Mesra lebih utama dari pendidikan – pengundi
Muhammad Faizal, | 13 Jul 2013 |
Che Long bertanya khabar dengan para peniaga di Pasar Borong Kuala Besut
BESUT: Pengundi Dun Kuala Besut tidak meletakkan pendidikan sebagai perkara utama untuk mereka membuat pilihan pada hari pengundian nanti walaupun perkara itu menjadi fokus utama Barisan Nasional (BN) dalam kempen yang mereka lakukan.
Tinjauan Harakahdaily mendapati pengundi di Kuala Besut hanya inginkan seorang wakil yang dapat menjalankan tugas sebagai seorang wakil bagi rakyat serta senang untuk bertemu tanpa ada sebarang protokol.
Selain itu juga, pengundi turut merasakan keputusan PAS memilih Endot@Azlan Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Che Long sebagai langkah yang tepat kerana beliau amat disenangi penduduk sekitar.
Seorang peniaga, Tazu Azhar Yusof (kanan) berpendapat pertembungan antara calon PAS dan BN dilihat agak seimbang jika dibandingkan pada PRU13 yang lalu, namun terdapat kelebihan peribadi yang memihak kepada Che Long.
Beliau yang memberitahu, Che Long merupakan seorang individu yang disenangi penduduk serta mesra dengan orang ramai.
"Keputusan PAS memilih Che Long amat tepat kerana beliau disenangi oleh penduduk di sini.
"Selain itu juga beliau amat mudah untuk bermesra dengan orang ramai, keperibadian beliau amat baik serta tidak sombong dan senang diajak berbual," jelasnya.
Ketika ditanya mengenai taraf pendidikan, Tazu memberitahu rakyat tidak mementingkan pendidikan, apa yang mereka perlukan adalah individu yang dapat membawa suara rakyat.
"Bagi kami kalau pendidikan tinggi tapi tidak dapat membuat kerja serta bersikap sombong dengan rakyat tak ada gunanya.
"Pendidikan rendah tapi mesra, senang untuk kita berjumpa serta menyatakan masalah dan sudi mendengar suara rakyat itu yang lebih berguna," jelasnya ketika ditemui di Pasar Borong Kuala Besut.
Sementara itu, Yusof Mohamad (kiri) juga seorang peniaga turut memberitahu walaupun Che Long tidak mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi jiwa dan sikap dan peribadi beliau sudah sebati dengan penduduk di sekitar Kuala Besut.
"Pendidikan tinggi tapi tak dapat selesai masalah buat apa, lepas tu masa pilihanraya je jumpa rakyat, selesai pilihanraya hilang untuk apa.
"Che Long pendidikan tak tinggi, anak tempatan dan selalu ada di sini malah sikap peribadi beliau serta keramahannya sudah sebati dengan penduduk di sini, saya yakin beliau mampu bantu rakyat," katanya.
Harakahdaily yang sempat bersama-sama Che Long dalam kempen beliau di Pasar Borong Kuala Besut turut mendapati rata-rata peniaga serta penduduk amat senang untuk berbual dengannya.
Dengan sikap rendah diri, Che Long yang datang ke pasar tersebut tanpa ditemani sesiapa untuk bertemu rakan-rakannya dan mengganggap itu sebagai rutin biasa setiap hari bukannya disebabkan dipilih sebagai calon untun PRK Dun Kuala Besut kali ini.
PAS yakin pengundi Kuala Besut buat perubahan
Muhammad Faizal, | 13 Jul 2013 |
Menurutnya, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, perubahan dikalangan undi Melayu kepada PAS di beberapa kawasan meningkat mendadak dan tidak mustahil perkara serupa akan berlaku di Kuala Besut kali ini.
"Keseluruhan pencapaian PAS sekarang berdasarkan Melayu majoriti, keputusaan kemenangan pada PRU13 juga bayak disumgbang oleh pengundi Melayu disamping bukan Melayu.
"Kita banyak menang di kawasan 99 peratus Melayu, perubahan berlaku di kawasan pengundi Melayu dan saya pasti pengundi Melayu akan membuat perubahan besar," jelasnya.
Tuan Ibrahim turut menjangkakan persaingan lebih sengit pada PRK Kuala Besut berbanding PRU13 lalu.
Beliau menjelaskan persaingan sengit ini wujud apabila PAS dapat memenangi kerusi Dun Kuala Besut kedudukan kerusi akan menjadi seimbang iaitu 16:16 dan seterusnya rakyat Malaysia ingin menyaksikan apa akan berlaku pada kedudukan kerajaan di Terengganu.
"Saya melihat Kuala Besut ini ada peluang yang cerah untuk mencatat satu sejarah baru politik negara apabila PAS memenangi kerusi dan kedudukan seimbang iaitu 16:16.
"Sekirannya ini berlaku seluruh rakyat negara ini akan memerhati apa akan berlaku kepada negeri ini dari segi sudut kerajaan yang akan memerintah," jelasnya.
Malah jelasnya lagi faktor kempen yang dilakukan pada bulan Ramadhan juga banyak bersifat kepada program dalaman tidak terbuka dan ia dilihat satu kempen yang berkesan.
"Ini menyebabkan setiap jentera pasti yang bertanding tidak dapat mengetahui strategi kempen yang dilakukan oleh parti lawan," katanya lagi.
Tuan Ibrahim turut berpendapat calon yang dikemukakan oleh PAS pada kali ini amat bertepatan kerana beliau merupakan anak tempatan dan dikenali masyarakat setempat serta berpeluang untuk memenangi kerusi Dun Kuala Besut.
Kajian: 63% bantah kudeta, sokong Morsi presiden sah
Harakahdaily, | 13 Jul 2013 |
MESIR: Sebuah laporan dari the Egyptian Centre for Media Studies and Public Opinion telah mengadakan kajian dan mendapati bahawa kebanyakan rakyat Mesir menolak tindakan rampasan kuasa oleh tentera terhadap Presiden Mohamed Morsi.
Dari dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan hanya 26 peratus menyokong kudeta tersebut, manakala sejumlah 63 peratus menentangnya, dan 11 peratus responden tidak memberikan pendapat.
Kajian ini menjadikan rakyat seluruh Mesir sebagai responden dan dikatakan tahap kredibiliti kajian ini adalah lebih daripada 95 peratus.
Kajian itu juga merumuskan bahawa jumlah orang yang menentang rampasan kuasa tentera itu hampir sama dengan dengan jumlah yang menyokong Konstitusi dalam referendum yang diadakan tahun lalu.
Ini menunjukkan, yang menyokong Morsi di negara itu belum terpengaruh secara negatif oleh propaganda media yang dikawal tentera. Media pro-kudeta menyatakan bahawa majoriti rakyat Mesir menyokong rampasan kuasa.
Melalui hasil kajian itu, mereka mendapati demografi penyokong rampasan kuasa adalah dari kawasan luar bandar.
Di kawasan Mesir Hulu peratusan menyokong rampasan kuasa ini mencecah 83 peratus, berbeza dukawasan bandar seperti Kaherah iaitu 52.8 peratus.
Kajian itu juga mendapati, 91 peratus bersetuju dan mengatakan bahawa rampasan kuasa ini adalah usaha untuk menghapuskan "kerajaan Islam".
Selain itu 86 peratus responden yang terdiri dari pelbagai agama dan latar belakang politik juga percaya bahwa Morsi masih presiden sah negara tersebut.
"69 peratus menyokong Morsi kerana tidak mahu regim Mubarak kembali berkuasa, manakala 57 peratus menyokong Morsi karena menentang kekuasaan tentera.
Kami sedia sambut hari raya di sini - Penyokong Morsi
Harakahdaily, | 13 Jul 2013 |
MESIR: Perhimpunan menolak rampasan kuasa serta mendesak Presiden sah Dr Muhammad Morsi dibebaskan yang bermula selepas solat Jumaat semalam menyaksikan sekali lagi lautan manusia memenuhi wilayah Kaherah.
Dianggarkan puluhan juta keluar menyertai himpunan tersebut semalam yang bertumpu di beberapa kawasan termasuk di Dataran Raba'ah yang menjadi pusat himpunan.
Selain Raba'ah, tempat-tempat lain termasuk Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah, Giza, Ramsis, Istana Ittihadiyyah, Iskandariyyah dan Almenia, Qina, Aswan, Asyut dan di Fayoum.
Menjelang solat Jumaat, Khutbah membakar semangat di Dataran Raba'ah disampaikan Timbalan Menteri Wakaf Dr.Jamal Abdul Sattar.
Dianggarkan lebih 3 juta penyokong memenuhi Dataran Raba'ah semalam.
Kemudian selepas itu, pentas Raba'ah menyaksikan ucapan-ucapan bersemangat menuntut pembebasan Morsi.
Antara yang ucapkan berkali-kali termasuk matlamat himpunan tersebut iaitu;
1) Kembalikan Presiden Mesir Dr.Mursi ke Istana Ittihadiyah tanpa apa-apa syarat bagi beliau menjalankan tugas-tugas sebagai ketua negara.
2) Segera mengadakan Pilihanraya Dewan Rakyat dan kembalikan Dewan Senat yang dibubarkan.
3) Perlu menjayakan "Jawatankuasa Kebangsaan" yang diperintahkan oleh Presiden Mursi sebelum ini yang disertai oleh semua pihak dan lapisan masyarakat.
4) Sesiapa yang tidak berpuas hati untuk menghukum Presiden Mursi atau menyingkirkannya mestilah dilakukan mengikut perlembagaan."
"Sedia berhari raya di sini"
Dalam pada itu, tokoh Ikhwanul Muslimin Dr.Sofwat Hijazi turut menyampaikan pidatonya di pentas Raba'ah.
"Mereka bertanya kita apa yang anda akan lakukan jika askar tidak mengendahkan tuntutan kamu?
"Kita menjawab, kami akan kekal berterusan di sini dan dataran-dataran sehingga kembali Presiden Mursi atau kami bersedia untuk mati.
"Kami akan bersiap untuk menyambut hari raya di sini. Sebahagian muslimat semalam datang mencadangkan untuk membawa ketuhar bagi menyiapkan biskut dan kuih hari raya di dataran.
"Kami akan terus menekan dengan cara yang aman. Kami sama sekali tidak akan mengangkat senjata berhadapan dengan tentera sekalipun kami dibunuh. Kita akan menjadi hamba Allah yang sedia dibunuh, bukan hamba-Nya yang membunuh.
"Kami akan gunakan semaksimum mungkin cara untuk menekan. Kami juga mampu untuk mengadakan mogok dan mengepung pejabat-pejabat kerajaan akan tetapi kami tidak akan melakukannya kerana ia mengganggu kehidupan orang ramai," katanya.
Sementara itu, Jutaan para penyokong Dr.Mursi yang berkumpul di dataran Raba'ah malam tadi telah mengadakan perarakan ke Istana Ittihadiyah dan Kementerian Pertahanan.
Kemaraan mereka ke Istana Ittihadiyah bagaimanapun dihalang oleh sekatan tentera yang menghalang jalan dengan kawat berduri dan meletakkan kenderaan perisai di jalanraya.
Pentas Raba'ah semalam juga turut mengumumkan jumlah kehadiran penyokong Morsi sehingga kini iaitu 3 juta di Dataran Rabaah Adawiyyah, Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah (2 juta), Giza (350 ribu), Ramsis (500 ribu), Istana Ittihadiyyah (150 ribu), Qina (100 ribu), Aswan (30 ribu), puluhan ribu di Fayoum, ratusan ribu di Asyut serta jutaan lagi di Iskandariyyah dan Almenia.
Mesir: Gambar Jumaat petang dan malam 12 Julai
http://ibnmustaffa.blogspot.com, | 13 Jul 2013 |
MESIR KINI; GAMBAR2 JUMAAT PETANG DAN MALAM 12 JULAI 2013.
Di bawah ini adalah gambar sekitar di dataran Rabiatul Awadiah di Kaherah Mesir, 12 Julai 2013, tarikh Mesir.Maghrib, di Rabiatul Awadiah, semalam. Jutaan penyokong Morsi melakukan solat berjemaah. |
Nasr City, petang semalam. Penyokong Morsi. |
Malam, di Rabiatul Awadiah, penyokong Morsi dan Islam. Muslimat yang gigih!! |
Solat Maghrib di Rabiatul Awadiah, semalam, Jumaat. |
Morsi digulingkan, hanya kerana INI!! Junjungan Al-Quran. |
Seorang budak Mesir mengibar bendera di Dataran Rabiatul Awadiah, Mesir, malam 12 Julai 2013. |
Golongan tua turut membantah rampasan junta tentera fasiq Mesir! |
Sepanduk menyokong Morsi dan membantah rampasan tentera di dataran sama. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan