Maahad tahfiz terbesar di Sabak Bernam - Sallehen
Harakahdaily, | 01 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Maahad Tahfiz Sains yang terbesar di Selangor di Bagan Terap, Sabak Bernam dijangka akan siap suku tahun hadapan, kata Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi.
Menurutnya, kerajaan negeri bercadang untuk membina dua lagi maahad tahfiz yang baru di kawasan Sepang dan Selayang.
Beliau yang juga Adun Sabak berkata, bagi maahad tahfiz di Bagan Terap itu, kerajaan negeri dalam proses membaikpulih bangunan Institusi Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) yang lama supaya ia boleh digunakan untuk maahad tersebut.
“Kita merangka untuk lima tahun ini, kita mahu tubuhkan tiga maahad tahfiz,” ujarnya dipetik Selangorku.
Katanya, tujuan utama perancangan menubuhkan Maahad Tahfiz Sains adalah untuk melahirkan ramai pelajar penghafaz Al-Quran.
“Di samping itu pelajar juga tidak ketinggalan meningkatkan prestasi akademik mereka,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan di Masjid Negeri Shah Alam, kelmarin. (Gambar atas)
Untuk permulaan, katanya Maahad Tahfiz Sains Bagan Terap akan menampung seramai 500 pelajar.
“Saya amat berharap bilangan pelajar akan meningkat kepada 1,000 sehingga 2,000 pelajar. Mungkin mengambil masa selama tiga sehingga empat tahun lagi,” katanya.
Pada majlis sumbangan itu, sebanyak RM2.7 juta diperuntukkan kepada masjid dan surau seluruh negeri bagi sumbangan program moreh Ramadhan.
Sebanyak 394 masjid menerima RM1,650 manakala 196 surau solat Jumaat menerima RM1,250 dan 1,883 surau lain menerima RM1,000.
Tahalus siasi: Bebaskan diri dari kongkongan Umno
Harakah, | 01 Jul 2013 |
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, PAS harus melihat keberanian yang pernah ditunjukkan bekas Presidennya, Almarhum Datuk Ustaz Fadzil Mohd Noor dalam mendepani tahaluf siyasi yang diadakan pada zamannya.
Beliau berkata demikian semasa Seminar Pemikiran Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor di Hotel Starcity dekat sini 29 Jun lalu.
Ikuti pandangan penuh beliau mengenainya dalam Harakah cetak.
Pemerdagangan manusia: Malaysia gagal patuhi standard minimum
Harakah, | 01 Jul 2013 |
Ini kerana kegagalan Malaysia mematuhi sepenuhnya standard minimum untuk membanteras pemerdagangan bawah Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat 2000 (TVPA).
Pihak Jabatan Negara AS mengaitkan kedudukan Malaysia dengan kekurangan kemajuan signifikan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia dalam menangani pemerdagangan orang di Malaysia berbanding tahun sebelumnya.
Demikian tulis Tan Sri Hasmy Agam (gambar) adalah Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sebagaimana yang disiarkan Harakah dalam keluaran Rabu ini.
Dapatkan naskah anda untuk membaca tulisan yang menarik ini.
Selangor gesa pengantin daftar untuk insentif
Harakahdaily, | 01 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Insentif perkahwinan dinaikkan kepada RM500 dan pendaftaran ke dalam skim rumah mampu milik (RMM) adalah antara tarikan yang ditawarkan Kerajaan Selangor kepada pasangan Selangor yang ingin berkahwin.
Pasangan pengantin baru diminta mendaftar diri dengan kerajaan negeri supaya hari bahagia mereka diraikan bersama selain menerima insentif menerusi program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, buat masa kini kerajaan negeri masih memberi RM200 kepada pasangan pengantin tetapi jumlah tersebut bakal dinaikkan kepada RM500, lapor Selangorku.
Kenaikan itu dijanjikan di dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam pilihanraya umum ke-13 bulan lalu.
Menurut Abdul Khalid pendaftaran akan membolehkan kerajaan negeri mendapat maklumat jelas berhubung jumlah perkahwinan yang dilangsungkan di Selangor dan membantu proses pemberian program MES kepada mereka yang layak.
Setakat ini, kira-kira 25,000 pasangan pengantin telah didaftarkan di Selangor sejak Januari lalu.
“Antara program yang kita usahakan adalah memasukkan nama mereka dalam program pemberian Rumah Mampu Milik (RMM) supaya terpilih memiliki rumah jika termasuk dalam kategori berpendapatan sederhana dan bermastautin tetap di Selangor,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Insentif Perkahwinan Belia 2013 dan Pelancaran Laman Sesawang Belia (BES) Selangor di sini, semalam.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan, Infrasruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi. (Gambar atas)
Seramai 191 pengantin baru menerima insentif tersebut disampaikan Menteri Besar dalam majlis berkenaan.
Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, mereka yang menetap di Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun sudah boleh dianggap sebagai pemastautin tetap dan layak menyertai program tersebut.
Beliau menjelaskan, kerajaan negeri juga merancang menaikkan insentif pemberian tersebut dari RM200 kepada RM500.
“Selain itu apabila kita ada majlis meraikan perkahwinan beramai-ramai dan kita akan bagi hadiah lagi RM100,” katanya.
Ustaz Fadzil Noor: Kata-katanya mendepani arus masa
Harakah, | 01 Jul 2013 |
(Mohamad Sabu berucap di seminar pemikiran Ustaz Fadzil Noor)
ALOR SETAR: "Setiap keputusannya, kata-katanya dalam mendepani arus massa ketika hayatnya tidak pun dibukukan, namun pemikirannya segar sehingga kini hingga dapat dirasai pendekatannya itu.”
Itulah kata-kata Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu terhadap Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, bekas Presiden PAS.
Kata-kata itu diluahkan beliau di Sekinar pemimkiran Ustaz Fadzil Noor yang berlangsung di Alor Setar baru-baru ini.
Ikuti laporan penuh mengenainya dalam Harakah mulai Rabu ini.
Mapim lancar rayuan Ramadhan untuk Rohingya
Harakahdaily, | 01 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Majlis
Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) melancarkan rayuan
Ramadhan untuk umat Islam Rohingya di Arakan Myanmar bermula pada 24
Jun lalu.
Misi Mapim yang akan berangkat ke Sittwe Arakan pada awal Julai ini adalah bertujuan untuk melihat keperluan yang mendesak di kalangan umat Islam Rohingya yang menjadi mangsa genosid oleh esktremis Rakhine Buddhist di Myanmar.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, keadaan yang masIh belum reda sepenuhnya sejak keganasan tercetus pada Mei 2012 yang lalu telah mengakibatkan ribuan terbunuh dan ratusan ribu yang menjadi pelarian dalam negeri (IDP).
“Mapim menjangka keadaan mangsa keganasan di Arakan khususnya Muslim Rohingya akan menjadi lebih rumit tatkala umat Islam tidak dibenarkan melaksanakan kewajipan berpuasa dengan selesa,” ujarnya dalam satu kenyataan, seperti di bawah.
Ramadhan kali ini adalah kali kedua umat Islam Rohingya akan berada dalam keadaan tertekan apabila pihak berkuasa tidak membenarkan umat Islam mengguna masjid untuk melaksanakan solat terawih. Malah mereka juga tidak dibenarkan melakukan solat Idulfitri di masjid di seluruh Myanmar.
Mapim dengan itu melancarkan rayuan Ramadahn kali ini untuk menghantar bantuan kemanusiaan untuk meringankan kesengsaraan yang dihadapi di kem-kem pelarian yang menempatkan ratusan ribu mangsa keganasan esktremis Rakhine.
Mapim mendapati umat Islam Rohingya sehingga kini tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya kerana pihak berkuasa Myanmar terus mendalangi serangan terhadap umat Islam dan dunia masih tidak bertindak tegas untuk menghentikan genosid yang dilancarkan.
Mapim bercadang untuk menghantar keperlauan seperti makanan, ubatan dan pakaian yang akan diagihkan di beberapa kem pelarian. Program kemanusiaan Mapim termasuk untuk mengusaha bekalan air bersih serta rumah perlindungan di beberapa kawasan yang dikenalpasti.
Bulan Ramadhan adalah saat umat Islam mengutamakan infaq yang perlu disampaikan kepada saudara mereka yang tertindas dan dizalimi.
Mapim mengesa agar umat Islam di Malaysia khususnya perlu dengan bersungguh mempertahan maruah umat Islam dan memastikan segala perbelanjaan pada bulan yang mulia ini memberi fokus kepada nasib umat Islam di Myanmar yang berhadapan dengan penindasan luar biasa.
Misi kemanusiaan Mapim akan bergerak ke Yangon dan selanjutnya ke sittwe pada 1 hb Julai ini dengan delegasi seramai 6 orang petugas. Setakat ini ada beberapa permintaan pihak NGO dari luar negara mahu menyertai misi ini dan Mapim sedang berurusan dengan pihak berwajib Myanmar untuk memudahkan delegasi Mapim masuk ke Arakan.
Misi kemanusiaan Mapim ke Arakan kali ini adalah kali yang ke 5. Tujuannya adalah melaksanakan penyampaian bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubatan dan pakaian.
Sementara itu juga Mapim sudah melancarkan beberapa projek pembinaan rumah perlindungan kepada pelarian di Sittwe yang menempatkan pelarian yang tertinggi di dalam Arakan.
Projek yang berskala besar yang digerakkan oleh Mapim ialah membina Asean Peace Village. Ia merupakan pembangunan suatu penempatan pelarian yang besar dilengkapkan rumah perlindungan, bekalan air dan elektrik, dewan multi guna yang juga digunakan untuk solat dan pusat pembelajaran anak-anak pelarian.
Kepada mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai rayuan ini sila berhubung dengan Abdullah: 019-9893707, Tarmizi: 017-5606131.
Mapim telah menyediakan sebuah Tabung Khas: ROHINGYA HUMANITARIAN FUND MAPIM di bank akaun Rajhi Bank bernombor 1540 0188 0630 441.
Pada hujung minggu, anak-anak Jamal Azahari dibimbing di rumah; mereka tidak pernah mendapat pendidikan formal sejak kecil.
Reaksi pembaca Harakah begitu membanggakan sekali. Alhamdulillah. Setiap kali rayuan disiarkan, kami tidak pernah kecewa. Ya, sejak tabung keluarga tahanan ISA dilancarkan lebih enam tahun lalu, ia banyak membantu dan sokongan orang ramai jarang terputus.
Secara peribadi, saya berasa lega dan lapang. Misi ke Sandakan, 19 Mei lalu, hampir tercapai. Saya yakin, Jamal Azahari yang kini terkurung di penjara Manila, selepas dibebaskan lima tahun lalu dari Kamunting, tentu dapat menarik nafas panjang.
Empat dari tujuh anak-anaknya, yang menetap bersama ibu mereka, Norhatta Paraji, di Batu 18, Sandakan, sudah mula bersekolah. Ramai terusik dengan kisah anak-anak malang yang tidak pernah mendapat pendidikan formal itu. Mereka menyalurkan sumbangan untuk memastikan anak-anak Norhatta tidak terus ketinggalan dan terpinggir.
Saya merakamkan penghargaan setingginya terutama buat seorang dermawan budiman dari Jabi, Besut dan puluhan lagi penyumbang, termasuk seorang wanita dari Klang. Mereka tidak pernah mengenali Jamal Azahari dan Norhatta, tetapi dana yang disalurkan begitu melegakan kami. Moga ia dinilai sebagai amal soleh di sisi Allah dan mendapat ganjaran sebaiknya di akhirat.
Ada pengetua sekolah agama dan tahfiz menawarkan tempat secara percuma. Cuma, bebanan sebagai warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri membataskan mereka untuk ke Semenanjung. Dan anak-anak ini perlu dibimbing secara khusus dan personal, terutama di peringkat awal.
Tidak mudah buat anak-anak tercicir ini untuk menyesuaikan diri dengan alam persekolahan. Justeru, hari-hari pertama di Sekolah Agama Rakyat Nurul Ihsan, Kg Tinusa 1, Sandakan pasti mencabar, malah hanya anak perempuan, 11 tahun, dapat bertahan di asrama, sementara dua abang kembar, 14, dan adik lelakinya, 10, memerlukan lebih banyak masa; mereka mahu berulang-alik ke sekolah, jaraknya 20km dari rumah!
Sejak awal saya jangkakan mereka akan diasak kejutan budaya dengan dunia baru. Selama ini, di kediaman usang yang cukup daif, mereka terpisah daripada lingkungan. Mereka hidup dalam persekitaran sendiri yang terasing.
Oleh itu, bagi saya, anak-anak ini wajar dijinakkan terlebih dahulu dengan suasana persekolahan yang dinikmati rakan sebaya. Mereka perlu diberi tuisyen pemulihan khas yang lebih santai supaya dapat ditingkatkan keupayaan belajar dalam kadar segera.
Dalam masa sama, rumah berteduh harus dipulihkan agar menjadi kediaman yang dapat membantu kecerdasan anak-anak ini. Rakan saya di Sandakan, Suaidah, sentiasa memaklumkan perkembangan ubahsuai rumah itu. Harapnya, menjelang Ramadan ini, ia dapat disiapkan.
Sumbangan anda masih diperlukan, bukan saja untuk keluarga Norhatta, malah buat mangsa yang terus teraniaya di Tawau, yang mengunjungi pejabat Harakah baru-baru ini, selain keluarga bekas tahanan yang wajar terus dibantu. Salurkan terus akaun Maybank HARAKAHDAILY DOT COM, no 5640 7000 0336.
(Yang Dipertuan Agong menziarahi bekas MB Kedah buat kali kedua di hospital baru-baru ini)
PULAU PINANG: Gambar lawatan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah ke atas bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di Hospital Pulau Pinang, petang Khamis, 2 Jun lalu menjadi gambar muka depan Harakah.
Tuanku dan kerabat baginda begitu mengikuti perkembangan semasa Ustaz Azizan sejak menjalani rawatan di situ awal Mei lalu.
KUALA LUMPUR:
Keikhlasan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah dalam
memberi jawapan di Parlimen pada 27hb Jun 2013 berkenaan isu Cukai
Barangan dan Perkhidmatan atau GST amat dicurigai.
Majoriti rakyat tidak mahu GST dilaksanakan tetapi Husni disyaki bersikap tidak jujur dalam jawapan Parlimen beliau, kata Liew Chin Tong (gambar), ahli Parlimen DAP kawasan Kluang.
Husni memaklumkan Dewan Rakyat bahawa “Kerajaan sekarang sedang melaksanakan kajian mengenai GST yang mana ianya berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga semasa. Kajian sebelum ini yang telah dibuat pada tahun 2009, adalah berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga pada masa tersebut.
"Oleh kerana terdapatnya perubahan kepada keadaan ekonomi dan perubahan harga, maka kajian semula perlu dijalankan. Sehubung dengan itu, Kerajaan belum menetapkan lagi bila GST akan dilaksanakan.”
Bagi Liew, dua masalah besar timbul dari jawapan beliau tersebut.
Pertama, jawapan Husni ini boleh dibaca sebagai tanda Kerajaan hanya menagguhkan sementara pelaksanaan GST. Ini bererti GST boleh dilaksanakan pada bila-bila masa difikirkan perlu oleh Kerajaan BN.
"Kerajaan perlu ingat bahawa ia akan membangkitkan kemarahan rakyat jika GST dilaksanakan. Kita semua tahu bahawa melalui bayaran BR1M sebelum ini, Kerajaan telah memaklumkan bahawa 60 peratus rakyat Malaysia mempunyai pendapatan tidak melebihi RM 3,000 sebulan," katanya dalam satu kenyataan.
Ini bermakna 60 peratus rakyat Malaysia berpendapatan rendah rendah. Hujah kononnya barangan rakyat berpendapatan rendah dikenakan kadar sifar GST adalah tidak realistik, katanya.
Walaupun barangan kadar sifar GST, golongan berpendapatan rendah - golongan 60 peratus penerima BR1M – akan dikenakan GST untuk barangan dan perkhidmatan lain.
Bagi beliau, pelaksanaan GST tentu akan menyebabkan taraf kehidupan golongan 60 peratus ini terjejas kerana mereka yang selama ini tidak dikenakan cukai pendapatan akan terpaksa membayar cukai melalui GST.
Justeru, pendapatan boleh guna (disposable income) golongan ini akan berkurangan akibat kutipan GST. Apabila pendapatan boleh guna golongan 60 peratus ini terancam ia bermakna pertumbuhan ekonomi kita akan terjejas.
"Ini adalah kerana dalam keadaan eksport kita yang menurun, perbelanjaan dan penggunaan tempatan amat penting bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.
"Jadi jika Kerajaan tetap mahu melaksanakan GST, ia bererti bukan sahaja Kerajaan akan menambah derita golongan berpendapatan rendah, ia juga akan membebankan Kerajaan sendiri kerana ia memberi kesan buruk kepada ekonomi negara," katanya.
Kedua, jawapan Parlimen dari Husni yang mengatakan bahawa kajian GST hanya dilakukan pada tahun 2009 juga tidak benar.
Menurutnya, di atas nama “Panel Kajian Semula Cukai (GST)”, sejumlah RM22 juta diperuntukkan pada tahun 2010, RM13 juta pada tahun 2011, RM11 juta pada tahun 2012 dan RM5 juta pada tahun 2013, iaitu jumlahnya RM51 juta dalam empat tahun, telah digunakan dalam Belanjawan-Belanjawan sejak 2010 untuk kajian perlakasanaan GST.
Pada tahun 2013, satu perkara perbelanjaan bertajuk “Perluasan Dasar Cukai” (Kod 100600) yang bernilai RM 50 juta juga disyaki ada kena-mengena dengan pelaksanaan GST.
Sehubungan itu, beliau menggesa Menteri Kewangan supaya:
Mengumumkan hasil kajian panel tersebut sejak 2009; kerana kami Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia tidak mahu lagi Kerajaan merahsiakan kajian GST kerana ia melibatkan kesejahteraan rakyat terbanyak;
Mengumumkan pihak konsultan yang terpilih untuk menjalankan kajian tersebut kerana ini juga perlu diketahui oleh rakyat Malaysia;
Memberi penjelasan lanjut sama da jawapan Parlimen dari Husni hanya bertujuan menyembunyikan hasrat Kerajaan untuk melaksanakan GST atau tidak;
"Dan kalau jika Kerajaan BN benar-benar mahu melaksanakan GST, satu jawatankuasa pilihan Parlimen yang merangkumi Ahli-ahli parlimen dari kedua-dua pihak – BN dan Pakatan Rakyat – perlu ditubuhkan untuk mengkaji dan meneliti pandangan rakyat Malaysia," katanya.
Lihat laporan lanjut dalam Harakah edisi Isnin.

Keluarga tahanan ISA rayu bantuan bina penghidupan
Ahmad Lutfi Othman, | 01 Jul 2013 |

Agong lawat Ustaz Azizan di hospital
Harakah, | 30 Jun 2013 |
(Yang Dipertuan Agong menziarahi bekas MB Kedah buat kali kedua di hospital baru-baru ini)
PULAU PINANG: Gambar lawatan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah ke atas bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di Hospital Pulau Pinang, petang Khamis, 2 Jun lalu menjadi gambar muka depan Harakah.
Tuanku dan kerabat baginda begitu mengikuti perkembangan semasa Ustaz Azizan sejak menjalani rawatan di situ awal Mei lalu.
GST: Kerajaan BN hanya tangguh saja
Harakahdaily, | 30 Jun 2013 |
Majoriti rakyat tidak mahu GST dilaksanakan tetapi Husni disyaki bersikap tidak jujur dalam jawapan Parlimen beliau, kata Liew Chin Tong (gambar), ahli Parlimen DAP kawasan Kluang.
Husni memaklumkan Dewan Rakyat bahawa “Kerajaan sekarang sedang melaksanakan kajian mengenai GST yang mana ianya berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga semasa. Kajian sebelum ini yang telah dibuat pada tahun 2009, adalah berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga pada masa tersebut.
"Oleh kerana terdapatnya perubahan kepada keadaan ekonomi dan perubahan harga, maka kajian semula perlu dijalankan. Sehubung dengan itu, Kerajaan belum menetapkan lagi bila GST akan dilaksanakan.”
Bagi Liew, dua masalah besar timbul dari jawapan beliau tersebut.
Pertama, jawapan Husni ini boleh dibaca sebagai tanda Kerajaan hanya menagguhkan sementara pelaksanaan GST. Ini bererti GST boleh dilaksanakan pada bila-bila masa difikirkan perlu oleh Kerajaan BN.
"Kerajaan perlu ingat bahawa ia akan membangkitkan kemarahan rakyat jika GST dilaksanakan. Kita semua tahu bahawa melalui bayaran BR1M sebelum ini, Kerajaan telah memaklumkan bahawa 60 peratus rakyat Malaysia mempunyai pendapatan tidak melebihi RM 3,000 sebulan," katanya dalam satu kenyataan.
Ini bermakna 60 peratus rakyat Malaysia berpendapatan rendah rendah. Hujah kononnya barangan rakyat berpendapatan rendah dikenakan kadar sifar GST adalah tidak realistik, katanya.
Walaupun barangan kadar sifar GST, golongan berpendapatan rendah - golongan 60 peratus penerima BR1M – akan dikenakan GST untuk barangan dan perkhidmatan lain.
Bagi beliau, pelaksanaan GST tentu akan menyebabkan taraf kehidupan golongan 60 peratus ini terjejas kerana mereka yang selama ini tidak dikenakan cukai pendapatan akan terpaksa membayar cukai melalui GST.
Justeru, pendapatan boleh guna (disposable income) golongan ini akan berkurangan akibat kutipan GST. Apabila pendapatan boleh guna golongan 60 peratus ini terancam ia bermakna pertumbuhan ekonomi kita akan terjejas.
"Ini adalah kerana dalam keadaan eksport kita yang menurun, perbelanjaan dan penggunaan tempatan amat penting bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.
"Jadi jika Kerajaan tetap mahu melaksanakan GST, ia bererti bukan sahaja Kerajaan akan menambah derita golongan berpendapatan rendah, ia juga akan membebankan Kerajaan sendiri kerana ia memberi kesan buruk kepada ekonomi negara," katanya.
Kedua, jawapan Parlimen dari Husni yang mengatakan bahawa kajian GST hanya dilakukan pada tahun 2009 juga tidak benar.
Menurutnya, di atas nama “Panel Kajian Semula Cukai (GST)”, sejumlah RM22 juta diperuntukkan pada tahun 2010, RM13 juta pada tahun 2011, RM11 juta pada tahun 2012 dan RM5 juta pada tahun 2013, iaitu jumlahnya RM51 juta dalam empat tahun, telah digunakan dalam Belanjawan-Belanjawan sejak 2010 untuk kajian perlakasanaan GST.
Pada tahun 2013, satu perkara perbelanjaan bertajuk “Perluasan Dasar Cukai” (Kod 100600) yang bernilai RM 50 juta juga disyaki ada kena-mengena dengan pelaksanaan GST.
Sehubungan itu, beliau menggesa Menteri Kewangan supaya:
Mengumumkan hasil kajian panel tersebut sejak 2009; kerana kami Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia tidak mahu lagi Kerajaan merahsiakan kajian GST kerana ia melibatkan kesejahteraan rakyat terbanyak;
Mengumumkan pihak konsultan yang terpilih untuk menjalankan kajian tersebut kerana ini juga perlu diketahui oleh rakyat Malaysia;
Memberi penjelasan lanjut sama da jawapan Parlimen dari Husni hanya bertujuan menyembunyikan hasrat Kerajaan untuk melaksanakan GST atau tidak;
"Dan kalau jika Kerajaan BN benar-benar mahu melaksanakan GST, satu jawatankuasa pilihan Parlimen yang merangkumi Ahli-ahli parlimen dari kedua-dua pihak – BN dan Pakatan Rakyat – perlu ditubuhkan untuk mengkaji dan meneliti pandangan rakyat Malaysia," katanya.
Lihat laporan lanjut dalam Harakah edisi Isnin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan