Wednesday, 25 June 2014
PELIK TAPI BENAR .... PEMIMPIN MCA YANG KALAH DALAM PILIHANRAYA DUA KALI BERTURUT-TURUT DILANTIK MENJADI TIMBALAN MENTERI.
Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dalam pengumuman penambahan anggota kabinet oleh Najib Razak pagi tadi ... pemimpin MCA berjawatan sebagai Naib Presiden ini kalah dalam PRU 13 di Parlimen Petaling Jaya Utara dan PRK Kajang yang ternyata di tolak rakyat tapi masih diangkat oleh Najib Razak.
Hebat sungguh Najib Razak ni dalam merasai denyutan hati rakyat di akar umbi .. terserlah keluhan rakyat amat diambil kira .. Rakyat DiDahulukan.
Itulah untung besar menjadi pemimpin MCA .. tidak perlu menang Pilihanraya untuk dilantik sebagai jemaah menteri .. kalah dua kali berturut-turut di kawasan yang berlainan yang jelas ditolak rakyat secara mutlak masih dianggap pemimpin disokong rakyat oleh Najib Razak .. mana nak dapat macam ini punya keistimewaan.
Wednesday, 25 June 2014
ROMBAKAN KABINET YANG MEMBAWA BERITA GEMBIRA UNTUK MACAI-MACAI UMNO.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penstrukturan semula Kabinet seperti berikut:
Liow Tiong Lai - Menteri Pengangkutan
Wee Ka Siong - Menteri di JPM
Mah Siew Keong - Menteri di JPM
Lee Chi Leong - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Kewangan
Chew Mei Fun - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat.
Kesemua anggota baru jemaah menteri itu akan mengangkat sumpah jawatan pada hari Jumaat, katanya.
Beliau tidak menyebut nama mana-mana anggota jemaah menteri yang digugurkan.
Najib mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, tengahari.
Beliau semalam membayangkan bahawa rombakan tersebut akan melibatkan jawatan menteri pengangkutan, yang dipangku sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
BN perlu mengotakan janji untuk melantik Datuk Mah Siew Keong ke jawatan penuh menteri, selepas presiden GERAKAN itu menang pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan.
Najib juga perlu mengambil kira kuota MCA, yang meluluskan usul untuk kembali memegang jawatan kerajaan melalui mesyuarat agung luar biasa, Februari lalu.
AKHIRNYA KERJA PENAT LELAH, BERTUNGKUS LUMUS, BERHEMPAS PULAS DAN BERSUSAH PAYAH MACAI-MACAI UMNO SELAMA INI BERBALOI DENGAN ROMBAKAN KABINET BARU YANG DIUMUMKAN NAJIB RAZAK ... TIDAK RUGI BERJUANG ATAS SALAKKAN KETUANAN MELAYU.
NAMPAKNYA RAKYAT AKAN MELIHAT SIAPA KENA TUNGGANG OLEH SIAPA.
Legasi Empayar Judi Casino, Arak dan Ladang Ternakan BABI di Malaysia..
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO
Wednesday, 25 June 2014
KERAJAAN PR SELANGOR PIMPINAN TSKI SUDAH MELAMPAU ... HARI INI DEDAHKAN LAPORAN MINIT MESYUARAT EXCO BERTARIKH FEBRUARI 2012 KELULUSAN PEMBINAAN LEBUH RAYA KINRARA-DAMANSARA (KIDEX).
SHAH ALAM, 25 JUN: Kerajaan Negeri hari ini mendedahkan laporan minit mesyuarat keputusan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pada Februari 2012 yang meluluskan projek pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (KIDEX)
Dalam minit itu juga, Kerajaan Negeri meletakkan beberapa syarat untuk Kerajaan Pusat memberi penekanan dalam projek pembinaan kontroversi Lebuharaya KIDEX.
Syarat itu antaranya Kerajaan Pusat harus menamatkan perjanjian klausa secara awal (early termination clause) jika pemegang konsesi mencapai keuntungan yang melebihi jangkaan ekoran daripada trafik yang melalui lebuh raya itu.
Selain itu, Kerajaan Pusat juga perlu melaksanakan perjanjian yang adil dan tidak berat sebelah serta tidak memihak kepada pemegang konsesi serta meletakkan kepentingan awam sebagai keutamaan.
Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata syarat itu juga boleh diguna pakai bagi semua lebuh raya yang akan di bina di Selangor.
“Seperti syarat menamatkan perjanjian secara awal itu, Kerajaan Negeri berpendapat jika pendapatan keuntungan syarikat konsesi melebihi keuntungan jangkaan daripada jumlah trafik yang melalui lebuh raya, maka kita akan tamatkan lebih awal selepas permohonan mengikut Seksyen 3 Akta Pengambilan Tanah dibuat.
“Sebagai contoh, perjanjian selama 30 tahun tetapi keuntungan itu sudah melebihi selepas 15 tahun,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kerajaan Kerajaan Negeri (MKKN), di Bangunan SUK, di sini, hari ini.
Yunus berkata, syarat terbabit diputuskan dalam MKKN pada 8 Februari 2012.
Ia didedahkan ekoran Kerajaan Negeri menerima permohonan untuk mendapatkan maklumat menurut Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor 2011 oleh penduduk, Chia Gek Suan.
Beliau berkata, MKKN juga menimbang dan bersetuju dengan KIDEX serta jajarannya dan berpendirian penswastaan perlu meletakkan keutamaan atau kepentingan rakyat Malaysia amnya kerana membabitkan cukai yang dibayar rakyat.
“Kos juga perlu dibuat secara terbuka dan tidak diswastakan apabila projek siap maka pulangan hasil (revenue) yang diswastakan (private the revenue, not the cost). Kos juga perlu mengambil kira ‘international risk and return reward’,” katanya.
Sehubungan itu, Yunus berkata, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa diminta menyelaraskan bersama dengan Pegawai Perancang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi membincangkan keperluan dalam perancangan pembinaan KIDEX serta mengemukakannya kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Mengulas syarat itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata syarat terbabit adalah cara terbaik dan tidak pernah berlaku dalam sebarang perjanjian konsesi di Malaysia.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga akan menilai pandangan rakyat selepas taklimat penuh diberikan dan jika hasilnya negatif, maka ia tidak akan dilaksanakan. .
Cananglahnie Original shared Abu Hashim Jalal's photo.
5 hrs ·
LikeLike · · Share
Kembara Hijau with Dppk Bagan Datoh and 2 others
Bismillah....
Salam Ramadan dan slmt beristrht
Renungkan bersama...
Salam Ramadan dan slmt beristrht
Renungkan bersama...
~~ SEDIKIT INFO TENTANG SYAITAN ~~
15 Pintu Syaitan Yang Ada Di Dalam Diri Kita
- Pintu marah
- Cinta dunia
- Kebodohan(keengganan menghadiri majlis ilmu)
- Panjang angan-angan
- Rakus
- Bakhil
- Suka pada pujian
- Riak
- Ujub (merasa kagum)
- Takut dan gelisah
- Buruk sangka
- Memandang rendah pada orang lain
- Merasa suka pada dosa
- Merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- Putus asa daripada rahmat "ALLAH"
14 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristighfar
- Baca "Laa ilaha illa anta subha naka inni kuntu minaz - dzolimin"
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakkan baca Al-Quran
- Membaca surah Yaa sin setiap pagi
Rumah Yang Tidak Dimasuki Syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara - mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturrahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada kedua Ibu Bapa.
Takbir!
15 Pintu Syaitan Yang Ada Di Dalam Diri Kita
- Pintu marah
- Cinta dunia
- Kebodohan(keengganan menghadiri majlis ilmu)
- Panjang angan-angan
- Rakus
- Bakhil
- Suka pada pujian
- Riak
- Ujub (merasa kagum)
- Takut dan gelisah
- Buruk sangka
- Memandang rendah pada orang lain
- Merasa suka pada dosa
- Merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- Putus asa daripada rahmat "ALLAH"
14 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristighfar
- Baca "Laa ilaha illa anta subha naka inni kuntu minaz - dzolimin"
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakkan baca Al-Quran
- Membaca surah Yaa sin setiap pagi
Rumah Yang Tidak Dimasuki Syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara - mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturrahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada kedua Ibu Bapa.
Takbir!
LikeLike · · Share
Malaysiakini (BM Version) with Ajoi Ijoye and 3 others
7 hrs ·
Gaji bulanan menteri-menteri dalam kabinet. Apa pandangan anda?
Yahya Ayyash shared Dinie Putra Norikmar's photo.
6 hrs ·
Selain Malaysia yang ingin menjadi Hub Halal dunia, Malaysia juga mempunyai halal judi, halal arak dan halal maksiat.
Inilah bentuk hub halal antarabangsa yang dipraktikan oleh pimpimpin kerajaan sekarang.
15 militan Malaysia didakwa terbunuh di Syria, kata Wisma Putra
Posted on Wednesday, June 25 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Seorang pejuang Isil memegang bendera dan senjata di sebuah jalan di bandar Mosul. – Gambar kiri oleh Reuters, 25 Jun, 2014.
Wisma Putra mendedahkan terdapat dakwaan mengatakan 15 rakyat Malaysia terbunuh di Syria pada pertengahan bulan ini selepas terlibat dengan aktiviti jihad kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil), kumpulan yang berpecah daripada Al-Qaeda.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Kementerian Luar mengesahkan dakwaan dibuat oleh Wakil Tetap Syria di New York pada satu sidang media pada 18 Jun.
Wakil Syria itu mendakwa, selain rakyat Malaysia, rakyat negara lain termasuk beberapa negara Asean, juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria.
"Kementerian sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan mengenai perkara ini dan meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan itu," menurut kenyataan itu.
“Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan mengamalkan kesederhanaan.”
Kementerian Luar berkata, Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri.
Isil atau dikenali juga sebagai kumpulan negara Islam Iraq dan Syria (Isis) terlibat dengan aktiviti keganasan di kedua-dua negara tersebut.
Isil merupakan kumpulan pecahan Al-Qaeda yang mahu menubuhkan negara Islam dan diperintah oleh Khalifah di Iraq dan Syria dan diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas.
Sebelum ini media melaporkan terdapat rakyat Malaysia yang dikatakan terlibat dengan kumpulan Isil atau Isis.
Utusan Malaysia melaporkan bulan lalu seorang rakyat Malaysia Ahmad Tarmimi Maliki, 26, menjadi pengebom berani mati untuk Isis di Iraq.
Pekerja kilang biasa di Selangor itu tanpa diketahui oleh keluarga terdekatnya di Pahang, diberi nama Abu Ahmad Al-Malizzi menjadi pengebom berani mati dalam serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan Senjata Khas (Swat) di daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei lalu yang mengorbankan 25 polis Iraq.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran pada pertengahan bulan ini rakyat Malaysia yang berjuang dalam peperangan di Syria akan ditangkap sebaik sahaja mereka pulang ke tanah air.
Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau pergerakan rakyat Malaysia yang berada di Syria dan bertegas tindakan akan diambil jika terlibat dalam kegiatan militan di negara Timur Tengah itu. – 25 Jun, 2014.-themalaysianinsider
15 militan Malaysia didakwa terbunuh di Syria, kata Wisma Putra
Posted on Wednesday, June 25 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Seorang pejuang Isil memegang bendera dan senjata di sebuah jalan di bandar Mosul. – Gambar kiri oleh Reuters, 25 Jun, 2014.
Wisma Putra mendedahkan terdapat dakwaan mengatakan 15 rakyat Malaysia terbunuh di Syria pada pertengahan bulan ini selepas terlibat dengan aktiviti jihad kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil), kumpulan yang berpecah daripada Al-Qaeda.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Kementerian Luar mengesahkan dakwaan dibuat oleh Wakil Tetap Syria di New York pada satu sidang media pada 18 Jun.
Wakil Syria itu mendakwa, selain rakyat Malaysia, rakyat negara lain termasuk beberapa negara Asean, juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria.
"Kementerian sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan mengenai perkara ini dan meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan itu," menurut kenyataan itu.
“Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan mengamalkan kesederhanaan.”
Kementerian Luar berkata, Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri.
Isil atau dikenali juga sebagai kumpulan negara Islam Iraq dan Syria (Isis) terlibat dengan aktiviti keganasan di kedua-dua negara tersebut.
Isil merupakan kumpulan pecahan Al-Qaeda yang mahu menubuhkan negara Islam dan diperintah oleh Khalifah di Iraq dan Syria dan diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas.
Sebelum ini media melaporkan terdapat rakyat Malaysia yang dikatakan terlibat dengan kumpulan Isil atau Isis.
Utusan Malaysia melaporkan bulan lalu seorang rakyat Malaysia Ahmad Tarmimi Maliki, 26, menjadi pengebom berani mati untuk Isis di Iraq.
Pekerja kilang biasa di Selangor itu tanpa diketahui oleh keluarga terdekatnya di Pahang, diberi nama Abu Ahmad Al-Malizzi menjadi pengebom berani mati dalam serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan Senjata Khas (Swat) di daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei lalu yang mengorbankan 25 polis Iraq.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran pada pertengahan bulan ini rakyat Malaysia yang berjuang dalam peperangan di Syria akan ditangkap sebaik sahaja mereka pulang ke tanah air.
Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau pergerakan rakyat Malaysia yang berada di Syria dan bertegas tindakan akan diambil jika terlibat dalam kegiatan militan di negara Timur Tengah itu. – 25 Jun, 2014.-themalaysianinsider
Ahad, 7 Oktober 2012
SEJARAH PAS : ULAMA' PAS DARI PERINGKAT AWAL LAGI.
PENGLIBATAN ULAMA’ DALAM PAS PADA PERINGKAT AWAL
Gerakan
kesedaran Islam di Tanah Melayu bermula dengan pulangnya
pelajar-pelajar Melayu yang pernah mendapat didikan di Timur Tengah
khususnya di Mesir . Pengaruh ini menjalar masuk ke alam Melayu apabila
Syed Sheik bin Ahmad al-Hadi dan Sheikh Muhammad Tahir Jalaludin
al-Azhari yang pulang daripada Mesir. Mereka banyak menerima idea-idea
pembaharuan daripada Sheikh Muhammad Abduh seorang pemimpin kebangkitan
Islam yang terkenal di Mesir.
Apabila
Syed Sheik al-Hadi pulang dari Kahirah pada tahun 1904, beliau telah
menerbitkan majalah al-Imam di Singapura pada tahun 1906-1908 bersama
rakannya Syed Sheik bin Ahmad Al-Hadi, Haji Abbas bin Muhammad Toha dan
lain-lain lagi.
Al-Imam
berjaya mencetuskan perubahan minda para pembaca di Tanah Melayu zaman
tersebut. Kemudian mereka menerbitkan akhbar-akhbar seperti Neraca
(1911-1915), Tunas Melayu 1913, Ikhwan 1926 dan Saudara 1928. Akhbar ini
menanamkan semangat anti penjajah melalui sindiran, kritikan dan
teguran bangsa Melayu di bumi sendiri. Keluaran pertamanya pada 23hb.
Julai, 1906. Idea-idea Islam yang syumul dan lengkap ditulis dalam
penerbitan mereka.(Abdul Rahman Abdullah, 1987: 154-155, William, R.
Roff, 89-90, Dr. Haji Abdullah Ishak, 1990, 201-202, Haji Mohd.
Fakharddin Dato’ Haji Ahmad Gahzali, 2003: 3)
Majalah
ini telah meniupkan kesedaran kepada golongan agama untuk bangkit
menentang penjajah. Golongan ini telah menggerakkan mereka yang
berpendidikan agama kearah pembentukan organisasi politik . Mereka
menyeru masyarakat supaya kembali kepada ajaran Islam untuk meninggikan
ekonomi dan politik orang Melayu. (Wan Hashim Wan Teh, 1988:37-38,
William, R. Roff, 1980: 58)
Sekitar
tahun 1931 perkembangan politik tanah air terbahagi kepada dua
kumpulan. Kumpuln pertama ialah puak kanan yang terdiri daripada mereka
yang berpelajaran Inggeris dengan slogan Malaya untuk orang Malaya_.
Golongan kedua ialah puak kiri yang berjuang untuk kemerdekaan orang
Melayu dengan konsep penyatuan Melayu Raya_ dipelopori oleh Ibrahim
Yakob dan Ishak Haji Mohammad.( Shahrom Husain, 1985 :67-68). Kemudian
Ishak Haji Muhammad dan Ibrahim Yaakob telah menubuhkan Kesatuan Melayu
Malaya (KMM) untuk kemerdekaan Malaya dan Indonesia, kemudian KMM telah
diharamkan oleh Jepun walaupun pada peringkat awal Jepun memberi
kerjasama. Sebagai gantinya Jepun telah menubuhkan Pembebasan Tanah
Melayu (PETA). Apabila Jepun menyerah kalah maka hasrat untuk merdeka
tidak tercapai. (Shafie Ibrahim, 1981:3)
Hasil
daripada gerakan ini maka melahirkan Hizbul Muslimin yang berpusat di
Gunung Semanggul. Ia adalah parti politik pertama yang berlandaskan
Islam dan mempunyai matlamat yang jelas yang dipelopori oleh golongan
agama di Gunung Semanggul.
Hasil
daripada gerakan ini maka melahirkan Hizbul Muslimin yang berpusat di
Gunung Semanggul. Ia adalah parti politik pertama yang berlandaskan
Islam dan mempunyai matlamat yang jelas yang dipelopori oleh golongan
agama di Gunung Semanggul.
Apabila
KMM (Kesatuan Melayu Muda) ditubuhkan di cawangan Gunung Semanggul
menjelang tahun 1940an. Pelajar-pelajar Ma’had Ehya telah menyertai KMM.
Penyertaan penuntut–penuntut Ehya’ Syarif dalam Gerakan Kesatuan Melayu
Muda bukan setakat menjadi ahli, tetapi beberapa orang daripada mereka
telah menjadi pemimpin KMM cawangan Gunung Semanggul dan seluruh Perak
Utara. (Nabir Abdullah, 1976:76)
Penyertaan
secara aktif di dalam politik dan persatuan di kalangan para pelajar
Ehya’ pada waktu itu adalah hasil pembawaan guru-guru yang mengajar
mereka. Di kalangan guru-guru inilah yang membentuk ideologi pelajar
kerana mereka telah menghuraikan fahaman perseorangan (personal
ideology) seperti pendapat, sikap, nilai dan bentuk pemikiran kepada
para pelajar. (James C, Scott, 1968:31)
Inilah
juga yang dilakukan oleh ustaz Abu Bakar al-Abaqir yang menggalakkan
anak muridnya terlibat dengan kegiatan memajukan agama dan bangsa.
PKMM[1]
telah ditubuhkan pada 17hb. Oktober 1945 di Ipoh ia dipimpin oleh
Mukhtarudin , Burhanuddin al-Helmi dan Islak Haji Muhammad dan sayapnya
ialah Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Insaf (AWAS) dan
Barisan Petani Malaya (BATAS). (Shafie Ibrahim, 1981:3)
Golongan
agama telah menjadikan PKMM sebagai wadah perjuangan pada waktu itu
kerana belum ada lagi wadah yang mereka hendak pejuang untuk menentang
penjajah dan dapat mencapai kemerdekan. Menurut Khaidir Khatib para
ulama’ dari peringkat awal lagi mereka tidak sudi kalau kegiatan mereka
dikongkong dan mereka menjadi boneka sahaja. (Faridah Ali, 1974/75: 15)
Atas
galakan PKMM melalui Dr. Buranuddin al-Helmi maka Hizbul muslimn
ditubuhkan pada 14hb. Mac 1948. Hizbul Muslimin merupakan satu landasan
baru dalam kehidupan masyarakat Melayu, bahawa Islam boleh berperanan
dan menjadi ejen perubahan masyarakat (Firdaus Haji Abdullah, 1980:6).
Selepas perang dunia kedua ideologi Islam sebagai asas mula bertapak di
sekolah-sekolah agama seperti di Mahad Ehya’ al-Syarif yang terkenal
sebagai pusat pejuang-pejuang yang beroreintasikan agama. (Firdaus Haji
Abdullah, 1980: 6). Kesannya Ma’had telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh
pejuang seperti Osman Hamzah, Yunus Yatimi, Asri Haji Muda. Sekolah ini
telah mengajar tentang pelajaran yang boleh menimbulkan kesedaran
bahawa bangsa Melayu mundur kerana meninggalkan Islam. (Firdaus Haji
Abdullah, 1980:6)
Apabila
Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah Inggeris[2] maka ramai di
kalangan tenaga penggeraknya telah menyertai Pas yang pada ketika itu
lebih mirip kepada nasionalis daripada Islam. Empat anggota Hizbul
Muslimin telah menyertai Pas adalah Ustaz Osman Abdullah, Ustaz
Baharudin Abdul Latif, Ustaz Khadir Khatib, Haji Yunus Yatimi dan Dato’
Mohd. Asri Haji Muda. (Wan Hashim Wan Teh, 51, Firdaus Abdullah, 1980:
46, John Funston, : 91, William R. Roff: 156)
Walau
bagaimanapun Pas bermula sebagai pergerakan elit agama di Pantai Barat
Semenanjung. Namun ia tersebar pesat di negeri Pantai Timur seperti
Kelantan dan Terengganu kerana majoriti penduduknya orang Melayu. Di
kedua-dua negeri tersebut Pas mendapat sokongan daripada para haji, ahli
Umno yang telah keluar parti, penyokong PKMM yang masih ada serta
mereka yang terpelajar daripada pendidikan Melayu dan Arab. (R.S. Milne
& K. Diane Mauzy, : 185) Penglibatan di kalangan mereka yang
berpendidikan agama kerana dilihat dari dasar dan komitmen Pas yang
memaktubkan beriktiar melaksanakan hukum-hukum Islam. Perletakan dasar
perjuangan Islam ini adalah satu perkara yang penting untuk ulama’
melibatkana diri dalam Pas dan merealisasikan Islam sebagai al-Din.
Pas
yang merupakan lanjutan daripada perjuangan Hizbul Muslimn yang
diharamkan oleh Inggeris, ahlinya terdiri daripada mereka yang
berpendidikan agama.
Begitu
juga yang dicatat oleh Nabil Abdullah, orang yang mencadangkan nama
Persatuan Islam SeMalaya (PAS) dari Persatuan Ulama, adalah dari
kalangan orang yang terlibat dengan Hizbul Muslimin iaitu Osman Hamzah.
Malahan bentuk dan tujuan perjuangan parti itu juga ditentukan sedikit
sebanyak oleh mereka yang biasa berjuang dalam Hizbul Muslimin. Oleh
kerana itulah kita katakan bahawa Pas adalah lahir dari runtuhan Hizbul
Muslimin[3] yang banyak berdamping dan menerima sokongan anggota PKMM
dan sekutunya.(Nabil Abdullah, 1976: 210)
Kalau
dilihat daripada permulaan saat penubuhan Pas sehingga kemerdekaan
mendapat sokongan yang kuat dari kalangan orang agama. Memang Pas
ditubuhkan oleh mereka yang menghendaki Islam dapat ditegakkan dinegara
ini. (Ahmad Kamar, 1979:30). Beberapa persidangan yang di adakan pada
peringkat awal telah melibatkan tokoh-tokoh yang berlatar belakang agama
seperti Haji Ahmad Fuad Hassan, Haji Mohammed Ghazali Abdullah, Haji
Hussain Che’ Dol. Mereka merupakan tokoh pejuang dan ulama’ yang
memperjuangkan Pas pada peringkat awal.[4]
Penglibatan
yang aktif di kalangan mereka yang terlibat dengan Hizbul Muslimin yang
berpengkalan di Ma’had Ehya’ al-Syarif adalah bukti penglibatan
golongan agama di dalam Pas. Tempat-tempat seperti ini yang menjadi
pengkalan yang menyebarkan Islam dan ideolagi yang diperjuangkan oleh
Pas kebetulan selari dengan apa yang diajar oleh Tok Guru pondok
walaupun pondok ini bukan tajaan Pas. Dengan ini memudahkan Pas
mengembangkan pengaruhnya di kawasan pondok. Misalnya tiga orang pelajar
Ma’had Ehya’ Sayarif, Baharudin Abdul Latif, Othman Hamzah dan Yunus
Yatimi yang telah menghadiri ke mesyuarat perasmian PKMM di Ipoh pada 10
November hingga 3 Dis 1945. Mereka ini kemudian bergerak dalam Angkatan
Pemuda Insaf (API) dan seterusnya dalam PAS. (Firdaus Abdullah, 1985:
33) Lahirnya persidangan di kalangan tokoh agama dalam Umno pada waktu
itu adalah hasrat murni mereka untuk melihat Islam dapat ditegakkan
dengan baik dengan adanya persidangan ulama’ Malaya di Muar pada 21 Feb
1950 manakala 15 Ogos 1951 di Kuala Lumpur dan kemudiannya di Seberang
Perai adalah menefestasi keinginan ulama’ pada waktu itu untuk
berorganisasi. Hasrat ini dapat dilihat daripada yang disebut oleh Haji
Ahmad Fuad yang merasakan perlu ulama’ bersatu dan meyesal kerana ulama’
tidak bersatu. (Shafie Ibrahim. 1981: 14). Ini dapat dilihat daripada
ruh penubuhan Pas di kalangan ulama’ dalam Umno merasakan perlu satu
pertubuhan yang mengumpulkan semua ulama’ dalam satu kesatuan untuk
menjadi satu barisan yang kukuh dalam menentang kemunkaran yang
dilakukan oleh Umno seperti mengajurkan loteri, mengadakan fun fair yang
dianggap oleh oleh ulama’ mengotorkan kesucian Islam.(Nakhaei 1987 :
45)
Penubuhan
Pas pada peringkat awal adalah menjadi wadah kepada ulama’ untuk
berorganisasi dan dapat membentuk satu jamaah yang mampu untuk melawan
kemungkaran pada ketika itu. Pada waktu itu sudah ada keinginan ulama’
untuk mewujudkan sebuah parti politik Melayu Islam baru yang
menggabungkan ulama’ dalam satu wadah.. Mereka hendak menjadikan Pas
sebagai sebuah badan yang bebas jika boleh menyamai dengan Parti Masyumi
di Indonesia. (Safie Ibrahim, 1981:4)
Sejak
daripada persidangan kedua lagi sudah ada idea untuk Pas berdiri dengan
sendiri yang bebas dan tidak bergantung kepada orang lain. Supaya ulama’
dapat berbicara dengan bebas dan tidak terikat dengan badan induk yang
ada. Ini adalah kerana ulama’ sedar mereka perlu ada organisasi untuk
bergerak sebagai nadi kepada ummah. Walaupun hajat ini tidak kesampaian
untuk dilaksanakan seperti dalam artikel 22 bab 1 draf perlembagaan Pas
yang menyebut bahawa sesiapa yang memegang ahli jawatankuasa eksekutif
Pas tidak boleh dalam masa yang sama memegang jawatan dalam mana-mana
parti politik lain. Oleh kerana artikel ini akan -menjejaskan mereka
yang masih sayang pada Umno maka ada cadangan supaya artikel ini
dimansukhkan.(Nasarudin Mat Isa, 2001:16)
Sambutan
ini juga berkait rapat dengan tokoh kepimpinan pada waktu itu seperti
Haji Ahmad Fuad yang memang terdedah dengan gerakan agama dan bakat
kepimpinan. Beliau merupakan seorang yang bijak dan pintar. Bakat
kepimpinan dan pendedahan kepada gerakannya sejak daripada kecil.
Namanya sebenar Dahmat bin Hasan bin Bilal Mat Salleh. Digelar Dahmat
al-Bariak setelah tamat pengajian di peringkat Qismul ‘Ali (1937) di
Ma’had al-Ehya’ as Syarif kerana kecemerlangan akademiknya. Kemudian
namanya ditukar kepada Ahmad Fuad oleh Sheik Hassan Yamani ketika
belajar di Mekah. Beliau mula terdedah dengan gerakan politik Kaum Muda
ketika berada di Ma’had al Ehya’ asSyarif Gunung Semanggul (1934-1937)
dan Gerakan Islah ketika berada di Mekah (1937-1939).. terlibat dalam
penentangan terhadap British di Palestin ketika berada di Mekah. (Nabil
Abdullah, 1976: 61,Mohd. Fadli Ghani 2003c:1) (Othman Hamzah, 1987:50).
Pengalaman yang ada pada Tuan Haji Ahmad Fuad seorang ulama’ dan seorang
yang tekun dan berkarismatik adalah penyumbang utama kearah kelahiran
Pas pada peringkat awal. Kepimpinan beliau (15 ogos 1951-Sep 1953)
dianggap sebagai printis membawa golongan agama dalam organisasi untuk
meningkatkan kedaulatan Islam. Kebetulan beliau merupakan Pengerusi
Badan Agama Umno, maka mempercepatkan penubuhan Pas.. (Muhaimin Sulam,
2003: 70)
Sebagai
seorang yang memiliki latar belakang pendidikan agama satu kelebihan
untuk membawa Islam sebagai visi perjuangan politik. Di samping itu
beliau memahami bahawa bangsa Melayu perlukan negara yang berdaulat.
Kebetulan pada ketika itu Umno merupakan satu wadah politik kepada orang
Melayu kerana parti yang berhaluan kiri telah diharamkan oleh penjajah.
Beliau merasakan tidak selesa dengan beberapa pendirian Umno. Maka
beliau telah memikirkan hanya melalui satu persatuan yang menyuarakan
aspirasi Islam yang boleh menjadi pengimbang kepada Umno. Semasa
penubuhan Pas di peringkat awal, beliau menggunakan mekanisme yang wujud
dalam Umno untuk memudahkan kerja penubahannya. Ini termasuk
menghubungi para sultan , mufti, alim ulama’ dari seluruh
Negara.(Muhaimin Sulam 2003:72-73)
Dasar
Pas yang meletakkan Islam merupakan asset yang paling penting
memperkembangkan pengaruh Pas. Ini dapat dilihat daripada sambutan yang
diberikan oleh masyarakat Melayu yang beragama Islam.[5] Kerana dasar
Islam yang diperjuangkan oleh Pas telah menarik minat orang Melayu yang
sinonim dengan Islam terutama di kalangan ulama’. (K.J. Ratnam 1985:
145, Fred R. Von Der Mehden 1982: 184, Judith Nagata 1987: 121), Islamic
Revival And the Problem Of Legitimacy among Rural Religious Elites in
Malaysia, edit Bruce Gale, Pelanduk Publications dlm Readings In
Malaysian Politics, 1987 113-133)). Sebab itu setiap kali pilihanraya
isu Islam[6] telah dieksploitasikan untuk kejayaan dalam pilihanraya
bagi mencari sokongan. Isu agama adalah yang paling berkesan pada orang
Melayu. Segala bantuan dan pembinaan yang melambangkan syiar Islam akan
ditonjol kehadapan untuk membuktikan kepada orang Melayu bahawa
merekalah calon yang patut dipilih.
Pas
yang telah menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai panduan politiknya
dengan mudah dapat meresapkan pengaruhnya di kalangan penduduk luar
bandar terutama di negeri yang majoritinya terdiri dari kalangan orang
Melayu seperti Kelantan dan Terengganu dan Kedah.[7] Di sebabkan Islam
dan Melayu menjadi intisari peribadi bangsa Melayu dalam erti kata
konsep Melayu itulah Islam dan Islam itulah Melayu sudah diterima umum
dan konsep ini menjadi modal besar Pas tambahan pemimpinnya pula terdiri
dari kalangan orang-orang berpendidikan Islam.(Yahya Ismail, 1978: 99)
Pas
juga melebarkan pengaruh di kawasan pengajian agama. Sentimen pegangan
agama di kalangan orang Melayu yang begitu kuat dieksploit oleh Pas
untuk menarik sokongan di kalangan mereka. Ini dapat dilihat dengan
penubuhan sayap parti iaitu Dewan Pemuda dalam Pas diamanahkan kepada
ulama’ iaitu Ustaz Haji Ahmad Badwi Abdullah yang kelulusan Makkah.
Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Agung Pas yang
bermesyuarat pada 3 April 1952. untuk beliau menubuhkan Dewan Pemuda
Islam sebagai sebuah jawatankuasa kecil (lajnah/biro) dalam Jawatankuasa
Agung PAS). (Minit Mesyuarat Jawatankuasa Agung Pas, 3 April 1952:1). .
Mesyuarat tersebut juga bersetuju untuk melantik Ustaz Ahmad Badwi yang
juga seorang ahli Jawatankuasa Agung Pas sebagai Ketua Dewan Pemuda
Islam yang akan menjalankan kerja-kerja kepemudaan (Mohd. Fadli Ghani,
2003:2)
Malahan
apabila Kongres yang dikenali sebagai Kongres pemuda Islam yang
berlangsung pada 25 Ogos 1953 di Madrasah al-Ulum As Syariyyah Bagan
Datoh, Perak yang kemudiannya bersetuju melantik Ustaz Othman
Abdullah[8] sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas (Mohd. Fadli Ghani, 2001:12).
Program yang dibuat di Madrasah al-Ulum dan mendapat kerjasama yang
baik adalah satu bukti memang Pas mendapat sokongan dari kalangan ulama’
dan golongan agama, malahan Dewan Penuntut Madrasah al-Ulum banyak
memainkan peranan untuk menggerakkan organisasi Dewan Pemuda Pas.(Mohd.
Fadli Ghani, 2003:67) Malahan pergerakan Kesatuan Pelajar Agama Islam Se
Malaya (KPAS) yang mendapat sokongan dari sekolah-sekolah agama rakyat
terutama di Perak, Kedah, Seberang Perai, Selangor dan Kelantan.(Mohd.
Fadli Ghani, 2003:68)
Kebanyakan
Tuan Guru dan pondok menjadi power base Pas pada peringkat awal hingga
kini.[9] Walupun pondok itu tidak berada di bawah kendalian Pas tetapi
segala pembawaan tuan gurunya mempengaruhi dalam tindakan.[10] Mahathir
Mohd. Khir dalam satu tulisannya telah menyatakan bahawa kaitan erat
antara pondok, padi dan Pas. (Mahathir Mohd. Khir, 1992: 26-28).
Penglibatan beberapa orang ulama’ dan Tuan Guru pada peringkat awal
penubuhan Pas memberi impak yang besar kepada politik melayu.
Daerah-daerah yang tebal dengan tradisi persekolahan pondok khasnya di
Kedah, Kelantan dan Terengganu telah menjadi sasaran parti itu. Di
antaranya Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein merupakan mudir di
Al-Madrasah Al-Khairiah Al-Islamiah di Pokok Sena, Seberang Perai, Tuan
Guru Haji Yahya Junid daripada Al-Madrasah Al-Khairiah Al-Hilmiah Padang
Lumat Kedah, Tuan Guru Haji Ahmad Kodiang, Tuan Guru Haji Hussein Che’
Dol, Tuan Haji Ahmad Fuad menjadi pengetua Madrasah al-Masriah, Tuan
Guru Haji Abdullah Abbas Nasution Tanjung Pauh Jitra, Taun Guru Haji
Osman Yunus daripada Pondok Al-Nahdhah Bukit Besar Kedah, Di Kelantan
antara tuan guru yang terlibat dalam Pas pada peringkat awal ialah Tuan
Guru Haji Daud Pondok Meranti Pasir Mas, Tuan Guru Haji Hussein Rahimi
dan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir dari Madrasah Al-Ahmadiah Bunut
Payung, Tuan Guru Haji Abdul Ghani dari Madrasah Muhammadiah Kubang
Bemban Pasir Mas, Tuan Guru Haji Abu Bakar dari pondok Bukit Tiu, Tuan
Guru Haji Omar dari pondok Kg Baru Pak Husein, Tuan Guru Haji Hassan
dari pondok Lemal, Tuan Guru Haji Mohd. Nor dari pondok Teliar, Tuan
Guru Haji Harun juga dari Pondok Lemal dan Tuan Guru Haji Mustafa dari
pondok Pasir Tumbuh dan Tuan Guru Haji Hassan dari pondok Ketereh yang
sebelumnya seorang penyokong Umno menyertai Pas pada tahun 1958. Dengan
penglibatan mereka ini juga telah dijadikan modal kempen pilihanraya di
kalangan aktivis Pas, salam dan pesanan Tok Guru menjadi modal untuk
memenangi hati pengundi dan rakyat yang selalu percaya bahawa guru-guru
mereka adalah orang baik. (Muhammad Abu Bakar, 1985:326-327)
Di
Trengganu beberapa tuan guru yang menjadi tumpuan Pas pada waktu itu
untuk mengembangkan pengaruh Pas. Antaranya ialah Pondok Haji Abdul
Latif di Besut, Pondok Haji Kadir di Padang Midin, pondok Haji Abbas di
Tok Jiring, Pondok Haji Shafie Sulong di Durian Guling, Pondok Haji
Zainal Abidin Dungun dan Pondok Haji Mat Shafie yang dikelolakan oleh
Haji Mat Teresat. Muhammad Abu Bakar, 1997:163) Pada waktu itu Maahad
Ehya’ al-Syarif yang merupakan tempat tumpuan ulama’ Hizbul Muslimin.
(Burhanuddin Abdul Latif 1994:iii-iv) Kemenangan Tuan Guru Haji Ahmad
Tuan Hussein menjadi faktor penolak aktivis Pas membawa obor parti dalam
masyarakat pondok (Muhammad Abu Bakar, 1985:324). Kemenangan ini juga
berkait rapat dengan perjuangan Pas yang sama dengan Hizbul Muslimin
yang pernah lahir di Gunung Semanggul dahulu yang mempunyai matlamat
yang sama untuk menegakkan Islam apabila Negara merdeka. Suasana
masyarakat yang dikelilingi dengan suasana agama maka bukan menjadi
asing kepada Pas untuk menang. Kerana mereka memang diasuh supaya
kepercayaaan dengan agama dan politik tidak boleh dipisahkan.(Nabil
Abdullah: 232) Di dalam pertandingan tersebut calon Pas Tuan Guru Haji
Ahmad Tuan Hussin mendapat undi sebanyak 8685 berbanding dengan calon
Perikatan Mohd Sulaiman Haji Ahmad (haji Sulaiman Palestin) yang
mendapat undi sebanyak 8235 manakala seorang lagi yang bertanding ialah
Mohd. Jun bin Ngah dari Parti Kebangsaan Perak mendapat undi 3315.[11]
(T.R. Smith, 1955: 69) Kemenangan calon Pas juga banyak disumbangkan
oleh kepercayaan konsep durhaka dari anak murid pada tuan guru.(Nabil
Abdullah, 1976: 229). Kemenangan ini juga kerana peribadi calon banyak
menyubangkan tenaga dan masanya kepada pendidikan Islam yang merupakan
anak ulama’ Tuan Hussain Kedah yang terkenal dan kebetulan beliau juga
berketurunan banjar. (Muhammad Abu Bakar, 1997:163) Pas yang telah
berjaya menarik perhatian ulama’ pondok melihat penyertaan mereka dalam
politik sebahagian dari kehidupan beragama. (Muhammad Abu Bakar,
1985:326) Hal ini sangat menarik perhatian guru-guru agama kepada Pas.
Kerana ia dipimpin oleh mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan
agama dan cita-cita untuk mendirikan hukum Islam.(Ahmad Kamar, 1979: 78 )
Menurut Means,
its
formative period the PMIP relied heavily upon support of students and
teachers in the religious pondok schools, where young Malays are
instructed in the religious tenants of Islam (Means, 1970: 226)
Kemenangan
Pas beberapa tahun sahaja apabila Pas ditubuhkan adalah merupakan
kemenangan pengaruh pondok dan penampungan semangat kemelayuan di
kalangan orang-orang Melayu yang begitu bimbang dengan kedudukan mereka
akibat dasar pintu terbuka Inggeris dan pertambahan pesat penduduk Tanah
Melayu dengan kemasukan China dan India. Semangat kemelayuan dan rasa
bimbang ini masih menebal di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu.
Pengaruh pondok merupakan pengaruh Islam. Pondok-pondok merupakan
benteng mempertahankan akidah Islam di tanah Melayu. Apabila tok-tok
guru pondok telah memberi sokongan bulat kepada Pas maka rakyat mudah
dipengaruhi untuk memberi sokongan kepada Pas. (Nakhaei, 1987: 38-39)
Walaupun
Pas ditubuhkan di Pulau Pinang tetapi berkembang di Kelantan, kerana di
sana adanya pondok.[12] Pengaruh sisitem pendidikan pondok yang begitu
kuat di Kelantan menyebabkan agama merupakan satu sentiment penting
kepada rakyat Kelantan. Perkara yang berkaitan dengan agama akan
mendapat tempat di hati rakyat sebab itulah apabila Pas yang menyokong
konsep Islam telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan
rakyat Kelantan. (Mohammad Agus Yusoff, 1994: 1) Pada awalnya ia
berkembang di kawasan Melayu yang tepencil dan kurang maju. Namun begitu
dengan adanya bantuan daripada pemimpin-pemimpin agama di peringkat
kampung, guru-guru Melayu dan guru-guru agama maka parti itu mencapai
banyak kejayaan dalam percubaan untuk menjelaskan tujuan politik dari
sudut Islam. (Amaluddin Darus, 1977:34), (Ratnam, 1969:193). Disinilah
letaknya kekuatan Pas kerana keupayaan pemimpin Pas mengeksploitasi _
Religious sentiments for political objectives_. (Means, 1970: 278),
Begitu juga dengan Milne yang berpendapat sebagai sebuah negeri yang
mempunyai masyarakat yang rofoundly conservative he driving force behind
the parti comes from religion (Milne, 1967: 93)
Jasa
besar yang dimainkan oleh tuan guru amat besar, walaupun ada kelemahan
dalam penyampaian. Adalah tidak adil mengatakan guru-guru pondok
menghalang kemajuan , kerana bagi beliau mereka adalah pejuang dan
hulubalang yang telah berjuang sebelum kita berjuang dengan
mempertahankan keyakinan umat kepada agama Allah sekalipun dalam bentuk
dan cara yang sangat ketinggalan zaman. (Amaluddin Darus, 1977:42).
Penglibatan
Dr. Burhanuddin al-Helmy[13] Prof. Zulkifli Muhammad[14], Dato’ Asri
Haji Muda[15] dalam Pas juga impak dari pendidikan agama yang diterima
sehingga mereka merasakan perlu melibatkan diri dengan Pas.
Penyertaan
Dr. Burhanuddin diharap akan memberi kesan yang baik kepada Pas dalam
persaingan politik nasional (SP 28/A/19 PAS 1955-1958. surat Hassan Adli
kepada Othman Abdullah, 17 Disember 1956). Ustaz Abu Bakar Hamzah dan
Ustaz Hassan Adli adalah dua tokoh utama Dewan Pemuda Pas yang memainkan
peranan utama untuk menarik Dr. Burhanuddin dan meyakinkan pimpinan Pas
tentang kepimpinan Dr. Burhanuddin yang bebas dari pengaruh sosialis
dan gerakan kiri (SP 28/A/19 PAS 1955-1958, surat Hassan Adli kepada
Othman Abdullah, 17 Disember 1956). Bukan perkara baru minat dan
dekatnya Dr. Burhanudin dengan perjuangan Islam, malah penubuhan Hizbul
Muslimin di Gunung Semanggul adalah nasihat Dr. Burhanuddin walaupun
beliau tidak kedepan tetapi yang menjadi perancang utama ialah beliau.
Sewaktu beliau menjawat Pegawai Tinggi Jepun di markaz Taiping sering
berulng alik ke Ihya’ dan sering berbincang bagaimana hendak memajukan
pendidikan dan kemajuan bangsa.[16] Dr. Burhanuddin melarang tentera
Jepun daripada menganggu pelajar dan warga Ihya’ dan menyelamatkan
penduduknya daripada terlibat dengan pembinaan keretapi maut di Sg Kwai
sempadan Burma -Thai (Nabil Abdullah, 1976:87dan 91) Sebaik sahaja Dr.
Burhanuddin menjadi Yang Dipertua Agung Pas. Wakil Ketua Dewan Pemuda
Pas Ustaz Burhanudin Latif telah menyampaikan sebuah al-Quran dan
Undang-Unang Tubuh Pas kepada beliau sebagai satu simbolik perjuangan
Pas yang menjadikan al-Quran sebagai panduan (Amaluddin Darus, 1977:93).
Ustaz Jamaluddin Amini adalah orang yang betanggungjawab membawa Prof.
Zulkifli Mohammad ke dalam Pas pada 1955 (Mohd Asri Muda, 1993:45)
Dr.
Burhanuddin juga seorang ulama’ walaupun beliau dikenali sebagai
nasionalisma kiri kerana kelantangan beliau dalam menentang penjajah.
Kebolehan beliau dalam bahasa Arab dan menguasai Bahasa Inggeris adalah
gambaran kehebatan beliau sebagai seorang ulama’ dan intelektual. Beliau
yang pernah menuntut di Sungai Jambu Sumatra selama dua tahun untuk
pendidikan agama Islam. Selepas ia kembali dari Sumatra bapanya
menghantarnya pula ke sekolah Pondok di Pulau Pisang, Jitra Kedah.
Beliau tidak lama tinggal di sana kerana menganggap pembelajaranya
terlalu rendah dan kemudian beliau ke Madrasah al-Mashor al-Islamiah
Pulau Pinang, dalam masa yang singkat beliau menguasai bahasa Arab.
(Kamarudin Jaafar, 1980: 4). Semasa Pas di bawah kepimpinan beliau telah
menekankan betapa pentingnya ahli-ahli memperlengkapkan diri dengan
ilmu-ilmu Islam dan berkewajipan untuk menyebarkan ilmu tersebut kepada
masyarakat dan seterusnya kepada negara sehinggalah kepada pembentukan
sebuah Negara Islam. (Halim Mahmood, 1983: 36)
Kalau
ditinjau daripada penglibatan Dr. Burhanuddin sebelum menjadi Yang
Dipertua Agong Pas , ternyata beliau mewakili elemen Islam dalam
pertubuhan yang diwakilinya. Atas dasar inilah pimpinan beliau yang
dipinggirkan dalam PKMM dengan diberi jawatan penasihat sahaja.
(Funstorn, 108-109, Wan Abd. Rahman, 1991:4) Komitmen beliau terhadap
Islam telah membolehkan beliau berfungsi sebagai pemimpin utama kepada
pertubuhan pelbagai kaum dan bangsa dalam AMCJA dan ini meletakkan
beliau sebagai one of the first Malay leaders to head a multi-racial
political alliance. Kalaulah beliau seorang nasionalis yang kental besar
kemungkinan beliau tidak sanggup untuk mewakili pertubuhan yang
mewakili kepentingan pelbagai bangsa seperti AMCJA (All Malaya Council
For Joint Action) (Wan Abd. Rahman, 1991:4). Kesanggupan beliau memimpin
AMCJA itu menunjukkan kelincahan beliau dalam menyatakan Islam kepada
bangsa lain yang bukan menganut agama Islam.
Sikap
beliau yang mengambil berat dalam menyatakan Islam jelas dapat dilihat
semasa beliau memegang jawatan tertinggi bagi seorang Melayu iaitu
Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayan Melayu yang berpejabat di Markaz
Pentadbiran Jepun di Taiping. Semasa beliau memegang jawatan beliau
menganjur dua kongres Islam. Beliau mengambil berat dan melindungi dan
membantu Maahad Ehya’ al-Syarif sebuah puasat pendidikan Islam yang
terkemuka dari segi sosial dan politik di Gunung Semanggol (Kamarudin
Jaafar, 1980:5).
Pas
begitu agresif ketika di bawah pimpinan Dr. Burhanudin al-Helmi
(1956-1964). Beliau bekas pimpinan PKMM telah tidak menyertai mana-mana
parti ketika dibebaskan dari tahanan pada tahun 1950. Beliau telah
menyertai Pas pada bulan Disember 1956. Pada pandangan beliau Pas adalah
parti Melayu yang berteraskan Islam dan memperjuangkan kebangsaan
Melayu. Sehubungan dengan itu Dr. Burhanuddin menegaskan
hose
who naively say that Pas is a party of Pak lebai should look around
them, should turn to the middle East. As whether or not PAS is competent
in its role in the struggle of national liberation, Middle East
provides the example that a state, a nation cherished by every Muslim
patriot will not be realised unless the national struggle has brought
about genuine independence and sovereignty, unless the supreme task for
national liberation has been genuinely fulfilled. (Dr. Burhanuddin
al-Helmy, 1956: 5)
Pada
awalnya Inggeris mengaggap Pas tidak begitu penting, tetapi dengan
penyertaan Dr. Burhanuddin al-Helmi ia membimbangkan British. Ini kerana
Burhanuddin adalah orang yang anti British dan bercita-cita pula untuk
membentuk sebuah negara Islam. (Penal Pengkaji Sejarah Pusat
Penyelidikan Pas, 1999:7)
Mesyuarat
Agung kali pertama yang berlangsung pada 3 Januari 1953 bertempat di
Dewan Madrasah Daeratul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas telah
membincangkan cadangan penubuhan Dewan Ulama’, bersama dengan Dewan
Pemuda dan Dewan Muslimat. Dalam mesyuarat tersebut perwakilan Hilir
Perak telah mencadangkan ketiga-tiga usul berkenaan penubuhan tiga
dewan-dewan dan disahkan sekali gus dan disokong oleh perwakilan Bukit
Besar kemudian disokong sebulat suara. Dewan Ulama’ yang mempunyai ahli
yang terdiri dari kalangan ulama’ dan mempunyai satu peraturan yang
dinamakan dia peraturan Dewan Ulama’ PAS yang menentukan segala
tanggungan-tanggungan dewan ini dan segala hak-haknya, dan
peraturan-peraturan ini hendaklah disahkan dalam mesyuarat jawatankuasa
Kerja Agung PAS(Peringatan Mesyuarat Agung Pas Kali Pertama, 1953: 12)
Dengan
tertubuhnya Dewan Ulama’ sebagai sebuah badan penting dalam parti
bertujuan menyediakan tempat dan peluang kepada penglibatan besar di
kalangan ulama’. Lebih hebat lagi apabila kemenangan di Kerian
menyedarkan bahawa pondok merupakan sektor yang penuh berpotensi di
sudut politik, dan perhubungan antara Pas dengan ulama’. (Muhammad Abu
Bakar, 1985:321-322)
Kesimpulan
Penubuhan
Pas adalah hasil kesedaran politik Islam untuk mendaulatkan agama Allah
di muka bumi ini. Mereka yang mempelopori pergerakan ini ialah dari
kalangan orang agama yang begitu bersemangat menentang penjajah terutama
aspirasi yang dibawa balik oleh anak murid Sheikh Muhammad Abduh di
Timur Tengah. Mereka bangkit di tengah-tengah masyarakat dengan memberi
kesedaran agama.
Peranan
ulama’ dalam mencetuskan gerakan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka telah
memainkan peranan utama dalam perjuangan dalam mempertahankan
kedaulatan negeri-negeri Melayu daripada pencerobohan kuasa penjajah.
Pada waktu itu madrasah dan pondok menjadi benteng pertahanan untuk
meniupkan kesedaran menentang penjajah melalui pembangunan akidah dan
semangat jihad.
Walaupun
Pas pada peringkat awal adalah merupakan badan setelit kepada Umno
untuk mengumpul tenaga-tenaga ulama’ pada waktu itu dan masih tertakluk
dengan undang-undang Umno. Tetapi dengan pindaan terhadap undang-undang
tubuhnya secara langsung Pas menjadi sebuah pertubuhan politik yang
menjadi saingan dengan Umno. Selepas itu beberapa ulama’ Umno yang pada
mulanya berkecimpung dengan Pas telah keluar dan kekal dalam badan induk
Umno. Walau bagaimanapun Pas telah diasaskan oleh sekumpulan ulama’
untuk menjadi parti alternatif kepada masyarakat melayu. Nama-nama
seperti Tuan Haji Ahmad Fuad bi Hassan, Tuan Guru Guru Haji Hussin Che
Dol, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin, Tuan Haji Muhammad Ghazali bin
Haji Abdullah, Tuan Haji Abdullah Abbas Nasution, Tuan Haji Ahmad Maliki
merupakan tokoh ulama’ yang mempelopori kewujudan Pas pada peringkat
awal.
Pas
telah meneruskan dasar Hizbul Muslimin dan kebanyakan ahlinya telah
berjuang di dalam Pas, malahan Pas melanjutkan cita-cita kepada Hizbul
Muslimin dari segi asas perjuangannya. Pas telah menjadi ‘main stream’
pada ketika itu yang telah mengambil tempat Hizbul Muslimin dan PKMM
yang diharamkan oleh penjajah. Kerana ideologi Pas yang lantang dan
berani maka ia mendapat sokongan akar umbi yang terdiri dari kalangan
ulama’. Kehadiran Pas dalam masyarakat Melayu pada ketika itu ialah
untuk memenuhi ruangan kosong di dalam masyarakat bagi mengembalikan
Islam yang telah dijajah dengan harapan Islam dapat dijadikan kuasa
penyatuan dan mengangkat martabat bangsa.
Oleh
kerana itulah Pas mendapat tempat di dalam instutusi pondok dan sekolah
agama rakyat yang sebahagian besar mendokong fikrah perjuangan Pas. Hal
ini sangat menarik guru-guru agama kerana Pas dipimpin oleh mereka yang
mempunyai latar belakang pendidikan agama dan cita-cita untuk
,mendirikan hukum Islam.(Ahmad Kamar, 1979/80:78)
Oleh
itu Pas mempunyai hubungan yang rapat dengan institusi pendidkan agama
dan pondok. Terdapat pondok yang begitu akrab dengan Pas, sebagai
contohnya hubungan Madrasah al-Ulum Assyariah Batu 20, Bagan Datoh,
Perak. Dicatatkan dalam sejarah madarasah tersebut telah menggunakan
markaz Pas cawangan Batu 20 untuk digunakan kelas pengajian bagi
menampung kekurangan bangunan kelas di madarasah tersebut pada tahun
1950an.(Sobri Haji Said, 1978: 54)
Malahan
sejak awal penubuhan lagi ia dipelopori oleh ulama’. Menurut Ustaz
Baharuddin Abdul Latif yang menghadiri majlis penubuhan Pas telah
mencatatkan sebuah manifesto al-Badawi yang disediakan oleh Haji Ahmad
Badawi yang tajuk lengkapnya “Manifesto al-Badawi Ulama’ Kejalan Allah”
ia menggambarkan azam dan tekad ulama’ untuk berjuang menegakkan Islam
dan ajarannya.(Baharuddin Abdul Latif, 1994:xx)
Walaupun
Pas ditubuhkan di pantai barat tetapi ia berkembang biak di pantai
timur, kerana di sana terdapatnya pondok dan sekolah agama. Perjuangan
ini serasi dengan pengajaran dan pembelajaran mereka yang syumul dengan
menerangkan Islam merangkumi persoalan hidup dan bernegara. Sebab itu
Amaluddin Darus yang mempelopori Pas di Kelantan telah berusaha
mendekati tok-tok guru. pondok untuk memimpin Pas.(Amaluddin Darus,
1977:34)
--------------------------------------------------------------------------------
[1]
Konggres pertama PKMM pada 30hb. Nov hingga 3hb. Dis 1945 di Ipoh telah
menetapkan supaya PKMM menuntut Malaya berkerajaan sendiri berdasarkan
demokrasi, Bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa rasmi dan mengadakan
satu rupa bangsa (kerakyatan yang tunggal) di Tanah Melayu. Kedua
menuntut kemerdekaan penuh yang berdasarkan demokrasi. Ketiga, Malaya
pada akhirnya hendaklah bergabung dengan Indonesia. (Ahmad Azam, :
26-27)
[2]
Pengharaman ini berkait rapat dengan tidak senangnya pihak berkuasa
untuk melihat kepimpinan Islam akan bertapak di Tanah Melayu dan akan
menggugat kepimpinan nasionalis pada waktu itu. (Muhammad Abu Bakar,
1994: 98)
[3]
Walaupun ia lahir dari runtuhan Hizbul Muslimin tetapi dari segi
faktanya memang Pas lahir dari rumah Umno. Ada di kalangan pemimpin Umo
yang berjiwa Islam merasakan suatu kekosongan dalam bidang dan ruang
gerakan politik jika Islam tidak disertakan sama. Mereka mahukan sebuah
badan yang berdiri sendiri. (Mohd. Asri, 1993:37). Ada juga pandangan
yang mengatakan bahawa kelahiran Pas tiada ada kaitan dengan Umno tetapi
lahir dari kesedaran ulama’ dalam Umno (Nasharudin Mat Isa, 2001:9).
Penulis lebih menerima pandangan yang mengatakan Pas lahir daripada Umno
secara formal, kerana waktu itu berlaku kekosongan wadah Islam apabila
penjajah mengharamkan Hizbul Muslimin. Kebetulan Dato’ Onn Jaafar
merupakan kawan baik kepada ustaz Haji Ahmad Fuad telah mengamanahkan
kepada beliau untuk mengemudikan bahagian agama pada peringkat awal.
Manakala Ustaz Fuad merupakan bekas penuntut Ehya’ al-Syarif maka sudah
tentu fikrah perjuangan Hizbul Muslimin masih membara dalam jiwanya dan
fikrah inilah yang cuba diserapkan dalam Pas.
[4]Perlantikan
Tuan Haji Ahmad Badwi Abdullah untuk menubuhkan Dewan Pemuda Islam
sebagai jawatankuasa kecil (Lujnah/biro) dalam Jawatankuasa Agung Pas
menunjukkan ulama’ diberi kepercayaan untuk menerajui Dewan Pemuda Pas
(Minit Mesyuarat Jatankuasa Agung Pas, 3 April 1952:1). . Mesyuarat
tersebut juga bersetuju untuk melantik Ustaz Ahmad Badwi seorang ulama’
terkenal di Utara Tanah Melayu yang juga seorang ahli Jawatankuasa Agung
Pas sebagi Ketua Dewan Pemuda Islam yang akan menjalankan kerja-kerja
kepemudaan (Mohd. Fadli Ghani 2003:2)
[5]
Pengaruh agama yang ada pada Dr. Haji Abbas Alias yang menjadi Yang
Dipertua Pas kedua (1953-1956) kerana bapanya seorang Qadhi di daerah
Sitiawan Perak. Bapanya rakan sekelas dengan Haji Ahmad Fuad. (Mohd.
Fadli Ghani2003c:1)
[6]
Isu Islam sangat berkesan dan menjadi focus dalam setiap pilihanraya dan
menjadi hujah antara PAS dengan UMNO untuk menarik undi di kawasan
Melayu. Lihat, K.J. Ratnam, Religion And Politics In Malaya, dlm.
,Reading On Islam Southeast Asia, pnyt. Ahmad Ibrahim, Sharom Siddique,
Yasmin Hussain, Institute Of Southeast Asian Studies, Singapura, 1985,
hlm. 145. Lihat, Fred R. Von Der Mehden, Malaysia Islam And Multiethnic
Polities, dlm. Islam In Asia, Religion, Politics And Sosiety. Pnyt.,
John. L Esposito, Oxford University Press, N. York, 1982, hlm 184
[7]
Dewan Masyarakat meletakkan dengan 3P (Pondok, Padi, Pas) kerana kawasan
yang ada 3P ini adalah kawasan Melayu majoritinya. Lihat Mahathir Mohd.
Khir, Politik Melayu, Satu Lawan Satu,_ Dewan Masyarakat. Jan, 1992
hlm. 26.
[8] Lulusan syariah dan undang-undang Islam dari Universitas Muhammadiyyah Padang. (Mohd Fadli Ghani, 2001: 12)
[9]
Pada waktu itu sekolah agama dan pondok menjadi tempat Pas menjalankan
operasinya. Ini dapat dilihat Kongres Pemuda Islam telah diadakan pada
25hb. Ogos 1953 di Bangunan Madrasah al-Ulum As-Syariyyah, Batu 20 Bagan
Datoh, Perak. (Mohd. Fadli Ghani, 2003: 38)
[10]
Pada waktu itu kebanyakan dari kalangan Tuan Guru yang terlibat dalam
perjuangan dalam memantapkan iman dan akidah. Perjuangan secara
organisasi pada masa itu masih belum wujud dalam erti kata yang
sebenarnya. Walaupun pada ketika itu telah ada beberapa pertubuhan yang
mulai bergerak mengikut aliran Islam, namun gerakannya masih disekitar
daerah tertentu. (Mohd. Asri Haji Muda, 1993:32)
[11]
T.R. Smith (Supervisorof elections), 1955:69 Report of The First
Election of the legislative Council the federation of Malaya, Government
Press, Kuala Lumpur, 1955, hlm. 69
[12]
Penglibatan pondok dalam proses politik boleh dilihat sekurang-kurangnya
dalam dua peringkat pertama ia memain peranan yang pasif iaitu sekadar
menjadi kawasan politik yang di datangi oleh wakil-wakil politik untuk
mencari pengaruh di dalam kawasan pondok. Kedua pondok sebagai pusat
kegiatan parti politik dan menjadi taman melahirkan tokoh-tokoh politik
dan menjadi rujukan kepada parti politik dalam soal agama. ( Mohamad Abu
Bakar, 1985:317)
[13]
Menurut Dato Mohd. Asri Hj Muda mesyuarat tidak rasmi Angkatan Muda
dalam Pas telah menghantar wakil yang terdiri daripada Ustaz Abdul Wahab
Noor, Ustaz Baharuddin Latif berjumpa dengan Dr. Burhanuddin al-Helmy.
(Dato’ Mohd Asri Haji Muda 1993). Dr. Burhanuddin yang memang dibesarkan
dalam suasana pendidikan agama di Sg. Jambu Sumatera selama dua tahun
kemudian di Sekolah Pondok di Pulau Pisang Jitra Kedah kemudian beliau
masuk belajar di Madrasah al-Mashor al-Islamiah Pulau Pinang dan dapat
menguasai bahasa Arab dengan baik. (Kamaruddin Jaafar 2001:9)
[14]
Ustaz Jamaluddin Amini adalah orang yang betanggungjawab membawa Prof.
Zulkifli Mohammad ke dalam Pas pada 1955 (Mohd Asri Muda, 1993:45)
[15]
Dato’ Asri menyertai Pas apabila dipelawa oleh Ustaz Othman Abdullah,
walaupun pada peringkat awal ia enggan kerana menganggap Pas bukan
sebuah parti yang serius untuk menegakkan Islam sebaliknya ia hanya
menjadi parti tunggangan orang lain. Tetapi apabila ustaz Othman
Abdullah memberi keyakinan bahawa ini yang wajib kita bersama dengan Pas
dan membawa kearah yang diredai oleh Allah SWT. (Mohd. Asri Haji Muda,
1993:38). Mohd. Asri juga orang yang mendapat pendidikan agama di
Madrasah Muhamadiah di Kota Bharu (Wan Hashim Wan Teh, 1993: 18)
[16]
Dr. Burhanuddin yang lincah dalam politik sehinggakan ia boleh berbaik
dengan Jepun dan menjanjikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 17 Ogos 1947
bersama dengan Indonesia. Tetapi Jepun telah menyerah kalah pada 14 Ogos
1947, walau bagaimanapun Sukarno terus mengistiharkan kemerdekaan
Indonesia. Dr. Burhanudin tidak boleh berbuat demikian di Tanah Melayu
kerana kumpulan yang menentang Jepun menguasai keadaan. Jika kemerdekaan
yang dijanjikan oleh Jepun dapat dilaksnakan maka Dr. Burhanuddin bakal
Perdana Menteri pada waktu itu.(John Funston, 1980: 120)
-Oleh: Ustaz Haji Idris bin Ahmad-
-Penulis adalah Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat sessi 2007-2009-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan