Selasa, 7 Februari 2012

KITA PIKAT GADIS CANTIK TENTU NAK KAHWIN...KITA BELAJAR RAJIN2 TENTU NAK BERJAYA..KITA BODEK KUAT2 NAK NAIK PANGKAT...KITA KODEM ORANG NAK JATUHKAN ORANG NAK NAIKKAN DIRI...KALAU BERTANDING TENTU NAK MEMILIK KERAJAAN...BARULAH DAPAT LAKSANAKAN HUKUM ALLAH...NI PAKAR APE...PAKAR BELIT MEMBELITKE...DUNIA BOLEH KEPOH..AKHIRAT BAGAIMANA...JANGAN SALAH JUANG..ELOK KEMASKAN PERIBADI MACAM RUPA ORANG2 SOLEH...BERKOPIAH..BERJANGGUT..BERJUBAH...TAK SALAH BERJUBAH...NI NAK BUAT TAK PAYAH 2/3 YANG MENYOKONG...PENAMPILAN KITA ORANG DAH MENILAI..HATI MEMANGLAH ALLAH SAJA YANG TAHU....PATUT KITA PERJUANG ISLAM(UMAT) BUKAN SESATU KAUM SAHAJA...

PRU13: Pas sahkan pilih Salahuddin ke Johor
SHAHIZATUL FARHA S ROSLI
7 Februari 2012
Pesuruhjaya-Pas-Johor,-Datuk-Dr-Mahfodz-Mohamed
SENAI – Pas Johor mengesahkan khabar angin bahawa Naib Presidennya, Salahuddin Ayub bakal menyertai persaingan di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sambil menekankan, ia sebahagian daripada strategi mereka mahu bertapak di selatan Semenanjung.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, idea itu telah dicadangkan oleh beliau kepada pimpinan pusat agar dapat memberi suntikan ke atas kepimpinan negeri memecahkan kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.

“Memang itu idea saya, kita pilih Salahuddin sebab dia merupakan anak jati Johor dan banyak memberi sumbangan dalam perkembangan politik di negeri ini.

“Malah, dia juga merupakan antara pemimpin tertinggi Pas di peringkat pusat dan dikenali ramai, baik dari kalangan kawan mahupun lawan.

“Tetapi bukan dia saja... kita juga alu-alukan anak kelahiran Johor lain yang juga berada di pusat, misalnya Mazlan Aliman (AJK Pas Pusat),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian Online awal minggu lalu, Salahuddin berkata, beliau akan menjawab teka-teki negeri dan kawasan yang akan ditandinginya akhir bulan ini.

Ketika ditanya sama ada akan keluar dari Kelantan kali ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian ini hanya berkata: "Itu tunggulah. Bila sampai masa, saya akan adakan sidang media untuk menyatakan di mana saya akan bertanding."

Pengumuman itu akan dibuat dalam beberapa minggu lagi.

Salahuddin mengakui beliau secara peribadi sudah memutuskan kerusi yang hendak ditandingi.

Banyak pihak membuat andaian Parlimen akan dibubarkan bulan ini.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau yang lahir di Kampung Serkat, Tanjung Piai, mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian.

Selain dicalonkan oleh Pas kawasan Kubang Kerian, beliau juga dirisik agar bertanding di bahagian Parlimen Pasir Mas di Kelantan dan Titiwangsa (Wilayah Persekutuan).

Beliau mengekalkan kerusi Naib Presiden Pas pada pemilihan parti Jun lalu.

Dalam responsnya, Mahdfodz juga berkata, strategi berkenaan menunjukkan komitmen dan kesungguhan kepimpinan Pas untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan mengambil alih kerajaan negeri.

“Saya percaya Umno sekarang dah mula rasa risau dan tergugat kerana bukan calang-calang pemimpin yang akan bertanding di Johor.

“Kita juga sedang memperkukuhkan barisan kepimpinan dan sedang mencari orang mungkin dari kalangan Perkasa, orang-orang kerajaan, tentera dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, Mazlan pula berkata, penyertaan Salahuddin bersama kepimpinan Pas Johor dalam PRU13 merupakan tindakan tepat dan bakal mewujudkan persaingan seimbang antara BN dan Pakatan Rakyat (PR).

“Kita amat mengalu-alukan beliau kerana Salahuddin telah sedia dikenali masyarakat setempat di Johor.

“Jika sebelum ini Johor dikenali sebagai kubu kuat BN tapi bagi saya itu, adalah 20 tahun dahulu kerana sekarang sudah wujud peluang yang seimbang kepada PR,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai penyertaannya untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Johor dalam PRU13, beliau menyerahkan perkara itu kepada kepimpinan pusat.

“Sama ada bertanding atau tidak, itu bergantung kepada pimpinan pusat, kita hanya akur,” katanya.
Politik ala mafia mula menular
SHAHIZATUL FARHA S ROSLI
7 Februari 2012
MAZLAN-ALIMAN
SENAI – Pas menyifatkan kejadian khianat yang menimpa Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkefly Ahmad pada Jumaat lalu sebagai ‘politik ala mafia’ yang mula menular dan semakin serius dalam negara ini.

AJK Pas Pusat, Mazlan Aliman berkata, pada masa ini pelbagai pandangan mahupun sentimen sensitif dalam masyarakat mula diperbesarkan melalui keganasan sebagai ugutan dan bermotifkan dendam.

Mazlan berkata, setiap pandangan mahupun kritikan yang diutarakan pelbagai pihak harus dipandang dari sudut positif sebagai proses penambahbaikan pentadbiran dalam kerajaan dan tidak dipandang sebagai ancaman.

“Saya berpendapat, setiap pandangan mahupun kritikan harus membentuk pemikiran intelektual yang membantu penambahbaikan sesebuah organisasi atau kerajaan.

“Tetapi dengan cara ugutan dan keganasan menunjukkan negara kita berada pada satu tahap di belakang dan tidak menjalani kemajuan.

“Peristiwa yang berlaku terhadap Dzulkefly menunjukkan seolah-olah kita tidak boleh menerima teguran ke arah pentadbiran yang baik,” katanya.

Katanya, susulan kejadian itu, kepimpinan Pas Pusat menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada 8 Februari ini bagi mencadangkan penubuhan pasukan khas bagi menyiasat kes khianat dalam kalangan ahli politik.

“Pas amat memandang serius terhadap perkara ini dan kita akan menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis di Bukit Aman.

“Kita tidak mempersoalkan tugas yang telah dijalankan oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) di Johor tetapi mahu penjenayah yang terbabit diberkas segera dan diadili,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berharap kejadian seumpama itu akan mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berkuasa agar keselamatan orang awam terjamin.

“Susulan kejadian itu, kita minta polis jaga keselamatan rakyat terutamanya mangsa yang terkena perbuatan khianat.

“Pada masa yang sama, kita juga menasihatkan kepada kepimpinan Pas Johor agar sentiasa berhati-hati dan tidak keluar bersendirian bagi mengelak perkara tidak diingini,” katanya.
Najib takut isytihar PRU13
W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
7 Februari 2012
pas
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk mengisytiharkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat.

Menurutnya, keadaan itu turut dipengaruhi sokongan kaum Cina yang berbelah bahagi sejak akhir-akhir ini berikutan sudah tidak yakin dengan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, lebih separuh masyarakat Cina yang merupakan kaum kedua terbesar di negara ini dijangka memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) pada PRU akan datang.

“Najib tidak berani untuk mengumumkan pilihan raya Mac ini kerana 70 hingga 80 peratus orang Cina sudah bersedia membawa perubahan dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata, gelombang perubahan dalam kalangan masyarakat Tionghua itu turut berlaku di Terengganu.

Selain itu, Mohd Abdul Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, kerajaan juga dibayangi kekalahan memandangkan masih banyak isu yang perlu diselesaikan sama ada di peringkat Pusat atau negeri.

Di peringkat Pusat, skandal dan penyelewengan yang berlaku dalam kalangan segelintir pemimpin BN dilihat boleh menggugat kredibiliti kerajaan sedia ada.

Di peringkat negeri, beliau turut menyentuh isu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang masih belum selesai sehingga kini.

Sedangkan, katanya, kerajaan berhabis berjuta ringgit untuk membangunkan stadium tersebut yang telah runtuh akibat binaan yang tidak mengikut spesifikasi.

Selain Terengganu, beliau turut memberi keyakinan PR mampu mengekalkan negeri sedia ada, di samping menawan beberapa negeri lain termasuk merampas semula Perak.

“BN telah merampas Perak daripada PR walaupun pembangkang menang di negeri itu pada pilihan raya umum lalu dan saya percaya, PR akan dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Pas lebih minat Putrajaya
M FEISAL NORAWI
7 Februari 2012
hasan ali
TEMERLOH - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali menempelak pimpinan Pas kerana dilihat lebih galak mengejar singgahsana Putrajaya sehingga sanggup mengetepikan dasar perjuangan Islam.

Menurutnya, Pas yang sebelum ini menjadikan Islam agenda utamanya penubuhan sejak 50 tahun lalu kini lebih berminat untuk menguasai kerajaan daripada berjuang menegakkan hukum Islam.

“Pas lebih sanggup bekerjasama dengan PKR dan DAP yang secara jelas menentang penubuhan negara Islam.

“Saya terpaksa berjuang dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan menubuhkan Jati bagi mempertahankan akidah umat Islam negara ini apabila Pas langsung tidak mahu memperjuangkan isu tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap Majlis Bicara Ummah yang berlangsung di Dewan Tun Razak yang dihadiri 3,000 penduduk Temerloh, semalam.

Sehubungan itu, Hassan menyeru umat Islam negara ini menyokong perjuangan JATI yang akan ditubuhkan pada 21 Februari ini tanpa mengira fahaman politik.

“Saya mengalu-alukan mereka yang ingin menyertai JATI walaupun mereka ahli UMNO, Pas, PKR mahupun orang Islam dalam DAP.

“Saranan saya ini berdasarkan perjuangan JATI yang bukan berasaskan perjuangan politik tetapi berjuang semata-mata atas Islam,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, cita-cita Pakatan Rakyat (PR) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik dan menghapuskan kuasa Raja Raja Melayu jika menang pada Pilihan Raya umum ke-13 tidak akan menjadi kenyataan.

Beliau berkata, niat mereka untuk mengubah perlembagaan negara tidak semudah disangka kerana mereka terlebih dahulu perlu mendapat persetujuan Raja-Raja Melayu untuk menghapuskan kuasa Raja dan keistimewaan Orang Melayu.

“Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu jelas termaktub hak keistimewaan Orang-Orang Melayu dan Raja-Raja tidak boleh diusik.

Menurutnya, impian PR untuk menjadikan negara ini sebuah republik oleh kerana tidak ingin melihat orang Melayu berkuasa dan dilindungi Raja-Raja Melayu.

Sehubungan itu Hassan meminta orang Melayu dan umat Islam di negara ini perlu bersatu bagi mempertahankan hak mereka.

Beliau berkata, PR kini bercita-cita dan berusaha untuk menawan Putrajaya dengan apa cara sekalipun pada pilihan raya umum nanti, malah Pas yang bersengkongkol dengan DAP dan PKR tidak berbuat apa demi kuasa politik.

Tiada ulasan: