Sunday, 15 June 2014
PARA BLOGGER PRO UMNO TARAF MACAI TERPAKSA MAKAN COKLAT KELUARAN CADBURY UNTUK YAKINKAN UMAT ISLAM BAHAWA COKLATNYA ADALAH HALAL LAGI BERSIH????
Para pegawai JAKIM tidak berani nak makan tetapi kerja itu diserahkan kepada beberapa blogger pro UMNO taraf macai gred picisan untuk lakukannya.
Kalau sekadar macai UMNO yang diragui akan keperibadian dan integritinya adakah mereka ingat masyarakat Islam negara ini akan termakan dengan dakyah mereka?
Kata-kata mereka dalam blog dan laman sosial pun rakyat tidak nak percaya inikan pula taraf kehalalan yang dipertikaikan sendiri oleh Kementereian Kesihatan.
Awal June lalu bagi membuktikan status halal yang dikeluarkan oleh JAKIM terhadap coklat Cadbury benar-benar meyakinkan, pegawai jabatan itu dilaporkan sedia pada bila-bila masa untuk membuat demonstrasi memakan coklat tersebut.
Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata pihaknya berpegang kepada keputusan yang telah mereka keluarkan dan tidak ada masalah untuk pihaknya membuktikan kepada orang ramai bahawa coklat Cadbury adalah halal.
"Sebagaimana yang disebutkan bahawa status Cadbury yang diputuskan adalah halal. Kalau diminta kami makan coklat Cadbury kami yakin bahawa apa yang diberikan status pensijilan itu adalah halal sepenuhnya.
Tetapi hari ini bila Satu majlis makan coklat Cadbury diadakan bagi mempertahankan status halal produk berkenaan yang dianjurkan oleh portal myKMU (Kelab Macai Umno) dengan kerjasama portal SuaraTV dan Ikatan Aktivis Siber Malaysia (IKAS) lain pulak jadinya..
Dalam program yang diberi nama ‘Sijil Halal Malaysia Dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif’ yang bermula jam 1.30 petang di Wisma Nusantara, ibu negara itu hanya Blogger macai yang menelannya..
Tetapi Pegawai JAKIM yang hadir enggan menjamahnya malah beredar dari situ dan membiarkan Blogger-blogger macai itu menelannya.
Kalau setakat blogger-blogger pro UMNO itu saja yang menelannya adakah ianya akan menyakinkan majoriti rakyat?
Adakah Pegawai JAKIM sendiri tidak yakin dengan status halal Cadbury yang mereka sendiri iktiraf?
Jika mereka sendiri tidak yakin bagaimana mereka boleh yakin yang rakyat akan yakin dengan jaminan mereka?
10 Bandar dengan Kos Sara Hidup Paling Mahal di Malaysia
Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh The Malaysian Insider, berikut merupakan 10 tempat/bandar paling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup.
1. Pulau Pinang (bahagian pulau)
2. Bintulu, Sarawak
3. Paka/ Kerteh, Terengganu
4. Miri, Sarawak
5. Kuala Lumpur
6. Kuala Terengganu, Terengganu
7. Kuching, Sarawak
8. Klang
9. Labuan
10. Johor Bahru
2. Bintulu, Sarawak
3. Paka/ Kerteh, Terengganu
4. Miri, Sarawak
5. Kuala Lumpur
6. Kuala Terengganu, Terengganu
7. Kuching, Sarawak
8. Klang
9. Labuan
10. Johor Bahru
Perkara
yang dikaji pula adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam,
sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga
keperluan pendapatan minima untuk hidup sempurna.
Johor Bahru mencatatkan negeri ke 10 dengan kos sara hidup paling tinggi di Malaysia. |
Seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang. |
Dengan
kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga barangan
keperluan harian yang agak mahal, seseorang memerlukan gaji
sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di
Pulau Pinang.
Ia dikira
paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Turut
mengiringi Pulau Pinang adalah bandar perindusrian Bintulu di Sarawak
dan Paka di Terengganu.
Namun,
harga barangan di Pulau Pinang jauh lebih rendah jika mereka tinggal di
tanah besar iaitu di Seberang Prai. Mungkin kerana itulah ramai penduduk
Pulau Pinang tinggal di tanah besar walaupun bekerja di pulau.
Mungkin ini
juga menjadi punca kesesakan berlaku setiap hari di jambatan Pulau
Pinang dan feri sehingga menyebabkan jambatan kedua terpaksa dibuat
untuk disambungkan ke pulau Mutiara itu.
Harga sekilo ayam di pasar George Town adalah RM9 berbanding RM7.00 di Kuala Lumpur, RM6.50 di Klang.
Kadar sewa
rumah juga tinggi di Pulau Pinang. Sebuah rumah teres satu tingkat tiga
bilik di Tanjung ToKong disewa dengan kadar RM1,000 sebulan. Namun
kadarnya lebih rendah di Batu Kawan atau Nibong Tebal yang boleh
diperolehi sekitar RM500 sebulan.
Walau kos
sara hidup agak rendah di Kuala Terengganu, namun harga barangan
keperluan hariannya antara yang tertinggi berbanding bandar-bandar lain
di Semenanjung Malaysia.
Harga ayam
di Kuala Terengganu adalah RM7.50 sekilogram berbanding Kuala Lumpur
RM7.00 dan Klang hanya RM6.50. Begitu juga harga ikan, walaupun
Terengganu ramai nelayan, tetapi harga ikannya antara yang termahal,
mungkin kerana kesegarannya.
Harga ikan
kembong di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu adalah antara RM10.00 ke
RM15.00 sekilogram bergantung kepada kualiti ikan itu.
Namun oleh
kerana kos sewa rumah dan jalan raya tanpa tol di Kuala Terengganu, ia
menyebabkan kos hidupnya tidaklah terlalu tinggi. Dengan pendapatan
RM2,500 sebulan, sebuah keluarga boleh hidup di Kuala Terengganu dengan
memiliki sebuah kereta dan rumah sewa.
Namun di
Paka dan Kerteh yang terletak di daerah Kemaman, kos sara hidupnya agak
tinggi. Ini kerana kedua-dua bandar ini menjadi tempat tinggal pekerja
industri gas dan petroleum. Ia memberikan kesan pahit kepada penduduk
tempatan yang terpaksa bersaing untuk mendapatkan barangan keperluan
harian dengan pekerja industri yang mempunyai pendapatan lebih baik
berbanding mereka.
Keadaan
sama berlaku di Sarawak, bandar Bintulu dan Miri yang menjadi pusat
industri gas dan petroleum yang menjadikan penduduk bandar ini terpaksa
menghadapi kos sara hidup yang tinggi.
Harga rumah di kawasan ini naik mendadak di samping harga barangan meningkat dengan ketara.
P/s;
Menjelang tahun 2014 ini, sememangnya ia adalah tahun yang mencabar bagi
rakyat Malaysia. Mana tidaknya dengan kos sara hidup yang semakin
meningkat, minyak, tol dan elektrik serta makanan adalah sebahagian
utama keperluan rakyat Malaysia, ditambah pula dengan harga rumah yang
semakin meningkat naik.
Adakah
dengan mencari alternatif lain seperti bekerja sambilan mampu
mengurangkan tekanan kos sara hidup yang dialami oleh rakyat?
Pada
pendapat kami kerajaan perlulah mengurangkan atau tidak lagi menaikkan
harga keperluan asas seperti minyak dan elektrik kerana ia memberi impak
yang amat besar kepada seluruh penduduk Malaysia. Kerajaan juga
perlulah mencari/merangka alternatif selain pemberian BR1M, ada lagi
insentif lain yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat.
Ada sebuah buku yang sudah ribuan tahun usianya. Buku ini berjaya merentasi zaman dan kekal relevan sehingga kini. Dan bukan, ia bukan sebuah buku yang mengumpulkan resipi masakan orang-orang dahulu kala. Peluh besar.
Saya tidak hairan akan ada mana-mana orang Islam di mana-mana negara Islam yang akan membuat protes dan membakar tayar bagi menunjukkan rasa tidak puas hati dengan kajian ini. Atau mengugut untuk membakar pejabat Professor Hossein Askari dan Scheherazade S. Rehman. Atau paling koman pon, mencetak hasil kajian tersebut lantas mengoyak-ngoyakkan dan memijak-mijaknya dengan penuh emosi.
Dan yang menariknya dan lebih utama, semua nilai-nilai itu
terkandung di dalam al-Quran. Segala kebaikan dan nilai-nila terpuji pada
mereka ini sememangnya diajar oleh Islam. Inilah asas kepada kajian Porfessor
Hossein Askari dan Scheherazade S. Rehman itu.
Ya hakikatnya memang pahit. Fakta yang terbentang di hapadan mata sememangnya tidak busuk dan tidak lazat untuk dikunyah, apatah lagi ditelan.
Makalah akademik Professor
Hossein Askari dan Scheherazade S. Rehman yang bertajuk 'An Economic
Islamicity Index' boleh dibaca di sini.
Ramai yang menganggap lebah kelulut tidak mampu mengeluarkan madu dengan banyak menerusi kaedah penternakan biasa.
Bagaimanapun, teknologi penternakan lebah kelulut yang diperkenalkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya meningkatkan pengeluaran madu spesies lebah tersebut.
Kelulut merupakan antara spesies lebah yang tidak menyengat, menjadikan serangga tersebut mudah dikendalikan berbanding lebah madu biasa.
Hal demikian turut diakui pengusaha madu kelulut, Trigona Bee, Norlezah Baharom yang berjaya
menternak lebah kelulut untuk mendapatkan madu serta propolis serangga tersebut.
Jelasnya, madu serta propolis lebah kelulut memiliki khasiat yang lebih baik berbanding lebah biasa.
"Sebelum ini saya mengusahakan ternakan lebah madu, namun setelah mendapati khasiat madu kelulut lebih baik maka saya bertukar kepada penternakan lebah jenis ini.
"Hasil daripada kerjasama, teknologi serta khidmat nasihat MARDI saya mampu memperolehi hampir dua kilogram (kg) madu daripada satu-satu koloni lebah kelulut," katanya.
Ujar Norlezah, jika menggunakan kaedah biasa adalah amat sukar untuk memperolehi madu kelulut sebanyak itu.
Norlezah mula berjinak-jinak dengan perusahaan madu kelulut hanyalah sebagai hobi. Namun setelah menerima permintaan yang tinggi dari kalangan ahli keluarga serta rakan-rakan akhirnya beliau mula mengusahakan madu lebah kelulut dengan lebih serius.
Berbekalkan pengalaman menternak lebah madu juga sebagai hobi sejak tahun 1997, akhirnya pada tahun 2005 Norlezah mendaftarkan perniagaannya menerusi bantuan serta khidmat nasihat MARDI.
Kini, permintaan madu lebah kelulut yang diternak olehnya mampu mencecah 100 botol sebulan menjadikan Norlezah tidak 'menang tangan'.
Bercerita mengenai lebah kelulut, katanya menerusi maklumat yang diperoleh daripada MARDI, sehingga kini hampir 33 spesies serangga tersebut telah dikenal pasti terdapat di Malaysia.
Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia.
Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi.
Antara negara yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies), Taiwan (1 spesies) dan di Malaysia.
Lebah kelulut memiliki koloni yang besar dengan organisasi sosial yang sangat kompleks berbanding dengan lebah madu.
Senibina sarang lebah kelulut juga berbeza-beza mengikut spesies tertentu di mana ada sesetengahnya suka bersarang di dalam tanah, di dalam kayu sehinggalah di celah-celah belahan batu.
Sikap tersebut menunjukkan bahawa lebah kelulut memiliki perilaku yang kompleks menjadikan serangga tersebut sukar untuk diternak.
Malah, artikel ilmiah mahupun kajian mengenai lebah kelulut jarang ditemui kerana masih ramai yang tidak berminat untuk mengkajinya.
Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.
Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik.
Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.
Bahan tersebut juga berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.
Jelas Norlezah, kesedaran masyarakat mengenai kebaikan madu kelulut telah menyebabkan permintaan terhadapnya meningkat naik.
"Jika di peringkat awal masyarakat masih kurang tertarik kerana produk ini juga kurang di pasaran.
"Kini, permintaan madu kelulut diterima dari seluruh negara malah tidak ketinggalan pengguna dari luar negara seperti Timur Tengah," katanya.
Selain menghasilkan madu, lebah kelulut juga turut digunakan untuk meningkatkan hasil produk pertanian berasaskan buah kerana lebah kelulut merupakan agen pendebungaan utama kepada tumbuh-tumbuhan.
Apabila Ireland, Singapura dan Jerman Lebih Islam Daripada Kita
Ada sebuah buku yang sudah ribuan tahun usianya. Buku ini berjaya merentasi zaman dan kekal relevan sehingga kini. Dan bukan, ia bukan sebuah buku yang mengumpulkan resipi masakan orang-orang dahulu kala. Peluh besar.
Buku ini merupakan mukjizat
agung yang tiada tolong bandingnya. Ia diturunkan oleh Allah khas buat umat
Islam untuk dijadikan rujukan dan panduan.
Sejak zaman berzaman, umat
Islam berpegang teguh pada ajaran yang dibawakan oleh buku ini. Di dalam buku
ini terkandung bermacam rahsia dan bimbingan, yang sekiranya diikuti dan
dipatuhi dengan taat dan tanpa kompromi, pastilah akan membuahkan kejayaan dan
kemenangan yang tiada taranya. Oleh sebab itulah, umat Islam sejak zaman
berzaman berjaya membina sebuah tamadun kemanusiaan yang begitu hebat,
sehinggakan tiada satu tamadun pon sebelum itu yang boleh menandinginya. Umat
Islam berjaya mencapai satu tahap yang tidak pernah terotakkan oleh sesiapa pon
sesiapa pon.
Semuanya hanya kerana
mereka mengambil dan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam buku
itu.
Sehinggalah...
Umat Islam mula melupakan
dan meninggalkan buku itu. Sama ada sebagai kesan langsung akibat daripada
ghazwul fikr (serangan pemikiran) oleh musuh-musuh Islam yang sememangnya
mahukan umat Islam jauh daripada ajaran-ajaran buku itu atau pon dek kelalaian
umat Islam sendiri yang semakin syok dan larut dengan kemewahan dunia. Alahai.
Maka buku itu hanya tinggal
sebagai buku yang mengandungi mantera-mantera ajaib untuk menghalau jin dan
hantu. Ia menjadi tempat mengumpul habuk yang paling baik di rak-rak buku.
Sekali-sekala ia juga boleh menjadi senjata untuk menghempuk kepala perompak
yang memecah masuk ke dalam rumah di kala malam yang sejuk dan sunyi.
Hampeh.
Sekali-sekala adalah ahli
politik itu menghamburkan beberapa ayat daripada buku itu untuk
menjustifikasikan polisi atau manifesto parti yang dianggotainya. Atau ostad
ini yang berceramah dengan penuh berbara sehingga tersembur-sembur air liur
menggunakan beberapa potong ayat dari buku itu untuk menambah perisa pada
ceramahnya. Atau kumpulan nasyid yang terlalu mengejar populariti sehingga
tergamak melagukan beberapa ayat dari buku itu untuk melariskan lagi
albumnya.
Adeh.
Ya, buku itu adalah
al-Quran. Kitab suci yang semakin dilupakan. Bukan dilupakan jasadnya; malah
zaman sekarang ini entah bermacam Quran boleh didapati di pasaran, daripada
yang berwarna-warni sehingga yang setebal sepuluh inci. Namun ruhnya itu yang
dilupakan. Pengajaran dan kehidupan yang terkandung di dalamnya itu yang
semakin diabaikan.
Oleh siapa? Tidak lain dan
tidak bukan, oleh umat Islam sendiri. Ya, kitalah!
Maka tidak hairanlah, baru-baru
ini sebuah kajian yang dilakukan oleh Hossein Askari, seorang Professor Jabatan
Perdagangan Antarabangsa dan Perhubungan Antarabangsa, Universiti George di
Washington bersama-bersama dengan Scheherazade S. Rehman telah mendapati,
kebanyakan negara-negara bukan Islam (bukan Islam dari segi majoriti
penduduknya) jauh lebih beramal dengan Quran berbanding dengan negara-negara
Islam sendiri.
Malah yang lebih
mengejutkan dan bisa membuatkan Ostajah Shirley Tumpul menarik-narik tudung
labuhnya kerana tidak terpercaya adalah tiada satu pon negara-negara anggota
OIC yang menduduki sepuluh, malah dua puluh, malah tiga puluh tempat teratas di
dalam senarai itu! Malaysia adalah negara OIC terbaik yang tersenarai,
menduduki tempat ketigapuluhtiga di dalam senarai itu.
Oh, I see.
Ireland, sebuah negara yang
majoriti penduduknya terdiri daripada penganut Protestan dan Katolik, menjuarai
carta negara mana yang paling Islamik berdasarkan ajaran Quran!
Jatuh kerusi.
Selain itu, Kerajaan
Bersatu berkongsi kedudukan yang keempat bersama dengan Sweden di dalam senarai
itu, Singapura (ketujuh), Hong Kong (dua belas), Australia (empat belas),
Amerika Syarikat (lima belas) Jepun (dua puluh satu), Jerman (dua puluh enam), negara
haram Israel (dua puluh tujuh. Aikkk...??) dan Korea (tiga puluh satu),
semuanya di atas Malaysia yang berada di keduduk tiga puluh tiga.
Apakah asas kepada kajian
ini, Inche gabbana? Memandai-mandai je. Depa makan babi! Minum ar@k! Main judi!
Mana mungkin depa lebih Islamik dari Malaysia!
Err. Mari kita lihat
dahulu. Kemudian terpulanglah kepada anda untuk membuat penilaian
sendiri.
Empat aspek utama yang
dilihat adalah pengurusan pentadbiran (governance), hak asasi
kemanusiaan dan politik (political and human rights) dan perhubungan
antarabangsa (international relations).
Kajian mereka mendapati,
negara umat Islam seperti Arab Saudi, Mesir, Sudan dan sebagainya, mendapat
markah yang amat rendah dalam keempat-empat aspek ini. Hal ini kerana, seperti
yang disebut Professor Hossein Askari, negara-negara Islam ini menjadikan Islam
sebagai alat semata-mata untuk berkuasa.
"Kami mesti menekankan
bahawa kebanyakan negara yang mengaku Islam dan dipanggil Islamik adalah zalim,
korup dan mundur dan hakikatnya tidak Islamik dari sudut pandang apa
sekalipon."
Gituuuh.
Adoii malu Jaaahh maluu! Mana nak
letak muka kita niii...?? [Kredit]
|
Saya tidak hairan akan ada mana-mana orang Islam di mana-mana negara Islam yang akan membuat protes dan membakar tayar bagi menunjukkan rasa tidak puas hati dengan kajian ini. Atau mengugut untuk membakar pejabat Professor Hossein Askari dan Scheherazade S. Rehman. Atau paling koman pon, mencetak hasil kajian tersebut lantas mengoyak-ngoyakkan dan memijak-mijaknya dengan penuh emosi.
Ya, mungkin ada unsur bias
pada kajian tersebut. Barangkali kajian tersebut ada kelemahannya dan fakta
yang dibentangkan tidak tepat. Boleh jadi Malaysia dan beberapa negara Islam
yang lain sepatutnya menduduki tangga yang lebih tinggi. Kamonlah, Malaysia yang
ada logo halal JAKIM dan pernah mahu mengharamkan pemakaian jeans oleh golongan
pengkid, takkanlah duduk di tangga tiga puluh tiga kot...??
Namun hakikatnya, jauh di
dalam sudut hati anda, anda tahu ada kebenarannya pada kajian tersebut. Ketika
masa-masa tiada orang yang memerhatikan anda, anda tersenyum seorang diri
sambil menggeleng-gelengkan kepala, terasa lucu dengan ironinya hidup di sebuah
negara yang sering mendakwa dirinya Islam dan mengamalkan Islam.
Bukan begitu?
Anda yang pernah berpeluang
menetap atau bermastatutin di luar negara, baik bekerja, belajar atau mengikuti
keluarga, pasti bersetuju, jika tidak dengan sepenuh hati pon,
sekurang-kurangnya adalah sedikit cebisan hati itu dengan kajian ini.
Ya, kehidupan sosial mereka
sememangnya porak peranda. Ibu-ibu muda sehari-hari melahirkan anak tanpa bapa.
Kes-kes bunuh diri akibat kechiwa dengan hidup cukup tinggi di negara ini.
Saban tahun kerajaan mereka terpaksa membelanjakan wang dalam jumlah yang besar
bagi merawat rakyat mereka yang ketagihan ar@k dan d@dah.
Namun di sebalik semua itu,
nilai-nilai kemanusiaan mereka sangat tinggi. Di sebalik keruntuhan akhlak dan
kebejatan sosial yang sedikit demi sedikit sedang memamah negara mereka, mereka
punya nilai asas yang malangnya tidak dimiliki oleh kebanyakan umat Islam pada
hari ini.
Mereka menjaga warga tua
mereka dengan penuh amanah.
Bandar-bandar mereka
bersih, tanpa bekas polisterin buat bungkus mee goreng mamak dan pembalut Nini
Cokelat Celup yang menyakitkan mata.
Pemandu-pemandu mereka amat
menghormati pejalan kali. Dan pada mereka, merah itu tanda berhenti.
Betul-betul berhenti.
Tandas mereka bersih dan
'menyelerakan.'
Mereka tidak lokek dengan
senyuman dan mesra memulakan perbualan meski dengan orang yang tidak
dikenali.
Mereka amanah. Sekiranya
anda tercicir dompet di Jepun misalnya, anda boleh menemukannya semula di
tempatnya yang asal hatta lapan sembilan jam selepas itu.
Mereka amat menghormati dan
menepati masa. Tiada istilah janji Irish atau janji Francais dalam hidup
mereka.
Bila-bila masa sahaja anda
boleh mengkritik dan menegur pemimpin, tanpa perlu rasa khuatir anda akan dibom
atau keluarga anda akan diculik, diikat dan dicampakkan ke dalam kolam ikan
piranha.
Anda akan dilayan dengan
adil dan saksama, sama rata oleh kerajaan anda meskipon trang tang tang anda
mengundi parti pembangkang pada pilihanraya yang lepas.
Ya benar, bukan semuanya
begitu. Tapi kebanyakannya.
"Aku jumpa Islam di
Eropah, tanpa Muslim. Di sini (Mesir), aku jumpa ramai Muslim tanpa
Islam."
Maka saya terpaksa
bersetuju dengan kata-kata keramat yang pernah diungkapkan oleh Syaikh Muhammad
Abduh itu.
"Jika kamu sebut
demikian, sesungguhnya pada mereka (orang Rom) ada empat ciri yang baik.
Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; mereka
paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; paling cepat menyerang balas
musuh. Keempat; mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang
lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka
golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja."
Hari ini kita menjadi saksi
kepada kata-kata 'Amr ibn al-'As r.a. ini. Orang-orang Rom yang dimaksudkan itu
adalah bangsa Eropah pada hari ini. Betapa nilai-nilai yang ada pada mereka
hari ini menjadikan mereka maju dan kuat.
Lihat pula pada
negara-negara yang kononnya Islam itu. Adoi. Tengok tu, belum apa-apa lagi dah
adoi dulu. Eh.
Di Mesir dan Syria kita
lihat bagaimana pemimpin mereka menyembelih rakyat sendiri tanpa rasa malu dan
sesal di hati.
Di Sudan dan Somalia,
perang saudara sejak sekian lama seperti tidak jumpa akan titik noktahnya.
Di Arab Saudi, secara
praktikalnya negaranya dipimpin oleh sebuah keluarga sahaja. Ya, sebuah
keluarga yang korup dan punya banyak rekod buruk dalam pelbagai isu.
Di Emiriyah Arab Bersatu,
Kuwait, Qatar dan Bahrain, kekayaan mereka melimpah ruah, tapi langsung tidak
peduli pada jiran-jiran mereka Palestin, Iraq dan Syria yang bergejolak.
Di Pakistan dan Bangladesh,
krisis kepemimpinan sejak sekian lama terus membuatkan rakyat menjadi mangsa.
Di Malaysia dan Indonesia,
rasuah dan korupsi itu seperti perkara normal buat borak-borak di kedai kopi.
Di Brunei... Ok lah
baru-baru ini Sultannya mahu melaksanakan syariat Islam di negara itu
sepenuhnya. Kita doakan agar semuanya berjalan lancar, biidznillah.
Dan semua ini, belum lagi
kita lihat pada aspek-aspek kemanusiaan yang lainnya; kebersihannya, amanahnya,
ketepatan waktunya, budi pekertinya, sikap kepenggunaannya, akhlak di jalan
rayanya dan senarainya berterusan.
Bagaimana? Anda sudah mula nampak permainannya...?
Sampai bila umat Islam haru
menderita, terbelenggu dek kejahilan dan kezaliman diri sendiri? [Kredit]
|
Ya hakikatnya memang pahit. Fakta yang terbentang di hapadan mata sememangnya tidak busuk dan tidak lazat untuk dikunyah, apatah lagi ditelan.
Orang-orang bukan Islam,
mereka semakin maju dan hebat apabila mereka semakin jauh daripada agama
mereka, kerana agama mereka yang sudah tercemar dengan tangan-tangan manusia
itu bersifat korup dan menindas. Lantas, apabila mereka mengasingkan agama
daripada kehidupan mereka (sekular), mereka bebas daripada cengkaman pihak
agamawan yang zalim.
Sedangkan kita, umat Islam,
mundur dan miskin apabila kita menjauhkan diri daripada ad-deen ini, kerana
agama ini sifatnya sempurna, lengkap dan melengkapkan. Tiada apa yang kurang
padanya. Lantas, apabila kita mengasingkan kehidupan kita sehari-hari daripada
al-Quran dan sunnah, dua sumber yang sepatutnya apabila dipegang tidak akan
membuatkan kita sesat buat selamanya, maka kita tercengkan oleh kezaliman diri
kita sendiri.
Aduhai.
Ya, kita mungkin tidak
makan babi dan minum @rak. Kita mungkin tidak berzina dan memakai b1kini ke
pantai. Kita mungkin ke masjid mendengar ceramah-ceramah agama dan bila cukup
duit, bayar zakat dan pergi menunaikan haji.
Namun malangnya, itulah
kita. Islam pada kulitnya sahaja. Intinya? Isinya? Kosong... Kosong.. Bak kata
Najwa Latif. Err.
"Wahai orang-orang
beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan!"
[al-Baqarah,
2:208]
Ia adalah suatu arahan.
Suatu perintah dan suruhan. Betapa kita, umat Islam, orang-orang yang beriman,
hendaklah beriman dengan manhaj Islam itu sepenuhnya. Bukan hanya pada
aspek-aspek tertentu. Bukan secara juz'iyyah. Tetapi kesemuanya.
Kerana Islam itu adalah
sistem yang menguruskan kehidupan. Islam itu adalah cara hidup yang mencakupi
segala aspek dan sisi dalam kehidupan kita sebagai hambaNya. Dan kerana Islam
itu adalah manhaj yang sempurna, ditulis dan dirangka oleh Tuhan yang pastinya
Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umat manusia.
Sehingga itu, sehingga umat
Islam tidak kembali berpegang kepada al-Quran dan sunnah, tidak benar-benar
mengamalkan apa yang diajar oleh Islam dan Rasulullah SAW, kita akan terus
mundur dan miskin, terus-menerus ditindas dan dipijak oleh musuh-musuh kita.
Musuh-musuh yang jauh lebih
Islam daripada kita.
-gabbana-
Ahad, 4 Mei 2014
Khasiat madu lebah kelulut
Bagaimanapun, teknologi penternakan lebah kelulut yang diperkenalkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya meningkatkan pengeluaran madu spesies lebah tersebut.
Kelulut merupakan antara spesies lebah yang tidak menyengat, menjadikan serangga tersebut mudah dikendalikan berbanding lebah madu biasa.
Hal demikian turut diakui pengusaha madu kelulut, Trigona Bee, Norlezah Baharom yang berjaya
menternak lebah kelulut untuk mendapatkan madu serta propolis serangga tersebut.
Jelasnya, madu serta propolis lebah kelulut memiliki khasiat yang lebih baik berbanding lebah biasa.
"Sebelum ini saya mengusahakan ternakan lebah madu, namun setelah mendapati khasiat madu kelulut lebih baik maka saya bertukar kepada penternakan lebah jenis ini.
"Hasil daripada kerjasama, teknologi serta khidmat nasihat MARDI saya mampu memperolehi hampir dua kilogram (kg) madu daripada satu-satu koloni lebah kelulut," katanya.
Ujar Norlezah, jika menggunakan kaedah biasa adalah amat sukar untuk memperolehi madu kelulut sebanyak itu.
Norlezah mula berjinak-jinak dengan perusahaan madu kelulut hanyalah sebagai hobi. Namun setelah menerima permintaan yang tinggi dari kalangan ahli keluarga serta rakan-rakan akhirnya beliau mula mengusahakan madu lebah kelulut dengan lebih serius.
Berbekalkan pengalaman menternak lebah madu juga sebagai hobi sejak tahun 1997, akhirnya pada tahun 2005 Norlezah mendaftarkan perniagaannya menerusi bantuan serta khidmat nasihat MARDI.
Kini, permintaan madu lebah kelulut yang diternak olehnya mampu mencecah 100 botol sebulan menjadikan Norlezah tidak 'menang tangan'.
Bercerita mengenai lebah kelulut, katanya menerusi maklumat yang diperoleh daripada MARDI, sehingga kini hampir 33 spesies serangga tersebut telah dikenal pasti terdapat di Malaysia.
Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia.
Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi.
Antara negara yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies), Taiwan (1 spesies) dan di Malaysia.
Lebah kelulut memiliki koloni yang besar dengan organisasi sosial yang sangat kompleks berbanding dengan lebah madu.
Senibina sarang lebah kelulut juga berbeza-beza mengikut spesies tertentu di mana ada sesetengahnya suka bersarang di dalam tanah, di dalam kayu sehinggalah di celah-celah belahan batu.
Sikap tersebut menunjukkan bahawa lebah kelulut memiliki perilaku yang kompleks menjadikan serangga tersebut sukar untuk diternak.
Malah, artikel ilmiah mahupun kajian mengenai lebah kelulut jarang ditemui kerana masih ramai yang tidak berminat untuk mengkajinya.
Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.
Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik.
Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.
Bahan tersebut juga berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.
Jelas Norlezah, kesedaran masyarakat mengenai kebaikan madu kelulut telah menyebabkan permintaan terhadapnya meningkat naik.
"Jika di peringkat awal masyarakat masih kurang tertarik kerana produk ini juga kurang di pasaran.
"Kini, permintaan madu kelulut diterima dari seluruh negara malah tidak ketinggalan pengguna dari luar negara seperti Timur Tengah," katanya.
Selain menghasilkan madu, lebah kelulut juga turut digunakan untuk meningkatkan hasil produk pertanian berasaskan buah kerana lebah kelulut merupakan agen pendebungaan utama kepada tumbuh-tumbuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan