Isnin, 8 Julai 2013

BANYAKNYA KES BUNUH ADALAH SALAH SATU TANDA DUNIA HAMPIR KIAMAT

BERITA BARU TERIMA!!!!..SEORANG GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID MATI KENA 4 DAS TEMBAKAN DIBAHAGIAN DADA!!!!
http://omakkau.blogspot.com/2013/07/berita-baru-terimaseorang-guru-penolong.html
Like · · · 3 hours ago ·

BERITA BARU TERIMA!!!!..SEORANG GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID MATI KENA 4 DAS TEMBAKAN DIBAHAGIAN DADA!!!!




Seorang guru yang hanya dikenali sebagai Cikgu Hashim yang merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SK Beris Panchor, Bachok, Kelantan mati ditembak sebanyak 4 das pada bahagian dada didepan sekolah tersebut sebentar tadi..Dia meninggal dunia ditempat kejadian.

Dipercayai beliau ditembak ketika sedang meletakkan keretanya.

Pihak polis telah bergegas ketempat kejadian sebaik saja dimaklumkan.

Kini seluruh Bachok ditutup untuk tujuan pemeriksaan pihak polis.

Punca kejadian masih disiasat... Tidak menolak kemungkinan ianya bermotifkan dendam.

Laporan perkembangan akan menyusul.

KAFE YANG DIAJAK OLEH PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM), SUPAYA RAKYAT BOIKOT SUDAH MENDAPAT SIJIL HALAL DARI JAKIM!!!!



Oldtown White Coffee terima sijil halal

PETALING JAYA - Masyarakat Islam di Malaysia dan Singapura yang gemar menikmati kopi dan makanan di Oldtown White Coffee boleh menikmatinya tanpa was-was kerana rangkaian kafe itu telah memperolehi sijil halal.

Di Semenanjung Malaysia, 168 kedai Oldtown White Coffee telah diberi sijil halal oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (Jakim) sementara di Singapura,  Majlis Agama Islam Singapura telah membuktikan bahawa semua lapan cawangannya di republik itu adalah halal.

"Kami mahu mengembangkan asas pelanggan Islam kami kerana sebelum ini, 80 peratus daripada pelanggan kami di Malaysia terdiri daripada bukan Muslim.

"Kini, semenjak jenama kami telah di iktiraf oleh Jakim sebagai halal, kami berharap untuk menarik pasaran masyarakat Islam pula," kata pengarah eksekutif Oldtown White Coffee Bhd Clarence D' Silva pada satu sidang media hari ini.

Beliau berkata cawangan di Malaysia Timur akan mendapatkan sijil halal mereka tidak lama lagi.

Mengenai rancangan pengembangan syarikat, beliau berkata Oldtown White Coffee akan membuka antara 20 hingga 30 cawangan menjelang akhir tahun di Malaysia.

Oldtown White Coffee pada masa ini mengendalikan 29 cawangan di China dan  Indonesia. - Bernama

Demo bantah rampasan kuasa di Mesir esok

Harakahdaily, 08 Jul 2013
KUALA LUMPUR: PAS serta NGO Islam akan membuat perhimpunan aman esok bagi membantah rampasan kuasa tentera dan pembunuhan ramai-ramai yang sedang berlaku di Mesir sekarang.

Menurut sumber, himpunan itu akan diadakan jam 12 tengahari esok di pusat membeli belah Ampang Point dan mereka akan berarak menuju ke bangunan kedutaan Mesir selepas itu.

Satu sidang media pula akan diadakan oleh pemimpin PAS dan pemimpin NGO berkenaan di hadapan kedutaan Mesir itu.

Himpunan ini diadakan ekoran rampasan kuasa yang dibuat oleh tentera Mesir dengan menjatuhkan Presiden Mohamad Morsi yang dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir dalam pilihan raya sebelum ini.

Menurut media Barat termasuk BBC, Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika berada di belakang rampasan kuasa ini.

Ekoran rampasan kuasa ini, jutaan rakyat Mesir berhimpun di seluruh negara itu dan tentera menembak mereka yang enggan bersurai.

Mood pengundi Kuala Besut baik, 16:16 boleh dicapai

Khairul Azlam Mohamad, 08 Jul 2013
BESUT: PAS Besut mengajak rakyat khususnya para pengundi di N1 Kuala Besut agar bangkit menuntut hak mereka yang selama ini ‘dicuri’ untuk dikembalikan semula melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 24 Julai nanti.

Bendahari PAS Besut, Azlan @ Endut Yusuf (gambar) berkata proses tersebut memerlukan keberanian bagi memilih PAS mewakili Pakatan Rakyat.

Menurutnya, tindakan tersebut bukan sekadar keberanian memprotes tetapi perlu diterjemahkan melalui peti undi yang dijamin selamat.

“Sudah ketikanya persekitaran kita (Besut) diubah. Fenomena dan lanskap politik di Terengganu perlu diolah secara yang lebih realistik.

“Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) sengaja membiarkan rakyat berada pada skala kehidupan yang statik dan menjadikan pemberian bantuan sebagai umpan untuk meraih sokongan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan mesra Che Long menegaskan PAS tidak bakhil untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan atas dasar keprihatinan membantu rakyat.

Namun, katanyag bantuan dan keprihatinan tersebut bukanlah hanya bermusim ketika menjelang pilihan raya sahaja seperti sekarang.

“Kalau pilihan raya kecil sebagai ‘basic’ untuk kerajaan turun bersimpuh di hadapan rakyat, maka wajar rakyat bergerak ke arah merealisasikan harapan, slogan dan formula 16:16 yang dilihat boleh melorongkan kepada suatu laluan ke arah Pilihan Raya Negeri semula bagi membolehkan sebuah kerajaan yang kuat, padu dan berwibawa dibentuk untuk menerajui pemerintahan kerajaan negeri Terengganu,” jelasnya.

Menurutnya, berdasarkan ‘mood’ yang ada, kedudukan 16:16 tidak mustahil boleh dicapai kerana keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan kedudukan kerusi 15:17 membuktikan rakyat sedang bergerak ke arah perubahan.

Akhbar Harakah, Suara Keadilan dirampas lagi

Harakahdaily, 08 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 100 naskhah akhbar Suara Keadilan dan 26 naskhah Harakah dalam satu operasi di Kuantan, pagi tadi.

Menurut laporan Bernama, rampasan itu dilakukan di sebuah kiosk di Taman Tas, Batu 3 Jalan Gambang, Jalan Besar dan kedai runcit di Indera Mahkota 2.

Dilaporkan, rampasan itu dilakukan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.

Baca di sini

Harakah: Belum dijual, sudah dirampas

Fitnah dalam dunia siasah

Mohd Azmir bin Maideen, 08 Jul 2013
Berikut adalah antara yang disebut oleh Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi dalam wacana itu, "Fitnah ini kesannya lebih dahsyat dari membunuh dan menimbulkan masalah besar kepada tamadun manusia. Mewujudkan persengketaan, pertelagahan dan sampai ke peringkat boleh membawa kepada pembunuhan. Fitnah senjata paling tua di muka bumi untuk membinasakan pihak lain".

"Saya mempunyai satu tekad, apabila diberi amanah sebagai Ketua Pemuda PAS, saya ingin memastikan setiap anggota khasnya Pemuda mengamalkan dasar dan sistem politik berakhlak, bermaruah, berhemah dan bukannya bertunjangkan fitnah. Kita tidak mahu politik berlandaskan kepada menjatuhkan maruah orang lain, politik keji dan jijik".

"Dalam Dewan Pemuda. Kita diberi amanah untuk memastikan anak-anak muda dapat dibimbing. Saya mulakan langkah iaitu pertamanya untuk membetulkan akidah, kedua membina fitrah dan ketiga memastikan sahsiah atau akhlak seorang pemuda itu menepati ajaran Islam".

"Saya ingin memastikan Pemuda yang saya pimpin mestilah berkualiti, bukan hanya mempunyai suara politik kuat, tetapi dalamannya kosong" – Majalah I bilangan 105, Julai 2011.
Tanpa mengira kaum, individu mahupun jemaah, yang soleh mahupun yang fasad pasti akan terpalit dengan bahaman fitnah. Maka, kala fitnah berpencak di ruang langit terbuka, kita sama sekali tidak boleh alpa untuk merujuk kembali khazanah agung rahsia kemenangan. Iaitu rahsia bagaimana sirah Baginda Rasulullah SAW mendepani ancaman ini yang dinamakan fitnah.

Bahaya fitnah, kerana saiz ukuran petakanya lebih luas, kesannya berabad-abad, atau mungkin tidak akan pernah dilupakan. Itulah fitnah yang memiliki lebih dari satu erti di dalam Al Quran, termasuklah apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW berdasarkan butiran sabdanya. Kalimah fitnah lebih umum, ia sejenis virus yang membuatkan lingkungan kita tidak selesa, gawat, boleh jadi ia memaksa seseorang untuk kembali kufur, merosak sendi kesatuan dan mencelakakan manusia sehingga sampai ke tahap pembunuhan.

Itulah dia fitnah, cengkamannya lebih parah, sekiranya tidak dirawat, ia akan menjadi lebih membarah. Wal hasil posisi fitnah ini bukan sahaja datang dari orang yang memusuhi kita, bahkan orang yang paling dekat dengan kita, harta, isteri, anak-anak, mahupun teman seaqidah.

"Dan takutlah kalian daripada (berlakunya) fitnah (iaitu dosa yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah oleh kamu bahawa hukuman Allah itu tidak terperi dahsyatnya" (surah al-Anfal : ayat 25)

Menurut Imam Al Alusi RA, dikatakan di dalam ayat, "takutlah kalian..." menunjukkan bahawa fitnah itu buta, tuli, tidak pandang bulu, serta dapat menimpa sesiapa saja. Oleh itu Allah Taala berfirman yang bermaksud;

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian (fitnah), dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar" (Surah al-Anfal : ayat 28)

Hatta harta yang melingkar di sekeliling kita-pun bakal menjadi bahan fitnah.

Rasulullah SAW pernah menegur Muaz RA yang telah memanjang-manjangkan bacaan solatnya ketika menjadi imam solat jemaah, sehingga ramai para makmum yang jengkel dengan perbuatan Muaz RA. Lalu Baginda SAW bersabda kepada Muaz, "Wahai Muaz adakah engkau mahu menyebabkan (fitnah) apabila manusia lari dari ajaran agama?" – Riwayat Bukhari dan Muslim.

Untuk membincangkan soal fitnah secara umum dalam maqalah ini, saya kira ruang ini cukup terbatas, banyak halaman yang perlu diperuntukan. Maka, topik yang ingin dikupas hanya sekitar fitnah yang berlaku dalam lapangan politik (siasah). Apatah lagi, hari ini fitnah dalam lapangan politik semakin mengganas, melepasi had pahala dan dosa. Dan lebih teruk apabila manusia sudah tidak lagi berakal untuk memikirkan perbezaan dari dua perkara yang saling bertentangan, iaitu kebenaran dan kebatilan.

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya, "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang menipu. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan ruwaibidhoh".

Oleh itu, analisis ini dikupas mengikut tiga sub-tajuk, pertama: Cara Rasulullah SAW Menangani Fitnah Era Politik Makkiyah; Kedua: Para Salafussoleh Menangani Fitnah Era Politik Madaniyyah, dan; Ketiga : Fitnah Pada Zaman Khulafa' Ar Rasyidin Sehinggalah Ke Era Kosmopolitan.

Rasulullah SAW Menangani Fitnah Era Politik Makkiyah

Marilah kita meninjau, bagaimana Baginda SAW menangani politik fitnah ketika zaman Makkiyah lagi. Apabila kaum Kafir Quraish menyedari bahawa penentangannya terhadap Nabi yang berupa penyeksaan, penganiayaan tidak berhasil, mereka beralih kepada senjata propaganda. Propaganda digunakan untuk menyerang akidah Islam, merendah-rendahkan substansinya dan menghina esensinya di khalayak umum.

Salah seorang musuh Baginda SAW bernama Aswad bin Abdi Yaghuts, seorang yang suka melakukan propaganda, suka melakukan provokasi ketika bertemu Nabi. Kata Aswad, "Apa khabar Muhammad? Mengapa engkau tidak menceritakan wahyu-wahyu dari langit? Apakah hari ini engkau tidak menerima suatu khabar-pun dari langit? Khabar dari pemilik jagat raya di atas? Semalam ada berita apa dari langit?".

Yang dikatakan oleh Aswad itu semata-mata untuk menyakiti dan mentertawakan Nabi. Apabila bertemu Para Sahabat Rasulillah pula, dia akan berkata, "Inilah calon-calon pemerintah! Inilah dia orang-orang yang hendak memegang Kerajaan Rom dan Farsi, mereka juga akan menjadi ketua kita di Tanah Arab nanti".

Saat itu, Para Sahabat Nabi kebanyakannya dalam kalangan mustadha'fin. Pakaian mereka koyak rabak, serba kekurangan, tubuh mereka kurus, wajah mereka lesu kerana tidak menjamah sebarang makanan. Mereka yang tidak tahan dengan cubaan ini, pasti akan kembali kepada agama berhala. Oleh itu, di mana-mana mereka selalu dihina dan dijadikan bahan ketawa Musyrikin Quraish.

Begitupun semua celaan, cercaan, hinaan, ditangani oleh Rasulullah SAW dengan sabar, penuh maaf. Baginda tidak membalas tindakan yang serupa kepada mereka yang mengejeknya. Hal ini bukanlah kerana Baginda SAW tidak memiliki kemampuan terhadap mereka. Rasulullah SAW berasal dari Kabilah yang paling berpengaruh di Makkah. Jika Rasulullah SAW mahu, nescaya Baginda mampu menghimpun kekuatan yang dimiliki Bani Hasyim dan Bani Muttalib.

Begitu juga Rasulullah SAW pernah ditawarkan Malaikat untuk menghancurkan kaum yang mengingkarinya, Baginda dengan penuh sabar menjawab, "Jangan. Bahkan aku berharap mudah-mudahan Allah memberikan kepada mereka keturunan yang menyembah kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatupun" – Sahih Bukhari dan Muslim

Kesabaran Rasulullah SAW bersama Para Sahabat mengundang kewaspadaan dan cara berfikir kaum Quraish untuk menelaah kebenaran ajaran yang dibawa oleh Muhammad SAW. Ini disebabkan, jika bukan kerana kebenaran risalah yang dianuti oleh pendokong-pendokong Nabi, pasti tidak ada siapapun yang mampu bersikap teguh menghadapi cubaan, serangan dan konfrontasi yang dilakukan kaum kafir Quraish.

Suasana ini menumbuhkan empati kepada sebahagian kaum musyrikin Quraish, di mana secara fitrah dan manusiawi mereka sendiri tidak suka dengan kezaliman yang dilakukan terhadap orang Islam. Hal ini dibuktikan melalui tindakan lima orang pemuda musyrikin Quraish iaitu Zuhair bin Abi Umayyah Al Makhzumi, Hisham bin 'Amru, Muth'im bin 'Adi, Abu Al Bukhturi bin Hisham, dan Zama'ah bin Al Aswad.

Lima orang pemuda Quraish ini cukup menyampah dengan cara bertindak kaumnya yang memboikot segala hubungan dengan umat Islam terutamanya di kalangan Kabilah Bani Hashim. Mereka marah dan mempertikaikan naskhah pemboikotan di hadapan Ka'abah. Lalu Zuhair dengan semangat kepemudaannya berteriak, "Wahai penduduk Makkah! Mengapa kita makan minum dengan mewah dan berpakaian rapi, sedangkan Bani Hashim mengalami kebinasaan. Mereka dilarang berdagang dan berjual beli. Demi Tuhan, aku tidak akan berhenti sehingga naskhah pemboikotan yang zalim ini dilupuskan!".

Kekuatan lima orang pemuda ini menyebabkan majoriti masyarakat Arab ketika itu bersepakat dan setuju agar pemboikotan terhadap umat Islam dihapuskan.

Ketika era dakwah Makkiyah, Rasulullah SAW bersikap lembut terhadap fitnah dan penindasan kaum musyrik untuk membendung berkembangnya sikap permusuhan. Ini kerana, jika permusuhan semakin meningkat, ia akan mengakibatkan konfrontasi bersenjata, kemudian sebahagian kaum musyrikin yang sepatutnya mampu bersikap objektif terhadap Islam menjadi keras tidak keruan, manakala kaum Muslimin pasti menghadapi ancaman pemulauan habis-habisan.

Darihal itu, Baginda menanganinya secara bijak penuh hikmah, maka ramai orang-orang yang dahulunya Kafir, memeluk agama Islam. Malah ada di antara mereka yang begitu memusuhi Rasulullah, namun di akhir hayatnya mereka dipuji oleh Baginda SAW. Sebagai contoh Urwah bin Mas'ud At Thaqafi, pembesar Bani Thaif, kematiannya mendapat jolokan sebagai 'syahid surah Yaasin' oleh Rasulullah.

Para Salafussoleh Menangani Fitnah Era Politik Madaniyyah

Kaum Yahudi telah lama intim dengan masyarakat Madinah sejak perpecahan Aus dan Khazraj, iaitu sebelum Baginda SAW sampai ke sana. Maka mereka adalah masalah yang paling awal muncul ketika negara Islam Madinah baru berdiri. Keintiman mereka semakin menjadi-jadi apabila Islam menjadi aturan pemerintahan di Madinah. Keintiman tersebut berlaku disebabkan iri hati, dengki dan benci. Lazimnya sifat manusia apabila benci dengan seseorang menyebabkannya semakin menjauh, tetapi kebencian Yahudi terhadap Islam menyebabkan mereka menjadi semakin mendekat dengan umatnya, di atas matlamat merosakkan keluhuran Islam.

Dari riwayat Ibnu Abbas RA bahawa Abu Bakar As Siddiq RA pernah melewati kawasan pengajian orang-orang Yahudi di Madinah. Ketika itu seorang rahib Yahudi bernama Fanhash berada di tengah-tengah kumpulan bangsanya sambil duduk berteleku, di tengah-tengah perut Madinah Al Munawwarah membahaskan sesuatu. Lalu dengan tegas Abu Bakar mengherdik Fanhash, "Celaka engkau, bertaqwalah kepada Allah. Masuklah kepada Islam! Sesungguhnya engkau tahu kebenaran Muhammad bahawa dia utusan Allah, dia-lah membawa kebenaran dari Tuhan-nya. Perkhabaran ini, telah kamu tahu dari lintas helaian yang terkandung dalam Taurat dan Injil!".

Kemudian semakin lantang Fanhash merendah-rendahkan Islam di hadapan Abu Bakr As Siddiq dengan mengatakan, "Demi Tuhan wahai Abu Bakar. Kami tidak memerlukan Allah wahai Aba Bakr. Kami tidak fakir di sisi Allah. Dia-lah yang sebenarnya faqir di sisi kami. Kami tidak tunduk kepadanya sebagaimana Dia tunduk kepada kami. Sesungguhnya kami tidak memerlukanNya, bahkan Dia-lah yang memerlukan kami...".

Fanhash berkata seperti ini merujuk kepada kefahaman fatal-nya terhadap Surah Al Baqarah ayat 245. Lantas dengan kemarahan yang disandarkan kerana cintanya kepada Allah, Abu Bakar memukul wajah Fanhash dengan keras dan berkata, "Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, seandainya tidak ada perjanjian antara kami dengan kamu, pasti aku penggal kepalamu wahai musuh Allah!".

Hal itu menyebabkan Fanhash tidak puas hati lalu mengadukan hal ini kepada Rasulullah SAW bahawa Abu Bakar telah memukulnya. Sengaja Fanhash adu-kan untuk menempelak tarbiyah Baginda SAW kepada Para Sahabat tentang beginikah cara kamu mengajar Abu Bakar berdakwah? Beginikah akhlak orang Islam? Inilah kaedah lazim yang digunakan oleh 'orang jahat' untuk memanipulasi-kan isu.

Akhirnya perbuatan Abu Bakar As Siddiq dibela oleh Allah Taala dengan firman-Nya, maksudnya :

"Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan; Bahawa Allah miskin dan kami kaya. (Allah) menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Para Nabi dengan tiada alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka; Rasalah kamu azab seksa yang membakar." (Surah Ali-Imran : ayat 181)

Allah turut menurunkan ayat lain mengenai hal ini (maksudnya), "...Kamu akan mendengar orang-orang yang telah diberikan Al Kitab, banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertaqwa maka itulah yang paling utama..." (Surah Ali-Imran : ayat 186)

Begitulah hebatnya fitnah (cubaan) dari kaum Yahudi terhadap umat Islam sewaktu generasi soleh yang terawal. Ia memakan waktu yang cukup panjang sehingga berlakunya pengusiran Bani Qainuqa', pengusiran Bani Nadhir, hukuman terhadap Bani Quraizah, Perang Khaibar dan termasuklah pertelingkahan Para Sahabat yang dibarisi Ali bin Abi Talib dan Muawiyyah bin Abi Sufyan – Allah merahmati mereka semua.

Fitnah Pada Zaman Khulafa' Ar Rasyidin Sehinggalah Ke Era Kosmopolitan

Pernah Amirul Mukminin, Umar Al Khattab memberikan pesanan kepada Jeneral Tentera Muslimin, Saad bin Abi Waqqas sewaktu peperangan Qadisiyyah, "Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samamu supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh islam. Sesungguhnya orang islam telah mendapat pertolongan daripada Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada lagi bagi orang islam kekuatan.

"Bilangan tentera kita tidak seramai bilangan tentera mereka, kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka. Maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi mereka. Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada kurniaan Allah ke atas musuh-musuh ini dengan kelebihan kita, sudah pasti kita tidak dapat mengalahkan mereka."

Hari ini pesanan seorang yang pernah mendapat gelaran Al Faruq daripada Rasulullah, dianggap sepi. Kita menentang musuh Islam, kita benci kepada orang yang memusuhi Islam, malangnya fitnah pada agama itu ada pada peribadi kita sendiri. Sikap dan peribadi kita lebih kurang sama sahaja dengan mereka, mengikut nafsu, melakukan maksiat kepada Allah.

Tidak hairanlah mengapa sehingga kini kita terus dikuasai musuh Islam dalam segala bentuk penjajahan kerana kitalah yang telah mencipta fitnah tersebut pada diri kita sendiri. Kita kalah dengan musuh zahir kerana terlebih dahulu kita kalah dengan musuh batin iaitu nafsu, kita kalah kepada pembangunan musuh kerana binaan akhlak yang buruk telah kita bina sendiri.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menyerahkan urusan agama-Nya pada diri seseorang, maka baik-buruk agama itu dilihat melainkan dengan ketinggian dan kemulusan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini? " – Riwayat At Tabrani

Kerana itu Saidina Ali pernah menegur hal ini kepada kita mengenai jatidiri dan akhlak umat Islam yang pertama menjadi punca kepada pergolakan fitnah politik pada zamannya. Saidina Ali pernah dikritik oleh sebahagian ahl al halli wa al 'aqdi, "Mengapa pada zaman Khalifah Abu Bakar dan Umar tidak pernah ada huru-hara fitnah seperti ini?

Lantas Saidina Ali menjawab, "Ketika Abu Bakar dan Umar menjadi khalifah, aku menjadi pengikut (rakyatnya). Sedangkan sewaktu saya menggalas amanah ini (menjadi khalifah), pengikutku seperti kamu".

Begitulah fitnah membadai dunia politik Khalifah Ali Abi Talib sehinggalah di akhir zaman ini, ia berlaku kerana dicipta oleh tangan rakus mereka yang bergelar umat Islam. Malang bukan? Amat mengecewakan apabila fitnah sebenarnya dijenterai oleh umat Islam sendiri. Oleh itu, marilah kita sama-sama bermuhasabah bukannya menyuruh orang lain bermuhasabah, ber-istighfar tetapi diri kita sendiri melupakan tanggungjawab tersebut.

Kesimpulan

Fitnah. Sehingga ke hari ini tidak akan pernah pupus. Senjata kuno ini sentiasamenjadi bencana kepada umat manusia. Kita perlu menangani fitnah ini dengan jalan sejarah yang sahih agar kita tidak tertipu, diterokai dengan jalan tarbiyah agar kita tidak kalah, dikuatkan dengan akhlak yang mantap agar kita tidak diperbudakkan nafsu, dan disambut dengan panduan ulama' yang rabbani agar kita sentiasa segar dipandu menuju hakikat dan kebenaran yang dikehendaki Allah. Kerana Gerakan Islam itu dimenangkan bukan hanya kerana kelengkapan yang padu, dana yang melimpah ruah, sokongan manusia, tetapi ia mestilah digerakkan oleh insan-insan rabbani di dalamnya.



http://www.tarbawi.my


Nasir Sahlan shared Muslimah Fi Sabilillah's photo.
Inilah Kepentingan Israel Dibalik Jatuhnya Presiden Mursi

Walaupun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melarang seluruh Menterinya mengulas tentang rampasan yang dilakukan Tentera Mesir terhadap Presiden Mesir Muhammad Mursi, namun Keselamatan Zionis telah melihat adanya langkah baru yang membolehkan Israel mengurangkan kesan negatif yang ditimbulkan dari Arab Spring yang selama ini terjadi.

Menurut Israael penggulingan Muhammad Mursi merupakan titik balik menuju era baru yang akan membebaskan Israel dari pelbagai ancaman yang ditimbulkan oleh Arab Spring.

Peristiwa Penggulingan Muhammad Mursi ini Bagi Israel telah membuka beberapa jalan sebagai berikut:

Pertama: mengembalikan kembali Perkongsian Strategik yang terbina antara Israel dan Rejim Mubarak yang yang telah digulingkan, dimana perkongsian tersebut terhenti selama Pemerintahan Mursi. Seperti kata Pengarah "Amos Yadlin", bekas ketua Bahagian Perisikan Tentera dan Pusat penelitian Keselamatan nasional Israel, bahwa perkongsian Strategik yang diharapkan Tel Aviv setelah tumbangnya pemerintahan Mursi adalah untuk memegang kembali Mesir dalam membantu Israel menghadapi beberapa ancaman seperti: "Keganasan" di Palestin, dan kerjasama dalam menghadapi gerakan Jihad Global.

Kedua: membina semula perikatan kuasa-kuasa serantau Arab untuk kepentingan Israel. Dimana hal ini lemah saat Ikhwanul Muslimin memimpin Mesir. Bagi Israel Kejatuhan Mursi akan mengembalikan kekuatannya untuk boleh membina perikatan kembali di arab.

Ketiga: jatuhnya Mursi akan di ikuti perdebatan awam antara pro mursi dan penentangnya, serta meningkatnya pengutuban sektarian antara Sunni dan Syiah yang akan beralih pendapat awam dari konflik arab-Israel. Dan hal ini akan memberikan Israel kesempatan yang sangat besar dalam mencapai tujuan-tujuannya di negara Arab, terutama Palestin.

Keempat: Kejatuhan Mursi menurut Israel adalah pukulan teruk bagi Hamas, dimana selama pemerintahan Mursi, Hamas mempunyai strategi yang lebih baik dalam menghadapi Israel.

Kelima: berkuasanya tentera Mesir akan membuka peluang Amerika Syarikat untuk mengembalikan kedudukan strategik di wilayah tersebut, dan hal ini akan sangat menguntungkan bagi Israel dalam menegaskan kembali status wilayah Tel Aviv.

Keenam: Kejatuhan Mursi tidak diragukan lagi akan memberikan keuntungan bagi kepentingan Israel di wilayah Syria. Menurut sumber bahagian Perisikan Tentera "Aman" bahawa Rejim Mursi telah menyumbang dalam meningkatkan kekuatan Gerakan Islam di Syria dimana hal ini bertentangan dengan kepentingan Israel.

Gambar guru PK mati ditembak di Kelantan

Oleh pada 08 Jul, 2013 | Respon anda...
Guru_PK_Tembak1Guru_PK_Tembak2Lagi kes guru ditembak di Kelantan pada bulan ini. Kini seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, di sini, maut ditembak berhampiran  pagar sekolah berkenaan, kira-kira jam 2 petang tadi.
Guru tersebut yang dikenali sebagai Hashim Mat Zin, 43, guru mata pelajaran Muzik ditembak ketika memandu kereta Mercedez Benz untuk pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan.
Mangsa ditembak tiga kali setelah memandu kira-kira 300 meter dan berhenti di sebuah rumah berhampiran sekolah sebelum ditembak.
Seorang guru cedera selepas ditembak dalam satu kejadian yang berlaku di Kubang Panjang, Pasir Mas kira-kira tengah hari semalam.
Sebelum ini, seorang guru Mat Zaki Hashim, 35, dari Kampung Tualang, Bunut Susu, Pasir Mas cedera di bahagian leher juga ditembak mereka yang tidak dikenali. Dia kini stabil di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Apa kata anda?

Azhan Shah shared Asam Garam Gula's photo.
Like · · 3 hours ago ·
Nasir Sahlan shared Osman Aziz's photo.
Dari sumber rasmi Kementerian Pertahanan dan Perisikan yang turut menolak rampasan kuasa telah menyampaikan berita kepada Ikhwan :

Presiden Muhammad Mursi tidak meminta apa-apa dari para pemimpin Pengawal Republik kecuali Al-Quran dan sejadah untuk solat.

Konco-konco Sobhi juga telah berkali-kali (6 kali) memujuk Dr Mursi untuk mengisytiharkan persaraannya dengan aman tetapi beliau menolak dengan tegas.

"Bunuhlah aku, kerana kematian ini lebih mudah bagiku daripada sumpah palsu"

*sumpah palsu adalah antara dosa-dosa besar

As-Sisi dan pimpinan tentera dalam keadaan tertekan kerana sebahagian dari tentera berpaling tadah daripada keputusan mereka.

Perisikan Tentera dan Perisikan Am mengadakan mesyuarat mereka di Istana Presiden dalam tempoh 24 jam bagi mengetahui keadaan terkini.

Sumber : Morseyooon

Allahuakhbar!!! Jual beli yg tak pernah rugi... Inshaallah syurga buat saudara2 ku... Yakinlah bantuan Allah itu pasti...
Ya Allah. Saudara seagama dan seperjuangan kami di Mesir, sedang 'melunaskan' harga untuk kemenangan mutlak perjuangan menegakkan agamaMu di tanah air mereka. Kembalikanlah ya Allah, pemerintahan Mesir kepada mereka yang cintakan agamaMu ya Allah...
MEREKALAH MUNAFIQIN...MEREKA LEBIH JAHAT DARIPADA ORANG KAFIR.
Walaupun pada awalnya mereka mendukung ideologi-idelogi berbeza. Namun setelah Islam kelihatan mula dominan dan mendapat tempat, mereka bersatu seterusnya berkomplot menjatuhkan Islam dengan apa jua cara. Jika kita peka.

Baradi’e (Liberal), Hamdin Sobahi (Sosialis), Abdul Mun’im (Islamis Democrat / Islam Liberal) dan agamawan (yang mesra sekular berpandukan maqasid 'aqliyyah) bersatu menumbangkan kerajaan aspirasi rakyat yang komited melaksanakan Islam. Itu di Mesir. Watak-watak itu turut wujud di negara kita Malaysia. Sebijik! Jika kita peka.

Kerana penganut ideologi selain dari Islam, permusuhan mereka hanyalah lakonan semata-mata untuk menambah variasi kesesatan umat. Matlamat akhir yang utama bagi mereka, Islam wajib dikuburkan. Itu kesepakatan mereka. Mainan ini serupa di mana-mana jika kita peka.

Tiba-tiba dikempen ABU yang mengikis kesedaran berjuang bermatlamat Allah. Tiba-tiba dipasarkan ideologi sosialis. Tiba-tiba didesak agar gerakan Islam lebih terbuka (baca liberal). Tiba-tiba muncul islamis yang mengaku sebagai islamis demokrat. Tiba-tiba ketika gerakan Islam kuat, kuat pula dibakar sentimen perbalahan furu' aqidah dan feqh mengalihkan fokus umat dll. Itu semua bukan kebetulan. Jika kita peka.

Kini zaman perang pemikiran. Lebih halus dari perang bersenjata. Hati-hati sahabat...Kita selaku pendukung gerakan Islam perlu mengambil pengajaran ini. Bahawa sampai satu masa gerakan Islam akan ditinggalkan keseorangan. Akan dibelasah oleh musuh dan rakan kontrak. Jika sekarang kita tergamak buang Islam dalam berjuang, takdirnya satu hari nanti kita dibelasah oleh semua, kita akan lemas.

p/s: Jom baca kitab Bughah dengan penuh beradab...

Oleh : Ust Abdul Mu'izz Muhammad
Ketua Akademi Tarbiyyah DPP Klang.


Gambar mangsa yang terkorban awal pagi tadi.

D'Din Din shared Chandra Lawan Tetap Lawan's photo.


SEORANG GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID MATI KENA 4 DAS TEMBAKAN DIBAHAGIAN DADA!!!!

Seorang guru yang hanya dikenali sebagai Cikgu Hashim yang merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SK Beris Panchor, Bachok, Kelantan mati ditembak sebanyak 4 das pada bahagian dada didepan sekolah tersebut sebentar tadi..Dia meninggal dunia ditempat kejadian.

Dipercayai beliau ditembak dari jarak dekat ketika sedang meletakkan kereta Mercedes Benznya.

Pihak polis telah bergegas ketempat kejadian sebaik saja dimaklumkan.

Kini seluruh Bachok ditutup untuk tujuan pemeriksaan pihak polis.

Punca kejadian masih disiasat... Tidak menolak kemungkinan ianya bermotifkan dendam.

Laporan perkembangan akan menyusul.
Makluman Awal kes menarik berkait Tawang Rpt: 797/13, Tarikh: 8/7/13, Sek 302 KK.
1. Pengadu:
Majidi B. Noor
KP : 680906-03-5365..

2. Tempat kejadian:
Simpang Tiga Jln Beris Panchor Tawang ke Kota Bharu berhampiran Sek. Ren. Keb. Beris Pachor, Bachok, Kelantan.

3. Simati / Mangsa..Hashim B. Mat Zain, 700819-03-5365,
Umur...(43) Thn.
Kerja... Guru Penolong Kanan HEM Sek Ren Keb Beris Pachor, Lot 1531, Jalan Baru, Kg. Panjang, Bachok, Kn.

4. Ringkasan kes:

Pada 08/07/2013 jam l/krg 1340 hrs. Semasa mangsa keluar dari Sek Ren Keb Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan telah ditembak oleh suspek yang tidak dikenali. Kereta mangsa telah terbabas ke kiri jalan dan terhenti dihadapan sebuah rumah alamat Lot 1843, Kg. Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan.

Pemeriksaan forensik mendapati 4 das tembakan telah dilepaskan oleh suspek dan 3 mengenai cermin depan, 1 das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu.

Manakala pada badan mangsa terdapat 3 das tembakan. 1 anak peluru di percayai .38 telah dijumpai didalam kusyen pemandu. Siasatan awal dapati mangsa selain bertugas sbg gurut turut menjalankan pelbagai perniagaan seperti perniagaan balak, shakle, kontrak kantin sekolah dll .

Mengikut maklumat mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak dan perkara ini sedang dlm siasatan..

5. Tindakan polis.

- Forensik ke tempat kejadian untuk kesan bahan bukti.

- Anggota detektif daerah, D7, D8 dan D9 diarahkan mendapat maklumat kejadian.

- Mengesan dan mendapatkan maklumat daripada pelajar / guru sekolah rendah yg mungkin -ada menyaksikan kejadian ini...

- Mengadakan projek meeting utk. menyelaraskan tindakan...

Pengantin baru kena tetak
Pengantin baru kena tetak
Mayat mangsa dibawa keluar dari bilik sewanya.
JOHOR BAHRU - Seorang buruh binaan maut, manakala isterinya dikejarkan ke hospital selepas mereka diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di Taman Ungku Tun Aminah di sini, semalam.

Surianto, 35, seorang warga Indonesia, ditetak beberapa kali sementara isterinya, Buchi, 34, cedera ketika cuba membantunya.

Mereka baru berkahwin empat bulan lalu.

Teman serumah mangsa, Sunandi, 39, memberitahu, serangan itu berlaku sekitar jam 5.45 pagi di dalam bilik sewa pasangan terbabit di sebuah rumah kedai di Taman Damai Jaya, dekat sini.

“Kami tinggal di tingkat atas rumah kedai. Waktu itu, Buchi dan saya mahu ke tempat kerja. Kami melihat tiga lelaki duduk dekat pokok di depan pintu keluar.

“Sebaik saja kami buka pintu pagar, kumpulan lelaki itu berlari ke tingkas atas. Surianto ada di atas.

“Selepas itu kami terdengar jeritan Surianto. Buchi lari ke atas untuk menolong suaminya,” katanya.

Sunandi berkata, beberapa minit kemudian, kumpulan lelaki terbabit lari meninggalkan Surianto dan Buchi.

“Ketika pihak berkuasa tiba, Surianto telah meninggal dunia dan Buchi dibawa ke hospital (Hospital Sultanah Aminah). Saya sendiri tidak tahu mengapa Surianto diserang,” katanya.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Nor Hashim Mohamad berkata, polis sedang menyiasat motifnya.

“Kami mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian itu menghubungi polis di talian 07-2212999 atau pergi ke balai berhampiran.
Lelaki warga Myanmar maut ditetak 10 lelaki
Lelaki warga Myanmar maut ditetak 10 lelaki
Anggota Polis Forensik memeriksa mayat warganegara Myanmar yang ditemui mati ditempat kejadian akibat ditetak di Jalan Merdeka Ria 3, Kampung Baru Ampang.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Myanmar maut akibat ditetak dalam kejadian di Jalan Merdeka Ria 3, Kampung Baru Ampang, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Md Nazri Zawawi berkata kejadian berlaku pukul 7.30 pagi ketika mangsa yang bekerja di sebuah premis mencuci kereta, sedang tidur di premis tempat kerjanya.

Siasatan awal mendapati mangsa yang berusia lewat 20-an itu diserang sekumpulan lebih 10 lelaki bersenjatakan parang, katanya pada sidang media, di sini.

Menurutnya, polis menerima panggilan menyatakan ada pergaduhan, dan apabila tiba di lokasi kejadian polis menemui mayat mangsa dalam keadaan meniarap kira-kira 100 meter daripada tempat dia diserang.

"Polis percaya mangsa mati akibat terkena satu tetakan masing-masing di bahagian leher, rusuk dan bahagian belakang badan," katanya.

Katanya siasatan awal polis juga mendapati semasa kejadian ada lapan rakan senegara mangsa di situ, dan dua daripada mereka iaitu masing-masing lelaki dan wanita, turut diserang.

Kedua-duanya mengalami kecederaan di bahagian lengan dan jari, katanya sambil menambah semua mangsa memasuki negara ini secara sah. - Bernama
Lelaki maut ditembak selepas beli tosai
GEORGETOWN - Seorang lelaki maut selepas terkena empat das tembakan di sebuah medan selera di Jalan Relau di sini malam tadi.
 
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, SAC Mazlan Kesah berkata pada kejadian pukul 10.30 malam itu mangsa K. Kuganeswaran, 30, sebelum itu dikatakan membeli tosai di gerai makanan di situ.
 
Beliau kemudiannya dipanggil oleh dua lelaki yang dipercayai dikenalinya.
 
"Apabila Kuganeswaran masuk semula ke dalam medan selera berkenaan, berlakupertengkaran antara mereka sebelum mangsa ditembak dari jarak dekat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Mazlan berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian apabila tembakan itu mengenai dada, badan serta lehernya dan polis turut menemui empat kelongsong peluru berukuran 9mm di lokasi kejadian.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa yang beralamat di Taman Damai Taiping, Perak itu memiliki dua rekod lampau melibatkan kesalahan dadah.
 
Beliau berkata motif pembunuhan masih disiasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta membuat laporan di balai berdekatan bagi membantu siasatan.
 
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

51 penyokong setia Morsi dibunuh

MAYAT seorang penyokong Presiden yang digulingkan, Mohammed Morsi dibawa ke sebuah rumah mayat di Kaherah semalam.- AP


KAHERAH - Sebanyak 42 penyokong setia Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Morsi dibunuh semalam semasa mereka menunjuk perasaan kerana membantah rampasan kuasa oleh tentera pada minggu lalu.
Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh pergerakan Islam terbesar di Mesir, Ikhwanul Muslimin.
Pergerakan tersebut menyatakan, penyokong-penyokong mereka menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai oleh polis dan askar yang melepaskan tembakan pada waktu subuh di luar sebuah ibu pejabat unit elit pengawal republikan di sini.
Pihak tentera menyalahkan pengganas berhubung tragedi itu, manakala beberapa saksi kejadian berkata, pasukan keselamatan cuma melepaskan tembakan amaran dan gas pemedih mata ke arah kumpulan tersebut.
Mereka sebaliknya memberitahu, sekumpulan 'samseng' berpakaian preman telah melepaskan tembakan rambang dalam insiden tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, pemangku Presiden, Adly Mansour telah menubuhkan sebuah suruhanjaya kehakiman bagi menyiasat kejadian itu.
Parti Islam Al-Nur yang memenangi hampir satu perempat kerusi Parlimen pada pilihan raya 2011 dan menyokong penggulingan Morsi memberitahu, mereka menarik diri daripada rundingan untuk membentuk sebuah kerajaan baharu susulan insiden berdarah itu.
Seorang wartawan agensi berita AFP di lokasi kejadian memberitahu, penyokong-penyokong Ikhwanul Muslimin membaling batu ke arah anggota polis dan tentera yang berkawal.
Tindakan tersebut katanya, menyebabkan pasukan keselamatan membedil gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka.
"Sejumlah penyokong Morsi sedang solat subuh apabila anggota polis dan tentera melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah mereka," kata kata Ikhwanul Muslimin pula.
Seorang pegawai kanan perubatan menyatakan, sekurang-kurangnya 42 orang terbunuh dan 322 cedera dalam insiden berdarah itu.
Puluhan mayat dilihat disusun di lantai sebuah hospital di sini.
Pihak tentera mendakwa, serangan itu dilakukan oleh kumpulan pengganas bersenjata yang cuba menyerbu ibu pejabat pasukan elit tersebut.
Susulan tragedi itu, sayap politik Ikhwanul Muslimin iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) menyeru rakyat Mesir supaya bangkit menentang 'pihak yang cuba merampas revolusi mereka menggunakan kereta kebal (tentera)'.
FJP turut menyeru masyarakat antarabangsa campur tangan untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Mesir sekali gus mengelakkan sebuah Syria baharu dalam dunia Arab.
Pertumpahan darah itu berlaku beberapa jam sebelum Adly Mansour dijadual mengumumkan pemangku Perdana Menteri Mesir.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menegaskan bahawa AS tidak menyokong mana-mana parti politik atau kumpulan di Mesir susulan penyingkiran Morsi.
Pemerintahan setahun Morsi bergelora selepas beliau dituduh menggagalkan revolusi 2011 yang menggulingkan diktator Hosni Mubarak dengan menumpukan kuasa kepada Ikhwanul Muslimin dan gagal memulihkan ekonomi. - AFP
Guru maut terkena tiga das tembakan
BACHOK - Seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor di sini, maut selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, berhampiran sekolah itu, di sini hari ini.
  
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian 1.40 petang itu, Hashim Mat Zain, 43, yang juga guru muzik sekolah berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera terkena tembakan di bahagian dada dan bahu kanan.
  
"Mangsa yang sedang memandu keretanya ditembak seorang suspek yang tidak dikenali sebelum keretanya terbabas ke kiri jalan dan berhenti di hadapan sebuah rumah penduduk.
  
"Pemeriksaan forensik mendapati empat das tembakan telah dilepaskan oleh suspek, tiga mengenai cermin depan dan satu das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu. Sebutir anak peluru dipercayai .38 telah dijumpai di dalam kusyen pemandu," katanya dalam satu kenyataan.
  
Jalaluddin berkata siasatan awal mendapati selain bertugas sebagai guru, mangsa turut menjalankan pelbagai perniagaan dan dipercayai mempunyai masalah hutang.
 
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu, untuk bedah siasat.
  
Sementara itu, pemilik rumah, Siti Aminah Abdullah, 60, berkata ketika kejadian beliau sedang menunaikan solat Zohor sebelum terdengar beberapa letupan dan dentuman kuat.
  
"Saya kemudian keluar daripada rumah dan mendapati ada sebuah kereta melanggar tiang tangga dan kedengaran seorang lelaki sedang mengerang kesakitan di dalam kenderaan itu," katanya menambah beliau kemudian memanggil jiran untuk membantu lelaki berkenaan.
  
Seorang lagi saksi, Mohamad Idris, 64, berkata ketika kejadian beliau berada di rumahnya yang tidak jauh daripada situ dan mendengar beberapa das tembakan dilepaskan.
  
"Saya bergegas ke bahagian depan rumah dan mendapati sebuah kereta telah melanggar tangga sebuah rumah. Saya hampiri kereta berkenaan dan mendapati seorang lelaki terbujur dekat gear, masih bernyawa.     
    
"Saya kemudian mengajar mangsa mengucap dua kalimah syahadah sebelum melihat mangsa menghembuskan nafas yang terakhir," katanya.
  
Rakan mangsa, Khaziman Osman @ Seman, 43, ketika ditemui di tempat kejadian berkata kali terakhir dia bercakap dengan mangsa ialah pada pagi semalam.
  
"Arwah mengajar subjek muzik. Semalam dia tak banyak cakap. Saya pun tak sempat nak cakap lama dengan arwah. Saya pulang awal semalam dan arwah pulang kemudian," katanya.
  
Usaha Bernama untuk menemu bual anggota keluarga mangsa gagal kerana mereka masih terkejut dan enggan ditemui pemberita. - Bernama

Pemandu teksi terlepas hukuman gantung sampai mati

MOHD. FAZLI


PUTRAJAYA - Pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil yang didapati bersalah membunuh anak perempuan teman wanitanya tiga tahun lalu, terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan meminda pertuduhan terhadapnya kepada menyebabkan kematian kanak-kanak itu.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Malik Ishak dalam keputusan sebulat suara menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap Mohd. Fazli, 31, kerana menyebabkan kematian Syafiah Humaira Sahari, 3.
Abdul Malik memutuskan sabitan Mohd. Fazli bagi kesalahan membunuh tidak selamat kerana masih terdapat keraguan siapa yang menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala kanak-kanak malang itu.
Beliau berkata, laporan bedah siasat menunjukkan Syafiah Humaira mengalami kecederaan di kepala dan bahagian perut.
"Kami sudah mempertimbang keterangan saksi pendakwaan dan mendapati kecederaan di bahagian perut kanak-kanak itu adalah jelas akibat perbuatan Mohd. Fazli yang menendang serta memijak mangsa dengan but bola sepaknya," katanya.

Ayah Mi belasah anak tunang sampai mati dijel lima tahun


AMIEZUL dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Melaka semalam selepas dijatuhi hukuman penjara.


MELAKA – Gara-gara mahu melepaskan geram kepada tunangnya, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas dia mengaku bersalah membelasah anak angkat tunangnya sehingga kanak-kanak itu menemui ajalnya.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu terhadap Amiezul Al Ikram Mohamed Ikram, 33, selepas tertuduh mengaku salah menyebabkan kematian mangsa.
Hukuman tersebut diarahkan berjalan mulai tarikh tangkap pada 21 Februari lalu.
Amiezul didakwa menyebabkan kematian Noor Sofia Syaqira, 6, pada pukul 4 petang 1 September 2012 di sebuah rumah di Jalan Seri Emas, Taman Seri Telok Emas di sini.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun jika sabit kesalahan.

Campak mayat selepas bunuh


ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang wanita warga asing yang ditemui di dalam kebun durian di Balik Pulau semalam.


BALIK PULAU - Seorang wanita menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila lehernya dikelar sebelum mayatnya yang memakai baju T dan seluar dalam hitam dicampak di dalam sebuah kebun durian hingga tersangkut pada pagar Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) White Resort, Bukit Genting di sini semalam.
Mayat wanita berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu ditemui oleh seorang pekerja yang sedang memungut durian di kebun tersebut pada pukul 8.30 pagi. Dia yang tergamam telah memberitahu majikannya sebelum menghubungi polis.
Polis percaya, mangsa telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak dari jalan dekat cerun bukit di situ. Jarak antara lokasi mayat ditemui dan jalan terbabit kira-kira 10 meter.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, pemeriksaan menemui kesan luka di belakang kepala, leher dan kelar di leher sepanjang 10 sentimeter

Tiada ulasan: