Sabtu, 13 Julai 2013

KEHIDUPAN...KEMUDIAN MATI DAN HIDUP SEMULA....DAN IANYA KEHIDUPAN KEKAL ABADI

Satu lawan satu di Kuala Besut
Posted on Friday, July 12 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Harakahdaily



BESUT: Biarpun tidak sempat menyertai perarakan, namun Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir pada penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut, pagi ini.

Begitu juga dengan Pengarah PRK Kuala Besut yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan calon PAS.

Perarakan sejauh kira-kira dua kilometer menuju tempat penamaan calon turut disertai Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali juga turut mengiringi calon PAS, Azlan Yusof yang disertai kira-kira 5,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.


Sebelum berarak, Tuan Guru Abdul Hadi mengimamkan solat hajat bermula jam 7.45 pagi di Masjid Kampung Raja.

Para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat tiba lebih awal lagi biarpun dalam.keadaan hujan renyai-renyai.

Perarakan ke pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Besut bermula jam 8.00 pagi.

Calon PAS dan pemimpin Pakatan mulai masuk ke kawasan itu jam 8.30 pagi.

Azlan beserta penyokong dan pencadang memasuki pusat penamaan calon jam 9.00 sebaik sahaja dibuka.

Ketibaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz disambut oleh Mustafa Ali.


Pemimpin PAS dan PR berada di pekarangan pusat penamaan calon.


Azlan meneliti borang yang diserahkan kepada Pegawai Pengurus PRK Kuala Besut

Kehidupan bukan sebuah novel

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin, 11 Jul 2013
Novel, filem dan drama kadang-kala mempengaruhi minda sesetengah pihak sehingga mereka tenggelam dalam khayalan dunia seperti itu. Memang benar, membaca novel, menonton filem ataupun karya seni lain yang menceritakan watak-watak khayalan yang diwujudkan merupakan satu hiburan dan ruang untuk kita menjenguk sisi pandang pengkarya tentang watak dan babak yang diwujudkan itu. Ia membantu percambahan minda, tambahan maklumat dan kadang-kala ia boleh melebarkan diskusi pemikiran.

Namun, pada pandangan saya, kesungguhan untuk memberikan penilaian terhadap rumusan keseluruhan kehidupan bagi sesebuah watak yang diwujudkan dalam novel, cerpen, drama, filem ataupun sebagainya bukanlah satu kerja yang begitu bermanfaat. Ini kerana kisah kehidupan yang diwujudkan dalam karya bikinan manusia itu tidak realiti dan hanya andaian semata. Jalan kisah bagi watak-watak itu ditulis oleh manusia. Sedangkan, kehidupan yang hakiki ditulis oleh Tuhan.

Khayalan dan Realiti

Para pengkarya menulis cerita berdasarkan khayalan dan kehendak yang ada dalam diri mereka. Khayalan ini dipengaruhi oleh faktor dalaman jiwa, kepentingan diri dan tuntutan persekitaran. Episod dan babak kehidupan yang direka itu, ditafsirkan pula dari sudut pandang seseorang pengkarya yang mempunyai latar diri dan kepentingan yang tersendiri. Sementara kehidupan yang hakiki, jalan kisahnya ditulis oleh Tuhan yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan keperluan, sebaliknya DIA Maha Kaya dan Maha Perkasa.

Walaupun Allah SWT memberikan ruang kebebasan kepada manusia untuk memilih antara yang baik dan yang buruk, sehingga ada pihak yang mungkin dizalimi dalam kehidupan dunia atas pemilihan buruk dibuat oleh sebahagian manusia, namun Allah SWT menentukan pelbagai keadaan dalam memberikan keadilan dan menzahirkan hikmah dalam perjalanan hidup seseorang. Campur tangan Tuhan dalam plot-plot kehidupan ini sangat ajaib dan halus.

Kisah kehidupan sebenar, jika diteliti tiada yang boleh dikatakan berlaku secara kebetulan, tetapi ia bagaikan plot-plot yang jika dilihat dari awal sehingga akhir, yang zahir dan tersembunyi, yang tersirat dan yang tersurat akan terbongkar rahsianya yang dapat diketahui oleh diri yang melaluinya. Kisah dan watak sebenar yang diceritakan kepada kita dalam banyak keadaan hanya zahir berita yang diriwayatkan. Hakikat dalaman diri seseorang sehingga babak, episod dan jalan cerita yang seperti itu boleh berlaku, hanya Tuhan yang Maha Tahu dan diri berkenaan juag mungkin tahu. Dalam banyak kisah kita hanya mengetahui zahirnya sahaja, sedangkan batin kisah tersebut yang membabitkan rahsia seseorang, niatnya, episod dan babak yang disembunyikan, banyak yang kita tidak tahu. Maka kita menilai sesuatu berdasarkan zahir yang kita tahu, sedangkan Tuhan melihat segalanya zahir dan batin. Apakah sama, antara karya manusia dan realiti hidup yang ditentukan oleh Tuhan.

Tersurat dan Tersirat

Saya selalu mengambil kisah pelacur dan anjing yang disebut dalam hadis Nabi SAW. Nabi SAW bersabda:

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu.” (Riwayat al-Bukhari).

Mungkin ada yang bertanya bagaimanakah dengan mudah seorang pelacur yang memberikan minum seekor anjing mendapat keampunan. Apakah ini bererti setiap pelacur yang memberi minum kepada anjing ataupun yang membelanja rakan-rakan yang ‘manusia’ untuk makan dan minum akan mendapat keampunan? Kisah ini bukan soal memberikan anjing atau apa-apa haiwan makan dan minum, tapi apakah yang ada di sebalik perasaannya ketika dia memberi anjing berkenaan minum. Juga kehidupan yang pernah dilaluinya sehingga Tuhan mencampak rahmat ke dalam jantung hatinya untuk melahir dan menzahirkan simpati terhadap anjing berkenaan. Demikian, sudah pasti ada episod yang dilalui pelacur yang menyebabkan Tuhan memilihnya untuk memberikan hidayah dan peristiwa memberi minum anjing itu dijadikan titik tolak keampunan untuknya. Banyak yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Jangan pula kita hairan, jika wanita di medan pelacuran mendapat keampunan sedangkan ada mujahid di medan jihad yang mendapat kemurkaan Tuhan. Kata Abu Hurairah r.a:

“Kami menyertai Rasulullah SAW dalam satu peperangan. Baginda berkata kepada seorang lelaki yang mendakwa Islam, “dia dalam kalangan ahli neraka”. Apabila peperangan berlaku, lelaki tersebut telah berperang dengan hebat dan tercedera. Lalu ditanya Rasulullah SAW: “Engkau telah berkata dia dalam kalangan ahli neraka sedangkan dia berperang hari ini dengan hebatnya dan telah mati”. Jawab baginda: “Ke neraka”.

Maka sesetengah pihak merasa keraguan. Dalam keadaan tersebut, tiba-tiba mereka dimaklumkan dia belum mati, tetapi tercedera parah. Apabila malam menjelang dia tidak dapat sabar atas kecederaannya, lalu membunuh diri. Lalu diberitahu perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w, lantas baginda bersabda: “Allahu Akbar!, aku menyaksikan aku hamba Allah dan rasulNya!”. Lalu baginda perintahkan Bilal agar mengistiharkan bahawa tidak akan masuk syurga melainkan “jiwa yang muslim” dan Allah mungkin menguatkan agamaNya dengan lelaki yang jahat.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ini semua berlaku kerana Tuhan sahaja yang mengetahui hakikat yang tersimpan dalam kehidupan seseorang. Ini merentasi andaian setiap kita yang kebanyakannya hanya mampu menilai pada zahir semata. Sekali lagi, banyak yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Zahir dan Batin

Tuhan pula dalam melimpahkan kebahagiaan untuk seseorang itu menerusi pelbagai warna, cara dan rasa. Ia kadang kala merentasi khayalan dan andaian manusia. Betapa ramai yang kita pandang zahirnya derita, batinnya mungkin jauh lebih bahagia dari apa yang kita rasa. Betapa ramai yang dilihat sedang bermandian dengan nikmat dan kebahagiaan, tetapi hakikat Tuhan sedang mencampakkan dalam jiwa keresahan dan derita jiwa yang tidak dapat dihuraikan dan ungkapkan dengan lidah untuk diadukan kepada sesiapa. Kehidupan ini sungguh ajaib dan luar biasa. Tuhan menulis kehidupan yang hakiki, ia merentasi khayalan seorang penulis. Diari kehidupan seseorang yang berjalan dalam alam realiti bersama dengan segala asam garam kehidupan, yang tersurat dan tersirat dan yang zahir dan batin yang ditentukan oleh Tuhan itu, tentu tidak dapat digarap oleh khayalan seorang insan.

Rumusan Sebuah Kehidupan

Walaupun novel mempunyai peranannya yang tersendiri, setiap babak yang dikhayalkan itu juga mungkin kiasan realiti kehidupan yang benar-benar wujud, namun cantuman plot dan babak yang dirangkumkan sehingga menjadi riwayat hidup sesuatu watak ia tetap suatu khayalan semata. Dalam bahasa yang agak kasar, penulis seakan menjadi Tuhan kepada watak-watak rekaan mereka dalam menentukan perjalanan dan takdir hidup yang penulis mahukan. Jika kita andaikan watak itu benar-benar wujud dalam alam realiti, apakah demikian jalan cerita dan gabungan plot yang Tuhan akan tentukan?

Oleh sebab itu, kesimpulan novel banyak dipengaruhi oleh mazhab dan pemikiran seorang pengkarya. Mungkin yang salah itu akan zahir sebagai yang benar dan diredhai Tuhan atas kehendak penulis. Mungkin watak yang benar pada alam realiti, akan zahir sebagai yang salah dan tidak mendapat rahmat Tuhan ataupun kurniaan kehidupan kerana watak itu bertentangan dengan mazhab ataupun pegangan pengkarya.

Maka, saya simpulkan dari segi agama bahawa kita boleh menilai peristiwa-peristiwa yang dikhayal dalam sebuah karya sebagai satu andaian peristiwa seperti andaian hukum bagi perkara iftiradi (andaian), namun kita tidak boleh membuat kesimpulan tentang keseluruhan kehidupan yang direka dan dirumuskan oleh seseorang pengkarya. Ini kerana ia hanya rekaan semata sedangkan perjalanan hidup sebenar yang Tuhan takdirkan yang sangat tersendiri dengan segala hikmat dan rahsianya.

Dakwah gaya Imam Hasan al-Banna

Mohd Azmir bin Maideen, 11 Jul 2013
Pada zaman dunia di hujung jari ini, sangat jarang kita menjumpai para pendakwah Islam dan tokoh ulama masa kini yang benar-benar memahami adab ikhtilaf seperti kefahaman yang dilumati oleh As Syahid Imam Hasan al-Banna. Beliau mentarbiyah para pengikutnya dengan fahaman jernih. Ini kerana keinginannya yang sangat kuat melihat kesatuan umat Islam, dan usahanya yang bersungguh-sungguh, diiringi kesedarannya menyatukan gerakan Islam.

Biarpun usaha beliau tidak sepenuhnya terlestari pada zaman ini, sekurang-kurangnya beliau dapat menyatukan usul dan fahaman Islamiyyah dalam gerakan dakwah. Dalam hubungan ini beliau telah membina – Usul 20 – yang terkenal menjadi rujukan seluruh gerakan Islam di seluruh dunia.

Hasan al-Banna mengakui bahawa perbezaan pendapat dalam perkara-perkara furu' dan hukum-hukum amaliah tidak mungkin dapat dihindarkan. Oleh itu, beliau telah mengutarakan masalah ini pada beberapa risalah dakwahnya. Sungguh indah dan banyak memberi faedah. Pada risalahnya yang bertajuk – Dakwatuna (Dakwah Kita) – beliau berbicara tentang ciri-ciri dakwah adalah bersifat umum, tidak hanya disalurkan secara selektif, tidak memihak kepada pendapat yang mahsyur di kalangan manusia dengan corak yang tertentu sahaja, tetapi tepat menuju kepada inti agama dan jiwanya, bercita-cita untuk menyatukan matlamat sehingga amal yang dilakukan menjadi lebih positif dan hasilnya menyeluruh.

Imam Hasan al-Banna bersama kebenaran di mana-mana sahaja, beliau gemar melakukan permuafakatan dan benci kepada anasir pertikaian melampau dalam masyarakat Islam. Baginya, cubaan yang paling berat kepada umat Islam ialah perpecahan dan pertikaian, sedangkan asas kemenangan itu ialah kesatuan. Natijah tidak akan berakhir dengan baik kepada gerakan Islam yang berpecah, melainkan jika mereka memulakan langkah awal dengan perpaduan dan ukhuwwah.

Sesungguhnya Imam Malik RA telah berkata kepada Abu Ja'afar, “Para Sahabat Rasulullah SAW telah bertebaran di beberapa buah kota. Di setiap perkampungan masing-masing mempunyai ilmu (hujjah) tersendiri, maka apabila engkau hanya mengagungkan satu pendapat sahaja nescaya akan berlaku fitnah.”

Lihatlah Imam As Syafi'e RA membentuk mazhab qadim di Iraq, kemudiannya membentuk mazhab jadid di Mesir. Kedua-dua aliran pandangan itu diambilnya dengan apa yang terang dan nyata, beliau berusaha dengan sesungguhnya (berijtihad) supaya umat Islam berada dalam kebenaran. Ijma’ atas perkara furu' adalah tuntutan yang mustahil, bahkan tidak mungkin berlaku dengan tabiat agama ini.

Manakala Syeikh Muhammad al-Ghazali menyebut mafhumnya, “Allah menghendaki bagi fikah agama ini sejalan dengan perkembangan semasa. Dengan itu para pemuda hendaklah bersifat lembut, tidak jumud, tidak terlalu rigid (melampau) terhadap satu-satu pandangan.”

Para Sahabat juga berbeza pendapat sekalipun mereka orang yang paling dekat dengan Rasulullah, dan paling tahu mengenai qarinah-qarinah hukum. Lalu mengapa pula halnya kita bertegang urat, bersumpah seranah dalam perkara yang remeh temeh yang tidak ada kepentingannya?

Para imam mazhab, manusia kurniaan Allah yang paling alim tentang Kitab-Nya dan Sunnah Rasul-Nya, turut berbeza pendapat antara satu sama lain, lalu kenapa kita tidak berlapang dada seperti mereka?

Inilah pendapat Imam Hasan Al Banna tentang perbezaan pendapat dalam masalah fikah dan inilah pendiriannya yang menunjukkan kefakihannya dalam hal agama, sejarah dan realiti yang berlaku kepada umat Islam. Di antara pendirian bersifat amaliyah yang diceritakan mengenainya (Imam Hasan), bahawa beliau pergi menziarahi salah sebuah kampung untuk menyampaikan ceramah. Kebetulan hari itu bulan Ramadan. Penduduk kampung di situ telah berpecah kepada dua golongan yang saling berselisih-faham tentang jumlah rakaat solat Tarawih.

Adakah 20 rakaat sebagaimana yang dilakukan semasa pemerintahan Umar dan terus diikuti oleh manusia berabad-abad selepasnya, ataupun 8 rakaat sahaja sebagaimana telah warid dari perbuatan Baginda Nabi SAW?

Pendapat yang bertentangan dianut dengan fanatik oleh tiap-tiap golongan sehingga menyebabkan mereka berkelahi kerana masing-masing mendakwa bahawa kebenaran berada di pihaknya. Akan tetapi Hassan Al Banna menghadapkan kepada mereka beberapa persoalan.

“Apakah hukum solat tarawih?”

“Sunat, diberi pahala orang yang memperbuatnya dan tidak diseksa orang yang meninggalkannya”,  jawab mereka.

Beliau bertanya lagi, “Apakah hukum memelihara ukhuwwah sesama Islam?”

“Wajib (menjaga ukhuwwah) kerana ia merupakan urat dari sendi-sendi iman”, jawab mereka.

Lalu Imam Hasan al-Banna meneruskan penerangannya daripada hasil jawaban mereka, “Adakah wajar dalam syariat Allah yang suci ini, kita abaikan yang wajib kerana hendak memelihara yang sunat? Seandainya kamu tetap memelihara ukhuwwah dan perpaduan kamu, dan kamu balik ke rumah kamu agar tiap-tiap orang daripada kamu mengerjakan solat tarawih mengikut bilangan yang dianggapnya lebih kuat dalilnya, 8 rakaat ataupun 20 rakaat, itu adalah lebih baik daripada kamu berbantah-bantah pada perkara yang tidak ada mustahaknya.”

Dengan kalimah yang lain Imam Hasan al-Banna menegur kaum Muslimin ketika itu, “Mengapa kalian terlalu fanatik mempertahankan kaedah-kaedah fikah sementara akhlak dan adab dilupakan?”

Kisah ini turut dinaqalkan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam salah satu tulisannya “Sohwatul Islamiyah Bayna Juhud wa Tatorruf”. Beliau menceritakan bahawa pernah diceritakan peristiwa ini kepada seseorang, tetapi persoalan lain pula ditujukan kepadanya, “Kenyataan (Imam Hasan al-Banna) adalah petanda melarikan diri dari kebenaran, sedangkan menjelaskan sunnah yang sebenar ialah menjauhkan diri dari bid'ah sebagai urusan yang wajib dipertahankan.”

Lalu Dr Yusuf Al Qaradawi menjawab, “Perkara ini adalah luas terlalu banyak sendi-sendi yang perlu diperbahaskan, dan saya walaupun mengerjakan solat tarawih hanya 8 rakaat, tetapi saya tidak mengatakan bid'ah kepada orang yang mengerjakan solat tarawih sebanyak 20 rakaat.”

Kemudian itu pemuda itu berkata lagi, “Tetapi memastikan kesahihan sesuatu hukum itu adalah wajib dan tidak sepatutnya kita lari menyatakan kebenaran.”

Dr Yusuf Al Qaradawi menjawab, “Benar anak muda, apabila perkara itu berkisar di antara yang halal dan yang haram, di antara yang hak dengan yang batil. Adapun perkara-perkara yang menjadi perselisihan pendapat dalam aliran-aliran fikah, di mana masing-masing mempunyai hujah yang pelbagai, dan perkara itu biasanya berkisar di antara yang harus dan yang lebih afdhal, maka tidak ada sebabnya kita bersikap keras dan menyusahkan orang untuk berpegang dengan satu pendapat sahaja.”

http://www.tarbawi.my

Penjelasan tentang puasa dalam al-Quran (2)

Ustaz Abu Utsman Kharisman, 11 Jul 2013
Ayat ke-185 Surat al-Baqarah, maksudnya:

"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur." (Surat al-Baqarah : ayat 185)

Pada ayat ini terdapat beberapa permasalahan yang akan dijelaskan, yaitu:

i. Ramadhan adalah bulan turunnya al-Quran.
ii. Al-Quran sebagai petunjuk, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
iii. Kewajiban berpuasa bagi yang mukim, tidak sakit, dan tidak berhalangan untuk puasa.
iv. Allah memberi keringanan tidak berpuasa bagi yang musafir atau sakit
v. Allah menginginkan kemudahan, dan tidak menginginkan kesulitan untuk kita.
vi. Menyempurnakan bilangan
vii. Bertakbir pada akhir puasa sebagai bentuk syukur

PENJELASAN:

A. Ramadhan Bulan Turunnya al-Quran

Allah turunkan al-Quran pertama kali pada Lailatul Qadr (malam kemuliaan) pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan Ramadhan:

“Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) pada Lailatul Qodr.” (Surah al-Qadr : ayat 1)


Awalnya, al-Quran diturunkan secara utuh ke Baitul Izzah (suatu tempat di langit dunia) pada bulan Ramadhan. Kemudian secara beransur-ansur diturunkan sesuai dengan keadaa: sebagai jawaban terhadap pertanyaan seseorang, sebagai teguran pada kaum muslimin, sebagai penghibur jiwa dan mengukuhkan hati kaum muslimin, dan sebagainya. Turunnya al-Quran kerana peristiwa-peristiwa tersebut terjadi bukan hanya pada bulan Ramadhan saja.

Dalam sebagian hadits dinyatakan bahawa al-Quran diturunkan pada malam 25 Ramadhan.

“Dan al-Quran diturunkan selepas 24 dari Ramadhan.” (H.R Ahmad dari Watsilah bin Asqa’, al-Munawi menyatakan bahwa para perawinya dipercayai, dan dihasankan oleh al-Albany).

Sebahagian Ulama menafsirkan makna hadis tersebut dengan pemahaman: al-Quran diturunkan pada malam 24 Ramadhan (as-Siirah anNabawiyyah libni Katsir (1/393)). Oleh itu, hadis di atas mempunyai dua tafsiran:

i. Al-Quran diturunkan pada malam 25 Ramadhan. Ini adalah pendapat al-Hulaimi dan dinukil serta disepakati oleh adz-Dzahaby (Faidhul Qadiir karya al-Munawi).
ii. Al-Quran diturunkan pada malam 24 Ramadhan. Ini adalah pendapat yang dinukil Ibnu Katsir dalam as-Siroh anNabawiyyah karyanya (1/393)).

Pada bulan Ramadhan tersebut Jibril bertadarus al-Quran dengan Nabi.

B. Al-Quran sebagai Petunjuk bagi Manusia


Dalam ayat ini, Allah menyatakan al-Quran sebagai:

“…petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah …(Surah al-Baqarah : ayat 185)


Kewajiban berpuasa bagi yang mukim, tidak sakit, dan tidak berhalangan untuk puasa

Allah Subhaanahu Wa Ta’ala berfirman, maksudnya:

“Maka barangsiapa yang mempersaksikan (masuknya) bulan (Ramadhan), berpuasalah.”

Ibnu Katsir menyatakan bahawa ayat ini merupakan kewajiban dari Allah bagi barangsiapa yang bermukim dan sihat ketika masuknya bulan Ramadhan untuk berpuasa.

Ayat ini sekaligus sebagai penghapus hukum tentang puasa pada ayat sebelumnya - ...barangsiapa yang mahu, silakan berpuasa, barangsiapa yang mahu membayar fidyah, silakan, meski mampu berpuasa. Setelah turunnya ayat ini, maka tidak ada pilihan lain bagi semua pihak yang mampu dan tidak berhalangan untuk berpuasa.

“Dari Salamah bin al-Akwa’ RA bahawasanya beliau berkata: Kami dulu pada masa Ramadhan pada masa Nabi SAW (diperbolehkan): barangsiapa yang mahu silakan berpuasa dan barangsiapa yang tidak mahu silakan berbuka (namun) membayar fidyah dengan memberi makan orang miskin. Hingga turunnya ayat: …maka barangsiapa di antara kalian yang mempersaksikan (masuknya) bulan (Ramadhan) berpuasalah.” (H.R alBukhari dan Muslim, lafadznya sesuai riwayat Muslim)

Allah ulang penyebutan keringanan tidak berpuasa bagi yang safar atau sakit

Pada ayat sebelumnya (ayat 184), Allah telah memberikan keringanan bagi orang yang sakit atau musafir untuk tidak berpuasa. Mengapa dalam ayat ini (ayat 185) diulang kembali penyebutannya?

“…barangsiapa di antara kalian sakit atau musafir, maka (ganti sejumlah bilangan hari yang ditinggalkan) di hari lain.” (Surah al-Baqarah : ayat 184)

“…dan barangsiapa yang sakit atau musafir, maka ganti sejumlah bilangan hari yang ditinggalkan) di hari lain (Surah al-Baqarah : ayat 185)


Jawapannya adalah:

Jika pada ayat 184 Allah menjelaskan keadaan puasa sebelumnya, yang boleh ada pilihan: berpuasa atau membayar fidyah, maka pada ayat 185 Allah hapuskan hukum pada ayat sebelumnya, bahawa semua yang menyaksikan masuknya Ramadhan harus berpuasa. Namun, Allah ulang penyebutan keringanan bagi yang sakit dan safar agar tidak terjadi anggapan bahwa orang yang sakit atau safar menjadi harus berpuasa kerana hukumnya telah diubah (disimpulkan daripada Taisiir al-Kariimir Rahmaan fii Tafsiiri Kalaamil Mannaan karya Syaikh Abdurrahman as-Sa’di).

Allah menginginkan kemudahan, dan tidak menginginkan kesulitan untuk kita

“…Allah menginginkan untuk kalian kemudahan dan Dia tidak menginginkan bagi kalian kesulitan…” (Surah al-Baqarah : ayat 185)


Allah berikan keringanan bagi orang yang sakit yang tidak mampu berpuasa untuk menggantinya di saat sudah sehat di hari yang lain.

Sebahagian Ulama (dari kalangan Tabi’in) seperti al-Hasan al-Basri dan Ibrahim an-Nakhaei memberikan batasan: jika seseorang sakit sehingga tidak mampu solat dalam keadaan berdiri, maka pada saat itu ia boleh untuk tidak berpuasa (riwayat Ibnu Jarir atThobary)

Antara kemudahan dari Allah adalah bolehnya tidak berpuasa bagi musafir, disyariatkannya meringkas solat yang 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Demikian juga bolehnya ibu hamil atau menyusui untuk tidak berpuasa jika tidak kuat dalam berpuasa.

“Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla meletakkan (keringanan) pada musafir (untuk mengerjakan) setengah solat dan (keringanan) bagi musafir, wanita hamil dan menyusui untuk tidak berpuasa.” (H.R Abu Dawud, Ibnu Majah dari Abdullah bin Ka’ab)

Wanita yang hamil dan menyusui boleh untuk tidak berpuasa. Kalau mereka memilih untuk tidak berpuasa, apa yang harus dilakukan? Mengganti di waktu lain atau membayar fidyah?

Perlu dilihat keadaan yang mendasari alasan tidak berpuasa bagi ibu hamil dan menyusui. Alasannya berbeza bergantung kepada keadaan.

i. Sebenarnya mampu berpuasa tetapi bimbang keadaan janin atau bayinya, maka ia tidak berpuasa. Dalam kondisi ini, membayar fidyah. Sebagaimana pendapat Sahabat Nabi Ibnu Abbas.
ii. Tidak mampu berpuasa karena lemah fizikalnya. Keadaan seperti ini sama dengan orang yang sakit sementara dan musafir. Maka, boleh tidak berpuasa, dan mengganti pada hari lain ketika sudah mampu berpuasa. Sesuai hadis Abdullah bin Ka’ab riwayat Abu Dawud di atas.

Perincian ini sesuai dengan pendapat seorang Tabi’i al-Hasan al-Bashri rahimahullah.

Seorang musafir mendapat keringanan daripada Allah untuk meringkas solatnya yang asalnya 4 rakaat (Zuhur, Asar, dan Isyak) menjadi 2 rakaat saja. Jika ada yang berkata: keadaan musafir pada masa dahulu penuh dengan penderitaan: panas, penat, kendaraan primitif dan tradisional, masa tempuh lama. Berbeza dengan sekarang yang sudah banyak kemudahan. Kendaraan berhawa dingin, jarak jadi singkat, tidak terlalu penat, dan berbagai kemudahan. Apakah masih relevan kemudahan itu bagi kita ketika ini?

Jawabannya: Ya. Masih berlaku untuk kita saat ini dengan keadaan penuh kemudahan. Asalnya, perintah meringkas/ mengqasar solat itu ketika timbul perasaan tidak selesa ketika perang. Dalam keadaan itu boleh untuk mengqasar solat. Seperti disebutkan dalam an-Nisaa’ ayat 101.

Setelah suasana aman, Umar kemudian bertanya kepada Rasulullah SAW: Apakah keringanan dari Allah itu masih berlaku untuk kita pada saat sudah aman. Rasulullah SAW bersabda:

“Itu adalah sedekah Allah untuk kalian, maka terimalah sedekah (dari)Nya.”
(H.R Muslim dari Ya’la bin Umayyah)

Hal itu menunjukkan bahawa walaupun sekarang sudah demikian mudah, terimalah sedekah Allah tersebut. Tetap jalankan qasar dalam solat sebagai musafir (kecuali jika kita solat di belakang penduduk setempat), demikian juga, boleh bagi kita untuk tidak berpuasa jika status kita adalah musafir.

Sesungguhnya Allah suka jika seorang hamba mengambil keringanan yang Allah berikan, sebagaimana Allah benci jika kemaksiatan terhadap-Nya dilakukan;

“Sesungguhnya Allah suka jika keringanan (dari)Nya diambil, sebagaimana Dia benci jika kemaksiatan terhadap-Nya dilakukan.”
(H.R Ahmad, dishahihkan Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Berapa jarak minima perjalanan dikatakan musafir? Ada banyak perbezaan pendapat para Ulama hingga mencapai lebih daripada 20 pendapat tentang jarak musafir. Namun, dapat dikecilkan menjadi dua pendapat yang kuat:

Pendapat jumhur Ulama. Jaraknya jika ditukarkan dalam kilometer adalah kurang lebih 80 km. Tidak ada had jarak khusus. Ia adalah perhitungan berdasarkan kebiasaan (urf). Hal ini kerana memang tidak ditemukan adanya had khusus dari al-Quran mahupun hadis yang shahih. Jika berdasarkan kebiasaan setempat, hal itu terhitung musafir, bukan sekadar perjalanan biasa, sehingga memerlukan bekal, dan sebagainya, maka itu dikira musafir. Jika tidak, maka belum termasuk musafir.

Dalam hadis Anas bin Malik riwayat Muslim, Nabi pernah mengqasar solat dalam jarak perjalanan 3 mil  atau 3 farsakh. Tiga mil adalah sekitar 4.5 km, sedangkan 3 farsakh adalah sekitar 13.5 km. Hal itu difahami bahwa pada jarak tersebut sudah keluar dari qariahnya/daerahnya.
http://www.salafy.or.id/

Penjelasan tentang puasa dalam al-Quran (3)

Ustaz Abu Utsman Kharisman, 12 Jul 2013
Menyempurnakan Bilangan Puasa

Allah Subhaanahu Wa Ta’ala berfirman, maksudnya:

“…dan sempurnakanlah bilangannya…”
(Surah al-Baqarah : ayat 185)

Allah perintahkan kaum mukminin yang mampu dan tidak berhalangan berpuasa untuk menyempurnakan bilangan hari bulan Ramadhan dengan puasa sebulan penuh. Bilangan hari Ramadhan boleh 29 hari atau 30 hari.

Nabi pernah mengisyaratkan dengan jari-jari tangan beliau bahawa jumlah bilangan hari dalam sebulan adalah 29 atau 30 hari, sebagaimana hadits dari Ibnu Umar:

“Bulan itu begini dan begini (iaitu: kadangkala 29 hari, kadangkala 30 hari).”
(H.R al-Bukhari dan Muslim)

Potongan ayat ini merupakan penjelasan agar tidak terjadi dalam pikiran seseorang yang berpuasa bahawa kewajiban puasa Ramadhan cukup terpenuhi dengan berpuasa pada sebahagian hari saja tanpa harus menyempurnakan bilangan hari sebulan penuh (dititip daripada Tafsir as-Sa’di)

Kita menyaksikan keadaan yang menyedihkan. Sebahagian saudara kita ada yang bersemangat puasa pada awal-awal bulan. Namun, masuk pertengahan, tidak sedikit yang meninggalkan puasa. Semoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua.

Jumlah hari pada bulan hijriah kadang-kadang 29 hari, kadang-kadang 30 hari, bergantung apakah terlihat hilal masuknya bulan berikutnya atau tidak. Jika terhalang penglihatan oleh awan dan seumpamanya, maka disempurnakan jumlah harinya menjadi 30 hari.

Bertakbir pada akhir puasa sebagai bentuk syukur

Allah Subhaanahu Wa Ta’ala berfirman, maksudnya:

“…dan bertakbirlah (mengagungkan kebesaran) Allah atas petunjuk-Nya kepada kamu dan agar kamu bersyukur."
(Surah al-Baqarah : ayat 185)

Allah perintahkan untuk bersyukur atas nikmat-Nya yang telah memberikan hidayah kepada seseorang sehingga dapat menyempurnakan puasa. Salah satu bentuk syukur itu dengan bertakbir sejak dipastikan masuknya Syawal (berdasarkan rukyat hilal) pada malam hari raya hingga menjelang solat Aidil Fitri.

Pada banyak ayat yang lain, Allah perintahkan bagi seseorang untuk banyak berzikir menyebut Allah, jika telah menyelesaikan suatu ibadah tertentu. Contoh, selesai melaksanakan solat, perbanyaklah zikir. Firman Allah yang bermaksud:

“Jika kalian telah menyelesaikan solat, berzikirlah (menyebut) Allah dalam keadaan berdiri, duduk, dan berbaring.”
(Surah an-Nisaa’ : ayat 103).

“Kemudian setelah selesai solat (Jumaat), maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Surah al-Jumu’ah : ayat 10)

Demikian juga ketika menyelesaikan haji, Allah perintahkan perbanyak zikir:

“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi...”
(Surah al-Baqarah : ayat 200)

(Nukilan faidah ayat-ayat di atas diambil dari Tafsir Ibnu Katsir)

Maka takbir, tahlil, tahmid yang dikumandangkan setelah selesainya pelaksanaan puasa Ramadhan adalah sebahagian daripada perintah itu. Sebagai bentuk syukur atas hidayah Allah bagi kita dalam pelaksanaan ibadah puasa Ramadhan tersebut.

“Dan jika hambaKu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat. Aku menjawab seruan orang yang berdoa jika berdoa kepada-Ku, maka hendaknya ia memenuhi seruan-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah : ayat 186)

Pada ayat ini akan dijelaskan tiga perkara:

i. Kaitan doa dengan puasa.
ii. Dekatanya Allah dengan hamba-Nya.
iii. Allah pasti menjawab doa seorang hamba.
iv. Memenuhi seruan Allah dan beriman kepada-Nya adalah sebab mendapatkan hidayah
v. Berdoa langsung kepada Allah tanpa perantara

PENJELASAN:
Kaitan Doa dengan Puasa

Ayat ini adalah ayat tentang berdoa yang terletak di antara ayat-ayat yang menjelaskan hukum tentang puasa. Ayat 183-185 adalah tentang puasa. Ayat ini adalah ayat ke-186. Sedangkan ayat ke-187 juga menjelaskan tentang puasa. Oleh itu, para Ulama menjelaskan adanya kaitan yang sangat erat antara puasa dengan ibadah berdoa.

Ketika berpuasa, disunnahkan untuk memperbanyak berdoa. Lebih ditekankan lagi ketika berbuka puasa.

“Tiga (kelompok) orang yang tidak ditolak doanya: pemimpin yang adil, orang yang berpuasa hingga berbuka, dan doa orang yang dizalimi.”
(H.R atTirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad, dishahihkan oleh Ibnul Mulaqqin, Ibnu Hibban, dan Ibnu Khuzaimah, sebahagian Ulama menghasankannya berdasarkan penguatan dari jalur lain)

Kedekatan Allah dengan HambaNya:

“Dan jika hambaKu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat…” (Surah al-Baqarah : ayat 186)

Allah sangat dekat dengan hamba-Nya meski Dia berada di puncak ketinggian. Allah sangat dekat dengan hamba-Nya, karena Allah Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Berkuasa, Maha Mengetahui segala perbuatan hambaNya.

Allah dekat, akan selalu menjawab doa atau zikir seorang hamba, meski hamba itu mengucapkan dengan kalimat yang sangat lirih tak terdengar oleh orang lain di sekelilingnya.

“Barangsiapa yang mengucapkan: Tidak ada sesembahan yang haq kecuali Allah dan Allah Yang Paling Besar. Tuhannya akan membenarkan ucapan itu dan berfirman: Tidak ada sesembahan (yang haq) kecuali Aku dan Akulah Yang Paling Besar. Jika hamba itu mengucapkan : Tidak ada sesembahan (yang haq) kecuali Allah satu-satunya, Allah akan berfirman: Tidak ada sesembahan (yang haq) kecuali Aku satu-satunya. Jika hamba itu mengucapkan: Tidak ada sesembahan (yang haq) kecuali Allah satu-satunya tidak ada sekutu bagiNya, Allah akan berfirman: Tidak ada sesembahan (yang haq) kecuali Aku tidak ada sekutu bagiKu. Jika hamba itu mengucapkan: Tidak ada sesembahan (yang haq) kecuali Allah, hanya bagiNyalah kekuasaan dan pujian, Allah berfirman: Tidak ada sesembahan (yang haq) kecuali Aku, hanya bagiKu-lah kekuasaan dan pujian. Jika hamba itu mengucapkan: Tidak ada sesembahan (yang haq) kecuali Allah dan tiada daya dan kekuatan kecuali (atas pertolongan) Allah, Allah berfirman: Tidak ada sesembahan (yang haq) kecuali Aku dan tiada daya dan kekuatan kecuali (atas pertolongan) Ku.”
(H.R atTirmidzi, Ibnu Majah, dishahihkan al-Albany)

Demikian juga saat seorang hamba membaca al-Fatihah, setiap ayat yang dibaca akan dijawab oleh Allah.

Sebagaimana disebutkan dalam hadits qudsi:

“Aku membagi As-Sholaah (Al-Fatihah) antara Aku dengan hambaKu menjadi dua bahagian dan bagi hamba-Ku ia mendapatkan yang ia minta. Jika seorang hamba mengucap :  Alhamdulillahi Robbil ‘Aalamiin, Allah berfirman : ‘Hamba-Ku telah memuji-Ku’. Jika seorang hamba mengucapkan: ar-Rohmaanir Rohiim, Allah berfirman: ‘Hamba-Ku telah memuja-Ku. Jika hamba-Ku mengucapkan: Maaliki Yaumid Diin, Allah berfirman: ‘Hamba-Ku telah mengagungkan Aku’,  dan kemudian  Dia berkata selanjutnya: “Hamba-Ku telah menyerahkan (urusannya) pada-Ku. Jika seorang hamba mengatakan: Iyyaaka Na’budu wa Iyyaaka Nasta’iin, Allah menjawab: Ini adalah antara diriKu dan hamba-Ku, hamba-Ku akan mendapatkan yang ia minta. Jika seorang hamba mengatakan: Ihdinasshiroothol Mustaqiim. Shiroothol ladziina an’amta ‘alaihim. Ghoiril maghdluubi ‘alaihim walad dhoolliin; Allah menjawab: Ini adalah untuk hamba-Ku, dan baginya apa yang ia minta.” (H.R Muslim)

Rasakanlah dekatanya Allah ini ketika kita berzikir dan berdoa. Rasakanlah bahawa Allah menjawab seruan kita dalam zikir atau doa itu. Berdoalah dengan penuh ketundukan dan suara yang lirih, tidak dikeraskan.

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.”
(Surah alA’raf : ayat 55)

“Dan sebutlah (Nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (Surah al-A’raf : ayat 205)

Ketika dalam perjalanan perang Khaibar, sebahagian Sahabat mengeraskan zikir takbirnya dengan mengucapkan: Allaahu Akbar Allaahu Akbar laa Ilaaha Illallah. Nabi yang mengetahui hal itu bersabda:

“Rendahkanlah suara kamu. Sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada yang tuli atau tidak ada, sesungguhnya kamu berdoa kepada Yang Maha Mendengar Maha Dekat, dan Dia bersama kamu.” (H.R alBukhari no 3883 dan Muslim no 4873).

Menguatkan zikir hanyalah pada saat-saat disyariatkan untuk menguatkannya, seperti ketika talbiyah haji, takbir setelah dipastikan masuknya bulan Syawal hingga menjelang solat hari raya, bacaan kuat zikir sebagai bentuk pengajaran, dan sebagainya.

Al-Imam asy-Syafi’e rahimahullah berpendapat bahwa jika Rasul menguatkan bacaan zikir setelah selesai solat, hal itu sekadar untuk mengajarkan kepada para Sahabat tentang bacaan-bacaan zikir yang disyariatkan.

Al-Imam asy-Syafi’i rahimahullah berkata:

“Aku berpendapat bahawasanya Nabi sedikit menguatkan bacaan (zikir selesai sholat) untuk mengajarkan kepada manusia….” (al-Umm (1/127))

Namun, asal ucapan zikir dan doa adalah tidak dikuatkan.

Allah Pasti Menjawab Doa/ Seruan Seorang Hamba:

“Aku akan menjawab seruan orang yang berdoa ketika berdoa kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah : ayat 186)

Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa semua doa dari hamba-Nya pasti dijawab oleh Allah. Maka tidak akan pernah ada ruginya orang yang berdoa.

Jawaban Allah terhadap doa seorang hamba boleh dalam bentuk:

i. Allah segerakan terkabulnya doa.
ii. Allah simpan doa itu sebagai perbendaharaan pahala di akhirat.
iii. Allah halangi suatu keburukan atau bahaya menimpa dia, sesuai kadar yang setara dengan permintaan yang dimintanya. AErtinya, dengan adanya doa tersebut, meskipun tidak secara langsung terlihat hasil seperti yang diminta, ia terhindar daripada suatu keburukan dengan sebab doa itu.

Salah satu daripada ketiga hal itu dapat dicapai jika seseorang berdoa dengan doa yang tidak mengandung dosa atau memutuskan silaturrahmi.

“Tidaklah seorang muslim berdoa dengan suatu doa yang tidak mengandung dosa atau memutuskan silaturrahmi kecuali Allah akan beri salah satu dari tiga hal: Allah boleh saja segerakan terkabulnya doa, atau Allah simpan sebagai perbendaharaan pahala di akhirat, atau Allah palingkan darinya keburukan semisal (yang diminta dalam doa). Para Sahabat berkata: Kalau begitu, kami akan memperbanyak (doa). Rasul bersabda: Allah lebih banyak lagi."
(H.R atTirmidzi, Ahmad, dishahihkan oleh al-Hakim dan dinyatakan bahwa sanad-sanadnya jayyid(baik) oleh al-Bushiry).

http://www.salafy.or.id/
Pas Bagan Parit Sulong shared Johor Southern Tigers's photo.
Info

Ryana

TERKINI DI MESIR , HIMPUNAN " JUMAAT KEMARAAN " DIJANGKA PULUHAN JUTA HADIR





Insya Allah pemimpin zalim dan ganas Mesir yang dilaknat Allah akan tumbang dalam masa terdekat. Ini pandangan dari seorang pemerhati politik luar Mesir yang melihat penentangan rakyat semakin membuak-buak dan menggerunkan pemerintah zalim Mesir.

"Sampai bila mereka boleh bertahan dan menzalimi rakyat sedangkan majoriti rakyat melihat dengan mata kepala mereka sendiri pembunuhan dan kekejaman yang dilakukan oleh pemerintah zalim ini"

"Kita percaya lambat laun semua rakyat Mesir akan bersama-sama dengan majoriti rakyat menentang golongan zalim ini" ujar pemerhati politik yang tidak mahu namanya disiarkan di sini.

Puluhan juta para penyokong Dr Muhammad Morsi dari seluruh Mesir dijangka akan memenuhi bandar Kaherah hari ini ekoran pengumuman himpunan raksasa oleh pertubuhan Gabungan Kerjasama Kebangsaan yang dianggotai puluhan pertubuhan dan parti politik.

Himpunan tersebut dijadual bermula sejurus selesai solat Jumaat ini dan epat lokasi telahpun ditetapkan oleh pihak penganjur.

Ianya termasuk Medan Raba'ah Adawiyyah (Madinah Nasr) yang menjadi pusat himpunan sejak rampasan kuasa oleh tentera seminggu lalu yang turut menyaksikan pembunuhan puluhan penyokong Morsi dalam tragedi 'Subuh berdarah'.

Selain itu, tiga lagi tempat termasuk Bangunan Stesen Radio dan Televisyen Mesir (Masbero), Pusat Pengeluar Media (bandar 6 Oktober, Giza) dan Dataran Nahdah, Giza.

Himpunan hari ini juga diberi nama Jumaat "Az-Zihaf" atau "Jumaat Kemaraan".

Ekoran himpunan besar-besaran hari ini, Dataran Raba'ah sejak malam tadi sesak dengan lautan manusia yang berpusu-pusu hadir untuk himpunan tersebut.



Beberapa media antarabangsa menganggarkan sudah lebih 4 juta penyokong Morsi berada di Dataran Raba'ah sejak berlakunya tragedi Subuh berdarah Isnin lalu.

Difahamkan, menjelang Subuh pagi ini, Dataran Raba'ah tidak dapat lagi menampung jumlah kehadiran yang begitu ramai.

Jutaan penyokong Morsi khususnya dari luar wilayah Kaherah kini didakwa sedang mara menuju ke kawasan himpunan yang ditetapkan.

Petang semalam turut menyaksikan pihak penganjur mengadakan persiapan secukupnya di dataran Raba'ah.

Antaranya dengan menambah pembesar suara, menukar "back drop" pentas utama dengan tertera tema "Demokrasi Menolak Rampasan Kuasa" dan memasang banner dalam bahasa asing di sekitar dataran bagi menyampaikan mesej kepada dunia apa yang berlaku di Mesir.

Polis telah memburu pemimpin Ikhwan, Mohammed Badie, selepas waran yang telah dikeluarkan untuk menangkap beliau pada hari Rabu.

Morsi sedang diadakan di sebuah "tempat selamat, untuk keselamatan beliau," jurucakap Kementerian Luar Badr Abdelatty kepada pemberita pada Rabu, sambil menambah bahawa bekas pemimpin Mesir telah tidak didakwa dengan apa-apa setakat ini.

Sumber tentera dan kehakiman telah berkata pemimpin digulingkan mungkin menghadapi tuduhan akhirnya.

PBB pemimpin Ban Ki-moon menimbulkan kebimbangan tentang penahanan Morsi dan lain-lain pemimpin Ikhwan Muslimin semasa perbualan telefon dengan Menteri Luar negara itu, kata seorang jurucakap.

Ban menegaskan bahawa mesti ada "hukuman" terhadap mana-mana pihak, kata jurucakap PBB Martin Nesirky kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan telefon antara Ban dan Menteri Luar Mohammed Kamal Amr.

Alwi Bakri Luddin shared Generasi Al Ghuroba's photo.
SNIPER MUJAHIDAH : KAILA MARWAH

“Aku tidak sanggup melihat pembantaian-pembantaian dan pemandangan-pemandangan memilukan terhadap orang-orang tak berdosa di kalangan bangsaku, melalui TV. Maka aku membulatkan tekad dan bergabung dengan FSA.”

Itulah kata-kata dari Marwah Kaila, sniper wanita paling terkenal di kalangan mujahidin FSA di kota Aleppo kepada pejabat berita Turki Anatolia.

Sebagai seorang wanita, kehadirannya tidak dianggap membawa peranan positif di kalangan banyak mujahidin FSA. Maklum saja Aleppo merupakan salah satu provinsi dengan operasi peperangan paling gencar. Di propinsi Aleppo dan pinggiran Aleppo, mujahidin Islam dan mujahidin FSA telah melakukan operasi jihad paling gencar dan sengit, hingga mampu membebaskan lebih dari 70 persen wilayah di kedua propinsi itu.
Marwah Kaila turut menegaskan kepada Anatolia dan Ugarit News bahawa dia mampu melakukan tugas-tugas rumah tangga, di samping melakukan tugas membela bangsanya yang dibantai oleh rejim Nushairiyah Syria.

Kepada Anatolia dan Ugarit News, Kaila mengisahkan dia memulakan “aktiviti revolusi”nya di bidang jurnalistik, menjadi koresponden mujahidin, membuat liputan berita, video dan pertempuran-pertempuran mereka, lalu mengirimkannya ke media massa.

Setelah bergabung secara rasmi dengan mujahidin FSA, pekerjaan jurnalistik itu tidak lagi digelutinya secara langsung. Ia telah belajar ketrampilan-ketrampilan perang dan militer dari para instruktur mujahidin. Ia diangkat menjadi sniper FSA, setelah para instruktur melihat bakat dan ketrampilannya menggunakan senjata khusus untuk para sniper.

“Sebagai sniper FSA, saya harus berada di barisan paling depan dalam medan pertempuran, untuk menghadang dan mengawasi pergerakan sniper rejim,” kata Kaila kepada Anatolia dan Ugarit News.

Salah seorang mujahid FSA turut membicarakan bahawa dia berkali-kali melihat penyertaan Kaila dalam pertempuran-pertempuran FSA di Aleppo,Salah satunya di front pertempuran desa Shalahuddin, di mana Kaila memperlihatkan ketangkasan dan keberaniannya di barisan terdepan mujahidin, tanpa gentar sedikit pun.


Hubungan Suami Isteri di Akhirat Kelak

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya. Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Mohd Hanif Md Sultan shared Haniff Abu Talib's photo.
PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA DALAM BIDANG PERUBATAN OLEH IMAM YUSUF AL-QARADHAWI.:-)

1) Ubat titik mata dan telinga, cuci telinga (earwash)
2) Ubat GTN yang diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan
3) Memasukkan pessary, ovules kedalam kemaluan wanita (vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina, atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (cth periksa jalan untuk bersalin)
4) Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.
5) Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan
6) Injeksi (cucuk) melalui kulit, kedalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), kedalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat.
7) Menderma atau menerima darah Menerima oksigen atau gas untuk bius
9) Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.
10) Mengambil darah untuk pemeriksaan
11) Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan
12) Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention).
13) Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut, dengan syarat ia tidak ditelan
14) Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device).
15) Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy).
16) Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma)
17) Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari
18) Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia), jika pesakit mahu berpuasa.
19) Haemodialisis atau peritoneal dialysis

Rujukan:
IOMS (Islamic Organization for Medical Sciences), The Akademi Fiqh di Jeddah dan WHO, Figh As-sunnah (Sayyid as-Sabiq), dan fatwa dikeluarkan oleh Yusuf Al-Qaradhawi bersama Majlis Fatwa Eropah)
Like · · · 43 minutes ago via mobile ·

IKRAR PEMUTUS SAKA , JIN

Baca dengan Kuat jgn baca dalam hati.Kalau ada Saka /Jin Anda akan muntah,Pening,Ketar dll yg tak sedap badan

Bismillahirahhmanirahim

Ya Allah , sesungguhnya saya & mewakili keluarga saya dengan penuh sedar & insaf dgn ini mengisytiarkan :

1 Memutuskan semua perjanjian atau ikatan yg kami atau orang sebelum kami pernah lakukan secara sedar atau tidak dengan golongan jin sekiranya ada

2. Mengharamkan tubuh kami dr dimasuki atau dijadikan sebagai tempat tinggal apa jua jenis jin

3. Menegaskan bahawa kami hanya bergantung kepada perlindungan & pertolongan Allah.

Ya Allah mulai dari saat ini :

Saya haramkan semua makanan saya,minuman saya,seluruh anggota tubuh saya dari semua jin di dalam & di luar tubuh saya atau yang menggangu saya,

Sekiranya Ya Allah

Mereka makan , minum , guna , ganggu , jadikanlah Ya Allah semua pemberian & milikMu itu Ya Allah sebagai racun,

Racun yg amat panas
Racun yg amat bisa
Racun yg membakar
Racun yg membunuh

Semua jin-jin itu Ya Allah

Dengan hak Lailahaillallah Muhamadurasulullah

Amin 3x Ya Rabbal A'lamin .

Sumber : Pengamal Perubatan Islam


>>> http://facebook.com/araazman1

Nasir Sahlan and 2 other friends shared Yas Zy's photo.
TERKINI : Dari Masjid Al-Aqsa menyaksikan himpunan umat Islam Palestin menyokong Presiden Mesir Dr.Muhammad Mursi. Mereka mengadakan himpunan selepas solat Jumaat tadi.
#Takbir !!! #Allahuakbar !!!

Nasir Sahlan shared Islam Iman Ihsan's photo.
Tahukan anda siapakah insan istimewa ini?

- Beliau ialah Syeikh Ammar Bugis

- Lahir di Amerika Syarikat 22 Oktober 1986

- Lumpuh sejak usia 2 bulan

- Hafaz 30 juz al Quran ketika usia 13 tahun dalam tempoh 2 tahun

- Seorang Pendakwah

- Lulusan dari Jurusan Kewartawanan King Abdul Aziz Universiti

- Wartawan sukan Harian Al Madinah yang terbit di Jeddah

- Kolumnis Harian Ukaz terbitan Riyadh

-Pensyarah di Universiti Dubai sambil menyambung pengajian di sana

Kata-kata yang menyentuh hati dan perasaan dari Syeikh Ammar:

“Jemaah, tolong doakan saya,agar Allah memberi kesempatan 10 detik saja tubuh saya bisa bergerak normal sehingga saya bisa bersujud kepada-Nya”

Allahu akbar..Sungguh saya merasa malu dengan kondisi masih sempurna namun tidak mampu memaksimakan ibadah kepada Allah dan masih tidak mampu menghafaz al Quran..


*************
“YA ALLAH BERIKAN LAH KESEMBUHAN ATAS DIRINYA..YA AllAH,BERILAH APA YANG DIHAJATI OLEH SAUDARAKU ITU..YA HAYYU YA QOYYUM”


 

Tiada ulasan: