Harga barang: Pemuda PAS bekerjasama dengan Fomca
Harakahdaily, | 02 Jul 2013 |
Ketua DPPM, Nasrudin Hassan mengetuai rombongan yang disertai Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (timbalan), Khairul Faizi Ahmad Kamil (setiausaha), Mohd Sany Hamzan, Ahmad Baihaki Atiqullah dan Yusapiza Ya’acob.
Presiden Fomca, Datuk Marimuthu Nadason bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Tertingginya menyambut kedatangan mereka.
Menurut Khairul Faizi, kunjungan hormat itu bertujuan untuk mendapatkan input mengenai isu semasa khususnya isu kenaikan harga barangan keperluan terutama menjelang bulan Ramadhan serta isu-isu kepenggunaan.
Datuk Paul Sivaraj yang mewakili jawatankuasa Fomca memberi taklimat terperinci mengenai isu-isu kepenggunaan serta kenaikan harga barangan yang menjerut rakyat.
Beberapa cadangan dicapai antaranya ialah kerjasama antara Fomca, NGO-NGO dengan DPPM dalam usaha memberi pendidikan kepada masyarakat mengenai hak-hak mereka.
“DPPM juga sedang dalam usaha menggerakkan kempen anti kenaikan harga barang yang akan bermula pada bulan Ramadhan ini,” kata Khairul Faizi.
Kempen itu, ujarnya akan menyeluruh ke segenap negeri dengan memberi risalah agar masyarakat sedar mengenai hak mereka di samping menyedarkan peniaga agar tidak menaikkan harga barang mengikut kehendak hati mereka.
“Adalah diharapkan kunjungan ini akan mengeratkan lagi hubungan antara DPPM dengan NGO-NGO serta membentuk kerjasama erat antara semua pihak bagi kebaikan rakyat,” katanya lagi.
Tazkirah terawih, Juham sedia peguam ke mahkamah
Harakahdaily, | 02 Jul 2013 |
Pengarah Juham, Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi berkata, kesediaan pihaknya itu kerana menganggap larangan pihak tertentu bagi mengadakan ceramah atau tazkirah sewaktu solat terawih sebagai lebih kepada tindakan politik dan tidak sewajarnya berlaku.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah Dan Tugas-tugas Khas Negeri Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad semalam bahawa tazkirah sewaktu solat terawih adalah dilarang diadakan di negeri itu.
"Tindakan larangan tazkirah ini adalah bersifat ‘politik murahan’ semata-mata dan kelihatan Syed Ibrahim bercampara tanpa haluan di dalam isu ini.
"Adalah tidak wajar larangan tazkirah sebegini dikeluarkan, di mana di masa yang sama tiada larangan keras dan usaha positif dilakukan bagi membenteras gejala maksiat yang makin berleluasa seperti operasi kelab malam di bulan Ramadhan dan secara khususnya aktiviti perjudian di Genting Highland yang jelas satu penghinaan kepada bulan Ramadhan yang mulia ini.
"Maka dalam hal sebegini mengapakah Syed Ibrahim tidak ‘berkokok’," soalnya.
Menurut Ahmad Zamri lagi, Kenyataan Syed Ibrahim tersebut memperlihatkan secara tidak langsung dasar kerajaan Negeri Pahang yang dilihat cuba menghalang usaha percambahan ilmu dan perkembangan ajaran agama Islam di negeri tersebut.
"Ianya seperti satu penghinaan kepada Masyarakat agama Islam di Pahang dan secara tidak langsung penghinaan kepada Sultan Pahang sebagai Ketua Agama Islam yang menyokong penuh serta komited dalam usaha-usaha perkembangan agama dan syiar Islam di negeri tersebut," katanya.
Semoga Mursi tabah, rintangan adalah sunnatullah
Salmah Mat Husain, | 02 Jul 2013 |
Pemangku ketuanya, Ustaz Hassan Mahmood berkata, pihaknya yakin rakyat Mesir yang mengundi kerajaan Mursi pada Jun tahun lalu akan terus utuh walaupun sentiasa dikhianati musuh politik hingga mengorbankan lapan orang penyokong Presiden Mesir itu.
Ketika memberitahu Harakahdaily beliau berkata, Mursi hanya boleh dijatuhkan melalui pilihanraya dengan kehendak majoriti rakyat tanpa campur tangan asing.
“Apa lagi rakyat Mesir pada Jun 2012 telah memberikan kepercayaan kepada Mursi melalui peti undi dalam pilihanraya yang diadakan secara adil dan telus,” ujarnya.
Katanya, Ulamak PAS Kelantan berharap agar demokrasi yang telah lama lenyap dari Mesir dan kembali selepas Revolusi 25 Januari 2011 akan dihormati oleh semua lapisan rakyat.
“Semoga Mursi terus tabah berhadapan dengan pelbagai rintangan kerana ia menjadi 'sunnatullah' kepada mereka yang mahu menegakkan kebenaran,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyokongan gerakan Islam seluruhnya termasuk PAS semua peringkat mengadakan solat hajat khas buat umat Islam di Mesir dan Syria.
Hassan juga berkata, rakyat Mesir seharusnya memberi peluang pada presiden baru mereka itu cukup sepenggal pentadbirannya.
Tegasnya, tidak masuk akal dengan segala kehancuran dan kerosakan yang ditinggalkan oleh Mubarak selama 30 tahun, boleh diperbaiki oleh Mursi hanya dalam tempoh setahun.
Beliau turut mengingatkan rakyat Mesir tidak turut melatah dengan puak pembangkang yang cuba untuk mengguling kerajaan Mursi kerana mereka tidak boleh menerima kekalahan.
Usaha untuk menggulingkan Mursi telah bermula beberapa bulan lalu apabila gabungan pembangkang yang menamakan diri mereka sebagai "Barisan Penyelamat" telah menutup semua pintu rundingan dan dialog yang ditawarkan oleh Mursi dalam semua isu termasuk isu yang berkaitan kedaulatan negara sebagai isu Empangan Nahdhah Ethopia.
Usaha menolak semua dialog bersama Mursi telah mengisyhtiharkan 'perang' mereka ke atas Mursi semata-mata beliau dari Ikhwan Muslimin.
SYIAH
KENA JERAT ...... Raja Iran telah memanggil kesemua
Ulama' Sunnah dan Syiah, bertujuan untuk mengetahui perbezaan diantara
mereka.
Kesemua Ulama' Syiah menghadirkan diri, tetapi seorang Ulama' Sunnah tiba sedikit lewat bebanding Ulama' Sunnah yang lain2.
Ulama' Sunnah tersebut berjalan sambil mengepitkan kasutnya di celah lengannya.
Ulama' Syiah memandang kehairanan sambil berkata, "Kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?"
Ulama' Sunnah itu menjawab,"Saya terdengar bahawa semasa zaman Rasulullah s.a.w, Syiah gemar mencuri kasut!"
Ulama' Syiah menjawab, "Mana ada Syiah semasa zaman Rasulullah s.a.w."
Ulama' Sunnah seraya berkata,"Jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, dari mana datangnya agama kamu?"
-Sheikh Ahmed Deedat-

Apa kriteria untuk pilih Pengerusi Tabung Haji
Muhammad Faizal, | 02 Jul 2013 |
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang ditemui di lobi parlimen berkata, perkara itu amat penting kerana Tabung Haji merupakan tabung amanah yang dipertanggungjawabkan oleh penyimpan (orang Islam) untuk diuruskan dengan lebih baik.
"Kita tidak mahu isu yang dibangkitkan sebelum ini berkenaan Tabung Haji ini berulang kembali, amanah rakyat perlu ditunaikan bukannya mengkhianati," ujarnya.
Naib Presiden PAS itu turut mepertikai tindakan kerajaan seolah-olah menggunakan konsep 'tangkap muat' dalam mengisi jawatan-jawatan penting di dalam syarikat milik kerajaan (GLC).
Menurutnya lagi, tindakan itu umpama ‘balasan’ kepada ahli parlimen yang tidak dilantik sebagai timbalan menteri atau menteri bagi ‘membantu’ mereka menambah pendapatan.
"Saya tidak mempertikaikan lantikan dari kalangan ahli-ahli parlimen tetapi yang penting adalah ketelusan serta syarat-syarat wajib bukannya sebagai balasan akibat tidak dilantik mengisi jawatan dalam kabinet.
"Kebimbangan saya adalah apabila kita tidak membuat satu tapisan, sudah pasti hala tuju Tabung Haji itu masih lagi berada dalam keadaan yang samar.
"Kita perlu melihat bagaimana Tabung Haji dibentuk peringkat awal, susah payah mereka yang terlibat pada peringkat sekarang dan masa akan datang. Perkara ini bukannya boleh dipandang mudah, misi dan visi perlu jadi agenda utama," sambung beliau lagi.
Beliau yang menegaskan isu pemilihan pengerusi ini perlu diperjelaskan oleh kerajaan kerana kedudukan Tabung Haji bergantung kepada pengerusi yang dilantik.
"Kalau sekadar untuk mempengerusikan mesyuarat saya rasa baik pilih Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
"Ini bukan soal untuk mempengerusikan mesyuarat tetapi macam mana kita nak bawa Tabung Haji pada masa akan datang serta mengembalikan kegemilangannya," kata beliau lagi.
Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji yang baharu berkuatkuasa hari ini.
Tabung Haji dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan Abdul Azeez itu bagi menggantikan Tan Sri Abi Musa Asaari Mohamed Nor yang telah berkhidmat sejak Ogos 2007.
Status ibu tunggal saman Selangor disemak - Exco
Harakahdaily, | 02 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR:
Ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah memutuskan kes
saman Murtini Kasman dan 2,019 ibu tunggal yang lain dibatalkan pada 13
Mei lalu kerana penyelesaian tuntutan terhadap tawaran manifesto politik
tidak boleh menerusi proses mahkamah.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, Murtini Kasman tidak memfailkan notis rayuan terhadap keputusan tersebut sehingga tempoh tamat berakhir 12 Jun lalu.
“Oleh yang demikian, beliau dan plaintif lainnya telah akur dengan keputusan mahkamah bahawa saman yang dibawa itu suatu kesilapan dalam proses mencari keadilan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Zainarini Mohd Sidek dan 3,010 ibu tunggal yang lain juga telah menarik balik saman mereka pada 12 Jun lalu.
“Pelbagai kes saman lain seperti tuntutan oleh suri rumah, juga telah ditarik balik,” katanya yang juga Adun Batu Tiga.
Kerajaan Selangor, jelasnya bersetuju kekalahan Murtini Kasman dan kes saman kesemua yang lain ditarik balik tanpa sebarang tuntutan kos oleh kerajaan negeri.
Katanya lagi, kes-kes tersebut telah segera ‘dilenyapkan’ selepas berakhirnya PRU13, dan itu boleh dianggap asalnya sebagai suatu provokasi politik yang bertujuan mencemar imej Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.
“Murtini Kasman dan Zainarini Mohd Sidek serta 5,023 ibu tunggal terbabit sedang disemak status penerimaan mereka untuk pelbagai skim dan tawaran untuk ibu tunggal yang layak,” ujarnya lagi.
Menurutnya, ada di antara mereka yang pernah menyertai skim ‘Jom Shopping’ serta menerima bantuan kewangan untuk pelbagai tujuan seperti membayar hutang, bantuan am sara hidup, zakat, bantuan peralatan dan bantuan perniagaan.
Beliau berkata, penegasan kerajaan Selangor mengenai dasar kebajikan kepada berpendapatan (welfare to workfare) sentiasa menjadi asas kepada peruntukan dan belanjawan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Selangor, termasuk golongan ibu tunggal.
Justeru, jelas beliau lagi kerajaan negeri sentiasa berlapang dada untuk menerima aduan-aduan rakyat dan mencapai penyelesaian bersama dengan kerangka minda yang menerima aduan-aduan itu sebagai permasalahan yang dikongsi bersama oleh rakyat dan kerajaan.
Keduanya, kata beliau saling memahami dan berusaha ke arah sentiasa memperbetulkan keadaan demi meningkatkan mutu pengurusan hasil negeri Selangor.
Kronologi Isu Yang Dibawa oleh Persatuan Ibu Tunggal Negeri Selangor.

12 Nov. |
Utusan Malaysia: 2,020 ibu tunggal akan saman kerajaan negeri Selangor Khamis ini |
|
22 Nov | Tuntutan difailkan melalui tetuan 'Kamarudin And Partners' di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam | |
23 Nov 9.00 pagi |
Demonstrasi di SUK, Shah Alam Bernama: 300 Ibu Tunggal Demo Tuntut Kerajaan Selangor Tunai Janji |
|
23 Nov. 11.45 pagi 12..05 tgh. |
YB Rodziah Ismail menerima “memorandum” dari Persatuan Ibu Tunggal
Negeri Selangor yang diketuai oleh Puan Murtini binti Kasman. Tiada
perincian kepada tuntutan yang disebut (re VCD MediaSelangorku). YB Rodziah Ismail telah mengadakan sidang media berkaitan demonstrasi tersebut dan menjelaskan respon serta reaksi beliau (VCD MediaSelangorku) |
|
28 Nov. | Sesi perjumpaan dan dialog YB Rodziah Ismail dengan pimpinan
Persatuan Ibu Tunggal Negeri Selangor yang diwakili oleh Puan Murtini
Kasman dan tiga orang yang lain. Tiada maklumat disampaikan berkaitan saman atau senarai ibu tunggal yang dikatakan telah terpinggir dari mendapat manafaat ibu tunggal di Selangor kerana dinasihati oleh peguam mereka bahawa isu yang dibawa telah menjadi ke mahkamah. Di akhir dialog tersebut, wakil-wakil ibu tunggal tersebut bersetuju untuk memberi maklumat yang diperlukan secara bertulis untuk tindakan YB Rodziah Ismail selanjutnya. Antara maklumat yang penting yang diperlukan ialah: · Pangkalan data ibu tunggal yang didakwa dipinggirkan · Menetapkan satu sesi penerangan dan maklumat kepada ahli-ahli Persatuan Ibu Tunggal Negeri Selangor mengenai skim, perkhidmatan dan program-program kerajaan Selangor untuk ibu tunggal. · Permohonan-permohonan bantuan yang teah didakwa tiada menapat keadilan dari sudut pelkasanaannya |
|
30 Nov. | Saman diterima oleh LA | |
4 Dis. | Murtini Kasman telah bercakap di TV3 mengenai saman dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Butiran saman diterima oleh Pejabat YB Rodziah Ismail menerusi Penasihat Undan-Undang (LA) dalam mesyuarat ExcoKerajaan Negeri |
|
12 Dis. | Kenyataan Media YB Rodziah Ismail Zainarini Mohd Sidek dengan 3011 ibu tunggal lain memfail sama kedua terhadap Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor |
|
26 Dis. |
Dalam pengurusan kedua kes, saman Murtini dan Zainarini, Hakin berkenaan telah bersetuju untuk menangguhkan prosiding saman Zainarini sehingga ke Murtini mendapat keputusannya di Mahkamah Rayauan. Keputusan Hakim Mahkamah Rayuan menjadi binding ke atas sman Zanarini. | |
23 Jan. |
Hakim mahkamah Tinggi telah menolak permohonan Kerajaan Negeri Selangor untuk membatalkan saman Murtini Kasman | |
13 Feb. | Kerajaan Selangor memfail Notis Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam | |
13 Mei | Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Kerajaan Selangor. | |
Keputusan jamaah Hakim telah membatalkan Saman murtini terhadap Kerajaan Negeri Selangor dll. | ||
12 Jun | Zainarini binti Mohd Sidek dan 3010 ibu tunggal yang lain menark balik sman | |
Juga tarikh akhir untuk Murtini dan 2019 yang lain memfail Notis Rayuan | ||
13 Jun | Tiada notis rayuan difail maka kes saman Murtini telah terbatal secara otomatik di sisi undang-undang. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan