Isnin, 16 Jun 2014

JANGAN SIBUK MENCARI FADILAT/KELEBIHAHAN2 AMAL SAJA...SERTA BERMUNAJAT KERANA HABUAN DUNIA....BERAMAL SUNAT BANYAK....BUAT SUNAT2 NI SANGAT BAGUS TAPI DALAM BUAT SUNAT YANG HARAM BELASAH JUGA....ATAU YANG FARDU TAK JAGA....SERTA TAK MENJAGA AKIDAH....ADA RAKYAT SEBUAH NEGERI TU SUKA MEMBUAT AMALAN2 SUNAT...BEGITU JUGA ADA SETENGAH PENCERAMAH CARI MAKAN JUAL AGAMA TAPI SOAL AKIDAH MACAM DISOROK2 ATAU TAK DIJELASKAN...KERJANYA BODEK MANUSIA....TAKUT SANGAT PADA MANUSIA....TAKUT MISKIN TAKUT TV DAN RADIO TAK PANGGIL....TAKUT TAK POPULAR...TAPI NI BUKAN BERLAKU DIMALAYSIA TAPI DI BRAZIL

Monday, 16 June 2014


BOLA SEPAK PIALA DUNIA 2014 BRAZIL ... RAKAMAN GAMBAR PENYOKONG PASUKAN JEPUN MENGUTIP SAMPAH DI STADIUM SELEPAS PERTANDINGAN MELAWAN PASUKAN IVORY COAST MENDAPAT PUJIAN DUNIA!!!




Di rakam kelihatan beberapa  penyokong pasukan Jepun yang terbang ke Brazil untuk Piala Dunia FIFA 2014, sedang mengutip sampah dan membersihkan stadium selepas perlawanan menentang pasukan Ivory Coast.

Mereka dilaporkan mau memastikan dengan menunjukkan kepada dunia bahawa kehadiran para penyokong Jepun disana tidak membuat kacau-bilau dan menggangu permainan.

Walaupun selepas kekalahan 2-1 kepada Ivory Coast pada hari Sabtu, 14 Jun, beberapa penyokong Jepun telah dilaporkan dilihat mengambil sampah.

Gambar-gambar yang menunjukkan para penyokong yang bertekad mau memastikan tiada sampah di sisi.

Itu agak satu langkah yang bergaya yang datang dari penyokong pasukan yang kalah... Apakah budaya mulia dan dikagumi ini akan di ikuti oleh rakyat kita?????

Piala Dunia: Akhbar anggap pelik minta al-Quran setiap bilik

http://pakat-pakatkalih.blogspot.com | .

World Cup: Minta Al-Quran Disediakan di Setiap Bilik Dianggap Pelik Oleh Akhbar Tempatan


Aku tak pasti ini keratan akhbar dari surat khabar mana.. Penggunaan ayat "permintaan pelik" dari pasukan Algeria seakan menghina Al-Quran.. Al-Quran bukan suatu benda yang pelik bagi umat Islam.. Harap ada pihak lebih sensitif dengan hal ini..

Algeria yang merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk majoriti muslim pula meminta Brazil menyediakan kitab suci Al-Quran di semua bilik hotel yang akan ditempatkan para pemain dan staf pelatih.

Dengan adanya Al-Quran, para pemain dan staf pelatih tidak perlu lagi bersusah-susah membawa Al-Quran saat menuju Brazil.

Algeria berada dalam kumpulan H bersama Belgium, Russia dan Korea Selatan.

Beberapa pasukan bola membuat permintaan istimewa untuk bilik penginapan pemain mereka sepanjang Piala Dunia kali ini:

- Uruguay: Penghawa dingin senyap di dalam bilik

- Iran dan Algeria: Al-Quran disediakan di setiap bilik

- Jepun: Jakuzzi di setiap bilik

- Portugal: Sebuah komputer di setiap bilik

- Perancis: Sabun mandi cecair menggantikan sabun buku dan makan halal

- Ecuador: Pisang yang diimpot dari Ecuador di setiap bilik

Rupa-rupanya ada ladang kurma besar di thailand

Isnin, 16 Jun 2014


NGO Sarawak dakwa Perjanjian Malaysia 1963 tak sah

Written By canang on Isnin, 16 Jun 2014 | 6/16/2014 09:00:00 PG

Presiden Sapa Lina Soo hari ini berkata  Perjanjian Malaysia 1963 melanggar United Nations Decolonisation Declaration 1960 dan tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 15 Jun, 2014.Perjanjian Malaysia 1963 tidak sah dan ditolak Malaya melalui tempoh 51 tahun dan kegagalan menghormati perjanjian itu, kata Pertubuhan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa) dalam satu forum hari ini.

Presiden Sapa Lina Soo berkata, perjanjian penyatuan Malaya, Sarawak dan Sabah sebagai satu negara melanggar tatacara undang-undang antarabangsa, yang menyatakan hanya negara merdeka boleh menyertai perjanjian antarabangsa.

"Perjanjian Malaysia 1963 tidak ditandatangani antara lima negara merdeka, namun disertai antara dua negara bebas – United Kingdom dan Persekutuan Tanah Melayu – dengan negara separuh koloni Singapura dan dua koloni Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Soo berkata, lima individu yang menandatangani untuk Sarawak – P.E.H Pike, T Jugah, Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Abang Haji Openg – tidak mempunyai mandat rakyat Sarawak, kerana masih lagi menjadi koloni tanpa wakil kerajaan.

Soo berkata, ia melanggar Konvensyen Vienna berkenaan Law of Treaties Customary International Law, 1980 (VCLT 1980).

"VCLT mungkin bukan tindakan retro yang boleh digunakan ke atas perjanjian tarikh itu seperti Perjanjian Malaysia 1963, namun semakan berguna untuk menghasilkan prinsip undang-undang antarabangsa," kata Soo.

Tambahnya, perjanjian itu melanggar Artikel 5, United Nations Decolonisation Declaration 1960 (UNDD 1960).

Soo berkata," Britain dan Malaya merancang untuk memindahkan kemerdekaan koloni Borneo kepada Malaysia melanggar Artikel 5 UNDD 1960, kerana gagal memindahkan kesemua kuasa kepada rakyat dan penafian untuk kebebasan mutlak".

Katanya, Malaya sebagai kuasa bebas, tidak mempunyai hak perundangan, mandat atau kuasa mencampuri hubungan Borneo, menurut UN Charter on Self-Determination. – 15 Jun, 2014..themalaysianinsider

Saturday, June 14, 2014


PALING POPULAR!!! Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tewaskan Dr Asri Zainul Abidin


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat KUALA LUMPUR - Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menewaskan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melalui buku Bicara Ini Demi Illahi apabila dipilih peminat untuk memenangi Anugerah Penulis Pilihan Kategori Islamik pada Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013, hari ini.

Selain Asri, Nik Aziz turut menewaskan beberapa nama besar lain seperti Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj, Muhd Nasruddin Dasuki dan Prof Masya Rasid Muhamad.

Namun, bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak dapat hadir untuk menerima sendiri anugerah berkenaan.

Editor Karya Bestari, Mohd Sofian Rosali yang juga editor buku tersebut menyifatkan kemenangan itu satu bonus.


"Ini buku pertama kita dengan Tok Guru Nik Aziz. Alhamdulillah sambutan penjualan buku ini sejak awal perasmian tahun lalu begitu memberangsangkan.

"Menang ini satu bonus tetapi apa lebih penting bagaimana orang ramai memanfaatkan buku ini," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas majlis penyampaian AGBK 2013, hari ini.

Menurutnya, anugerah tersebut bakal disampaikan kepada Nik Aziz dalam masa terdekat di Kelantan.

"Cara nak baca buku ini bukan dari sudut politik tapi dari sudut pendidikan akhlak, agama dan keluarga.

"Dalam masa terdekat, saya akan sampaikan sendiri kepada Tok Guru Nik Aziz anugerah ini sekali dengan royalti buku Bicara Ini Demi Illahi yang terbaru," katanya.

Bicara Ini Demi Ilahi merupakan buku yang diadaptasi daripada kuliah-kuliah Nik Aziz yang telah diterjemahkan kepada bahasa yang lebih mudah.

Selain itu, buku ini juga mengandungi nasihat-nasihat beliau sebagai seorang ayah dan datuk kepada anak cucunya.

Buku genre islamik itu turut menerima Anugerah Cover Pilihan Kategori Buku Islamik.

Anugerah yang julung kali diadakan itu menyaksikan 30 kategori dipertandingkan dan setiap pemenang menerima wang tunai RM3,000 beserta trofi.

Orang jahil sahaja kata hudud tidak adil

HARAKAHDAILY | .
SERDANG: Pihak yang mendakwa kononnya undang-undang jenayah syariah atau hudud, sebagai tidak adil, malah memperlekehkan perkara ini, hanya menampakkan sikap jahil mereka sendiri.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, mereka ini sebenarnya telah gagal memahami hikmah kehebatan undang-undang yang menggerunkan orang untuk melakukan kesalahan.
Sebab itu katanya ada dikalangan tertentu yang mengatakan seperti "jika undang-undang hudud ini dilaksana, maka ramailah kena potong tangan".
"Adalah salah akal jika memahami bahawa rakyat akan berlumba-lumba untuk mencuri supaya dipotong tangan dan kaki.
"Apa yang sebenarnya berlaku, ramai kalangan penjenayah akan bertaubat," kata beliau dalam ucapan perasmian Seminar Tegak Syariat Islam (Tegas) di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasruddin Hassan yang juga pengarah program.
Katanya, undang undang jenayah syariah adalah bersifat mendidik, bukan menghukum.
Malah ujarnya, ianya mempunyai syarat yang ketat untuk dikenakan hukuman dan hakim pula perlu mencari jalan dengan seboleh-bolehnya untuk membebaskan pesalah.
Dalam pada itu beliau berkata, perjuangan ke arah pelaksanaan undang-undang Islam ini perlu didahului dengan ilmu dan kesedaran.
Pada masa ini, apa yang wajib katanya adalah membetulkan kefahaman dan menjelaskan salah faham terhadap kekeliruan yang ditimbulkan.
Apatah lagi kata beliau, di saat negara kini sedang berdepan masalah jenayah berat tanpa mengira kaum yang sehingga kini tiada satu pun undang-undang ciptaan manusia dapat mengatasinya.
Dalam seminar sehari ini juga, beberapa kertas kerja turut dibentangkan.
Antaranya kertas kerja bertajuk Kanun Jenayah Syariah: Hikmah Pelaksanaannya yang dibentangkan oleh Musyrif Pondok Sungai Durian Dr Abdul Basit Abdul Rahman.
Kertas kerja bertajuk Kanun Jenayah Syariah: Menegakkan Syariat Islam Satu Kewajipan pula dibentangkan oleh Pemangku Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang Ustaz Mokhtar Senik pula bergandingan dengan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali membentangkan tajuk Kanun Jenayah Syariah: Kejamkah Pelaksanaanya?
Satu lagi kertas kerja bertajuk Kanun Jenayah Syariah: Mendepani Undang-Undang Negara, dibentangkan oleh Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar. - HARAKAHDAILY 15/6/2014

Tiada ulasan: