Jumaat, 12 Julai 2013

KESAN BANYAK MENONTON FILEM LUCAH.....TAMBAH HUKUM ALLAH TAK DIGUNA PAKAI...JADI PELIK JIKA ORANG ISLAM TAK SUKA HUKUM ALLAH SWT

Selepas Dirogol Dan Dibelasah Wanita Dicampak Tepi Jalan

gang rapeSungguh menyayat hati apabila seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan belasahan ditinggalkan dalam keadaan koma di persimpangan lampu isyarat di Pekan Lukut, Port Dickson, petang Ahad lalu.
Mangsa berusia 20-an dipercayai warga tempatan hingga kini masih kritikal dan bergantung alat bantuan pernafasan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas dirujuk dari Hospital Port Dickson (HPD).
Ketika ditemui kira-kira jam 6.35 petang Jumaat lalu, mangsa tidak memiliki identiti pengenalan diri, sekali gus menyukarkan polis untuk mengesan warisnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata kejadian menimpa wanita berkenaan hanya disedari apabila orang awam yang menemui mangsa terbaring di persimpangan lampu isyarat lalu menghubungi pihak hospital.
Menurutnya, mangsa dihantar mendapatkan rawatan di HPD sebelum dirujuk ke HTJS kerana parah.
“Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mempunyai kesan keretakan di belakang kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul selain cedera pada kedua-dua lutut serta siku akibat diseret dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
“Berikutan itu, polis tidak menolak kemungkinan wanita itu dirogol berdasarkan beberapa elemen yang ditemui,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, semalam.
Katanya, ketika ditemui, wanita itu memakai baju-T merah jambu dan jean pendek selain memakai gelang tangan manik.
“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai diserang lebih daripada seorang suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Kami juga masih mengesan identiti wanita itu dan percaya dia rakyat tempatan berdasarkan suntikan BCG pada bahu kirinya,” katanya.
Menurutnya, setakat ini belum ada sesiapa tampil bagi mencari ahli keluarga mereka yang hilang dan polis sudah melakukan semakan di negeri ini, namun tidak menerima laporan kehilangan wanita dalam tempoh terdekat ini.
“Polis juga melakukan gerakan bagi mengesan suspek yang meninggalkan wanita berkenaan bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol,” katanya.
Katanya, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga supaya tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6462999 atau balai polis berhampiran. -Wb

3 atlet Sukma didakwa rogol pegawai pengiring

Posted on the July 11th, 2013 under Sukan by admin
Tiga atlet bola baling lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 hari ini masing-masing mengaku tidak bersalah di tiga Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya atas pertuduhan merogol seorang pegawai pengiring pasukan bola baling itu, Khamis lepas.
Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 19, Mohammad Shaizzad Md Shafie, 19, dan Adib Adha Ismail, 18, masing-masing memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan tiga hakim iaitu Yasmin Abdul Razak, Abu Bakar Manat dan Rozina Ayob.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol wanita berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, antara jam 4 pagi hingga 4.10 pagi, 4 Julai lepas.
Megat Farzeril Faiz didakwa merogol wanita itu pukul 4 pagi, Mohammad Shaizzad pula pada jam 4.05 pagi dan Adib Adha pula 4.10 pagi.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu Adib Adha dan Mohammad Shaizzad perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.
Mereka juga diperintahkan supaya tidak menganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai. Mahkamah menetapkan 20 Ogos untuk sebutan kes itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Jian tidak menawarkan sebarang jaminan bagi kesemua tertuduh dengan alasan kes itu berprofil tinggi kerana dikhuatiri semua tertuduh akan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan yang terdiri daripada rakan tertuduh sendiri.
Beliau juga memohon supaya ketiga-tiga kes itu dibicarakan bersama.
Mahkamah membenarkan permohonan itu dan memerintahkan kes itu dibicarakan di hadapan Hakim Abu Bakar.
Peguam Stephanie Wong, yang mewakili Adib Adha memohon jaminan RM5,000 berserta syarat tambahan dikenakan terhadap anak guamnya iaitu melaporkan diri di balai polis berdekatan selain akan memastikan dia tidak mengganggu mangsa dan siasatan polis.
Peguam Datuk Suraj Singh, yang mewakili Megat Farzeril dan Mohammad Shaizzad, memohon supaya kedua-dua anak guamnya dibenarkan diikat jamin selain memberi jaminan mereka tidak akan mengganggu mangsa.
Suraj berkata Megat Farzeril yang membantu ibunya berniaga hanya berpendapatan RM800 sebulan dan dia perlu menanggung empat beradik manakala Mohammad Shaizzad masih menuntut di sebuah kolej tempatan.
Peguam pemerhati Ranjit Singh yang bertindak bagi pihak mangsa, memohon kepada mahkamah agar mengeluarkan perintah larangan kepada pihak media supaya tidak mendedahkan sebarang nama dan identiti mangsa.
Suraj yang menyokong permohonan Ranjit, berkata: “Media juga harus diberi amaran supaya tidak membuat penilaian dalam kes ini sehingga mahkamah membuat keputusan”.
Mahkamah membenarkan permohonan itu.
Sebelum prosiding bermula, ketiga-tiga tertuduh kelihatan menangis sambil memeluk ahli keluarga masing-masing yang hadir di mahkamah.
- Bernama

Atlet Sukma didakwa merogol


REAKSI Megat Farzeril (kiri) dan Mohammad Shaizzad ketika berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam.



PETALING JAYA - Kejadian rogol melibatkan seorang pegawai pengiring pasukan bola baling Wilayah Persekutuan ketika temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2013 berlangsung di Kuala Lumpur memasuki episod baharu apabila tiga atlet lelaki pasukan itu didakwa di tiga Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Bagaimanapun, Adib Adha Ismail, 18, Megat Farzeril Megat Razali, 19, dan Mohammad Shaizzad Md. Shafie, 19, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Hakim Yasmin Abdul Razak, Abu Bakar Manat dan Rozina Ayob.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol wanita berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang antara pukul 4 pagi hingga 4.10 pagi 4 Julai lalu.
Megat Farzeril Faiz didakwa merogol wanita itu pukul 4 pagi, Mohammad Shaizzad pada 4.05 pagi dan Adib Adha pula 4.10 pagi.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Skandal ibu bukan lagi rahsia

Posted on the July 11th, 2013 under General by admin

CHRISTINA yang kritikal selepas melecur teruk akibat disimbah cuka getah masih dirawat di HUS kelmarin.
KUCHING – Tindakan seorang lelaki yang menyimbah cuka getah ke badan isterinya hingga menyebabkan wanita itu kritikal selepas melecur teruk dalam kejadian di Kampung Pejiru di sini kelmarin mungkin didorong oleh perasaan marah yang sudah lama dipendam.
Anak sulung pasangan itu, Edy Jiriem, 27, mendakwa, ia kerana kelakukan ibunya, Christina Nyoeh, 43, yang mengadakan hubungan sulit dengan seorang lelaki Afrika sejak 2007 bukan rahsia lagi buat mereka sekeluarga.

Menurut Edy, walaupun kecewa dengan perbuatan ibunya, namun kini dia merasa sedih selepas melihat wanita itu yang sedang bertarung nyawa di Hospital Umum Sarawak (HUS) angkara perbuatan suami sendiri.
“Saya sedih setiap kali memandang wajah ibu yang melecur teruk itu dan saya harap ia dapat dipulihkan segera walaupun ia sesuatu yang mustahil.
“Saya pasrah dengan kejadian itu dan mula belajar hakikat yang ibu tidak akan boleh menjalani kehidupan seperti orang lain selepas ini,” katanya ketika ditemui di HUS.
Kosmo

Polis terus pantau kegiatan ‘Ah Long’

polis3IPOH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memantau kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau ‘Along’ yang sering menggunakan kekerasan untuk mendapatkan kembali wang pinjaman.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menetapkan syarat tertentu bagi mengeluarkan lesen kepada pemberi pinjaman wang.
“Sekiranya pemberi pinjaman wang itu berlesen dan beroperasi mengikut syarat, tiada masalah. Kalau mereka tiada lesen, itu di bawah bidang kuasa kementerian, tetapi sekiranya mereka menyalahi undang-undang jenayah, polis akan mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian sayap juruterbang dan pemerhati udara pasukan gerakan udara PDRM di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kegiatan ‘Along’ yang dilihat semakin berleluasa apabila menggunakan kekerasan sehingga menyebabkan kematian.
Baru-baru ini, seorang lelaki bertindak kejam membunuh isteri dan dua anaknya, termasuk yang berusia dua tahun, di sebuah banglo di Sibu, Sarawak kerana dipercayai tertekan dengan masalah hutang.
Sehubungan itu, PDRM akan mengambil langkah tertentu bagi mengelak kejadian sedemikian berulang, katanya.
Mengulas lanjut, Khalid berkata polis kini menyiasat sama ada suspek bertindak demikian disebabkan tertekan kerana berhutang dengan ‘Along’ atau sebaliknya.
“Biarlah polis selesaikan kes ini untuk mencari punca sebenar kejadian berlaku,” katanya.
Menyentuh persediaan menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut pada 24 Julai ini, Khalid berkata PDRM akan menempatkan anggota secukupnya bagi mengawal keadaan sepanjang tempoh kempen dan hari pengundian.
“Polis bersiap sedia menghadapi pilihan raya. Sekiranya terdapat keperluan yang perlu ditambah, kita akan tambah,” katanya. Beliau mengingatkan calon parti yang bertanding agar mematuhi segala peraturan dan berkempen secara berhemah bagi memastikan pilihan raya berlangsung secara aman.

Mati dibunuh kejam dalam kebun kelapa sawit

Posted on the July 8th, 2013 under Jenayah by admin

MAYAT Muhamad Hafiz yang ditemui di dalam pondok di kebun kelapa sawit di Gedangsa, Hulu Selangor kelmarin.
HULU SELANGOR – Dua sahabat karib yang dibunuh dalam keadaan mengerikan di kebun kelapa sawit di Jalan Baru, Kampung Sri Keledang, Gedangsa dekat sini kelmarin dipercayai berpunca daripada pergaduhan antara suspek dengan salah seorang mangsa.
Mayat Muhamad Hafiz Omar, 28, dan Hamsi Hashim, 42, ditemui pada pukul 4.30 petang oleh abang Muhamad Hafiz yang kebetulan pergi ke kebun tersebut untuk melawat mangsa.

Kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai penjaga kebun dan menternak itik itu tinggal di sebuah pondok di kebun milik bapa Muhamad Hafiz sejak setahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkepli Bedin berkata, mayat Hamsi ditemui di tepi sungai manakala Muhamad Hafiz pula terbaring berlumuran darah di dalam pondok kira-kira 20 meter dari sungai.
“Terdapat kesan koyak sepanjang 10 sentimeter di kepala Hamsi dipercayai dipukul dengan pencakar rumput.
“Kejadian itu tidak disedari Muhamad Hafiz yang sedang tidur di dalam pondok,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Kosmo

Jurujual ghaibkan kereta pelanggan



ZAHALIFAH menunjukkan laporan polis mengenai kehilangan kereta Perodua MyVi miliknya selepas diserahkan kepada seorang jurujual di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Seorang pekerja sebuah syarikat swasta mendakwa menjadi mangsa penipuan jurujual sebuah syarikat menjual kereta di Pandan Perdana di sini pada 19 Disember tahun lepas.
Zahalifah Kamarudin, 34, mendakwa, dia kini terpaksa menanggung bayaran bulanan dua buah kereta iaitu sebuah kereta yang baru dibeli dan sebuah kereta lama sebanyak RM1,430 sebulan gara-gara ditipu oleh jurujual terbabit.
"Pada November 2013, jurujual itu pujuk saya supaya trade-in (tukar beli) kereta Perodua MyVi untuk beli sebuah kereta Proton Exora dengan mendakwa ada orang mahu membeli kereta Perodua MyVi milik saya itu.
"Saya yang percaya dengan jurujual itu lalu menyerahkan kereta Perodua MyVi itu untuk trade-in pada 19 Disember 2013, tetapi selepas lima bulan, bank maklumkan saya masih menanggung hutang Perodua MyVi kerana kereta itu masih atas nama saya," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam

Budak maut dirempuh kereta


NUR FATIN cedera parah manakala adiknya, Nur Aleya maut akibat tercampak selepas terlibat dalam kemalangan di Arau semalam.



KANGAR – Seorang budak perempuan berusia enam tahun maut selepas dipercayai dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Proton Saga ketika pertama kali membonceng basikal ke sekolah bersama kakaknya semalam.
Kejadian pada pukul 7.10 pagi di Jalan Mata Ayer-Kampung Alor Lanchang, Arau di sini menyebabkan Nur Aleya Batrisha Mashrul Nusairi terpelanting dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kakak mangsa, Nur Fatin Nabila, 10, cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah di sini.
Nur Aleya merupakan murid prasekolah manakala kakaknya belajar di tahun empat di sekolah sama, Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah mereka di Taman Jejawi, Arau.

Tragedi Berdarah Awal Ramadan

awalRamadan yang baru bermula hari ini sudah pasti berbeza bagi Shariza Abdul Manan, 25, apabila suami yang selama ini menjadi peneman hidupnya sudah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.
Lebih menyedihkan, persiapan untuk menghadapi Ramadan sudah dilakukan awal malah baju raya sedondon untuk mereka sekeluarga sudah ditempah sebelum tragedi memilukan kira-kira jam 2.45 petang semalam.
Suaminya, Muhamad Faizal Abdul Hamid, 28, maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah lori di Jalan Greenlane di Georgetown. Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai pembantu pejabat di sebuah kedai jualan kenderaan di sini baru sahaja menghantar isterinya ke tempat kerja di sebuah hospital swasta sebelum motosikalnya bergesel dengan lori berkenaan.
Bapa mertua mangsa, Abdul Manan Othman, 52, berkata, kejadian berkenaan berlaku hanya beberapa minit selepas mangsa menghantar isterinya dan mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang ke pejabatnya yang terletak satu kilometer dari tempat kejadian.
“Mereka sudah lakukan persiapan untuk berpuasa malah baju raya untuk mereka sekeluarga termasuk anak perempuan yang berusia sembilan bulan juga sudah ditempah awal bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
“Walaupun sedih namun saya reda dengan apa yang berlaku dan saya berharap anak saya tabah menghadapi dugaan ini,” katanya ketika ditemui di unit Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam.
Abdul Manan berkata, kali terakhir dia bertemu dengan menantunya itu petang kelmarin ketika menghantar cucunya ke rumah mangsa di Jalan Kurau.
Katanya, arwah sempat berpesan kepadanya supaya berhati-hati di jalan raya ketika dia mahu pulang ke rumah.
“Saya pelik dengan sikapnya kerana sebelum ini dia hanya bersalaman sahaja dengan saya tetapi kelmarin dia menunjukkan sedikit perubahan.
“Mungkin itu petanda bahawa dia bakal meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi tempat kejadian apabila isteri mangsa dilihat meratapi kematian mangsa yang terbaring berlumuran darah berhampiran motosikalnya.
Mayat mangsa dibawa ke HPP untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga mangsa.
Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak hari ini.
Dalam pada itu jurucakap polis berkata, kes itu masih dalam siasatan polis dan akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Wb
– Bernama/Sh

Penjenayah cuba bunuh anggota polis

CUBAJohor Bahru- Tindakan ganas dua penjenayah dipercayai cuba membunuh anggota polis dengan melanggar kereta peronda dalam kejadian berhampiran Balai Polis Tampoi, di sini, semalam, membawa padah apabila mereka ditembak anggota polis terbabit.
Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, anggota polis melihat kelakuan mencurigakan dua lelaki yang menaiki Proton Satria sebelum cuba menghampiri mereka.
Ketua Polis daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, sebaik melihat anggota polis mendekati mereka dua lelaki berkenaan merempuh kereta peronda berkenaan.
Katanya, anggota terbabit terus mengejar suspek sambil meminta bantuan sebelum sebuah kereta peronda lain mengepung laluan Proton Satria berkenaan.
“Bagaimanapun, dua lelaki itu dilihat cuba merempuh kereta peronda polis itu dengan terus memecut kenderaannya. -Metro

Mesir: Malam pertama Ramadan



KAHERAH - Walaupun puluhan orang telah syahid dibunuh oleh tentera Mesir ketika solat Subuh, jumlah para penyokong Presiden Dr Muhammad Mursi tidak berkurangan.

Pada malam pertama Ramadan Selasa lalu, jutaan umat Islam mendirikan solat Tarawih berjamaah di Rabi’ah Adawiyah.

Ketika itu, para pendukung Presiden Mursi berubah menjadi lautan musallin (orang-orang yang solat) yang berderetan hingga puluhan kilometer memenuhi jalan-jalan utama di sekitarnya.

Jumlah jamaah tarawih pendukung Mursi ini dikatakan merupakan jamaah tarawih terbesar kedua setelah jamaah tarawih Masjidil Haram atau terbesar ketiga setelah jamaah tarawih Masjid Nabawi.

Kejatuhan Mursi, bermula era baru Yahudi

Posted on the July 11th, 2013 under General by admin
yahudi2Walaupun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melarang seluruh Menterinya mengulas tentang rampasan kuasa yang dilakukan Tentera Mesir terhadap Presiden Mesir Muhammad Mursi, namun elit Keselamatan Zionis telah melihat adanya langkah baru yang membolehkan Israel mengurangkan kesan negatif yang ditimbulkan dari Arab Spring yang selama ini terjadi.
Menurut Israel penggulingan Muhammad Mursi merupakan titik mula menuju era baru yang akan membebaskan Israel dari pelbagai ancaman yang ditimbulkan oleh Arab Spring.
Peristiwa Penggulingan Muhammad Mursi ini Bagi Israel telah membuka beberapa jalan sebagai berikut:

Pertama: mengembalikan perkongsian strategik yang telah dibina antara Israel dan Rejim Mubarak yang yang telah digulingkan, dimana perkongsian tersebut dihentikan semasa pemerintahan Mursi. Seperti kata Pengarah “Amos Yadlin”, bekas ketua Bahagian Perisikan Tentera dan Pusat penelitian Keselamatan nasional Israel, kementerian Strategik yang diharapkan Tel Aviv setelah tumbangnya pemerintahan Mursi adalah untuk mencengkam kembali Mesir bagi membantu negara haram yahudi menghadapi beberapa ancaman seperti “Keganasan” di Palestin, dan kerjasama dalam menghadapi gerakan Jihad Global.
Kedua: membina semula ikatan kuasa-kuasa serantau Arab untuk kepentingan negara haram yahudi. Ikatan yahudi dengan negara arab sangat lemah ketika Ikhwanul Muslimin memimpin Mesir. Bagi kerajaan haram Yahudi Kejatuhan Mursi akan mengembalikan kekuatannya untuk membina semula ikatan di dunia arab.
Ketiga: jatuhnya Mursi akan di ikuti perdebatan awam antara pro mursi dan penentangnya, serta meningkatnya polar perseketaan antara Sunni dan Syiah yang akan menukar pandangan awam dari konflik arab-Israel. Hal ini akan memberikan negara haram yahudi berpeluang besar untuk mencapai tujuan-tujuannya di negara Arab, terutama Palestin.
Keempat: Kejatuhan Mursi menurut negara haram Yahudi adalah pukulan terhadap Hamas, dimana sepanjang pemerintahan Mursi, Hamas mempunyai strategi yang lebih baik dalam menghadapi Israel.
Kelima: berkuasanya tentera Mesir akan membuka peluang Amerika Syarikat untuk mengembalikan kedudukan strategik di wilayah tersebut dan peristiwa rampasan kuasa Mursi ini akan sangat menguntungkan bagi kerajaan laknatullah Yahudi untuk mengukuhkan kembali status wilayah haram Tel Aviv.
Keenam: Kejatuhan Mursi tidak diragukan lagi akan memberikan keuntungan bagi kepentingan kerajaan laknat Yahudi di wilayah Syria. Menurut sumber bahagian Perisikan Tentera “Aman” bahawa kerajaan Mursi telah menyumbang dalam meningkatkan kekuatan Gerakan Islam di Syria dimana hal ini bertentangan dengan kepentingan Yahudi.
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com, rejim syiah Assad dan Yahudi antara yang sangat gembira atas kejatuhan Mursi. Wallahu’alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
Detik Islam

Krisis Mesir: Wajah sebenar AS terdedah

Posted on the July 7th, 2013 under Politik by admin
Ratusan ribu penunjuk perasaan bertempur di Iskandariah.
SAYA membaca berita penahanan bekas Al-Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Sheikh Muhammad Mehdi Akif oleh tentera Mesir dengan penuh kesal dan simpati. Beliau yang sudah berusia lebih 80 tahun sewajarnya tidak perlu ditahan sedemikian rupa, apalah sangat kudrat seorang tua yang sudah uzur untuk menentang kekuatan tentera Mesir? Teringat saya pertemuan dengan beliau ketika beliau menziarahi kami di Kelantan tahun lepas. Pada waktu itu turut menyambut beliau ialah Almarhum Ustaz Yahya Othman yang juga telah uzur namun menggagahkan dirinya untuk meraikan kehadiran orang penting di dalam gerakan Ikhwanul Muslimin tersebut.
Hakikatnya inilah dia wajah sebenar Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Merekalah yang melaungkan demokrasi dan merekalah yang menodainya. Morsi ditabalkan sebagai presiden melalui pilihanraya yang sah bukan melalui revolusi jalanan, sewajibnya beliau diberikan peluang untuk mentadbir sehingga tamat penggal. Namun, musuh-musuhnya tidak senang duduk dan tidak mungkin dapat membiarkan pentadbiran Mursi berjalan lancar. Justeru tidak pelik jika AS yang kononnya selama ini menjadi juara demokrasi tiba-tiba menyokong rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera di Mesir. Tidak terkecuali pihak yang memberikan sokongan ialah negara-negara yang terkenal selama ini menjadi alat AS di Timur Tengah.

ALLAH SWT seringkali mengingatkan kita di dalam Surah al-Fatihah yang kita baca di dalam solat bahawa golongan Yahudi dan Nasrani ialah golongan yang sesat dan dimurkai. Padahal ALLAH SWT boleh menggunakan kalimah Yahudi dan Nasrani di dalam surah tersebut, namun ia tidak berlaku. ALLAH SWT menggunakan kalimah yang menandakan sifat mereka iaitu golongan yang sesat dan golongan yang dimurkai. Ia jelas menunjukkan bahawa sekalipun Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah SAW telah pupus namun sifat mereka diwarisi oleh anak cucu mereka sehingga ke hari kiamat.
Israel mewakili Yahudi dan AS mewakili Nasrani sentiasa beruasaha memadamkan cahaya ALLAH SWT. Mereka lupa bahawa kebangkitan Islam ini umpama air yang mengalir deras. Jika disekat di tepi, ke tengahlah ia mengalir, jika dihalang di tengah, ia menerobos ke atas dan ke bawah. Jika semua arah ia ditahan, ia akan menunggu untuk menghancurkan banteng penghalang. Hari ini, rampasan tentera di Mesir hanya akan menyaksikan kebangkitan lebih besar rakyat Mesir menghancurkan gerombolan sekular yang berhajat untuk kembali ke tampuk kuasa.
Saya yakin, AS dan Israel akan berterusan memainkan jarum mereka di Timur Tengah. Mereka melaungkan slogan demokrasi namun apabila demokrasi menikam mereka, tanpa malu-malu mereka akan mencabul demokrasi. Lihat sahaja, adakah mereka menghormati pilihan rakyat di Algeria ketika FIS digulingkan? Adakah mereka menghormati pilihan rakyat ketika Najmuddin Erbakan dinafikan hak untuk berkuasa di Turki? Demikian juga yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat ketika Hamas memenangi pilihanraya, adakah mereka berpegang kepada prinsip demokrasi?
Itulah Yahudi dan AS. Justeru, mereka yang tidak menghormati pilihan rakyat secara demokrasi dan berusaha menggulingkan kerajaan sah dengan membeli wakil rakyat dan sebagainya adalah saudara mara kepada Yahudi dan AS. Tidak ketinggalan juga yang melakukan penipuan besar-besaran di dalam pilihan raya lalu mendakwa inilah demokrasi, pun tergolong dalam golongan yang sama.
Berdoalah. Semua pencinta Islam wajib berdoa agar dikembalikan semula pemerintahan Mesir kepada yang berhak.
Salam hormat.
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (Pas)

Ulasan Professor Dr Mohammad Agus Yusof tentang kejatuhan Morsi

Posted on the July 7th, 2013 under Politik by admin
Oleh Dr Mohammad Agus Yusof
PADA 11 Februari 2011, Hosni Mubarak meletakkan jawatannya sebagai Presiden Mesir selepas 18 hari rakyat menunjuk perasaan menentang 30 tahun pemerintahannya. Semasa kejatuhan beliau, rakyat dan tentera berpimpinan tangan melaungkan slogan ‘rakyat dan tentera seiring bersama’.
Pada 25 Jun 2012, Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir untuk menjaga kehidupan 84 juta rakyatnya. Rakyat dan tentera juga bergembira kerana mengharapkan satu perubahan baru berlaku di negara itu. Morsi dibanggakan sebagai seorang Hafiz dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Wataknya dan ilmunya digambarkan cukup sesuai untuk menggantikan kezaliman rejim Hosni Mobarak. Maka, rakyat Mesir gembira dengan pemimpin barunya ini, namun kegembiraan itu tidak lama.
Pada 3 Jun 2013, 7 petang waktu Mesir, pemimpin tentera, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi, menggantungkan perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua kerajaan sementara. Saya sedih dengan kejatuhan kerajaan Morsi dan Ihwanul Muslimim ini. Kesedihan ini bertambah lagi apabila mengenangkan nasib pemimpin utamanya sebelum ini yang dihukum gantung seperti Hassan Albanna, Syed Khutub dan lainnya.

Kembali kepada rampasan kuasa di Mesir, Abdel Fattah semasa mengarahkan tentera mengambil alih kerajaan Morsi berkata beliau terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana Morsi semasa pemerintahannya hanya menjaga kebajikan orang Islam dan Ikhwanul Muslimin sahaja, tanpa mempedulikan kebajikan rakyat sekular dan lainnya. Fatteh menafikan tindakan beliau adalah rampasan kuasa, sebaliknya menyatakan tindakan tentera adalah untuk menegakkan kembali demokrasi. Dakwaan Fatteh itu salah kerana dalam apa keadaan sekalipun, campur tangan tentera adalah rampasan kuasa.
Di pihak rakyat pula, mereka terlibat dalam demonstrasi itu kerana hidup dalam keadan yang cukup resah. Mereka mengharapkan ‘revolusi’ membawa kesejahteraan hidup, tetapi apa yang mereka perolehi dari kerajaan Morsi adalah impian revolusi yang kosong: kos hidup, kadar pengangguran dan kadar inflasi yang tinggi, bekalan letrik yang selalu terputus dan harga minyak yang meningkat. Itulah kegagalan Morsi yang diambil kesempatan oleh pihak sekular untuk menjatuhkannya dengan mendapatkan bantuan dari luar. Bantuan itu adalah dari Israel, AS dan juga kaum Yahudi yang merata di bumi ini. Mereka ini mahu melihat kejatuhan kerajaan Islam pimpinan Morsi yang cukup menakutkan mereka.
Mereka takut kepada Morsi kerana semasa berlaku kebangkitan Palestin dua tahun yang lalu, Morsilah yang membuka semula sempadan Gaza yang ditutup semasa pemerintahan Hosni Mubarak. Tujuan Morsi adalah untuk memberi laluan kepada rakyat Palestin berhubung dengan dunia luar supaya mereka tidak terkurung di bumi sendiri. Morsi juga
bertindak menutup hubungan diplomatik dengan Syria dan merapatkan hubungan dengan Turki yang juga Islamis. Hubungan Morsi yang baik dengan Racip Tayep Erdogan, Perdana Menteri Turki yang juga Islamis ini cukup membimbangkan Barat dan Yahudi.
Oleh sebab itulah, apabila Morsi jatuh, Asad di Syria gembira, raja Arab Saudi gembira dan beberapa negara Islam lainnya yang autokratik juga turut gembira. Mereka gembira sepertimana Israel, AS dan Yahudi. Hanya negara Turki secara jelas mengutuk tindakan tentera ini. Negara-negara demokratik Eropah lainnya sekadar menyatakan tidak setuju dengan campur tangan tentera, tetapi tidak pun menggunakan istilah rampasan kuasa tentera. Begitulah!
Apa pengajaran dari kisah di atas? Satu yang pasti ialah jangan percaya demokrasi cara Amerika dan negara Barat lainnya. AS, Yahudi dan musuh-musuh Islam hanya bercakap tentang demokrasi, tetapi mereka sendiri tidak mahu menerima keputusan rakyat melalui demokrasi, malah mereka mengkhianatinya. Oleh sebab itulah, kita tidak boleh biarkan dalam apa keadaan sekalipun, unsur luar memasuki kancah politik negara kita kerana demokrasi dari luar selalu menghancurkan, bukan sahaja dalam kes di Mesir, tetapi juga di negara-negara yang dijanjikan oleh Barat seperti Afghanistan dan Iraq—demokrasi di dua negara itu mati sehingga sekarang dengan puluhan rakyat terbunuh setiap bulan. Sejarah juga menunjukkan negara Barat hanya menutup mata apabila demokrasi dicabul setelah FIS menang di Algeria, Hamas menang di Palestin dan terkini Ikhwan di Mesir.
Apa yang merisaukan saya dengan tragedi di Mesir ini? Banyak kerisauannya. Antaranya, saya bimbang rakyat Mesir juga akan menerima nasib yang sama seperti rakyat Palestin atas pilihan dan kerakusan mereka sendiri menggulingkan kerajaan Ikhwanul Muslimin. Saya risau tentang keselamatan rakyat Palestin setelah Gaza ditutup. Saya bimbang jika berlaku perang saudara di Mesir dan yang berperang ialah Islam vs Islam. Saya bimbang jika rampasan kuasa ini memberi semangat kepada tentera di negara lain untuk melakukan kudeta ke atas kerajaan sah yang dipilih rakyat secara demokratik.
Dengan kerisauan di atas, marilah kita belajar dari tragedi ini. Banyak iktibar yang boleh kita ambil. Pertama, kerajaan jangan mendiskriminasikan rakyat dari segi kehidupan kerana ini boleh menimbulkan kekecewaan dan kemarahan. Kedua, kerajaan perlu bijak mengurus perbezaan pandangan dan jangan terlalu beremosi dalam berpolitik. Ketiga, kerajaan perlu cekap dan adil dalam mengurus pengagihan ekonomi negara supaya tidak ada segmen masyarakat yang berasa terpinggir. Keempat, kerajaan tidak boleh membiarkan perut rakyat kosong kerana ini akan mengundang demonstrasi. Dan kelima, paling penting, apapun pendirian kita dalam politik, jangan mengundang campur tangan luar.
Semoga Malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan damai. Belajar dari pengalaman negara ini dan jangan bergaduh hanya kerana bertuhankan parti. Fikir dulu sebelum bertindak, bukan untuk lima tahun tetapi untuk selamanya.

Kenapa Saudi Bergembira Morsi Jatuh?

Posted on the July 7th, 2013 under Politik by admin
Seluruh dunia Islam terkejut dan sedih dengan kejatuhan presiden Morsi. Tetapi selain dari Israel, sebuah negara yang menjadi kiblat umat Islam amat gembira dengan penggulingan tersebut. Beberapa jam sahaja slepas presiden Mesir, Muhammed Morsi dari Ikhwan digulingkan, rejim Saudi dengan serta-merta mengucapkan tahniah kepada presiden sementara Adly Mansour. Saudi merasa amat gembira dengan kejatuhan mengejut parti Islam itu selepas beberapa dekad menjadi pembangkang.
Adalah ironik Saudi yang melaung-laungkan bahawa mereka memerintah berdasarkan undang-undang Islam tetapi amat bimbang dengan kebangkitan parti Islam menguasai negara. Sebenarnya seperti juga kebanyakan negara barat, Arab Saudi merasakan lebih selesa bergabung dengan pemimpin diktator tentera Mesir Presiden Husni Mubarak yang telah ditumbangkan. Tetapi apabila Ikhwan Muslimin berjaya mengambil alih kuasa dan dilantik menjadi presiden pada 2012, Riyadh merasa bimbang. Arab Saudi selalu menghadapi masalah hubungan dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai kaedah yang berbeza dalam mengembangkan islam, dan keupayaan organisasinya yang cekap, pengaruhnya semakin berkembang adn juga penyertaannya dalam pilihanraya semakin diterima rakyat.
Golongan terpelajar Saudi semakin tertarik dengan pendekatan Ikhwan dan tertarik dengan gerakan masyarakat yang dijalankan melalui kerja-kerja amal dan kebajikan. Kebanyakan mereka kecewa dengan sekatan golongan Wahabi-Salafi yang mengharamkan penyertaan politik dan mematuhi peraturan yang ditetapkan secara mutlak tanpa perbincangan. Mereka mendapati pendekatan secara perbincangan terbuka lebih diterima oleh masyarakat. Kekosongan ideologi politik nasionalis dan sosialis arab selepas 1967 telah mula digantikan dengan politik Islam.

Bagi mengekang pengaruh Ikhwan Muslimin, pihak berkuasa agama Arab Saudi mula mengecamnya sebagai faktor pemecah-belah dan menuduhnya bertentangan dengan agama. Arab Saudi mula menyekat kegiatan Ikhwan selepas ia mengecam tindakan Saudi mengundang tentera asing yang diketuai AS untuk mengusir Saddam Husien dari Kuwait dalam perang 1990.
Selepas peristiwa 9/11, prasangka Saudi terhadap Ikhwan bertukar kepada perseteruan. Putera Nayef menuduh Ikhwan menjadikan pemuda Saudi sebagai radikal dan menuduhnya bertanggungjawab terhadap keganasan yang berlaku dalam tahun 2003 hingga 2008. Tetapi beliau gagal membuktikannya dan beberapa peristiwa kekacauan yang berlaku adalah akibat dari masalah dalaman Saudi sendiri.
Sikap permusuhan Saudi terhadap Ikhwan sebenarnya melampaui batas tuduhan sebagai pengganas. Ia berdasarkan beberapa faktor yang menyebabkan adalah sukar untuk rejim tersebut bergabung dengan Ikhwan.
Pada asalnya, dinasti Saud tidak terlalu bimbang dengan pengaruh Ikhwan kerana pergerakan itu hanyalah sebagai pembangkang. Tetapi selepas Ikhwan berjaya di Mesir dan Tunisia dan kemungkinan Syria, pandangan Riyadh terhadap Ikhwan telah bertukar sama sekali. Mereka bimbang kebangkitan pengaruh Ikhwan akan mengembangkan pengaruh pergerakan tersebut didalam kerajaan beraja itu.
Saudi Arabia yang selama ini dianggap sebagai mewakili negara Islam Sunni dalam menghadapi seteru kuatnya iaitu Iran yang mewakili Syiah. Oleh itu apabila Ikhwan menyeru kepada perpaduan Islam sebaik saja memegang kuasa di Mesir, ia telah mengendurkan sedikit pertikaian Sunni-Syiah, pihak Saudi terasa tercabar. Bila Morsi membuat lawatan ke Iran pada 2012, Saudi mengecam pendekatan tersebut dengan keras. Saudi melihat Mesir di bawah Morsi ingin keluar dari pengaruhnya.
Apabila Ikhwan menjalinkan hubungan yang rapat dengan Qatar, Saudi melihat ia sekali lagi cuba mengurangkan pengaruhnya dalam kalangan negara teluk. Gerakan Ikhwan dilihat oleh Saudi tidak boleh dipercayai dan tidak berterima kasih dan pengaruhnya sudah berada disempadan. Pengaruh Ikhwan di Qatar mula berkembang melalui medan bicara ilmiah, media massa dan badan pemikir amat dibimbangi akan turut berkembang ke Saudi akhirnya boleh mencabar kerajaan beraja tersebut.
Pihak Saudi juga bimbang wujudnya rangkaian tiga serangkai iaitu Mesir, Turki dan Qatar (satu-satunya negara teluk yang mempunyai hubungan rapat dengan Ikhwan), akan menjejaskan lagi pengaruhnya di Timur Tengah.
Kejatuhan kerajaan pimpinan Ikhwan Muslimin di sambut amat gembira oleh pihak media Saudi sebaliknya di tangisi oleh seluruh dunia Islam. Kononnya wartawan bebas di Saudi mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir kerana menyingkirkan apa yang mereka sifatkan kerajaan Islam diktator tetapi mereka buat-buat lupa tentang diktator yang mencengkam mereka.
Pada masa ini dikalangan pergerakan Islam di Arab Saudi sudah mula tersebar bahawa Arab Saudi bersama UAE adalah dalang kejatuhan Morsi. Walaupun setakat ini ia berhasil memberi kelegaan kepada Saudi, tetapi hakikatnya seluruh Mesir berada dalam keadaan huru-hara dan bertempur sesama sendiri.
Arab Saudi telah berjaya dalam misinya dalam menjatuhkan Parti Islam yang mencabar pengaruhnya, merupakan satu isyarat yang jelas juga kepada mana-mana wilayah yang cuba mengembangkan gerakan Ikhwan. Walaupun apa pun berlaku kepada Mesir dan walau apa pun berlaku kepada Gaza, yang penting kepada dinasti Saud ketika ini, inilah saat untuk bergembira yang dinanti-nantikan!
petunjukzaman

Mursi individu paling berpengaruh ke-4 di dunia

Posted on the July 9th, 2013 under Luar Negara by admin
2013-time-morsi
Kekerasan dan pertembungan yang berlaku antara penyokong dan penentang presiden Mursi terus menjadi tumpuan awam antarabangsa. Majlis tentera Mesir melakukan rampasan kuasa presiden pertama Mesir yang dipilih melalui pilihan raya bersih dan adil ini.
Namun, siapa sangka, pada masa jawatannya sebagai presiden Mesir, Muhammad Mursi dinobatkan sebagai orang yang paling berpengaruh berada di tempay ke empat di dunia dalam Majalah Time.

Majalah Time mendedahkan bahawa Mursi adalah presiden pertama dari kalangan awam yang dipilih oleh rakyat secara demokratik di Mesir. Beliau menghargai kepelbagaian dan kemajmukan sehingga melibatkan tokoh-tokoh bukan muslim dalam pemerintahannya. Mursi juga menolak seruan untuk berlaku represif dan mengekang terhadap kelompok liberal mahu pun sekular.
Time juga menyebutkan keberanian Mursi dan ketegasan dirinya berperanan dalam menghentikan perang antara Israel dan Hamas pada perang lapan hari, November 2012. Mursi juga kerap menyatakan seruan tegas agar presiden Syria, Bashar Assad mengundurkan diri.
Majalah berkelas ‘dunia’ ini juga menyatakan Mursi tetap menjadi individu yang sangat berpengaruh di Timur Tengah, meskipun cabaran dalam negera terus menghadangnya dan kemuncaknya adalah ketika ini apabila tentera melakukan rampasan kuasa.
Diterjemahkan oleh Detik islam dari sumber islampos.com, semoga Mursi selamat dari kekejaman tentera firaun amin. Syiah dan yahudi melihat kepimpinan khilafah akan mencampakkan mereka ke pintu neraka. Wallahu’alam bissawab

Nil Yang Indah


Jemput minum kopi arab ( pahit dan berempah) di tepian Sungai Nil Biru, Khartoum

Nil yang indah

Tiada ulasan: