Ahad, 29 Jun 2014

ORANG KAYA....YANG BERDUIT TAK JADI MASALAH....BAGAIMANA YANG MISKIN DAN PAPA KENDANA

Harga daging lembu naik mendadak di Melaka, RM26 hingga RM32 Sekilogram
Posted on Sunday, June 29 @ 06:55:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Rata-rata penduduk di sekitar bandaraya itu mengeluh dengan kenaikan harga daging lembu yang didakwa mereka naik secara mendadak.

Mereka mendakwa amat terbeban dengan harga daging yang dijual sekitar RM26 sehingga RM32 sekilogram.

Bukan sahaja membebankan, kenaikan harga daging itu disifatkan melampau.-astroawani


 Berpuasalah necaya kalian sihat
Posted on Sunday, June 29 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"“Wahai orang orang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” ( al Baqarah: 183)

Semua setuju bahawa puasa merupakan latihan utama bagi akhlak. Seorang mukmin melatuh diri berbudi perkerti.

Seaba, puasa adalah melawan hawa nafsu dan dorongan syaitan yang bukan sahaja kadang kadang mengoda anak Adam. Malah sentiasa muncul bisikan jahat syaitan saat persaat.

Dengan berpuasa seseorang melatih dirinya bersabar dalam menahan dari sesuatu yang halal dan terlarang pada siang hari bulan Ramadan ini.
Seseorang  berlatih mengatasi permasalahan dan kesulitan yang dihadapi hatta berdepan dengan makanan yang lazat sanggup menunggu untuk memakannya.
Puasa juga mengajar sifat amanah dan menumbuhkan perasaan diawasi oleh Allah Subha nahu wataala dalam apa keadaan sekalipun.
Semua setuju bahawa puasa itu  sihat. Hal ini telah dijelaskan oleh Tabib Arab , Al Haris bin Kaldah bahawa perut adalah sarang penyakit dan diet adalah ubat yang paling mujrab.
Puasa merupakan bentuk jihad melawan hawa nafsu untuk membersihkannya dari kotoran dan dunia dosa duniawi disamping menurunkan gelora syahwat dengan mengatur makan dan minum. 
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
anaabdullah
Posted on Sunday, June 29 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


 Minum Air Buah-buahan Ketika Sahur Untuk Kekal Cergas - Pakar Dietetik
Posted on Sunday, June 29 @ 07:00:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA LUMPUR: Minum air buah semasa bersahur adalah antara tindakan yang baik dalam memastikan umat Islam sentiasa bertenaga dan sihat sepanjang hari pada bulan Ramadan ini, menurut pakar dietetik.

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman berkata dengan meminum air buah-buahan segar, ia dapat mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi pada bulan puasa ini.

Air buah-buahan ini mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potasium dan glukosa, dan berperanan sebagai bekalan tenaga di dalam badan, katanya kepada Bernama baru-baru ini.

"Sebenarnya rasa letih, penat dan mengantuk bukannya disebabkan kekurangan makanan tetapi ia adalah disebabkan kuantiti air di dalam badan berada pada tahap rendah.

"Bila berlakunya dehidrasi, tubuh kita kehilangan air serta garam galian seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya, sebab itu air memainkan peranan penting di dalam tubuh kita," tambahnya.

Memandangkan bulan Ramadan kali ini jatuh pada musim Monsun Barat Daya dengan cuaca yang panas dan kering, serta diburuk dengan jerebu yang tidak menentu dan ramalan fenomena El Nino akan melanda Malaysia pada pertengahan tahun ini, maka adalah perlu bagi umat Islam memastikan bekalan air dalam badan sentiasa dijaga.

Ridzoni berkata selain meminum air buah-buahan, orang ramai perlu mengelak daripada meminum kopi ataupun teh pada bulan puasa kerana minuman itu mempunyai kesan deuratik.

Minuman tersebut akan merangsang pengeluaran air kencing, dan akibatnya, badan akan mengalami dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus, katanya.

Sementara itu, Pegawai Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd Hairil Nizam Abdul Hamid turut bersependapat pengambilan air yang mencukupi amat penting dalam menghadapi musim panas ketika berpuasa.

Katanya, kekurangan air ini boleh menyebabkan tubuh menghadapi masalah kerana 70 peratus daripada komposisi tubuh terdiri daripada air.

"Tubuh badan memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi memastikan sel-sel tubuh dapat berfungsi dengan baik.

"Apabila tubuh mengalami dehidrasi masalah utama adalah buah pinggang kerana bila tubuh kekurangan air, buah pinggang akan kecut yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, malah antara perkara lain yang boleh berlaku adalah pening dan pitam," katanya.

Tambah beliau, walaupun pengambilan air yang mencukupi dititikberatkan namun orang ramai turut dinasihat memakan makanan seimbang.-bernama


Tikam diri hingga usus terburai
Posted on Sunday, June 29 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




IPOH - Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental bertindak menikam perut sendiri menggunakan gunting dan mengeluarkan ususnya di tapak pasar malam Hutan Melintang dekat sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Mohd Zaki Harun berkata, dalam kejadian jam 1 petang itu, lelaki itu, Shurkey, 42, dilihat meracau seorang diri sebelum bertindak mencucuk perutnya berulang kali.

Menurutnya, orang ramai yang melihat kejadian itu cuba menasihati mangsa namun lelaki berkenaan dilihat semakin agresif.

“Orang ramai terus menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan bagi menenangkan mangsa.

“Bagaimanapun, ketika polis cuba memujuknya, mangsa menjadi semakin ganas dan polis terpaksa memegangnya bagi mengelakkan dia terus mencederakan dirinya.

“Mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan namun meninggal dunia kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zaki berkata, siasatan awal mendapati, mangsa bukan penduduk tempatan dan dia tinggal bersama keluarga saudaranya di Hutan Melintang.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


.......
SINAR HARIAN 


 Lelaki Bergaduh Sampai Mati Demi Semangkuk Bihun RM2.60
Posted on Sunday, June 29 @ 07:29:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Hubei (China): Seorang lelaki ditahan selepas menikam mangsa hingga mati,  sebelum mengelar leher dan merobek dada untuk mengeluar jantung mangsa.

Lelaki berkenaan dikatakan turut menggigit organ itu selepas mencabutnya dari tubuh mangsa.

“Kejadian berdarah dan menakutkan itu berlaku di tepi jalan dan ia berpunca daripada pergaduhan demi semangkuk bihun berharga 5 RMB (RM2.60),” kata saksi.

Orang ramai berkumpul untuk menyaksikan perbuatan kejam itu, namun tidak seorang pun berani menghentikan perbuatan lelaki berkenaan.








Menurut saksi, suspek tidak melarikan diri selepas melakukan kekejaman berkenaan, sebaliknya merayau-rayau di lokasi kejadian dan duduk sambil memegang jantung mangsa.

Kira-kira 40 minit kemudian, polis tiba dan menahan suspek.

Penduduk tempatan menyifatkan serangan itu sebagai ‘tidak masuk akal’ dan mengaku ketakutan kerana ia berlaku berhampiran kediaman mereka.

“Kami tidak berasa selamat sekarang,” kata seorang penduduk di situ. - Agensi

mymediahub.my


 Penyepit makanan tertusuk mulut hingga ke otak
Posted on Sunday, June 29 @ 08:43:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu






BEIJING 28 Jun - Seorang kanak-kanak lelaki China terpaksa menjalani pembedahan selepas sebatang penyepit makanan tajam tertusuk ke dalam mulutnya sehingga menembusi ke bahagian otak apabila terjatuh ketika sedang bermain bersama kawan-kawannya.



Mail Online melaporkan, kejadian itu berlaku pada 15 Jun lalu di Yueyang, wilayah Hunan selepas kanak-kanak itu, Li Kaiyi, 18 bulan, makan malam di rumah rakan ibu bapanya.
Kaiyi yang ketika itu bersama ibu bapanya, memegang penyepit kayu tersebut ketika berlari sebelum terjatuh menyebabkan objek terbabit tertusuk ke dalam mulutnya.


Dia dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang objek berkenaan.
Doktor bedah di, Liu Jinfang berkata, penyepit tersebut tertusuk sehingga menembusi tisu otak sedalam dua sentimeter, tetapi Kaiyi bernasib baik kerana saraf otaknya tidak cedera.
Kanak-kanak tersebut kemudiannya dibenarkan keluar dari hospital dan sedang menjalani proses pemulihan.
.......
Mail Online


 Ramadan, Isu Gosok Gigi Semasa Berpuasa
Posted on Sunday, June 29 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"Bersugi dan memperbanyakkan bersiwak menggunakan kayu sugi adalah amat digalakkan dalam setiap waktu di bulan ramadhan, samada pagi , tengahari atau petang, ia berdasarkan hadith sohih yang menyebut : Dari 'Amir bin Rabi'ah berkata "Telah aku lihat Nabi SAW bersiwak tidak terkira banyaknya dalam keadaan baginda berpuasa ( Riwayat al-Bukhari)


Cuma perlu diingat, siwak Nabi adalah menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi yang berperisa. Justeru tiada kemungkinan nabi terminum atau termasuk di perut Nabi ubat gigi. Justeru, jika gosok gigi pakai ubat gigi, maka tatkala itulah terdapat ijtihad mengatakannya sebagai makruh kerana bimbang peluang terbatal kerana minum air kumuran dan ubat gigi. Memang benar, perbuatan 'ter' minum tidak wajar menjadi batal kerana ia tidak disengajakan, tetapi apabila sesuatu yang 'mubah' dibuat tanpa keperluan lalu menyebabkan 'ter'minum, ia boleh membawa kepada batal. Sebagaimana mandi biasa berulang kali dengan sengaja, berkumur berulang kali dengan sengaja sehingga akhirnya terminum.
Tujuan saya tidak lain hanyalah menjauhi apa jua yang berkemungkinan membatalkan puasa atau bercanggah dengan ruh ibadah puasa itu sendiri. Jangan pula kerana ingin mencapai 'maqasid' (objektif) dari bersiwak sehingga boleh membuka ruang mencarik maqasid ibadah puasa teruatamanya bagi orang awam yang suka mengambil peluang. Dalam keadaan objektif itu boleh dicapai tanpa menggunakan air yang berlebihan (kumur) atau ubat gigi.
Maka dalam hal ini, mengabungkan dua ‘maqasid’ tanpa membuka ruang masalah adalah terpilih pada hemat saya. Justeru, saya berpandangan, lebih elok menghindarkan diri dari ubat gigi bagi mengelakkan berkumur mengguna air berlebihan tatkala berpuasa, khususnya selepas zohor. Di tambah pula terdapat cara lain yang boleh menyampaikan kita ke faedah siwak itu.
Selain itu, Nabi saw ada bersabda :-
أسبغ الوضوء وخلل بين الأصابع , وبالغ في الإستنشاق إلا أن تكون صائماً ( ابو داود)
Ertinya : Sempurnakan wudhu, basuhlah celah-celah jari jemarimu , dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; sohih)
Memasukkan air di dalam hidung seperti ini adalah di kira sama dengan hukum berkumur menurut kebanyakan ulama fiqh. Kebanyakkan mereka termasuk ulama hadith biasanya menggabungkan topik menghisap air ke hidung dan kumur dalam satu bab. Justeru, inilah dalil pertama mengapa kami mengatakan menggosok gigi dengan air dan ubat gigi berperisa adalah makruh dan tidak digalakkan. Namun tidaklah secara automatic membatalkan puasa.
Sebahagian besar ulama Syafie menyebut bahawa berkumur-kumur dengan berlebihan adalah satu perbuatan makruh ketika puasa. Dalil hadith sohih yang dipegang oleh mereka adalah :
لخلوف فم الصائم يوم القيامة أفضل عند الله من ريح المسك
Ertinya : Sesungguhnya bauan mulut orang yang berpuasa itu pada hari kiamat adalah lebih baik di sisi Allah daripada bauan haruman kasturi"
Justeru, menurut ijtihad mereka, memperbanyakkan berkumur terutamanya selepas zohor mampu menghilangkan bauan mulut hasil ibadat puasa yang diberkati ini. Lalu, bersugi menggunakan air dan ubat gigi yang mempunyai wangian sudah pasti juga akan mengilangkan bau ini. Kerana itulah ia dikira makruh dan tidak digalakkan. Adapun Nabi SAW yang bersiwak hanya dengan kayu sugi, saya kira ia adalah tepat disamping tepat pula untuk membersihkan gigi dengan tidak memberi kesan terhadap bauan mulut.
Pandangan dan ijtihad mazhab Syafie ini juga dikongsi oleh ulama Mazhab Hanbali dan Mazhab Maliki ( Rujuk Kassyaf al-Qina' , 2/383 ; As-Syarh as-Soghir, 1/692) juga menyenaraikan berkumur banyak tatkala puasa itu adalah makruh. Justeru, menggosok gigi menggunakan air dan ubat gigi sekali lagi termasuk dalam hal ini kerana ia memerlukan kumuran yang banyak demi menghilangkan kesan ubat gigi.
Benar, sekiranya terminum air hasil dari kumuran tidak membatalkan puasa kerana ia adalah perbuatan tidak sengaja. Bagaimanapun, Imam An-Nawawi menyebut, sekiranya terminum itu adalah hasil kerana berlebih-lebihan dalam berkumur sehingga 4 kali kumuran, tatkala itu, jika tertelan air pada kumuran berlebihan yang keempat, ia boleh membatalkan puasa  ; ia adalah kerana berlebihan itu sudah terkeluar dari hajat yang asal. ( Rawdah at-Tolibin, hlm 335 ).
Malah terdapat ulama besar seperti Ulama hanafi, Al-Qasimiah, Imam Malik dan Imam As-Syafie (dalam salah satu pandangannya) dan Imam Muzani yang berpandangan puasa boleh terbatal walaupun tertelan air kumuran tanpa sengaja. Manakala sebahagian ulama lain mengatakan tidak batal seperti Ishak Rahawaih, Awzai'e dan ulama mazhab Syafie (Naylul Awtar, As-Syawkani, 4/521)  ; Kerana itu eloklah dijauhkan dari perbuat amalan yang ikhtilaf ini. Ia sudah tentu terlebih baik bukan.
Benar, Nabi SAW pernah bersabda :
أرأيت لو تمضمضت بماءٍ وأنت صائم , قلت : لا بأس بذلك , فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ففيم
Ertinya :  Nabi berkata kembali kepada (Umar ) (apabila aku bertanya apa hukum mencium tatkala puasa ) : apakah pandangan kamu sekiranya kamu berkumur-kumur dengan air dalam keadaan kamu berpuasa ? ; aku jawab : Tiada masalah ; Bersabda Nabi : begitulah (juga hukumnya dengan ciuman tadi) ( Riwayat Abu Daud, no 2385 ; Albani : Sohih)
Bukanlah lebih elok dan selamat jika dihadkan gosok gigi dan kumuran yang terhad dengan bilangan gosok gigi guna air yang terhad, selebihnya mengunakan sugi atau berus gigi tanpa melibatkan air dan ubat gigi.
Ust. Dr Zaharuddin Bin Abd Rahman-   sumber  www.zaharuddin.net/
hisham-ahmad.blogspot.com
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
HishamAhmad
Posted on Sunday, June 29 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


  Kena jaga jangan pahala puasa terbatal
Posted on Sunday, June 29 @ 08:13:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Wahai anakku,
Di bulan mulia ini, janganlah engkau hanya menjaga puasa jangan batal, sebaliknya engkau kena jaga jangan pahala puasa terbatal, disebabkan melakukan perkara yang dilarang oleh syarak.

Wahai anakku,
Puasa bermakna menjaga mata engkau dari melihat perkara yang diharam, menjaga telingamu dari mendengar perkara yang dilarang, menjaga kaki dan tanganmu dari melakukan amalan bertentangan syarak.

Kamu juga kena menjaga lidah dari mengumpat dan cerca, dan menjaga apa yang disuap ke mulut waktu bersahur dan berbuka, agar ia bukan dari sumber yang diharamkan Allah. Masihkah kau ingat perbezaan air liur madu dan racunmu? Bulan mulia ini adalah bulan yang paling mudah untuk engkau menghayati teori itu sepenuhnya.

Wahai anakku,
Sabda Rasulullah s.a.w: "Berapa ramai orang yang berpuasa, mereka tidak mendapat apa apa dari puasanya, melainkan lapar dan dahaga.”

Semoga puasamu diterima Allah.

Selamat berpuasa. Senyum.

............
TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Tiada ulasan: