PAS bersama NGO Islam kecam rampasan kuasa di Mesir
Anis Nazri|Foto: Nasir Sudin, | 09 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini berarak dan berhimpun di Kedutaan Mesir di sini bagi menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa serta tindakan kejam tentera negara itu terhadap rakyatnya.
Himpunan bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari ini dengan mereka berkumpul berhampiran pusat membeli belah Ampang Point sebelum berarak ke bangunan kedutaan itu di Jalan Ru, Persiaran Ampang Hilir di sini.
Kira-kira 1000 peserta himpunan tersebut tidak menghiraukan hujan renyai-renyai yang mula turun sebelum perarakan ke kedutaan bermula dengan terus bergerak ke kedutaan.
Wakil PAS yang mengepalai perarakan tersebut termasuk Pengerusi Lajnah Antarabangsa Datuk Kamarudin Jaffar, timbalannya Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi serta AJK PAS Pusat, Khalid Samad.
Sebelum itu, mereka turut berucap bagi menyatakan sokongan terhadap Presiden Mesir, Dr. Mohamed Morsi yang digulingkan serta mendesak kerajaan Malaysia menyatakan pendirian tegas dengan mengutuk rampasan kuasa di Mesir.
"Kita lihat setahun yang lalu, demokrasi sebenar telah wujud di Mesir. Sayangnya hari ini kita dapat melihat tentera Mesir bertindak emnghncurkan demokrasi tersebut. Selagi krisis ini tidak selesai, rakyat Malaysia akan terus bergerak bagi memastikan Presiden Morsi dikembalikan hak semula.
"Dan kita juga berharap kerajaan Malaysia juga mengambil sikap yang jelas berhubung insiden ini dalam menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa ini," tegas Datuk Kamarudin Jaffar.
Turut serta pada himpunan itu ialah wakil NGO terdiri daripada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) serta Gabungan Mansuhkan ISA (GMI).
Sementara itu, pihak kedutaan menghalang wakil PAS Dr Syed Azman untuk turut serta bersama NGO masuk menyerahkan memorandum.
Difahamkan alasan penolakan tersebut kerana menganggap PAS adalah Ikwan Muslimin di Malaysia.
Bagaimanapun, Presiden Ikram, Dr. Parid Sheikh Ahmad; Setiausaha Agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim dan Biro Penerangan Haluan, Ibrahim Abu Bakar dibenarkan bertemu wakil kedutaan Mesir.
Sementara tiga wakil NGO tersebut bertemu wakil kedutaan Mesir, para demonstran yang berhimpun berdekatan kedutaan, terus-menerus melaungkan slogan menuntut Morsi diberikan hak untuk terus memimpin Mesir, selain mengecam tindakan rampasan kuasa oleh tentera Mesir.
Selain rakyat Malaysia yang menyatakan solidariti terhadap rakyat Mesir dan Presiden Morsi, kelihatan juga sebilangan warga Mesir bersama-sama menyertai himpunan tersebut.
Himpunan tersebut berakhir kira-kira jam 2 petang dan para peserta bersurai meninggalkan kedutaan dengan suasana aman.
NFC: Kerajaan sukar kutip baki dana RM163 juta
Harakahdaily, | 09 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR:
Dalam keadaan sekarang, dana RM163 juta yang telah dibelanjakan oleh
NFC bolehlah dikira hangus dan tidak dapat dikutip lagi oleh kerajaan.
Demikian dinyatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung pelantikan satu konsortium baru mengambil alih operasi projek yang sebelum ini diusahakan oleh NFC.
“Di sidang Dewan Rakyat ini, saya telah bertanyakan mengenai jumlah-jumlah aset yang telah disita dan diambil kembali dari NFC setakat ini,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Kenyataan penuh seperti di bawah.
Saya merujuk kepada laporan terkini bahawa kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk melantik satu konsortium baru mengambil alih operasi projek yang sebelum ini diusahakan oleh NFC.
Laman The Malaysian Insider turut melaporkan bahawa perjanjian itu tidak melibatkan operator baru bertanggungjawab ke atas hutang RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC.
Ini menimbulkan persoalan baru mengenai kemampuan kerajaan mendapatkan semula jumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC.
Di sidang Dewan Rakyat ini, saya telah bertanyakan mengenai jumlah-jumlah aset yang telah disita dan diambil kembali dari NFC setakat ini.
Menteri Kewangan menjawab bahawa kedua-dua kondominium di One Menerung, satu plot tanah di Bangi dan satu plot tanah di Putrajaya telah dirampas setakat ini.
Beliau juga menerangkan bahawa operasi NFC telah dihentikan sepenuhnya sejak akhir tahun lepas.
Pada anggaran saya, nilai harta yang telah disita dari NFC setakat ini adalah sekitar RM18 juta (RM14 juta dari kondominium, RM2 juta setiap plot tanah yang dirampas).
Setakat Mac 2012, sejumlah RM181 juta telah pun diserahkan kepada NFC seperti jawapan Menteri Kewangan di dalam Dewan pada sidang yang lepas, bermakna dari RM250 juta pinjaman yang diberikan kepada NFC, hanya RM69 juta yang masih lagi boleh ditarik balik oleh kerajaan.
Saya tidak menimbulkan isu ini sebelum ini untuk memberi peluang kepada kerajaan menggunakan sepenuh kuasanya untuk menyita dan mengambil balik setiap aset kekal dan tunai dari NFC dan pengarah-pengarahnya.
Jawapan menteri bahawa hanya sekitar RM18 juta aset yang telah dirampas setakat ini dan keputusan untuk menganugerahkan projek ini kepada satu operator baru tanpa pertanggungjawaban terhadap hutang RM250 juta mengesahkan bahawa kerajaan bakal menghadapi kesukaran untuk mengutip baki dana yang dianggarkan sebanyak RM163 juta.
Ini adalah kerana sebab-sebab berikut:
1. NFC sudah tidak lagi beroperasi dan bukan lagi sebuah perniagaan going concern. Oleh itu, ia boleh dikira sudah tidak berupaya menanggung hutangnya dan bakal melalui proses muflis.
2. Sebahagian dari dana itu telah digunakan untuk menanggung perbelanjaan bukan aset, termasuklah gaji, elaun perjalanan dan pelbagai belanja lain yang tidak boleh dikutip kerana tiada aset.
3. Kerajaan tidak mengenakan jaminan peribadi (personal guarantee) ke atas pengarah-pengarah NFC yang menyebabkan tanggungjawab mereka terbatas kepada pegangan saham mereka di dalam syarikat itu
Saya kesal kerana walaupun kesemua perkara ini telah dibawa ke pengetahuan umum lebih awal, tiada tindakan susulan diambil mengikut desakan yang telah dibuat.
Dalam keadaan sekarang, saya beranggapan bahawa dana RM163 juta yang telah dibelanjakan oleh NFC bolehlah dikira hangus dan tidak dapat dikutip lagi.
KUALA LUMPUR: Gabungan
Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini menyatakan kebersediaan
untuk mengerahkan sepenuh kekuatan mahasiswa untuk turun ke PRK Kuala
Besut yang bakal diadakan pada 24 Julai ini.
Pengerusinya, Mohd Azan Safar berkata, Gamis yang merupakan satu badan mahasiswa akan turun bersama dengan masyarakat Kuala Besut untuk memberikan pendidikan politik dan pencerahan yang matang kepada mereka.
Selain itu, ujarnya Gamis ingin memastikan pilihan raya kecil kali ini berjalan dengan lancar dan telus.
“Kita turun dalam PRK kali ini bukan atas kepentingan mana-mana parti politik, tetapi sedar dengan peranan kami sebagai agen penerangan kepada masyarakat,” ujarnya.
Menurutnya, masyarakat Kuala Besut perlu mendapat penerangan yang adil dan baik untuk membuat keputusan pada 24 Julai nanti.
“Selain itu, kami tidak mahu tragedi penyelewengan pilihanraya berlaku seperti 5 Mei yang lalu dalam PRK kali ini,” tegasnya.
Katanya, pilihanraya kecil kali ini bakal menyaksikan persaingan sengit di antara dua parti yang bertanding kerana ia bakal menentukan masa depan dan tampuk pemerintahan negeri Terengganu.
PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu kerana kanser paru-paru.
Pada PRU13 lalu, allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi.
(Pandangan atas sebahagian penyokong Mursi di Fayyoum, Mesir. Kini himpunan menyokong Morsi berlaku di seluruh Mesir)
MESIR: Tekanan demi tekanan yang diterima kerajaan 'haram' tentera Mesir sama ada dari rakyat negara itu dan negara luar membuatkan mereka kini dalam keadaan kucar-kacir.
Sumber dalaman tentera memaklumkan bahawa kemungkinan besar, kuasa kerajaan sementara ini akan berakhir tidak lama lagi jika rakyat di negara itu terus bertahan membuat bantahan dan negara luar pula membuat tekanan diplomatik.
Brigadier general Al-Jauhari yang bertugas menjaga rumah Presiden sewaktu Morsi belum ditahan berkata, ketika ini berlaku perpecahan dalaman yang teruk di dalam tentera.
Menurutnya, barisan kedua dan ketiga tentera langsung tidak bersetuju dengan tindakan jeneral Abdel Fattah Al-Sisi yang bertindak merampas kuasa dari pemerintahan presiden Muhammad Morsi.
Beberapa pegawai kanan tentera juga telah secara terbuka menyatakan pendirian menyokong Morsi.
Maklumat ini disampaikan Ketua Partai Buruh, Majdi Ahmad Husain semalam ketika berpidato dihadapan jutaan penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik di mana Morsi dipercayai ditahan.
Beliau berkata, Al-Jauhari turut meminta kepada para penyokong Morsi untuk bertahan sekurang-kurangnya 48 jam lagi.
"Insya Allah, Presiden Morsi akan dibebaskan dan akan kembali memimpin negara karena saat ini tekanan politik luar negeri semakin kuat ditambah lagi dengan kekuatan penyokong Morsi yang keluar berhimpun di seluruh Mesir," kata Majdi.
Beliau juga berkeyakinan bahawa Ai-Sisi kini tidak senang duduk dan selepas ini pasti jeneral tentera itu akan memenuhi tuntutan rakyat agar Morsi dikembalikan sebagai presiden.
Dalam kejadian pembunuhan penyokong Morsi di hadapan Bangunan Pengawal Republik waktu subuh semalam juga, turut menyaksikan terdapat ramai tentera yang tidak sanggup bersekongkol dengan Al-Sisi.
Difahamkan mereka enggan melepaskan tembakan ke arah penyokong Morsi walaupun diarah berbuat demikian oleh pihak atasan tentera.
Bagaimanapun mereka kemudiannya dilaporkan ditangkap dan dibunuh kerana ingkar kepada arahan pegawai atasan tersebut.
Antara tentera yang dilaporkan dibunuh oleh pegawai tinggi mereka termasuk Subhi Mohammed Ibrahim El-Bahrawi yang baru berusia 22 tahun.
Sementara itu, beberapa negara telah memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan kudeta Mesir.
Terbaru, Belgium mengumumkan memanggil balik duta besarnya di Kaherah.
Sebelum ini Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dalam kenyataannya sejurus rampasan kuasa berkata, Turki hanya berurusan dengan presiden Mesir yang dipilih oleh rakyat.
Dalam perkembangan sama, Al-Sisi juga turut menerima tekanan apabila Parti Nur dilaporkan telah menarik diri dari meneruskan kerjasama dengan kerajaan 'haram' yang dilantik pihaknya.
Penarikan dari berkekrjasama itu dinyatakan juruckap rasmi parti itu Nadir Bakkar melalui Twitter semalam.
Parti Nur sebelum ini juga menolak perlantikan Ziyad Bahauddin sebagai Perdana Menteri dan Dr.Mohammed El-Baradei sebagai Naib Presiden seperti diumumkan Presiden sementara Adli Mansour.
KUALA LUMPUR:
“Nampaknya kerajaan tidak ada hasrat untuk mengkaji semula perlaksanaan
Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS),” kata Ahli Parlimen Batu
Gajah, V Sivakumar.
Beliau merujuk kepada kenyataan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang mempertahankan sistem PBS apabila menjawab soalan-soalan yang ditimbulkan oleh ahli-ahli parlimen sewaktu membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada minggu lepas.
Katanya, walaupun sistem itu menimbulkan banyak persoalan dan reaksi negatif daripada pelbagai pihak tetapi kerajaan tetap mahu meneruskan perlaksanaannya bagi 7,723 sekolah rendah dan 2,296 sekolah menengah di seluruh negara.
Menurutnya, PBS menimbulkan banyak masalah kepada guru-guru dan ramai merungut bahawa sistem itu amat menyusahkan dan menjadi satu beban tambahan kepada kerja harian mereka.
“Saya telah meminta Menteri Pendidikan II sama ada pihak kerajaan telah membuat satu kaji selidik yang terperinci untuk mendapatkan maklum balas daripada kesemua 412,000 guru yang terlibat secara langsung dalam sistem PBS,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Tambahnya, tindakan itu adalah penting untuk memastikan keberkesanan sistem PBS.
Sivakumar berkata, guru-guru yang terlibat secara langsung harus memberi maklum balas kepada kerajaan sama ada sistem ini adalah baik atau sebaliknya.
Katanya, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan sistem PBS tetapi sama ada ia dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan bergantung kepada penerimaan oleh guru-guru yang menjadi pengerak kepada dasar yang dihasratkan itu.
Baginya, jika guru-guru tidak dapat menerima sistem PBS sepenuh hati, maka perlaksanaannya akan gagal.
Ini, katanya kerana kejayaan sistem ini bergantung sepenuhnya kepada guru-guru yang mengajar.
“Gangguan emosi dan keruntuhan motivasi guru-guru yang tidak puas hati dengan sistem PBS ini akan merosotkan lagi prestasi pelajaran di negara kita,” ujarnya.
Oleh yang demikian, kata beliau perkara itu harus diberi perhatian yang serius kerana ia melibatkan masa hadapan 2,804,405 murid sekolah rendah dan 2,281,775 pelajar sekolah menengah.
KUALA LUMPUR: Adun
baru berjaya memainkan peranan besar dalam persidangan Dewan Negeri
Selangor (DNS) kali ini apabila mereka dilihat kerap mengambil bahagian
ketika persidangan berlangsung.
Yang Dipertua DNS, Hannah Yeoh berkata, perkembangan tersebut merupakan suatu yang sihat bagi kemajuan demokrasi di Selangor dan memberi manfaat kepada rakyat.
Beliau juga berharap suasana itu dapat diteruskan sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.
Katanya, persidangan dewan kali ini telah berjalan dengan lancar selama enam hari.
“Saya gembira dengan penyertaan kedua-dua belah pihak. Kali ini juga kita dapat lihat ramai Adun muda dari kedua-dua belah pihak.
“Di sebelah BN kita dapat lihat Adun Dengkil, Sungai Panjang dan lain-lain dan sudah tentu juga Damansara Utama, Bukit Gasing dan ramai lagi yang mengambil bahagian ketika dewan bersidang,” katanya dipetik Selangorku.
Adun lain yang dianggap menonjol dalam persidangan kali ini, antaranya Mohd Khairuddin Othman (PAS-Paya Jaras), Mohd Haslin Hassan (PAS-Tanjung Sepat), dan Lee Kee Hiong (DAP-Kuala Kubu Bahru).
Menteri Besar, Tan Sri Abdu Khalid Ibrahim pula dalam sidang media sama turut mengucapkan tahniah kepada gandingan muda Hannah Yeoh dan timbalannya, Nik Nazmi Nik Ahmad kerana berjaya mengendalikan persidangan DNS dengan baik.
Demikian dinyatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung pelantikan satu konsortium baru mengambil alih operasi projek yang sebelum ini diusahakan oleh NFC.
“Di sidang Dewan Rakyat ini, saya telah bertanyakan mengenai jumlah-jumlah aset yang telah disita dan diambil kembali dari NFC setakat ini,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Kenyataan penuh seperti di bawah.
Saya merujuk kepada laporan terkini bahawa kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk melantik satu konsortium baru mengambil alih operasi projek yang sebelum ini diusahakan oleh NFC.
Laman The Malaysian Insider turut melaporkan bahawa perjanjian itu tidak melibatkan operator baru bertanggungjawab ke atas hutang RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC.
Ini menimbulkan persoalan baru mengenai kemampuan kerajaan mendapatkan semula jumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC.
Di sidang Dewan Rakyat ini, saya telah bertanyakan mengenai jumlah-jumlah aset yang telah disita dan diambil kembali dari NFC setakat ini.
Menteri Kewangan menjawab bahawa kedua-dua kondominium di One Menerung, satu plot tanah di Bangi dan satu plot tanah di Putrajaya telah dirampas setakat ini.
Beliau juga menerangkan bahawa operasi NFC telah dihentikan sepenuhnya sejak akhir tahun lepas.
Pada anggaran saya, nilai harta yang telah disita dari NFC setakat ini adalah sekitar RM18 juta (RM14 juta dari kondominium, RM2 juta setiap plot tanah yang dirampas).
Setakat Mac 2012, sejumlah RM181 juta telah pun diserahkan kepada NFC seperti jawapan Menteri Kewangan di dalam Dewan pada sidang yang lepas, bermakna dari RM250 juta pinjaman yang diberikan kepada NFC, hanya RM69 juta yang masih lagi boleh ditarik balik oleh kerajaan.
Saya tidak menimbulkan isu ini sebelum ini untuk memberi peluang kepada kerajaan menggunakan sepenuh kuasanya untuk menyita dan mengambil balik setiap aset kekal dan tunai dari NFC dan pengarah-pengarahnya.
Jawapan menteri bahawa hanya sekitar RM18 juta aset yang telah dirampas setakat ini dan keputusan untuk menganugerahkan projek ini kepada satu operator baru tanpa pertanggungjawaban terhadap hutang RM250 juta mengesahkan bahawa kerajaan bakal menghadapi kesukaran untuk mengutip baki dana yang dianggarkan sebanyak RM163 juta.
Ini adalah kerana sebab-sebab berikut:
1. NFC sudah tidak lagi beroperasi dan bukan lagi sebuah perniagaan going concern. Oleh itu, ia boleh dikira sudah tidak berupaya menanggung hutangnya dan bakal melalui proses muflis.
2. Sebahagian dari dana itu telah digunakan untuk menanggung perbelanjaan bukan aset, termasuklah gaji, elaun perjalanan dan pelbagai belanja lain yang tidak boleh dikutip kerana tiada aset.
3. Kerajaan tidak mengenakan jaminan peribadi (personal guarantee) ke atas pengarah-pengarah NFC yang menyebabkan tanggungjawab mereka terbatas kepada pegangan saham mereka di dalam syarikat itu
Saya kesal kerana walaupun kesemua perkara ini telah dibawa ke pengetahuan umum lebih awal, tiada tindakan susulan diambil mengikut desakan yang telah dibuat.
Dalam keadaan sekarang, saya beranggapan bahawa dana RM163 juta yang telah dibelanjakan oleh NFC bolehlah dikira hangus dan tidak dapat dikutip lagi.
Mahasiswa sedia gempur PRK Kuala Besut
Harakahdaily, | 09 Jul 2013 |
Pengerusinya, Mohd Azan Safar berkata, Gamis yang merupakan satu badan mahasiswa akan turun bersama dengan masyarakat Kuala Besut untuk memberikan pendidikan politik dan pencerahan yang matang kepada mereka.
Selain itu, ujarnya Gamis ingin memastikan pilihan raya kecil kali ini berjalan dengan lancar dan telus.
“Kita turun dalam PRK kali ini bukan atas kepentingan mana-mana parti politik, tetapi sedar dengan peranan kami sebagai agen penerangan kepada masyarakat,” ujarnya.
Menurutnya, masyarakat Kuala Besut perlu mendapat penerangan yang adil dan baik untuk membuat keputusan pada 24 Julai nanti.
“Selain itu, kami tidak mahu tragedi penyelewengan pilihanraya berlaku seperti 5 Mei yang lalu dalam PRK kali ini,” tegasnya.
Katanya, pilihanraya kecil kali ini bakal menyaksikan persaingan sengit di antara dua parti yang bertanding kerana ia bakal menentukan masa depan dan tampuk pemerintahan negeri Terengganu.
PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu kerana kanser paru-paru.
Pada PRU13 lalu, allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi.
Kerajaan 'haram' tentera Mesir mula bergolak
Harakahdaily, | 09 Jul 2013 |
MESIR: Tekanan demi tekanan yang diterima kerajaan 'haram' tentera Mesir sama ada dari rakyat negara itu dan negara luar membuatkan mereka kini dalam keadaan kucar-kacir.
Sumber dalaman tentera memaklumkan bahawa kemungkinan besar, kuasa kerajaan sementara ini akan berakhir tidak lama lagi jika rakyat di negara itu terus bertahan membuat bantahan dan negara luar pula membuat tekanan diplomatik.
Brigadier general Al-Jauhari yang bertugas menjaga rumah Presiden sewaktu Morsi belum ditahan berkata, ketika ini berlaku perpecahan dalaman yang teruk di dalam tentera.
Menurutnya, barisan kedua dan ketiga tentera langsung tidak bersetuju dengan tindakan jeneral Abdel Fattah Al-Sisi yang bertindak merampas kuasa dari pemerintahan presiden Muhammad Morsi.
Beberapa pegawai kanan tentera juga telah secara terbuka menyatakan pendirian menyokong Morsi.
Maklumat ini disampaikan Ketua Partai Buruh, Majdi Ahmad Husain semalam ketika berpidato dihadapan jutaan penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik di mana Morsi dipercayai ditahan.
Beliau berkata, Al-Jauhari turut meminta kepada para penyokong Morsi untuk bertahan sekurang-kurangnya 48 jam lagi.
"Insya Allah, Presiden Morsi akan dibebaskan dan akan kembali memimpin negara karena saat ini tekanan politik luar negeri semakin kuat ditambah lagi dengan kekuatan penyokong Morsi yang keluar berhimpun di seluruh Mesir," kata Majdi.
Beliau juga berkeyakinan bahawa Ai-Sisi kini tidak senang duduk dan selepas ini pasti jeneral tentera itu akan memenuhi tuntutan rakyat agar Morsi dikembalikan sebagai presiden.
Dalam kejadian pembunuhan penyokong Morsi di hadapan Bangunan Pengawal Republik waktu subuh semalam juga, turut menyaksikan terdapat ramai tentera yang tidak sanggup bersekongkol dengan Al-Sisi.
Difahamkan mereka enggan melepaskan tembakan ke arah penyokong Morsi walaupun diarah berbuat demikian oleh pihak atasan tentera.
Bagaimanapun mereka kemudiannya dilaporkan ditangkap dan dibunuh kerana ingkar kepada arahan pegawai atasan tersebut.
Antara tentera yang dilaporkan dibunuh oleh pegawai tinggi mereka termasuk Subhi Mohammed Ibrahim El-Bahrawi yang baru berusia 22 tahun.
Sementara itu, beberapa negara telah memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan kudeta Mesir.
Terbaru, Belgium mengumumkan memanggil balik duta besarnya di Kaherah.
Sebelum ini Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dalam kenyataannya sejurus rampasan kuasa berkata, Turki hanya berurusan dengan presiden Mesir yang dipilih oleh rakyat.
Dalam perkembangan sama, Al-Sisi juga turut menerima tekanan apabila Parti Nur dilaporkan telah menarik diri dari meneruskan kerjasama dengan kerajaan 'haram' yang dilantik pihaknya.
Penarikan dari berkekrjasama itu dinyatakan juruckap rasmi parti itu Nadir Bakkar melalui Twitter semalam.
Parti Nur sebelum ini juga menolak perlantikan Ziyad Bahauddin sebagai Perdana Menteri dan Dr.Mohammed El-Baradei sebagai Naib Presiden seperti diumumkan Presiden sementara Adli Mansour.
PBS: Emosi guru terganggu, pelajar merosot
Harakahdaily, | 09 Jul 2013 |
Beliau merujuk kepada kenyataan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang mempertahankan sistem PBS apabila menjawab soalan-soalan yang ditimbulkan oleh ahli-ahli parlimen sewaktu membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada minggu lepas.
Katanya, walaupun sistem itu menimbulkan banyak persoalan dan reaksi negatif daripada pelbagai pihak tetapi kerajaan tetap mahu meneruskan perlaksanaannya bagi 7,723 sekolah rendah dan 2,296 sekolah menengah di seluruh negara.
Menurutnya, PBS menimbulkan banyak masalah kepada guru-guru dan ramai merungut bahawa sistem itu amat menyusahkan dan menjadi satu beban tambahan kepada kerja harian mereka.
“Saya telah meminta Menteri Pendidikan II sama ada pihak kerajaan telah membuat satu kaji selidik yang terperinci untuk mendapatkan maklum balas daripada kesemua 412,000 guru yang terlibat secara langsung dalam sistem PBS,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Tambahnya, tindakan itu adalah penting untuk memastikan keberkesanan sistem PBS.
Sivakumar berkata, guru-guru yang terlibat secara langsung harus memberi maklum balas kepada kerajaan sama ada sistem ini adalah baik atau sebaliknya.
Katanya, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan sistem PBS tetapi sama ada ia dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan bergantung kepada penerimaan oleh guru-guru yang menjadi pengerak kepada dasar yang dihasratkan itu.
Baginya, jika guru-guru tidak dapat menerima sistem PBS sepenuh hati, maka perlaksanaannya akan gagal.
Ini, katanya kerana kejayaan sistem ini bergantung sepenuhnya kepada guru-guru yang mengajar.
“Gangguan emosi dan keruntuhan motivasi guru-guru yang tidak puas hati dengan sistem PBS ini akan merosotkan lagi prestasi pelajaran di negara kita,” ujarnya.
Oleh yang demikian, kata beliau perkara itu harus diberi perhatian yang serius kerana ia melibatkan masa hadapan 2,804,405 murid sekolah rendah dan 2,281,775 pelajar sekolah menengah.
Adun baru terserlah pada sidang Dewan Selangor
Harakahdaily, | 09 Jul 2013 |
Yang Dipertua DNS, Hannah Yeoh berkata, perkembangan tersebut merupakan suatu yang sihat bagi kemajuan demokrasi di Selangor dan memberi manfaat kepada rakyat.
Beliau juga berharap suasana itu dapat diteruskan sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.
Katanya, persidangan dewan kali ini telah berjalan dengan lancar selama enam hari.
“Saya gembira dengan penyertaan kedua-dua belah pihak. Kali ini juga kita dapat lihat ramai Adun muda dari kedua-dua belah pihak.
“Di sebelah BN kita dapat lihat Adun Dengkil, Sungai Panjang dan lain-lain dan sudah tentu juga Damansara Utama, Bukit Gasing dan ramai lagi yang mengambil bahagian ketika dewan bersidang,” katanya dipetik Selangorku.
Adun lain yang dianggap menonjol dalam persidangan kali ini, antaranya Mohd Khairuddin Othman (PAS-Paya Jaras), Mohd Haslin Hassan (PAS-Tanjung Sepat), dan Lee Kee Hiong (DAP-Kuala Kubu Bahru).
Menteri Besar, Tan Sri Abdu Khalid Ibrahim pula dalam sidang media sama turut mengucapkan tahniah kepada gandingan muda Hannah Yeoh dan timbalannya, Nik Nazmi Nik Ahmad kerana berjaya mengendalikan persidangan DNS dengan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan