Sabtu, 2 Jun 2012

BERANGAN NI SEDAP DARI KENYATAAN...PENENTUNYA ALLAH...NI BUKAN CUBA2 TAPI BETUL PUNYA....CABAR ORANG BAGAIMANA PIHAK KITA DAH BANYAK KE BERTINDAK ATAU DIAM AJE...SERTA SEMBUNYI...LEPAS BUKAN DIMAHKAMAH ALLAH...ADA PENENTU MAHKAMAH AKHIR...AKHIRAT...API NERAKA MENUNGGU ORANG BERSALAH DIDUNIA YANG TERLEPAS....CUBA2 HISAB DIRI...DOSA..TIPU ITU DAPAT DIRASA...CUMA DIBUANG JAUH2...NERAKA TAK BOLEH DIBUANG...HUKUM TETAP BERJALAN JIKA SABIT...TUNGGU SAJA MASA NYA DIAKHIRAT....

Tsunami selatan akan pihak BN, bukan PR

2 Jun 2012
MENJELANG PRU 13 - PARLIMEN
MENJELANG PRU 13 - PARLIMEN
KUALA LUMPUR - Beberapa anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menolak tanggapan PAS kononnya tsunami selatan akan melanda Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
  
Sebaliknya, menurut mereka, tsunami yang dikatakan itu akan memihak kepada BN dan yakin dengan sokongan rakyat, BN akan meneruskan penguasaan kerajaan negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dalam pertemuan dengan Sinar Harian dan Sinar Harian Online mendakwa tsunami selatan akan berlaku pada pilihan raya umum akan datang apabila pakatan pembangkang yakin akan menang di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, tsunami itu juga akan berlaku di selatan Semenanjung kerana tsunami dari arah utara sudah kering dan tepu. Ahli Parlimen, Jasin Melaka Datuk Ahmad Hamzah ketika menyangkal dakwaan

PAS itu berkata pengaruh pembangkang sejak akhir-akhir ini sebenarnya semakin berkurangan dan menurun, tambahan pula rakyat semakin sedar terhadap apa yang dimomokkan kepada mereka sebelum ini hanyalah janji-janji manis belaka.

"Pada saya bercakap soal tsunami ini, tsunami sebaliknya akan berlaku yang mana rakyat akan menyokong parti dan kerajaan Barisan Nasional, seterusnya memenangi kerusi-kerusi di Melaka dan membentuk kerajaan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, kesedaran rakyat adalah berpokok pangkal kepada inginkan kemajuan berterusan dan kesinambungan kepada usaha yang dilakukan kerajaan dengan pelbagai perancangan seperti program transformasi dalam pelbagai aspek dan sudut.

"Rakyat nampaknya tidak mengharapkan pembangkang untuk melakukan semua ini. Perjuangan pembangkang juga nampak tidak jelas langsung," katanya.

Ahli Parlimen BN kawasan Muar, Johor Datuk Razali Ibrahim berkata, apa pun boleh diperkatakan oleh parti yang bertanding, tetapi tsunami yang didakwa akan berlaku di selatan itu tidak bersandarkan kepada sebarang alasan yang kukuh.

"Jika dia bersandarkan pada prestasi, saya tak nampak keyakinan rakyat kepada mereka kerana kerjasama mereka (pembangkang) amat rapuh. Mutu kerja pun jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan BN," katanya kepada Bernama menerusi Khidmat Pesanan Ringkas.

Razali, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, pembangkang cuma bersandarkan janji yang tidak pasti, termasuk mainan sentimen, emosi dan fitnah bagi mendapatkan sokongan.

Ahli Parlimen BN kawasan Jempol, Negeri Sembilan Datuk Lillah Yassin berkata, jangkaan itu tidak akan berlaku kerana kekuatan BN di selatan adalah sokongan yang bergantung kepada undi orang Melayu.

Umno Wilayah Persekutuan yakin rampas empat kerusi Parlimen
Wartawan Sinar Harian
1 Jun 2012
KUALA LUMPUR - Umno Wilayah Persekutuan yakin dapat memenangi semula empat kerusi Parlimen daripada parti pembangkang pada pilihan raya umum akan datang ekoran trend pengundi di bandar raya yang kini mula memberi sokongan terhadap Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata berdasarkan perubahan senario politik semasa dan kecemerlangan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, keputusan pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan kekalahan BN bagi kerusi Parlimen Batu, Titiwangsa, Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak kepada pembangkang tidak akan berulang.

"Kita sudah lihat ada perubahan... tsunami politik akan berlaku di mana BN akan merampas semula empat kerusi itu kerana warga kota telah mula beralih arah kepada BN setelah mereka kecewa dengan pelbagai janji kosong  pembangkang," katanya dalam blog www.umnobahagiancheras.blogspot.com.

Daripada 13 kerusi Parlimen, BN hanya menang tiga kerusi, iaitu Putrajaya, Setiawangsa dan Labuan pada pilihan raya umum 2008.   

Mengenai soal calon, Syed Ali berkata kepimpinan parti di setiap bahagian menaruh kepercayaan dan keyakinan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Tan Sri Muhyiddin Yassin  berhubung pemilihan calon yang bakal bertanding pada PRU ke-13 nanti.

"Pada hemat saya, soal siapa calon bukan isu besar, sebaliknya kita di Wilayah Persekutuan terus bekerja keras bagi memastikan Umno serta BN kembali cemerlang," kata Syed Ali, yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras.

Beliau berkata apa yang pasti calon yang dipilih nanti berkeupayaan memberi kemenangan kepada BN.

Katanya populariti seseorang individu itu bukan jaminan untuk terpilih sebagai calon Perdana Menteri sudah memberi peringatan hanya calon yang boleh menang yang akan tersenarai.

"Oleh sebab itu, semua pihak khususnya kepimpinan parti di peringkat bahagian perlu ikhlas dan bertanggungjawab untuk membawa kemenangan kepada BN," tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau berkata jentera pilihan raya Umno serta BN Wilayah Persekutuan sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan pembangkang dan hanya menunggu pengumuman mengenai pembubaran Parlimen.

Beliau berkata jentera parti termasuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di setiap bahagian sudah diarah meningkatkan persiapan termasuk keberkesanan bilik gerakan. -- Bernama
MB Terengganu yakin tawan semula 5 kerusi Dun Pas

31 Mei 2012
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said
KUALA TERENGGANU - Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin dapat menawan semula lima daripada lapan kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PUR13).

Pengerusi Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata, berdasarkan sokongan rakyat dan kerja kuat jentera parti, tidak mustahil BN juga dapat merampas kembali satu kerusi Parlimen.

Ahmad berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut Dun mana yang dimaksudkan itu. Terengganu mempunyai 32 kerusi Dun dan lapan kerusi Parlimen.

Lapan kerusi Dun yang kini dikuasai Pas ialah Batu Buruk, Ladang dan Wakaf Mempelam (ketiga-tiganya di bawah Parlimen Kuala Terengganu), Bukit Tunggal (Parlimen Kuala Nerus), Sura (Dungun), Rhu Rendang dan Bukit Payung (Marang) dan Manir (Hulu Terengganu).

Kerusi Parlimen yang dimenangi Pas pula ialah Marang yang diwakili Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi pada pilihan raya kecil pada 2009.

Sementara itu Ahmad berkata kerajaan negeri telah menyiapkan kira-kira 8,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh empat tahun ini melibatkan
perbelanjaan RM800 juta.

"Kami nak buat 10,000 unit rumah dalam tempoh lima tahun dan kami yakin matlamat itu akan tercapai tahun depan," katanya. - Bernama

Mat Sabu: 'Jalan ke Putrajaya tidak mudah'
Wartawan Sinar Harian
1 Jun 2012
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu
ALOR SETAR - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengakui bahawa jalan menuju ke Putrajaya - mengambil alih Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) umpama "mudah sahaja nak sebut tetapi jalannya penuh liku."

"Kita nak lalu lebuh raya supaya cepat sampai di Putrajaya. Untuk buat lebuh raya, semak samun perlu ditebas," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran derma kilat untuk dana pilihan raya di Himpunan Hijau Ke Putrajaya, di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, dekat sini hari ini.

PAS menangguhkan muktamar tahunannya dan digantikan dengan himpunan ini bagi memberi fokus kepada PRU13.

Mohamad berkata, bagi menawan Putrajaya, Pas memerlukan dana yang banyak bagi memperkemas gerak kerja pilihan raya di peringkat pusat.

"Pa memerlukan dana yang banyak jadi saya harap banyak dana dapat dikumpulkan hari ini.

"Wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan wang," katanya dipetik Harakah Daily.

"Di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan undi teras datang daripada orang Melayu, dengan sokongan masyarakat daripada kaum India dan Cina yang akan berpihak kepada BN.

"Sebahagian besarnya pula terdapat tanah rancangan Felda yang mana majoriti masyarakat Felda iaitu peneroka akan memberi sokongan kepada BN. Faktor lain pula, kesemua janji yang diberikan oleh Perdana Menteri untuk rakyat sudah mula dinikmati oleh mereka. Mereka sangat bersyukur dalam hal ini," katanya kepada Bernama.

Lillah berkata rakyat juga sekarang sudah dapat menilai dengan baik apabila pembangkang sendiri menghadapi masalah untuk menguruskan negeri yang mereka menangi pada pilihan raya umum yang lepas.

"Tidak ada jaminan masa depan untuk mereka di negeri-negeri berkenaan, jadi saya tak nampak bagaimana pembangkang dapat menubuhkan kerajaan di negeri-negeri terbabit," katanya.
PRU13: Pas sudah sedia untuk ganti Umno
ROSNANI SAAD
2 Jun 2012
PRU13: Pas sudah sedia untuk ganti Umno
Sebahagian daripada ahli Pas yang hadir mendengar amanat presiden parti
Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
ALOR SETAR - Pas sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

Malah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat (PR) juga sedia menggantikan BN untuk memimpin negara ini.

Beliau berkata model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan Pas menimbulkan kebimbangan Umno-Barisan Nasional (BN) yang sejak 54 tahun lalu melakukan diskriminasi terhadap kaum lain dan kaum Melayu/Bumiputera.

"Model Negara Berkebajikan yang bersumberkan al-Quran dan Al-Sunnah ini diyakini akan memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama," katanya ketika menyampaikan  Amanat Khas Presiden di Kompleks Pas Kedah, semalam.

Menurutnya, pembangunan sebuah Negara Berkebajikan adalah iltizam Pas sejak penubuhannya untuk menyampaikan rahmat (kasih sayang) ALLAH SWT bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh alam sejagat.

"Takrifan Negara Berkebajikan ialah kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip adil dan ihsan dalam seluruh sistem pemerintahan termasuk pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi dan sosial.

"Ia seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan dan saling bekerjasama ke arah kejayaan pemerintah dan rakyat di dunia dan akhirat," katanya.

Sehubungan itu,  Abdul Hadi menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan mana-mana pihak daripada kalangan kumpulan NGO Islam mengenai dakwaan kononnya Pas lari daripada perjuangan selain menerangkan pendirian parti itu.

Bercakap kepada media kemudiannya, beliau berkata Pas berhasrat mengadakan sesi dialog bersama badan bukan kerajaan (NGO) secara besar-besaran selepas penganjuran dialog melibatkan sebahagian daripada NGO Islam di negara ini minggu lalu.

Menurutnya, dialog berkenaan akan dibuka penyertaannya kepada semua pihak kerana ia bukan perbahasan tetapi untuk mencari titik pertemuan dan memberi penjelasan mengikut al-Quran dan hadis.

"Minggu lepas kita sudah mengadakan perjumpaan dengan sebahagian NGO Islam dan kita akan buat besar-besaran dan menyeluruh," katanya.
Zahid cabar Pas ambil tindakan ke atas Nizar

1 Jun 2012
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
BAGAN DATOH - Pas dicabar supaya mengambil tindakan tegas terhadap bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikai tindakan Sultan Johor Sultan Ibrahim membida nombor plat WWW 1menerusi laman Twitternya.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, adalah memalukanjika parti itu tidak mengambil tindakan terhadap Nizar dan ia menggambarkan parti itu 'bersekongkol' dan bersetuju mengenai kenyataan pemimpin mereka itu.

"Walaupun (Naib Presiden Pas) Salahuddin (Ayub) dan Ketua Pemuda Pas Nasrudin (Hassan) seolah-olah mahu lari daripada terlibat sama dalam masalah Nizar tetapi mereka harus ikhlas mencadangkan kepada kepimpinan Pas supaya mengambil tindakan terhadapnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan baik pulih rumah sumbangan Affin Islamic Bank kepada 68 penerima berjumlah RM750,000 untuk Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.

Beliau berkata, Pas boleh mengenakan tindakan supaya Nizar tidak dibenar bertanding dalam pilihan raya kerana jika ada jawatan, banyak lagi kerosakan imej terhadap parti yang boleh dilakukan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu.

Zahid berkata, Nizar telah lupa bahawa bidaan bernilai RM520,000 atas nombor plat oleh Sultan Johor itu akan disalur kepada rakyat.

Baginda mengeluarkan duit peribadinya, itu merupakan duit pendapatan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pendapatan JPJ akan pergi ke akaun yang disatukan di bawah Kementerian Kewangan dan wang itu akan dikeluarkan semula untuk rakyat, bukan baginda menggunakan duit rakyat untuk kepentingan peribadinya, yang ini Nizar lupa," katanya.

Sultan Johor Sultan Ibrahim memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000 dan kemudian Nizar dalam Twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.

Rabu lepas, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilapor menafikan bidaan nombor plat WWW 1 oleh ayahanda baginda menggunakan wang rakyat. - Bernama
Jangan jadikan pilihan raya sebagai eksperimen

1 Jun 2012
Jangan jadikan pilihan raya sebagai eksperimen
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
RAUB - Rakyat terutamanya golongan muda diingat agar tidak sesekali menjadikan pilihan raya sebagai eksperimen.
  
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Shafie Apdal berkata pilihan raya adalah satu tanggungjawab kepada rakyat untuk menentukan masa depan negara.
   
"Ia tidak boleh dijadikan sebagai mainan atau percubaan (eksperimen) kerana jika tersalah pilih padahnya selama lima tahun.
   
"Amalan demokrasi  yang memberikan kebebasan kepada rakyat  tidak seharusnya disalahgunakan, sebaliknya ia digunakan dengan bijak apatah lagi untuk memilih kerajaan bagi menerajui negara," katanya berucap pada Program 'Raub Challenge' anjuran GiatMara di Kampung Pamah Kulat, Dong semalam.
   
Mohd Shafie berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjaya membawa pembangunan untuk rakyat dan ini terbukti apabila sebahagian besar kawasan luar bandar dan pedalaman sudah mempunyai kemudahan asas.
   
"Rakyat tidak seharusnya menyalahgunakan hak mereka pada pilihan raya nanti atau menjadikan pilihan raya itu sebagai percubaan, sebaliknya pilih  kerajaan yang boleh membela dan melaksanakan pembangunan untuk rakyat," katanya.- Bernama
Umno: 3 pemimpin PKR perlu minta maaf
Wartawan Sinar Harian
31 Mei 2012
Shahrizat Abdul Jalil
Sharizat Abdul Jalil ketika menghadiri majlis Perhimpunan Wanita Umno Bersama Presiden Umno di PWTC bulan lalu. - Foto Sinar Harian oleh Shahril Badri
SHAH ALAM - Wanita Umno mahu Pakatan Rakyat khususnya tiga pemimpin kanan PKR memohon maaf kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang telah dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada sebarang salah laku rasuah berhubung kes projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Ketua Penerangannya, Datuk Hamidah Osman berkata, pengumuman SPRM hari ini juga membuktikan bahawa pihak pembangkang sengaja membuat tuduhan liar bagi mengaitkan Shahrizat dalam isu NFC kerana bermotifkan politik.
"Ini merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan penganiayaan besar yang telah dilakukan oleh pihak pembangkang kepada Shahrizat yang telah mencemarkan nama baik beliau serta menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang menteri dan Ketua Wanita Umno," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Hamidah yang juga Exco Kerajaan Negeri Perak berkata, beliau merasakan Shahrizat telah menjadi mangsa mainan politik kotor pembangkang.
"Walau bagaimanapun, saya yakin keputusan SPRM ini pasti tidak akan diterima oleh pembangkang kerana itu sudah menjadi sikap mereka.
"Apa sahaja yang tidak memihak kepada mereka, mereka akan pasti membuat pelbagai tuduhan lain pula," katanya lagi.
Oleh itu kata beliau, dengan terbuktinya Shahrizat tidak bersalah dan tidak terbabit dalam kes NFC, "saya mendesak pihak Pakatan Rakyat terutama Setiausaha Agung PKR, Datuk) Saifuddin Nasution, (Ketua Wanita PKR), Zuraida Kamaruddin dan (Pengarah Strategi) Rafizi Ramli supaya memohon maaf secara terbuka bagi menebus maruah dan nama baik Shahrizat yang juga merupakan Ketua Wanita Umno."
Shahrizat,  bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat didapati tidak terbabit dalam proses perolehan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan Persekutuan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), yang dimilki suami dan anaknya.
Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil hari ini berkata kertas siasatan SPRM dan laporan Pejabat Peguam Negara mendapati Shahrizat tidak terlibat dan kes itu ditutup.
Katanya, Ketua Wanita Umno itu tidak terlibat langsung dalam proses perolehan pinjaman yang dibuat oleh suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang juga pengerusi NFC.
Berikutan isu pinjaman itu, Shahrizat telah meletakkan jawatan menteri berkenaan apabila tempoh beliau sebagai senator tamat pada 8 April lepas.
Suaminya kini menghadapi perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM49.7 juta dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965.
Perbicaraan akan bermula 5 hingga 9 November ini disusuli antara 3 dan 14 Disember ini.
PKR kecewa SPRM buka kes Azmin, bebaskan Shahrizat
Wartawan Sinar Harian
31 Mei 2012
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Dua pemimpin kanan PKR kesal dengan keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - mengisytiharkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersih daripada tuduhan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) manakala kes rasuah 17 tahun lalu Azmin Ali mahu dibuka semula.

"Kami berasa kesal dengan dua keputusan penting yang dibuat SPRM pada hari ini berhubung kes NFC dan penglibatan Shahrizat serta tuduhan terhadap Azmin Ali," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, kedua-dua mereka berkata, sungguhpun rata-rata rakyat Malaysia sudah menjangkakan bahawa SPRM akan melepaskan Shahrizat dari tuduhan rasuah bersabit NFC, keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Azmin benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM.
"Rakyat boleh menilai tindakan tangkas SPRM berhubung tuduhan terhadap Azmin walaupun laporan dan siasatan Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM) telah menyatakan bahawa tidak ada unsur rasuah ketika siasatan dibuat dalam tahun 1995.

"Berbeza pula dengan pelbagai dolak dalih yang diberikan SPRM dalam kes NFC dan Shahrizat walaupun NFC dan menteri bertanggungjawab membuat keterangan di Parlimen mengenai proses pemberian tender kepada sebuah syarikat milik keluarga beliau," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Shahrizat didapati tidak terbabit dalam proses perolehan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan Persekutuan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), yang dimilki suami dan anaknya.
Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil hari ini berkata kertas siasatan SPRM dan laporan Pejabat Peguam Negara mendapati Shahrizat tidak terlibat dan kes itu ditutup.
Katanya, Ketua Wanita Umno itu tidak terlibat langsung dalam proses perolehan pinjaman yang dibuat oleh suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang juga pengerusi NFC.
Berikutan isu pinjaman itu, Shahrizat telah meletakkan jawatan menteri berkenaan apabila tempoh beliau sebagai senator tamat pada 8 April lepas.
Suaminya kini menghadapi perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM49.7 juta dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965.
Perbicaraan akan bermula 5 hingga 9 November ini disusuli antara 3 dan 14 Disember ini.

Tiada ulasan: