30 Orang Pertama Dalam Islam
Posted on Wednesday, June 18 @ 14:39:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
Sumber dari saidinhasnam.blogspot.co
Ayob Hussin and Muhamad Saad Shaari shared Amk Parit's photo.
Wednesday, 18 June 2014
Harap Saja Tudung Labuh Tapi Hati Ahli Parlimen Rantau Panjang Busuk????
Inilah perangai
sebenar pemimpin Pas tak kira la lelaki atau perempuan hanya sekadar
berselindung disebalik kopiah dan tudung labuh tapi hakikatnya hati
penuh dengan hasad dengki dan busuk hati.
Itulah yang
berlaku terhadap Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah yang bukan
main bertudung labuh tapi mempunyai hati yang busuk apabila membuat
pertanyaan mengaitkan program Permata dengan isteri PM. Soalan yang
beliau kemukakan kepada Dewan Rakyat jelas mempunyai "niat jahat" apa
bila mengaitkan program Permata untuk menaikkan nama Rosmah semata-mata.
Soalan beliau
lantas dijawab oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan
Kassim yang juga Ahli Parlimen Arau. Sebelum memberi jawapan dan
penjelasan berkaitan soalan yang dikemukakan oleh wakil rakyat Pas itu,
Datuk Seri Shahidan sempat mendoakan semoga Allah membuka hati Ahli
Parlimen Rantau Panjang agar dibukakan hatinya supaya lebih mulia.
Dan jawapan
yang diberikan oleh Datuk Seri Shahidan adalah "Tidak. Program Permata
tidak menaikkan nama Rosmah, Permata menaikkan nama negara". Di akhir
ucapan beliau berkata "tidak baik kita buruk sangka kepada orang yang
mengabadikan diri kepada negara".
-Perjanjian konsesi selama 23thn utk membayar sewa 6 buah kampus UiTM yg dimiliki oleh syt2 yg mana pemimpin2 dan kroni2 umno adalah tuan punya syt2 tersebut..
-Membayar sewa tahunan antara rm56 juta-rm69 juta setiap kampus..
-Sdangkan najib sdn akui kos utk membina satu2 kampus itu antara rm280 juta-rm315 juta,brgantong kpd keluasan..
-Keseluruhan bayaran konsesi selama 23thn utk 6 buah kampus itu ialah rm8.6 bilion,sdangkan kos membina 6 buah kampus itu hanya rm1.7 bilion..
-Akhirnya krajaan membazirkan sebyk rm6.9 bilion semata2 utk MENDERMAKAN KPD SYT PEMIMPIN DAN KRONI UMNO..
-Nah..Kalau tidak Benggong dan Haramjadah..apa lagi yg patut digelarkan kpd geng2 GENG2 UMNO CELAKA..
-Getah sekerap masih lagi kekal dgn harga rm1.90 sekilo..
Ayob Hussin and Muhamad Saad Shaari shared Milo Kosong Koww's video.
Milo Kosong Koww with Minyak Bezen and 49 others
Akhirnya
segala2nya terburai..ada pencacai2 umno celaka yg jawab??saheh dan
benar,geng2 umno mmg TAK ADA DLM KEPALA MEREKA utk utamakan rakyat..yg
ada dlm kpala mereka ialah NK UTAMAKAN
DIRI SDN DAN KRONI2 MEREKA..inilah satu bukti jelas,yg mangkuk2 banggang
itu hanya tahu rembat wang rkyat demi diri sdn dan kroni..akhirnya sbyk
rm6.9 bilion wang rkyat geng2 haramjadah itu balong..-Perjanjian konsesi selama 23thn utk membayar sewa 6 buah kampus UiTM yg dimiliki oleh syt2 yg mana pemimpin2 dan kroni2 umno adalah tuan punya syt2 tersebut..
-Membayar sewa tahunan antara rm56 juta-rm69 juta setiap kampus..
-Sdangkan najib sdn akui kos utk membina satu2 kampus itu antara rm280 juta-rm315 juta,brgantong kpd keluasan..
-Keseluruhan bayaran konsesi selama 23thn utk 6 buah kampus itu ialah rm8.6 bilion,sdangkan kos membina 6 buah kampus itu hanya rm1.7 bilion..
-Akhirnya krajaan membazirkan sebyk rm6.9 bilion semata2 utk MENDERMAKAN KPD SYT PEMIMPIN DAN KRONI UMNO..
-Nah..Kalau tidak Benggong dan Haramjadah..apa lagi yg patut digelarkan kpd geng2 GENG2 UMNO CELAKA..
-Getah sekerap masih lagi kekal dgn harga rm1.90 sekilo..
Post by Milo Kosong Koww.
Pas Tanjung Kuala's photo.
Kerajaan rugi, kita tanggung beban
HATI menjadi panas setiap kali Ketua Audit Negara membentangkan laporannya.
Setiap kali pendedahan, ada sahaja perkara-perkara yang pelik tetapi benar berlaku.
Yang paling menyakitkan hati ialah apabila berlakunya kerugian akibat ketirisan, pemborosan, penyelewengan, salah guna dan kelemahan, tindakan susulan yang diambil bagaikan tidak berkesan.
Jika anda baca laporan muka hadapan Sinar Harian semalam, anda akan rasa seperti mahu menangis mendapat tahu tahun demi tahun seolah-olah tidak ada cerita lain kecuali rugi, rugi dan rugi!
Dan kerugiannya bukan sedikit; berjuta-juta ringgit. Kenapa perlu menangis? Jawapannya mudah; yang menanggung beban ialah kita.
Mengikut laporan semalam, akibat ketirisan dan kelemahan penjawat awam, 15 peralatan Lembaga Getah Malaysia bernilai RM9.94 juta tidak digunakan; Majlis Perbandaran Tuah Jaya bayar RM123,070 untuk peralatan siaraya bernilai RM58,900; DBKL rugi RM138.35 juta dan RM14.38 juta bayaran interim Kementerian Kerja Raya ditandatangani pegawai yang tiada kuasa.
Bayangkan kita ada lebih 20 kementerian, beratus-ratus jabatan, unit, agensi, pejabat dan lebih sejuta penjawat awam. Syarikat-syarikat milik kerajaan belum kira lagi.
Macam mana dengan kelemahan, ketirisan, penyelewengan, pemborosan yang tidak mampu dikesan Ketua Audit Negara, polis, kastam, imigresen dan pihak-pihak penguatkuasaan lain? Takut untuk kita buat kira-kira; entah berapa bilion ringgit pergi ke tempat yang tidak patut ia pergi!
Seperti saya selalu katakan dalam cetusan-cetusan lalu berkaitan ketirisan, kelemahan, pemborosan dan penyelewengan, saya percaya kes-kes yang mampu didedahkan oleh Ketua Audit Negara dengan segala kesungguhannya hanyalah the tip of the iceberg (sebahagian kecil daripada yang lebih besar).
Kalau kita rujuk kes-kes yang didedahkan melalui laporan Ketua Audit Negara sejak dahulu, kita akan dapati begitu banyak kes yang tidak masuk akal pun boleh berlaku.
Bayangkan kalau setiap penjawat awam berusaha menjaga harta dan wang kerajaan yang dikutip daripada rakyat dibelanjakan dengan jimat dan berhati-hati; berapa banyak boleh dijimatkan, bahkan berapa banyak boleh dikumpulkan untuk dipulangkan kembali kepada rakyat melalui projek-projek pembangunan, kemudahan dan bantuan. Tidak perlu ada rakyat melarat di negara aman makmur dan kaya-raya ini, sebenarnya.
Kerugian, ketirisan dan kelemahan seperti ini tidak akan berlaku jika tiap-tiap penjawat awam dari peringkat teratas hingga ke bawah, mengendalikan perbelanjaan dan menguruskan harta dan wang yang kerajaan kumpulkan daripada rakyat dengan cara berjimat seperti menguruskan harta dan wang sendiri.
Terlanjur menyebut mengenai kes penyelewengan, saya tertarik membaca tentang usaha polis meletakkan anggotanya yang menyamar sebagai orang awam untuk tumbuk rusuk anggota polis bagi menguji ‘iman’ mereka.
Menurut Timbalan Ketua (Disiplin) Sekretariat Integriti, Ketua Polis Negara, SAC Datuk Hashim Abd Jalil semalam, ini adalah satu daripada banyak usaha terbaharu yang diwujudkan dalam usaha memerangi rasuah dalam pasukan polis itu sendiri.
“Kita perlu bertindak sekarang sebelum keadaan (berhubung kegiatan rasuah) menjadi lebih teruk,” katanya.
Alhamdulillah, pihak atasan polis juga sedar sebahagian pegawai dan anggota polis menerima rasuah dan rasuah adalah seperti barah dalam pasukan polis.
Syabas datuk. Saya doakan moga usaha murni itu mendapat sokongan, kerjasama dan berjaya dengan cemerlang.
Ada baiknya jika semua pasukan yang ada kaitan dengan penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan pendedahan terus pegawai dan anggota penguat kuasa dengan orang awam, kalau belum, dapat mengambil tindakan yang sama untuk uji ‘iman’ pegawai dan anggota penguat kuasa.
Selagi masih ramai tiada kesedaran untuk tidak melakukan dosa dan tiada rasa tanggungjawab, tidak takut amaran dan janji ALLAH, selagi itulah kelemahan, ketirisan, penyelewengan, rasuah dan pemborosan akan berterusan. Jangan sampai jadi budaya.
Akhir kalam, saya lihat beberapa papan amaran ZON LARANGAN MEROKOK terpampang di kantin sebuah jabatan agama Islam di sebuah negeri. Di bawahnya tertera: Merokok adalah haram...
Anda boleh saksikan setiap ketika ada sahaja beberapa orang - barangkali bukan staf - duduk di bawah papan larangan itu merokok, seolah-olah fatwa dan zon larangan merokok itu tidak wujud langsung.
Dalam tulisan di blognya The Scribe bertajuk “Rombak Kabinet: PM Gugur Najib?”, Kadir berkata, cadangan yang asalnya menjadi bahan lawak itu mempunyai kewajarannya.
"Jenaka atau tidak, saya rasa perdana menteri perlu memikirkan semula kedudukan Najib sebagai menteri kewangan.Bukan saja pengurusan kewangan negara di bawah Najib mencetuskan pelbagai isu dan persoalan, ia juga berupa konflik kepentingan.
"Apabila PM juga bertindak sebagai menteri kewangan maka tidak wujud lagilah proses pemisahan kuasa dan timbang tara. Kalau ada menteri yang tidak puas hati dengan peruntukan atau tindak-tanduk kementerian kewangan, kepada siapa mereka hendak mengadu?" soal Kadir dalam blognya semalam.
Khabar angin tentang penyusunan semula Kabinet tersebar luas minggu lalu dan diberitakan akan dilaksanakan Najib Jumaat lalu selepas beliau pulang dari Turksmenistan.
Antaranya untuk membolehkan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang menang di Teluk Intan menyertai Kabinet seperti dijanjikan Najib sendiri semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.
Wartawan veteran itu turut membariskan kelemahan ketara Najib sepanjang beliau menjadi menteri kewangan.
“Antaranya, sejak Najib menjadi menteri kewangan pada 2009, pertumbuhan ekonomi negara terus terperangkap dalam lingkungan 5%. Antara 2009 dan 2013, ekonomi negara tumbuh purata 4.28% saja,” katanya.
Kadir berkata, seorang bekas menteri kewangan memberitahunya kadar itu adalah “biasa” saja kerana ekonomi Malaysia mempunyai potensi untuk berkembang dengan lebih pesat.
Dalam tulisannya, Kadir berkata, defisit belanjawan juga meningkat daripada 3.2% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 (zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi) kepada 6.7% pada 2010 yang berupa belanjawan pertama Najib sebagai menteri kewangan dan purata defisit belanjawan antara 2010 dan 2014 adalah 5%.
"Hutang kerajaan persekutuan pula meningkat dengan mendadak sejak Najib menjadi menteri kewangan, iaitu daripada 41.24% KDNK pada 2009 kepada 52.8% pada 2010. Tahun ini (2014) hutang kerajaan dianggarkan naik kepada 54.8% KDNK," kata Kadir.
Katanya, jumlah hutang kerajaan juga meningkat daripada RM362.3 bilion pada 2009 kepada RM519.3 bilion pada akhir tahun lalu.
"Defisit belanjawan yang tinggi dan hutang kerajaan yang semakin meningkat menyebabkan agensi penarafan antarabangsa Fitch menurunkan penarafan hutang Malaysia daripada stabil kepada negatif pada Julai lalu.
"Ia adalah tamparan kepada Najib," katanya.
Selain defisit belanjawan dan hutang kerajaan, prestasi ringgit Malaysia juga menimbulkan tanda tanya walaupun Bank Negara tidak putus-putus memberi jaminan ia "ok", tulis Kadir.
Kadir berkata, menteri kewangan tidak semestinya seorang ahli politik dan boleh dipilih di kalangan teknokrat.
"Masakan Malaysia ketandusan bakat ekonomi dan kewangan sehingga tidak ada lagi teknokrat dan ahli perniagaan macam Tun Daim Zainuddin yang dua kali menyelesaikan krisis ekonomi negara?
"Pendirian saya dalam hal ini konsisten. Sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyandang jawatan menteri kewangan lagi saya menulis PM tidak wajar menjadi menteri kewangan apatah lagi apabila kepakaran mereka dalam bidang itu cetek dan dipersoalkan," katanya yang juga merupakan penyokong kuat Dr Mahathir itu.
Kadir berkata, perdana menteri juga tidak perlu bermuka-muka dengan parti Cina dalam Barisan Nasional (BN).
“MCA masih dalam mode cakap, tetapi belum ada bukti yang ia kembali mendapat perhatian orang Cina apatah lagi sokongan mereka.
"Orang Cina tolak BN, jadi buat apa Najib terhegeh-hegeh melayan MCA dan Gerakan. The Chinese had said loud and clear they do not need the BN. Let them be!" katanya.
Tetapi, katanya, isu jawatan menteri untuk Gerakan sudah menjadi kewajipan kerana itu yang dijanjikan dalam PRK Teluk Intan.
Beliau berkata, perdana menteri perlu utamakan kaum majoriti (Melayu dan Bumiputera Sabah serta Sarawak) yang daif kerana mereka inilah yang menyelamatkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Beliau juga mencadangkan agar membuang menteri Melayu-Bumiputera yang hambar dan ganti dengan yang lebih muda dan baik.
"Manfaatkan duit pembayar cukai. Kurangkan bilangan anggota Kabinet. Hentikan pemborosan. Dahulukan rakyat, utamakan pencapaian. Walk the talk," katanya. – 18 Jun, 2014.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
dicadangkan agar menggugurkan dirinya sebagai menteri kewangan kerana
terdapat konflik kepentingan, kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan New
Straits Times Press (NSTP), Datuk A Kadir Jasin.

Najib perlu pecat dirinya sebagai menteri kewangan, cadang wartawan veteran

Muhyiddin bercuti panjang, Hishamuddin Pemangku TPM?
Posted on Wednesday, June 18 @ 15:40:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Timbalan Presiden Umno itu bercuti panjang untuk menguruskan soal Umno
PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dijangka bercuti panjang mulai hari Jumaat ini.
Menurut seorang aktivis Umno, Zaharin Mohd Yasin dalam laman Facebooknya, Timbalan Presiden Umno itu bercuti panjang untuk menguruskan soal Umno.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dijangka dilantik sebagai Pemangku Timbalan Perdana Menteri.
“Jika Muhyiddin jadi TPM.. pejabat Umno dimana-mana sila kemaskan pejabat anda… PRU akan datang.. sudah pasti Umno bungkus,” dakwa Zaharin yang juga Setiausaha BN Bandar Tun Razak.
Katanya, bukan kerana Umno tak kuat.. orang Melayu sudah tidak percaya dah dengan orang macam Hishamuddin Hussein sebagai bakal penerus UMNO.
“Masalah peniaga Melayu di KLIA2 pun tak boleh berjuang.. nak harapkan apa lagi,” dakwanya lagi.
FMT pada 22 November 2013 pernah menulis, “Sebenarnya Muhyiddin sudah tidak mahu lagi aktif dalam politik. Menurut sumber, selepas PRU ke 13, beliau telah menemui Najib untuk melepaskan jawatan dalam masa dua tahun lagi, tetapi Najib suruh beliau teruskan berkhidmat untuk negara”.-fmt
Muhyiddin Yassin letak jawatan TPM Jumaat ini?
Posted on Wednesday, June 18 @ 15:38:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR 18 JUN: Khabar angin bertiup kencang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dalam masa terdekat.
Menurut sumber, Muhyiddin dikatakan bakal digantikan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang juga sepupu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Muhyiddin YassinNajib dikatakan mahu berbuat demikian dengan alasan supaya Muhyiddin menumpukan perhatian kepada pengukuhan Umno.
Akhbar The Malay Mail minggu lalu melaporkan Najib akan melakukan rombakan kabinet besar-besaran dan dijangka akan berlaku seawal Jumaat ini.
Beliau antara lain dilapor mempertimbangkan perubahan itu yang mungkin melibatkan tiga naib presiden Umno– Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.
Khabar angin bahawa Muhyiddin akan digantikan oleh Hishamuddin itu turut dinyatakan seorang blogger Umno, Zaharin Mohd Yassin atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai dalam status di Facebooknya.
Bagaimanapun, Zaharin nampaknya tidak bersetuju jika keputusan itu diambil, malah menggelarkan Hishamuddin sebagai ‘pondan’ dan pemimpin seperti itu tidak lagi dipercayai di kalangan orang Melayu.
Katanya, sekiranya keputusan itu dibuat, maka Umno bakal mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Ada orang kata menjelang Jumaat ini Tan Sri Muhyiddin Yassin di jangka akan bercuti panjang untuk menguruskan soal Umno.. dan Pemangkunya TPM ialah Hishamuddin Hussein..
“Jika si ‘pondan’ ini jadi TPM.. pejabat UMNO di mana-mana sila kemaskan pejabat anda… PRU akan datang.. sudah pasti UMNO bungkus.. bukan kerana UMNO tak kuat.. orang Melayu sudah tidak percaya dah dengan orang macam Hishamuddin Hussein sebagai bakal penerus UMNO.
“Masalah peniaga melayu di KLIA pun tak boleh berjuang.. nak harapkan apa lagi. Saya jadi ahli biasa sahaja.. nak berjuang tak ada ,” tulisnya.-kd
Penyanyi dikir barat didenda RM1,000 kerana memakai pakaian mencolok mata
Posted on Wednesday, June 18 @ 15:18:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
GUA MUSANG - Rosalinda, penyanyi dikir barat wanita tersohor di Kelantan dikenakan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, di sini, semalam, selepas mengaku salah memakai pakaian mencolok mata ketika mengadakan persembahan di Felda Aring Enam, Mei lalu.
Hakim, Zubaidi Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosalinda atau nama sebenarnya, Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 23, yang berasal dari Kemaman, Terengganu.
Beliau tidak membenarkan tertuduh membuat persembahan dengan berpakaian tidak sopan, bertentangan dengan hukum syarak.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Ramlee Abd Rahman. Rosalinda membayar denda tersebut dan berjanji tidak mengulangi kesalahan tersebut.
Mengikut kertas pertuduhan, Rosalinda ditahan sepasukan Penguat kuasa Agama Islam Gua Musang ketika membuat persembahan nyanyian dikir barat di Ekspo Padang
Datuk Bandar Kl Angkuh Dan Biadab
Posted on Wednesday, June 18 @ 17:55:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi
Lajnah Tanah dan Pembangunan Bandar (LTPM) Pemuda PAS Malaysia merasa terkilan dengan kenyataan Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang tetap berkeras mahu kesemua rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan dirobohkan walaupun penduduk memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi.
LTPB PPM melihat kenyataan Datuk Seri Ahmad Phesal sebagai sombong, angkuh, biadap serta tidak menghormati keputusan mahkamah. Keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Jun 2014 telah memberikan perintah Injunksi menghalang sebarang tindakan perobohan rumah oleh pihak DBKL. Sebagai penjawat awam, beliau sepatutnya faham dan menghormati keputusan mahkamah yang telah membenarkan penangguhan perobohan perkampungan itu sehinggalah pada 26 Jun 2014 dan mengambil tindakan selepas itu, itupun setelah mendapat kelulusan dari pihak mahkamah, bukan atas arahan sendiri.
Tindakan Datuk Seri Ahmad Phesal tidak kena pada masa dan tempatnya dan berlagak seolah-olah beliau berkuasa melakukan apa sahaja terhadap penduduk, sedangkan seharusnya kesemua masalah ini boleh diselesaikan dalam meja rundingan. Kekerasan dan ketegasan sikap beliau melambangkan kesombongan beliau sendiri sehingga menetepikan perintah mahkamah, apatah lagi bersikap tidak peri kemanusiaan terhadap penduduk Kampung Chubadak Tambahan.
LTPM PPM menegaskan, jika Datuk Seri Ahmad Phesal masih berkeras untuk merobohkan rumah sehingga melanggar perintah Injunksi Mahkamah Tinggi, para peguam tidak akan teragak-agak untuk memfailkan prosidig komital menghina mahkamah terhadap Datuk Bandar KL. Beliau perlu dijadikan pengajaran kepada semua pihak supaya menghormati undang-undang negara, dan sesiapa sahaja termasuk penjawat awam tertinggi sekalipun tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang. LTPB PPM juga mengingatkan kesemua pihak bahawa dalam isu Kampung Chubadak Tambahan, perbincangan dan dan dialog adalah kaedah terbaik dengan membuka ruang penyelesaian yang paling baik dan memuaskan hati kesemua pihak, bukannya dengan cara merobohkan rumah ala-Zionis ini.
AHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI
Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Bandar
Pemuda PAS Malaysia
pemuda.pas.org.my
Hannah Yeoh akui terlupa maklum peraturan Dewan kepada Wan Azizah
Posted on Wednesday, June 18 @ 14:56:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh mengakui tidak memaklumkan peraturan Dewan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga semua soalan bertulisnya ditolak.
Yeoh berkata, pihaknya pada Januari lalu ada membuat taklimat kepada semua Adun supaya mengikuti setiap peraturan Dewan yang ditetapkan, tetapi tidak kepada Dr Wan Azizah yang baru menjadi wakil rakyat pada April lalu.
“Memang betul kita terlupa untuk memberi penerangan kepada Adun Kajang selepas beliau menang Pilihan Raya Kecil (PRK) tetapi saya rasa ini bukan masalah.
"Ada banyak soalan tambahan boleh dikemukakan oleh Adun Kajang dalam sidang Dewan," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Annexe selepas selesai mempengerusikan sidang DUN di Shah Alam, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, beliau tetap konsisten dengan keputusan itu dan mencadangkan Wan Azizah menggunakan saluran melalui soalan lisan dan soalan tambahan.
Katanya, kesilapan itu perkara biasa yang juga dilakukan Adun lain setiap kali persidangan bermula.
"Isu ini tidak perlu diperbesarkan kerana bukan soalan Adun Kajang saja ditolak.
"Memang ada ruang lain untuk beliau ambil bahagian," katanya.
Yeoh menolak semua 10 soalan yang dikemukakan secara bertulis oleh Wan Azizah kerana tidak mematuhi peraturan ditetapkan, iaitu soalan tidak boleh melebihi 40 perkataan sedangkan semua soalan yang dikemukakannya melebihi had ditetapkan.
Wan Azizah menghantar soalan paling banyak untuk dijawab oleh kerajaan negeri pada sidang DUN kali ini.
Beliau mengangkat sumpah sebagai Adun Kajang pada 7 April lalu selepas memenangi PRK Kajang menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi. – 17 Jun, 2014.-tmi
PAS: Demo 23 Jun bantah tindakan DBKL
Posted on Wednesday, June 18 @ 15:00:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
PAS akan mensasarkan sekurang-kurangnya 2,000 orang hadir ke perhimpunan pada 23 Jun untuk membantah perobohan rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan.
Laporan Harakahdaily menyebut, perhimpunan itu bagi membantah "tindakan zalim" Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang meneruskan perobohan tanpa menghiraukan injunksi yang diperolehi penduduk.
"Kita mengecam tindakan DBKL, walaupun kes ini masih lagi dalam proses mahkamah mereka tetap meroboh rumah tersebut.
"Sehingga sekarang tiga buah rumah telah diroboh, (ini) sikap yang tidak bertanggungjawab dan zalim DBKL apatah lagi bulan Ramadan hampir tiba," jelasnya.
Beliau turut meluahkan kerisauannya terhadap rumah penduduk lain sambil menyeru rakyat yang prihatin hadir memberi sokongan.
Perhimpunan yang dijadual berlangsung depan DBKL dianjurkan Pertahankan Kampung Tradisi dan Warisan Bangsa & Peneroka Bandar (Anak Warisan) dengan kerjasama Lajnah Tanah PAS Pusat.
Sementara itu, laporan itu juga menyebut Pengerusi Anak Warisan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menegaskan isu kampung warisan menjadi tanggungjawab semua dan perlu dipertahankan.
Katanya, tindakan DBKL mahu merobohkan rumah penduduk di kampung itu dianggap membelakangi prosiding dan menghina mahkamah.
"Tindakan DBKL meroboh adalah dilihat tidak bertanggungjawab dan menghina mahkamah. Ini merupakan satu malapetaka kepada penduduk kampung tersebut," katanya.
Pihaknya akan menyerahkan satu memorandum hasil perbincangan dengan penduduk pada himpunan itu kelak dan berharap DBKL tidak melakukan kerja meroboh sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri-mk
Pemuda PAS sokong Kesatuan Persatuan TNB
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyatakan sokongan padu ke atas pendirian tegas Kesatuan Persatuan Tenaga Nasional Berhad yang membantah tawaran usahasama secara runding terus (direct nego) membabitkan syarikat IPP, YTL untuk projek penjanaan tenaga “Track 4 A” di Pasir Gudang, Johor.“Pendirian pihak kesatuan TNB ini adalah selari dengan pendirian DPPWP dalam Memorandum Bantahan Kenaikan Elektrik pada tahun 2014 yang telah diserahkan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air awal Januari lalu,” ujar Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyatakan sokongan padu ke atas pendirian tegas Kesatuan Persatuan Tenaga Nasional Berhad yang membantah tawaran usahasama secara runding terus (direct nego) membabitkan syarikat IPP, YTL untuk projek penjanaan tenaga “Track 4 A” di Pasir Gudang, Johor.
Pendirian pihak kesatuan TNB ini adalah selari dengan pendirian DPPWP dalam Memorandum Bantahan Kenaikan Elektrik pada tahun 2014 yang telah diserahkan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air awal Januari lalu.
Antara desakan yang dibuat ialah “agar pihak Kerajaan Malaysia mengkaji semula pengstrukturan industri tenaga domestik di negara ini. Kerajaan mestilah menyemak semula langkah penswastaan yang telah dilaksanakan terhadap TNB sehinggalah kepada pendedahan intipati Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) bersama IPPs.”
Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 juga ada terkandung teguran berkenaan Operasi Penjana Tenaga Bebas khususnya YTL Power Generation Sdn Bhd iaitu kaedah bayaran dalam syarat perjanjian tersebut secara take or pay di mana TNB perlu membuat bayaran kepada penjana tenaga sama ada TNB tidak menggunakan atau menjual elektrik.
Pihak kerajaan seolah-olah tidak pernah serik untuk membuat perjanjian berat sebelah yang menguntungkan kroni seperti YTL ini. Dahulunya, Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) generasi pertama pada 1993 dengan Syarikat YTL telah menyebabkan TNB terpaksa menanggung beban kewangan dengan membayar harga belian tenaga yang lebih tinggi dari apa yang mampu TNB janakan pada masa itu dan difahamkan kini TNB telah membayar lebih RM20 Bilion kepada Syarikat YTL.
Bagaikan jatuh ke dalam lubang yang sama buat kesekian kalinya, pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga telah menganugerahkan secara rundingan terus pula Projek Penjanaan Tenaga Track 4A kepada gabungan konsortium Syarikat YTL, SIPP dan TNB.
Tindakan ini jelas bertentangan dengan segala azam dan ikrar kerajaan bagi melaksanakan pembidaan secara kompetitif bagi loji janakuasa baharu sepertimana terkandung dalam laporan 'Pandangan Masa Depan Industri Bekalan Elektrik Semenanjung Malaysia 2013' yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Tenaga tahun lalu, yang telah menggariskan bahawa bidaan kompetitif adalah satu daripada inisiatif pembaharuan utama bagi Pembaharuan Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESI).
Bahkan dalam Laporan Tahunan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2013 dan Rancangan Malaysia ke-10 juga menyebut bahawa kerajaan tidak lagu bercadang untuk menggunakan rundingan terus sebagai cara penambahan kapasiti penjanaan baru.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili mendakwa bahawa Kerajaan telah menimbangkan semua pilihan dan pendekatan terbaik dalam memutuskan untuk memberikan projek tersebut kepada SIPP Energy Sdn Bhd, dengan penyertaan YTL Power International Bhd dan Tenaga Nasional Bhd. Beliau juga memberikan alasan bahawa wujud keperluan menyegerakan pembinaan loji jana kuasa kitaran gas bersepadu menggunakan teknologi terbukti yang dijadualkan beroperasi pada 2020, kepada tarikh lebih awal pada 2018.
Namun, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah pun menjawab alasan ini iaitu sebenarnya kerajaan masih mempunyai masa mencukupi untuk melaksanakaan proses bidaan secara kompetitif bagi projek pembinaan Track 4A jika Notis Untuk Meneruskan (NTP) dikeluarkan pada Jun 2015 kerana Projek Track 4A itu mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk disiapkan selepas NTP dikeluarkan dan ini menetapi sasaran tarikh baru iaitu 2018. Jadi, dakwaan masalah 'kekurangan masa untuk melaksanakan bidaan kompetitif' adalah tidak berbangkit sama sekali.
Di samping itu, suara bantahan daripada Kesatuan Pekerja TNB ini amat wajar didengari oleh pihak kerajaan kerana hakikatnya TNB adalah 'syarikat rakyat' dan tidak boleh berhenti memberi perkhidmatan kepada rakyat seperti hospital.
Seandainya IPP terus dibiarkan memonopoli dan seterusnya mengambil alih bekalan elektrik negara, maka rakyat akan dibebankan dengan kenaikan tarif elektrik dan tidak mustahil juga penjana tenaga bebas ini berpakat melakukan sabotaj suatu hari nanti.
Justeru, pihak Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak pihak kerajaan agar menarik kembali keputusan penganugerahan projek Track 4A yang bernilai RM4 Bilion ini kepada YTL dan membuat pembidaan secara kompetitif sepertimana yang dijanjikan oleh pihak kerajaaan selama ini. Biarlah pihak yang benar-benar layak dipilih atas faktor kemampuan mencapai syarat serta menjamin hak rakyat bukannya membuat penganugerahan atas faktor ingin mengambil hati setelah pihak tersebut tidak dipilih untuk Projek 3A yang bernilai RM 11 Bilion.
Pihak kami juga ingin menegaskan akan peri-pentingnya sebarang perjanjian yang hendak dibuat perlu jelas termanya dan mengambilkira kepentingan rakyat-jelata bukannya mengulangi kembali perjanjian berat sebelah yang menguntungkan pihak yang ingin mengaut keuntungan secara mudah sahaja. Dosa dan khianat yang dilakukan dalam perjanjian IPP generawi awal terdahulu masih segar dalam ingatan kita semua maka usahlah ditoreh kembali luka lama.
Belajarlah daripada kesilapan lama dan bertindaklah untuk mempertahankan prinsip kebenaran dan keadilan sepertimana yang telah dibuktikan dahulu oleh Tan Sri Ani Arope, bekas Pengerusi Eksekutif TNB yang sanggup melepaskan jawatan sebagai tanda protes terhadap perjanjian berat sebelah dengan IPP.
Pihak kami amat mengalukan sekiranya Ketua Eksekutif TNB sekarang, Datuk Seri Azman Mohd mempunyai iltizam dan keberanian yang sama dalam mempertahankan kepentingan dan hak rakyat. - HARAKAHDAILY 18/6/2014
Jenazah Ummi Nadiah Filzah dibawa pulang ke rumah
SEPANG: Jenazah pelajar Malaysia di Mesir, Ummi Nadiah Filzah Daud, 21, yang maut dalam kemalangan jalan raya dua minggu lepas di Mesir, tiba di Kompleks Kargo Terminal Tambang Murah ( LCCT) di sini hari ini.Penerbangan yang membawa jenazah Allahyarham bersama ibu dan bapanya, tiba kira-kira 6 petang.
Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Borg el Arab lewat malam tadi.
Turut kelihatan di pintu masuk terminal di sini bagi menuntut jenazah Allahyarham, adalah abangnya dan saudara mara terdekat.
Turut berada di sini beberapa pegawai dari Kementerian Pendidikan.
Setelah urusan dokumentasi selesai, van yang membawa jenazah dilihat keluar dari terminal pukul 7.30 malam.
Seorang bapa saudara Allahyarham yang enggan namanya disiarkan berkata Allahyarham yang merupakan anak ketiga dari empat beradik, adalah seorang anak yang baik, peramah dan bijak.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Tasik Putri, Rawang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan di kawasan itu.
Kemalangan itu dilaporkan berlaku bila van yang membawa Ummi Nadiah Filzah dan rakan-rakannya yang semuanya pelajar Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah melanggar bahagian belakang sebuah lori lalu terbabas.
Pelajar-pelajar itu tercampak keluar van. Lima pelajar lain cedera dan pemandu terselamat.
Pelajar-pelajar itu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Borg el Arab untuk pulang bercuti semester di Malaysia. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan