Ada yang lebih besar dari siaran langsung kira undi
Harakahdaily, | 05 Jul 2013 |
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, jika kerajaan benar-benar ikhlas mahu meredakan kemarahan rakyat terhadap pengendalian pengundian PRU13 lalu, perubahan perlu dibuat kepada perkara dasar yang dipertikaikan.
"Beliau seeloknya mencadangkan agar tidak ada lagi rasuah pilihan raya dalam bentuk imbuhan, hadiah, bonus, atau projek segera yang diluluskan di kawasan tersebut disamping ugutan dan tawaran tertentu kepada pengundi.
"Jentera kerajaan pula disekat dari berkempen sebelah pihak bagi menjayakan kempen jentera BN, seolah-olah jentera kerajaan adalah jentera BN," katanya.
Selain itu, Ahmad Shabery juga diminta mengawal RTM dan semua media rasmi negara dari disalahgunakan oleh kerajaan khususnya sepanjang kempen PRK ini.
Beliau juga mendesak kerajaan memastikan tidak ada lagi kempen memburukkan Pakatan Rakyat dan pemimpinnya manakala pemimpin BN dijulang ibarat sang dewa.
"Malah, lebih membanggakan jika sekiranya beliau sanggup membenarkan RTM, TV3 dan mana-mana media menyiarkan secara langsung ucapan dan kempen dari calon kedua-dua parti sama ada PAS ataupun BN.
"Ia lebih utama dari menyiarkan secara langsung proses penjumlahan undi," katanya lagi.
Suhaimi menegaskan, jika langkah-langkah tersebut gagal dilaksana kerajaan, rakyat hanya melihat cadangan siaran langsung penjumlahan undi hanya sebagai cuba meredakan kemarahan rakyat pada PRU13 lalu dan cuba menunjukkan bahawa kerajaan melaksanakan pilihan raya dengan adil.
"Cadangan Datuk Seri Ahmad Shabery seperti mahu meredakan keadaan dan mengalihkan isu daripada kemarahan rakyat kepada SPR ekoran prestasi PRU ke 13 yang berat sebelah.
"Hakikatnya, meskipun cadangannya dilihat baik, namun SPR sebagai insititusi yang mengendalikan PRK tetap dipandang serong oleh rakyat selagi mana Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR masih berkuasa. Rakyat masih mahukan Pengerusi dan Timbalannya digantikan sebelum PRK Kuala Besut dilangsungkan," katanya.
Munajat selamatkan Mesir di Masjid Negara hari ini
Harakahdaily, | 05 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Satu himpunan bagi membantah rampasan kuasa oleh tentera terhadap kerajaan mesir pimpinan presiden Mohamad Morsi akan diadakan hari ini.
Himpunan yang dinamakan Munajat Perdana Selamatkan Mesir akan diadakan di Masjid Negara sejurus selesai solat Jumaat hari ini.
Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) ini turut akan dihadiri pimpinan utama parti-parti politik, NGO Islam serta aktivis hak asasi.
Dalam satu kenyataan pagi ini, DPPWP menyeru semua umat Islam perihatin untuk turun bersama menolak tindakan rampasan kuasa sekaligus menyatakan solidariti terhadap Dr Morsi yang dipilih melalui sistem demokrasi yang sah.
Kelmarin, Menteri Pertahanan, Jeneral Abdul Fatah al-Sisi dalam kenyataannya berkata, Presiden Mesir Dr. Muhammad Morsi telah digulingkan oleh tentera Mesir selepas diberi tempoh selama 48 jam untuk memenuhi tuntutan rakyat.
Mereka telah mengumumkan perlantikan Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara bagi menjalankan urusan negara bagi tempoh peralihan sehingga pilihan raya presiden yang baru.
Rakyat Mesir bagaimanapun menolak tindakan tentera terbabit dengan keluar beramai-ramai bagi mengadakan bantahan.
Mereka bagaimanapun terpaksa berdepan dengan pasukan tentera dan polis Mesir dan sehingga semalam berpuluh penyokong Morsi dilaporkan telah terkorban.
Ustaz Fadzil tiada duanya
Ahmad Lutfi Othman, | 05 Jul 2013 |
Namun, Allah lebih menyayanginya. Dan kunjungan lebih 100,000 rakyat yang mencintainya ketika majlis pengkebumian adalah bukti nyata Almarhum dekat di hati rakyat. Biarpun memimpin sebuah parti Islam terulung di rantau ini, Almarhum tetap merendah diri, mudah ditemui, begitu akrab menyantuni tetamu dan membuatkan sesiapa saja yang ingin menemuinya terasa senang sekali.
Almarhum Ustaz Fadzil adalah lambang pemimpin gerakan Islam dan ketua parti politik yang bijak mengatur langkah dan memanfaatkan senario sekeliling. Biarpun menderitai sakit sejak sekian lama, namun beban tugas seharian dipikul penuh bijaksana.
Almarhum disayangi pemimpin, pendokong, aktivis dan penyokong parti. Beliau bagaikan seorang ayah yang sabar mengasuh anak-anak berdepan seribu satu gugatan. Dan muktamar PAS yang terakhir di Kota Bharu menyaksikan wajahnya penuh ceria melihat anak-anak yang diasuhnya kian matang dan teruji untuk menyahut cabaran.
Kehilangannya cukup terasa. Pemergiannya begitu meninggalkan bekas, bukan saja dalam PAS tetapi juga buat ummat sejagat. Almarhum telah meletakkan batu asas yang menjulang nama PAS ke persada perdana politik negara.
PAS di bawahnya adalah parti arus perdana yang tidak boleh dipinggirkan lagi. Dan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen melakar sejarah tersendiri. Biarpun hanya baru separuh penggal, namun isu-isu yang dikemukakannya mencakupi segenap aspek dan ini mengejutkan parti lawan. PAS bukan lagi menjuarai isu-isu agama tetapi berjaya mengungkapkan segala permasalahan negara seutuhnya. Justeru, ia dihormati semua pihak, termasuk pemimpin Umno dan parti komponen BN lainnya.
Sesiapa yang mengenali Almarhum pasti tidak akan lupa bidasan tajamnya, lawak jenaka berbisanya. Seorang teman berkata, tanpa bidasan dan jenaka bermakna, itu bukan Ustaz Fadzil namanya. Dalam keras mengkritik, Almarhum menyulaminya dengan nada seloroh yang memukau. Tatapilah kembali VCD yang merakamkan ucapannya di Parlimen, bagaimana Almarhum memberi respons segera kepada gangguan ahli-ahli Parlimen Umno.
Pendekatannya sederhana, berhati-hati, tetapi meninggalkan impak berkesan. PAS bertuah kerana dapat meneruskan aspirasi perjuangan Almarhum apabila landasannya kukuh dibina sehingga pendekatan Ustaz Fadzil adalah pendekatan yang akan digunapakai PAS dalam tempoh yang agak lama.
Namun dalam kesederhanaan, Almarhum cukup tegas menghadapi pancaroba durja parti pemerintah. Berdepan larangan ceramah umum terhadap parti pembangkang, Ustaz fadzil adalah pemidato yang tidak akan menolak undangan berceramah walaupun majlis itu tidak mendapat permit polis. Di kala ramai lagi pemimpin pertengahan PAS yang mungkin teragak-agak berdepan FRU dan gas pemedih mata, Almarhum menunjukkan model teladan unggul.
Sekurang-kurangnya dua peristiwa besar politik negara berjaya ditangani dengan penuh berhikmah. Pertama, konflik dalaman Umno yang membuatkan Tengku Razaleigh Hamzah dan Team B terkeluar, yang membentuk Semangat 46. Pandangan jauh Ustaz Fadzil terserlah bila gagasan Angkatan Perpaduan Ummah dibentuk. Sebenarnya tidak mudah untuknya berdepan pelbagai kritikan, termasuk dari dalam parti sendiri, sebelum Angkatan dapat dibentuk.
Kedua, pemecatan Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 2 September 1998. Almarhum diberitakan terus mengunjungi Anwar di rumahnya -- ketika mana Anwar masih Timbalan Presiden Umno -- tanpa merujuk terlebih dulu dengan parti. Namun kesan dua peristiwa besar itu begitu memberansangkan, sekali gus membawa PAS ke dalam aliran perdana percaturan politik negara.
Apa pun, tiada kata dapat menggambarkan kepiluan dan kekosongan ini. Sentuhan kasih sayangnya terhadap ahli-ahli parti tiada taranya. Masih tergambar bagaimana mudahnya Ustaz ditemui di gerai-gerai makan ketika muktamar PAS berlangsung oleh orang kebanyakan, dan mudahnya menyambut sapaan rakyat bawahan di mana saja.
Benar, dan benar sekali, Ustaz Fadzil adalah pemimpin berjiwa rakyat, menyelami denyut jantung kepedihan rakyat dan bersedia memberi tunjuk ajar bagi ahli-ahli parti parti mengharungi perjuangan yang masih panjang ini.
Kesederhanaan Ustaz Fadzil banyak diperkatakan bukan saja oleh pendokong jamaah Islam tetapi juga seteru politiknya. Sikap ramah dan kebapaannya membuatkan bukan saja pimpinan PAS yang mendapat asuhan terus darinya sebak mengenangnya, tetapi rakyat biasa yang sesekali dapat berjumpanya pun tidak dapat melupakan.
Seorang pembantu rapatnya memberitahu, dalam keadaan sakit sekalipun, sewaktu membuat pemeriksaan di hospital, Almarhum tetap beratur panjang, seperti pesakit lain juga, untuk mendapatkan ubat. Malah seorang kerani Telekom di Alor Setar, melihatkan Almarhum berdiri dalam deretan untuk membayar bil telefon, langsung mengisi borang keahlian PAS.
Bagi petugas di Pejabat Agung PAS, menyantuni Ustaz Fadzil adalah pengalaman berharga yang akan menjadi lipatan kenangan sampai bila-bila. Sebelum menyewa rumah khas, Almarhum kerap tidur di ibu pejabat parti ataupun pejabat Harakah. “Selalu sangat Ustaz Fadzil tidur di atas sofa di pejabat agung. Dia tak mahu menyusahkan orang lain,” kata seorang aktivis parti.
Bagi sesiapa yang sering berkunjung ke Jalan Pahang Barat, tidak sukar untuk menyapa Ustaz Fadzil di Restoran Haslam ataupun gerai Kak Ros (tapak Hospital Tawakal sekarang) di depan Harakah. Dengan nada suaranya yang agak perlahan, namun gurau senda dan cerita lucunya mudah mencetuskan keceriaan berpanjangan. Kita tidak merasa terasing atau kekok meskipun baru pertama kali berdepan dengannya. Kemesraan cukup mudah berputik.
Jika menerima undangan, Almarhum pasti tidak mengecewakan meskipun dalam keadaan uzur. Misalnya, ketika saya melangsungkan majlis perkahwinan di Kampung Raja, Kubang Pasu, tahun 1991, walaupun dalam keadaan sakit dan saya langsung tidak mengharapkannya datang, namun, pada petang hari kenduri, Almarhum tiba-tiba muncul.
Wajahnya menggambarkan keuzuran yang ditanggungnya. Bersama dua tiga orang lagi dari Pejabat PAS Kedah, Ustaz Fadzil langsung terus ke dalam rumah. Rupanya untuk duduk bersila pun Almarhum tak mampu, tetapi jamuan tetap dijamahnya walaupun saya kira menu juadah pantang bagi penyakit kroniknya.
Teman rapatnya, Allahyarham Cikgu Mustafa Long menceritakan bagaimana dia dan Ustaz Fadzil menghadiri 21 kenduri di Bukit Raya -- kerusi Dun yang diwakilnya bermula pada 1982 -- dalam masa satu hari! "Ustaz, kalau nak pi lagi kenduri di Bukit Raya, tak payah ajak saya lagi, penat sungguh, tak laratr betoi," kata Cikgu Pa kepada Ustaz Fadzil, yang menyambutnya dengan gelak saja.
Mengimbas beberapa peristiwa besar yang dilalui PAS di zamannya, jelas Almarhum tidak takut untuk "bereksperimen" dan tidak gopoh berdepan kesulitan. Sememangnya dalam konteks gerakan Islam sejagat, pengalaman Malaysia adalah unik dan tersendiri jika mahu dibandingkan dengan harakah Islam yang lebih berpengalaman, misalnya Ikhwanul Muslimin di Tanah Arab ataupun Jamaat Islami di India, Pakistan.
Almarhum bijak mengatur rentak dan tempo, menggauli pengalaman dan sejarah silam, bersama rencah real politik yang serba mencabar. Sesungguhnya tidak mudah PAS mahu keluar ke persada arus perdana politik negara setelah hampir berjaya cuba dipinggirkan pada 1986, selepas hanya menang satu kerusi Parlimen di Pengkalan Chepa. Tok Guru Nik Aziz yang berpindah ke Bachok turut kecundang. Sebuah majalah di Indonesia meletakkan tajuk yang agak sinis buat PAS: “Menang satu kerusi untuk tubuh Negara Islam.”
Lebih awal dari itu, selepas Dato' Asri Muda meletakkan jawatan, tanda bermulanya era kepemimpinan ulamak, Almarhum merupakan antara arkitek utama mengemudi “PAS baru”. Pada hemat saya, seolah-olah berlaku satu revolusi dalam PAS, apabila bukan sahaja kepimpinan bertukar, tetapi penekanan dan pendekatan perjuangan, malah roh jamaah Islam itu dimantapkan dengan idealisme baru yang lebih suci. Dan tonggak utama PAS era baru ini, di belakang Yang Dipertua Agung, Almarhum Yusuf Rawa adalah Ustaz Fadzil.
Pengalamannya berdepan cabaran besar semasa mengemudi PAS Kedah juga cukup menarik, terutama dalam kes Lubuk Merbau yang mengakibatkan seorang petugas pilihan raya kecil PAS terbunuh, dan juga peristiwa berdarah Memali.
Pada 1982, Ustaz Fadzil menunjukkan hemah yang tinggi ekoran perpecahan dalam PAS. Walaupun PAS Pusat mencadangkan Almarhum menjadi Pesuruhjaya Negeri menggantikan Dato' Abu Bakar Umar (yang berada bersama Dato' Asri), Ustaz Fadzil mengunjunginya meminta mengambil semula jawatan itu. Sebaliknya Allahyarham Abu Bakar menolak dan memberi restu kepada Ustaz Fadzil sebagai pesuruhjaya baru.
Dalam kesederhanaan dan gurau sendanya, Almarhum cukup serius dengan agenda perubahan. Saya cuba mahu mengungkapkan bagaimana beberapa pendekatannya berdepan real politik negara kadang-kadang disalah tanggap, misalnya ketika menghulur persahabatan dengan Tengku Razaleigh selepas pengharaman Umno 1988 dan episod pemecatan Anwar, sepuluh tahun selepas itu, 1998.
Berbeza dengan tanggapan sesetengah pihak yang mengandaikan Almarhum tidak merujuk terlebih dahulu dengan pimpinan parti ketika membuat keputusan penting, termasuk untuk menghadiri syarahan perdana isu Palestin bersama Dr Mahathir Mohamad, lebih kurang sebulan sebelum kematiannya, saya dalam diam mengharapkan agar Ustaz Fadzil lebih banyak bertindak atas kapasiti dan kebijaksanaannya sebagai Presiden. Ada kalanya, aksi-aksi politik memerlukan langkah proaktif yang tangkas dan segera.
-----
Artikel ini pertama kali disiarkan selepas beberapa hari Ustaz Fadzil meninggal dunia pada 23 Jun 2003.
Suara hati penyokong PAS
Ahmad Lutfi Othman, | 05 Jul 2013 |
"Kita memang patut teruskan bantahan terhadap SPR dan lebih bertegas mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya meletakkan jawatan, tetapi jangan lupa pula bahawa masih banyak yang perlu dilakukan untuk memantapkan lagi parti, terutama di kawasan majoriti Melayu," kata seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai aktivis PAS dari Johor. Beliau datang berkumpulan, bersama lebih 20 rakan yang mahu Parti Islam terus diperkasakan, dengan disiplin ahli-ahli yang lebih ketat.
"Eloklah dalam tempoh empat atau lima tahun ini, terutama untuk dua tahun pertama," tambah rakannya yang kelihatan lebih muda, mungkin dalam usia awal 20-an, "kita perbetulkan apa yang silap, koreksi kelemahan diri, periksa mengapa sokongan pengundi Melayu masih terbatas. Ia bukan hanya menyentuh PAS tetapi juga rakan-rakan dalam Pakatan. Persepsi negatif pengundi juga disebabkan oleh kenyataan dan tindakan kita sendiri."
Beliau sempat membisikkan rasa terganggu dengan situasi menjelang muktamar PAS, November ini. "Tapi lebih elok bersaing secara sihat dalam pemilihan kali ini, daripada berbalah dekat PRU14 nanti," katanya, ketawa kecil. "Saya nampak ada bibit-bibit perpecahan disebabkan isu-isu yang ditimbulkan agak personal dan kontroversial," sambungnya, perlahan.
"Biasalah," pintas saya, "PAS sebuah parti besar, ahli-ahlinya mewakili masyarakat yang lebih kompleks, kita patut lebih profesional menguruskan perbedaaan pendapat dan kemajmukan idea. Kalau nak menang, PAS tidak boleh terpisah daripada kerencaman dalam negara kita, itu belum kira Sabah dan Sarawak lagi."
Seorang anak muda dari Jerlun, beria-ia meminta pendapatnya, terutama mengenai kekalahan Pakatan di Kedah, dapat dikongsi bersama dengan pembaca kolum ini. Walaupun menyedari saya agak keletihan selepas berjalan lebih 2km, dan terpaksa mencari tempat duduk di tengah pembahagi jalan, dia tetap bersemangat untuk "mempengaruhi" saya.
"Kita sepatutnya lebih menumpukan fokus untuk membina dan membangunkan insan di Kedah sepanjang lima tahun berkuasa, seperti yang ditunjukkan Tok Guru Nik Nik Aziz di Kelantan selama lebih 23 tahun. Saya tak pasti apakah surau dan masjid dapat diimarahkan sebaiknya sejak 2008," ujarnya.
"Saya rasa kita sedikit terabai dalam aspek tarbiyah, untuk memperkukuhkan kesinambungan parti, terutama bagi memastikan anak-anak ahli PAS tetap menyokong perjuangan kita. Nampak agak kurang program ke arah itu, yang banyak ditekankan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor dulu," tambahnya, sambil mengharapkan tidak wujud sikap saling menyalahkan di atas kemenangan BN di Kedah pada PRU13 lalu. Beliau tetap mengkagumi Ustaz Azizan Abd Razak dan realistik dengan sumbangan besarnya.
Semasa saya berjalan balik dan menunggu kereta yang dipandu anak saya, berhampiran Bank Negara, tiba-tiba seorang sahabat lama muncul. Beliau pernah bersama-sama memeriahkan alam kampus pada 1980-an dan kini seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Setelah bertanya khabar dan berkongsi pandangan mengenai keputusan PRU13, dia meluahkan kebimbangan: "Aku risau dengan anak-anak muda yang bersemangat menuntut perubahan, bersedia mempertaruhkan masa depan, komited dengan idealisme, tetapi nampak macam tidak begitu rapat dengan PAS. Kenapa ya?"
Sebelum saya menjawab, dia mempersoalkan prestasi dan nasib Parti Islam di Indonesia. "Kau mungkin lebih tahu tentang PKS, mengapa banyak sangat kes negatif yang melandanya sedangkan satu ketika dulu PKS nampak cukup berpotensi? Benarkah mereka tidak tahan uji dengan sedikit kuasa yang dipinjamkan?"
"Aku harap PAS tak begitu, 'kan?" katanya sambil tersenyum. "Alhamdulillah, aku perhatikan kawan-kawan lama dalam PAS masih berprinsip. Harapnya, ahli-ahli Parlimen PAS, terutama yang baru, rajin buat kajian, tekun menelaah, dan ada jaringan yang kuat dengan sumber maklumat. Orang lebih puji seorang dua bintang dalam KeADILan dan DAP, dan tak sebut pun dari PAS ... kena ambil perhatian berat itu."
Saya cuba mengajaknya ke sebuah restoran nasi kandar di Jalan Tunku Abdul Rahman, untuk melanjutkan perbincangan pada petang Sabtu itu, terutama untuk menjawab kerisauannya tentang PAS, tetapi dia mengelak. Ada majlis yang penting yang mesti dihadirinya sebelum jam 6 petang. Saya terpaksa menyimpan dahulu jawapan di atas persoalannnya itu ....
Morsi: Dipilih secara demokratik, diturun secara jijik
Nahar Md Nor, | 05 Jul 2013 |
Ketika
Mubarak diguling oleh rakyat Mesir dan mereka tercari-cari bakal
Presiden Mesir yang baru, Majlis Syura Ikhwan Muslimin (IM) telah
membuat keputusan untuk tidak terlibat dalam pemilihan bagi mengisi
kekosongan kerusi Presiden tersebut. Sebaliknya IM menyatakan bahawa
mereka ingin terlibat dalam membangunkan kembali Negara Mesir dengan
secara aktif terlibat di Parlimen bagi membentuk dasar-dasar dan
polisi-polisi yang akan menguntungkan rakyat Mesir.
Dalam pilihanraya Parlimen Mesir yang pertama selepas kejatuhan Hosni Mubarak , Freedom and Justice Party (FJP), sayap parti politik IM, telah memenangi jumlah kerusi tertinggi. FJP telah memenangi 235 kerusi daripada 498 kerusi yang dipertandingkan. Ini merupakan penguasaan 47% daripada keseluruhan kerusi Parlimen.
IM telah mengambil pendekatan yang sederhana seperti yang yang dituntut oleh Islam. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan banyak membimbing umat dan amat bersifat inklusif. Antaranya adalah bahawa mereka akan bekerjasama dengan semua parti untuk sama-sama membangunkan negara Mesir baru. Pada ketika itu penulis telah berpeluang untuk mengadakan temuramah dengan salah seorang Naib Murshid Am IM, Dr Mahmoud Ezzat yang telah melakukan lawatan ke Malaysia pada bulan Januari 2012. Artikel tersebut telah disiarkan oleh Malaysia Harmoni: http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/pandangan/1467
Hasrat IM untuk tidak terlibat bagi mengisi kerusi Presiden Mesir ini telah mendapat pelbagai reaksi rakyat Mesir termasuk anggota dan pimpinan IM sendiri. Antaranya adalah anggota Majlis Syura IM pada masa itu, Dr. Abdel Moneim Aboul Fotouh yang telah secara terbuka membantah keputusan tersebut. Beliau berpandangan tindakan IM tersebut adalah tidak progresif dan melangkah ke belakang. Beliau akhirnya dipecat keanggotaannya dalam IM.
Walaubagaimanapun apabila pilihanraya Presiden semakin hampir, atas keperluan dan tuntutan semasa, IM telah merubah keputusan awalnya dan kemudiannya bersetuju untuk menghantar calon untuk bertanding. Melalui FJP, IM telah menghantar dua calon iaitu Dr Khairat Al-Shater dan Dr Muhammad Morsi sebagai calon tambahan kerana dirasakan bahawa kemungkinan besar Dr Khairat Al-Shater tidak akan melepasi penapisan kelayakan untuk bertanding dan itulah yang berlaku.
Akhirnya seperti yang kita maklum Dr Morsi telah memenangi pilihanraya tersebut dan telah menjadi Presiden Mesir yang pertama dalam sejarah Mesir yang dipilih melalui pilihanraya yang bebas dan adil.
IM dan Dr Morsi dari awal lagi memang maklum tentang cabaran besar yang akan dihadapi bagi membangunkan Mesir kembali setelah puluhan tahun di bawah pemerintahan diktator. Namun mereka berasa bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas kepimpinan ini. Dengan hutang yang banyak dan sistem yang korup tentulah tidak mudah bagi seorang Presiden yang baru dilantik untuk mengemudi negara yang penuh berkat ini.
Secara umum, pendekatan Morsi masih bersifat inklusif; mengajak pelbagai pihak untuk sama-sama berperanan membangunkan Mesir. Morsi telah membuka ruang demokrasi yang luas. Umpamanya media massa dibebaskan dan rakyat dibenarkan berhimpun secara aman. Detik-detik ini mengingatkan kita tentang peranan Bapak BJ Habibie yang mengambil alih kepimpinan Indonesia setelah Suharto dijatuhkan. Habibie telah memainkan peranan membuka ruang demokrasi di Indonesia dengan membebaskan media dan suara rakyat, walaupun akhirnya beliau terpaksa melepaskan jawatan sebagai Presiden Indonesia.
Walaubagaimanapun banyak langkah-langkah yang ingin diambil oleh Presiden Morsi telah menghadapi halangan oleh pelbagai pihak dan institusi yang telah lama bertapak di era Mubarak. Barangkali kita boleh bandingkan dengan kepayahan yang dihadapi oleh kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia yang diambil alih oleh Pakatan Rakyat apabila mahu melakukan reformasi dan membangunkan negeri-negeri tersebut. Terlalu banyak halangan oleh pelbagai pihak dan institusi yang telah lama berakar pengaruhnya.
Kita tidak mengatakan bahawa Morsi tidak punya kelemahan. Malah beliau sendiri mengakui ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Namun kekurangan atau kelemahan tersebut tidak sama sekali boleh dijadikan alasan oleh mana-mana pihak untuk mengguling beliau dengan jalan yang sangat jijik ini.
Mereka yang berpegang kepada nilai yang luhur dan menghargai kebebasan, keadilan dan urus tadbir yang baik akan mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan pihak tentera dan semua yang terlibat dengannya untuk merampas kuasa daripada Presiden Morsi yang telah dipilih oleh rakyat dalam pilhanraya yang bebas dan adil.
Namun yang sangat memalukan adalah golongan yang kononnya memperjuangkan demokrasi dan kebebasan telah bersekongkol dengan pihak tentera bagi menjatuhkan Presiden dengan cara yang sangat jijik dan tidak demokratik. Kredibiliti mereka sebagai pejuang demokrasi dan kebebasan kini dipersoalkan. Malah ramai yang berasa amat pelik bagaimana seorang yang pernah terlibat dengan gerakan Islam seperti Dr. Abdel Moneim Aboul Fotouh boleh bersama-sama dengan golongan yang merampas kuasa secara jijik ini. Ada yang menyatakan bahawa apabila seseorang itu tersisih atau menyisihkan diri dari gerakan Islam maka akan banyak tindakan-tindakan yang tidak wajar akan terus dilakukannya. Moga kita terpelihara dari termasuk dalam golongan ini!
Pada masa artikel ini ditulis Presiden Morsi dan IM serta FJP tidak menguasai kerajaan Mesir lagi. Namun dunia akan terus mengiktiraf bahawa Morsi dan IM berada di pihak yang mendokong dan menghormati demokrasi manakala pihak liberal yang kononnya memperjuang keadilan dan kebebasan telah menginjak-injak demokrasi dan bersekongkol dengan pihak tentera bagi mengguling presiden yang dipilih secara sah oleh rakyat. Tambahan pula Morsi seringkali menyeru mereka untuk mengadakan dialog dan sama-sama berbincang bagi membangunkan Mesir.
Adalah dipercayai bahawa IM akan terus memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan Mesir. Dengan jumlah penyokong yang ramai turun ke jalanraya, malah diberitakan lebih ramai daripada yang berhimpun menentang Morsi, tentunya kekuatan IM akan banyak menentukan hala tuju Mesir.
Walaupun ramai yang membuat telahan bahawa IM akan ditekan oleh pemerintah Mesir yang seterusnya namun ada pula yang berpandangan bahawa pada zaman dunia tanpa sempadan ini perkara ini tidak semudah dahulu untuk dilakukan. Mereka yang sememangnya memperjuangkan kebebasan dan keadilan akan tentunya membantah. Malah ada maklumat yang mengatakan bahwa ada kalangan daripada Gerakan Pemuda 6 April, yang berperanan besar menjatuhan Mubarak, yang pada mulanya bersama kumpulan yang menentang Morsi di Dataran Tahrir telah bertukar menjadi penyokong Morsi setelah melihat sikap penentang Morsi yang berlagak samseng serta bersekongkol dengan pendokong-pendokong Mubarak dan tentera.
Sudah tentu IM akan terus mempertahankan sikap sederhana dan adil dalam tindakan-tindakan seterusnya kerana ini adalah tuntutan Islam. Pendekatan aman dan non violent yang selama ini menjadi pegangan IM sudah pasti akan diteruskan. Pengalaman memerintah Mesir, walaupun hanya satu tahun, tentunya merupakan pengalaman yang sangat berharga. Ramai yang menelah bahawa peristiwa rampasan kuasa oleh tentera ini hanyalah satu detik sementara sebelum demokrasi mencapai kementangan di Mesir. Mereka telah mengihirup suasana bebas selepas Mubarak tumbang tentu akan bangun menentang sekiranya pemerintah seterusnya mengambil sikap kuku besi seperti Mubarak.
Bahkan yang lebih penting adalah Islam yang membawa kebenaran dan keadilan yang sebenar sudah tentu akan terus berkembang kerana ia mempunyai PENJAGA yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa!
Penulis adalah Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan IKRAM Malaysia.
BETUL seperti yang ditulis oleh Selena Tay dalam Harakah harga barang makanan naik melambung selepas PRU13.
Dia menyebut tentang bawang merah di sekitar Kepong yang sekitar RM8 sekilogram sebelum 5 Mei sudah jadi RM13 sekilogram selepas pilihan raya.
Saya pernah menulis tentang kedai runcit dekat rumah saya. Sebelum pilihan raya pekedai itu berbelanja kurang dari RM2,000 sehari untuk melengkap barang jualannya. Sekarang dia terpaksa berbelanja RM3,000 sehari untuk membeli barang jualan yang sama dengan kuantiti yang sama.
Dia tidak lagi boleh jual dengan harga yang sama.
Pendapatan kami tidak bertambah. Cili yang seringgit separuh dari yang dibeli dulu. Untuk beli pisang sebanyak yang dibeli dulu, kena bayar hampir sekali ganda sekarang.
Dalam seminggu dua tiga petang saya membeli pisang goreng. Ia kegemaran dua cucu yang baru bersekolah. Dulu saya beerbelanja RM3 sekali beli untuk semua keluarga. Sekarang dengan lima ringgit sudah tidak sebanyak dulu.
Penjual itu tidak salah sebab dia dapat bekalan dengan harga yang baru.
Saya tidak fikir ia berlaku di Kuala Lumpur saja. Ia juga dipercayai berlaku di Kuala Besut yang akan menghadapi pilihan raya kecil tidak lama lagi. Adakah pengundi di Kuala Besut sedar kenaikan yang mendadak dan adakah mereka sudah mengalaminya?
BRIM RM500 sebelum PRU dulu bealum tentu diberi lagi dalam masa beberapa bulan ini. Duit sebesar itu tidak dapat menampung keperluan tambahan harga barang bagi tempoh dua bulan. Sebulan pun tidak berapa cukup.
Kita tidak tahu apa yang kerajaan dapat buat untuk membantu pengundi membeli barang keperluan dalam tempoh yang terdekat?
Kenaikan itu sudah diduga sebelum PRU itu. Kalau BN berkuasa lagi harga barang tidak dapat disekat dari naik. Sementara beberapa bulan kempen itu dapat pula dihalang kenaikannya. Tetapi bila ia menang semula, barang pun naik mendadak.
Oleh kerana wujud kesebokan bantahan SPR dikatakan membantu penipuan pilihan raya, maka kerajaan dapat mengelakkan orang bising tentang kenaikan harga mendadak itu.
Hal ini kena hebahkan kepada pengundi Kuala Besut. Pengundi PRK boleh gunakan kecerdikan mengundi calon pembangkang bagi menekan kerajaan memberi perhatian kepada kenaikan semua barang itu. Belum tentu harga itu boleh diturunkan seperti dulu kiranya calon BN kalah. Tetapi kalau ia kalah, ia akan memikirkan untuk melakukan sesuatu, sekurang-kurangnya dihalang ia dari naik lagi.
Pada masa ini, jika ia tidak dinaikkan lagi adalah yang terbaik. Kita tahu kerajaan yang ada tidak dapat menurunkan yang sudah naik. Dan adalah diragukan ia dapat menghalang kenaikan lagi.
Jika dibiarkan nak jadi kepada kita semua kerana kerajaan sudah tidak boleh ditukar dalam masa lima tahun ini.
Tetapi kerajaan yang lemah ini boleh diajar dengan mengalahkan calon BN di Kuala Besut. Soal siapa hendak memerintah Terengganu sekarang tidak lagi penting sangat. Jika BN menang semula, ia tidak menjadikan kerajaan yang ada itu kuat sangat. Jika ada mati lagi selepas ini, kekalutan yang sama akan berulang lagi.
Harapan semua rakyat di seluruh negara adalah kepada pengudi Kuala Besut sekarang. Perubahan di Kuala Besut dapat membantu masalah rakyat di seluruh negara yang menghadapi kenaikan harga barang itu menjadi perbincangn panas. Kenaikan itu dirasa oleh semua.
Kebanyakan orang tidak peduli kes Altantuya. Tapi barang naik melambung menyakit dan mencekik semua orang. Undi orang Besut bukan sekadar kerana kepenting mereka saja, bahkan ia adalah kepentingan sekalian rakyat yang tertindas.
MOHAMED Mursi Isa’ al-Ayyat lahir pada 20 Ogos 1951 di al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.
Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.
Mursi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.
Selepas itu, Mursi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.
Dakwah dan Politik
Mursi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).
Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.
Penjara dan Penangkapan
Mursi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.
Beliau pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Mursi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.
Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Pengundi Kuala Besut Mesti cerdik
Subky Latif, | 05 Jul 2013 |

JOM KITA KENALI SIAPA DIA PRESIDEN DR MOHAMED MORSI AL HAFIZ YANG DIGELAR TV3 SEBAGAI DIKTATOR!!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan