Sabtu, 2 Jun 2012

DULU KAWAN SEKARANG LAWAN...BEGITU SEBALIKNYA...BIASALAH TU...BILA KESEDARAN TINGGI...TAHU NILAI MAKSIAT...AKIDAH ROSAK...BOHONG@TIPU DAN PENYELEWENGAN....MAKA DESAKAN TAK BOLEH DIKURANGKAN...ORANG BERSALAH PATUT SEDAR...TAK KAN AKHIRAT DIHUKUM MASUK NERAKA PUN TAK TAHU....

Eksklusif !! Gambar Bekas Pendakwaraya di Pejabat Anwar
Posted on Thursday, May 31 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Tukang Lawan


Apa selepas ini?, "tukanglawan" sudah mendapat informasi apa yang akan berlaku selepas ini, yang pastinya ini adalah langkah permulaan bagi hubungan Anwar Ibrahim dan Datuk Yusuf Zainal Abiden.

Dibawah ini dipaparkan beberapa keping gambar ekslusif untuk anda semua, beberapa hari yang lalu tanah air dikejutkan dengan tindakan bekas pendakwaraya kanan yang terdahulu telah mewakili pihak pendakwaan dalam kes melibatkan fitnah liwat 1 dan 2 yang melibatkan DSAI.


Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden yang sebelum ini dianggap sebagai ensiclopedia undang-undang bergerak (Moveable Legal Ensiclopedia) bagi ramai timbalan pendakwa raya dan peguam di negara ini membuatkan umno termenung seketika bila membuat keputusan menjadi barisan pembelaan dalam kes terbaru konspirasi memenjarakan Anwar.

Mungkin sebelum ini beliau terpaksa akur dengan arahan dari pihak atasan kerana beliau diberi amanah menjadi barisan pendakwaan atas kapasitinya sebagai penjawat awam. namun selepas bersara dari jawatannya, beliau kini bebas untuk menyokong siapa sahaja.

Itu keputusan beliau dan tiada siapa boleh memaksa beliau untuk tidak memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Ini adalah beberapa keping gambar yang diambil siang tadi.






Apa selepas ini?, "tukanglawan" sudah mendapat informasi apa yang akan berlaku selepas ini, yang pastinya ini adalah langkah permulaan bagi hubungan Anwar Ibrahim dan Datuk Yusuf Zainal Abiden.

Dalam masa terdekat, 1 lagi berita ekslusif akan "tukanglawan" siarkan, tunggu saat yang semakin hampir itu.

Jutawan, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk ‘Miskin’

Posted on the June 2nd, 2012 under Bisnes,Luar Negara by
Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.

Roadshow Xpresi Hijau Anak Muda ke seluruh negara

Nazri Abdullah , 02 Jun 2012
ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS akan meneruskan roadshow Xpresi Hijau Anak Muda yang dilancar di Stadium Darul Aman semalam ke seluruh negara.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata roadshow tersebut akan diadakan sepanjang dua bulan ini sehingga pertengahan Julai akan datang.

Bermula dari Kedah, mereka akan ke Perlis dan kemudian akan ke Johor pada 16 Jun ini.

Mengikutinya Pahang pada 17 Jun, Pulau Pinang 23, Perak 24 dan Terengganu 30 haribulan.

Untuk Julai pula, program akan dimulakan di Kelantan pada 1 haribulan kemudian Melaka 7, Selangor 14 dan Negeri Sembilan pada 15 haribulan.

Menurut Nasruddin, tarikh untuk program tersebut di Sabah dan Sarawak akan diumum pihaknya kemudian.

Kesemua tarikh-tarikh tersebut turut diumumkannya sewaktu menyampaikan pidato khas Ketua Pemuda di Stadium Darul Aman petang semalam sempena program Himpunan Hijau ke Putrajaya di sini.

Xpresi Hijau Anak Muda semalam bermula dengan konvoi 200 buah motosikal dari Masjid Perwaja, Gurun ke Alor Setar dengan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan dengan diiringi barisan exco.

Sejurus konvoi tiba di Stadium Darul Aman, program diteruskan dengan bacaan Ma'thurat dan solat Asar berjemaah.

Selepas itu acara pentas bermula dengan pidato oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-His.

Ia kemudian disusuli dengan pelancaran maskot dan animasi Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Hadi dan Huda.

Pentas kemudian menampilkan Pengerusi Ameerah Fareedah Samad menyampaikan pidato sebelum Sketsa Kopi Amal membuat persembahan.

Program kemudian diteruskan dengan pidato oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Puluhan ribu hadirin kemudian dihidangkan dengan kuliah oleh penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus selama 40 minit.

Acara kemuncak program Xpresi Anak Muda petang tadi adalah pidato oleh Nasruddin sendiri selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Dalam program itu juga menyaksikan buku Siapa Menganut Ajaran Sesat terbitan Dewan Pemuda PAS dilancarkan bagi menjawab tomahan Umno.

Selain itu, hadirin turut dihidangkan dengan persembahan sketsa khas oleh selebriti Bob Lokman yang sekaligus melancarkan Kopi Amal.

Bekas KSU Kementerian Tanah sertai Pas

Posted on the June 2nd, 2012 under Politik by

SHAH ALAM – Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof menyerahkan borang menyertai Pas – pegawai kanan kedua menyertai parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu dalam tempoh dua minggu ini.
Laporan Harakah Daily menyebut penyertaan beliau menyertai Pas menambah bilangan tokoh pentadbir dan teknokrat yang menyertai parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Nik Zain menyandang jawatan Ketua Setiausaha kementerian dari 1998 hingga 2002.

Lebih 50,000 banjiri Himpunan Hijau ke Putrajaya

Posted on the June 2nd, 2012 under Politik by

Seolah-olah seperti mahu menandingi kehadiran besar di majlis ulangtahun ke-66 Umno di Bukit Jalil Stadium baru-baru ini, PAS berjaya menarik lebih 50,000 penyokongnya yang membanjiri perhimpunan parti itu malam tadi yang dikenali sebagai ‘Himpunan Hijau ke Putrajaya’.
Semangat di kalangan hadirin begitu tinggi sekali seolah-olah Pakatan Rakyat baru sahaja memenangi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka dipanggil pada bulan Jun atau tahun depan.
Gema laungan ‘Takbir’ berkemundang ke udara ketika para penyokong masuk membanjiri padang perhimpunan tersebut, manakala yang lainnya berpusu-pusu di luar Stadium yang hanya mampu menampung sehingga 35,000 orang.
 
Umno Kumpul Hackers Untuk Godam Website, Blog, Facebook Pakatan Rakyat Menjelang
Posted on Friday, June 01 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Addin

Sekumpulan BELIA yang mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dalam ilmu cyber dan berpotensi ke peringkat
Sekumpulan BELIA yang mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dalam ilmu cyber dan berpotensi ke peringkat penggodam Malaysia telah hadir di satu program iaitu Malaysian Youth Cyber Conference atau lebih dikenali sebagai MCC yang telah di adakan di Hotel Heritage Ipoh, Perak pada 12 Mei 2012 yang lalu. Siapa disebalik program ini dan apa MATLAMAT sebenar mereka?

Didalangi oleh sebuah syarikat yang dipercayai KRONI dan mendapat dana dari kerajaan UMNO-BN. Nama syarikat ini adalah VYREC. Tujuan mereka mengumpulkan sebanyak mungkin hackers yang sanggup menjual maruah mereka demi kepentingan UMNO-BN. Pelbagai program telah dilaksanakan, ada yang terima tawaran, ada yang menolak tawaran.

ATUCARA MCC yang telah dijalankan tempoh hari adalah seperti berikut: Aturcara Semasa MCC Adalah Seperti Berikut :- 
18:30-19:00 : Pendaftaran 
19:00-19:30 : Bacaan Yassin dan Persiapan Solat Maghrib 
19:30-20:00 : Kata-Kata Aluan Pengarah Program 
20:00-20:45 : Tayangan Video Cara-cara Penggodaman & Makan Malam 
20:45 -21:30 : Malaysian Cyber Youth Conference Forum Panel 1 : Adnan Syukur ( Pakar Penasihat IT ) Panel 2 : Khaireel Azlee ( ITYM & VYREC ) 
21:30-21:45 : Soal Jawab 
21:45-22:00 : Kata-Kata Akhir Panel ( Nasihat ) 
22:00-23:00 : Permainan Siber 23:00 (Sesi Fotografi dan Bersurai) 
23:00-23:30 : Santai di persekitaran Ball Room
Sebenarnya ini semua perancangan rapi oleh pihak pihak tertentu untuk mendapatkan 'tentera cyber' yang bukan untuk berdebat atau kempen TETAPI adalah sebuah bala tentera yang akan ditugaskan untuk HACK mana mana Website Pakatan rakyat, Blog Pejuang2 Pakatan Rakyat, Facebook Pejuang2 pakatan Rakyat yang dianggap bahaya bagi pihak UMNO-BN.
Tak semua yang hadir ni terima kerana ada antara mereka tak berminat langsung dengan POLITIK, dan ada juga antara mereka adalah cybertrooper dan blogger Pakatan Rakyat. Difahamkan, ini bukan team yang dicipta untuk meroyan di fb mahupun blog, tak sama seperti UMB, Nadi Rakyat ataupun mana mana team cyber ciptaan UMNO-BN.
Yang ini adalah 'penyerang senyap' yang ditugaskan untuk melumpuhkan terus jentera jentera maya milik Pakatan Rakyat. Tetapi ingin kami ingatkan pada mereka bahawa PAKATAN RAKYAT JUGA MEMPUNYAI BARISAN TENTERA SIBER YANG HEBAT tanpa menawarkan apa apa imbuhan dan mereka benar benar sukarelawan yang sanggup menggadai masa dan tenaga mereka untuk masa depan negara tanpa UMNO-BN. 

Fuyoo!! Gambar ..Terkini Terhot.. Kalau Amano Tengok nie Tangkap Nangis tau..Jom
Posted on Saturday, June 02 @ 03:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuluqman

"
Peserta Baru MAsuk Memenuhi Stadium


Peserta Menagmbil tempat masing masing




Ruang ruang kosong telah dipenuhi oleh Peserta Himpunan hijau




Kelihatan Ustaz Azhar Idrus Berkaca Mata Hitam Di Skrin Besar... Berjaya memukau... hadirin dengan loghat Kedahnya. Hampa mai ramai ramai buat apa nie... depa bagi sorang RM 30 kut... hehe... sekali dengan duit minyak kut hehe


Semua gambar ini diambil sebelah petang semasa kuliah USTAZ Azhar Idrus memberi Kuliah

Himpunan Hijau resahkan Najib

Harakahdaily, 02 Jun 2012
ALOR SETAR: Kejayaan Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung seharian di sini semalam sekali lagi menambah kerisauan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan pilihan raya. AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata kejayaan PAS menghimpunan ratusan ribu rakyat khususnya anak muda tanpa ada sebarang konsert melalaikan sudah tentu memberi tekanan kepada Najib.
"Himpunan ini berjaya membangkitkan semangat petugas dan menggerunkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadapi PRU 13.

"Lagi lama Datuk Seri Najib tidak mengumumkan pembubaran Parlimen, lagi banyak himpunan seperti ini dapat kita lakukan untuk membangkitkan semangat jentera pilihanraya," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, semua kita maklum bahawa membangkitkan semangat dan membentuk persepsi adalah perlu selain daripada peranan jentera parti.
Himpunan Hijau Ke Puterajaya menurutnya bukan sahaja berjaya mengumpul ramai orang, malah matlamat dan sasaran tercapai.
Semua ruang stadium ujarnya padat dan beribu orang di luar stadium terpaksa melihat skrin besar kerana di dalam penuh sesak.
Lebih menarik kata Ustaz Idris, mereka yang datang dengan ikhlas tanpa mengharap balas di mana 70 peratus kehadiran adalah orang muda, mereka datang walaupun tanpa dihidang dengan program K-Pop seperti program Himpunan Jutaan Belia di Puterajaya.
Pak Samad Said pula mendeklamasi sajak khas untuk anak muda, kerana mereka adalah benteng negara untuk melakar politik masa depan.
"Walaupun ada bloger Umno kata hanya 10,000 sahaja. Memang sudah dijangka kerana mereka mengalami penyakit "terencat bilang".
"Biarkan Najib lambat umum tarikh, kita akan asak dengan Himpunan Hijau di seluruh negara," katanya.

Tiada ulasan: