa tidak boleh polis menyiasat diri mereka sendiri dalam kes kematian dalam lokap, salah guna kuasa atau rasuah?" soal Kamilia.
3 atlet Sukma didakwa rogol pegawai pengiring
Tiga
atlet bola baling lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 hari ini
masing-masing mengaku tidak bersalah di tiga Mahkamah Sesyen di Petaling
Jaya atas pertuduhan merogol seorang pegawai pengiring pasukan bola
baling itu, Khamis lepas.
Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 19, Mohammad Shaizzad Md Shafie, 19, dan Adib Adha Ismail, 18, masing-masing memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan tiga hakim iaitu Yasmin Abdul Razak, Abu Bakar Manat dan Rozina Ayob.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol wanita berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, antara jam 4 pagi hingga 4.10 pagi, 4 Julai lepas.
Megat Farzeril Faiz didakwa merogol wanita itu pukul 4 pagi, Mohammad Shaizzad pula pada jam 4.05 pagi dan Adib Adha pula 4.10 pagi.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu Adib Adha dan Mohammad Shaizzad perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.
Mereka juga diperintahkan supaya tidak menganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai. Mahkamah menetapkan 20 Ogos untuk sebutan kes itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Jian tidak menawarkan sebarang jaminan bagi kesemua tertuduh dengan alasan kes itu berprofil tinggi kerana dikhuatiri semua tertuduh akan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan yang terdiri daripada rakan tertuduh sendiri.
Beliau juga memohon supaya ketiga-tiga kes itu dibicarakan bersama.
Mahkamah membenarkan permohonan itu dan memerintahkan kes itu dibicarakan di hadapan Hakim Abu Bakar.
Peguam Stephanie Wong, yang mewakili Adib Adha memohon jaminan RM5,000 berserta syarat tambahan dikenakan terhadap anak guamnya iaitu melaporkan diri di balai polis berdekatan selain akan memastikan dia tidak mengganggu mangsa dan siasatan polis.
Peguam Datuk Suraj Singh, yang mewakili Megat Farzeril dan Mohammad Shaizzad, memohon supaya kedua-dua anak guamnya dibenarkan diikat jamin selain memberi jaminan mereka tidak akan mengganggu mangsa.
Suraj berkata Megat Farzeril yang membantu ibunya berniaga hanya berpendapatan RM800 sebulan dan dia perlu menanggung empat beradik manakala Mohammad Shaizzad masih menuntut di sebuah kolej tempatan.
Peguam pemerhati Ranjit Singh yang bertindak bagi pihak mangsa, memohon kepada mahkamah agar mengeluarkan perintah larangan kepada pihak media supaya tidak mendedahkan sebarang nama dan identiti mangsa.
Suraj yang menyokong permohonan Ranjit, berkata: "Media juga harus diberi amaran supaya tidak membuat penilaian dalam kes ini sehingga mahkamah membuat keputusan".
Mahkamah membenarkan permohonan itu.
Sebelum prosiding bermula, ketiga-tiga tertuduh kelihatan menangis sambil memeluk ahli keluarga masing-masing yang hadir di mahkamah.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan