Selasa, 17 Jun 2014

TAHU INI MACAM MENYALAK BUKIT....SEPATUTNYA ASKAR...POLIS....KAKITANGAN KERAJAAN DAN SWASTA....TERMASUK MENTERI2 JUGA PM DIAJAR BAB AKIDAH...FEQAH ...TA'SAUF DLL YANG BERKAITAN DALAM PENGHIDUPAN DIDUNIA DAN AKHIRAT....BUKAN HAL MEMPERTAHANKAN NEGARA SAJA...ATAU PENTADBIRAN SAJA...MEREKA NI SEMUA AKAN MATI DAN AKAN DIHIMPUNKAN DIPADANG MAHSYAR NANTI

Komando ditembak, Polis bunuh diri, Tentera merogol
Posted on Tuesday, June 17 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"Pada 15 Jun 2014 seorang anggota polis berpangkat Koperal dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dikatakan menembak diri sendiri selepas membunuh seorang pengawal keselamatan. Pada 13 Jun 2014 pula dilaporkan 6 orang anggota tentera dari Jabatan Siasatan Khas di Kem Jeti Pulau Pisang, Johor telah ditangkap berhubung kes rogol gadis berusia 14 tahun di pantai Pontian Besar. Tiga dari enam anggota tentera yang ditangkap tersebut diuji positif dadah.

Pada 30 Mei 2014 pula seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbunuh manakala dua orang awam cedera selepas seorang anggota pasukan itu secara tiba-tiba melepaskan empat das tembakan yang dipercayai untuk meleraikan satu kekecohan di hadapan kedai serbaneka 24 Jam di Pekan Lahad Datu. Negara dikejutkan lagi dengan kes penculikan di perairan Sabah pada 16 Jun 2014.

Nampaknya tembak, bunuh, bunuh diri, rogol, pengambilan dadah di kalangan anggota keselamatan kita bukan lagi kes terpencil. Sesuatu perlu dilakukan di semua peringkat, bermula dari kepimpinan tertinggi ATM dan PDRM serta KDN dan MINDEF.

Ini adalah masa yang terbaik untuk dibahaskan perkara ini di parlimen di kalangan ahli parlimen BN dan Pakatan Rakyat demi keamanan dan keselamatan negara.

Usaha Dakwah, Kaunseling dan Kebajikan di kalangan anggota ATM dan PDRM perlu diperhebatkan.
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Tuesday, June 17 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Islam Bangkit added a new photo.
9 hrs ·




Malaysia bukan negara sekular?? ... Betulke?
Posted on Tuesday, June 17 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR - Malaysia bukan negara sekular berdasarkan fakta sejarah yang menunjukkan bahawa negara ini ditubuhkan berasaskan Kerajaan Islam Kesultanan Melayu, dan Raja-Raja merupakan ketua agama Islam bagi negeri masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata,perkara itu diperkukuh dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan agama Islam adalah agama persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan di mana-mana bahagian persekutuan.

"Kedudukan ini dizahirkan lagi dengan adanya peruntukan-peruntukan lain yang menjaminnya, antaranya Fasal (4) Perkara 11 berkenaan penyekatan pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan penganut agama lain oleh undang-undang negeri atau persekutuan.

"Fasal (2) Perkara 12 mengenai hak berkenaan pendidikan, apabila sah bagi persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan institusi Islam, membantu atau mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan yang perlu," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan anggota Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew yang ingin tahu sama ada Malaysia sebuah negara sekular atau negara Islam, di Dewan Rakyat hari ini.

Jamil Khir berkata perkara itu juga diperkukuh lagi dengan Fasal (1A) Perkara 121 yang menyatakan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Ssyariah.

Katanya keadaan itu jelas berbeza dengan negara sekular yang tidak menetapkan sesuatu agama sebagai agama negara tetapi rakyatnya dibenar untuk mengamalkan agama mereka masing-masing.

Ling juga ingin tahu sama ada hukum hudud bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan adakah kerajaan pesekutuan bercadang untuk melaksanakan hukum hudud.

Jamil Khir berkata kerajaan sedia maklum berkenaan hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan undang-undang jenayah Syariah di negeri itu.

Namun katanya, sebelum melaksanakan undang-undang itu, peruntukan undang-undang sedia ada perlu diteliti terlebih dahulu bagi memastikan pelaksanaan undang-undang syariah itu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

"Dalam hal ini kerajaan sentiasa berusaha mengambil pendekatan secara bertahap bagi memastikan undang-undang jenayah Syariah dilaksanakan termasuk memperluas bidang kuasa Mahkamah Syariah, menaiktaraf sistem kehakiman Syariah dan menyemak semula kedudukan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah," katanya.

- Bernama  













Ini kerja sapa ? DAP ...? Sudah tentu BN.! Sadar lah tuan !
LikeLike · ·
LikeLike · ·

Tips bila berhadapan operasi waran tangkap trafik

http://wasiatpejuang.blogspot.com | .

TIPS BILA BERHADAPAN DENGAN OPERASI WARAN TANGKAP TRAFIK

SUATU HARI DI JALAN RAYA...
Jai (bukan nama sebenar) sedang memandu kereta dari Kota Bharu ke KL melalui Lebuh raya Pantai Timur (LPT). Apabila tiba di suatu tempat ada Polis buat Operasi (Ops Warta Khas) untuk mencari pemilik saman yang enggan membayar saman. Kata SAC Mohd Fuad Abd Latif, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, ada lebih kurang 1.9 juta saman tertunggak dan waran tangkap yang belum selesai.

Polis: Encik... tolong ke tepi ya...

Jai pun memandu ke bahu jalan dan berhenti.

Polis: Mintak IC & Lesen Encik.

Jai keluarkan lesen & IC. Alhamdulillah lesen memandu masih hidup. Setelah memeriksa IC & Lesen Jai, Polis tersebut berkata.

Polis: Encik, ikut rekod kami, encik ada 15 saman tertunggak dan 1 waran tangkap. Jadi Encik kena ikut saya ke Balai.

Jai: Boleh tunjuk pada saya rekod yang encik kata tu?
Polis pun tunjuk kepada Jai rekod dalam komputer dan kemudian diprintkan kepada Jai.

Jai: Owhhhhhh ini rekod saja... mana samannya?? Saya tak pernah tau pun ada saman. Ini rekod saman ke notis? Yang waran tangkap tu kes apa? Bila saman keluar? Bila saya kena pergi mahkamah?

Polis: Encik, setakat sekarang ni, ini ja yang saya boleh tunjuk. Kalau encik nak lebih lanjut sila ke ikut saya balai.

Jai: OK la kalau macam tu jom kita ke balai. Saya pun nak juga tahu saman apa yang saya ada & waran tangkap tu kes apa.

** Rajin ke polis tu nak bawak Jai ke balai dalam dok tengah kalut operasi??**

Kalau ke balai. Di balai.

Polis: OK encik ini senarai saman dan waran tangkap yang encik ada.

Jai: Sama je, itu hanya rekod. Saya nak tengok saman. Nak tengok waran tangkap. Sebab saya nak tahu yg dlm rekod tu betul saman ke notis. Kalau encik tak boleh bagi sekarang, saya nak balik dulu. Saya ada kerja lain lagi nak buat.

Polis: Tak boleh macam tu Encik, kami ada bukti Encik ada saman tertunggak.

Jai: Ya la encik ada bukti tapi mana buktinya? Yang encik tunjuk tu rekod tapi mana samannya? Kalau tak ada, encik ambil nombor telefon saya, nanti bila ada bukti boleh telefon saya ya.

PEGUAM ZUL HAZMI SHARRIF



 Kos senggara kereta SUK, PTG Johor tinggi
Posted on Tuesday, June 17 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Siri kedua Laporan Ketua Audit Negara 2013 mendapati kos senggaraan kenderaan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) (Pengurusan) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor adalah tinggi.

Pengauditan antara Ogos hingga November 2013 itu mendapati ini berlaku akibat tahap pemantauan yang lemah dengan pembaikan kenderaan tidak mengikut prosedur oleh bengkel-bengkel swasta yang dilantik.
  
Siri kedua Laporan Ketua Audit Negara itu dibentangkan di Parlimen hari ini.

Bagi tempoh antara tahun 2011 hingga 2013, sejumlah RM3.82 juta telah dibelanjakan bagi tujuan penyenggaraan kenderaan.
  
Pejabat SUK membelanjakan sejumlah RM2.78 juta bagi 81 buah kenderaan pelbagai jenis manakala PTG pula membelanjakan sejumlah RM1.04 juta bagi 23 kenderaan pelbagai jenis.
  
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam laporan itu menyatakan kos senggaraan bagi tempoh berkenaan ialah antara 59 peratus hingga 141 peratus bagi PTG dan 39 peratus hingga 95 peratus bagi Pejabat SUK.
  
Terdapat 35 kes di mana kad inden minyak yang sama digunakan bagi mengisi bahan api dalam tempoh masa yang singkat.
  
Ini berlaku dalam jarak masa antara satu hingga 94 minit di Pejabat SUK dengan jumlah perolehan RM8,937 dan tujuh kes antara 2 hingga 36 minit di PTG (RM1,161).

Semakan audit terhadap baucar bayaran Pejabat SUK mendapati perbelanjaan penukaran 'tinted' yang berulang bagi empat buah kenderaan yang sama antara tahun 2011 hingga Jun 2013 bernilai RM14,240.
  
Pejabat SUK turut didapati kerap mengganti tayar bagi enam buah kenderaan bagi tempoh yang sama antara satu hingga 12 bulan berjumlah RM49,440.
  
Menurut laporan itu, bengkel panel swasta memaklumkan penukaran tayar bagi kenderaan perlu dibuat apabila jarak perjalanan mencapai odometer antara 30,000 km hingga 50,000 km.
  
Bagaimanapun, pihak audit tidak dapat menjalankan analisis kekerapan penggantian tayar berbanding jarak perjalanan kerana bacaan odometer kenderaan di buku log atau invois tidak dikemas kini.
  
Laporan audit itu mengesyorkan Pejabat SUK dan PTG Johor memastikan pemandu dan bengkel panel swasta mematuhi prosedur penyenggaraan; memantau perbelanjaan penyenggaraan bagi setiap kenderaan dan memastikan setiap pembaikan diluluskan oleh pegawai yang bertanggungjawab.
  
Kedua-duanya turut disyorkan untuk menyemak secara terperinci penggunaan bahan api pada setiap bulan sebelum membuat pembayaran.
  
-Bernama



 Tiga dihukum mati serangan Tiananmen
Posted on Tuesday, June 17 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Beijing: Mahkamah Rakyat Xinjiang, menjatuhkan hukuman mati ke atas tiga lelaki selepas didapati bersalah memandu kereta dengan niat membunuh melalui pelanggaran di Dataran Tiananmen. Tindakan terbaru China ini dilihat sebagai usaha memerangi militan dari wilayah itu yang rata-rata penduduknya beragama Islam, lapor media tempatan, semalam.

Mahkamah yang sama turut menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang lelaki atas tuduhan ‘serangan ganas’ hingga mengorbankan dua orang pelancong Oktober lalu, seperti disiarkan Penyiar Pusat Televisyen China (CCTV), di ibu negeri Urumqi.

CCTV dan agensi berita rasmi China, Xinhua mengenal pasti beberapa orang tertuduh yang nama mereka berbunyi etnik Uighur, kumpulan etnik terbesar di wilayah bergolak itu. Empat lagi pesalah turut dijatuhi hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun.

Berdasarkan laporan pihak berkuasa, ketiga-tiga individu, seorang lelaki, isteri dan ibunya mati apabila kenderaan yang mereka naiki merempuh sekumpulan pelancong. Dua daripada pelancong mati di tempat kejadian manakala 40 yang lain cedera sebelum kenderaan yang sama terbakar.

Insiden serangan ganas itu adalah antara beberapa siri serangan ganas yang telah menggegarkan China beberapa bulan kebelakangan ini, dan Beijing menuduh puak pemisah dari Xinjiang bertanggungjawab atas semua serangan itu. - AFP


 230 cadangan perbaiki kelemahan
Posted on Tuesday, June 17 @ 08:20:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kuala Lumpur: Jabatan Audit Negara menyenaraikan 230 syor bagi membantu Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan kerajaan negeri, menambah baik serta memperbaiki kelemahan yang dikesan menerusi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 2.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, berkata ia membabitkan 55 syor kepada Kerajaan Persekutuan; 31 syor kepada Badan Berkanun Persekutuan dan 144 syor kepada kerajaan negeri.

“Kelemahan yang dikesan kebanyakannya membabitkan kecekapan dan pematuhan penjawat awam terhadap peraturan kewangan kerajaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 2 dibentangkan di Parlimen semalam, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Ambrin berkata, dalam Laporan Siri 2 itu, sebanyak 57 pengauditan prestasi dan 18 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan dilaksanakan pada peringkat Persekutuan, negeri dan Badan Berkanun Persekutuan.

“Pengauditan yang dilaksanakan merangkumi bidang pembinaan, penyelenggaraan, penguatkuasaan undang-undang, perolehan, pengurusan aset, program peningkatan sosioekonomi, infrastruktur dan pengurusan syarikat,” katanya.

Ambrin berkata, Kementerian Kewangan mengeluarkan Laporan Maklum Balas ke atas Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 2 yang memberikan ulasan serta tindakan terkini daripada Ketua Perkhidmatan terhadap isu-isu yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Setiap tahun, Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan prestasi yang bertujuan menilai sejauh mana pelbagai aktiviti dan projek kerajaan telah dirancang, dilaksanakan dan dipantau dengan cekap dan berkesan serta sejauh mana objektif asal program atau aktiviti dan projek itu tercapai.

Ia juga bertujuan menilai sejauh mana wang awam dibelanjakan dengan berhemat, tanpa berlakunya pemborosan dan pembaziran serta mendapat nilai faedah terbaik bagi perbelanjaan yang dibuat.

Bagi pengauditan syarikat kerajaan pula, Jabatan Audit Negara membuat penilaian terhadap aspek analisis penyata kewangan, pengurusan aktiviti syarikat dan tadbir urus korporat.

Kandungan dan sinopsis laporan siri 2 itu boleh dilayari orang ramai menerusi laman web Jabatan Audit Negara di http://www/audit.gov.my mulai semalam dan sebarang pertanyaan atau pandangan mengenai laporan itu boleh dialamatkan kepada Warkah Untuk Ketua Audit Negara.

BERITA HARIAN

Tiada ulasan: