Kenali Hadis Palsu Menerusi Matan
KENALI HADIS PALSU MENERUSI MATAN
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Menyebarkan hadis palsu tanpa menerangkan tentang kepalsuannya adalah
merupakan satu dosa yang amat besar. Penipuan dan bersekongkol dengan
penipuan adalah dosa menurut ajaran Islam. Apatah lagi jika pembohongan
itu menggunakan nama Allah dan RasulNYA. Kesannya besar dan bahaya.
Mereka yang terpedaya dengan penipuan tersebut akan mengamalkan sesuatu
yang disangkakan bersumber dari Tuhan sedangkan hakikatnya tidak
demikian. Jika isi pembohongan itu sesuatu yang jelas bercanggah dengan
hakikat fakta, ataupun sesuatu yang ‘lekeh’ maka Tuhan ataupun RasulNya akan dipersalahkan. Mungkin ia akan menghilangkan keimanan manusia terhadap ajaran agama.Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Justeru itu, Islam mengharamkan sama sekali perbuatan mengadakan hadis palsu seperti penegasan Nabi s.a.w dalam hadis mutawatir:
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.Bukan sahaja mengadakan hadis palsu itu dosa besar, menyebarkannya juga berkongsi dosa besar yang sama. Dalam era teknologi ini, begitu mudah sesuatu hadis palsu itu tersebar. Menerusi sms, email, facebook, twitter dan pelbagai lagi, ramai yang terlibat dengan kegiatan dosa menyebarkan hadis palsu ini. Maka berhati-hatilah. Beberapa klik tanpa penelitian boleh membawa anda menjadi pendusta yang menggunakan nama Allah dan RasulNYa.
Mengkritik Matan
Pembaca internet juga terdedah kepada pelbagai sumber hadis palsu.
Saya mengajar di USM kursus Analisa Kritis Matan Hadis untuk para
pelajar ijazah tinggi. Saya rasa orang awam juga wajar dibekalkan
sedikit sebanyak pengetahuan tentang analisa matan hadis.Secara umumnya, hadis palsu dapat diketahui melalui dua cara; pertama: kajian terhadap sanad (rangkaian perawi). Kedua; kajian terhadap matan atau kritik teks (textual criticism). Untuk mengkaji para perawi adalah sesuatu yang bukan mudah melainkan mereka yang terbabit langsung dalam bidang hadis. Apakah ada cara untuk seseorang biasa mengagak sesuatu hadis itu mungkin palsu hanya dengan membaca matan (teks) sahaja? Maka di sini datang peranan naqd al-matn (kritik teks) atau kajian teks tadi.
Pengetahuan ini amat penting kepada para pengguna internet hari ini, kerana ia sekurang-kurang dapat menjadikan mereka berhati-hati apabila melihat ataupun mendengar teks hadis yang pelbagai. Jika pun mereka tidak dapat memutuskan kedudukan hadis-hadis tersebut, sekurang-kurangnya mereka akan menangguhkan dulu sebelum mempercayainya sehingga ternyata kedudukannya.
Ibn Qayyim
Ilmuan hadis yang terbilang iaitu Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah
(meninggal 751H) pernah ditanya apakah mungkin untuk mengetahui hadis
palsu tanpa melihat kepada sanadnya? Untuk menjawab persoalan yang besar
itu, beliau telah menghasilkan buku yang amat penting dalam sejarah
ilmu mengkritik teks hadis iaitu karya beliau Al-Manar Al-Munif fi al-Sahih wa al-Da’if.
Sesiapa yang berkemampuan membaca teks arab, saya mencadangkan mereka
membaca buku ini bersama komentar yang dibuat oleh al-Syeikh ‘Abd
al-Fattah Abu Ghuddah. Bagaimana pun, bagi yang tidak menguasai, saya
ingin memetik beberapa noktah menarik yang disebut oleh al-Imam Ibn
Qayyim al-Jauziyyah dalam buku tersebut bersama sedikit ulasan.Antara yang disebut oleh Ibn Qayyim; hadis palsu itu antara cirinya mengandungi unsur mujazafah iaitu berlebih-lebihan dalam penetapan pahala dan dosa. Perkara yang kecil diletakkan hukuman yang terlalu besar, ataupun ganjaran yang terlalu besar yang tidak munasabah. Contoh yang dibawa oleh Ibn Qayyim iaitu hadis palsu: “Sesiapa yang mengucap Lailaha illaAllah; Allah ciptakan kalimah itu menjadi seekor burung yang mempunyai 70,000 lidah, setiap lidah ada 70,000 bahasa yang beristighfar kepadanya”.(m/s 51. Halab, Syria: Maktabah al-Matbu‘at al-Islamiyyah)
Lojik
Antara ciri lain bagi hadis palsu ialah bercanggah dengan fakta yang
nyata. Banyak contoh yang disebut oleh beliau; antaranya hadis palsu: “Terung itu ubat bagi segala penyakit”. Contoh lain: “Hendak
kamu memakan kacang dal kerana ia berkat dan melunakkan jantung hati.
Membanyak airmata dan ia disucikan oleh 70 nabi”. (m/s 52)Antara lain beliau menyebut ciri hadis palsu itu ia kelihatan selekeh dan boleh dipersendakan. Banyak contohnya, antara yang disebut; hadis palsu “Jika beras itu lelaki nescaya dia seorang yang penyantun”. Contoh lain; “Hendaklah kamu memakan garam kerana ia ubat bagi 70 penyakit”. Contoh lain: “Tiada buah delima melainkan bijinya berasal dari syurga”. (m/s 55)
Contoh lain: “Sesiapa yang membela ayam jantan putih, maka dia tidak akan dihampiri oleh syaitan dan sihir”. Kemudian Ibn Qayyim membuat kesimpulan tentang hadis ayam jantan: “Kesemua hadis ayam jantan adalah dusta kecuali satu hadis iaitu “Sesiapa yang mendengar kokokan ayam jantan hendaklah dia memohon kurniaan dari Allah kerana ia melihat malaikat” (riwayat Bukhari dan Muslim). (m/s 56)
Gambar Hiasan
Dalam masyarakat melayu, terdapat juga mereka yang mempercayai
kelebihan ayam jantan putih. Kepercayaan itu mungkin berasal dari
hadis-hadis palsu yang seumpama ini.
Canggah Sumber Sahih
Ciri hadis palsu yang lain yang dinyatakan oleh Ibn Qayim apabila
sesuatu hadis itu bercanggah dengan hadis sahih yang lain secara nyata.
Ini seperti hadis-hadis palsu yang memuji orang yang bernama Muhammad
ataupun Ahmad bahawa sesiapa bernama seperti itu tidak akan masuk
neraka. Ini bercanggah dengan prinsip ajaran Nabi s.a.w yang menegas
bahawa neraka itu bukan dapat dielakkan dengan nama dan gelaran
sebaliknya dengan iman dan amalan soleh. (m/s 57)Antara ciri palsu lain ialah hadis yang menyebut Nabi Khidir masih hidup. Kesemua hadis yang membawa maksud tersebut adalah palsu dan dusta. Kemudian al-Imam Ibn Qayyim mengemukan banyak hujah dari al-Quran dan al-Sunnah yang membuktikan bahawa cerita Khidir masa hidup sehingga kini adalah dusta dan palsu. (m/s 67-76)
Pelik
Contoh hadis palsu lain: “Pelangi di langit itu adalah tengkok ular yang berada di bawah Arsy”. Juga hadis palsu: “Jangan mandi air yang terdedah kepada matahari kerana ia menyebabkan sopak” (m/s 60)Antara ciri hadis palsu ialah apabila terdapat dalamnya penetapan tarikh tertentu seperti pada tahun sekian dan sekian, pada bulan sekian dan sekian akan berlaku peristiwa itu dan ini. Ini ciri kepalsuan sesuatu hadis. Ini seperti hadis bahawa akan berlaku gerhana dalam Bulan Muharram kemudian berlaku peristiwa itu dan ini. (m/s 64).
Banyak hadis yang seperti ini tersebar dalam internet lalu dipercayai oleh mereka yang dangkal akal dan pengetahuan.
Antara ciri yang lain hadis yang seakan ucapan ahli perubatan, bukan ungkapan seorang nabi. Ini seperti hadis palsu: “Memakan ikan melemahkan jasad”. Contoh lain: “Ada seseorang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tiada anak. Nabi menyuruhnya memakan telur dan bawang”. Contoh lain: “Berikan isteri-isteri kamu memakan tamar semasa nifas”. (m/s 65). Banyak hadis yang seperti ini kadang-kala dibaca oleh mereka yang bergelar ‘ustaz dan ustazah’ yang tidak meneliti ilmu hadis ini. Para peniaga suka hadis- hadis seperti itu untuk melariskan peniagaan mereka.
Banyak lagi ciri-ciri yang disebut oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karya itu. Begitu banyak hadis-hadis palsu yang beliau sertakan sebagai contoh untuk pembaca. Tulisan saya ini sekadar memberikan kesedaran awal untuk mereka yang kurang memberikan perhatian dalam hal ini. Anda boleh rujuk juga beberapa artikel saya tentang hadis palsu sebelum ini. InshaAllah, selepas ini akan saya ikuti dengan beberapa coretan yang lain untuk membantu memahami isu hadis palsu ini.Islam & Spirituality40 Hadis Palsu Popular
Amalan hadis palsu yang disandarkan sumbernya kepada
Rasulullah boleh merosakkan pegangan umat Islam. Jika tidak dibendung,
dikhuatiri menimbulkan amalan yang dianggap sahih tetapi sebenarnya
adalah terpesong daripada ajaran Islam. Usaha serius perlu digarap bagi
mendedahkan hadis palsu yang wujud dikalangan masyarakat kini.
Buku 40 Hadis Palsu Popular ini membincangkan perkara asas berkaitan hadis palsu yang berlegar di dalam masyarakat. Himpunan hadis palsu ini dikumpul daripada sumber yang dipercayai bagi menjamin pendedahannya berdasarkan bukti yang kukuh.
Bab 1 : Mengenali Hadis
Bab 2 : Hadis Sahih
Bab 3 : Hadis Hasan
Bab 4 : Hadis Dhaif
Bab 5 : Hadis Maudu’
BAHAGIAN 2 : 40 HADIS PALSU POPULAR
Hadis 1 : Menuntut Ilmu Sehingga ke China
Hadis 2 : Menuntut Ilmu Daripada Buaian
Hadis 3 : Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya
Hadis 4 : Doa Ketika Membasuh Anggota Wuduk
Hadis 5 : Solat Yang Tidak Mencegah Kemungkaran
BAHAGIAN 3 : APA YANG PERLU DILAKUKAN
BAB 1 : Tip dan Panduan
BAB 2 : Rumusan
Buku 40 Hadis Palsu Popular ini membincangkan perkara asas berkaitan hadis palsu yang berlegar di dalam masyarakat. Himpunan hadis palsu ini dikumpul daripada sumber yang dipercayai bagi menjamin pendedahannya berdasarkan bukti yang kukuh.
BAHAGIAN 1 : PENGENALAN
Bab 1 : Mengenali Hadis
Bab 2 : Hadis Sahih
Bab 3 : Hadis Hasan
Bab 4 : Hadis Dhaif
Bab 5 : Hadis Maudu’
BAHAGIAN 2 : 40 HADIS PALSU POPULAR
Hadis 1 : Menuntut Ilmu Sehingga ke China
Hadis 2 : Menuntut Ilmu Daripada Buaian
Hadis 3 : Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya
Hadis 4 : Doa Ketika Membasuh Anggota Wuduk
Hadis 5 : Solat Yang Tidak Mencegah Kemungkaran
Hadis 6 : Solat Dengan Berserban
Hadis 7 : Solat Sunat Malam Raya
Hadis 8 : Solat Ragha’ib Bulan Rejab
Hadis 9 : Kelebihan Solat Terawaih
Hadis 10 : Mengusap Mata Semasa Laungan Azan
Hadis 11 : Kelebihan Puasa Sunat Rejab
Hadis 12 : Kelebihan Puasa Asyura
Hadis 13 : Abdul Rahman bin Auf Masuk Syurga
Merangkak
Hadis 14 : Anak Zina Tidak Masuk Syurga
Hadis 15 : Jihad Hati
Hadis 16 : Perselisihan Adalah Rahmat
Hadis 17 : Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu
Hadis 18 : Siapa Yang Kenal Dirinya, Maka Dia
Kenal Tuhannya
Hadis 19 : Menghidupkan Malam Israk Mikraj
Hadis 20 : Rejab Bulan Allah
Hadis 21 : Kelebihan Membaca Surah Yasin
Hadis 22 : Yasin Hati Al-Quran
Hadis 23 : Cintakan Negara
Hadis 24 : Bekerja Untuk Dunia
Hadis 25 : Kelebihan Solat Dhuha
Hadis 26 : Berjabat Tangan Boleh Masuk Syurga
Hadis 27 : Menyapu Muka Selepas Solat
Hadis 28 : Talak Menggegarkan Arasy
Hadis 7 : Solat Sunat Malam Raya
Hadis 8 : Solat Ragha’ib Bulan Rejab
Hadis 9 : Kelebihan Solat Terawaih
Hadis 10 : Mengusap Mata Semasa Laungan Azan
Hadis 11 : Kelebihan Puasa Sunat Rejab
Hadis 12 : Kelebihan Puasa Asyura
Hadis 13 : Abdul Rahman bin Auf Masuk Syurga
Merangkak
Hadis 14 : Anak Zina Tidak Masuk Syurga
Hadis 15 : Jihad Hati
Hadis 16 : Perselisihan Adalah Rahmat
Hadis 17 : Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu
Hadis 18 : Siapa Yang Kenal Dirinya, Maka Dia
Kenal Tuhannya
Hadis 19 : Menghidupkan Malam Israk Mikraj
Hadis 20 : Rejab Bulan Allah
Hadis 21 : Kelebihan Membaca Surah Yasin
Hadis 22 : Yasin Hati Al-Quran
Hadis 23 : Cintakan Negara
Hadis 24 : Bekerja Untuk Dunia
Hadis 25 : Kelebihan Solat Dhuha
Hadis 26 : Berjabat Tangan Boleh Masuk Syurga
Hadis 27 : Menyapu Muka Selepas Solat
Hadis 28 : Talak Menggegarkan Arasy
Hadis 29 : Dunia Itu Ladang Akhirat
Hadis 30 : Tidak Menziarahi Nabi Ketika Haji
Hadis 31 : Solat Orang Yang Berkahwin Lebih Baik
Hadis 32 : Bercakap Urusan Dunia Dalam Masjid
Hadis 33 : Meraikan Maulid Nabi
Hadis 34 : Amalan Khas Nisfu Sya’ban
Hadis 35 : Menzirahi Kubur Pada Hari Jumaat
Hadis 36 : Membaca Doa Awal Dan Akhir Tahun
Hadis 37 : Nur Muhammad 224
Hadis 38 : Larangan Ketika Hubungan Suami Isteri
Hadis 39 : Kisah Alqamah Si Anak Derhaka
Hadis 40 : Manusia Akan Baik Sekiranya Pemerintah
dan Ulamak Baik
Hadis 30 : Tidak Menziarahi Nabi Ketika Haji
Hadis 31 : Solat Orang Yang Berkahwin Lebih Baik
Hadis 32 : Bercakap Urusan Dunia Dalam Masjid
Hadis 33 : Meraikan Maulid Nabi
Hadis 34 : Amalan Khas Nisfu Sya’ban
Hadis 35 : Menzirahi Kubur Pada Hari Jumaat
Hadis 36 : Membaca Doa Awal Dan Akhir Tahun
Hadis 37 : Nur Muhammad 224
Hadis 38 : Larangan Ketika Hubungan Suami Isteri
Hadis 39 : Kisah Alqamah Si Anak Derhaka
Hadis 40 : Manusia Akan Baik Sekiranya Pemerintah
dan Ulamak Baik
BAHAGIAN 3 : APA YANG PERLU DILAKUKAN
BAB 1 : Tip dan Panduan
BAB 2 : Rumusan
HADIS-hadis palsu
1. SEMBAHYANG DENGAN MEMAKAI SERBAN
Ertinya : Sembahyang
dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 25 sembahyang
yang tidak memakai serban dan sekali sembahyang Jumaat dengan memakai
serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 70 kali sembahyang Jumaat dengan
tidak memakai serban . Dan sembahyang dengan memakai serban itu
ganjarannya sama dengan melakukan 10,000 kebaikan
Penjelasan : Hadis ini Palsu
Syihabuddin
Ahmad bin Muhamamd Abdis Salaam Al-Manafi ( murid kepada Al-Hafiz
As-Sakhaawi ) telah mengatakan bahawa semua riwayat yang berhubung
dengan masalah ini adalah Maudhu atau Palsu , bukan termasuk hadis dari
Nabi s.a.w.
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 29
2. SEMBAHYANG DENGAN MEMAKAI SERBAN PUTIH
Ertinya : Sesungguhnya
bagi Allah ada beberapa malaikat yang ditugaskan untuk menjaga pintu -
pintu ( masjid ) jamik pada hari Jumaat . Mereka akan memohon maghfirah
kepada Allah untuk orang - orang yang suka memakai serban putih .
Penjelasan : Hadis ini Palsu
Diriwayatkan
oleh Khatiib tetapi dalam sanadnya ada rawi yang bernama Yahya bin
Al-Yamani , dia adalah seorang yang suka meriwayatkan hadis - hadis yang
'bathil'
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 31
3. DUA RAKAAT YANG DILAKUKAN OLEH ORANG YANG SUDAH BERKAHWIN ITU LEBIH BAIK DARIPADA ORANG YANG BELUM KAHWIN
Ertinya : Yang
paling rugi di antara kamu ialah orang yang tidak berkeluarga ( bujang
). Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah berkeluarga itu
adalah lebih baik daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang
belum berkeluarga .
Penjelasan : Hadis ini Palsu
Dalam
riwayat lain dikatakan : Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang
sudah kahwin itu lebih utama daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh
orang yang belum kahwin
Dalam sanad riwayat ini rawi yang bernama Mujaasy' . Dia suka meriwayatkan hadis - hadis 'Mungkar'.
Dalam
riwayat lain pula dikatakan : Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang
sudah kahwin itu lebih baik daripada 82 rakaat yang dilakukan oleh
orang yang belum kahwin.
Ibnu Hajar Al-Asqalaani mengatakan , "Riwayat ini 'Mungkar'"
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 40
4. KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG
Ertinya : Dari Ummi Salamah , dia berkata,"Adalah
Nabi s.a.w. apabila beliau sedang bersembahyang orang yang ( melihatnya
) beranggapan bahawa sesungguhnya beliau hanya sebuah jasad yang tidak
ada rohnya ".
Penjelasan : Hadis ini Palsu
Ibnu
Hibban mengatakan : Hadis ini 'tidak ada asalnya' kerana dalam sanadnya
ada rawi yang bernama Ja'far . Dia adalah seorang rawi yang biasa
meroboh sesuatu berita , sehingga tidak ada keraguan lagi bahawa yang
memalsukan hadis ini adalah rawi yang bernama Ja'far ini .
Ahmad bin Adi mengatakan : Ja'far adalah rawi yang dituduh suka memalsukan Hadis
ULASAN PENTERJEMAH:
Boleh
jadi riwayat ini dijadikan oleh golongan tarikat sebagai dasar untuk
lebih khusyuk dan Khudhu dalam mengerjakan sembahyang dan lain - lain
ibadat.
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 49
5. SUJUD SESUDAH SELESAI SEMBAHYANG
Ertinya : Telah
berkata Abu Sa'iid , telah menjadi kebiasaan sebahagian orang yang
melakukan sujud sesudah selesai sembahyang untuk berdoa .
Penjelasan : Sujud dalam bentuk ini tidak ada dalam ajaran Islam dan tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., dan tidak pula dari sahabatnya . Perbuatan ini adalah Bid'ah. Imam Ghazali dalam kitabnya Ihyaa-u ' Uluumuddin menerangkan bahawa di antara kebiasaan yang sering dilakukan oleh sebahagian orang awam ialah melakukan sujud pada waktu muazzin sedang qamat pada hari Jumaat . Perbuatan ini tidak ada sumbernya dari hadis Nabi yang sahih atau yang dhaif sekalipun.
Penjelasan : Sujud dalam bentuk ini tidak ada dalam ajaran Islam dan tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., dan tidak pula dari sahabatnya . Perbuatan ini adalah Bid'ah. Imam Ghazali dalam kitabnya Ihyaa-u ' Uluumuddin menerangkan bahawa di antara kebiasaan yang sering dilakukan oleh sebahagian orang awam ialah melakukan sujud pada waktu muazzin sedang qamat pada hari Jumaat . Perbuatan ini tidak ada sumbernya dari hadis Nabi yang sahih atau yang dhaif sekalipun.
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 56
6. KELEBIHAN SEMBAHYANG DI MASJID NABI ( MASJID NABAWI )
Ertinya : Barang
siapa yang bersembahyang di masjidku ( masjid Nabawi ) dengan 40 kali
sembahyang dengan tidak putus - putus satu sembahyangpun , maka dia akan
dicatat sebagai orang yang selamat dari api neraka , lepas dari azab
siksaan serta bersih daripada nifak
Penjelasan : Hadis ini Daif
Diriwayatkan
oleh Imam Ahmad dan Thabrani dengan sanad yang Daif dari jalan Abdir
Rahman bin Abdir Rijaal dari Nabiith bin Amar dari Anas bin Malik
Muhammad
Nashruddin Albani mengatakan : Hadis ini Daif kerana dalam sanadnya ada
rawi yang bernama Nabiith bin ' Amar, dia tidak dikenali oleh para ahli
hadis melainkan dalam riwayat ini sahaja.
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 70
7. MEMBACA QUL HUALLAH HUAHAD SEBANYAK 100 KALI SESUDAH SEMBAHYANG SUBUH
Ertinya : Barang
siapa yang mengerjakan sembahyang subuh sesudah itu dia membaca Qul
Huallahu Ahad 100 kali sebelum dia berkata - kata , maka tiap - tiap
kali dia membaca Qul Huallahu Ahad diampuni segala dosanya selama
setahun
Penjelasan : Hadis ini Palsu
Diriwayatkan
oleh Imam Thabrani , Hakkim dan Ibnu Asakir dari jalan Muhammad bin
Abdir Rahman Al-Qusairi dari Asma binti Waa-illah bin Al-Asqa dia
berkata : Apabila ayahku mengerjakan solat subuh, apabila dia telah
selesai dia duduk duduk menghadap kiblat dan tidak berkata apa - apa
sehingga terbit matahari , sehingga aku terpaksa berkata kepadanya akan
sesuatu keperluan yang dikehendakinya . Tetapi beliau tidak menjawab
sepatah kata pun . Setelah segalanya selesai barulah dia menjelaskan
kepadaku isi hadis tersebut.
Muhammad Nashruddin Albaniy mengatakan : Imam haakim telah mendiamkan riwayat ini .
Al-Haitsaamy
mengatakan : Dalam sanadnya ada rawi yang bernama : Muhammad bin Abdir
Rahman , dia adalah seorang rawi yang Matruk .
Muhammad Nashrudin mengatakan : Rawi tersebut adalah seorang pendusta sebagaimana yang telah dikatakan oleh Al-Azdi
Ibnu
Abi Haatim mengatakan : Aku telah bertanya kepada ayahku tentang
riwayat hidup rawi ini , maka beliau berkata , dia adalah seorang rawi
yang Matruk dan riwayatnya tidak boleh di pakai dan adalah seorang
pendusta
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 87
8 Anggota akan khusyuk bila hati orang yang bersembahyang khusyuk
Al-Hakim At-Tirmizi * meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ertinya: Rasulullah
s.a.w . melihat seorang laki - laki sedang mempermainkan janggutnya
sedangkan dia dalam solat , maka Rasulullah s.a.w. bersabda : Jika hati
orang ini khusyu' tentulah anggota - anggotanya khusyu '.
Kata Al-Albani : Hadith ini adalah Maudhu'
Dalam
sanadnya terdapat Sulaiman bin ' Amru iaitu Abu Daud An-Nakha'iy yang
menurut Ibnu ' Adiy ia disepakati membuat Hadith palsu .
*Al-Hakim
At-Tirmizi bukanlah Imam At- Tirmizi . Beliau adalah pengarang kitab
Nawadirul-Usul. Seorang Sufi. Dikatakan bahawa dalam kitabnya
Khatamul-Walayah beliau berpendapat bahawa wali lebih agung daripada
Nabi. Beliau dibuang dari Tirmiz dan beliau pergi ke Nisabur.
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 284
9 Doa kepada mu'minin dan mu'minat
Asy-Syaukani menyebutkan dalam Al-Fawaid bahawa Rasululullah s.a.w bersabda :
Ertinya: Barangsiapa
yang mengerjakan satu solat yang ia tidak mendoa'kan padanya bagi
Mu'minin dan Mu'minat maka solatnya kurang segala - galanya .
Hadith
ini adalah Maudhu'. Di dalam sanadnya Nuh bin Zakwan tidak bernilai
apa-apa ( laisa bisyai-in ) dan padanya ada seorang matruk . Demikian
kata Asy - Syaukani .
Hadith riwayat Ad-Dailami dari Anas bin Malik. Dalam sanadnya terdapat Nuh bin Zakwan dan Suwaid bin Abdul Aziz.
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 287
10 Bersolat di sudut-sudut rumah
Al-Ghazali menyebutkan dalam kitab Al-'Ihya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Ertinya: Hai
Abu Hurairah , bersolatlah di sudut - sudut rumahmu nescaya cahaya
rumahmu di langit bagaikan bintang - bintang di sisi penduduk dunia.
Kata Al-'Iraqi : Hadith ini tiada asalnya
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 287
11 Solat orang yang berkahwin lebih utama dari orang bujang
Al-'Uqaili meriwayatkan dari Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Ertinya: Dua rakaat itu solat orang yang berkahwin lebih utama daipada tujuh puluh rakaat orang bujang .
Kata
Ibnul- Jauzi dan Al-Albani : Hadith ini adalah maudhu'. Dalam sanadnya
terdapat Mujasyi' bin 'Amru. Kata Al-'Uqaili : Hadithnya mungkar . Kata
Ibnu Ma'in : Aku nampak ianya seorang pembohong. Kata Ibnu Hibban : Ia
membuat Hadith atas orang - orang yang thiqah, tidak halal menyebutnya
melainkan dengan menyebutkan cacat celanya. Dalam sanadnya pula terdapat
Abdur-Rahman bin Zaid bin Aslam yang diuduh berbohong , meriwayatkan
ajaib - ajaib dan Hadith - hadith Maudhu'
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 296
12 Rasulullah s.a.w senantiasa berqunut dalam solat subuh
Abdur-Razaq
, Ibnu Abi Syaibah, Ah - Thahawi , Ad-Daruquthni , Al Hakim ,
Al-Baihaqi , Al- Baghawi dan Ahmad mentakhrijkan dari Rabi' bin Anas
katanya :
Ertinya: Rasulullah s.a.w senantiasa berqunut dalam solat subuh sehingga beliau meninggal dunia.
Kata
Al-Albani : Hadith ini mungkar . Hadith ini diriwayatkan juga oleh
Ibnul-Jauzi dalam kitab Al-Wahiat. Dalam sanadnya terdapat Abu Ja'far '
Isa bin Mahan Ar-Razi seorang yang dha'if. Kata Ibnul Hanbal dan
An-Nasai : ia tidak kuat . Kata Abu Zur'ah : Ia banyak wahamnya . Kata
Al-Fallas : Hafalannya sangat jelek. Kata Ibnu Hibban : Ia meriwayatkan
hadith - hadith mungkar dari orang - orang yang mashur . Hadith ini
diriwayatkan dai jalan lain sebagai syahidnya oleh Ad Daruquthni dan
al-Baihaqi tetapi dalam sanadnya terdapat dua orang yang matruk .
Al-Baihaqi ada meriwayatkan dai jalan lain lagi tetapi dalam sanadnya
terdapat perawi yang dha'if juga , bahkan matruk .
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 297
13 Menyapu muka apabila selesai solat
Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas r.a katanya :
Ertinya: Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya , beliau menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian beliau berkata :
Hadith
ini sangat dha'if. Demikian kata Al-Albani . Ia diriwayatkan juga oleh
Ibnu Sam'un dari Salam Al-madini dari Zaid Al'Ammi dari Anas . Yang
dituduh ialah Salam Al-Madaini iaitu Ath-Thawil seorang pembohong dan
Zaid Al'-Ammi adalah seorang yang dha'if .
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi-m.s. 309
14 Menyapu dahi apabila selesai solat
Abu Nu'aim meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a katanya :
Ertinya: Adalah
Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya beliau menyapu dahinya
dengan telapak tangan kanannya kemudian melakukannya atas mukanya sampai
ke janggutnya dan beliau berkata :
Hadith
ini adalah Maudhu' . Demikian kata Al-Albani : Yang dituduh membuatnya
ialah Daud bin Al-Muhabbar , iaitu pengarang kitab Al-'Aqlu seorang
pembohong . Dan Al-Bazzar meriwayatkan dari Hadith Jabir dari riwayat
Al-Fadhl bin 'Isa Ar-Raqasyi. Al-Fadhl ini adalah mungkar Hadithnya
seperti yang dikatakan oleh Al-hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalani
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 310
15 Ibnu An-Najjar mentakhrijkan dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ertinya: Satu
solat dengan memakai serban menyamai dua puluh lima solat tanpa serban
dan satu solat Jumaat dengan memakai serban menyamai tujuh puluh Jumaat
tanpa serban , dan sesungguhnya para Malaikat pasti akan menyaksikan
solat Jumaat dengan memakai serban dan mereka terus menerus bersalawat
ke atas orang - orang yang memakai serban sampailah jatuh matahari
Kata Asy-Syaukani : Ini adalah Hadith Maudhu' seperti yang dikatakan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 324
16 Al-Albani menyebutkan dalam kitab Silsilah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Ertinya: Satu shalat dengan memakai serban lebih utama ( lebih baik ) daripada tujuh puluh rakaat tanpa serban
Kata
Al-Albani : Saya melihat tulisan Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali atas
sepotong ke atas At-Tirmizi ( 2/83), nashnya seperti berikut : Abu
Abdullah yakni Ahmad bin Hambal ditanya orang mengenai seorang syaikh
Nashibi yang dikenali sebagai Muhammad bin Nu'aim yang dikatakan ada
meriwayatkan sebuah Hadith dari Sahal , dari bapanya , dari Abu Hurairah
, dari Rasulullah s.a.w. mengenai Hadith di atas , maka beliau menjawab
: Ini adalah pembohong dan Hadith ini adalah batil .
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 329
Sya’ban: antara hadis sahih, dhaif dan palsu
Dr Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman, | 13 Jun 2013 |
Bulan Sya’ban mempunyai beberapa kelebihan yang tersendiri sebagaimana yang disebut dalam hadis, namun banyak juga tersebar hadis yang dhaif atau maudhu’ (rekaan) tentang fadhilatnya, untuk menjelaskannya, risalah ringkas ini ditulis, semoga menjadi panduan dan peringatan buat kita semua.
Terdapat hadis-hadis yang menyebut Nabi SAW banyak berpuasa pada bulan Sya’ban. Kalau dikatakan, apakah hikmahnya memperbanyak berpuasa di bulan Sya’ban? Maka jawapannya adalah perkataan Al-Hafiz Ibn Hajar:
“Yang lebih tepat apa yang diriwayatkan oleh Nasa’i dan Abu Daud serta disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Usamah bin Zaid, dia berkata, saya bertanya:
“Wahai Rasulullah, saya tidak melihat tuan (sering) berpuasa dalam satu bulan seperti tuan berpuasa di bulan Sya’ban?”
Baginda bersabda: “Itu adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Iaitu bulan yang di dalamnya di angkat amalan-amalan kepada Allah, Tuhan seluruh Alam. Maka aku ingin amalanku diangkat, sedang aku dalam keadaan berpuasa.” (Dinyatakan hasan dalam Sahih An-Nasa’i, no. 2221).
Adalah mendukacitakan, ramai yang tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi SAW tanpa mengira kethabitan iaitu kepastian tentang ketulenan sesebuah hadis, juga tidak meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya. Lebih teruk lagi jika terus disebarkan kepada masyarakat tanpa menjelaskan kedudukannya.
Dengan itu apa-apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi SAW tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi SAW dalam hadis yang yang diriwayatkan oleh Al-Mughirah bin Syu’bah:
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim).
Perkara ini termasuk menyebut Nabi SAW bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang Baginda tidak pernah melakukannya.
Hadis palsu ialah: “Hadis yang disandarkan kepada Nabi SAW secara dusta, ia tidak ada hubungan dengan Nabi SAW.” (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi ‘Ulum al-Hadis, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu‘asarah, Beirut).
Bukan sahaja membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram.
Contohnya, apabila muncul bulan Rejab dan Sya’ban maka hadis-hadis palsu mengenainya akan dibaca dan diajar secara meluas. Ramai penceramah, imam, khatib dan media massa menyebarkan hadis palsu mengenai amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut.
Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”
Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu dan malam Nisfu Sya’ban adalah dusta ke atas Nabi SAW (kesemuanya adalah PALSU).
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): “Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah SAW”.
Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Sya’ban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.
Kelebihan Khas Malam Nisfu Sya’ban
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Sya’ban ialah:
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci-membenci) (HR Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh).
Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan daripada ajaran Nabi SAW.
Kata Dr Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Sya’ban:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi SAW dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.
Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.
Perhimpunan (malam Nisfu Sya’ban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.
Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka”. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Inilah kenyataan Dr Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadis)."
Mereka hanya membaca hadis yang mereka hafal dan memetiknya tanpa mengetahui dan cuba memastikan kedudukan hadis tersebut.
Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Sya’ban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi SAW.
HADIS-HADIS YANG LEMAH DAN PALSU TENTANG NISFU SYA’BAN
Berikut adalah beberapa contoh hadis-hadis lemah dan palsu tentang fadhilat malam Nisfu Sya’ban.
HADIS PERTAMA:
Daripada ‘Aisyah RA, dia berkata: “Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah SAW lalu saya keluar, ternyata baginda berada di Baqi’, lalu Rasulullah bersabda:
“Apakah kamu takut padahal Allah dan Rasul-Nya melindungimu?”
Saya (‘Aisyah) jawab: Ya Rasulullah, saya mengira engkau mendatangi sebahagian isterimu (yang lain).”
Baginda bersabda: “Sesungguhnya pada malam Nisfu Sya’ban Allah turun ke langit dunia lalu mengampuni lebih banyak dosa daripada banyaknya bulu kambing Bani Kalb.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Imam Tirmidzi. “Dhaif Jiddan”).
HADIS KEDUA:
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA, dia berkata Rasulullah SAW bersabda: “Jika datang malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah pada malam harinya (untuk bersolat) dan berpuasalah pada waktu siangnya. Sesungguhnya pada saat itu sejak tenggelamnya matahari, Allah turun ke langit dunia seraya berfirman: “Ketahuilah, sesiapa yang meminta keampunan, maka Aku akan mengampuninya dan ketahuilah sesiapa yang meminta rezeki maka Aku akan memberinya, ketahuilah sesiapa yang sakit maka aku akan menyihatkannya, ketahui sesiapa yang begini aku akan begitu hingga terbit matahari. (Hadis riwayat Ibnu Majah – “Maudhu”).
HADIS KETIGA:
“Wahai ‘Ali, sesiapa yang solat seratus rakaat pada malam Nisfu Sya’ban, pada setiap rakaat membaca surah al-Fatihah dan Qul huwallahu ahad 10 kali, Nabi SAW bersabda: “Ya ‘Ali, tidaklah seorang hamba yang solat seperti ini kecuali Allah akan memenuhi setiap setiap keinginan dan permintaanya pada malam itu…
Komentar: Hadis ini adalah maudhu’ (palsu) sebagaimana dinyatakan Ibn al-Jauzi di dalam al-Maudhu’aat, Ibn al Qayyim di dalam al-Manar al-Munif, al-Suyuthi di dalam al-Lali al-Masnu’ah.
HADIS KEEMPAT:
“Sesiapa solat 12 rakaat pada malam Nisfu Sya’ban dengan membaca pada setiap rakaatnya Qul huwallahu ahad 30 kali, tidak keluar hingga melihat tempat duduknya di syurga…”
Komentar: Hadis ini adalah maudhu’ (palsu) sebagaimana dinyatakan Ibn al-Jauzi di dalam al-Maudhu’aat, Ibn al Qayyim di dalam al-Manar al-Munif, al-Suyuthi di dalam al-Laali al-Masnu’ah.
Perhatian: Antara buku yang mengumpul hadis palsu tentang kelebihan bulan-bulan ialah buku: (Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi).
Tukar Rekod Amalan:
Masyhur juga dalam kalangan masyarakat bahawa pada malam nisfu Sya’ban itu ditentukan (taqdir) apa yang akan terjadi tahun itu.
Ini adalah khabar yang batil. Malam penentuan takdir kejadian selama setahun itu ialah pada malam (Lailatul Qadar).
Allah Ta’ala berfirman, maksudnya:
“Ha mim. Demi Kitab (al-Qur’an) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah ad-Dukhan : ayat 1-4)
Malam diturunkannya al-Qur’an adalah malam Lailatul Qadar. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya:
“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan.” (Surah al-Qadr : ayat 1).
Iaitu pada bulan Ramadhan, kerana Allah Ta’ala menurunkan al-Qur’an pada bulan itu.
Allah Ta’ala berfirman, maksudnya:
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur’an.” (Surah al-Baqarah : ayat 185].
Berkata Al-Hafiz Ibnu Kathir rahimahullah:
“Sesiapa yang mengatakan bahawa malam nisfu Sya’ban adalah waktu Allah Ta’ala menentukan apa yang akan terjadi dalam tahun itu, bererti dia telah menyalahi kandungan al-Qur’an.”
HADIS-HADIS PALSU BERKAITAN BULAN REJAB
HADIS-HADIS PALSU BERKAITAN BULAN REJAB
Salam sahabat-sahabat yang dikasihi,
Jangan anda sengaja
berbohong kepada RasuluLlah saw kelak anda dicampakkan ke dalam neraka.
Sesuatu yang bukan hadith dikatakan hadith Nabi saw. Bila muncul bulan
Rejab maka ramailah yang menyebut keutamaan bulan Rejab berdasarkan
hadith palsu (hadith rekaan)
Berikut dipanjangkan tulisan Ustaz Khairul Azmi (pengajar Ma’ahad Darul Fikri Kuantan Pahang) lulusan bahagian hadith di al-Azhar University.
1.) Hadith yang diriwayatkan oleh asSilafi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Kelebihan
Rejab atas segala bulan bagaikan kelebihan Al-Quran atas segala zikir;
kelebihan Sya’ban atas segala bulan adalah seperti kelebihan Muhammad
atas segala para Nabi dan kelebihan Ramadhan atas segala bulan bagaikan
kelebihan Allah atas segala hambanya.”
Hadith ini adalah Maudhu’.
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu’ (Jld 1) – Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 517
2.) Abu Muhammad Al-
Khallal , Ad-Dailami , Al-Ashbahani meriwayatkan dari Mansor bin Yazid
Al-Asadi , dari Musa bin ‘Imran , dari Anas bin Malik r.a. bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Bahawasanya
di dalam Syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab , airnya lebih
putih daripada susu dan lebih manis daripada madu , barangsiapa berpuasa
sehari sahaja dari bulan Rejab nescaya Allah memberinya minum dari
sungai itu”.
Kata Az-Zahabi : Mansor bin Yazid tidak dikenali orangnya dan khabarnya ( Hadithnya ) adalah Batil.
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu’ (Jld 1) – Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 5143.)
3. Hadith yang biasa digunakan Puasa Rejab
seperti berikut : Ibnul-Jauzi menyebutkan dari riwayat Al-Furat bin
As-Saib , dari Maimum bin Mahran dari Abu Zarr r.a. katanya : Rasulullah
s.a.w. bersabda : Ertinya:
“Barangsiapa
berpuasa sehari dari bulan Rejab disamakan dengan puasa sebulan .
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab nescaya ditutup baginya
pintu – pintu Neraka
Jahim yang tujuh . Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab
nescaya dibukakan bagikan baginya pintu – pintu Syurga yang lapan itu .
Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab maka Allah menukarkan
kejahatan – kejahatannya dengan kebaikan – kebaikan , dan barangsiapa
berpuasa lapan belas hari dari bulan Rejab nescaya berserulah seorang
penyeru bahawasanya telah diampunkan apa yang telah lalu dan mulakanlah
amalan.”
Kata Ibnul-Jauzi : Hadith ini tidak sah
Kata Yahya bin Ma’in : Al – Furat bin As-Saib tidak bernilai apa-apa.
Kata Al-Bukhari dan Ad-Daruquthni : Dia adalah matruk. Dalam sanad juga
terdapat Risydin Abu Abdullah yang juga seorang yang matruk Sumber:
Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu’ (Jld 1) – Drs Abdul Ghani Azmi- m.s.
524 4.)
4. Ibnu – Jauzi menyebutkan
dari riwayat Muhammad bin Abdul – Baqi dari jalan Abu Bakr Muhammad bin
Al-Hasan An Naqqasy , dari Abu Sa’id r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda : “Rejab adalah bulan Allah , Sya’ban bulanku dan Ramdahan bulan umatku…..dan seterusnya yang terlalu panjang untuk dinukilkan.
Kata Ibnu – Jauzi :Hadith ini adalah Maudhu’
Al-Kasa-i yang terdapat dalam sanadnya tidak dikenal orangnya .
Manakala An-Naqqassi iaitu Abu Bakar bin Muhammad bin Al- Hasan An-
Naqqassi dituduh berbohong
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu’ (Jld 1) – Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 529, kasyful Khafa hadis no 13585.)
5. Hadis mengenai kelebihan solat-solat tertentu:
“Sesiapa
yg bersembahyang maghrib pada malam pertama di bulan Rejab kemudian
bersembahyang 20 rakaat selepasnya, dia membaca disetiap rakaat surah
Al-Fatihah dan Al-Ikhlas sekali dengan sepuluh kali salam, nescaya Allah
menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan diselamatkan
dari azab kubur, dan dia akan melalui sirot seperti kilat tanpa dikenakan hisab dan azab”. Sumber : Fatawa Syeikh Athiyyah Saqr.
Kesimpulan.
1. Para ulama hadis
diantaranya Ibnu Hajar Al-Asqallani, Ibnu Taimiyyah dll menyatakan
bahawa tidak ada hadis yg sahih tentang kelebihan bulan rejab secara
khusus melainkan ia adalah termasuk di antara bulan2 haram.
2. Adapun berpuasa di bulan
rejab hukumnya sunnat sebagaimana yg difatwakan oleh Syeikh Atiyyah
Saqr kerana ia termasuk di dalam bulan2 haram dan ada hadis yg
diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Umamah AlBahili tentang puasa
tersebut.
3.Kita perlu berhati2 dlm menukilkan hadis2 kerana dibimbangi kita mendustai Rasulullah SAW.
Diriwayatkan daripada al-Mughirah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Sesungguhnya
pendustaan terhadapku adalah tidak sama dengan pendustaan yang
dilakukan terhadap seseorang kerana orang yang sengaja mendustakanku
akan disediakan baginya azab dari api Neraka.
[Bukhari, Kitab Jenazah no 1209, Muslim, Mukaddimah no 9, TIrmidzi, Kitab Jenazah no 921, Ahmad Juzuk 4/245 & 252]
Rujukan:1. Ahsanul Kalam
fit Fatawa Wal ahkam, Syeikh Athiyyah Saqr Jil 3, ms 65, 443, 4762.
Lathoiful Maarif, AlHafiz Ibnu Rajab Al Hanbali Ms 217- 2353. Kasyful
Khafa’, Syeikh Ismail Ajluuni4. Tahzirul Muslimin minal Ahadis Al
maudhuah, Muhammad bin Al Basyir Al-Azhari5. Al.ahkam.net6. Tanzihus
Syariah…, Syeikh Ibnu Iraq Al-Kannani.
http://yusofembong.blogspot.com/2009/06/hadis-hadis-palsu-berkaitan-bulan-rejab.html
Hadis palsu: Maklum balas Ikim
Harakahdaily, | 18 Jun 2013 |
Hari ini, 18 Jun, pihak harakahdaily mendapat maklum balas daripada IKIM melalui emel yang dikirim oleh Sapuah Bt Haji Nawawi, Ketua Pegawai Perhubungan Korporat IKIM, Unit Perhubungan Korporat IKIM.
Dalam emelnya, Sapuan menyatakan bahawa pihak IKIM telah memberi maklum balas permintaan surat pembaca tersebut.
“MERUJUK KEPADA SURAT PEMBACA , EN SHAZMIN SULEIMAN BERTARIKH 14 JUN 2013, “MINTA IKIM SIASAT”, KAMI MENGAMBIL MAKLUM PERKARA TERSEBUT.
IKIM TELAH MENGADAKAN SIASATAN DAN MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENGELUARKAN ARTIKEL BERKENAAN DARIPADA LAMAN WEB IKIM.
TERIMA KASIH.
SAPUAH BT HAJI NAWAWI
KETUA PEGAWAI PERHUBUNGAN KORPORAT IKIM
UNIT PERHUBUNGAN KORPORAT IKIM
TEL: 03-62046329/326 / pr@ikim.gov.my”
Pihak harakahdaily juga berterima kasih kepada pihak Ikim kerana kecaknaan mereka terhadap perkara ini. Adalah menjadi tanggungjawab harakahdaily khasnya dan umat Islam di Malaysia umumnya tegur-menegur dalam memelihara kesucian Islam.
Surat pembaca tersebut boleh dibaca di sini
HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan
Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam
serta para sahabatnya.
SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini
satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah
tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media
massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi
Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka
mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal
ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang
dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya
diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah
seperti berikut.
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa
Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang
Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.
4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.
SUMBER RUJUKAN DAN KENYATAAN DIPETIK DARI WEB JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
Petikan dari terbitan dan edaran percuma:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan.
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Hadits Palsu tersebut seperti dibawah ini
___________________________________________________________________________________________________________
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Allah SWT akan mengurniakan pahala
seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil
Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan