Ahad, 8 Jun 2014

KERANA CINTAKAN DUNIA....CINTAKAN KEMEWAHAN.....BERTUHANKAN WANG....TAKUT MISKIN....TAKUTKAN MATI....LUPA AKAN HARI AKHIRAT

Sunday, 8 June 2014


PENDAPAT PAKAR EKONOMI MENGENAI PELAKSANAAN GST DINEGARA INI MULAI TAHUN HADAPAN YANG TIDAK DIGEMARI OLEH MACAI-MACAI UMNO.



Pakar ekonomi tidak menafikan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015 bakal mengakibatkan kenaikan kadar inflasi negara dan secara tidak langsung menyebabkan kenaikan harga barangan.

Ketua Penyelidikan Ekonomi, Maybank Investment Bank, Suhaimi Ilias berkata, kenaikan juga bakal berlaku pada sektor makanan dan minuman.

“Sebagai contoh, difahamkan ketika ini terdapat kurang 5,000 restoran di seluruh negara mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) iaitu sebanyak enam peratus. Bagaimanapun sebaik GST dilaksanakan bilangan restoran yang mengenakan cukai GST dijangka meningkat kepada 15,000.

“Begitu juga dengan kenaikan harga barangan.  Sebagai contoh, buat masa ini terdapat 40 peratus jenis barangan dan perkhidmatan di senaraikan di bawah Indeks Harga Pengguna (IHP).

Jumlah peratusan ini dijangka meningkat sehingga 70 peratus sebaik GST dilaksanakan.

“Ini bermakna lebih banyak barangan dan perkhidmatan dikenakan GST. Mahu atau tidak harga barangan akan naik dan pengguna tetap perlu membayarnya (cukai) ,” katanya kepada Sinar Harian.

IHP merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi. IHP mengukur harga purata barang-barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh isi rumah pada tempoh masa yang ditetapkan.

Menurut Suhaimi, masalah kenaikan harga adalah perkara biasa dalam konteks negara yang mengamalkannya, di mana kadar inflasi akan meningkat pada tempoh tahun GST diperkenalkan.

“Dalam situasi ini, amat penting kerajaan memantau dan melakukan penguatkuasaan terhadap peniaga yang menaikkan harga keterlaluan demi mengaut keuntungan berlebihan dengan menggunakan alasan GST.

“Ia salah dan tidak betul kerana setiap pengeluar, pemborong, pembekal dan peruncit boleh membuat tuntutan dalam bentuk cukai kepada kerajaan. Jadi tidak timbul isu pembekal perlu menaikkan harga barangan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan turut mengambil langkah membantu golongan berpendapatan rendah dengan memberi pengecualian kepada sektor-sektor tertentu seperti pendidikan, kesihatan dan perumahan. Selain pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Adakah kita tahu tujuan kita di hidupkan di bumi?
LikeLike · ·

 Pemuda PAS Malaysia Bantah Tindakan Tatatertib
Posted on Sunday, June 08 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) tidak bersetuju dengan tindakan keterlaluan pihak Universiti Malaysia Sabah Labuan (UMSKAL) yang mengambil tindakan tatatertib terhadap beberapa orang mahasiswanya baru-baru ini.

Sekumpulan mahasiswa UMSKAL telah mengadakan himpunan aman pada 21 Februari 2014 di hadapan bangunan pentadbiran kerana membantah keputusan pihak universiti yang mengambil semula pengurusan sebuah kedai di kampus.

Daripada maklumat yang kami perolehi, mereka telah mengusahakan kedai (G-Shop) tersebut selama enam tahun. Kedai tersebut telah dibina pada tahun 2008 dengan tujuan untuk memberikan peluang untuk mahasiswa berniaga. Namun, pihak universiti telah mengeluarkan notis untuk mengosongkan premis dan dikatakan untuk memberi tender kepada pihak luar.

Pihak mahasiswa terbabit telah terlebih dahulu mengambil tindakan diplomasi untuk berunding namun tidak diendahkan. Maka, mereka terpaksa untuk berhimpun dan memberikan memorandum kepada pihak universiti.

DPPM mengecam tindakan pihak universiti yang mengambil tindakan keterlaluan dengan menggantung pengajian 3 mahasiswa pelajar semester akhir, 8 orang telah dibuang kolej kediaman manakala 5 orang lagi masih dalam siasatan.

DPPM turut menggesa pihak UMSKAL tampil memberikan penjelasan terperinci berhubung kes berkenaan. Mengapa pihak universiti ingin mengambil alih kedai mahasiswa berkenaan dan adakah pihak universiti telah menutup pintu rundingan bersama mahasiswa sebelum ini?

Kami menyarankan pihak universiti menyemak semula hukuman berkenaan dan kembali berunding terlebih dahulu untuk mewujudkan situasi menang-menang antara dua pihak. Diharapkan pihak pentadbiran universiti dapat membuat keputusan yang lebih rasional dan mengambil berat hak-hak mahasiswa supaya ia dapat dilayan dengan lebih adil.


Yang Benar,  

Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin,
Naib Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia



......
http://tkobloglist.blogspot.com


  "Speed Bump" untuk Mengawal Kelajuan Kenderaan DI Zone Persekolahan dan Tempat Ibadat
Posted on Sunday, June 08 @ 11:50:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Kawasan Persekolahan dan Tempat Ibadat Perlu ada “Speed Bump”



MIRI - Sekolah Rendah Kerajaan Sayed Othman adalah salah sebuah sekolah yang bersejarah di Miri dibina pada tahun 1951 dan telah siap pembinaannya pada awal tahun 1962.  Sekolah ini yang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Syed Othman hanya seberang jalan ke Masjid At Taqwa Miri.

Kawasan persekolahan tersebut adalah laluan kenderaan yang bergerak dari pusat membeli-belah yang berdekatan amat merbahaya kepada kanak-kanak sekolah yang melintas jalan tersebut dan juga kepada pejalan kaki yang hendak menyeberang ke masjid.
Untuk mengelak kenderaan bergerak laju, pihak berkuasa perlu membina  'Speed bump ` atau kelajuan benjolan untuk mengawal kelajuan kenderaan dalam kawasan tersebut.
Walaupun ada perkataan perlahan atau “SLOW” pada jalur kuning atas jalanraya tersebut ianya kurang berkesan kerana ada ketikanya penunggang motosikal atau pemandu kenderaan memandu laju ketika waktu malam seolah-olah mereka sedang berlumba.
Banyak kemalangan berlaku di jalan tersebut akibat pemandu yang cuai serta tidak mengindahkan tanda amaran lalulintas di kawasan sekolah tersebut.
Pernah berlaku kepada salah seorang penunggang motosikal, yang dikenali sebagai Pakcik Diah yang beliau pernah dilanggar oleh sebuah kenderaan ketika beliau hendak masuk ke simpang masjid Miri.
Kenderaan yang bergerak laju itu melanggar bahu beliau tapi nasib baik dia hanya mendapat kecederaan ringan akibat terjatuh dari motosikalnya.
Sepatutnya kawasan sekolah adalah kawasan larangan memandu laju, tetapi oleh kerana sikap sesetengah pemandu yang tidak bertimbang rasa, mereka memandu laju dalam kawasan persekolahan tanpa menghirau keselamatan kanak-kanak sekolah dan pejalan kaki yang menyeberangi jalan itu.
Kita sarankan agar pihak berkuasa segera membina ‘Speed Bump’ dalam kawasan tersebut untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku kepada anak-anak sekolah serta pejalan kaki yang menggunakan jalan itu.
Kita mengesa agar pihak berkuasa dan pihak keselamatan lalu lintas terus memantau dan mengawasi sikap para pemandu yang tidak bertanggungjawab terutama sekali di kawasan persekolahan. Tindakan tegas perlu diambil keatas pemandu yang cuai dan memandu laju dalam kawasan persekolahan dan juga tempat ibadat.
Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
http://pas-miri.blogspot.com



Kenapa orang kita mudah ditipu jutaan RM tapi sukar menderma jutaan RM?
Posted on Sunday, June 08 @ 11:46:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Semalam ketika berbual dengan rakan saya di majlis akikah seorang rakan, saya beritahu pada dia kita tidak boleh mengharapkan derma semasa ceramah seseorang tokoh yang terkenal untuk buat sesuatu projek kebajikan. Niat kita untuk sesuatu program itu perlu jelas, nak orang ramai datang dengar ceramah agar dapat hidayah dan rapatkan ukhuwwah, atau nak orang yang ramai datang hulurkan derma atau sumbangan?

Secara berseloroh saya mengatakan kita perlu belajar dari penjenayah, penyangak skim cepat kaya bagaimana mereka boleh meyakinkan orang ramai untuk melabur dalam skim mereka, sedangkan kita umat Islam, yang yakin syurga itu ada, neraka itu ada, setiap pelaburan akan mendapat hasil yang beratus kali ganda atau mungkin berbillion kali ganda di dunia dan akhirat tidak dapat meyakinkan orang ramai untuk menghulurkan derma untuk tujuan kebajikan, membantu keluarga daif, membantu pelajar yang memerlukan belanja yang besar untuk masuk IPT, membantu membangunkan surau, masjid, sekolah tahfiz dan rumah kebajikan?

Setiap hari pasti ada orang yang pencen, ada orang bersara, orang yang keluarkan wang KWSP dan sebagainya.

Salahkan diri kita sendiri yang tidak pandai meyakinkan umat Islam untuk berderma, bersedekah, berwaqaf jutaan ringgit.

Malulah kita dengan penjenayah yang berjaya meyakinkan orang ramai untuk melabur dalam pelaburan yang entah apa-apa, sedangkan kita ada Islam, kita ada ALLAH, kita ada Nabi Muhammad SAW tetapi tidak dapat meyakinkan orang ramai akan keindahan Islam itu, ketenangan Islam itu.
Yang peliknya kadang-kadang ada orang bukan Islam yang derma kepada sekolah tahfiz, surau dan masjid kerana orang bukan Islam tadi yakin dengan berbuat demikian perniagaan mereka akan semakin maju.

"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Sunday, June 08 @ 11:46:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 
 Bayi Lelaki Ditemui Dalam Kotak Air Mineral
Posted on Saturday, June 07 @ 23:30:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol





BACHOK: Seorang bayi lelaki dipercayai berusia kira-kira seminggu ditemui dalam sebuah kotak air mineral yang ditinggalkan di depan rumah kedai di Kampung Gajah Mati, Tawang di sini, hari ini.

Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok, ASP Azmi Mokhtar, berkata bayi itu ditemui pemilik rumah kedai berkenaan, Seman Salleh, 68, dan isterinya, Zuraini Abdul Wahab, 43.
“Ketika dijumpai pada kira-kira 5.30 pagi, bayi dengan tali pusat yang belum tertanggal itu sedang menangis sebelum dibawa masuk ke dalam rumah,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, bayi itu dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk pemeriksaan serta tindakan lanjut dan polis akan membuat semakan dengan klinik kesihatan di kawasan Bachok untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab meninggalkan bayi berkenaan.
Sementara itu, Seman berkata ketika ditemui bayi berkenaan menangis tidak henti-henti sebelum diberikan susu oleh isterinya.
“Apabila diberikan susu, dalam dua minit dia terus senyap. Ketika dijumpai, dia dalam keadaan menangis, muka ditutup dan dibungkus dengan tuala dalam kotak air mineral,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Tawang berhubung penemuan itu. – BERNAMA

Tiada ulasan: