Kenapa semakin ramai kunjungi TG Nik Aziz?
Salmah Mat Husain, | 03 Jul 2013 |
Dengan situasi itu, hampir setiap hari rombongan pelancong luar akan ke Masjid Pulau Melaka tidak kurang tiga hingga lima buah bas sehari, khususnya pada hujung minggu, tidak termasuk kenderaan individu yang datang berkonvoi untuk tujuan yang sama.
Perkara itu diakui sendiri isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, ketika ditemui petang semalam di JKR 10 untuk menyelami perasaannya selepas Tuan Guru bersara sebagai Menteri Besar.
Menurutnya, walaupun Tuan Guru hanya Adun biasa, namun masjid dan kediamannya sering dikunjungi orang ramai termasuk masyarakat luar untuk bertemu dengan Tuan Guru.
“Kalau era 90-an ketika mula menjadi Menteri Besar, mereka datang bertemu Tuan Guru hanya pada majlis-majlis tertentu, kalau ada rezeki sempat bertemu.
“Tetapi sekarang mereka bertemu di rumah atau di masjid tanpa protokol,” ujarnya.
Katanya lagi, memandangkan kehadiran orang luar begitu ramai, hanya masjid sahaja menjadi ruang untuk bertemu.
Tegasnya, rumahnya yang agak sempit tidak mampu menampung kehadiran orang ramai pada satu-satu masa, apa lagi dengan rombongan bas sehingga lima buah sehari.
Katanya, jika diminta Tuan Guru khususnya ada rombongan berkenaan terdiri daripada muslimat, beliau juga akan turun di halaman rumahnya bersama-sama Tuan Guru.
Sabariah ketika ditemui mengakui walaupun beliau tidak lagi menjadi isteri kepada seorang Menteri Besar, namun tugasnya masih seperti dahulu.
“Sentiasa sibuk, sering menghadiri majlis, kadang-kadang ganti Tuan Guru kalau dia tidak sempat hadir atau keletihan,” ujarnya.
Beliau juga turut memberitahu, selagi hidup perjuangannya tetap untuk Islam, membantu kerajaan negeri dan parti.
Tuan Guru dan Sabariah kini mempunyai 59 orang cucu dan dua orang cicit.
Korek pasir: Pembangkang Selangor dibidas lagi
Harakahdaily, | 03 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR:
Pembangkang di Dewan Negeri Selangor (DNS) sekali lagi dibidas
gara-gara sengaja menutup fakta berkenaan kelemahan pentadbiran Umno BN
yang dahulu.
Kali ini mengenai isu perlombongan pasir yang dikatakan mencemarkan alam sekitar.
Shahrum Mohd Sharif (BN-Dengkil) berterusan menuduh kegiatan perlombongan pasir di era pentadbiran Pakatan Rakyat yang didakwa tidak terkawal, lapor Selangorku.
Ini mendapat perhatian Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda) yang menempelak Shahrum dengan berkata kegiatan melombong secara tidak terkawal sudah berlaku dengan berleluasa di era pentadbiran BN sebelum 2008.
Shuhaimi juga berkata isu itu sudah pun beberapa kali dijelaskan dengan bukti baik di dalam DNS mahupun menerusi media.
“Lombong yang besar ini ditinggalkan oleh BN, kita cuma nak betulkan. Tak payah tunggu Menteri Besar jawab, saya boleh jawabkan.
“Pasir kita korek jauh lebih kecil berbanding BN, tetapi hasilkan pendapatan yang jauh lebih besar dari BN,” kata Shuhaimi ketika mencelah ucapan Shahrum di dalam sidang DNS di Shah Alam, semalam.
Pakatan juga, selepas mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri, terpaksa membendung kegiatan yang memusnahkan alam sekitar itu dengan usaha bersungguh-sungguh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak berkuasa lain.
Perkara itu akhirnya turut diakui oleh Shahrum apabila beliau menyedari bahawa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berjaya mengumpul hasil jutaan ringgit dari saman yang dikenakan terhadap pelombong haram.
Shuhaimi juga berkata hasil perlombongan pasir di Selangor hanya merupakan lima peratus dari pendaptan negeri dan bukanlah sumber utama pendapatan seperti yang didakwa Umno BN.
Shahrum yang gagal menepis fakta yang dikemukakan Shuhaimi selepas itu mula berdalih dengan memberikan alasan sekadar untuk memberi pengetahuan kepada Adun-Adun baru yang baru pertama kali menyertai persidangan.
Kelmarin, Ketua Pembangkang Datuk Shamsudin Lias dibidas kerana tidak dapat menjelaskan mengenai fasal mana dalam Perlembagaan Negara dan undang-undang yang menghalang rakyat daripada melakukan protes terhadap keputusan PRU13 lalu.

BR1M: RM500 boleh makan setahun RM1,200 hanya 2 bulan
Harakahdaily, | 03 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Pada
23 Febuari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
dengan bangganya memaklumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak
RM500 cukup untuk rakyat makan setahun.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan.
Menurutnya, dengan RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain.
“Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo, minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi.
“Maknanya, kalau kita hendak beli makanan untuk kita dan keluarga kita cukup untuk 12 bulan yang akan datang. Inilah kerajaan yang membela rakyat, kerajaan Barisan,” ujarnya pada Majlis Pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu.
Berlainan pula dengan jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sewaktu menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew di Dewan Rakyat, Isnin lalu.
Katanya, kalau tiba BR1M RM1,200, bermakna untuk orang kampung, kerajaan membantu dua bulan belanja hidup mereka, 10 bulan lagi mereka cari sendiri.
Berikut ialah petikan jawapan Ahmad.
Beginilah ya, kita ingin membantu rakyat. Kaedah membantu rakyat ini ada dua kaedah. Kaedah yang pertama ialah membantu secara mereka tidak sedar. Saya sudah bacakan tadi secara subsidi dan sebagainya. Ini ialah bantuan yang kita beri terus kepada rakyat. Kebaikan BR1M ini jika dibanding dengan hasrat pembangkang, dia hendak mansuhkan BR1M. Pembangkang kata lebih baik kalau digunakan wang BR1M itu untuk menurunkan harga petrol.
Akan tetapi, satu perkara yang penting dari segi BR1M ini ialah ia menumbuhkan dan memesatkan pertumbuhan ekonomi setempat. Itu yang penting. Ini kerana daripada Perlis sampai ke Sabah, kedai runcit laku. Segala jenis pasar laku. Pasar malam, pasar lambak, pasar tani, pasar apa lagi ada? Ya, semua sekali laku. Jadi, semua sekali itu meningkatkan pertumbuhan ekonomi setempat. Itu yang amat penting.
Ini kerana orang yang dapat BR1M RM500 dan RM250 ini dia tidak simpan duit itu dalam bank. Dia akan membelanjakan BR1M itu. Kalau tiba BR1M RM1,200, ini bermakna untuk orang kampung, kerajaan membantu dua bulan belanja hidup mereka. 10 bulan lagi mereka cari sendiri sebab RM600 sebulan cukup untuk membiayai kehidupan satu keluarga di kampung. Soalan tentang data statistik dan sebagainya itu kemudian lah.

Gambar rally penyokong dan penentang Morsi
http://wasukalu.blogspot.com, | 03 Jul 2013 |
Mesir gelora lagi - Gambar dan video rally penyokong dan penentang Morsi di Kaherah
Diberitakan lapan juta penyokong Morsi
turun menyertai rally bagi menunjukkan kekuatan bagi menyaingi rally
penentang Morsi. Keinginan penentang untuk mendesak Morsi meletakkan
jawatan tidak kunjung padam. Mereka terus mendesak dengan pelbagai
tindakan yang didalangi puak-puak sekular, syiah dan yahudi.
Rally yang menyaksikan lima orang maut itu memaksa pihak berkuasa menggunakan sukarelawan Ikhwan yang memakai kelengkapan (belantan dan perisai) polis membantu mengawal keselamatan.

Adakah Azeez dilantik kerana cium tangan Rosmah?
Harakahdaily, | 03 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR:
Tindakan Perdana Menteri melantik Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul
Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru terus
menimbulkan persoalan dan menjadi perbualan ramai.
“Di blog dan laman-laman sosial, baik yang pro Umno mahukan pro pembangkang, perlantikan Azeez itu bukan saja mengundang kecaman dan kritikan, malah dijadikan bahan lawak dan momokan ramai,” tulis pemerhati politik, Shahbudin Husin di dalam blognya, http://shahbudindotcom.blogspot.com.
Menurutnya, gambar Azeez mencium tangan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor menjadi topik perbualan paling hangat seolah-olah pelantikan beliau itu lebih bersandarkan kepada kekerapannya mencium tangan Rosmah dan bukannya berdasarkan kelayakan ataupun pengalaman yang dimilikinya.
Berikut tulisan penuh beliau.
Tindakan Najib melantik Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru terus menimbulkan persoalan dan menjadi perbualan ramai. Tidak saja Mahfuz Omar dari Pas dan Nurul Izzah dari PKR yang mempertikaikannya serta menuntut penjelasan Perdana Menteri tentang kriteria perlantikan seseorang sebagai Pengerusi GLC, bahkan rakyat pelbagai peringkat terus bercakap mengenainya.
Di blog dan laman-laman sosial, baik yang pro UMNO mahukan pro pembangkang, perlantikan Azeez itu bukan saja mengundang kecaman dan kritikan, malah dijadikan bahan lawak dan momokan ramai.
Gambar Azeez mencium tangan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor menjadi topik perbualan paling hangat seolah-olah perlantikan beliau itu lebih bersandarkan kepada kekerapannya mencium tangan Rosmah dan bukannya berdasarkan kelayakan ataupun pengalaman yang dimilikinya.
Jika dibandingkan perlantikan Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji dengan beberapa perlantikan lain yang dibuat oleh Najib, memang wujud tanda-tanya besar terutama mengenai kriteria, kelayakan dan kaitan wibawa seseorang itu dengan GLC atau agensi kerajaan yang diamanahkan kepadanya.
Azeez Rahim yang tidak sampai dua bulan menjadi Ahli Parlimen serta tiada pengalaman dalam dunia korporat, pengurusan serta perniagaan, telah dijadikan Pengerusi Tabung Haji, sebuah GLC yang mempunyai aset dan tabungan berbilion ringgit serta rangkaian perniagaan di seluruh dunia. Tabung Haji juga menjadi tabungan hampir semua umat Islam dan merupakan antara syarikat kebanggaan negara yang ditubuhkan oleh Prof Ungku Aziz bagi memudahkan umat Islam menunaikan rukun Islam kelima iaitu fardu haji ke Mekah.
Dr Latif Ahmad, Ahli Parlimen Mersing yang berpengalaman sebagai Exco Kerajaan Johor dan timbalan menteri, hanya diberikan jawatan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad atau SPNB, sebuah syarikat milik kerajaan yang tumpuan khususnya lebih kepada projek perumahan kos rendah dan memulihkan projek terbengkalai.
Berbanding dengan Tabung Haji, SPNB jauh lebih kecil walaupun Dr Latif seorang yang lebih berpengalaman serta berpengetahuan dalam politik dan pengurusan.
Annuar Musa yang difahamkan akan dilantik sebagai Pengerusi MARA adalah tokoh hebat dari Kelantan dan pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Pembangunan Luar Bandar. Kepandaiannya dalam mengurus menjadikan Persatuan Bolasepak Kelantan atau KAFA yang dikendalikannya kini menjadi kuasa baru dalam bolasepak negara dengan memenangi beberapa kejuaraan utama.
Tetapi beliau hanya diberikan jawatan Pengerusi MARA yang kini semakin mengecil peranannya dalam membantu orang-orang Melayu di bidang perniagaan serta pendidikan berikutan peruntukan kerajaan yang semakin dikurangkan tahun demi tahun. Lebih-lebih lagi setelah Kementerian Pembangunan Usahawan dihapuskan oleh Najib pada 2009 lalu, MARA seolah-olah sudah tenggelam peranannya dalam membantu usahawan-usahawan Bumiputera.
Berbanding dengan Tabung Haji juga, MARA ternyata lebih keci meskipun Annuar Musa yang bakal dijadikan Pengerusi agensi itu adalah individu yang cukup pengalaman dalam politik, pengurusan serta banyak membantu rakyat di pelbagai peringkat sebelum ini.
Syed Hamid Albar yang pernah menjadi peguam dan berpengalaman sebagai menteri di pelbagai kementerian, apabila digugurkan daripada kabinet pada 2009, hanya diberikan jawatan Pengerusi SPAD yang secara kasarnya hanya menjaga bas, lori dan teksi saja. Bahkan pelantikannya sebagai Pengerusi Tabung Haji sebelum ini telah ditarik balik walaupun sudah menerima surat perlantikan itu.
Syed Hamid Albar juga dikenali seorang yang berintergeriti tinggi dan wibawanya diketahui ramai di dalam dan di luar negara. Dibandingkan dengan Tabung Haji juga, SPAD jauh lebih kecil dan seolah-olah tidak padan seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan luas seperti beliau hanya ditugaskan menjaga bas, teksi dan lori saja.
Begitu juga dengan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan kini Ahli Parlimen Kubang Pasu, Johari Baharom yang dikhabarkan telah dilantik sebagai penasihat di JPM. Perlantikan beliau itu lebih kepada untuk memberi jawatan semata-mata sedangkan tiada peranan khusus walaupun pengalaman dan pengetahuannnya dalam politik dan kerajaan selama puluhan tahun sebelum ini sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk peranan yang lebih besar lagi.
Jika dibandingkan dengan Pengerusi Tabung Haji, jawatan sebagai penasihat di JPM ini hampir tidak memberi makna kerana belum tentu ada nasihat Johari yang mahu diterima-pakai oleh Najib yang diketahui sudah pun mempunyai ramai penasihat sebelum ini.
Semua perlantikan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa semakin tinggi pengetahuan, pengalaman dan wibawa seseorang itu, semakin tidak penting dan kecil agensi kerajaan, GLC atau jawatan yang akan diberikan kepadanya manakala mereka yang tiada pengalaman, malah kewibawaannya dipertikaikan akan diberikan tanggungjawab mengendalikan syarikat yang bernilai berbilion-bilion ringgit pula.
Dalam hal ini jika Tengku Razalegh Hamzah, seorang yang mempunyai wibawa, pengalaman dan pengetahuan yang lebih tinggi, pernah menjadi Menteri Kewangan, Pengerusi IMF, Pengerusi Bank Dunia dan pelbagai jawatan lagi serta berperanan menubuhkan Bank Bumiputra dan Petronas, mahu diberikan jawatan oleh Najib, barangkali jawatan yang akan diberikan hanyalah Pengerusi Persatuan Beca Se-Malaysia saja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan