Selasa, 1 Februari 2011

BILA IKLAN2 TIDAK MEMPERDULIKAN HUKUM ALLAH SWT....IKUT SUKA...PATUT PIHAK JAKIM MEMAINKAN PERANAN...SUPAYA TAK SUSAH DIAKHIRAT NANTI

VARIA

Aiskrim serba mewah


TIGA pilihan Wall's Selection Gold iaitu Chocolate Truffles, Hazelnut Brownie dan Berry Strawberry.


TIADA yang lebih menyeronokkan daripada bersantai di hadapan televisyen bersama insan tersayang sambil menikmati aiskrim mewah pada hujung minggu.

Bertitik tolak daripada hakikat itulah, Wall's memperkenalkan momen yang sama melalui siri aiskrim Selection Gold terbaru yang menawarkan pelbagai perisa.

Rangkaian terbaru Wall's Selection Gold diadun khas untuk membelai deria rasa anda dengan cetusan kombinasi perisa buah-buahan, coklat dan kacang demi pengalaman penuh sensasi.

Menurut Pengarah Makanan Malaysia dan Singapura, Unilever Malaysia, Hugo Verkuil, Wall's didatangkan dalam tiga perisa aiskrim kegemaran ramai yang enak iaitu Chocolate Truffles, Hazelnut Brownie dan Berry Strawberry.

Setiap sudu aiskrim memberikan kontras kemanisan yang penuh dengan rasa buah-buahan dan kacang yang berperisa.

Menurut Verkuil lagi, Wall's Selection Gold diperbuat menggunakan bahan-bahan terbaik dan diadun oleh tiga pakar kulinari terkemuka dari Filipina.

"Wall's adalah jenama terkemuka yang menawarkan penggemar aiskrim suatu pengalaman penuh berperisa bagi setiap keraian dan Wall's Selection Gold terbaru itu adalah satu ciptaan yang kaya dengan rasa," kata Verkuil semasa berucap di majlis pelancaran jenama terbaru aiskrim itu di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, Eksekutif Chef Hotel Equatorial, Anthony Edington yang menunjukkan demonstrasi menu pencuci mulut dengan Wall's Selection Gold berkata, setiap bahan dan butiran untuk resipi terbaru itu telah dipertimbang dipilih secara khas dan unik.

Kata Edington, pakar-pakar kulinari berbincang untuk menggembleng segala pengalaman, kesenian dan kemahiran bagi menghasilkan Wall's Selection Gold itu.

"Ia adalah sejenis aiskrim gourmet yang kaya dengan buah-buahan, kacang dan coklat serta menjadi satu ganjaran mewah buat semua," katanya.

Beliau menjelaskan, penggemar coklat mewah pasti berpuas hati apabila menikmati Chocolate Truffles yang seakan-akan meledak dengan aliran fudge yang padat dengan aiskrim coklat, sementara Hazelnut Brownie pula menawarkan serdak pes kacang hazel dan Brownie Fudge yang sungguh lembut bagi menghasilkan adunan coklat mewah.

Dalam pada itu, pada sidang akhbar tersebut, Verkuil memberitahu, keenakan Wall's Selection Gold membolehkan ia dipilih sebagai salah satu daripada hidangan pencuci mulut utama di Hotel Equatorial Kuala Lumpur, selain sajian pencuci mulut utama dalam menu Hari Valentine pada 14 Februari akan datang.

Tambahnya, Wall's Selection Gold ditawarkan dalam bekas bersaiz 465 ml pada harga RM9.90 setiap satu. - NOR AZIRAN YUNUS

Tiada ulasan: