Jumaat, 13 Jun 2014

YANG INTEGERITI TINGGI IALAH ORANG TAKWA....ALIM ILMU AGAMA..ULAMAK YANG HAQ/BENAR BUKAN ULAMAK SUQ/ROSAK....WARAK SERTA MENDIRIKAN SOLAT....BUKAN TAK SOLAT DAN BUKAN TAK PERCAYA PADA ALLAH SWT

Sejarah Pak Li Kopitiam yang diambil dari websitenya:
Nama Pak "Li" Kopitiam ini diambil dari inspirasi yang hidup dibawah nama Lee iaitu:
1."Lee" Kuan Yew dalam sikap pasti boleh dimana ditunjukkan kemajuan Singapura hari ini.
2.Bruce "Lee" kerana kreativiti dan dedikasi beliau dalam menyempurnakan Kung Fu.
(Sejarah Pak Li Kopitiam yang diambil dari websitenya)
Habis kalau dah suka dan inspirasi sangat asal letak nama PAK LI? tukar betul2 lar jadi uncle LEE. lepas tu kalau dah sanjung sangat Lee kuan yew kenapa gi letak muka orang melayu pakai songkok makan? asal tak letak je muka orang cina atau muka lee kuan yew sebagai cara pemasaran? mempermainkan orang melayu Islam betul lah!
Penduduk Shah Alam dan Mahasiswa-mahasiswi UITM harus tahu akan hal ini. kenapa kita bangga makan di kedai yang mempermainkan dan menipu serta mempergunakan bangsa kita?
Sumber1: http://www.paklikopitiam.com.my/about-pak-li
Sumber2: http://www.paklikopitiam.com.my/
LikeLike · · · 27311


PENEMUAN BAHTERA NABI NUH (13 GAMBAR)

Written By canang on Jumaat, 13 Jun 2014 | 6/13/2014 09:25:00 PG

Pada 26 April 2010,sekumpulan pengkaji dari China dan Turki yang bergabung dalam 'Noah's Ark Ministries International' telah mengumumkan bahawa mereka telah menemui kapal @ Bahtera Nabi Nuh di Turki. Mereka telah berjaya mengenalpasti sisa-sisa perahu Nabi Nuh berada pada ketinggian 4.000 meter di Gunung Agri atau Gunung Ararat, di Turki Timur.

Menurut mereka, spesimen yang mereka ambil memiliki usia karbon 4.800 tahun, dan agak tepat sekiranya berpandukan dengan timeline yang telah digambarkan dalam sejarah.
Menurut sejarah yang lalu, berlaku banjir besar di Bumi. dan menenggelamkan hampir separuh daratan pada muka bumi. Sebelum bencana tersebut terjadi, Nabi Nuh telah diberi wahyu untuk membina sebuah kapal besar untuk menyelamatkan umat manusia dan makhluk Bumi lainnya.
Bagi membuktikan kebenaran cerita tersebut, kumpulan pengkaji dari Turki dan China tergabung dalam 'Noah's Ark Ministries International' selama bertahun-tahun mencari sisa-sisa bahtera legenda tersebut. Jika apa yang diberitahu oleh mereka adalah benar, para peneliti Evangelis telah menemukan sebuah perahu paling terkenal dalam sejarah.
Kalau anda ingin tahu Penelitian ini sebenarnya telah dilakukan sejak tahun 1949, dan diperkatakan oleh Prof. Ron Wyatt bahawa ianya pernah bersama kumpulan arkeologinya telah menemukan lokasinya dan melakukan penggalian pada tahun 1977.


1. Awal Penemuan
Pada tahun 1949,pemotretan awal oleh Angkatan Udara AS tentang adanya benda aneh di atas Gunung Ararat-Turki, dengan ketinggian 14.000 feet (sekitar 4.600 meter)


Kemudian,pada tahun 1960, berita di dalam Life Magazine: Pesawat Tentera Nasional Turki menangkap gambar sebuah benda mirip kapal di puncak gunung Ararat yang panjangnya 500 kaki (150 meter) yang dijangka perahu Nabi Nuh (The Noah’s Ark)
2. Gambar-gambar yang diambil pada tahun 1999-2000
Sesi pemotretan oleh Penerbangan AS IKONOS tahun 1999-2000 tentang jangkaan adanya kapal di Gunung Ararat yang tertutup salji.

3. Peta Lokasi Perahu Nabi Nuh


4. Kapal Nabi Nuh di atas Gunung Ararat.


5. Tapak Kapal Nabi Nuh sebelum dibersihkan



6. Pengukuran di Atas Tapak Bekas Kapal Nabi Nuh



7. Struktur Kapal Nabi Nuh menurut para arkeologi yang menjumpainyer

Yang terkini, pada 26 April 2010 sekumpulan yang beranggotakan 15 orang dari Hong Kong dan Turki hadir dalam konferens.
Kepada media yang hadir ,mereka juga mempamerkan spesimen fosil kapal yang dikatakan Kapal Nuh, seperti tali, paku, dan pecahan kayu.
Seperti apa yang dijelaskan para penyelidik, tali dan paku diduga digunakan untuk menyatukan kayu-kayu hingga menjadi sebuah kapal. Tali turut digunakan untuk mengikat haiwan-haiwan yang diselamatkan daripada banjir besar , begitu juga dengan potongan kayu yang dibuat bersekat untuk menjaga kawanan haiwan-haiwan.
Penemuan ini telah menjadi pelengkap untuk mendorong pemerintah Turki mendaftarkan tapak ini ke UNESCO agar lembaga PBB itu ikut menjaga kelestarian Kapal Nuh.
Tambahan lagi,cuaca yang teramat sejuk pada ketinggian 4.000 meter itu diyakini oleh para penyelidik dapat menjaga keadaan Kapal Nuh selama ribuan tahun.5:43PM - 12 Jun 2014


Muslimah Nur Ilahi Asiah's status.
Lahir di hospital KERAJAAN,
pergi sekolah KERAJAAN,
Universiti minta dengan KERAJAAN,
nak kahwin minta loan dengan KERAJAAN,
kerja kat KERAJAAN.
Tapi kutuk KERAJAAN.

Ok, dengar yang ini pula.

Lahir di bumi ALLAH,
hirup udara ALLAH,
rezeki ALLAH bagi,
jantung berdegup atas izin ALLAH.
Tapi lawan ALLAH,
hukum ALLAH kamu tolak.

Fikir-fikirkan.
Pada masa yang sama kita belajarlah erti bersyukur.

Menteri enggan dedah nama ahli lembaga PCA


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi enggan mendedahkan senarai ahli lembaga yang berkuasa mengarahkan penahanan tanpa bicara sehingga dua tahun mengikut Akta Pencegahan Jenayah (PCA).

Zahid dalam satu jawapan bertulis di Parlimen hari ini sekadar menyebut bahawa anggota lembaga berkenaan terdiri daripada "mereka yang mempunyai integriti yang tinggi dan berpengalaman selama lebih 27 tahun dalam bidang keselamatan dan pengamal undang-undang bertauliah".

Dalam jawapan bertulisnya juga, Zahid berkata siasatan terperinci yang dijalankan juga tidak akan didedahkan kerana khuatir akan mengganggu siasatan polis.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan MP Kampar, Dr Chung Sen yang ingin tahu butiran anggota panel PCA termasuk nama dan latar belakang mereka.

Chung yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu berkata, kerajaan sepatutnya mendedahkan nama anggota lembaga berkenaan bagi menambat keyakinan orang ramai.

Ini kerana, keputusan oleh anggota lembaga berkenaan setakat ini menyebabkan seramai 132 ditahan tanpa bicara dalam tempoh dua bulan sejak dikuatkuasakan, katanya.

Chung berkata, Zahid menafikan hak kepada rakyat untuk mengetahui sebab dan bentuk jenayah yang dilakukan oleh mereka yang ditahan.

"Sesungguhnya ia cukup membimbangkan. Mengapa ada kerahsiaan penuh mengenai anggota panel Pencegahan Jenayah?

"Sekarang kita mempunyai tiga anggota panel di mana rakyat Malaysia dinafikan untuk mengetahui nama dan latar belakang mereka? Siapa mereka ini yang mempunyai integriti tinggi, berpengalaman dan bertauliah?," soal Chung dalam satu kenyataan bagi menjawab kepada Zahid.

"Jika kerajaan serius untuk memenangi kepercayaan rakyat berhubung pelaksanaan PCA, maka ia mesti dilakukan dengan telus dan akauntabiliti dalam semua proses. Bahkan sekarang ini,  butiran "anggota berwibawa" pun diselubungi kerahsiaan," katanya
 

Tiada ulasan: