Ahad, 14 Julai 2013

BESUT SATU TANDA ARAS KETIKA INI....BAGAIMANA SAMBUTAN MASYARAKAT MELAYU ISLAM KEPADA PERJUANGAN ISLAM DAN KEFAHAMAN MEREKA TENTANG PERJUANGAN ISLAM

Aurat: Hormatilah bulan Ramadhan

Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail,
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan di bulan inilah peluang keemasan bagi semua umat islam tidak kira apa status mereka ini Allah berikan keampunan dan pahala berlipat kali ganda lagi serta pintu langit terbuka luuas kepada mereka yang kembali kejalan Allah dan beriman kepadaNya.

Jestru itu adalah disarankan agar semua juruacara wanita yang beragama Islam yang bertugas siaran secara langsung saperti TV1, TV2, TV3, TV7, TV8, TV9 dan TV berbayar Astro supaya berpakaian menutup aurat sebagaimana wanita Muslim yang lain yang tahu untuk menghormati bulan yang mulia dan barakah ini sekurang-kurangnya bertudung dan tidak memakai pakaian sendat dan singkat sebagai lazimnya mereka lakukan.

Begitu juga para pemimpin,isteri pemimpin, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan negara, Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan terutama sekali jabatan kerajaan dari golongan wanita Islam hendaklah juga menjadi pemimpin wanita contoh yang tahu tahu nilai-nilai Islam itu terletak dan perlu dihormati sekurang-kurangnya pada sepanjang bulan Ramadan ini.

Diharap para pimimpin wanita tidak terasa hati kerana ianya adalah teguran yang membina yang perlu ada pada setiap umat Islam. Tegur menegur di dalam perkara yang baik dan diredhai oleh agama adalah digalakkan asalkan kita tidak menyentuh keperibadian seseorang itu tetapi secara umum untuk kebaikan dibolehkan kerana ianya dapat membantu untuk menambahkan pahala lagi dan mengurangkan dosa di bulan yang penuh dengan keinsafan dan keberkatan ini. Sebagai manusia kadang kala kita lalai dan di dalam kelalaian itulah tersedar kembali serta merasa insaf.

 

Rumah pangsa kos rendah Kuala Besut terbengkalai

Khairul Azlam Mohamad, 14 Jul 2013


BESUT: ‘Janji Tidak Ditepati’…itulah kata-kata yang boleh diungkap oleh penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut yang rasa tertipu dengan janji kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Ini kerana, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sendiri yang berjanji kepada rakyat sebanyak 300 unit pangsapuri kos rendah akan dibina di Kuala Besut sekiranya Barisan Nasional mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Bahkan, Ahmad turut membuat pengumuman rasmi meluluskan pembinaan 50 buah unit rumah pangsa kos rendah secara percuma kepada penduduk penempatan PPRT Pangkalan Atap yang terlibat dengan masalah ombak besar itu di lokasi baru yang lebih selamat.

Sebaliknya, 300 unit pangsapuri tersebut kini terbengkalai dan tidak dapat disiapkan hingga terjadi seperti projek ‘gajah putih’.

Ahmad membuat janji-janji manis tersebut selepas menyampaikan wang bantuan kepada 48 mangsa air pasang dan ombak besar di penempatan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Pengkalan Atap dan Dana Bantuan Pakaian Sekolah, 14 Januari lalu.

Tinjauan Harakahdaily mendapati projek perumahan pangsapuri yang terletak di Kampung Kuala Besut tersebut terbengkalai serta tidak terurus.

Seorang penduduk yang enggan disebut namanya mendakwa pemimpin Umno BN Besut berjanji kepada anak muda pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu untuk mengagihkan pangsapuri tersebut.

Katanya, sejumlah 3,000 orang dalam Dun Kuala Besut ini ‘dijanjikan’ rumah tersebut sedangkan hanya 300 unit yang disediakan.

“Kami (penduduk) terutama anak-anak muda telah dijanjikan rumah di pangsapuri ini dengan syarat menangkan calon Umno BN di Dun Kuala Besut ini. Persoalannya, kenapa sampai 3,000 orang dijanjikan sedangkan rumah ada 300 unit sahaja,” soal beliau yang menjadi antara pemohon pangsapuri terbabit.

Kemiskinan aset BN ‘ikat’ pengundi Kuala Besut

Khairul Azlam Mohamad, 14 Jul 2013


BESUT: PAS mendakwa Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadikan kemiskinan rakyat sebagai aset penting kepada parti itu untuk mengikat pengundi setia bersama BN.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata Umno menjadikan kemiskinan rakyat itu sebagai aset penting kepada parti agar masyarakat dan pengundinya ‘terlekat’ kepada BN.

“Kemiskinan itu seolah-olah menjadi aset kepada BN, menggunakan itu supaya rakyat dan pengundi ‘terlekat’ kepada BN.

“Ini bukan suatu cara yang baik untuk membangunkan masyarakat, hendak membina masyarakat dan hendak membawa kemajuan kepada masyarakat. Bukan caranya meletakkan kebergantungan terus-menerus kepada BN sejak berpuluh tahun lalu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang medianya di Markaz Besar Pilihan Raya N1 Dun Kuala Besut, di Kampung Baru, Kuala Besut dekat sini, semalam. Turut serta ialah Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Sebab itu, katanya keadaan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut sebenarnya tidak banyak berbeza dengan perkembangan 20 tahun lalu.

Menurutnya, Dun Kuala Besut sebelum ini pernah terlibat dengan pilihan raya kecil (PRK) tetapi tidak banyak bezanya dari segi kemajuan dan perkembangan ekonomi penduduk.

“Tahun 1979 dulu telah ada satu pilihan raya kecil dan saya jadi pengarahnya ketika itu. Ini sudah lebih 30 tahun tetapi jika hendak bandingkan dahulu (1979) dengan sekarang ini tidak banyak beza dan perubahan yang berlaku dalam pembangunannya,” katanya.

Menurutnya, kadar pengangguran bertambah dan kemiskinan masyarakat masih tinggi sebab itulah kebergantungan rakyat kepada bantuan kerajaan juga tinggi.

Justeru, beliau mengingatkan kepada para pengundi di Dun Kuala Besut agar mengambil peluang dari PRK ini bagi mengubah keadaan tersebut.

Katanya, kesan cukup besar kepada rakyat jika PAS berjaya memenangi pilihan raya kali ini dengan menjadikan keputusan 16:16 antara Pakatan Rakyat dengan BN.

“Jadi pentingnya peluang PRK di Kuala Besut ini kepada rakyat jika ditakdirkan oleh Allah SWT, insya Allah, kemenangan memihak kepada PAS dan akan jadilah keputusannya 16:16 dan ini akan memberi kesan yang banyak kerajaan (negeri),” ujarnya.

Tambah beliau, jika signifikalnya memihak kepada PAS ianya akan memberi manfaat yang banyak kepada rakyat dan masyarakat di Dun Kuala Besut.

Komen isteri guru mati ditembak, terhangat

Harakahdaily, 14 Jul 2013


KUALA LUMPUR: Sepanjang minggu ke-28, 2013, pembaca Facebook dan Twitter Harakahdaily paling meminati artikel bertajuk “Guru ditembak mati di Bachok, apa komen isterinya?” yang dipetik dari blog http://duniacacamarba.blogspot.com.

Di tempat kedua pula ialah berita bertajuk “Khairy sambut baik syor jemput Ustaz Azhar Idrus” yang berkisar Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyambut baik cadangan Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin untuk mengundang penceramah ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam terhadap belia negara.

Artikel “Gadis Melayu dilantik Ahli Majlis MPPP, blogger Umno naik angin” yang dipetik dari blog Omakkau pula menduduki tangga ke 3.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu 7 hingga 13 Julai.

1

Guru ditembak mati di Bachok, apa komen isterinya?
2

Khairy sambut baik syor jemput Ustaz Azhar Idrus
3

Gadis Melayu dilantik Ahli Majlis MPPP, blogger Umno naik angin
4

Kerajaan 'haram' tentera Mesir mula bergolak
5

Apa punya kenyataan Shahidan Kassim keluarkan ni?
6

Cara solat terawih sendirian
7

Krisis Mesir: Gambar dan laporan yang tiada dalam media Umno
8

Mesir: Ditembak di kepala, peluru meletup dalam badan
9

Penipuan manusia terapung dibongkar, terhangat
10

Mesir: Tidak ganjak, jutaan terawih di Dataran Raba'ah

K Besut: Pekerjaan terhad bentuk jurang masyarakat

Dr Azman Ibrahim, 14 Jul 2013


Keadaan rumah penduduk di pesisir pantai Kuala Besut.

Masalah kemiskinan dan kemiskinan tegar masih menjadi fokus utama dalam kempen Pilihan raya Kecil N01 Kuala Besut yang sedang rancak berlangsung.

Jemputlah datang untuk meninjau kawasan penempatan penduduk di pesisir pantai dan di sekitar perkampungan Tok Saboh. Tanda-tanda kemelaratan hidup rakyat di negeri ‘Kuwait Malaysia’ dapat disaksikan oleh semua orang.

Sebagai contohnya, ‘Rumah 30 Tok Saboh’, istilah yang sedia difahami oleh masyarakat setempat. Seramai 30 keluarga diberikan rumah papan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) atau dikenali sebagai ‘rumah ssekin’ oleh masyarakat tempatan.

Setelah lebih kurang 30 tahun berlalu, walaupun rumah papan tersebut telah berganti dengan rumah PPRT baru, tetapi kemiskinan menyebabkan anak-anak yang telah berkeluarga sendiri, beranak-pinak masih menetap dengan ibu bapa di sebuah rumah PPRT yang keluasannya sedia dimaklumi sehingga dua atau tiga keluarga menghuni sebuah rumah.

Selesa? Tiada lagi istilah selesa bagi mereka. Sekadar tempat berteduh dari panas dan hujan.

Apabila rumah bukan lagi menjadi tempat yang memberikan ketenangan dan kedamaian, anak-anak akan mencari kehidupan di luar, akhirnya menyumbang kepada peningkatan kes-kes sosial.

Terhadnya peluang pekerjaan dilihat faktor utama yang menyumbang kepada rendahnya taraf hidup sebahagian penduduk di sini.

Majoriti golongan miskin serta miskin tegar adalah nelayan pinggir pantai dengan pendapatan yang tidak mencukupi untuk sara hidup seharian, apatah lagi untuk mereka membina penghidupan yang lebih baik.

Bidang lain yang dilihat mampu menyumbang sedikit adalah sektor pelancongan di samping industri pembuatan keropok yang diusahakan secara tradisional. Tetapi apabila kebanyakan aktiviti pendaratan ikan kini bertumpu di Tok Bali, Kelantan serta infrastruktur industri perikanan di Kuala Besut tidak ditingkatkan menyebabkan pendaratan ikan beransur berpindah ke Tok Bali.

Ditambah lagi apabila perancangan pembangunan kerajaan pusat dalam memajukan pelabuhan perikanan Tok Bali tidak mengambil kira jajaran Kuala Besut menyebabkan industri perikanan di Kuala Besut ini tidak pesat berkembang.

Kesannya secara langsung juga melibatkan industri hiliran seperti perusahaan keropok yang sepatutnya boleh dirancang secara lebih maju dan berdaya saing.

Soal kemiskinan dan kemelaratan hidup rakyat ini tidak akan selesai dengan cara agihan tunai menjelang pilihanraya. Ianya memerlukan perancangan rapi jangka pendek dan jangka panjang supaya manfaatnya menyeluruh.

Apa yang sangat ketara, jurang hidup antara masyarakat di sini kelihatan semakin melebar. Yang kaya terutama mereka dari kalangan ‘tokey-tokey bot’ istilah yang digunakan masyarakat setempat kepada pemilik-pemilik bot nelayan.

Jurang taraf hidup mereka dengan masyarakat kebanyakkan semakin menjarak. Dengan istilah lain, yang kaya sangat kaya, yang miskin jauh tertinggal ke belakang.
AIRMATA RASULULLAH SAW

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, 'Maafkan lah,ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.


Nasir Sahlan shared Kelab Maya PAS Mesir's photo.
Taufan manusia yang melimpahi jalanraya sekitar Kaherah.

Menurut sumber, sudah lebih 30 juta telah berhimpun menyatakan sokongan.

Tiada ulasan: