Berapa kos operasi satelit Razaksat
Harakahdaily, | 10 Jul 2013 |
Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat (gambar) juga meminta menteri berkenaan menjelaskan bagaimana kerajaan mengukur dan memantau sama ada tahap kegunaan satelit Razaksat tersebut berada di tahap yang optimum.
Beliau mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Ahli-ahli parlimen PAS yang turut disenaraikan soalan mereka untuk dijawab lisan hari ini seperti di bawah.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah bentuk sumbangan Kerajaan Malaysia terhadap Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPP1M) dan hala tuju sebenar penubuhan yayasan tersebut.
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan apakah program-program yang telah dilaksanakan serta hasil yang telah diperolehi dalam memberikan ruang yang lebih kondusif kepada golongan belia untuk mengekspresikan idea yang bermanfaat.
Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan peratus tenaga kerja berpendidikan tertiari di Malaysia bagi tempoh 2010 hingga 2012.
Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan statistik jenayah minum arak, judi, bunuh, rompak, zina dan khalwat mengikut negeri dari tahun 2009 hingga 2012.
Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan masih berhasrat mengekalkan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (JPPK) yang telah diwujudkan sejak Kerajaan Negeri Kelantan diambil alih pemerintahannya oleh PAS daripada Barisan Nasional pada tahun 1990
Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi menyatakan:-
(a) berapakah jumlah perbelanjaan yang dibelanjakan oleh Kerajaan bagi menampung kos operasi satelit Razaksat.; dan
(b) bagaimana Kerajaan mengukur dan memantau sama ada tahap kegunaan satelit Razaksat tersebut berada di tahap yang optimum.
Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status pembinaan Hospital Shah Alam serta berapakah kos keseluruhannya setelah ditender kembali.
Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Menteri Kesihatan menyatakan peratus ubatan yang digunakan di hospital menggunakan ubatan generik (generic). Adakah pihak Kerajaan sedar keberkesanannya kurang memuaskan.
Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menzahirkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Parlimen sebagaimana yang wujud di hampir semua badan legislatif di seluruh dunia.
Kuala Besut: Pengundi boleh ubah fikiran
Khairul Azlam Mohamad, | 09 Jul 2013 |
Sehubungan itu, beliau meminta pemimpin Umno BN tidak mempergunakan senjata duit bagi membeli rakyat pada PRK itu.
Mengulas saranan Ketua Umnoi Besut, Datuk Seri Idris Jusoh agar PAS tidak bertanding pada PRK itu bagi meraikan kemenangan BN pada PRU13 lalu, beliau menegaskan kemenangan itu turut diragui.
Ini kerana, katanya kemenangan BN pada PRU13 bersadurkan penipuan serta manipulasi pelbagai pihak dalam kerajaan.
“Oleh kerana, kemenangan BN itu bersadur dengan penipuan, maka sehingga hari ini kita tidak melihat sebab kenapa kita hendak memperakui suatu kemenangan yang dia (BN) capai dalam PRU lalu kerana kemenangan mereka penuh dengan penipuan dan penyelewengan,” ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Kampung Tok Jiring, hari ini.
Katanya, kemenangan BN juga kerana manipulasi media, maklumat dan memanipulasi daftar pemilih SPR termasuk merasuah rakyat.
“Kita serah balik kepada rakyat untuk buat pilihan dan tidak mustahil jika rakyat (pengundi) akan bertukar fikiran untuk mengundi PAS,” ujarnya lagi.
Kugan: Keputusan Speaker boleh dipertikai
Hazayani Zakaria, | 09 Jul 2013 |
Beliau berkata, alasan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa usul berhubung kematian tahanan dalam lokap, A Kugan tidak boleh dibincangkan kerana bersifat subjudis tidak boleh diterima.
Ini kerana menurutnya, kes Kugan sudah selesai dibicarakan di mahkamah dan kerajaan belum memfailkan rayuan terhadap kes itu.
"Pengertian subjudis ialah apabila perkara itu masih dalam mahkamah lagi. Kes kugan telah selesai dan setakat ini pihak kerajaan belum memfailkan rayuan.
"Dari segi undang-undang, kes itu telah selesai sebab tak ada rayuan. Jadi apabila tidak ada rayuan perkara itu tak termasuk dalam subjudis.
"Saya pun bangkitkan, saya kata apa pengertian subjudis sebab di mahkamah atau di parlimen, pengertian subjudis itu sama sahaja," katany aketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Sebelum itu, Pandikar menolak cadangan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran agar isu Kugan dibincangkan atas alasan subjudis.
N Surendran mencabar keputusannya pada 1 Julai lalu, berhubung usul untuk membincangkan isu kematian dalam tahanan itu.
TV3 didesak mohon maaf gelar Morsi diktator
Harakahdaily, | 09 Jul 2013 |
Ketuanya Nasrudin Hasan berkata, tindakan stesen televisyen itu juga dilihat tidak wajar dan tidak berasas.
Menurutnya, Morsi telah dipilih secara sah melalui pilihan raya presiden tahun lalu.
Malah majoriti rakyat Mesir telah memilih dan menyokong Morsi sebagai presiden.
"Gelaran (diktator) ini senada dengan media Israel yang melabelkan Morsi sebagai diktator dan kuku besi.
"Saya harap TV3 menarik balik dan memohon maaf kepada dunia," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tegas Nasrudin lagi, TV3 sewajarnya faham bahawa Morsi dijatuhkan oleh tentera yang membuat rampasan kuasa dan bukan oleh rakyat sperti berlaku pada Hosni Mubarak sebelum ini.
"Saya juga akan menyerahkan memorandum dan bantahan kepada Kementerian Penerangan berhubung perkara ini," katanya.
PAS tawar pembangunan komprehensif di Kuala Besut
Salmiyah Harun, | 09 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR:
PAS menawarkan agenda pembangunan di Kuala Besut menggunakan wang
petroleum dengan lebih berkesan kepada semua lapisan masyarakat
sekiranya berjaya memenangi pilihan raya kecil (PRK) 24 Julai ini.
Pengarah PRK Kuala Besut, Datuk Husam Musa berkata, Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya namun rakyat negeri itu masih miskin dan keadaan ini juga sama seperti di Kuala Besut.
"Dengan kekayaan Terengganu itu wakil rakyat mewah tetapi rakyat masih berada di tahap yang sama. Rakyat bekerja kuat tetapi kemudahan mereka sebagai rakyat tidak diberikan secara berkesan," katanya ketika ditemui Harakahdaily.
Bahkan katanya, oleh kerana ruang pekerjaan yang tidak ada maka anak-anak muda tidak mempunyai pekerjaan yang tetap di samping pendapatan yang rendah sedangkan kos yang ditanggung membebankan mereka.
Husam juga mengingatkan para pengundi Kuala Besut agar bijak memilih pemimpin kerana ia bakal menentukan masa depan mereka.
"Kalau rakyat Kuala Besut terima wang semasa PRK, bila habis PRK maka habislah... tetapi kalau mereka pilih calon kita yang memperjuangkan tuntutan kekayaan yang menyeluruh serta berpanjangan yang akan dikongsi bersama-sama," katanya.
Justeru katanya, jika masa pilihan raya mereka mendapat duit daripada BN, maka lepas pilihan raya mereka akan dapat faedah berpanjangan jika mereka memilih PAS.
"jadi cadangan kita mana-mana bantuan daripada Umno yang masuk dalam PRK, rakyat boleh ambil supaya mereka boleh dapat faedah lagi untuk jangka panjang, tetapi mereka pilih PAS. Semua faedah mereka dapat," katanya.
PRK Kuala Besut dijadualkan akan berlangsung pada bulan puasa di mana penamaan calon pada 12 Julai manakala hari mengundi pada 24 Julai iaitu hari Rabu.

Penasihat kementerian: Apa rasional lantik bekas menteri
Salmiyah Harun, | 09 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR:
Pakatan Rakyat mempertikaikan pelantikan beberapa bekas menteri sebagai
penasihat di kementerian yang diberi jawatan sama taraf dengan menteri.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan itu termasuklah dua orang bekas menteri iaitu Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang masing-masing menjadi penasihat di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Katanya, pelantikan itu akan membebankan rakyat di mana mereka akan menanggung kos bayaran gaji yang tinggi kerana gaji mereka sama taraf dengan gaji menteri.
"Kalau Menteri Pelancongan tidak layak, tidaklah... tidak perlu ambil penasihat untuk kementerian," katanya dalam sidang media Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen tengah hari tadi.
Turut sama dalam sidang media Pakatan Rakyat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagaimanapun beliau terpaksa meninggalkan mesyuarat terlebih dahulu untuk mengumumkan calon PRK Kuala Besut pada malam ini.
Beberapa pimpinan PAS yang bersama dalam sidang media termasuklah Naib Presiden dan Setiausaha Agung, Datuk Husam Musa dan Datuk Mustafa Ali.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoalkan berapa juta ringgit yang akan dikeluarkan kerajaan untuk dibayar kepada pemimpin-pemimpin Umno BN pula selepas ini.
Sehubungan itu, Anwar menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tampil untuk menjelaskan rasionalnya melantik penasihat-penasihat itu.
Sebelum ini, Rais Yatim telah mengesahkan menerima pelantikan sebagai penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan yang bertaraf menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Beliau juga dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
"Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang menaruh kepercayaan untuk saya menjawat jawatan itu.
"Sebagai penasihat, tentu hal itu harus cermat dan mengambil kira pelbagai aspek dan elemen dalam memperjuangkan hal-hal sosial dan kebudayaan," kata Rais.

Pasar Payang: PAS minta campur tangan menteri
Hazayani Zakaria, | 09 Jul 2013 |
Selepas usul berhubung perkara tersebut ditolak Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu bulan lalu dan memorandum demi memorandum rakyat yang diserahkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said tidak dipedulikan, Raja Bahrin meminta Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri campur tangan.
"Saya meminta jasa baik Menteri untuk menasihatkan kerajaan negeri mengkaji semula pelaksanaan pembangunan semula Pasar Payang seperti mana penyelesaian isu "Jonker Street" di Melaka," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Pasar Payang juga mendakwa, kerajaan negeri seolah-olah ingin 'membunuh' sumber pendapatan para peniaga asal Pasar Payang.
Ini kerana katanya, apabila Pasar Payang baru dibina dengan bangunan tiga tingkat beserta tempat letak kereta bersebelahan hotel lima bintang, sudah pasti sewanya akan meningkat.
"Bila dibina bangunan baru berkonsepkan seperti Giant, Tesco dan sebagainya, sudah tentu sewa tinggi. Mampukah peniaga bayar sewa?
"Sedangkan bertahun-tahun peniaga mencari pendapatan di Pasar Payang. Warisan negeri ini merupakan sumber pendapatan rakyat yang memerlukan," katanya.
Tambah beliau, memorandum bantahan daripada 22 NGO juga pernah dibuat dan diserahkan kepada Perdana Menteri pada 23 Februari lalu sewaktu mengadakan lawatan di Pasar Payang dan Hentian Bas Kuala Terengganu.
Semalam, Raja Bahrin mempersoal tindakan merobohkan Pasar Payang sewaktu sesi penggulungan oleh Kementerian Pelancongan di Dewan Rakyat.
Respons kepada isu tersebut, Nazri berkata isu warisan negeri terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri dan Raja Bahrin seharusnya membangkitkan isu tersebut kepada Menteri Besar.
Namun beliau berjanji akan menghantar surat rasmi kepada Ahmad secepat mungkin berhubung perkara tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan