Sabtu, 9 Julai 2011

BERMAKNA...CONFIRM BOLEH MENCEGAH MUNGKAR UNTUK ALLAH...JIKA INGIN BERBUAT DEMIKIAN...CUMA TAK SUNGGUH2...AKHIRAT JAWAB DIHADAPAN ALLAH SWT....

Polis turut geledah bilik hotel
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Pihak polis bertindak menggeledah bilik beberapa hotel di ibu negara tengah malam tadi untuk mencari beberapa pemimpin Bersih khususnya 91 nama yang dilarang memasuki beberapa kawasan di Kuala Lumpur hari ini.

Difahamkan, polis menyemak bilik hotel yang didaftar atas nama individu berkenaan sebelum menggeledah.

Polis juga didakwa memburu mereka yang lain di semua tempat khususnya di tempat perkumpulan peserta himpunan Bersih.

Antara yang dicari polis malam tadi, pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Saharin.

"Polis serbu bilik atas nama saya di Brisdale tingkat 14, cari saya dan geledah bilik mujur saya di tingkat 15..now sudah naik kereta keluar hotel," tulis Badrul di twitter kira-kira jam 1 pagi tadi.

Beliau antara salah seorang dari 91 yang dilarang memasuki Kuala Lumpur hari ini.

Polis juga didakwa mengetuk pintu-pintu hotel mencari mangsa.

Beberapa lagi yang lain turut menjadi sasaran pihak polis, bagaimanapun belum dapat dipastikan sama ada sudah ada mereka yang ditahan.

Biarpun pihak polis mendapat perintah halangan dari Mahkmah Majistret, kesemua mereka semalam mendakwa akan tetap meyertai himpunan Bersih.

Sementara itu, hampir 60 jalan di pusat bandar Kuala Lumpur ditutup kepada semua kenderaan bermula jam 12.01 tengah malam tadi.

Lebih separuh peserta himpunan yang hadir dari luar Kuala Lumpur dijangka terkandas untuk memasuki ibu negara.


BERSIH 2.0: Pemeriksaan diperketatkan
Andrew Ong
Jul 9, 11
7:52am

Polis memperhebatkan gerakannya memburu penyokong BERSIH 2.0 dengan memeriksa beberapa hotel di sekitar Lembah Kelang, malam semalam.

Setakat ini, Malaysiakini dimaklumkan tidak kurang tiga hotel diperiksa.

Di Hotel Puteri Park di tengah-tengah Kuala Lumpur, ahli PKR Vernon Kedit melaporkan menyoal parti itu yang mengadakan majlis mereka di situ.

Kedit berkata ketika itu mereka sedang mengadakan latihan untuk agen pilihan raya parti tersebut. Katanya, polis meninggalkan kawasan hotel sebelum tengah malam tetapi kembali semula pada jam 1 pagi ini.

“Mereka juga mengawal di kawasan pejalanan khaki,” katanya.

Turut menginap di hotel itu adalah menteri besar Perak yang disingkiran BN, Datuk Seri
Nizar Jamaluddin.

Katanya, dia dikejutkan dari tidurnya oleh polis yang mencatatkan butiran dirinya tetapi tidak menangkapnya.

"Seorang anggota polis wanita masuk ke bilik saya dan merakamkan gambar saya ketika saya hanya memakai sarung,” kata Nizar.

Sementara itu di Swiss Inn di Jalan Tunku Abdul Rahman, peguam HR Dipendra melaporkan beliau ternampak beberapa polis memasuki dua bilik.“Mereka memeriksa bilik depan, tetapi tidak di bilik saya,” kata Dipendra, sambil menambah dua anggota polis itu berpakaian seragam manakala dua lagi rakannya tidak.

Beliau juga tidak pasti apa yang dicari polis itu dan sama ada mereka merampas apa-apa barang.

Seorang lagi tetamu di Swiss Inn, yang tidak mahu identitinya didedahkan berkata polis dikesan menyemak dan memantau senarai tetamu hotel di bahagian pendaftaran.

"Ada juga anggota polis yang mengambil gambar kami semasa kami masuk ke hotel. Semasa perjalanan ke bilik, kami ternampak seorang daripada polis mengetuk pintu beberapa bilik. Setakat ini, belum ada yang mengetuk pintu kami,” katanya.


Anwar: Saya ada cara sertai BERSIH 2.0
Jul 9, 11 8:35am

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan turun bersama rakyat dalam himpunan BERSIH 2.0 hari ini.

Anwar berkata beliau mempunyai cara dan akan hadir ke Stadium Merdeka serta menyokong himpunan awam berkenaan.

"Saya nak ke Stadium Merdeka esok (hari ini). Adalah caranya nak ke situ," kata beliau kepada hadirin pada program tazkirah perdana di Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur malam semalam.

Anwar merupakan antara 91 individu yang dilarang polis berada di tempat tertentu di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini.

BERSIH 2.0 telah diisytihar sebagai pertubuhan haram dan diasak oleh kerajaan BN dengan menggunakan polis dan akta-akta 'kuku besi' seperti Akta Ordinan Darurat 1966 sehingga lebih 200 individu telah ditangkap atau didakwa.

Pada cermahnya, Anwar juga mengimbau surah Al-Kahfi yang menceritakan kisah anak muda yang diberi bantuan Allah kerana menolak kezaliman pemerintah.

Anwar turut menyatakan kekaguman dengan anak muda yang berani memperjuangkan hal keadilan dan yakin dengan perhimpunan ini, rakyat akan menyedari kezaliman Umno-BN.

"Kita bukan hamba, kita orang merdeka. Ini kemahuan anak muda kita," katanya.

Pemuda PAS: Demo ini aman, 'happy', 'enjoy'
Jimadie Shah Othman
Jul 9, 11
8:24am

Berbeza dengan sebelumnya, ceramah terakhir PAS menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 di Gombak malam semalam berlangsung penuh tenang tanpa sebarang gangguan dan halangan.

NONEPihak polis juga tidak kelihatan dan rata-rata penyokong Pakatan Rakyat yang hadir juga mengelak memakai baju BERSIH dan kuning serta sebarang tanda yang boleh dikaitkan dengan gabungan 62 NGO itu.

Malah, peniaga yang seperti biasa memenuhi ceramah PAS juga tidak menjual baju tersebut, sebaliknya hanya jersi rasmi bolasepak Malaysia yang berwarna kuning.

"Malam ini tiada seorang pun pakai baju BERSIH. Takut kena tangkaplah ini. Saya sendiri kalau pakai baju BERSIH tak akan sampai Karak pun," kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan yang menetap di Kuantan.

Dalam ceramah di hadapan 1,000 penyokong di Taman Melewar, Nasrudin menyifatkan perhimpunan hari ini akan berlangsung dengan "aman, happy dan enjoy".

"Kita bukan hendak menghuru-harakan negara. Tiada siapa pun bawa senjata. Senjata kita cuma gigi dan lidah," selorohnya.

NONEBerdasarkan perkembangan semasa, beliau yakin perhimpunan esok akan mendapat sambutan menggalakkan ekoran lebuh raya Utara-Selatan didakwa mengalami pertambahan 50 peratus kenderaan daripada hari biasa.

Turut berucap dalam majlis itu jurucakap Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Saharin yang juga bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dijadual menyampaikan ucapan terakhir malam ini tidak hadir.

Beliau difahamkan menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan bimbang ditahan sebelum perhimpunan hari ini.

Sementara itu, Badrul pula dalam ucapannya berkata, sehingga malam ini sudah 30,000 aktivis sudah tiba di Kuala Lumpur untuk perhimpunan itu.

"Mereka (polis) buat apa pun untuk menghalang, kini 30,000 aktivis sudah ada di Kuala Lumpur," dakwanya yang turut mendapat larangan mahkamah memasuk ibu negara.

NONESelain itu, PAS turut menyediakan tempat bermalam di markaz tersebut untuk anggotanya yang datang daripada luar Kuala Lumpur untuk menyertai himpunan BERSIH.

Mereka juga mengadakan solat malam atau qiamullail di bawah tiga khemah di depan markaz itu awal pagi ini.

Sehingga jam 12 malam, Taman Melewar seolah-olah masih berpesta dengan peniaga masih membuka gerai menanti hari esok.


Tiada ulasan: