Isnin, 8 Julai 2013

MEREKA TAK KAN TERLEPAS DARI HUKUM ALLAH SWT

Mesir: Pertembungan hak menentang batil

Ustaz M Abdul Malik Abdul Karim, 08 Jul 2013

Sebelum kemenangan Dr Muhammad Mursi, tiada yang diistilahkan dengan "aliran Islam" atau "aliran sekular" tetapi hanya dikenali "kelompok Mubarak" dan "bersama revolusi". Buktinya, pada Pilihan raya parlimen akhir tahun 2011, Ikhwan Muslimin melalui partinya FJP telah membentuk gabungan kerjasama dipanggil "Tahaluf Ad-Dimoqrati Min ajli Misr" iaitu "Gabungan Kerjasama Demokrasi Untuk Mesir" yang terdiri daripada 11 buah parti termasuk parti bukan aliran Islam seperti Parti Wawasan dan Parti Kemuliaan (Karamah).

Pada pilihan raya presiden yang diadakan pada bulan April 2012, seramai 12 calon Presiden bertanding pusingan pertama. Jika dilihat latar belakang calon-calon ini, maka hanya tiga orang dari aliran Islam termasuk Dr Mursi. Adapun yang lain dari aliran sekular termasuk ketua-ketua Barisan Penyelamat, iaitu Amru Musa dan Hamdeen Sobahi. Kesemua mereka tewas pada pusingan pertama dan diumumkan hanya dua calon yang memperolehi undi tertinggi, Mursi dan Ahmed Syafiq yang akan berentap pada pusingan terakhir.

* 27 Jun 2012, SPR telah mengumumkan Mursi menang dengan majoriti hampir 1 juta undi.
* 9 Jun 2012, Mursi mengangkat sumpah jawatan.
* 30 Jun 2012, Majlis Tentera menyerahkan tampuk kekuasaan yang dipegang mereka selepas kejatuhan Mubarak secara rasmi kepada Mursi.

Ahmed Syafiq, bekas PM zaman Mubarak (calon Presiden yang kalah) terpalit dengan terlalu banyak skandal termasuk menyeleweng wang rakyat. Dia terpaksa melarikan diri ke luar negara bagi menyelamatkan diri. Destinasi yang dipilih ialah UAE (Abu Dhabi).

Pihak berkuasa Abu Dhabi bukan sahaja mengalu-alukan Syafiq tetapi lebih dari itu, melantik beliau sebagai Penasihat kepada Raja UAE.

Bermula saat itu, Abu Dhabi menjadi pengkalan baru bagi kroni Mubarak untuk meneruskan agenda menghancurkan Mesir baru di bawah Mursi.

Syafiq tidak keseorangan tetapi bersama dengan Mohammad Dahlan (bekas pimpinan Fatah Palestin) dan Ketua Tertinggi Polis Dubai, Dhohi Khalfan meneruskan agenda yang dirancang.

UAE (atau Abu Dhabi dan Dubai) dijadikan 'perkakas' musuh Islam apabila pihak berkuasanya melucutkan kewarganegaraan mereka yang terlibat dengan Ikhwan Muslimin, selain menghantar pulang warga Syria yang mengadakan himpunan protes terhadap kekejaman rejim Syria di hadapan kedutaan itu di Abu Dhabi.

Ketika ulama terkenal, Syeikh Yusuf Qardhawi lantang mengkritik rejim Bashar Al-Asad maka Dhohi Khalfan telah menggesa Interpol menangkap Qardhawi atas alasan mencetuskan huru-hara.

Selepas kemenangan Mursi, Mesir melalui pelbagai cabaran dan rintangan. Halangan tersebut bukan sahaja dari dalam tetapi kini dari luar.

Yang paling nyata ketika perbincangan untuk menggubal perlembagaan negara itu hangat diperkatakan. Rakyat dan kerajaan bersepakat perlembagaan yang ada yang diwarisi pada zaman Mubarak dipinda.

Kerajaan telah bersetuju melantik sebuah panel penggubal perlembagaan yang diketuai oleh seorang bekas hakim, Husam Ghiryani. Panel tersebut telah mewakili semua lapisan masyarakat bagi mewakili suara seluruh rakyat untuk menyumbang kepada pindaan perlembagaan itu. Keanggotaan mereka semua seramai 100 orang termasuk wakil tentera, Al-Azhar dan gereja.

Maka yang turut dilantik ialah parti-parti aliran sekular seperti Parti Wafd dan calon-calon Presiden yang kalah iaitu Amru Musa.

* 4 November 2012, Amru Musa mengadakan lawatan ke Ramallah. Beliau mengadakan pertemuan sulit dengan bekas Menteri Pertahanan Israel, Tzipi Livni. Tidak diketahui apakah isi perbincangan tetapi beliau telah zahirkan dari sudut tindakan.

Sekembalinya dari Ramallah, Amru Musa bersama-sama wakil parti sekular telah menarik diri daripada Panel Penggubal perlembagaan tanpa dinyatakan sebab secara jelas. Mereka semua seramai 15 orang. Maka berbaki dalam panel tersebut 85 orang meneruskan perbincangan.

* 14 November 2012, Israel menembak mati Ahmed Ja'abari, orang nombor dua Briged Al-Qassam di Gaza maka bermulanya serangan Israel ke atas Gaza.

Peperangan selama hampir dua minggu itu sebenarnya membawa pukulan maut kepada Israel. Zionis terlupa jika serangan yang dibuatnya pada 2008, ketika itu Mubarak memerintah Mesir tetapi 2012 Mursi yang memerintah. Maka, satu-satunya kekuatan bagi penduduk Gaza ialah pintu sempadan Rafah yang menghubungkan Mesir-Gaza tidak dibenar tutup oleh Mursi. Hasilnya, penduduk Gaza bebas keluar masuk dan misi bantuan dunia ke Gaza termasuk ubat-ubatan mencurah-curah tiba.

Tamparan makin hebat kepada Israel apabila Mursi membuat tindakan berikut;

* Menutup Kedutaan Mesir di Tel Aviv (sebelum itu memang Mursi sudah berhasrat menutup kedutaan, cumanya tidak kena dengan masa. Hal ini kerana sejak zaman Anwar Sadat Mesir mempunyai hubungan diplomatik dengan Zionis).
* Memanggil duta Israel ke Mesir untuk menyerahkan notis bantahan secara rasmi.
* Mencadangkan kepada Liga Arab untuk memanggil semua Menteri Luar mengadakan mesyuarat tergempar.
* Mewakilkan kepada Perdana Menteri, Dr Hisyam Qandil menziarahi Gaza sebagai tanda sokongan Mesir kepada rakyat Gaza.

UAE meneruskan provokasi kepada Mesir apabila menangkap beberapa orang rakyat Mesir yang bertugas di Abu Dhabi dan Dubai. Jumlah mereka yang ditangkap lebih 10 orang dan disembunyikan di lokasi yang tidak diketahui. Keluarga terdekat gagal menghubungi. Pihak berkuasa UAE memberikan alasan mereka terlibat dengan gerakan bagi menubuhkan tanzim Ikhwan di UAE.

Sehingga hari ini kesemua mereka belum dibebaskan bahkan akan dihadapkan ke mahkamah UAE.

Pada akhir November 2012, panel penggubal yang diketuai oleh bekas hakim Husam Ghiryani selesai membincangkan draf pindaan. Setiap draf pindaan memerlukan kepada pungutan suara rakyat (referendum) bagi mengesahkan sama ada rakyat menerima atau menolak draf cadangan tersebut. Maka kumpulan Amru Musa telah bergabung dengan Hamdeen Sobahi dan di sini muncul watak bernama Dr Mohammed El-Baradei, bekas Ketua Agensi Atom Antarabangsa PBB. Mereka 'tiga serangkai' menolak draf pindaan tersebut dan menubuhkan "Barisan Penyelamat" kononnya bagi menyelamatkan negara dari di"Ikhwan"kan oleh Mursi. Maka, dakyah bahawa Ikhwan sedang meng"Ikhwan"kan negara dimomokkan kepada rakyat.

Lebih dari itu, penyokong Barisan ini telah berhimpun di Istana Ittihadiyah, pejabat Mursi. tiba-tiba, kempen untuk menolak perlembagaan itu berubah kepada slogan "Irhal Ya Mursi" iaitu mendesak Mursi berundur. Kenapa terlalu jauh mereka bertindak? Sedangkan topiknya bukan Mursi tetapi perlembagaan.

Akhirnya, berlaku pertempuran dengan pemuda Ikhwan Muslimin dan anggota Barisan yang dibantu oleh perusuh (baltoji). Seramai 11 orang pemuda Ikhwan syahid di hadapan Istana Ittihadiyah.

Pada 15 November 2012, rakyat tetap turun dalam pungutan suara. Akhirnya, lebih 60 peratus pengundi menyatakan setuju kepada perlembagaan itu dan Mursi menandatangani perlembagaan tersebut untuk dikuatkuasakan.

Di sini bermula parti-parti aliran Islam menunjukkan kesatuan mereka. Jamaah Islamiyah, Parti Wasat dan Dakwah Salafiyah telah menyatakan sokongan kepada perlembagaan ini.

Sementara itu, Mursi tidak membuat keputusan bersendirian. Bagi mengelakkkan dirinya bersikap diktator seperti Mubarak, maka antara usaha awal beliau selepas menang ialah menubuhkan "Pasukan Jabatan Presiden" yang terdiri daripada 17 orang penasihat dan empat orang pembantu. Mereka ini bukan menteri kabinet tetapi dalam kalangan anggota pembantu beliau yang akan dijemput berbincang dan mengemukakan idea. Dalam kalangan mereka, dilantik wakil Kristian, wakil wanita, dari kalangan Salafi dan Ikhwan Muslimin.

Bagi mengelakkan pemerintahan diktator, beliau juga mencetuskan idea "dialog kebangsaan". Semua parti-parti politik dijemput dan mereka menyertainya. Barisan Penyelamat menolak untuk menyertai dialog ini.

Mereka kemudian menubuhkan NGO yang dinamakan "Gerakan Kebangsaan" yang mengumumkan secara jelas mereka menolak menjadikan Mesir ke arah negara berasaskan mana-mana agama.

* 29 April 2013 mereka melancarkan "Kempen Pemberontakan" (atau Hamlah Tamarud).

Kempen ini antara lain bertujuan mengumpul sebanyak mungkin tandatangan daripada rakyat Mesir bagi menarik balik kepercayaan daripada Mursi dan mengadakan pilihan raya presiden lebih awal walaupun perlembagaan baru yang diluluskan tahun lalu memberikan had tempoh kepada Presiden satu penggal selama 4 tahun dan tempoh pemerintahan Mursi sepatutnya berakhir 30 Jun 2016. Mereka turun ke dataran-dataran utama di negara bagi mengedarkan borang tandatangan kepada rakyat.

Jawatankuasa kempen ini mengumumkan sehingga 12 Mei lalu mereka berjaya mengumpulkan 2 juta tandatangan rakyat bagi mendesak pilihan raya presiden diadakan lebih awal. Mereka mensasarkan menjelang 30 Jun nanti, sebanyak 15 juta tandatangan akan dikumpulkan iaitu melebihi undi yang diperolehi oleh Mursi dalam pusingan terakhir menentang Syafiq Jun 2012 iaitu 13 juta undi sahaja.

* 30 Jun 2013, Tamarrud mendakwa mereka berjaya mengumpukan 20 juta tandangan.

Kumpulan Islam yang diketuai oleh Jamaah Islamiyah pula melancarkan kempen "Tajarrud" sebagai lawan kepada kempen "Tamarrud" iaitu mengumpul tandatangan rakyat bagi mempertahankan Mursi.

* 23 Jun 2013, Menteri Pertahanan Mesir Abdul Fattah As-Sisi menyampaikan ucapan dalam satu majlis bersama pegawai-pegawai tentera mengejutkan semua pihak. Beliau sebagai Ketua Majlis Tentera telah memberi masa seminggu kepada semua pihak untuk mencari noktah persamaan bagi mengelakkan krisis dalam negara.

* 28 Jun 2013, Mursi membentangkan pencapaian beliau selama setahun selama hampir 3 jam.

* 30 Jun 2013, lebih 2 juta penentang Mursi turun ke Tahrir dan beberapa dataran lain mendesak Mursi berundur.

* 1 Julai 2013, menyaksikan kenyataan rasmi pertama dari tentera yang memberi kata dua dengan memberikan tempoh 48 jam kepada pihak berkuasa menerima tuntutan rakyat atau tentera terpaksa campurtangan menyusun pelan tindakan negara akan datang.

Petang 3 Julai, As-Sisi mengadakan pertemuan dengan Mohammed El-Baradei yang turut dihadiri oleh wakil Parti Nur, Syeikh Azhar Dr Ahmed Toyyib dan Ketua Gereja, Pope Tawadhrox. Sisi menyampaikan ucapan dengan kehadiran wakil-wakil yang disebut mengumumkan rampasan kuasa dengan melantik Ketua Hakim mahkamah Tinggi Perlembagaan, Adli Mansour sebagai Presiden sementara.

http://www.tarbawi.my




Inilah Kepentingan Israel Dibalik Jatuhnya Presiden Mursi

Walaupun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melarang seluruh Menterinya mengulas tentang rampasan yang dilakukan Tentera Mesir terhadap Presiden Mesir Muhammad Mursi, namun Keselamatan Zionis telah melihat adanya langkah baru yang membolehkan Israel mengurangkan kesan negatif yang ditimbulkan dari Arab Spring yang selama ini terjadi.

Menurut Israael penggulingan Muhammad Mursi merupakan titik balik menuju era baru yang akan membebaskan Israel dari pelbagai ancaman yang ditimbulkan oleh Arab Spring.

Peristiwa Penggulingan Muhammad Mursi ini Bagi Israel telah membuka beberapa jalan sebagai berikut:

Pertama: mengembalikan kembali Perkongsian Strategik yang terbina antara Israel dan Rejim Mubarak yang yang telah digulingkan, dimana perkongsian tersebut terhenti selama Pemerintahan Mursi. Seperti kata Pengarah "Amos Yadlin", bekas ketua Bahagian Perisikan Tentera dan Pusat penelitian Keselamatan nasional Israel, bahwa perkongsian Strategik yang diharapkan Tel Aviv setelah tumbangnya pemerintahan Mursi adalah untuk memegang kembali Mesir dalam membantu Israel menghadapi beberapa ancaman seperti: "Keganasan" di Palestin, dan kerjasama dalam menghadapi gerakan Jihad Global.

Kedua: membina semula perikatan kuasa-kuasa serantau Arab untuk kepentingan Israel. Dimana hal ini lemah saat Ikhwanul Muslimin memimpin Mesir. Bagi Israel Kejatuhan Mursi akan mengembalikan kekuatannya untuk boleh membina perikatan kembali di arab.

Ketiga: jatuhnya Mursi akan di ikuti perdebatan awam antara pro mursi dan penentangnya, serta meningkatnya pengutuban sektarian antara Sunni dan Syiah yang akan beralih pendapat awam dari konflik arab-Israel. Dan hal ini akan memberikan Israel kesempatan yang sangat besar dalam mencapai tujuan-tujuannya di negara Arab, terutama Palestin.

Keempat: Kejatuhan Mursi menurut Israel adalah pukulan teruk bagi Hamas, dimana selama pemerintahan Mursi, Hamas mempunyai strategi yang lebih baik dalam menghadapi Israel.

Kelima: berkuasanya tentera Mesir akan membuka peluang Amerika Syarikat untuk mengembalikan kedudukan strategik di wilayah tersebut, dan hal ini akan sangat menguntungkan bagi Israel dalam menegaskan kembali status wilayah Tel Aviv.

Keenam: Kejatuhan Mursi tidak diragukan lagi akan memberikan keuntungan bagi kepentingan Israel di wilayah Syria. Menurut sumber bahagian Perisikan Tentera "Aman" bahawa Rejim Mursi telah menyumbang dalam meningkatkan kekuatan Gerakan Islam di Syria dimana hal ini bertentangan dengan kepentingan Israel.

Mesir: Ditembak di kepala, peluru meletup dalam badan


Harakahdaily, 08 Jul 2013


(Antara mayat mereka yang terkorban dalam insiden pagi tadi- Gambar Anadolu Agency)

MESIR: Ikhwan Muslimin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis yang menembak kejam rakyat yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik pagi ini sehingga menyebabkan berpuluh terkorban.

Jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimin Gehad El-Haddad berkata, kebanyakan mayat yang ditemui dengan kesan tembakan di kepala malah ada yang dijumpai dengan organ hancur dan badan terpisah.

"Kami menjumpai orang yang ditembak di kepala. Kami juga mendapati peluru-peluru yang meletup apabila memasuk badan, menyebabkan organ hancur dan anggota badan terpisah.

"Setiap polis dalam dunia ini perlu memahami bagaimana mahu menyuraikan himpunan. Ini adalah satu aktiviti jenayah yang mensasarkan kepada peserta himpunan. Tiada siapa menjangka perbuatan khianat itu datang dari polis dan pengawal Republik. Arahan untuk membunuh orang-orang Mesir yang datangnya dari tentera Mesir sendiri," katanya dipetik Al-Jazeera.

Menurut beliau lagi, tentera dan polis memulakan tembakan kepada penunjuk perasaan yang berada di bangunan Pengawal Republik kira-kira jam 3.30 pagi.

Sementara itu, maklumat terbaru menyebut sekurang-kurangnya 53 penyokong Morsi terbunuh termasuk 5 kanak-kanak dalam insiden itu manakala lebih 300 yang lain cedera.

Difahamkan insiden itu terjadi selepas polis dan tentera Mesir cuba menyuraikan peserta himpunan yang berkampung di sini sejak beberapa hari lalu itu dengan kekerasan menjelang waktu Subuh pagi tadi.

Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan.

Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka.

Kesemua jenazah yang terkorban kini dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah.

Ulama Azhar seru rakyat tolak rampasan kuasa

Harakahdaily, 06 Jul 2013
MESIR: Ahli Jawatankuasa Lajnah Fatwa Al-Azhar Sheikh Hashim Islam mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Mesir perlu menolak rampasan kuasa oleh pihak tentera terhadap kepimpinan Dr.Muhammad Mursi.

Beliau yang juga merupakan pengasas Persatuan Ulama Al-Azhar berkata, kepimpinan berasakan rampasan kuasa ditolak menurut syarak.

"Dr. Muhammad Morsi merupakan presiden yang sah kerana dipilih melalui pilihanraya.

"Adalah tidak wajar bagi rakyat mesir berpaling dari beliau. Ini kerana kepimpinan yang berasaskan rampasan kuasa ditolak menurut syarak," katanya seperti dilapor Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Menurut Sheikh Hashim lagi, rakyat Mesir wajib mengekalkan identiti Arab-Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah di negara itu dan pada sama memberi jaminan hak kewarganegaraan yang sama rata bagi non-muslim serta menjaga perpaduan negara Mesir dan rakyatnya.

Menurutnya, konflik yang berlaku di Mesir bukanlah sekadar pertembungan ideologi, tetapi realiti yang berlaku kini ialah pertembungan akidah antara tamadun Islam-Arab Mesir dengan para pendukung sekular dan anti-Islam.

Ekoran rampasan kuasa yang berlaku, beliau menyeru rakyat Mesir untuk turut serta dalam revolusi mempertahankan syariat di seluruh Mesir, dan menewaskan kebatilan seperti yang berlaku dalam perang Jamal, serta membentuk satu jawatankuasa tetangga bagi memelihara negara dan rakyat.

"Walaupun berbeza pandangan antara kita terhadap penjenayah dan pemberontak, namun kita juga perlu membezakan antara demontrasi rampasan kuasa yang diharamkan Islam dengan demontrasi bantahan yang diharuskan oleh Islam.

“Antara prinsip tertinggi dalam Islam ialah menganjurkan kebebasan, membenci pemerintahan diktator dan keganasan," katanya.

Khabar Mesir, ulama Azhar sertai himpunan

Nasaie Ismail, 06 Jul 2013
(Antara ulama Al-Azhar yang turun berhimpun bersama rakyat mempertahan Morsi dan membantah rampasan kuasa oleh tentera)


Ramai sahabat bertanya khabar Mesir, saya tidak sempat mengulas atau melapor kerana bermacam halangan. Apapun 'game' belum berakhir. Apa sahaja perubahan boleh berlaku. Tugas kita berdoa pada Allah untuk saudara kita di sini. Kerana hari ini (Sabtu) genap 8 hari mereka berkampung di Medan Rabi'ah Al Adawiah dan hari ke 5 di Medan Nahdah berhadapan Universiti Qaherah (kumpulan Salafi pimpinan Sheikh Hazim Abu Ismail).

Jumlah mereka meningkat berganda selepas tentera mengumumkan rampasan kuasa. Bahkan hari ini himpunan di lebih 20 kawasan seluruh Mesir berjumlah jutaan manusia dengan kematian mencatat 30 orang. 12 orang sahaja di Iskandariah yang ditembak dengan peluru hidup oleh samseng terpelihara.

Keadaan ini amat mengejutkan perampas kuasa. Setelah dua hari ditamatkan siaran langsung semua channel di Dataran Rubu'ah, hari ini Al Jazeera dibenar membuat liputan penuh himpunan penyokong Mursi di seluruh negara khususnya di 4 tempat di Kaherah iaitu Dataran Rabu'ah, Universiti Qaherah, Jambatan 6 Oktober dan Bangunan Pengawal Republik (bertugas mengawal Presiden selama ini).

Bahkan saya temui lebih 10 Channel lain yang menyiarkan himpunan penyokong Mursi secara langsung pada hari ini. Ia satu kepelikan setelah semua media disekat membuat liputan himpunan Pro Mursi. Kepelikan kedua ialah kemunculan pemimpin kanan Ikhwan di pentas Medan Rubu'ah seperti Dr Muhammad Badi' (Mursyidul Am Ikhwan), Dr Isyam Rayyan (Naib Presiden FJP) dan Al Baltaji (bekas ahli Parlimen Ikhwan) dalam keadaan akhbar hari ini (jumaat) menyiarkan sekatan, tahanan dan cubaan melarikan diri ke atas pemimpin tersebut. Dr Badi' diberitakan hendak melarikan diri ke Libya dengan bantuan Ikhwan Libya. Tiba-tiba muncul berucap di Rubu'ah. Bohonglah akhbar-akhbar tersebut.

Saya tidak mahu mengulas keberangkalian yang menyeronokkan. Tetapi seorang sahabat dari Tanta memaklumkan tadi akhbar Washington Post menyiarkan berita bertajuk, 'Rampasan Kuasa Yang Gagal' dengan sub-title 'Tentera berunding kembali dengan Mursi'.

Wallahua'lam apakah benar atau tidak berita ini. Cuma boleh saya katakan, keputusan tentera itu bukanlah suatu yang mudah untuk segera selesai krisis ini kerana jutaan penyokong Mursi tidak berganjak malah bertambah ramai menguasai dataran-dataran seluruh Mesir.

Para ulama Al Azhar juga bertambah ramai keluar menyokong Dr Mursi dalam keadaan Sheikhul Azhar bersama keputusan tentera.  Apapun tugas penting kita ialah terus bermunajat kepada Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Pentagon dalang huru-hara Mesir – Chossudovsky

Harakahdaily, 08 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Dalam satu temuramah dengan PressTV, Michel Chossudovsky (gambar), daripada Pusat Penyelidikan Mengenai Globalisasi yang berpusat di Montreal mendakwa Pentagon Amerika adalah dalang di belakang huru-hara yang kini melanda Mesir.

“Laporan media melaporkan seolah-olah gerakan protes adalah ditujukan pada Amerika Syarikat, dan tentera (Mesir) dalam lojik tertentu adalah menyokong gerakan protes tersebut. Saya merasakan ini semuanya cumalah adalah asap kerana Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel dan juga Ketua Staf AS General Martin Dempsey sentiasa berhubung dengan arkitek rampasan kuasa dua minggu sebelum pengambilan kuasa oleh pihak tentera,” kata Chossudovsky.

Chossudovsky berkata ia tidak boleh dinafikan tentera Mesir mengikut arahan terus daripada Washington walaupun dalamnya mempunyai perbezaan pendapat.

Tentera Mesir, katanya, adalah penerima dana kedua terbesar AS selepas Israel.

“Mereka adalah sekutu yang kuat dan jika mereka sudah mengambil keputusan untuk campur tangan dan menurunkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat, mereka melakukannya selepas mendapat lampu hijau daripada Pentagaon,” tegas Chossudovsky.

Beliau menolak kemungkinan General Abdul Al Sisi, arkitek rampasan kuasa terhadap Presiden Morsi berani bertindak tanpa mendapatkan nasihat daripada rakan sekutunya, Chuck Hagel.

“Jika kita melihat berita-berita terbaru sebelum ini, kita boleh lihat General Al Sisi sentiasa berhubung dengan telefon dengan Chuck Hagel, kita juga harus faham bahawa Menteri Pertahanan yang menghasut rampasan kuasa itu juga adalah seorang graduan daripada kolej perang AS – beliau sangat rapat dengan tentera AS, dan saya secara ikhlasnya sangsi bahawa beliau telah bertindak tanpa kebenaran daripada rakan sekutunya di AS,” kata Chossudovsky lagi.

Chossudovsky juga mendakwa AS telah campur tangan di dalam gerakan protes terhadap rampasan kuasa Presiden Morsi dan juga tentera Mesir.

“Malah, AS sebenarnya sedang menyokong kedua-dua pihak, dan inilah strategi mereka. Mereka menyokong tentera, dan kemudian menyokong – dan tidak menyokong tapi mereka menyokong Ikhwan Muslimin. Dan ini menyebabkan terjadinya situasi konflik dalaman yang menjurus kepada ketidakstabilan pada skala yang lebih besar. Saya juga patut menyentuh bahawa sempadan dengan Gaza telah ditutup.

"Krisis ini bukan sahaja impak di Mesir, tapi pada skala yang lebih besar kerana Mesir adalah sangat strategik untuk AS, ia adalah pintu kepada Afrika Utara dan juga sub-Saharan Africa,” tegas Chossudovsky.

Campurtangan AS, kata Chossudovsky, adalah bertujuan untuk memastikan gerakan protes tidak menjadi luar kawalan dan rampasan kuasa itu adalah bertujuan untuk memanipulasi gerakan protes supaya cita-cita untuk mendapat satu kerajaan rakyat tidak tercapai.

Saksikan temuramah penuh Chossudovsky di sini:  http://www.youtube.com/watch?v=qFzN3qlZbBg 

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

Bagi yang ada twitter, harap korang boleh turut sama retweetkan entry ni kepada kawan-kawan yang lain k. Kalau tak ada twitter, boleh juga sharekan link blog ini kepada sahabat-sahabat yang lain. Mari sama-sama mendoakan keselamatan pelajar Malaysia yang berada di sana.



PENYOKONG MORSI DI SERANG PELURU HIDUP MENJELANG WAKTU SUBUH :
Ikhwan Muslimin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis yang menembak kejam rakyat yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik pagi ini sehingga menyebabkan berpuluh terkorban.

Jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimin Gehad El-Haddad berkata, kebanyakan mayat yang ditemui dengan kesan tembakan di kepala malah ada yang dijumpai dengan organ hancur dan badan terpisah.

"Kami menjumpai orang yang ditembak di kepala. Kami juga mendapati peluru-peluru yang meletup apabila memasuk badan, menyebabkan organ hancur dan anggota badan terpisah.

"Setiap polis dalam dunia ini perlu memahami bagaimana mahu menyuraikan himpunan. Ini adalah satu aktiviti jenayah yang mensasarkan kepada peserta himpunan. Tiada siapa menjangka perbuatan khianat itu datang dari polis dan pengawal Republik. Arahan untuk membunuh orang-orang Mesir yang datangnya dari tentera Mesir sendiri," katanya dipetik Al-Jazeera.

Menurut beliau lagi, tentera dan polis memulakan tembakan kepada penunjuk perasaan yang berada di bangunan Pengawal Republik kira-kira jam 3.30 pagi.

Sementara itu, maklumat terbaru menyebut sekurang-kurangnya 53 penyokong Morsi terbunuh termasuk 5 kanak-kanak dalam insiden itu manakala lebih 300 yang lain cedera.

Difahamkan insiden itu terjadi selepas polis dan tentera Mesir cuba menyuraikan peserta himpunan yang berkampung di sini sejak beberapa hari lalu itu dengan kekerasan menjelang waktu Subuh pagi tadi.

Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan.

Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka.

Kesemua jenazah yang terkorban kini dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah.

k.g.b via http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20584-mesir-ditembak-di-kepala-peluru-meletup-dalam-badan

sumber link video : http://www.youtube.com/watch?v=jOlnDAmCGU4&bpctr=1373279216


Isnin, 8 Julai 2013

Mesir: 40 penyokong Mursi terbunuh diserang ketika sedang solat Subuh

 
(Jenazah yang terkorban pagi tadi dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah)

MESIR: Laman web rasmi Ikhwan Muslmin, Ikhwanonline melaporkan sekurang-kurangnya 40 penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik di sini terbunuh selepas polis Mesir menyuraikan himpunan dengan kekerasan menjelang waktu Subuh.

Dilaporkan insiden tercetus ketika peserta himpunan yang sudah berkampung sejak beberapa hari itu baru menunaikan solat Subuh.

Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan.

Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka.

Laporan web itu juga menyebut, 200 orang turut tercedera dalam insiden terbaru itu.

Kesemua jenazah yang terkorban kini dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah.
Muslimah Fi Sabilillah

Mesir: Ditembak di kepala, peluru meletup dalam badan

Ikhwan Muslimin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis yang menembak kejam rakyat yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik pagi ini sehingga menyebabkan berpuluh terkorban.

Jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimin Gehad El-Haddad berkata, kebanyakan mayat yang ditemui dengan kesan tembakan di kepala malah ada yang dijumpai dengan organ hancur dan badan terpisah.

"Kami menjumpai orang yang ditembak di kepala. Kami juga mendapati peluru-peluru yang meletup apabila memasuk badan, menyebabkan organ hancur dan anggota badan terpisah.

"Setiap polis dalam dunia ini perlu memahami bagaimana mahu menyuraikan himpunan. Ini adalah satu aktiviti jenayah yang mensasarkan kepada peserta himpunan. Tiada siapa menjangka perbuatan khianat itu datang dari polis dan pengawal Republik. Arahan untuk membunuh orang-orang Mesir yang datangnya dari tentera Mesir sendiri," katanya dipetik Al-Jazeera.

Menurut beliau lagi, tentera dan polis memulakan tembakan kepada penunjuk perasaan yang berada di bangunan Pengawal Republik kira-kira jam 3.30 pagi.

Sementara itu, maklumat terbaru menyebut sekurang-kurangnya 53 penyokong Morsi terbunuh termasuk 5 kanak-kanak dalam insiden itu manakala lebih 300 yang lain cedera.

Difahamkan insiden itu terjadi selepas polis dan tentera Mesir cuba menyuraikan peserta himpunan yang berkampung di sini sejak beberapa hari lalu itu dengan kekerasan menjelang waktu Subuh pagi tadi.

Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan.

Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka.

Kesemua jenazah yang terkorban kini dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah.
Muslimah Fi Sabilillah
Harga yang perlu dibayar dengan penggulingan presiden Mursi : puas hati sekarang??

Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.
Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran.
Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza.
Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.
Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).
Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!
Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??
Kita!! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??
Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi.
Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia.
Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini. CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka?? Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..”
Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”
Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan, PUAS HATI SEKARANG??!

Tiada ulasan: