PAS umum ahli perniagaan, Che Long sebagai calonnya
Harakahdaily, | 10 Jul 2013 |
Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut. Beliau tinggal di Kampung Baru. Rumahnya hanya setengah kilometer sahaja dari Markas Besar PAS untuk pilihan raya kecil ini.
Ini adalah pertama kali beliau menjadi calon PAS walaupun selama ini beliau adalah penyumbang kewangan utama untuk PAS.
Ustaz Abdul Hadi memperkenalkan Che Long dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini.
Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam.
Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini. Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon.
PRK itu diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK DUN Kuala Besut.
Pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu, A. Rahman memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. BN menang dengan majoriti 2,434 undi.
Puasa elemen pemangkin daya jihad
Prof Dato' Dr Haron Din, | 10 Jul 2013 |
Dari segi sejarah, puasa Ramadan diwajibkan oleh Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW dalam bulan Sya’aban, tahun kedua Hijrah. Meskipun ibadat puasa bukanlah suatu ibadat baru yang dikenali pada zaman Muhammad SAW, malah ia disebut di dalam al-Quran bahawa kewajipan itu telah diwajibkan kepada umat sebelum kita.
Cuma, sebelum Nabi Muhammad SAW puasa diwajibkan, tetapi tidak sabit dilakukan dalam bulan Ramadan, tetapi setelah ia diwajibkan kepada umat Islam, puasa dilakukan sepenuhnya dalam bulan Ramadan sehingga Hari Kiamat.
Bagi golongan tertentu, mereka melihat Ramadan sebagai suatu ibadat untuk menahan diri daripada makan dan minum yang memberi erti mendatar. Kepada sesetengah manusia hanya untuk berlapar dan dahaga, berpenat dan letih yang mungkin boleh membawa kelemahan fizikal yang menghalang kewajiban harian dilaksanakan.
Mentaliti sedemikian menyebabkan segelintir manusia mengaitkan puasa sebagai penyebab kegiatan ekonomi terjejas dan ummah boleh dipandang sebagai murung dan lembab. Pandangan sedemikian adalah disebabkan mereka melihat ibadat dalam Islam secara mendatar tanpa memperhatikan kepada hakikat sebenar puasa itu diwajibkan.
Puasa sebenarnya adalah penggerak kepada kekuatan ummah. Ia pemacu kepada daya jihad yang perlu diteruskan. Malah dipertingkatkan dari semasa ke semasa, lebih-lebih lagi pada zaman musuh-musuh telah mengambil kesempatan daripada kealpaan ummah melaksanakan agamanya dan kelesuan ummah dalam menghayati segala aspek tuntutan Allah.
Salah satu daripada aspek yang dilihat oleh Islam ialah aspek mengukuhkan daya juang dan daya jihad, pengukuhan ini bergantung rapat dengan kekuatan rohani manusia, semangatnya, jihadnya, kasih sayangnya kepada agama yang dianuti bagi mencapai tujuan sebenar beragama.
Allah yang menciptakan manusia amat mengetahui kekuatan dan kelemahan manusia. Iaitu ia berpusat daripada kekuatan dalaman manusia, semangat, roh perjuangan dan ketahanannya menghadapi ujian dalam kehidupan.
Oleh hal yang demikian Allah telah mewajibkan puasa Ramadan sebagai suatu puasa wajib diikuti dengan puasa-puasa sunat lain seperti puasa enam hari pada bulan Syawal, puasa Isnin-Khamis dan puasa sunat yang lain semuanya itu menuju kepada menggilap daya jihad melawan utamanya nafsu ganas yang memujuk manusia melakukan kerja-kerja maksiat.
Dalam waktu yang sama, nafsu itu mendendang manusia supaya hidup dalam keadaan berpoya-poya dan bersenang-senang sehingga mati daya jihad fizikal yang menghalang kewajipan harian dilaksanakan. Memang benar, tanpa puasa umat Islam akan terdedah seperti umat yang lesu dan hilang daya jihad.
Kukuhkan Daya Juang
Kelemahan umat Islam secara umumnya pada hari ini antaranya berpunca daripada kelemahan daya juang serta daya jihad untuk mempertingkatkan komitmen keagamaan untuk menjadikan Islam itu lebih tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Maka dengan itu Allah mewajibkan puasa, jika dilihat kepada sejarah, berlakunya beberapa jihad yang besar menentang musuh-musuh agama bagi mendaulatkan syariat Allah, banyak kali berlaku dalam bulan Ramadan.
Sebagai contoh, peperangan Badar yang kedua dikenali dengan Badar al-Kubra berlaku dalam tahun 2 Hijrah dalam bulan Ramadan, tahun 8 Hijrah berlaku peperangan pembukaan Makkah (Fathu al Makkah), 9 Hijrah peperangan Tabuk, 14 Hijrah peperangan al-Qadisiyyah dan peperangan pembukaan Jazirah Rhodes.
Dalam bulan Ramadan juga, iaitu dalam tahun 92 Hijrah berlaku peperangan pembukaan al-Andalus, Sepanyol oleh Tariq bin Ziyad dan Musa bin Nusair. Salahuddin al-Ayyubi telah berjaya mengalahkan tentera Salib dalam tahun 584 Hijrah, manakala tahun 658 Hijrah, Qutuz yang mempimpin umat Islam berjaya mengalahkan tentera Tartar di Ayn Jalut. Sementara Mesir di bawah berjaya mengalahkan Israel pada 10 Ramadan (1973 M).
Maka jelaslah, puasa Ramadan bukan memenatkan umat Islam atau melemahkan daya juang mereka, malah ia merupakan pemangkin kepada keutuhan yang sebenar, lain kepada runtunan hawa nafsu yang rata-rata menjerumuskan manusia kepada kebinasaan sedangkan Islam menyelamatkan manusia daripada kemurkaan Allah.
Bagi membina suatu tamadun yang benar diredai Allah puasa adalah sebagai pemangkin kepada kekuatan tersebut. Mungkin inilah yang disebutkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, "Puasa itu adalah perisai ummah."
Puasa Perisai Ummah
Puasa mampu menggerak kepada daya untuk mengekang runtunan jiwa yang membawa kepada kepalsuan dan kemunduran rohani. Kesejahteraan daripada malapetaka dunia menuju kepada kebaikan yang abadi, khasnya di dunia dan di akhirat. Maka itulah saban tahun puasa menemui insan-insan Muslim bagi mengajak mereka memasuki suatu kem latihan terbesar yang medan latihannya meliputi dari Timur ke Barat dan dari Utara ke Selatan.
Bukan sahaja kerana menahan diri dari lapar dan dahaga, tetapi lebih daripada itu mengajak manusia memperbaiki kualiti pembentukan keperibadian Muslim dan memperelokkan syahsiah mukmin.
Disebutkan dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Nabi SAW bersabda (mafhumnya), “...Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata yang palsu dan beramal dengannya, maka Allah tidak berhajat kepadanya untuk berpuasa dengan meninggalkan makan dan minum.”
Lebih-lebih lagi puasa mengajak insan Muslim meninggalkan perbuatan maksiat, perbuatan yang menuju kepada penderhakaan kepada Allah, khasnya kejahatan mulut seperti bercakap bohong, dusta, mengumpat, mengeji, memfitnah dan sebagainya.
http://www.tarbawi.my
Banjir idola kemarau teladan
Ahmad Fahmi Bin Mohd Samsudin, |
Generasi hari ini memerlukan persiapan yang rapi untuk menghadapi cabaran luar yang semakin ruwet dan mencabar. Sekiranya persiapan ini tidak diatur dengan baik dan kemas, maka generasi muda akan kehilangan panduan dan seterusnya hanyut dibawa arus cabaran yang mengganas. Natijahnya segala bentuk kemungkaran dan keruntuhan moral akan menyelaputi diri mereka sepertimana yang disebutkan al-Quran sebagai Zurriyatan du’afa (zuriat yang lemah), generasi lesu dan tidak berwawasan.
“Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andainya meninggalkan di belakang mereka zuriat (generasi) yang lemah.” (Surah an-Nisa : ayat 9)
Sebaliknya jika kehidupan mereka diasaskan kepada kehidupan beragama yang kukuh, nescaya akan terbinalah “generasi” sepertimana yang diungkapkan oleh Profesor Dr Yusuf al-Qaradhawi sebagai golongan al-jil al-nasr (generasi kemenangan). Generasi ini dibina oleh kekuatan roh dan jasad, lalu menjadi binaan yang tidak boleh dirungkaikan. Mereka merupakan barisan pemuda yang mempunyai kekukuhan iman sambil mendapat petunjuk daripada Ilahi.
Sejujurnya, generasi muda yang baru mengenali dunia sudah dihidangkan dengan pelbagai masalah dunia yang menyebabkan mereka turut terpalit dengan fitnah dunia dan menyebabkan mereka juga menjadi tua sebelum waktunya. Sewajarnya, dalam usia muda ini, generasi muda diberikan ruang dan peluang, masa, tenaga dan pendedahan yang baik, yang seterusnya akan menghasilkan benih-benih generasi muda yang baik kelak.
Malah,cabaran globalisasi dunia tanpa sempadan dan persaingan abad ini sangat pantas dan banyak membawa perubahan nilai kepada diri manusia. Sekali lagi, generasi muda terhakis dengan cepatnya oleh nilai-nilai negatif yang diimport melalui rancangan hiburan dan sukan. Kebanjiran fenomena rancangan realiti TV, budaya parody, K-Pop dan konsert pesta-pestaan yang berbentuk permisif penuh berserakan. Situasi cultural schizophrenia menurut seorang sarjana, Daryush Shayegan, merupakan keadaan mental distortion yang mampu memusnahkan tamadun. Hal ini secara tidak langsung boleh mengancam masa depan ummah. Suasana ini berlaku ketika mana generasi muda kehilangan paradigmanya dan keliru antara Barat dan Moden lantas dimensi moden yang dipegang diambil daripada acuan Barat.
Lantaran itu, budaya popular (popular culture) yang kini seolah-olah menjadi budaya massa (mass culture) turut mempengaruhi gaya hidup dan pemikiran kalangan generasi muda Islam. Budaya ini yang lebih mementingkan gaya dan imej daripada nilai dan makna secara tidak disedari semakin diterima umum oleh masyarakat yang semakin keliru. Kesannya, mereka tidak lagi dapat membezakan antara populariti dan substance, antara imej dan nilai, antara yang palsu dan yang benar. Keadaan ini berlaku apabila wabak ketidakpekaan terhadap nilai hidup dan sebenarnya berleluasa.
Tatkala dunia Islam memerlukan ramai generasi muda yang boleh memimpin umat, telah muncul kecenderungan mereka untuk menjadi selebriti dan bintang pujaan. Inilah yang dirisaukan oleh Dato’ Dr Siddiq Fadzil yang mengungkapkan bahawa hari ini kita melalui situasi 'banjir idola, kemarau teladan'. Barangkali tepat telahan beliau. Jika hari ini kita tanyakan kepada generasi muda, siapakah idola mereka dalam banyak-banyak 'idola' yang dilahirkan? Barangkali hanya ada satu dalam seribu. Fikir-fikirkanlah.
Lantaran itu, penekanan betapa pentingnya budaya ilmu wajib dibugarkan. Hal ini kerana kesan daripada budaya hedonisme yang menggasak hebat menyebabkan generasi muda sudah hilang upaya dan minat terhadap penghayatan budaya ilmu. Lebih parah, kita hari ini berhadapan dengan ketidakyakinan dengan budaya kita sendiri. Sebagai contoh, ramai yang tidak lagi berbangga dengan adat dan tradisi budaya kita yang telah terbukti berjaya membentuk umat Melayu di Malaysia menjadi umat yang kental dengan agamanya, setelah lebih 500 tahun dijajah, terbukti Islam masih kukuh di dalam sanubari umat Melayu.
Tambahan pula, nilai-nilai budaya ini semakin dikikis dan digantikan pula dengan nilai Barat yang sememangnya sudah hilang panduan agama dan tidak mampu membentuk manusia yang baik. Dalam erti kata yang lain, Siddiq Fadzil (2009) sekali lagi dengan tepat menyebutkan bahawa umat yang bermartabat adalah masyarakat yang religious dan berbudaya ilmu. Andainya iman tidak diperkuat, malah sebaliknya dilemahkan dengan budaya hedonistik dan hiburan berunsur maksiat melampau-lampau; andainya kekuatan keintelektualan umat dilumpuhkan dengan menumpulkan daya kritisnya; maka cakap-cakap besar dan gagasan-gagasan ambitious pemartaban bangsa pada hakikatnya tidak akan lebih daripada sekadar lipur lara, sandiwara dan slogan-slogan.
Justeru, generasi muda yang dilahirkan haruslah mempunyai kualiti diri yang cemerlang, cerdas dan berkeperibadian mulia, lantas bangsanya akan menempa kemajuan dan kemakmuran. Hal ini bukanlah satu andaian kosong yang tidak punyai nilai dan makna. Berbekalkan semangat inilah, keyakinan bahawa usaha untuk melakukan islah (pembaikan) dalam masyarakat harus dimulakan dengan membina keperibadian individu dalam masyarakat itu terlebih dahulu. Sebuah masyarakat yang tidak mempunyai individu yang terdidik jiwa dan mindanya tidak akan mampu untuk membawa apa-apa perubahan ke arah kebaikan. Sebuah masyarakat yang melahirkan individu yang lemah, hanya akan menghasilkan sebuah masyarakat yang lemah. Sebaliknya, masyarakat yang terdiri daripada individu yang berkualiti akan mampu melakukan islah dalam ertikata yang sebenar. Inilah sebagaimana yang digambarkan oleh Allah SWT dalam firmannya:
“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum melainkan mereka merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah ar-Rad’u : ayat 11)
Cita-cita ini hanya akan tercapai sekiranya generasi muda ditanam sifat-sifat yang mulia dan terpuji serta dibangunkan potensi minda, jiwa dan jasmani secara menyeluruh. Yang paling utama, mereka harus mempunyai kekuatan keimanan dan idealisme yang tinggi. Ciri-ciri inilah yang merupakan benteng dan kekuatan utama generasi muda untuk menghadapi pelbagai cabaran semasa.
Sekiranya tidak ada usaha untuk membimbing dan membentuk generasi abad 21 yang benar-benar mantap keperibadian dan sahsiahnya, maka perancangan yang diatur akan terpinggir dan sekali gus terbengkalai. Sebagai generasi Islam yang mempunyai tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara, maka nilai-nilai Islami harus benar-benar menjiwai kehidupan ini. Selaras dengan tanggungjawab ini, maka generasi muda perlu bijak mengatur agenda- agenda yang berencana dan memberi keutamaan.
Setiap pemuda pemudi Islam harus membulatkan iltizam perjuangan untuk membina keunggulan keperibadian dan kepemimpinan ummah. Abad ini dan mendatang adalah abad generasi muda. Sebagai umat yang mempunyai keyakinan akidah, pemuda Islam akan mara dengan penuh yakin untuk mengimarahkan muka bumi Allah SWT ini dan sekali gus melaksanakan tanggungjawab istikhlaf, iaitu tanggungjawab memenuhi tuntutan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi ini.
Justeru, tanggungjawab membina insan yang seimbang dari segi akal, rohani, jasmani dan emosi merupakan keutamaan yang harus diberi perhatian serius. Tanggungjawab mendidik manusia ini tidak harus dijadikan tanggungjawab musim-musiman yang hanya dilaksanakan ketika wujudnya tekanan sosial yang memaksa. Sebaliknya, pelaksanaan tanggungjawab ini mesti lahir dari kesedaran mendalam dan semangat yang jitu. Sebagai generasi pelapis kepimpinan Negara, generasi muda Islam sewajarnya mengimpikan erti kemenangan yang tulen. Namun kemenangan itu tidak akan datang dengan sendirinya tanpa mengetahui syarat-syaratnya. Generasi muda Islam perlu akur bahawa kemenangan dan kecemerlangan adalah datang daripada Allah SWT. Ingatlah bahawa Allah SWT tidak akan memberikan kemenangan kepada mereka yang tidak menolong-Nya. Justeru, dalam upaya kita untuk membina generasi cemerlang yang penuh dengan kemenangan, pemuda Islam hendaklah benar-benar menjadi mukmin yang sejati.
Ahmad Fahmi Bin Mohd Samsudin ialah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Che Long: Calon PAS PRK Kuala Besut yang kukenali
Dr Azman Ibrahim, | 10 Jul 2013 |
Tepat
jam 11:55 malam, 9 Julai (malam tadi) bertempat di Kampung Nail, Kuala
Besut, Tuan Guru Presiden PAS mengumumkan nama seorang aktivis parti
yang akan memikul amanah PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil
N01 Kuala Besut, 24 Julai ini.
Nama Azlan mungkin agak asing bagi masyarakat di sini yang biasa memanggilnya dengan panggilan mesra, Che Long.
Walaupun dari segi kawasan pilihanraya, Jabi terletak dalam Parlimen Setiu, tetapi disebabkan jarak yang cuma bersepadanan serta persamaan dari segenap segi sosio-budaya, menjadikan saya tersangat akrab dengan pimpinan PAS kawasan Besut.
Bermula dari Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar, Timbalannya Cikgu Solah, Ketua Penerangannya Ustaz Wan Syukri, Setiausahanya Aminuddin yang mesra disapa Pak Su Amin, Datuk Hussein Awang, Ust Nik Zawawi dan ramai lagi untuk disebut namanya, semuanya adalah sahabat karib dalam menempuh suka duka perjuangan.
Che Long selaku bendahari PAS Besut selalunya mesra saya menyapanya dengan panggilan Abang Long sebagai menghormati perbezaan umur antara kami.
Saya mengenalinya sebagai seorang aktivis parti yang tawaduk, perlahan dan teratur dalam pertuturan, suaranya lemah lembut dan penuh kemesraan.
Sekarang Abang Long dipertanggungjawabkan memikul amanah parti untuk memahat sejarah baru dalam catatan negeri Terengganu. 16:16 akan menjadi kenyataan dengan izin Allah.
Tahniah serta takziah serentak saya ucapkan. Tahniah kerana mendapat kepercayaan pimpinan yang tentunya telah memilih yang terbaik antara yang terbaik manakala takziah disebabkan kita menyedari alangkah beratnya beban tanggungjawab yang akan dipikul.
Masyakat Kuala Besut bertuah, peribadi yang dikemukakan PAS untuk mereka undi dan pilih pada 24 Julai 2013 nanti, hakikatnya telah sekian lama menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat di sini.
Tua dan muda mengenalinya. Sebati dengan susah dan senang masyarakat setempat adalah kelebihan tersendiri Che Long sebagai pemimpin. Seorang kontraktor pembinaan yang terkenal dengan sifat dermawannya. Tidak keterlaluan kalau diistilahkan bahawa beliau salah seorang ‘bank’ PAS kawasan Besut. Warak serta memiliki pegangan agama yang kuat.
Saya doakan kejayaan Abang Long memikul amanah ini dengan cemerlang.
Seluruh negara malah seluruh dunia sedang memerhatikan kita. 16:16 akan menjadi suatu testimoni perundangan yang sangat menarik. Semuanya di tangan pengundi N01 Kuala Besut. Ayuh!!
Penulis ialah AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu.
KUALA BESUT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan, Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long (gambar) seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil Kuala Besut.
Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut. Beliau tinggal di Kampung Baru. Rumahnya hanya setengah kilometer sahaja dari Markas Besar PAS untuk pilihan raya kecil ini.
Ini adalah pertama kali beliau menjadi calon PAS walaupun selama ini beliau adalah penyumbang kewangan utama untuk PAS.
Ustaz Abdul Hadi memperkenalkan Che Long dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini.
Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam.
Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini. Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon.
PRK itu diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK DUN Kuala Besut.
Pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu, A. Rahman memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. BN menang dengan majoriti 2,434 undi.
Bekas Penolong Pegawai Daerah atau Assistant District Officer (ADO) Penolong Pentadbir Tanah Pejabat Tanah Besut yang hanya dikenali sebagai Faizul Abas dalam akaun Facebooknya telah menyatakan hasrat dan berdoa agar calon PAS/PR bagi PRK DUN N 01 Kuala Besut, Sdr Azlan Yusof @ Che Long yang merupakan Bendahari PAS Kawasan Besut, memperolehi kemenangan.
Menyifatkan perwatakan calon PAS/PR ini sebagai berperwartakan sederhana, mudah didekati dan dermawan serta mesra dengan penduduk kampong.
Bagi Omak Kau satu sifat peribadi yang memberi kelebihan kepada calon PAS/PR.
Diperturunkan ayat-ayat dari Mantan ADO Besut, Faizul Abas yang mengambarkan sifat calon dan hasrat beliau.
Faizul Abas
Azlan@Endut bin Yusof, calon yang diumumkan Presiden Pas untuk PrK N01 Kuala Besut semalam, saya kenali beliau pada tahun 2001 sewaktu bertugas sebagai ADO (Penolong Pentadbir Tanah) Pejabat Tanah Besut. Saya diperkenalkan kepada beliau oleh Pengurus Perusahaan Pasir beliau. Beliau merupakan seorang yang berperwatakan sederhana, mudah didekati dan dermawan. Saya difahamkan beliau juga mesra dengan orang kampung. Mungkin ini suatu kelebihan bagi beliau selaku calon PrK N01. Mudah-mudahan dengan keberkatan Ramadhan kali ini beliau dan PAS dianugerahkan KEMENANGAN insyaAllah. TAKBIR!!!

PRK DUN N 01 KUALA BESUT....BEKAS ADO BESUT DOAKAN KEMENANGAN KEPADA CALON PAS/PR KERANA MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT!!!!

Pasukan peguam pantau politik wang di Kuala Besut
Aslani M, | 09 Jul 2013 |
BESUT:
PAS tidak menolak kemungkinan pelbagai bantuan termasuk ala Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M) muncul di Besut menjelang 24 Julai ini.
Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad (gambar) berkata, Umno dan BN hanya bergantung harap kepada umpan kebendaan bagi mengekalkan pengaruh mereka di Kuala Besut.
“Oleh itu bagi menghadapi kemungkinan itu, PAS Besut menyediakan pasukan peguam untuk memantau politik wang.
“Pasukan peguam daripada Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia PAS akan memantau dan mengambil tindakan lanjut setiap kes ditemui,” katanya ditemui di sini baru-baru ini.
Menurutnya juga jentera kempen PAS dengan dibantu rakan-rakan Pakatan Rakyat memberi tumpuan khusus peti undi Seberang Darat, Tok Saboh dan Seberang Darat Luar.
Ini kerana kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti besar pada PRU ke-13.
Biar apa pun strategi, namun ramai melihat potensi calon menjadi senjata akhir. Umpan kebendaan, wang ringgi dan isu tidak akan ke mana sekiranya calon tidak berkenan di hati pengundi.
BN mempertaruhkan nasib bagi mempertahankan kerajaan “simple majority” dengan menampilkan calon muka baru, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
Pemilihan Zaihan yang disifatkan orang Idris, sekaligus menegepikan Pegawai Agama Daerah Dungun, Nik Zuhaiza Ismail dan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Dungun, Zahanapi Sagaf.
Penyelidik Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Muhamad Zainal Abidin Hussin berkata, calon yang diumumkan BN hari ini seakan-akan memberi gambaran kelabu kepada BN.
(Ikuti analisis lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini mengumumkan Tengku Zaihan, 37 sebagai calon BN berdepan dengan calon PAS.
Tengku Zaihan adalah jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya.
Pengumuman itu dibuat oleh Muhyiddin di Dataran Kuala Besut yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Pilihan raya kecil DUN itu, diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya yang juga exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar.
Pada pilihan raya umum lalu, allahyarham menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. A Rahman memperolehi 8,809 undi, manakala Napisah mendapat 6,375 undi.
Dengan pengumuman tersebut, Tengku Zaihan bakal berdepan tentangan sengit daripada Azlan seorang ahli perniagaan, yang baru diumumkan bakal mewakili parti itu.
Azlan yang juga bendahari PAS kawasan - lebih dikenali sebagai Che Long - merupakan dilihat paling popular bakal dicalonkan di kalangan penduduk tempatan.
Dua lagi calon yang disenarai pendek ialah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad.
PAS mengumumkan calonnya itu di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini.
Semalam, Ketua Umno Besut Datuk Seri Idris Jusoh meminta PAS tidak meletakkan calon bertanding di situ bagi menghormati kemenangan BN dan bulan Ramadan serta yakin BN akan mencapai kemenangan lebih 4,000 undi.
Bagaimanapun, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil DUN itu Datuk Husam Musa pula membidas kenyataan Idris dengan menyifatkan kenyataan Idris itu sebagai "angkuh".
Sementara Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan kenyataan Idris sebagai "takut kalah" sekali gus menyatakan PAS akan mencipta kejayaan dalam pilihan raya itu.

Jurutera lawan ahli perniagaan di Kuala Besut
- Calon BN; Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, Jurutera Awam Jabatan Pengairan dan Saliran
- Calon PAS; Azlan @ Endut Yusof, 48, ahli perniagaan
K Besut: Jurutera lwn ahli perniagaan
Pilihan
raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini akan menyaksikan pertembungan
calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan Azlan Yusof daripada PAS.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini mengumumkan Tengku Zaihan, 37 sebagai calon BN berdepan dengan calon PAS.
Tengku Zaihan adalah jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya.
Pengumuman itu dibuat oleh Muhyiddin di Dataran Kuala Besut yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Pilihan raya kecil DUN itu, diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya yang juga exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar.
Pada pilihan raya umum lalu, allahyarham menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. A Rahman memperolehi 8,809 undi, manakala Napisah mendapat 6,375 undi.
Dengan pengumuman tersebut, Tengku Zaihan bakal berdepan tentangan sengit daripada Azlan seorang ahli perniagaan, yang baru diumumkan bakal mewakili parti itu.
Azlan yang juga bendahari PAS kawasan - lebih dikenali sebagai Che Long - merupakan dilihat paling popular bakal dicalonkan di kalangan penduduk tempatan.
Dua lagi calon yang disenarai pendek ialah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad.
PAS mengumumkan calonnya itu di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini.
Semalam, Ketua Umno Besut Datuk Seri Idris Jusoh meminta PAS tidak meletakkan calon bertanding di situ bagi menghormati kemenangan BN dan bulan Ramadan serta yakin BN akan mencapai kemenangan lebih 4,000 undi.
Bagaimanapun, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil DUN itu Datuk Husam Musa pula membidas kenyataan Idris dengan menyifatkan kenyataan Idris itu sebagai "angkuh".
Sementara Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan kenyataan Idris sebagai "takut kalah" sekali gus menyatakan PAS akan mencipta kejayaan dalam pilihan raya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan