Jumaat, 12 Julai 2013

LEMAH DAN TIDAK ADIL...

MP: SPRM sudah jadi pelindung si korup?
12:17PM Jul 11 2013  
Seorang lagi anggota Parlimen tampil menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menamatkan siasatan berhubung kes "lucky bonus" atau dakwaan pembelian undi secara besar-besaran di Bayan Baru semasa pilihan raya umum lalu.

NONE"Adakah SPRM sudah jadi pelindung orang yang korup?" soal wakil Tanjung daripada DAP Ng Wei Aik (kanan) dalam kenyataannya.

Ng mendakwa, Pengarah SPRM Pulau Pinang M Samarajoo "tutup mata" terhadap tujuh kes yang dilaporkan pemimpin Pakatan pada Mei kerana mencadangkan peguam negara menutup kes itu kerana tidak cukup bukti.

"Walaupun pengundi tidak dinasihat atau diarah mengundi mana-mana calon, logo 1Malaysia dan menjadi pengetahuan umum bahawa wang akan diberikan hanya jika BN menang di kerusi negeri atau Parlimen, unsur penting rasuah yang tertakluk bawah peruntukan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya.

Semalam, pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang meminta SPRM negeri membuka semula fail siasatan berhubung kes itu dan mencari bukti dengan lebih bersungguh-sungguh.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, SPRM Pulau Pinang berkata, mereka kesal dan tidak boleh menerima alasan penutupannya bahawa tiada unsur jenayah.

Beliau mengulas kenyataan Samarajoo yang berkata, suruhanjaya itu tidak mengesan kesalahan dalam laporan berhubung politik wang semasa pilihan raya umum seperti yang diadukan calon Pakatan.

Laporan Utusan Malaysia semalam yang memetik kenyataan Samarajoo menyebut, saksi tidak mengetahui identiti individu yang memberikan wang kepada mereka dan tidak boleh membuktikan apa-apa kesalahan.
'K'jaan tak tunai janji bonus kepada guru sandaran'
 
Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa tidak menunaikan janji untuk memberi imbuhan sebanyak setengah bulan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan termasuk guru sandaran.

Menurut Teo, beliau menerima aduan daripada tiga orang guru sandaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Senai yang tidak pernah menerima imbuhan yang sepatutnya diterima pada bulan Disember tahun lalu dan Januari tahun ini.

Katanya, perdana menteri pada tahun lalu berjanji akan memberikan imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi kali kedua kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.
NONE
"Mereka sepatutnya menerima imbuhan pada Disember tahun lalu dan Januari tahun ini. Tetapi tidak terima sampai sekarang.

"Saya tak tahu lah sama ada mereka ini tidak tahu pekeliling atau apa," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pada Julai tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan untuk memberi imbuhan sempena Aidilfitri kepada penjawat awam.

Bagaimanapun Najib berkata, pemberian imbuhan itu adalah bergantung kepada kemampuan kerajaan.

Bayaran imbuhan minimum bagi tahun 2012 adalah RM1,500-RM500 untuk bulan Ogos 2012, RM500 untuk bulan Disember 2012 dan RM500 untuk bulan Januari 2013.

Sehubungan itu, Teo berkata, beliau meminta agar kerajaan memberi imbuhan kepada pegawai perkhidmatan awam serta guru sandaran seperti yang dijanjikan.
Dakwat kekal: MP kesal tiada tindakan atas laporan
 
Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa Peguam Negara mengambil tindakan ke atas laporan polis yang dibuat di seluruh negara berhubung dakwat kekal yang digunakan semasa pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Shamsul berkata, beliau kesal kerana masih belum mendapat jawapan yang konkrit berhubung tindakan polis dalam kes berkenaan.
Katanya, satu jawapan bertulis yang diperolehinya daripada Kementerian Dalam Negeri menyebut, pasukan polis menerima sebanyak 1,469 laporan berhubung penggunaan dakwat berkenaan sehingga 3 Jun lalu.
Bagaimanapun, beliau berkata, jawapan yang diberikan tidak dinyatakan apakah tindakan lanjut yang akan dibuat oleh pihak polis berhubung berhubung laporan itu.

"Peguam Negara perlu bertindak dalam perkara ini. Ini adalah satu jumlah laporan yang besar," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Polis menerima 1,469 laporan tersebut selepas PKR menggesa orang ramai berbuat demikian atas dalam siri ceramahnya berhubung dakwat.
Dakwat berkenaan didapati dapat ditanggalkan dengan mudah setelah disapukan ke jari pengundi pada hari pengundian tersebut.
Pelakon 80-an, Putri Salbiah didakwa tipu, palsu dokumen
 
Pelakon era 80-an, Putri Salbiah Megat Razali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap empat pertuduhan menipu berhubung pembelian empat lot tanah dan dua pertuduhan memalsukan dokumen, tiga tahun lepas.
  
Bagi empat pertuduhan menipu, Putri Salbiah, 49, didakwa menipu seorang peguam, Ng Miow Hia, 48, dengan memperkenalkan orang bersamanya ketika itu, Maajis Senan, 69, dan Yang Azizah Mohamed Yaacob, 72, adalah Ahmad SK Duis dan Sipah Duis@Sipak Duez.
  
Ahmad dan Sipah adalah pemilik tanah di Lot 1230, 1231, 1232 dan 1233 di Mukim Rim, Jasin, Melaka.
  
Putri Salbiah didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Burger King, tingkat bawah bangunan Kuala Lumpur City Centre, di Kuala Lumpur pada jam 10.45 pagi 1
 April 2010 dan pada 11 pagi, 23 Jun 2010.
  
Bagi pertuduhan itu, Putri Salbiah didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
  
Dia turut mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan memalsukan dokumen iaitu kad pengenalan atas nama Ahmad dan Sipah sebagai pengenalan bagi Maajis dan Yang Azizah.
  
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(j) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan menurutnya jumlah itu munasabah kerana tertuduh tidak memberi kerjasama kepada polis dan ditangkap di Brunei dengan kerjasama pihak berkuasa negara itu serta dibawa ke Miri untuk direman.
  
Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan memohon supaya jumlah itu dikurangkan kepada RM10,000 bagi kesemua pertuduhan kerana anak guamnya hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan tidak mampu membayar jumlah jaminan yang tinggi.
  
Mohd Shahrullah berkata tertuduh menjaga bapanya yang sakit di Brunei dan beliau akan memastikan anak guamnya hadir pada setiap prosiding dan perbicaraan di mahkamah.
  
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan tertuduh dijamin RM24,000 bagi kesemua pertuduhan serta pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 16 Ogos bagi pengurusan kes.

- Bernama
Pengendali baru akan biayai semua hutang NFC
 
Menteri Kewangan 2 Datuk Seri Husni Hanadzlah berkata, syarikat Kirimotonas Agro Sdn Bhd (KASB) akan membiayai kesemua hutang yang ditanggung oleh Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada kerajaan.

Menurut Husni, syarikat tersebut kini sedang dibuat penilaian dan sekiranya dalam rundingan tersebut berjaya, syarikat Kirimotonas akan memberi komitmen untuk membayar seluruh hutang NFC.

husni eon bank function 120310 ahmad husni"Kita setuju dan syarikat ini juga bersetuju setiap bayaran balik pinjaman NFC yang tertunggak akan dibiayai dan keseluruhan pinjaman tertunggak akan mereka bayar balik. Dan mereka minta tempoh percubaan selama tiga tahun," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Rafizi Ramli (PKR- Pandan) ketika memberi ucapan penggulungan titah Diraja di Parlimen hari ini.

Selain itu, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) turut bangun untuk bertanya tentang pulangan yang akan diperoleh daripada projek usaha sama antara syarikat tempatan dengan firma penternakan kedua terbesar di Jepun.

Beliau bertanya sama ada ia dapat mengatasi kegagalan projek NFC.

Husni berkata, pada waktu ini, pihaknya sedang mengkaji keperluan dan kehendak dari syarikat tersebut.

"Buat masa ini belum kaji lagi apa keperluan dan kehendak dari syarikat tersebut. Kalau dah kaji apakah kehendak, baru tahu kaitan projek dengan syarikat mereka," katanya lagi.

April lalu, Berita Harian melaporkan, KASB memeterai surat hasrat dengan Kementerian Kewangan untuk memulakan rundingan bagi mengambil alih semua aset dan liabiliti National Feedlot Corporation, pengendali projek berkenaan.

KASB juga, katanya menawarkan untuk membayar hutang NFCSB sebanyak RM250 juta dengan pendahuluan RM34 juta dan bakinya dibayar ansuran mengikut syarat yang dipersetujui dalam konsesi baru.

Ia akan dirundingkan dalam tempoh enam bulan bermula April sehingga Oktober tahun ini.
Mesir keluar waran tangkap pemimpin Ikhwan
11:26AM Jul 11 2013  
Pejabat Pendakwaan Mesir mengeluarkan perintah menahan pemimpin Ikhwanul Muslimin Mohamed Badie atas dakwaan menimbulkan keganasan di luar ibu pejabat Pengawal Republik yang menyaksikan 51 terbunuh, MENA melaporkan.

Al Jareera, memetik agensi berita tempatan itu menyebut, lain-lain pemimpin kanan Ikhawan juga dikeluarkan perintah yang sama pada Rabu, termasuk timbalan Badie, Mahmoud Ezzat dan pemimpin parti Essam El-Erian dan Mohamed el-Beltagy.

Sehari sebelum itu, ketua pendakwa umum Mesir memulakan siasatan terhadap 659 suspek yang tidak dinyatakan siapa kerana terlibat dengan keganasan pada Isnin.

Rawya Rageh daripada Al Jazeera melaporkan dari Kaherah, sembilan lagi termasuk dalam waran tangkap itu.

Ikhwan menyeru ke arah "kebangkitan" untuk mengembalikan semula pentadbiran Morsi selepas insiden tembakan pada Isnin.

Ribuan pengikut Ikhwan terus menyalakan lilin berdekatan masjid di Utara Kaherah bagi menuntut Mohamed Morsi dikembalikan ke tampuk kekuasaan selepas rampasan kuasa minggu lalu.

Rageh berkata, pemimpin yang menerima waran tangkap itu kini menyertai acara nyalaan lilin di Masjid Rabaa Adaweya di Utara Kaherah yang menyebabkan polis tidak dapat mendekati mereka kerana jumlah penunjuk perasaan yang ramai.
Polis perketat kawalan di hari penamaan calon esok
 
Polis akan mengetatkan kawalan dan melakukan pemantuan bagi memastikan proses penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut, berjalan lancar, esok.
  
Ketua Polis Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata pihaknya membuat persediaan rapi bagi mengawal proses penamaan yang dijangka disertai kira-kira 20,000 penyokong parti politik.
  
"Polis akan meletakkan anggota di setiap penjuru termasuk sewaktu perarakan parti-parti yang bertanding," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kampung Raja di Besut hari ini.
  
Beliau berkata beberapa jalan utama akan ditutup mulai 7 pagi bagi mengelak kesesakan dan memudahkan proses penamaan calon yang akan diadakan di Kompleks Rakan Muda di Besut.
  
Antara jalan yang akan ditutup kepada semua lalulintas itu ialah Jalan Kampung Raja-Tembila dari persimpangan lampu isyarat Kampung Raja, katanya.
  
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dari Kuala Terengganu/Tembila yang ingin ke Kuala Besut atau Bachok, Kelantan boleh menggunakan simpangan tiga berhampiran kilang Maduria untuk ke Bukit Keluang dan meneruskan perjalanan menuju ke Pengkalan Nyireh dan Kuala Besut.
  
Bagi pengguna jalan raya yang datang dari Alor Lintang untuk ke Kuala Terengganu boleh menggunakan Jalan Gong Bayor ke Tembila.
  
Jalan terlibat akan dibuka semula kepada lalulintas pada jam 11 pagi selepas proses penamaan calon, katanya.
  
Kamaruddin turut mengingatkan penyokong parti yang bertanding supaya mematuhi larangan yang dikeluarkan semasa perarakan calon ke pusat penamaan calon.
  
Antara syarat yang perlu dipatuhi ialah tidak membawa senjata, kanak-kanak, menggunakan pembesar suara atau alatan bunyian dan membawa sepanduk yang ditulis dengan perkataan yang sensitif dan boleh membangkitkan kemarahan pihak lawan.
  
Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.
  
BN menamakan anak tempatan Kuala Besut yang juga seorang bekas jurutera Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, sebagai calon manakala PAS diwakili seorang ahli perniagaan, Azlan Yusof, 48.

- Bernama
Retak: Penduduk 31 hari tidur dalam khemah
4:04PM Jul 11 2013  
Sekumpulan penduduk di sebuah rumah pangsa di Dengkil sudah 31 hari tidur dalam khemah selepas dikejutkan gegaran kuat genap sebulan lalu, sekali gus menyaksikan keretakan serius bangunan itu.

NONEMenurut Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) - NGO yang dekat dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) - penduduk Blok 5, Taman Permata Dengkil tinggal dalam khemah yang disediakan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) berhampiran kawasan itu.

"Sesetengah penghuni juga mengalami keadaan pening kepala akibat ketidakseimbangan struktur bangunan.

"Sejak hari itu, penduduk telah tinggal di dalam khemah MPS berhampiran dengan flet mereka kerana takut dan risau akan keselamatan mereka," menurut kenyataan NGO itu.

NONETaman Permata didirikan untuk menempatkan lebih kurang 400 keluarga dari ladang Prang Besar, Sedgeley, Galloway dan Medingley selepas tanahnya diambil untuk pembinaan Putrajaya.

Menurut JERIT lagi, penduduk pada awalnya dijanjikan rumah teres sebagai alternatif dan flet itu sepatutnya menjadi rumah sementara, tetapi selepas 4 tahun ia tidak pernah berlaku.

Tiga tuntutan
Mereka mendakwa, kualiti rumah pangsa yang dibina dalam masa yang singkat itu tidak selamat dan ia disahkan pihak berwajib sendiri.

NONE"Sejak isu ini menjadi teruk sebegini, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah berjanji akan menyelesaikan isu ini secepat mungkin.

"Akan tetapi sudah 31 hari, penduduk masih di khemah," kata JERIT.

Selain itu, penduduk menuntut:

  • Tunaikan janji membina rumah teres kos rendah di tanah yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Selangor.
  • Tetapkan tarikh pelaksanaan projek.
  • Jamin keselamatan penduduk sehingga pembinaan rumah alternatif siap.

Tiada ulasan: