Rabu, 10 Julai 2013

RAMPASAN KUASA ADA AGENDA TERTENTU DAN ADA TUJUAN TERTENTU...MAKA KITA PERLU PERTOLONGAN ALLAH SWT...BUKAN MASA INI SAJA MALAH SETIAP KETIKA

Guru ditembak mati di Bachok, apa komen isterinya?

http://duniacacamarba.blogspot.com, 10 Jul 2013
[SH] BACHOK - Seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor di sini, maut selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, berhampiran sekolah itu.

Komen isteri arwah yang dipetik dari sebuah laman FB.
P/s: Al fatihah. Biarlah polis menyiasat motif pembunuhan ini. Semoga negara paling selamat di Asia Tenggara ini terus selamat seperti dicanangkan oleh pihak polis.

Buka semula siasatan kes beli undi di Bayan Baru

Hazayani Zakaria , 10 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa membuka semula fail siasatan berhubung dakwaan pembelian undi di Bayan Baru sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei lalu.

Pakatan Rakyat Pulau Pinang kesal dengan kenyataan pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M Samarajoo bahawa siasatan ke atas kes itu ditutup kerana tiada bukti ditemui.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin (gambar) berkata, kenyataan tidak boleh diterima kerana pihaknya telah menampilkan beberapa bukti jelas berkaitan pembeliaan undi.

"Kita menyeru SPRM membuka fail siasatan semula, cari bukti bersungguh kerana kita telah nyatakan bukti bergambar berhubung dakwaan ini.

"Kita pergi ke tempat tersebut pada 10 hingga 13 Mei dan mendapati memang terdapat acara membeli undi besar-besaran atau lucky bonus.

"Alasan SPRM mereka tak ada bukti memang tak boleh diterima,” kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat bersedia memberi kerjasama kepada SPRM sekali lagi jika kes itu dibuka semula.

"Jika perlu buat laporan semula, kami bersedia asalkan kes ini disiasat dengan betul," katanya.

Rakyat Palestin sengsara ekoran konflik di Mesir

Anis Nazri, 10 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Konflik yang melanda Mesir dengan rampasan kuasa pihak tentera terhadap Presiden Dr. Mohamad Morsi menambah kesengsaraan penduduk di Palestin.

Ini kerana penduduk Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza bergantung kehidupan dengan Mesir dalam aktiviti seharian mereka, dalam mendapatkan pelbagai sumber kehidupan.

Malangnya, sejak rampasan kuasa di Mesir 3 Julai lalu, tentera Mesir telah mengarahkan agar satu-satunya pintu keluar dari Palestin di Rafah, Mesir ditutup.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, yang mengecam penutupan sempadan Rafah itu, berkata sempadan Rafah adalah talian hayat untuk Gaza yang bertarung hidup dengan bekalan asas.

"Tindakan menutup sempadan Rafah ini telah mendedahkan penduduk Gaza kepada keperitan dan penderitaan yang baru, di samping kemungkinan Israel akan melancarkan serangan adalah satu senario yang tidak bileh diketepikan," tegas beliau.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media, di pejabat Mapim, di sini, hari ini. (Gambar)

Tambah beliau penutupan sempadan Rafah dengan alasan tentera Mesir sering diserang anasir dari tentera Hamas yang tidak terbukti kebenarannya, tidak boleh diterima.

Dengan pergolakan di Mesir, katanya tidak sepatutnya menjadi sebab penutupan pintu Rafah kerana rakyat Gaza perlu mendapatkan akses keluar, yang kini difahamkan lebih 1000 penduduk Gaza yang keluar untuk ke Mekah, telah terkandas di lapangan terbang di Kaherah.

Dalam masa sama, Mapim menyeru dunia agar tidak mendiamkan diri untuk melihat implikasi ke atas Gaza akibat rampasan kuasa di Mesir.

Sehubungan itu, beliau mendesak PBB dan Majlis Keselamatan PBB tidak menutup mata kepada kemungkinan Israel melancarkan serangan mengejut ke atas Gaza.

"Kami dimaklumkan wakil kami di Gaza, tanda-tanda kemungkinan berlaku serangan sudah kelihatan seperti persiapan tentera Israel di sempadan, operasi tinjauan udara dan media Israel yang memanaskan semula laporan bahawa Gaza adalah ancaman kepada Israel," tegas beliau.

Susulan itu, beliau menyeru semua NGO di Malaysia untuk membuat persiapan bersama Mapim untuk operasi kecemasan yang diperlukan jika Gaza diserang sekali lagi.

Dalam pada itu, Mapim turut melahirkan kekesalan dengan penutupan Rafah ini memandangkan banyak projek-projek kemanusiaan ke Gaza yang dikelolakan Mapim turut tergendala.

Mapim, katanya bercadang untuk menyerahkan memorandum kepada Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) selain menuntut pasukan pengaman PBB ditempatkan laluan Sinai-Gaza yang dikatakan lokasi serangan ke atas tentera Mesir.

Senyumlah, jangan tunjuk muka garang kerana lapar

Hazayani Zakaria, 10 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Umat Islam seharusnya merebut pahala berganda sepanjang Ramadhan dengan meningkatkan amalan bersedekah.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, amalan bersedekah sangat dituntut dalam Islam bagi membantu golongan yang memerlukan.

"Kita harus bersyukur kepada Allah SWT yang memberi kita peluang untuk berada di bulan Ramadhan yang penuh berkat. Harapan kita Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik.

"Saya menyeru muslimin dan muslimat supaya kita merebut peluang keemasan yang belum pasti kita akan jumpa untuk tahun-tahun seterusnya. Dengan umur yang Allah berikan  kepada kita, kita gunakan sungguh-sungguh. Bulan Ramadhan bulan yang pahalanya berganda terutamanya bagi mereka yang bersedekah ke jalan Allah.

"Kita cuba bersedekah setakat mana kemampuan kita terutamanya kepada umat Islam yang dalam kesudahan sekarang seperti umat Islam di Mesir, Syria dan Palestin," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Bagi yang tidak mempunyai kemampuan untuk bersedekah dengan harta benda, sekecil-kecil amalan turut dikira sebagai sedekah seperti bermuka manis dan mengukirkan senyuman kepada orang lain.

Selain itu katanya, amalan-amalan seperti mendoakan kebaikan seseorang, memperbanyak bacaan Al Quran dan berzikir dapat menggantikan amalan sedekah yang tidak mampu dilakukan.

Apa yang penting katanya, setiap orang harus mempunyai niat untuk memperbaiki mutu amalan pada bulan Ramadhan supaya lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.

"Bagi yang tak mampu bersedekah, kena banyakkan amalan. Seringan-ringan sedekah ialah senyuman. Dalam bulan Ramadhan kita pergi ke pejabat jangan tunjuk muka garang dengan kawan sebab lapar. Senyum itu sedekah. Kita senyum kepada sahabat itu sedekah.

"Sedekah juga membersihkan diri untuk melahirkan jiwa yang bersih supaya lahirnya takwa dan takut kepada Allah. Jadi bulan Ramadhan ini dipanggil juga bulan tarbiyah untuk mendidik jiwa insan supaya kembali kepada Allah dengan hati yang suci bersih sebab kita ini hamba Allah, menumpang di bumi Allah, kita dicipta untuk mengabdikan diri kepada Allah," katanya.

LTSAS: Jangan sia-siakan kos RM42 juta

Harakahdaily, 10 Jul 2013
KUALA LUMPUR: PAS Perak mengharapkan pelaburan sebanyak RM42 Juta bagi menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) baru-baru ini tidak akan disia-siakan begitu saja oleh kerajaan negeri.


Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, LTSAS Ipoh yang dirasmikan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah pada 21 Mei lepas masih dilihat tidak banyak berubah di dalam memberikan perkhidmatan udara yang berkesan kepada penduduk negeri itu.

Menurutnya, jika 10 tahun lalu, LTSAS dilihat lengang kerana keadaan prasarana dan landasan yang tidak menarik bagi membolehkan syarikat-syarikat penerbangan melakukan pendaratan, namun keadaan ini telah berubah dengan pembaikpulihan pada peralatan yang serba moden dan landasan yang lebih panjang.

“Perlu diingat bahawa kegagalan untuk menarik syarikat-syarikat penerbangan untuk menjadikan Ipoh sebagai destinasi penerbangan mereka pasti akan membantut peranan utama LTSAS dalam memangkin pembangunan sektor pengangkutan udara demi merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri terutama dalam bidang pelancongan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau berharap kerajaan negeri mesti melakukan satu pelan tindakan segera bagi menyemarakkan lagi jadual penerbangan di LTSAS sama ada melibatkan syarikat penerbangan tempatan seperti MAS, AirAsia atau Firefly ataupun syarikat penerbangan luar negara.

“Jika ini tidak diuruskan dengan baik maka perbelanjaan sebanyak RM42 juta untuk menaiktaraf LTSAS akan menjadi satu lagi bentuk pembaziran Kerajaan Negeri Perak sebagai projek ‘gajah putih’ yang indah di mata pemimpin tetapi tiada bermanafaat pada rakyat,” katanya lagi.

Beliau berkata, rakyat sedang menunggu dan memerhatikan perancangan kerajaan negeri untuk mengaktifkan kembali LTSAS yang sudah lama sunyi di bandar raya Ipoh selama ini.

Bukan ahli pun terima sumbangan PAS Kerdau

Khairil Abdul Rahim, 10 Jul 2013


TEMERLOH: Sempena menyambut puasa di bulan Ramadan yang mulia ini, PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau tidak melupakan nasib golongan kurang bernasib baik.

Semalam Dun dalam Parlimen Kuala Krau itu menjadi Dun pertama di negeri ini menyalurkan sumbangan wang tunai dan barangan kepada 86 keluarga miskin, anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU) dari 22 kampung di dalamnya.

Dalam majlis yang diadakan di Kelas Al-Quran dan Fardu Ain milik PAS Kerdau itu sekitar RM10,000 dibelanjakan dengan sumbangan disampaikan oleh bekas calon Dun Kerdau pilihan raya umum (PRU) lalu Ustaz Kamal Ashaari.

Sementara itu, Pengarah PAS Dun Kerdau Ahmad Mat Yaman berkata majlis seumpama itu sudah menjadi rutin tahunan dan menjelang hari raya serta selepas raya tahun ini akan diadakan lagi majlis sumbangan seumpama itu meraikan mereka yang kurang bernasib baik.

“Yang menariknya, majoriti yang menerima bantuan hari ini bukan ahli PAS. Ini bermakna, dalam menyalurkan bantuan demi rasa kemanusiaan kita tidak mengambil kira latar belakang politik,” ujarnya.

Penjelasan puasa dalam al-Quran (1)

Ustaz Abu Utsman Kharisman, 10 Jul 2013
Ayat-ayat tentang puasa dalam al-Quran adalah surat al-Baqarah dari ayat 183 hingga 187. Yang berikut ini akan disebutkan penjelasan dari tiap-tiap ayat tersebut.

Ayat ke-183 surat al-Baqarah, maksudnya.

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Surah al-Baqarah : ayat 183).

Pada bahagian ini akan dijelaskan tentang:
1. Sikap terhadap seruan : Wahai orang-orang yang beriman….
2. Definisi puasa
3. Puasa telah diwajibkan pula pada umat sebelum kita
4. Tujuan puasa untuk mencapai ketakwaan

Penjelasan:
Sikap terhadap Seruan : “Wahai Orang-orang yang Beriman….”
Sahabat Nabi, Ibnu Mas’ud radhiyallahu anhu berkata, maksudnya:

“Jika engkau mendengar Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman, maka dengarlah baik-baik kerana padanya (pasti terdapat) kebaikan yang diperintahkan atau keburukan yang akan dilarang.” (riwayat Ibnu Abi Hatim dalam Tafsirnya dan Abu Nu’aim dalam Hilyatul Awliyaa’)

Setiap perintah dalam al-Quran pasti ada kebaikan, kemaslahatan, keberuntungan, manfaat, keindahan, keberkatan. Sedangkan setiap larangan dalam al-Quran pasti ada kerugian, kebinasaan, kehancuran, keburukan (disimpulkankan dari Tafsir Ibnu Katsir (1/200)).

Definisi Puasa
Allah Ta’ala berfirman, maksudnya:

Telah diwajibkan kepada kalian as-Shiyaam (puasa)...


Ayat ini merupakan dalil yang menunjukkan kewajiban puasa bagi orang-orang beriman umat Nabi Muhammad shollallahu alaihi wasallam. Nanti dalam ayat-ayat berikutnya akan dijelaskan bahawa kewajiban puasa itu tidak untuk seluruh waktu, namun hanya pada hari-hari tertentu saja, iaitu pada bulan Ramadhan.

Puasa (dalam bahasa Arab disebut shiyaam atau shoum) memiliki definisi secara bahasa dan definisi secara syar’i. Definisi puasa secara bahasa adalah ‘menahan diri untuk tidak berbuat sesuatu’. Dalam al-Quran, ada ayat yang menunjukkan penggunaan definisi puasa secara bahasa. iaitu, perintah Allah kepada Maryam (ibunda Nabi Isa), maksudnya:

“…sesungguhnya aku bernazar puasa untuk ar-Rahman (Allah) sehingga aku tidak akan berbicara pada hari ini dengan manusia manapun.” (Surah Maryam : ayat 26)


Dalam ayat tersebut, Maryam bernazar untuk puasa, namun dalam definisi secara bahasa, iaitu ‘menahan diri untuk tidak berbicara’.

Sedangkan definisi puasa secara syar’i adalah beribadah kepada Allah disertai dengan niat dalam bentuk menahan diri dari segala hal yang membatalkan puasa dari sejak terbit fajar shadiq hingga terbenamnya matahari (asy-Syarhul Mumti’ ala Zaadil Mustaqni’ (6/298)).

Puasa Telah Diwajibkan pula Pada Umat Sebelum Kita

Allah Subhaanahu Wa Ta’ala berfiman, maksudnya:

“…sebagaimana diwajibkan kepada umat sebelum kalian…(Surah al-Baqoroh : ayat 183)

Dalam ayat tersebut juga dijelaskan bahwa puasa adalah amalan yang diwajibkan tidak hanya bagi kaum muslimin umat Nabi Muhammad saja, namun juga pada umat sebelum kita.

Tidak didapati dalam hadis yang sahih tentang bagaimana tata cara berpuasa umat sebelum kita. Terdapat beberapa hadis, namun lemah. Seperti hadis Daghfal bin Handzhalah diriwayatkan atThobarony dan lainnya yang menyebutkan bahwa awalnya kaum Nashrani berpuasa Ramadhan, kemudian ada raja-raja mereka yang sakit dan bernazar jika Allah beri kesembuhan, akan menambah jumlah hari puasanya. Demikian berlangsung hingga kemudian jumlah hari puasa mereka menjadi 50 hari. Namun hadis tersebut lemah kerana Daghfal bin Handzhalah bukanlah Sahabat Nabi menurut Imam Ahmad dan al-Bukhari, sehingga hadits tersebut masuk kategori mursal, terputus mata rantai periwayatannya.

Namun, pernyataan Allah bahwa puasa juga telah diwajibkan atas umat terdahulu memberikan manfaat penting:
1. Penambah semangat bagi kaum mukminin umat Nabi Muhammad, membuat mereka merasa ringan mengerjakan puasa. Kerana kewajiban puasa tidak hanya khusus bagi mereka, namun juga umat sebelumnya. Sehingga umat Nabi Muhammad tidak akan berkata: Sungguh berat puasa ini, hanya kami yang dibebani dengan kewajiban ini.

2. Ibadah puasa adalah ibadah yang sangat dicintai oleh Allah. Karena itu, Allah telah mensyariatkannya sejak dulu kala.

3. Pensyariatan puasa pada umat ini adalah yang terakhir kali, sebagai penyempurna terhadap syariat-syariat sebelumnya.

Tujuan Utama Puasa untuk Mencapai Ketakwaan

Allah Subhaanahu Wa Ta’ala berfiman, maksudnya:

“…agar kalian bertakwa.” (surah al-Baqarah : ayat 183)

Ayat ini menunjukkan tujuan berpuasa adalah agar tercapai ketakwaan. Ibadah puasa yang dikerjakan dengan sebenarnya akan menghantarkan seseorang pada ketakwaan. Sedangkan ketakwaan adalah penghantar seseorang mendapatkan kesuksesan/ keberhasilan yang hakiki

“… dan bertakwalah kepada Allah agar kalian berjaya.” (Surah al-Baqarah : 189, Ali Imran : ayat 130, dan Ali Imran : ayat 200).


Maka tujuan utama berpuasa adalah untuk mencapai ketakwaan. Sedangkan manfaat lain yang akan dirasakan, seperti manfaat terhadap tubuh, atau manfaat bagi kehidupan bermasyarakat, itu adalah tambahan (dipetik dari penjelasan Syaikh Ibnu Utsaimin dalam tafsir surah al-Baqarah).

“(pada) hari-hari yang tertentu. Barangsiapa yang sakit atau safar, maka mengganti di hari lain. Bagi orang yang mampu, maka ia membayar fidyah memberi makan orang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan (membayar kelebihan), maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah : ayat 184)

Penjelasan:
Jika Allah menyatakan dalam ayat sebelumnya bahwa diwajibkan berpuasa bagi orang yang beriman, pada ayat ini dinyatakan bahwa pelaksanaan puasa yang diwajibkan itu bukanlah pada semua hari sepanjang tahun. Namun, hanya pada hari-hari yang ditentukan saja. Allah menyatakan: “(pada) hari-hari yang tertentu”.

Dalam ayat ini Allah juga menjelaskan bahwa tidak semua pihak mendapat kewajiban berpuasa di hari-hari tertentu itu. Bagi yang sedang sakit sehingga tidak mampu berpuasa atau sedang dalam perjalanan (musafir), dia boleh menggantikannya pada hari lain selain hari yang diharamkan berpuasa.

Ada beberapa kalimat dalam ayat ini yang telah dihapuskan hukumnya, iaitu:
Bagi orang yang mampu, maka ia membayar fidyah memberi makan orang miskin. Barangsiapa yang membayar dengan kelebihan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Dulu, salah satu tahap kewajiban berpuasa, setiap muslim diberi pilihan. Barangsiapa yang mahu dan boleh berpuasa atau seiapa yang tidak berpuasa, boleh membayar fidyah. Jadi, dahulunya tidak semua muslim diwajibkan berpuasa.

Allah menyatakan dalam ayat ini, bahwa sesiapa yang mampu berpuasa namun tidak memilih berpuasa, silakan membayar fidyah (memberi makan orang miskin). Namun, jika ia memilih berpuasa, itu lebih baik.

Membayar fidyah (memberi makan) boleh dalam bentuk siap dimasak seperti yang dilakukan oleh Anas bin Malik ketika sudah tua, dan boleh juga dalam bentuk makanan mentah, ukurannya setengah sha’, seperti yang dinyatakan dalam hadis Nabi dari Ka’ab bin Ujroh:

“…setiap orang miskin (diberi) setengah sho’.” (H.R alBukhari no 1688 pada bab al-Ith’aam fil fidyah nishfu sho’ dan Muslim no 2080)

Ukuran setengah sho’ adalah kadar lebih kurang lebih 1.5 kg (beras) per hari tidak berpuasa. Membayar lebih banyak daripada jumlah yang ditetapkan itu adalah lebih baik, sebagaimana dinyatakan Allah dalam ayat ini, maksudnya:

“Sesiapa yang membayar lebih, maka itu adalah lebih baik baginya….”

Misalnya, setiap hari puasa yang ditinggalkan 1.5 kg, namun dengan ikhlas seseorang itu memberi lebioh daripada jumlah tersebut - dia memberikan 3 kg per hari puasa yang ditinggalkan, maka ia termasuk mendapatkan pujian yang disebutkan dalam ayat ini.

Pensyariatan pembayaran fidyah masih terus berlaku bagi yang tidak mampu berpuasa iaitu dalam keadaan berikut:
1. Tua, tidak mampu lagi berpuasa.
2. Sakit parah yang tidak mungkin sembuh
3. Hamil atau menyusui, jika bimbang keadaan janin atau bayinya.

Pendapat ini diriwayatkan daripada beberapa Sahabat Nabi seperti Ibnu Abbas dan Ibnu Umar (lihat ad-Durrul Mantsur karya al-Imam as-Suyuthy)

Rafah masih ditutup, sukarkan warga Palestin

Harakahdaily, 10 Jul 2013
MESIR: Hari ini masuk hari kelima pintu di sempadan Rafah ditutup oleh tentera Mesir selepas menjatuhkan Presiden Dr Muhammad Morsi melalui rampasan kuasa minggu lalu.

Akibat penutupan itu, ratusan warga Palestin di wilayah Mesir berkumpul dan berkampung di pintu tersebut menunggu ianya dibuka untuk ke Gaza.

Ianya termasuk para pesakit yang memerlukan rawatan segera di Hospital Mesir.

Perkara itu disahkan Menurut pegawai kementerian kesihatan Palestin, Dokter Asyrof kepada media.

“Setiap hari, puluhan warga Palestin yang menderita sakit menunggu dibukanya pintu perlintasan Rafah, agar mereka dapat segera berubat di Hospital Mesir atau tempat lainnya," katanya.

Sementara itu, Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Gaza Islam Shahwan berkata, perbincangan sedang dilakukan antara pihak Palestin dengan Mesir untuk membuka kembali pintu Rafah.

Bagaimanapun katanya, tiada perjanjian rasmi untuk membukanya kembali dan pihak tentera Mesir memberi alasan penutupan tersebut atas faktor keselamatan.

Tentara Mesir menutup pintu Rafah pada hari Jumat lalu, iaitu dua hari setelah tentera membuat rampasan kuasa terhadap kerajaan pimpinan Presiden Morsi.

Ketika Morsi ditampuk kuasa hampir setahun sebelum ini, pintu Rafah dibuka bebas untuk rakyat Palestin mendapatkan keperluan dan perlindungan.

Pintu sempadan ini ditutup sepanjang 32 tahun Hosni Mubarak berkuasa.
http://www.salafy.or.id/

Tiada ulasan: