Sabtu, 4 Februari 2012

keputusan yg baik..dah ludah2...dah maki2..dah kutuk2...dah rasa betul..watpe rujuk..dan merayu...nanti org gelak


Hasan Ali tegas tidak merayu pemecatan dari PAS
Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr  Hasan Ali hari ini mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan merayu pemecatannya daripada parti itui.

Empat hari sebelum tempoh membuat rayuan tamat, Hasan berkata keputusannya itu dibuat kerana beliau telah dipecat sewenang-wenangnya.

Beliau menyenaraikan sembilan sebab mengapa beliau membuat keputusannya tersebut:

1. Peranan 'parasit' dalam mempengaruhi pemecatannya.

2. Tidak menerima sebarang surat meminta beliau menjawab tuduhan terhadapnya.

NONE3. Sebelum pemecatannya pada 27 Disember, Mursyidul Am PAS, Datuk  Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berkata perkara itu telah diselesaikan.

4. PAS telah terpesong daripada perjuangan asalnya.

5. Pendirian akomodatif PAS terhadap rakan kongsi Pakatan Rakyat.

6. Menghadapi kesukaran dan suasana serba salah untuk melojak, menjunjung, mendaulatkan Islam serta bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam pernyataan dasar parti.
7. 'Parasit' dalam PAS lebih gemar mendengar pandangan daripada DAP dan PKR, berbanding wakil partinya sendiri dalam hal pentadbiran kerajaan negeri.

8. Ruang untuk Islam di Selangor khususnya, yang berkaitan dengan nahi munkar yang menjadi perkara pokok perjuangan PAS hampir tidak wujud. DAP, PKR dan sebahagian pimpinan PAS negeri yang menjadi 'parasit' parti, tidak menyebelahi beliau atas alasan bercanggah dengan hak asasi manusia, kebebasan individu, hak untuk memilih pilihan dan demi mengutamakan Putrajaya.

9. 'Parasit' PAS menyuarakan pandangan negatif terhadap apa yang beliau lakukan yang menyentuh persoalan Islam dan Melayu. Mereka tidak pernah merujuk kepada beliau atau jabatan-jabatan di bawahnya seperti MAIS, JAIS dan Lembaga Zakat, tetapi sebaliknya mereka lebih suka menyerangnya, termasuk menyuarakannya melalui media massa.
VIDEO | 9.38 min

perbeliau bukan ada super power....biasa2 saje

Umno akan minta pandangan Ku Li untuk rampas K'tan
Umno Kelantan akan meminta pandangan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha memastikan BN kembali memerintah Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
  
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Tengku Razaleigh mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam politik negara dan Kelantan dan sebab itu pandangan tokoh Umno itu diperlukan dalam usaha menawan kembali negeri itu daripada PAS.
  
"Kita akan meminta nasihat Ku Li (Tengku Razaleigh) bagaimana untuk menjalankan gerak kerja Umno dengan lebih mantap dan berkesan dalam usaha merampas Kelantan daripada tangan PAS," katanya kepada pemberita selepas menutup Ekspo Usahawan Mara di Tok Bali di Pasir Puteh hari ini.
  
NONEMengulas kehadiran Tengku Razaleigh (kiri) dalam mesyuarat badan perhubungan itu dua hari lalu, Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata ia memberi impak dan semangat kepada ahli Umno untuk bekerja keras dalam menghadapi pilihan raya umum itu nanti.
  
Beliau berkata Umno Kelantan akan menjadikan amanat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melawat Kelantan dua hari lalu sebagai perangsang untuk terus melipatgandakan usaha menawan Kelantan.

"Saya ada berbincang dengan timbalan perdana menteri tentang beberapa perkara seperti sokongan golongan muda yang perlu diberi perhatian termasuk kawasan-kawasan tertentu," kata Mustapa.

Beliau berkata Umno Kelantan akan bekerja lebih keras dan tidak akan mudah berpuas hati dengan sokongan yang dikatakan begitu meningkat terhadap Umno ketika ini.
  
"Saya memang gembira dengan peningkatan sokongan yang begitu meningkat tetapi saranan timbalan perdana menteri untuk terus bekerja kuat akan dijadikan azimat kepada anggota Umno di Kelantan," katanya.

Mengulas desakan agar Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Mustapa berkata Umno Kelantan sama sekali tidak akan mencampuri urusan parti lain.

"Terpulanglah kepada Nik Abdul Aziz membuat pendirian berdasarkan tahap kesihatannya yang pastinya akan dinilai rakyat," katanya.
  
Sementara itu, Mustapa berterima kasih kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang telah banyak berjasa kepada rakyat dalam usaha membantu golongan Bumiputera berjaya dalam pelbagai bidang termasuk melahirkan usahawan baru.

- Bernama

Tiada ulasan: