Bermula demo tanpa gangguan polis
Subky Abdul Latif, | 02 Jul 2013 |
Penunjuk rasa tidak lagi peduli atas apa polis rasa dan kata tentang demo mempersoal kerajaan selama ini. Polis beri permit atau tak beri permit tidak lagi penting bagi para pro demokrasi. Mereka dengar polis atas segala yang menasabah tetapi tidak lagi peduli dengan dalih polis sekadar melanggar undang-undang dan menimbulkan kekacauan dan kepayahan.
Gelap 505 Jun 22, 2013 memenuhi beberapa jalan besar dan utama pusat bandaraya Kuala Lumpur dari beberapa lokasi menuju Padang Merbok tanpa cabaran polis, bahkah kehadiran sepenuh hati atau terpaksa adalah bagi memudahkan kelancaran lalu lintas.
Tidak lagi polis sepert di bawah Rahim Nor, Norain Mai dan Musa Hasan yang amat sensitif dengan tunjuk perasaan. Tidak lagi seperti Musa Hasan dan peanggantinya TS Ismail Omar yang baru pencen menangani Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan demo anti pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris oleh Tan Sri Hasan Ahmad dan A Samad Said.
Dalam semua demonstrasi, pejuang pro demokrasi ditunggu oleh trak PRU, lori meriam air dan lain-lain kelengkapan senjata polis seperti hendak menghadapi serangan penceroboh asing. Semua yang polis buat itu atas alasan menjaga keamanan dan keteneraman. Mati demokrasi, mati kebebasan menyuarakan kedaulatan rakyat tidak menjadi pertimbangan.
Kerana apa jua yang polis rasa tidak lagi dipeduli orang, maka beberapa rapat selepas 12 Januari 2013 di Stadium Merdeka tidak lagi polis membazirkan tenaga dan peruntukan untuk terlalu sensitif dengan apa yanag dinamakan tunjuk perasaan.
Alasan peniaga kerugian tidak dapat berjual oleh banjiran demonstran dan pelancong takut ke Malaysia, ekonomi tergencat hari itu tidak dapat dibuktikan. Demo aman Gelap 505 itu mewujudkan gerai haram orang berniaga makan, minuman dan lain-lain keperluan puluhan ribu penunjuk rasa.
Mereka mangaut untung yang banyak hari itu. Gerai makan dan minum di jalan-jalan sekitar yang dilalui orang buat duit. Konsesi tol boleh mengeluarkan penyata, banyak mana beza pungutan tol hari itu di seluruh laluan ke Kuala Lumpur di bandingkan dengan hari-hari lain. Banyak mana bertambah jualan runcit petrol dua tiga hari sebelum dan selepas Gelap 505 itu?
Semuanya durian runtuh buat mereka. Kalau boleh bagi peniaga segera ini, selalu demonstrasi adalah rezeki mudah untuk mereka. Jika polis bersara tiada pekerja tetap, boleh buka gerai dan mengaut untung kalau selalu ada demo besar begitu.
Apa rugi polis apabila tidak pukul memukul dan tiada huru hara dalam rapat Gelap 505 itu? Apa rugi negara bila polis tidak ganggu demo? Tidak rugi apa-apa, bahkan polis mulai dilihat ada maruah, ia boleh gunakan masa dan fikiran untuk menghadapi jenayah yang perdana menteri kata, transformasi baru negara ialah menghadapi jenayah adalah satu perjuangan.
Dengan sikap baru polis dalam beberapa demo sejak tahun 2013, tanpa menurunkan kelengkapan anti demo, terbukti reaksi sensitif polis berlebihan tidak diperlukan.
Dengan beberapa perkembangan itu moga-moga polis tidak lagi perlu sensitif dengan sebarang yang dinamakan demo. Selain dari demo itu, ada keperluannya untuk semak dan imbang perjalanan kerajaan dan pemimpin politik, ia juga perlu untuk menurunkan rasa geram umum terhadap penyeleweng pentadbiiran.
Orang kata kalau geram dibiarkan pecah di perut, ia menyebabkan orang boleh gila. Bila ia dapat dipecahkan di mulut, angin emosional turun dari badan.
Sudah bermula nampaknya polis tidak perlu lagi berperang dengan rakyat yang turun berdemo. Bermula kejayaan baru bagi polis dan demonstran.
Ketua Pembangkang S’gor terkedu, tanpa fakta
Harakahdaily, | 02 Jul 2013 |
Apabila ditanya Mohd Khairuddin Othman (PAS-Paya Jaras) yang juga seorang peguam, Shamsudin cuba berdalih.
“Yang Berhormat Ketua Pembangkang, boleh jelaskan fasal mana satu yang dilanggar?” soal Khairuddin yang diberi laluan untuk mencelah ketika Shamsudin membahaskan titah ucapan Sultan Selangor pada persidangan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam.
“Ia hanya secara prinsip saya sahaja,” jawab Shamsudin ringkas dipetik Selangorku.
Sebelum itu, beliau dilihat gagal mengemukakan fakta yang sahih dalam ucapannya.
Shamsudin turut mengecam pemimpin politik yang terlibat dengan perhimpunan aman Black 505 yang diadakan seluruh negara bagi membantah penipuan dan penyelewengan PRU13 lalu.
Baginya, kedua-dua tindakan tersebut sebagai tidak menghormati undang-undang negara.
Shamsudin sekali lagi tidak terkata apa-apa apabila Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turut meminta penjelasan sama ada hak rakyat untuk berhimpun secara aman itu dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
46 tahun pemergian Abdul Samad Gul
Rossem, | 02 Jul 2013 |
Tiba-tiba, saat mahu membuka pintu kereta, satu pukulan keras tepat mengenai kepalanya. Lelaki yang masih muda itu rebah – tewas (di rumah sakit). Algonjo kabur.
Hari ini (2 Julai), genap 46 tahun tragedi hitam itu berlaku, namun ia seperti semalam terjadi, ingatan sentiasa segar, terutama ketika berjalan melewati lokasi Medan Ilmu yang menepatkan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan, kerana di situlah, Ahli Parlimen Pasir Mas Hilir (PAS) Abdul Samad Gul Ahmad Mianji (gambar) tewas akibat tusukan kapak kecil di kepalanya.
Malam itu, Almarhum menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul saw anjuran PAS di Banguan PAS. Setelah majlis usai, ia berjalan ke kereta, dalam cahaya lampu yang samar-samar itu, algonjo menunggu untuk menamatkan riwayatnya.
Selain Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Mas Hilir dan Ahli Parlimen kawasan itu, Almarhum juga sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat merangkap Ahli Jawatankuasa Agung PAS Pusat.
Almarhum terkenal sebagai pemidato terbaik, sehingga kelantangan dan keberaniannya digeruni seteru politik PAS ketika itu. Kematiannya secara tragis adalah gambaran betapa kalutnya pemikiran politik awan (1960an).
Almarhum dikebumikan sianghari 3 Julai 1976 di kawasan tanah perkuburan tidak jauh dari rumah kediamannya di Jalan Bayam, Kota Bharu. Beribu-ribu pendukung PAS ikut serta menghantar jenazah ke tempat persemadiannya.
Sebaik saja jenazah di bawa turun dari rumahnya, Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika itu, Ustaz Khaidir Khatib membaca sebuah puisi khusus buat Almarhum:
SEKARANGAN BUNGA
Dikelubungi suasana sedih dan sayu,
kami terima berita kematianmu,
terkorban di hujung senjata musuhmu,
yang tak sanggup berdepan denganmu sebagai anak lelaki.
Kegagahanmu berjuang membangkitkan semangat anak bangsamu,
menimbulkan rasa gerun di hati lawan-lawanmu,
Kini engkau pergi dipanggil Tuhan,
yang tinggal pada kami hanya kenangan dan kesedihan.
Bertepuk tanganlah orang-orang di sebelah sana dengan sebab ketiadaanmu,
menari dan berpesta mereka di lambung riang,
tetapi kami semua adalah Samad!
kami rakan seperjuanganmu,
kami telah bertekad tak akan berganjak dari garis ini,
Biar bumi ini hangus dan kami semua menjadi abu.
Zulkliflee dan Asiah telah lama pergi, kini engkau pula berangkat pulang,
istirehatlah wahai roh-roh yang mulia, redha dan diredhai Tuhan daftar syuhada masih panjang dalam barisan kita,
setiap kami yang tinggal akan merelakan diri,
untuk hancur demi keagungan agama Allah yang mulia ini.
Itu bendera ALLAH MUHAMMAD masih berkibar,
Seorang Samad boleh dibunuh tetapi seratus Samad akan datang
mengambil tempatnya.
Perjuangan ini akan bertambah hebat dan seru
dan akan bergilirlah para Mujahid mencari syahid,
ALLAHU AKBAR, di bawah panji-panji kalimah tauhid kami sedia lebur,
dilindungi Rahim dan RahmanMu, Oh Allah!
terimalah segala amal kebaktian saudara kami ini,
yang untuk Engkau dan kerana Engkau dia berjuang
Al- Fatihah!
Selangor tawar 15,105 miliki rumah kos rendah
Harakahdaily, | 02 Jul 2013 |
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bandar dan Peneroka Bandar negeri, Iskandar Abdul Samad (gambar) berkata seramai 1,568 pemohon ditawarkan untuk memiliki rumah mampu milik sejak ia diperkenalkan dari 2011 sehingga 30 Mei 2013.
Ketika menjawab pertanyaan lisan Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi pada sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam semalam, beliau berkata bilangan itu adalah pemohon yang dibantu untuk memiliki rumah sendiri.
Dalam pada itu, beliau yang juga Adun Chempaka berkata, kerajaan negeri juga sudah melaksanakan penambahbaikan kepada proses penawaran rumah kos rendah.
“Antaranya pemilihan nama-nama pemohon yang berjaya ditawarkan dilakukan oleh satu jawatankuasa berpusat kendalian Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk memastikan pengagihan yang adil dan bebas.
“Selain itu, mempamerkan nama-nama pemohon yang berjaya bagi projek-projek baru pada laman web LPHS selama dua minggu untuk memberi peluang kepada pihak-pihak yang tidak berpuas hati untuk melakukan bantahan,” katanya dipetik Selangorku.
Beliau juga memberitahu, kerajaan negeri kini pada peringkat akhir rundingan dengan pihak bank untuk mendapatkan pinjaman perumahan bagi pembeli-pembeli rumah kos rendah di Rimba Jaya (Shah Alam) dan Sungai Sering (Hulu Klang).
PKR sokong PAS bertanding di Kuala Besut
Muhammad Faizal, | 02 Jul 2013 |
Beliau menjelaskan perkara tersebut telah dibincang dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa PKR akan turut sama membantu PAS pada PRK tersebut bagi memastikan kemenangan milik Pakatan Rakyat khususnya PAS.
"Saya telah nyatakan kita akan memberi sokongan penuh kepada PAS bagi menghadapi PRK di Kuala Besut nanti.
"Perkara ini telah saya bincang denga Hadi dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh PKR berhubungan sokongan kita kepada PAS yang akan bertanding di kerusi tersebut," jelasnya yang juga Ketua Umum PKR di lobi parlimen.
Beliau turut memberitahu sokongan yang diberikan ini akan memastikan satu perubahan senario politik bagi Negeri Terengganu.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan Pakatan Rakyat tidak peduli dengan dakwat kekal serta penipuan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang turut memberitahu keputusan telah dibuat sejak sekian lama iaitu mana-mana kerusi yang mengalami kekosongan maka tempat tersebut perlu diberikan kepada parti yang bertanding sebelum ini.
"Perkara ini telah dipersetujui sejak sekian lama iaitu jika berlaku kekosongan kerusi, maka tempat tersebut perlu diberikan kepada parti yang bertanding sebelum ini.
"Kita mengharapkan sokongan dari semua pihak agar membantu PAS pada PRK tersebut, kerjasama dari semua pihak amat penting bagi memastikan kemenangan milik kita," jelasnya.
Mahfuz turut berharap agar SPR dapat menetapkan PRK diadakan selepas bulan Puasa.
Namun, jika SPR tetap memutuskan PRK akan dilaksanakan pada bulan Puasa ia tidak menimbulkan masalah kepada parti itu untuk menghadapi Barisan Nasional.
Katanya, ia sebagai usaha kerajaan negeri membantu penduduk mendapatkan pinjaman perumahan.
Mengenal kelompok penentang Mursi
Nasaie Ismail, | 02 Jul 2013 |
Samada kumpulan tamarrud atau kuasa-kuasa besar dunia. Elok kita lihat kelompok yang bangkit atas nama 'Tamarrud' sehari dua ini. Tiga tokoh utama Tamarrud ini merupakan orang yang berhajatkan jawatan Presiden Mesir pasca Mubarak.Hamdan Sobahi dan Amru Musa calon yang tewas dalam pusingan pertama pilihanraya Presiden. Manakala Muhammad Al Barada'ie pula bekas bakal calon Presiden yang tidak tercalon pun dalam pilihanraya tersebut.
Sebelum revolusi, Barada'ie yang pernah berkhidmat dengan agensi PBB telah melancarkan kempen untuk pembaharuan Mesir dengan meletakkan beliau sebagai calon Presiden yang akan berlawan dengan Mubarak. Ketika itu beliau menjalinkan hubungan dengan Ikhwan dan Dr Muhammad Mursi menjadi timbalan beliau dalam Pakatan Politik tersebut. Harapan beliau Ikhwan akan memberi sokongan kepada beliau sebagai calon Presiden. Malang bagi beliau apabila Ikhwan memutuskan untuk meletakkan calon Presiden iaitu Khairat As Syatir seorang dermawan yang banyak membuat kebajikan kepada rakyat. Manakala Mursi sebagai calon simpanan sekiranya pencalonan As Syatir ditolak. Maka hilang nama Barada'ie dalam senarai calon Presiden. Jadi asasnya tiga orang pemimpin Tamarrud ini adalah bekas calon yang tewas atau tidak tercalon dalam pilihanraya Presiden.
Manakala kelompok berikutnya ialah bekas-bekas kroni rejim Hosni Mubarak dahulu yang cukup bimbang jika kerajaan Mursi ini kuat dan mampi melaksanakan reformasi politik dan ekonomi, kedudukan mereka terancam akibat jenayah berat yang mereka lakukan dizaman Mubarak.Ibarat tali gantung atau penjara sentiasa terbayang di kepala. Sebab itulah dengan apa jalan sekalipun Mursi mesti dijatuhkan atau sekurang-kurangnya diganggu sepanjang masa agak pemerintahan menjadi semakin buruk.
Kelompok ketiga pula ialah sebahagian rakyat yang sememangnya marah dengan pemerintahan Mursi yang bagi mereka selama 1 tahun tiada perubahan seperti mereka kehendaki.Krisis petrol, sampah, roti sebagai makanan asasi, kemiskinan dan jenayah menjadi hambatan. Harus dilihat bagaimana dua kelompok teratas tadi yang memangkin kemarahan rakyat tersebut. Dengan kerjasama polis, gengster, hakim dan kakitangan kanan kerajaan yang setia dengan Mubarak dahulu, mereka tidak henti-henti melakukan sebotaj. Untuk menukar syarikat pembersihan sampah pun sukar dilakukan kerana sudah lama ia dikuasai oleh samseng-samseng yang besar rangkaiannya. Hakikat inilah yang melanda Malaysia juga khususnya di bandar-bandar besar. Ada kerajaan dalam kerajaan iaitu samseng yang mentadbir Chow Kit dan hampir keseluruhan lorong dalam Kuala Lumpur. Untuk berniaga tidak perlu bersusah ke PBT, cukup membayar kepada samseng yang menjadi 'penjaga kawasan' dan mereka akan selesaikan. Sebab itu kalau kita lihat kadang-kadang ada sebahagian perniagaan yang dijalankan secara salah sehingga mengganggu teruk jalan tetapi tiada tindakan.Sebab mereka sudah jadi raja setelah merasuah pihak berkuasa.
Balai dekat dengan sarang pengedaran dadah, pelacuran dan judi di sesuatu tempat tetapi tiada masalah.Sebab Big Bos sudah bayar pada Jeneral. Anda tonton filem Gengster arahan anak Yusuf Haslam itu adalah sebahagian hakikat besar yang melanda negara.Hal yang sama melanda seluruh negara khususnya Mesir ini. Lebih hebat daripada itu mereka menguasai puluhan ribu stesen Petrol dan NGV dan telah melakukan sebotaj catuan petrol sehingga mendatangkan kemarahan rakyat.
Mursi memerintah setahun tanpa Dewan Rakyat dan terbaru Dewan Senat pula dibubar oleh kroni Mubarak yang masih menguasai pemerintahan. Pihak polis yang tidak memberi kerjasama dan pelbagai kesulitan yang mereka wujudkan untuk mengganggu perubahan yang akan dibuat. Jika di negara dunia ketiga yang lain biasanya rakyat marah dengan permasalahan itu disebabkan pemerintahnya yang rasuah, membazir dan hidup dengan kemewahan. Sedangkan 1 tahun menjawat jawatan Presiden, Mursi hidup lebih susah dan bergaji lebih kecil daripada sebelumnya.
Negara-negara luar pula khususnya negara haram Israel cukup bimbang jika pintu sempadan Mesir dikawal oleh bukan kroninya di zaman Mubarak. Ia akan memberi kelebihan berganda kepada Hamas yang menguasai Ghaza. Begitu juga dengan kebergantungan ekonomi dan keperluan asasi negara haram ini yang terjalin erat dizaman Mubarak akan terganggu.Israel mengimport gas asli dari Mesir untuk kegunaan rakyatnya. Maka tidak hairan pemimpin Tamarud ini sanggup bekerjasama dengan Israel.
Hal yang terbesar bagi saya ialah kedudukan Terusan Suez yang merupakan laluan terpenting dunia duduk di dalam Mesir. Kapal-kapal daripada Barat mahupun Timur yang hendak berdagang antara sati sama lain mesti melalui Terusan Suez.Jika tidak menggunakan terusan laluan menjadi terlalu jauh berganda-ganda untuk sampai ke denstinasi masing-masing. Maka jika kerajaan yang tidak mesra Amerika mahupun kuasa-kuasa besar lain yang memerintah Mesir maka ialah suatu malapetaka besar bagi mereka. Sebab itulah melalui apa jalan sekalipun Mursi mesti ditumbangkan.Amerika boleh membiayai sebarang gerakan untuk menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat tersebut. Pentingnya Terusan Suez ini dapat dilihat ketika zaman Jamal Abdul Nasir menjadi Presiden Mesir, ketika beliau berusaha untuk memilik negarakan Terusan Suez, ia telah mengundang segera tentera-tentera bersekutu dari tiga ke empat buah negara hendak menyerang Mesir. Inilah hakikat yang penting.
Manakala yang terakhirnya, jika Mesir aman dan membangun dengan baik, ia menjadi ancaman kepada negara Barat. Dalam keadaan mereka sedang bergelut dengan kemelut ekonomi yang parah, tiba-tiba Mesir yang hanya dipisahkan dengan Laut Mediteranium itu membangun pesat. Kerana semenangnya potensi Mesir besar. Maka rakyat dalam negara mereka akan menonton kehebatan ini dan tidak mustahil mereka akan menukar anutan mereka selepas itu.
Harus diingat Islam datang bukan untuk menakutkan, tetapi untuk menyelamat, mensejahterakan dan mengangkat martabat manusia dan negara. Sepatutnya jika mereka ikhlas, mereka tidak bimbanh dengan perubahan Mesir.
Apapun kita berserah pada Allah untuk menyelamatkan negara Mesir ini. Begitu juga Syria, Palestin dan lain-lain.
Haiyi Asyir, Kaherah.
*Penulis adalah bekas setiausaha akhbar kepada Presiden PAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan