Tuesday, 10 June 2014
(5 FOTO) PERAGUT BERJAYA DI BERKAS OLEH ORANG RAMAI YANG BERLAKU DI CHAI LENG PARK, BUTTERWORTH, PULAU PINANG.
Kes ragut di Chai Leng Park, Butterworth, Pulau Pinang petang semalam, 2 suspek berjaya ditangkap oleh orang awam .
Dikhabarkan suspek ini berasal dari Seberang Jaya, Pulau Pinang dan mempunyai rekod jenayah lampau pecah rumah.
Kini dipercayai direman untuk membolehkan pihak polis menjalankan siasatan rapi pengelibatan mereka dalam kes-kes jenayah lain. 16/11/2013
Wanita maut motosikal hilang kawalan akibat diragut
Mangsa M Shemavarthini, 26, disahkan meninggal dunia pada pukul 5.02 petang ketika sedang menerima rawatan di Hospital Slim River kerana mengalami pendarahan dalam otak akibat hentakan itu.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Supt Othman Nanyan berkata dalam kejadian pukul 4.35 petang, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dalam perjalanan ke hospital berkenaan untuk mengambil ibu saudaranya yang bekerja sebagai pencuci di situ.
Katanya dalam perjalanan itu, mangsa diekori seorang lelaki menunggang motosikal yang kemudian meragut rantai leher yang dipakai mangsa sehingga menyebabkan motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan dan terjatuh.
"Topi keledar yang dipakai mangsa telah tertanggal dan kepalanya terhentak di tebing konkrit," katanya ketika dihubungi.
Othman berkata suspek dapat meragut rantai leher emas yang merupakan 'thali' perkahwinan mangsa bernilai kira-kira RM5,000. – Bernama, 9 Februari, 2014.
Wanita Mengandung Mati Diragut
Mat rempit yang meragut seorang wanita mengandung sehingga mati di Air Hitam, Johor telah dapat ditangkap oleh polis semalam.
Mangsa ragut tersebut, Jamilah Selamat, seorang jurujual di kedai
kraftangan di pekan Ayer Hitam, meninggal dunia di Hospital Sultanah
Aminah (HSA) sedang dia mengandung 2 bulan.
Jamilah yang akan menyambut hari jadi ke-32, Isnin ini koma apabila
terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya setelah diragut dua lelaki
yang menaiki motosikal.
Mat rempit yang positif dadah tersebut dapat ditahan setelah handphone
mangsa yang dijual kepada rakannya dapat dikesan. Mat rempit tersebut
katanya mengetahui mangsanya meninggal dunia melalui akhbar. Hampeh
betul.
Mat rempit peragut tersebut diharap dikenakan hukuman yang berat sebagai pengajaran kepada peragut-peragut yang lain.
Warga emas maut diragut
Jamariah Ahir, 65, dari Kuarters JKR Jalan Tuanku Kurshiah meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan beg tangannya masih berada di sisi manakala anak perempuannya, Norain Mohd. Yusof, 23, mengalami cedera ringan.
Lebih menyedihkan beberapa ketul ayam goreng yang dibeli anaknya sebelum kejadian itu untuk dijamah bersama bertaburan di atas jalan raya.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Baharudin Mustapha berkata, mangsa yang bekerja sebagai pencuci pejabat di sebuah bank di bandar ini dipercayai bergelut dengan salah seorang daripada dua peragut yang menaiki sebuah motosikal.
"Mangsa terjatuh sewaktu insiden tarik-menarik beg tangannya. Bagaimanapun wanita itu tidak melepaskan beg dipegang sebaliknya dia terjatuh dari motosikal ditunggangi anaknya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Tambah beliau, suspek yang dipercayai menaiki motosikal jenis Modenas Kriss melarikan diri selepas melihat mangsa terjatuh dan gagal melarikan beg tangannya.
Katanya, mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat.
Utusan Malaysia difahamkan dua beranak itu yang menaiki motosikal Honda Wave diekori oleh dua penjenayah berkenaan sebaik sahaja keluar dari bank tempat dia bekerja dan mereka mengesyaki Jamariah bersama anaknya mengeluarkan wang.
Anak mangsa yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital dekat sini mengalami trauma akibat kejadian itu dan dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan susulan.
Baharudin memberitahu, kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan usaha menjejaki penjenayah berkenaan sedang dilakukan pihak polis.
WANITA NYARIS MAUT DIRAGUT DI ATAS MOTOSIKAL
5 GAMBAR WANITA NYARIS MAUT DIRAGUT DI ATAS MOTOSIKAL | BILA difikirkan,
memang patut pun peragut dibelasah oleh orang ramai atas jenayah yang
mereka lakukan.
Apa tidaknya, bukan sahaja meragut harta orang awam, tetapi turut
menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsanya sehingga boleh
mengundang kematian.
Terbaru menerusi Facebook Daily Traffic Report, dua wanita yang menaiki
motosikal cedera selepas diragut di Taman Greenwood, Gombak pagi tadi.
Salah seorang daripada mereka mengalami patah tangan dan dilihat meraung
kesakitan ketika dibantu oleh orang ramai dan pihak Jabatan Pertahanan
Awam Malaysia (JPAM), lapor Mynewshub.
Tergolek Atas Jalan Akibat Diragut
Ada di kalangan kita yang gemar ‘mempertahankan’ peragut yang dipukul oleh orang ramai atas kesalahan mereka.
Bagi mereka,
tidak wajar orang ramai meluahkan kemarahan mereka dengan cara sebegitu,
sebaliknya biar pihak polis yang menyelesaikannya.
Bagaimanapun,
tatkala melihat video yang dirakamkan menerusi kamera papan pemuka
kenderaan seorang pengguna jalan raya ini, mungkin memang ‘patut’
para peragut diberikan pengajaran sebegitu oleh orang ramai.
Apa tidaknya, betapa murahnya nyawa orang lain di mata mereka semata-mata mahu mendapat kesenangan dengan cara mudah.
Dalam rakaman
ini, mujurlah pemandu ini sempat menghentikan kenderaannya daripada
merempuh penunggang dan pembonceng sebuah motosikal yang jatuh tergolek
di atas jalan setelah dihimpit oleh motosikal peragut.
Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Dato’ Keramat pada 26 Mac lalu. Saksikan.
Gambar Amoi Cun Cedera Teruk Diragut Di Penang Megamall
Seorang wanita mengalami kecederaan teruk dibahagian kaki dalam satu kejadian ragut di Pulau Pinang hari ini.
Dalam kejadian
yang berlaku di Penang Megamall itu, wanita berbangsa cina itu diragut
oleh lelaki India sehingga menyebabkan kaki mangsa cedera teruk akibat
terseret.
Namun, lelaki
itu berjaya ditangkap dengan pengawal keselamatan bangunan dan juga
bantuan orang awam yang melihat kejadian tersebut.
Rohani Binti Abdul Hamid's photo.
Isnin, 9 Jun 2014
Proses Bihun Cap Masjid yang menjijikan..!!!!! [ 13 Gambar ]
Agak2 ada tak bihun cap masjid ni kat rumah korang.???
Kalau ada mintak tolong buang la... ayam itik pun tak lalu nak makan.
Pegawai2 JAKIM dah lama dah arwah...
Sumber FB- Aim Man
Tiada ulasan:
Catat Ulasan