Tuesday, 10 June 2014
( 6 FOTO ) RUMAH PENDUDUK KG CHUBADAK TAMBAHAN, SENTUL, KL YANG SELAMA INI AMAT SETIA DENGAN UMNO KENA ROBOH OLEH DBKL.
MALAPETAKA BUAT RAKYAT!!!!!!
Pagi semalam, dua buah rumah penduduk Kg Chubadak Tambahan dirobohkan melalui operasi DBKL.
Dikhabarkan ada 50 keluarga di sana dan mendapat info Khamis ini lebih banyak rumah akan menyembah bumi sedangkan kes masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, tetapi pihak DBKL tetap berkeras merobohkannya dengan menguna bulldozer tanpa memikirkan nasib rakyat yang selama ini begitu setia kepada UMNO.
4 Gambar Enjin Preve Tercampak Keluar
Posted by katak on June 10th, 2014
4 Gambar Enjin Preve Tercampak Keluar | Seorang pemilik Proton Preve yang sedang bercakap melalui telefon ketika memandu dalam kelajuan tinggi telah terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan.
Dan yang peliknya, enjin Proton Preve telah tercampak keluar tetapi keadaan pemandu tersebut selamat.
Sebelum ini kita pernah melihat enjin kereta model yang sama pernah tercabut dari casisnya pada tahun lalu. Ianya direka untuk tujuan keselamatan yang melindungi pemandu dan penumpang di bahagian hadapan.
Namun ada suara sumbang mempertikaikan perkara itu kononnya tidak mencapai piawaian standard kereta antarabangsa dan sekali gus tidak setanding dengan harga jualannya di pasaran tempatan.
Rata-rata yang mempertikaikan itu adalah pengguna Facebook berbangsa cina. (Ini realiti bukannya racist!)
Yang menjadi persoalan penulis ialah, mengapa insiden enjin tercabut dari kereta model baru Proton ini dianggap tidak bagus?
Persoalannya mengapa anda tidak bekerja di Proton kalau rasa anda boleh menyumbangkan lebih banyak idea & tenaga dari menjadi ‘keyboard warrior’ di Facebook?
Agak celakanya pemikiran bangsa ini. Tidak hairanlah negara lambat maju dengan adanya golongan manusia seperti ini di negara kita.
p/s: agaknya mereka ini lebih rela mati tersepit bersama dengan enjin kereta.
Caj Langganan Internet Di Malaysia, Mahal Tapi Lembab, Apa Kata Anda?
Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) pernah menemplak tahap perkhidmatan internet
di Malaysia sangat mahal tidak berpadanan dengan servis yang kualiti
yang ditawarkan kepada pengguna di Malaysia seperti anda, anda di sini.
Setuju atau tidak?
Nampaknya
penyedia Internet terus mengambil kesempatan melihatkan realiti hari
ini yang mana industri mudah alih yang semakin meluas, pengguna media
sosial yang meningkat dan pelaksanaan urusniaga elektronik (e-dagang)
yang semakin melonjak tinggi statistiknya tetapi malangnya harga caj
langgan Internet di Malaysia terus menekan pengguna tidak berpadanan
dengan servis yang mereka nikmati.
Caj Internet di Malaysia 1 Mpbs VS Singapore 150Mpbs (RM119)
Realitinya
jikalau dibandingkan dengan negara luar, harga caj langganan Internet
di malaysia adalah 5-10 kali ganda lebih mahal berbanding negara-negara
maju seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura turut menawarkan
kadar harga internet dan jalur lebar lebih rendah berbanding Malaysia.
Malah yang
menyedihkan lagi melalui kajian global oleh Ookla yang dilakukan
terhadap 192 buah negara mendapati kelajuan purata jaur lebar di
Malaysia lebih perlahan daripada Kemboja dan Vietnam dan Myanmar pula
semakin lama berusaha untuk mengatasi Malaysia ketika ini.
Apa kata anda pula dengan tahap perkhidmatan dan servis penyedia Internet di Malaysia kepada anda ketika ini? Berpuas hati?
Sumber : Berita Semasa
Hidup ini berlopak-lopak. Raja
ada lopaknya dan rakyat ada lopaknya sendiri. Jaga lopak masing-masing.
GEORGETOWN - Sebuah keluarga Cina terkejut apabila dimaklumkan ahli
keluarga mereka yang meninggal dunia sebenarnya sudah memeluk agama
Islam.
Hal itu terbongkar apabila wanita mualaf itu, meninggal Sabtu lalu dan keluarganya mahu mengebumikan mayatnya mengikut ajaran Taoist.
Sepupu si mati berkata, mayat Teoh Cheng Cheng, 38, sepatutnya dihantar ke tapak pengebumian pada jam 4 petang tadi namun terbantut apabila seorang pegawai polis tampil memaklumkan bahawa mangsa beragama Islam.
"Polis memaklumkan bahawa kami tidak dibenarkan meneruskan upacara itu kerana sepupu saya sudah memeluk Islam selepas berkahwin dengan seorang lelaki Melayu.
"Kami ada meminta pegawai polis itu menunjukkan dokumen pengesahan bahawa Cheng Cheng memeluk Islam namun gagal.
Bagaimanapun, kemudian datang pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menyatakan perkara sama," katanya ketika ditemui di Flat Pelangi, Lebuh Macallum, hari ini.
Buntu dengan keadaan yang mengejutkan itu, keluarga berkenaan kemudiannya meminta bantuan Adun Pengkalan Kota, Lau Keng Ee bagi menyemak perkara itu dengan JHEAIPP.
"Hasil semakan, JHEAIPP mengesahkan sepupu saya memeluk Islam ketika berusia 20 tahun iaitu 18 tahun lalu tanpa pengetahuan keluarga.
"Dia dipercayai bercinta dengan seorang lelaki Melayu ketika berusia 19 tahun sebelum mengambil keputusan berkahwin setahun kemudian dan memeluk Islam dengan nama Nora Teoh Abdullah," katanya.
Sementara itu, Pengarah JHEAIPP, Datuk Sazali Hussein berkata, mengikut rekod JHEAIPP, wanita itu memeluk agama Islam pada 1997.
"Kita sedang dalam proses mendapatkan perintah Mahkamah Syariah untuk menguruskan jenazah wanita itu mengikut hukum Islam dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk sementara waktu.
"JHEAIPP melakukan yang terbaik dalam rundingan dan memberi penjelasan kepada ahli keluarga wanita berkenaan. Memang ada bantahan, kita sedang melakukan yang terbaik kerana ada bukti dan rekodnya seorang Islam," katanya.
ROMPIN – Masyarakat Orang Asli yang memeluk Islam akan terus diberi
pendedahan dan ilmu berkaitan perkara wajib, sunat dan haram dalam usaha
meningkatkan tahap kefahaman mereka berkaitan Islam.
Penggerak Masyarakat Orang Asli dari Kampung Sembayan, Ab Majid Seman, 47, berkata, program yang menghimpunkan saudara baharu bermanfaat bukan sahaja bagi menambah ilmu agama malah dapat mengeratkan silaturahim sesama saudara baharu.
“Diharap peserta dapat berkongsi dan menyampaikan ilmu yang diperoleh melalui program ini dengan saudara baharu yang lain,” katanya ketika ditemui pada Kursus Peningkatan Fardu Ain Bagi Saudara Baharu Peringkat Rompin.
Kursus yang diadakan selama dua hari di Kompleks Sukan Air Pantai Bernas itu dihadiri kira-kira 50 saudara baharu dari beberapa perkampungan Orang Asli sekitar Kuala Rompin.
Kadi Daerah Rompin, Adnan Mamat berkata, pelbagai pengisian program dalam sesi berdakwah digunakan seperti ziarah dan kelas mingguan, bagaimanapun kursus kali ini dilihat lebih relevan sekali gus mencapai matlamat yang disasarkan.
“Peserta sangat komited dan prihatin mempelajari Islam dengan lebih mendalam sehingga ramai yang sanggup membawa anak-anak bersama untuk menghadiri kursus,” katanya.
09 June 2014
Jaga lopak masing-masing, Sultan jaga lopaknya, rakyat jaga lopak mereka
Jika lulus rang undang-undang
Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) di Dewan Undangan Negeri Johor hari
ini, ia merupakan satu-satunya negeri dalam mana Sultan mempunyai kuasa keatas
pentadbiran eksekutif kerajaan. Tuanku Sultan boleh dan berkuasa menentukan
siapa yang mengetuai Lembaga itu dan serba-serbi yang lain seperti menentukan
elaun dan gaji sara hidup mereka yang dilantik Sultan bagi lembaga tersebut.
Walaupun Menteri Besar nya
menyatakan yang Sultan akan bertindak mengikut nasihat Menteri Besar tetapi itu
merupakan alasan awal semata-mata untuk meluluskan rang undang-undang itu tanpa
halangan. Tetapi pada asasnya ia merupakan satu kuasa besar eksekutif yang
diberikan kepada Sultan Johor untuk menentukan serba serbinya. Banyak
sebab-sebabnya kenapa perkara seperti ini boleh berlaku.
Salah satunya ialah kerana negeri
Johor sedang berkembang pesat dalam pembangunan hartanah dan itulah penyebab
utamanya kenapa Sultan inginkan kuasa eksekutif itu kerana sudah menjadi
pengetahuan umum yang Sultan Johor sangat berminat untuk berniaga.
Kuasa eksekutif yang ada kepada
Sultan itu akan merencatkan pentadbiran sebuah kerajaan negeri Raja Berpelembagaan dan tidak salah jika kita
rumuskan yang ia akan menjadi isu besar kepada negeri Johor dan negara amnya.
Dalam pada dunia sedang
mengurangkan kuasa seseorang raja itu, negeri Johor telah mengambil sikap
terbalik dan menambah kuasa raja lebih-lebih lagi dalam pengendalian hartanah
negeri itu.
Dulunya raja-raja dalam negeri
mempunyai kuasa mutlak dalam semua hal pentadbiran negar-negeri jajahan mereka,
tetapi kuasa mereka talah dihapuskan pada tahun 1946 dahulu oleh British dengan
penubuhan Malayan Union (MU). Raja-Raja Melayu hanya diletakkan setaraf penghulu
sahaja di bekas negeri-negeri yang di serahkan kepada British dalam Malayan
Union itu.
British mahukan semua
negeri-negeri di Semenanjung menjadi hanya sebuah negeri ‘unitary’ yang tiada
lagi sempadan di antara negeri-negeri dalam Semenanjung ini dan memilih Kuala Lumpur sebagai Pusat Pentadbirannya. Semua Raja-Raja Melayu telah menandatangani penyerahan
negeri-negeri masing-masing dan sejarahnya Sultan Johor semasa itu merupakan
Raja Melayu yang pertama sekali menyerahkan kuasa mereka kepada British.
Tetapi Raja-Raja Melayu telah
disematkan oleh UMNO (UMNO Asal) yang baru ditubuhkan semasa itu dan memaksa
British menyerahkan kembali negeri-negri di Semanjung itu kepada semua Raja-Raja
Melayu. Briitish terpaksa menyerah kalah dan memberikan kembali kuasa yang
mereka ambil bagi Malayan Union itu kepada Raja-Raja Melayu.
Maka Malayan Union telah
digantikan dengan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan kesemua negeri-negeri
dalam Semananjung ini bersetuju untuk menjadikan mereka ahli kepada satu negara
Persekutuan dan tidak lagi sebagai sebuah negara 'unitary' seperti Malayan Union
itu tadi. Perjanjian Persekutuan itu ditandatangani oleh kesemua negeri-negeri
dalam Semenanjung ini termasuk dua buah negeri selat Melaka dan Pulau Pinang
bersama-sama berada dalam Persekutuan itu.
Sejak dari itu setiap negeri mempunyai
legislatif nya sendiri dan semua kuasa eksekutif diberikan kepada pentadbir dan
pelaksana dan selama sebelum kita mencapai kemerdekaan Menteri Besar dilantik
oleh British dan setiap negeri mengadakan pilihanraya tempatan untuk dihantar
ke Dewan Legislatif negeri masing-masing. Raja-Raja Melayu yang berjaya
mendapatkan negeri-negeri masing-masing hanya ditinggalkan dengan kuasa yabg
berkaitan dengan agama, adat istiadat dan beberapa fungsi lain dan
menjadi lambang kepada kedaulatan negeri-negeri tersebut.
Tetapi jika Johor memberikan
kuasa eksekutif kepada Raja atau Sultannya, maka ia merupakan tindakan yang
menghampiri kuasa Raja seperti sebelum Malayan Union dahulu ditubuhkan.
Persoalannya sekarang, siapakah
yang menyebabkan rang undang-undang seperti ini cuba dibentangkan di Dewan
Legislatif negeri tersebut. Adakah Menteri Besar, Khalid, sendiri yang memulakan
cadangan rang undang-undang ini, atau ia adalah initiatif pimpinan pusat.
Rakyat tahu yang pembangunan hartanah di negeri Johor merupakan bidang yang
sangat berpotensi sekarang ini. Jika Sultan mempunyai kesempatan untuk berniaga
dengan rang undang-undang ini, ia akan menambah kebarangkalian seorang Sultan
itu akan sibuk berniaga.
Yang membimbangkan kita ialah
kita takut jika dengan kelulusan rang undang-undang ini akan memutikkan rasa
kurang senang setengah rakyat terhadap Raja Melayu ini. Oleh yang demikian,
kita mengharapkan agar Raja-Raja Melayu sendiri memahami keadaan hari ini dan
bersama-sama menjaga keluhuran dan kedudukan Raja-Raja tanpa dipersoalkan oleh
rakyat yang dibawah jajahan Raja-Raja ini.
Rang undang-undang ini jika
diteruskan juga, yang pastinya ia akan menjejaskan persepsi rakyat terhadap
Sultan Johor kerana rakyat lebih menumpukan kepada apa yang tersirat dalam
pembentangan rang undang-undang ini dan bukannya terhadap apa yang tersurat.
Bagi saya Raja Melayu khususnya
Sultan Johor, kekalkan kedudukan dan fungsi Raja itu seperti yang ada pada hari
ini. Tidak payah ditokok dan ditambah dan jangan pula dikurang dan dikecilkan
dari apa yang ada pada hari ini.
Dalam isu ini rakyat memerlukan
‘understanding’ Sultan itu sendiri. Biarlah Raja itu menahan ragam rakyat dan
bukannya rakyat yang menaham ragam Raja-Raja ini. Sesungguhnya seorang Sultan
itu tidak perlu berniaga dan aktif dalam pengurusan perniagaan.
Wanita mualaf hampir dikebumikan cara bukan Islam
- Keranda yang menempatkan mayat Cheng Cheng dibawa ke Unit Forensik HPP sementara menunggu semua urusan selesai.
Hal itu terbongkar apabila wanita mualaf itu, meninggal Sabtu lalu dan keluarganya mahu mengebumikan mayatnya mengikut ajaran Taoist.
Sepupu si mati berkata, mayat Teoh Cheng Cheng, 38, sepatutnya dihantar ke tapak pengebumian pada jam 4 petang tadi namun terbantut apabila seorang pegawai polis tampil memaklumkan bahawa mangsa beragama Islam.
"Polis memaklumkan bahawa kami tidak dibenarkan meneruskan upacara itu kerana sepupu saya sudah memeluk Islam selepas berkahwin dengan seorang lelaki Melayu.
"Kami ada meminta pegawai polis itu menunjukkan dokumen pengesahan bahawa Cheng Cheng memeluk Islam namun gagal.
Bagaimanapun, kemudian datang pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menyatakan perkara sama," katanya ketika ditemui di Flat Pelangi, Lebuh Macallum, hari ini.
Buntu dengan keadaan yang mengejutkan itu, keluarga berkenaan kemudiannya meminta bantuan Adun Pengkalan Kota, Lau Keng Ee bagi menyemak perkara itu dengan JHEAIPP.
"Hasil semakan, JHEAIPP mengesahkan sepupu saya memeluk Islam ketika berusia 20 tahun iaitu 18 tahun lalu tanpa pengetahuan keluarga.
"Dia dipercayai bercinta dengan seorang lelaki Melayu ketika berusia 19 tahun sebelum mengambil keputusan berkahwin setahun kemudian dan memeluk Islam dengan nama Nora Teoh Abdullah," katanya.
Sementara itu, Pengarah JHEAIPP, Datuk Sazali Hussein berkata, mengikut rekod JHEAIPP, wanita itu memeluk agama Islam pada 1997.
"Kita sedang dalam proses mendapatkan perintah Mahkamah Syariah untuk menguruskan jenazah wanita itu mengikut hukum Islam dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk sementara waktu.
"JHEAIPP melakukan yang terbaik dalam rundingan dan memberi penjelasan kepada ahli keluarga wanita berkenaan. Memang ada bantahan, kita sedang melakukan yang terbaik kerana ada bukti dan rekodnya seorang Islam," katanya.
Semakin minat mendalami Islam
- Saudara baharu dalam kalangan masyarakat Orang Asli mendengar ceramah yang disampaikan Imam II Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Mohd Fairuz Ismail.
Penggerak Masyarakat Orang Asli dari Kampung Sembayan, Ab Majid Seman, 47, berkata, program yang menghimpunkan saudara baharu bermanfaat bukan sahaja bagi menambah ilmu agama malah dapat mengeratkan silaturahim sesama saudara baharu.
“Diharap peserta dapat berkongsi dan menyampaikan ilmu yang diperoleh melalui program ini dengan saudara baharu yang lain,” katanya ketika ditemui pada Kursus Peningkatan Fardu Ain Bagi Saudara Baharu Peringkat Rompin.
Kursus yang diadakan selama dua hari di Kompleks Sukan Air Pantai Bernas itu dihadiri kira-kira 50 saudara baharu dari beberapa perkampungan Orang Asli sekitar Kuala Rompin.
Kadi Daerah Rompin, Adnan Mamat berkata, pelbagai pengisian program dalam sesi berdakwah digunakan seperti ziarah dan kelas mingguan, bagaimanapun kursus kali ini dilihat lebih relevan sekali gus mencapai matlamat yang disasarkan.
“Peserta sangat komited dan prihatin mempelajari Islam dengan lebih mendalam sehingga ramai yang sanggup membawa anak-anak bersama untuk menghadiri kursus,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan