Ahad, 14 Julai 2013

BERTANDING BIAR TELUS DAN BERSIH...JANGAN KITA BUAT UNDANG2...KEMUDIAN KITA YANG LANGGAR

Saya minta Husam jadi Pengarah Induk PRK Kuala Besut - Wahid

Muhammad Faizal, 13 Jul 2013
BESUT: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (gambar) menafikan dakwaan sesetengah blog yang mengatakan beliau kecewa kerana tidak dilantik sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut.

Jelasnya lagi, pemilihan Datuk Husam Musa sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil telah diputuskan melalui mesyuarat dan diminta oleh beliau sendiri.

"Tidak ada isu saya kecewa kerana tidak dilantik sebagai pengarah pada PRK ini sepertimana yang didakwa sesetengah blog.

"Keputusan untuk memilih Husam adalah atas permintaan saya dan itu diputuskan di dalam mesyuarat, jadi perkara itu tidak timbul," jelasnya yang juga AJK PAS Pusat.

Menurutnya lagi, memandangkan Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan dan PAS di negeri itu mempunyai jentera yang kuat serta boleh membantu jentera Terengganu pemilihan Husam adalah bertepatan.

"Husam layak memegang jawatan tersebut, PAS Kelantan mempunyai jentera yang kuat dan mereka datang membantu kita jadi pemilihan Husam itu amat bertepatan.

"Gabungan Husam dengan jentera Kelantan serta Terengganu saya pasti kita mempunyai kekuatan untuk menghadapi Barisan Nasional pada PRK di Kuala Besut," jelasnya.

Abdul Wahid menjelaskan isu perlantikan pengarah itu hanya untuk melaga-lagakan pimpinan di dalam PAS serta menimbulkan ketidakpuasan anggota parti sehingga boleh mendatangkan protes dalaman.

Beliau yakin pemilihan serta gabungan yang kuat ini dapat mengulangi kemenangan PAS pada tahun 1999.

Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Datuk Husam Musa yang turut menafikan dakwan tersebut.

Malah katanya isu pengarah bukan perkara utama kerana yang bertanding pada PRK adalah calon bukannya pengarah yang dilantik.

"Pelantikan pengarah itu sebenarnya diputar belit oleh blog-blog milik pro Umno, bagi saya isu pengarah bukannya perkara pokok kerana yang bertanding bukan pengarah tetapi calon yang dipilih parti.

"Jadi pengarah tidak ada apa-apa, yang pasti kemenangan adalah kerjasama dari semua pihak dari jentera sehinggalah kepada calon," kata beliau.

Beliau yang meminta agar penyokong serta ahli parti tidak terpengaruh dengan spekulasi yang dimainkan oleh blog pro Umno itu.

Katanya, fokus utama adalah mendekati pengundi serta memastikan kemenangan milik PAS pada PRK Kuala Besut ini.
MB T'ganu nafi calon BN tak balik kampung
 
Menteri Besar Terangganu Datuk Seri Ahmad Said menafikan dakwaan pembangkang bahawa tidak balik kampung selepas dipindahkan ke Putrajaya.

Beliau yang juga pengerusi Umno negeri menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "fitnah".

"Mereka mendakwa kerja di Putrajaya, tak balik kampung. Dia baru dipindahkan tiga bulan. Tapi dah kerja lima tahun di Besut. Isteri (seorang guru) dia pun belum bertukar (sekolah lagi).

"Mereka sanggup fitnah. Rakyat perlu tolak (dakwaan ini) dengan memberi kemenangan selesa (kepada calon BN)," katanya

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan pembukaan di Majlis Perasmian dan Peletakan Batu Asas Pangsapuri Mampu Milik 4 Tingkat di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut.

Dalam kenyataan media Setiausaha Agung Mustafa Ali hari ini, beliau mendakwa beliau dimaklumkan bahawa calon BN ini kurang dikenali oleh masyarakat setempat.

"Ada macam-macam versi tentang calon BN ini, ada yang kata dia (Tengku Zaihan) dilahirkan di sini dan mempunyai keluarga di Kuala Besut ini, ada yang kata pula dia tak lahir di sini, dan tidak dibesarkan di sini, cuma keluarganya ada di sini... Banyak persoalan tentang calon BN ini yang kita terima maklum balas dari orang ramai," kata Mustafa.

Bagaimanapun, Mustafa menegaskan beliau tidak berniat untuk membuat serangan peribadi kepada calon BN yang ditampilkan oleh Umno.

Tinjauan Malaysiakini sebelum ini juga, rata-rata masyarakat Kuala Besut kurang mengenali Tengku Zaihan sekalipun bapanya amat terkenal di kawasan tersebut dan mempunyai keluarga besar di Kuala Besut.

Dalam ucapan yang sama juga, Ahmad Said kesal dengan rakyat Terengganu yang membuatkan 15 kerusi DUN Terengganu tumbang kepada pembangkang.

Sedangkan, katanya, kerajaan negeri telah melakukan perlbagai usaha termasuk meluluskan lot rumah dam memberikan peruntukan RM1 juta untuk setiap DUN.

"Jadi 32 juta untuk 32 DUN. Jadi saya tidak tahu apa rakyat Terengganu nak (lagi) sehingga 15 kerusi kalah," katanya.
TPM: Rumah 'durian runtuh' untuk penduduk Kuala Besut
 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengambil kesempatan berkempen pada hari kedua pilihan raya kecil DUN Kuala Besut apabila merasmi majlis pecah tanah untuk pembinaan Pangsapuri Mampu Milik 4 Tingkat di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut.

Pangsapuri yang bernilai RM 10.35 juta itu mempunyai 72 unit rumah tiga bilik.

Perumahan itu disediakan khususnya kepada penduduk di Pengkalan Atap, Besut yang dilanda di air pasang besar menyebabkan hakisan pantai dan membahayakan keselamatan mereka memandangkan ombaknya melepasi atap rumah.

Muhyiddin dalam ucapan perasmian itu menganggap pembinaan yang dibuat oleh kerajaan Terengganu sebagai 'durian runtuh' apabila memetik ucapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sebelum itu yang menyatakan pangsapuri itu  "mungkin diberi percuma", memandangkan mangsa tidak berkemampuan untuk memiliki dan membayarnya.
"Saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh MB tadi. Mungkin nak bagi percuma kot.

"Ini agak istimewa, kumpulan yang terpaksa dipindahkan dari tepi laut dilambung ombak besar dan berlaku hakisan... Ini satu durian runtuh dan kita perlu mengucap syukur kepada Allah SWT.

"Ini inisiatif yang dilaksanakan. Dasar kita tidak membeza-bezakan orang miskin. Kita tidak abaikan orang susah, yang tidak terbela. Itu bukan dasar BN.

"Kalau ada pihak atau kumpulan tertentu kata dasar BN tidak selaras dengan kita nak cabar kerana, (dasar) perumahan adalah tuntutan agama, kerja amal dan diiktiraf oleh Islam," katanya.

Menurutnya lagi, soal kebajikan rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak bercanggah dengan Islam, malah Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempertikaikan kerja-kerja amal yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Sebelum itu, Ahmad Said dalam ucapannnya berkata kerajaan negeri memutuskan untuk memindahkan penduduk ke kawasan tersebut yang merupakan tanah kerajaan, malah, rakan-rakan mereka yang tidak mempunyai rumah juga akan ditempatkan di kawasan ini.

"Mereka ini miskin, kita tidak jual kepada mereka. Tuan-tuan boleh faham maksud ayat itu. Mereka mungkin tinggal percuma di rumah ini," katanya

Menurutnya lagi, 500 unit rumah lagi akan dibina di Kuala Besut dan menafikan majlis itu dibuat kerana pilihan raya kecil itu, sebalik ia telah dijadual lebih awal sewaktu bekas ADUN dan exco Datuk A Rahman Mokhtar masih hidup.
BERSIH 4.0 jika persempadanan semula tanpa bersih daftar pemilih
 
Gabungan reformasi pilihan raya, BERSIH, mengancam untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneruskan persempadanan semula tanpa pembersihan daftar pemilih terlebih dahulu.

"... apa yang saya boleh beritahu ialah kami akan melakukan yang terbaik supaya (persempadanan semula) tidak berlaku sebelum daftar pemilih dibersihkan.

"Ia adalah serius, iaitu mesej yang ingin saya sampaikan," kata Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk  S Ambiga kepada wartawan selepas forum pembaharuan pilihan raya di ibupejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur hari ini.

Ambiga masih berharap SPR tidak akan meneruskan persempadanan semula sehinggalah integriti daftar pemilih terjamin.

"Ianya mudah, apa yang mereka perlu lakukan adalah mengatakan bahawa kita akan berhenti dan bersihkan daftar pemilih terlebih dahulu," katanya.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata proses persempadanan semula akan bermula pada akhir tahun ini.

Doakan yang baik-baik

Nasrudin Hassan, 11 Jul 2013


Riwayat: (al-Bukhari)

Hadith:
Dikhabarkan dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat hujan, baginda berkata: Semoga hujan yang bermanfaat.

Huraian Hadith:
Setiap perkataan yang keluar daripada mulut anak Adam adalah datang daripada niat dalam hatinya.


Orang yang suka mengeluarkan kata-kata yang baik mencerminkan keikhlasan hatinya dan kebaikan hati budinya. Manakala orang yang suka bercakap perkara-perkara yang buruk kebiasaannya berperangai tidak elok. Itulah persepsi biasa dalam masyarakat.

Begitulah keadaannya bila mana kita inginkan sesuatu kebaikan janganlah kita berkata perkara-perkara yang berbentuk negatif kerana ia seumpama doa yang dipohon secara tidak langsung kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mendengar segala percakapan hamba-Nya.

Justeru apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya daripada kesilapan kita sendiri.

Dakwah Fardiyyah: Marhalah yang perlu dilalui para pendakwah

Ustaz Nasrudin bin Hasan, 12 Jul 2013
Sebuah buku lama yang ditulis oleh Syeikh Abdul Halim Al Kinani, seorang pendakwah yang terkenal dengan keiltizamannya membawa Islam kepada ummah. Syeikh Muhammad Abdullah al-Khatib memuji karya Asy Syeikh Abdul Halim sebagai bingkisan yang kecil pada saiznya, tetapi sangat besar pada nilai dan pengertiannya. Terutama apabila beliau menjelaskan marhalah dakwah.

Suka saya berkongsi bahan dan hasil baca ini demi sama-sama kita merealisasikan satu usaha murni dalam perjuangan kita untuk membawa Islam sampai kepada setiap insan di mana sampainya cahaya matahari.

Beberapa Peringkat Dakwah Fardiyyah

Mewujudkan Kasih sayang, kepercayaan dan saling mengenali.

Ia merupakan peringkat (marhalah) pertama dan paling asas dalam dakwah. Ia perlu dilaksanakan dengan baik justeru ia akan memainkan peranan yang besar untuk menjayakan malah menyempurnakan peringkat seterusnya. Terutama dalam usaha untuk meyakinkan dan mempengaruhi sasaran dakwah kita (madu'u).

Pada peringkat ini mempunyai beberapa noktah yang perlu diberi perhatian oleh kita khasnya pendakwah :
1. Percaya kepada pendakwah daripada sudut keikhlasan amalan, dakwah, komitmen agama dan kebaikan yang diserunya.
2. Percaya kepada wibawa, pemahaman, pengalaman, kesesuaian pendakwah untuk diambil dan diterima segala nasihat dan pandangannya.

Kepercayaan ini tidak akan datang tanpa usaha atau secara spontan. Ia memerlukan pendakwah yang layak dipercayai. Sementara orang yang layak dipercayai ialah orang yang mempunyai akhlak dan adab-adab Islam serta komitmen yang tinggi terhadap hukum hakam Islam.

Mengenali sasaran dakwah (madu'u) secara mendalam dan jelas sehingga dia dapat mengenali personaliti dan kunci kepada peribadinya. Ini meletakkan pendakwah boleh menggunakan cara interaksi yang tepat dan berkesan dalam usaha mempengaruhi dan meyakinkannya. Antara noktah penting untuk mencapai objektif peringkat ini disebut oleh Syeikh Abdul Halim Al Kinani ialah:

1. Pendakwah mesti mengikhlaskan niatnya dan berdoa untuk sasaran dakwahnya semasa ketiadaannya agar Allah Taala membuka pintu kepada hidayah, melapangkan dadanya kepada dakwah dan menyelamatkannya dari neraka.
2. Memelihara adab-adab pergaulan dan berbicara dengannya.
3. Bersungguh-sungguh untuk melihat dan bertemunya secara berterusan serta bertanya khabarnya apabila dia tiada.
4. Berwajah ceria ketika bertemu. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda mafhumnya, "Kamu tidak mampu mengembirakan manusia dengan harta kamu tetapi kamu dapat lakukannya dengan muka berseri dan akhlak yang baik."
5. Mulakan dengan salam dan berjabat tangan. Sabda Rasulullah SAW mafhumnya, "Adakah kamu suka aku tunjukkan kepada kamu satu amalan, jika kamu lakukan akan mengeratkan lagi kasih sayang antara kamu? Sampaikanlah salam antara kamu."

Syeikh Abdul Halim al-Kinani menyebut lagi bahawa pengukur kepada kejayaan pada peringkat ini ialah melihat kepada bagaimana jawapan kepada soalan-soalan berikut:

1. Adakah sasaran dakwah menganggap pendakwah sebagai rakan yang lebih istemewa dari rakan-rakannya yang lain?
2. Adakah sasaran dakwah pernah bercakap dengan pendakwah menggunakan bahasa yang mesra dan biasa ataupun masih bersifat hipokrit atau waspada?
3. Adakah sasaran dakwah merasa atau memperlihatkan rasa jauh diri atau tidak selesa terhadap beberapa sifat, cara interaksi dan percakapan pendakwah?
4. Adakah sasaran dakwah merasa minat untuk menziarahi pendakwah? Adakah dia pernah menjemput pendakwah untuk menziarahinya?
5. Adakah pendakwah dapat merasakan sasaran dakwah memberi respons yang baik terhadapnya pada setiap kali pertemuan, salam, pergaulan, percakapan dan lain-lain?
6. Adakah sasaran dakwah mula berbicara tentang perasaan, keperihatinan, keadaan dan segala apa yang bermain dimindanya?
7. Adakah dia menemui pendakwah untuk menyelesaikan segala masalah dan situasi yang menimpanya?
8.Adakah dia merasakan bahawa pendakwah layak dan sesuai untuk ditanya dan diminta pandangan?
9. Adakah dia diam untuk mendengar percakapan pendakwah dan menyertainya atau dia akan membantah, membidas atau langsung tidak ambil peduli.
10. Adakah wujud kesan yang jelas dari amalan bertukar-tukar hadiah antara pendakwah dan sasarannya?

Dengan menjawab semua soalan-soalan ini pendakwah mampu mengukur sejauh mana kejayaannnya pada peringkat yang pertama ini dan sejauh mana ia mencapai matlamat yang diharapkan.

Syeikh Abdul Halim al-Kinani menyebut bahawa faktor utama kepada segala masalah yang melanda umat Islam bukannya kerana aspek kekurangan kuantiti (bilangan) penganut, harta benda, kekuatan material atau lain-lain aspek dan kemudahan.

Sebaliknya segala masalah (konflik dan krisis) yang berlaku adalah disebabkan kelemahan yang menimpa jiwa dan penyakit al wahnu (cinta dunia dan takutkan mati) yang menguasai hati, di samping kelalaian (dengan kemewahan dunia) yang akhirnya melumpuhkan semangat serta mematikan kesungguhan dan keazaman mereka.

Umat pada hari ini seperti yang pernah disebut oleh Rasulullah SAW dengan mafhumnya, "...Bahkan pada masa itu bilangan kamu sebenarnya amat ramai tetapi kamu hanyalah seperti bebusa buih."

Kelemahan umat hari ini sebahagiannya tidak mampu menghadapi godaan dan syahwat dunia. Hati juga tidak mampu menjadikan jiwa terlepas dari dosa dan kehinaan. Inilah penyakit yang paling dahsyat menimpa ummah dewasa ini.

Umat Islam tidak akan mampu menyelesaikan dan memadamkan gejala, kehinaan dan kebejatan yang dihadapi ini kecuali dengan melakukan perubahan total dalam peribadi seseorang Muslim. Perubahan yang dilakukan hendaklah perubahan dasar dan mendalam, bukan hanya perubahan luaran dan kulit semata-mata. Titik mula kepada perubahan ini ialah membangkitkan iman dan aqidah di dalam hati. Apabila makrifatullah mula menyelinap di dalam hati seseorang manusia, pasti sahaja ia akan berubah menjadi insan yang bertaqwa dan soleh.

Syeikh Abdul Halim al-Kinani turut menggariskan langkah-langkah teknikal untuk mencapai matlamat dakwah diperingkat ini:

1. Pendakwah hendaklah menjadi ikutan yang baik, benar-benar komited dan terkesan dengan pengertian iman sebelum memindahkannya kepada sasaran dakwah.
2. Perbincangan secara langsung dan dua hala berlaku antara pendakwah dan sasaran dakwah (madu'u). Ia bertujuan untuk memindahkan pengertian-pengertian dan cetusan-cetusan iman ketika ziarah, pertemuan dan perbualan.

Syeikh Abdul Halim al Kinani turut menyarankan agar pendakwah memimpin sasaran dakwah (madu'u) secara praktikal :

1. Mendorong dan menggalakkan supaya bertaubat dan menjelaskan kepentingan untuk segera bertaubat.
2. Meninggalkan segala dosa, maksiat dan mungkar serta tidak lagi mengekalinya. Serentak itu merangsangnya untuk melakukan taat dan ibadat kepada Allah.
3. Mendorong agar mengikat diri dengan al-Quran dan sunnah. Mendengar, membaca, memahami, melaksana dan menghayatinya.
4. Memberikan peringatan (inzaar) dan galakan kepada madu'u (sasaran dakwah).
5. Memberi galakan dan ancaman agar tertanam rasa ingin mengabdikan diri kepada Allah dengan melaksanakan segala hukum-hakam Allah dan dalam masa yang sama takut akan azab Allah akibat kecuaian dan kedegilan melaksanakan syariat Allah Taala.
6.Islam adalah cara hidup yang mesti diterima oleh semua. Tiada siapa yang berhak menghalang Islam ini dikembangkan sebagaimana tiada siapa yang berhak menghalang dirinya sendiri dari menerima Islam, cara hidup yang diwahyukan Allah Taala.
7. Memberi amaran dan ingatan supaya mengharapkan rahmat dan keampunan Allah sebelum mati sedang mati itu datang secara tiba-tiba dan azab Allah itu sangatlah pedih.

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta."
(Surah Taha : ayat 124)

http://www.tarbawi.my

Akta Hasutan 1948: Apa pendirian Zahid selepas ini

Shahbudin Husin, 13 Jul 2013
Mesyuarat kabinet semalam memutuskan untuk kekal dengan pendirian mahu memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional yang kini sedang digubal. Ini bermakna tiada apa-apa yang berubah berhubung keputusan pemansuhan akta itu sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri pada Julai 2012 lalu.

Menteri Kesihatan, S Subramanian ketika memberitahu demikian berkata, Akta Keharmonian Nasional yang menggantikannya akan memastikan kestabilan politik dan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Dengan keputusan kabinet ini, orangramai tentunya tertanya-tanya apakah pendirian Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi mengenai perkara itu selepas ini? Apakah beliau bersetuju dengan keputusan kabinet itu atau akan terus menentangnya sebagaimana kelantangan yang dipamerkan dua tiga hari sebelum ini?

Orangramai juga tentunya ingin tahu, apakah dalam mesyuarat kabinet semalam, Zahid Hamidi turut bersetuju bersama-sama pendirian kabinet itu atau beliau ada menyuarakan bantahan akta itu daripada dimansuhkan atau beliau hanya berdiam diri saja?

Semua ini menimbulkan persoalan. Zahid sebelum ini merupakan menteri yang paling ke depan membantah pemansuhan Akta Hasutan dengan menyelar sikap pihak-pihak tertentu yang mahu memansukan akta tersebut tanpa memikirkan kesan negatifnya walaupun sebenarnya perkara itu datang daripada mulut Najib sendiri.

Bahkan Zahid Hamidi juga mengingatkan dengan pemansuhan Akta Hasutan 1948 itu ia akan mendedahkan empat aspek dalam Perlembagaan kepada pertikaian umum iaitu kedudukan hak istimewa orang-orang Melayu, kedudukan Raja-Raja, agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Zahid juga menyatakan ketegasannya untuk tidak berkompromi dan akan terus mempertahankan Akta Hasutan 1948 itu.

Pelbagai pihak dalam UMNO termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir juga memberi pandangan bahawa akta itu perlu dikekalkan namun pihak pembangkang pula mahukan Najib menunjukkan ketegasan dan tidak mengubah janji mahu memansuhkan akta itu. Najib diingatkan agar mengekalkan slogan Janji Ditepati dan tidak menukarnya menjadi Janji Dicapati!

Sementara Zahid Hamidi menunjukkan ketegasannya mahu mempertahankan akta itu, ramai yang skeptikal dengan pendirian Menteri Dalam Negeri itu yang seolah-olah menyanggah keputusan Perdana Menteri sendiri dan melihatnya tidak lebih daripada tindakan Zahid memainkan emosi orang Melayu dan perwakilan UMNO menjelang pemilihan parti hujung tahun ini.

Selain Zahid Hamidi tidak dikenali sangat sebagai pemimpin yang benar-benar tegas sebelum ini, malah tindakan beliau membangkitkan bantahan mengenai Akta Hasutan secara tiba-tiba sekarang ini juga menimbulkan persoalan memandangkan ketika Najib melontarkan cadangan mahu memansuhkan akta itu sejak Julai 2012 lalu, Zahid Hamidi tidak pula bersuara mengenainya.

Ramai yang melihatnya sekadar permainan emosi di media untuk melonjakkan populariti menjelang pemilihan UMNO semata-mata.

Lalu dengan keputusan kabinet ini,  apakah sebenarnya pendirian Zahid Hamidi selepas ini?

Jika beliau terus bersuara dan komited dengan pendiriannya dan dalam mesyuarat kabinet semalam juga diketahui beliau didapati menyuarakan bantahannya tetapi terpaksa akur dengan keputusan majoriti, barang kali orangramai akan meyakini keikhlasannya tetapi jika beliau hanya berdiam diri saja seperti tikus yang berada dalam tong beras, tidak diragui lagi bahawa riuh-rendahnya selama ini hanyalah sandiwara saja.

Rakyat kini sedang menunggu Zahid Hamidi menyatakan jati dirinya. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
2 NGO lapor polis pasangan persenda Ramadan
 
Dua NGO hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan dua bekas penuntut National University of Singapore mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
  
Pengerusi Usahanita Cawangan Kulaijaya Mazanah Mohammad Zain dan Timbalan Pengerusi Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Tanjung Puteri Fauziah Abdullah membuat laporan berkenaan di Balai Polis Tampoi, di Johor Bahru.
  
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan, Mazanah, 56, menyifatkan perbuatan pasangan itu sebagai menghina kesucian Islam dan tidak wajar dilakukan atas dasar menghormati masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
  
"Saya menerima satu sistem pesanan multimedia (MMS) mengenainya pada pukul 9.30 pagi ini ketika berada di rumah.
  
"Saya berasa sangat marah kerana perbuatan ini mempersendakan agama Islam dan sehubungan itu saya mahu pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka," katanya.
  
Akhbar hari ini melaporkan, pasangan Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan' di laman Facebook mereka.  

Sebelum ini, pasangan itu pernah mencetuskan kontroversi di Singapura dengan memuat naik gambar dan video lucah mereka ke blog.
  
- Bernama

Tiada ulasan: