Rabu, 3 Julai 2013

BELASAH DIDUNIA TAK SEDAHSYAT DIAKHIRAT

Ustaz Fadzil pencetus keterbukaan PAS

Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com, 03 Jul 2013


Sebelas tahun telah berlalu sejak kepergian bekas Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Noor meninggalkan kita. Tidak sedar waktu berlalu begitu pantas dengan pelbagai peristiwa telah berlaku selama itu. Namun, PAS - yang pernah dipimpinnya - kini terus subur dan berkembang.

Bayangkan bahawa PAS kini telah dianggotai lebih dari sejuta ahli dan tentunya di dalam jumlah itu wujud pelbagai watak dan pemikiran yang berbeza. Namun yang berbeza hanya dari segi pendekatan, bukan dari segi memperjuangkan dasar PAS yang sudah sangat mantap dan tidak ada perselisihan atau perbezaan pendapat di kalangan ahli.

Pendekatan yang yang berbeza disebabkan ahli yang lebih sejuta orang itu datang dari pelbagai latar belakang pendidikan, keluarga dan suasana sekeliling di mana ahli PAS itu berada, serta pengaruh pembacaan dan pemahaman serta pendedahan yang berbeza.

PAS telah mengambil masa yang lama untuk memantapkan perjuangannya. Sejarah perjuangaannya yang ditandai pelbagai peristiwa selepas berundurnya Dato’ Asri Haji Muda sebagai Yang Dipertua PAS. Di bawah kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa yang mengambil alih teraju PAS pada 1982, PAS telah menjenamakan semula parti tersebut dengan slogan ‘Kepimpinan Ulama’.

Saya sendiri menyertai PAS setahun setengah kemudian atas dorongan Haji Subky Latif serta disebabkan dasar PAS  yang memperjuangkan Islam yang  syumul dan tidak lagi berpaut pada fahaman kebangsaan seperti masa lalu.

Juga saya terdorong, antara lain, bahawa dengan jenama barunya ‘Di bawah kepimpinan ulama’, saya merasakan perjuangan PAS akan lebih mantap di mana dilihat PAS mampu mendukung konsep tersebut dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Kehadiran Almarhum Ustaz Fadzil memimpin PAS menggantikan Almarhum Tuan Guru Haji Yusof Rawa yang telah meninggal dunia telah memperkukuh lagi konsep ‘Kemimpinan Ulama’. Namun dalam masa yang sama Almarhum Ustaz Fadzil dilihat membuat pendekatan baru terhadap konsep tersebut, apabila beliau menyarankan apa yang dipanggilnya ‘Memprofesionalkan ulama dan mengulamakkan profesional’ – suatu pendekatan yang kelihatannya dapat diterima baik oleh semua pihak dan sesuai dengan keadaan.

Namun Almarhum Ustaz Fadizl tetap mempertahankan konsep kepimpinan ulama di mana saja beliau berucap dengan keyakinan bahawa pendekatan barunya itu dapat meluaskan interaksi PAS sesuai  dengan perkembangan baru di dunia politik, tanpa mengorbankan dasar-dasar kepimpinan ulama.

Maka sejak zamannya, PAS menerima kemasukan pelbagai golongan masyarakat, di antaranya para tokoh Islam yang selama ini berada di luar PAS, kalangan profesional dengan pelbagai latar belakang pendidikan, pendedahan dan sebagainya dan pelbagai golongan lagi. Semuanya berada dan berganding bahu dengan golongan agama yang ada di dalam PAS selama ini.

Almarhum Ustaz Fadzil membawa PAS dari sebuah parti yang bersifat exclusive (tertutup) kepada parti yang bersifat inclusive (terbuka). Walau bagaimanapun, dasar terbuka ini sudah mula di ketengahkan di zaman Almarhum Tuan Guru Haji Yusof Rawa iaitu berbaik-baik dengan parti lain, tetapi bukan dengan Umno.

Di zaman Almarhum Ustaz Fadzil, ditubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah (Singkatan: APU) atau Angkatan Ummah iaitu satu jenama perikatan politik di Malaysia yang bergiat dari tahun 1990 hingga tahun 1996 tetapi tidak berdaftar. Oleh itu parti-parti komponennya bertanding di bawah nama masing-masing. Angkatan Ummah terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Melayu Semangat 46 (S46), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA). Perikatan ini pernah bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990 dan Pilihanraya Umum Malaysia 1995. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990, mereka bekerjasama dengan Gagasan Rakyat yang terdiri daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Semangat 46 juga menyertai Gagasan Rakyat pada masa yang sama. Angkatan Perpaduan Ummah ini dibubarkan pada tahun 1996.

Kini PAS berada dalam gabungan Pakatan Rakyat, bersama PKR dan DAP. Dalam PRU yang lalu, Pakatan Rakyat terus menguasai Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, tetapi tewas di Kedah.

Kini setiap pendukung PAS dan mereka yang bersimpati akan terus mengingati Almarhum Ustaz Fadzil, sebuah legasi dan tokoh yang telah berjaya mengenengahkan PAS sebagai parti Islam kontemporari, malah menjadi model di rantau ini sebagai parti dan gerakan Islam yang berjaya di tengah masyarakat majmuk.

Kini kepimpinan PAS diteruskan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Presiden, Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang dan saf pimpinan yang di dalamnya adalah gabungan ulama, profesional dan tokoh pelbagai golongan.

Pada pendapat saya, dalam mengenang 11 tahun kepergian Almarhum Ustaz Fadzil Noor ini, PAS semua peringkat sangat wajar mengadakan muhasabah untuk melihat kelemahan di samping kekuatannya supaya dengan itu dapat diperbaiki dan diperkasakan.

Antara perkara yang sangat mendesak ialah bahawa PAS mestilah merapatkan diri dengan generasi baru yang menjadi harapan masa depan negara. Ia mestilah dilihat sebagai parti harapan generasi baru dan mampu menawan hati mereka.

Jika ini berjaya dilakukan, saya kira, langkah ini bermakna melanjutkan salah satu ciri keterbukaan PAS yang diasaskan oleh Almarhum Ustaz Fadzil. Justeru masa depan PAS banyak bergantung kepada sokongan generasi baru di samping sokongan generasi lama.
'Demokrasi sudah mati di DUN P Pinang'
11:51AM Jul 3 2013
Ketua pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid menyelar keputusan Speaker Law Choo Kiang untuk menggantung sesi soalan lisan dalam persidangan, yang disifatkannya sebagai satu “hukuman mati ke atas demokrasi”.

Jahara (BN-Teluk Ayer Tawar) berkata perkara seperti itu tidak pernah dilaksanakan sebelum ini dan sesi berkenaan juga penting untuk memastikan kebertanggungjawab kerajaan engeri.

Katanya, wakil rakyat akan menggunakan peluang berkenaan untuk bertanya soalan dan mendapat jawapan berhubung masalah dihadapi rakyat.

Sesi itu juga bukan hanya untuk kepentingan wakil pembangkang tetapi juga untuk wakil rakyat penyokong kerajaan, demi kepetingan rakyat, katanya.

“Jelas sekali ada keangkuhan kuasa di sini. Ianya seperti menjatuhkan hukuman mati ke atas demokrasi. Demokrasi telah mati di Dewan ini,” katanya.

Kenyataannya itu dibantah Jagdeep Singh Deo (DAP-Dato Keramat) yang memekik dan meminta Jahara menarik balik kenyataan tersebut.

Namun, memandangkan perkara itu telah disebut oleh Jahara, beliau meminta Dewan menjelaskan sama ada perkara itu boleh diterima.

Perdebatan itu bermula apabila speaker Law Choo Kiang menjelaskan bahawa sesi soalan lisan itu digantung untuk menjimatkan masa.

Tindakan itu tidak akan mengganggu persidangan kerana ia masih dijalankan mengikut peraturan Dewan, katanya.

Perkara itu dibantah oleh Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang berkata alasan tersebut tidak boleh digunakan untuk membatalkan sesi soalan lisan.

"Kita ada banyak masa. Mohon kembalikan sesi itu dalam persidangan ini,” katanya.
Wikileaks: Ada 17 rekod, tapi rekod Anwar tiada
Lagi pendedahan WikiLeaks
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzim  hari ini menafikan dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar mempunyai 20 akaun luar negara.

Menurut Tze Tzim, dakwaan tersebut  adalah tidak berasas dan berbaur fitnah.

"Semalam pihak PKR telah membuat semakan terhadap data yang didakwa oleh penyokong BN itu.

"...hasil semakan mendapati terdapat 17 rekod Wikileaks mengenai Malaysia, namun satu pun tidak ada kaitan dengan pendedahan Anwar miliki 20 akaun," katanya di lobi Parlimen hari ini.
MP dakwa UM perkecil disiplin pengajian Islam

MP Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali mendakwa Universiti Malaya (UM) melakukan penstrukturan semula fakulti yang menyebabkan Akademi Pengajian Islam diturunkan taraf.
Katanya, akademi berkenaan kini diletakkan di bawah Fakulti Kesenian, Kemanusiaan dan Sains Sosial yang didakwa memperkecilkan disiplin pengajian Islam di universiti tertua di Malaysia itu.

"(Universiti) yang melahirkan ramai ulama pelbagai bidang, menjadi pensyarah, hakim, kadi, mufti dan sebagainya. Maka tidak layak pengajian Islam diperkecilkan seumpama itu.

"Dan (saya) bimbang tindakan itu akan diikuti oleh universiti-universiti yang lain," katanya membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam.

Sambil membaca sepotong ayat Al-Quran, Khairuddin berkata sekiranya Allah mahu memberikan kebaikan kepada seseorang itu, maka Allah akan beri kefahaman tentang Islam kepadanya.

"Ertinya rakyat tidak akan menjadi baik, jika tidak diberi ilmu dan kefahaman tentang agama Allah dan tidak sepatutnya (pengajian Islam) diperkecilkan seumpama itu," katanya.

UM mempunyai 14 fakulti termasuk Akademi Pengajian Islam dan Akademi Pengajian Melayu, enam institut dan lima pusat pengajian.
MP dakwa Anwar ada RM332j dalam akaun luar negara

Seorang penyokong kerajaan mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.
Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.

Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.

"Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Liang berkata setiap akaun itu mempunyai maklumat terperinci seperti nama pemegang, jawatan, nombor pasport, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan menyiasat perkara itu kerana ia amat bahaya memandangkan ada akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu.

Dakwaan itu mengundang tindak balas Tian Chua (PKR-Batu) yang bangun mencelah dan mendesak Liang mengemukakan bukti dan tidak membuat tuduhan melulu sambil menggesa mengemukakan bukti itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

"...Kita sudah berjuang lebih 15 tahun, satu sen pun tidak dapat...jadi kalau pemimpin kita kaya macam ini, kita juga ingin tahu," katanya.

Ini diikuti Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) yang turut mendesak Liang mengemukakan bukti dan sekiranya gagal berbuat demikian perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Desakan oleh wakil pembangkang itu mendorong Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah dan dengan lantang mencabar pembangkang mengambil tindakan undang-undang ke atas WikiLeaks sekiranya maklumat itu adalah palsu.

Liang mengakhiri perbahasannya dengan berkata tindakan Anwar memiliki akaun di negara Israel seakan memungkiri janji dan komitmen ketika bersama mengutuk kekejaman tentera Israel ke atas penduduk Gaza tahun lepas.

"Tahun lepas, di dewan ini ketika perdana menteri membentangkan usul khas mengutuk serangan Israel ke atas Gaza, Permatang Pauh bersama PAS dan DAP turut mengutuk sama tetapi sebaliknya di belakang mempunyai akaun simpanan di negara berkenaan," katanya.

Persidangan bersambung esok.

- Bernama

Undi popular: Noh pula kena ‘belasah’ di parlimen

Harakahdaily, 02 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) malu besar ketika cuba mengganggu ucapan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) berhubung isu undi popular apabila mengatakan kawasan parlimen yang diwakilinya lebih besar berbanding kawasan parlimen yang diwakili Azmin.

Azmin dalam perbahasannya membidas Noh dan menegaskan undi popular diukur dari sokongan rakyat terhadap parti dan bukan keluasan sesebuah kawasan Parlimen.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden PKR itu mendesak agar persempadanan semula kawasan pilihan raya dikaji semula dan lebih adil berbanding ketika ini bertujuan untuk memenangkan Umno BN.

“Hakikatnya Tanjung Karang, Pakatan Rakyat mendapat 51 peratus sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu berbanding kerajaan minoriti BN yang menjunam kepada 47 peratus sahaja,” kata Azmin dipetik KeadilanDaily.

Ini membuatkan pemimpin Umno Selangor itu mencebikkan bibir tanda tidak berpuas hati.

Noh yang diberi laluan selepas itu membebel dengan pelbagai alasan termasuk mengatakan DAP lebih popular berbanding PKR bertujuan melaga-lagakan Pakatan Rakyat sebelum dijawab Ahli Parlimen Pakatan lain, “kami bertanding dalam satu gabungan”.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula menyindir kelakuan Noh itu bertujuan mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kita memuji ucapan perbahasan Tanjung Karang walaupun menang PRU, tapi tak dapat jawatan menteri,” sinis Naib Presiden PAS itu menyebabkan Dewan Rakyat gamat seketika apabila ramai ahli dewan minta mencelah untuk soalan tambahan.

Berapa sudah dibayar kepada pengendali AES

Harakahdaily, 03 Jul 2013
KUALA LUMPUR: PAS meminta Menteri Pengangkutan menyatakan berapa jumlah saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dikeluarkan sejak ia mula dikuatkuasakan.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin juga meminta menteri berkenaan menyatakan berapa jumlah bayaran yang telah dibayar kepada syarikat pengendali saman AES, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd dari kutipan saman AES tersebut.

Soalan bagi jawab lisan beliau itu disenaraikan untuk dijawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ahli-ahli parlimen PAS yang mengemukakan soalan bagi jawab lisan hari ini sepertti di bawah.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Marang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan m engapa Malaysia tidak mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menyelesaikan tragedi pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Marang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah status pembayaran Wang Pajakan (Cession Money) kepada waris Kesultanan Sulu sehingga hari ini.

Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah kos projek PPSMI sejak ia dilaksanakan.

Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan statistik enrolmen kanak-kanak pra sekolah di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan yang akan diambil terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) atas kegagalan mematuhi peraturan pilihan raya mengenai dakwat kekal.

Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi menyatakan:
(a) berapa banyakkah projek-projek yang telah diusahakan di bawah skim
"techno fund" dan yang dapat dikomersilkan.; dan
(b) berapakah jumlah dana atau peruntukan perbelanjaan yang  telah dikeluarkan untuk projek "techno fund" ini.

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilakah jambatan antara Pengkalan Kubor dan Takbai, Thailand akan dibina.

Jangan terpedaya dengan ramainya peminat

rizuwankini blogspot, 03 Jul 2013

Ayyuha al-Syabab


"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.

Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

-hassan al-banna-

JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN RAMAINYA PEMINAT [DR ABU ANAS MADANI]

Jangah mudah terpedaya dengan ramainya peminat;


"Apabila kamu duduk bersama orang ramai, hendaklah kamu

menasihati hatimu dan dirimu. Janganlah kamu sesekali

terpedaya dengan ramainya orang mengelilingimu.


Sesungguhnya mereka hanya melihat perkara yang zahir

padamu sedangkan Allah menilik hati batinmu."



Tiada ulasan: