Khamis, 5 Jun 2014

JANGAN PERANGAI MACAM BABI...ANJING YANG MENYALAK2...BAIKNYA ANJING PANDAI MEMBALAS BUDI...TUANNYA BAGI SISA2 MAKANAN....TAPI TUANNYA DIGANGGU....IA SANGGUP MEMPERTAHANKAN DIRI WALAUPUN IA MATI....TENGAH TAK BETUL TUANNYA DIGIGIT...ORANG TAK BERSALAH BOLEH MAUT DIBUATNYA

BABI : Peperangan antara Kementerian Kesihatan dengan JAKIM ?
Posted on Wednesday, June 04 @ 14:07:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



" Isu DNA babi dalam Cadbury membuka persoalan untuk direnungi.Antaranya :

a) Kementerian Kesihatan ada makmalnya untuk mengesan dan membuat ujikaji.

b) JAKIM ada makmalnya untuk ujikaji. Adakah JAKIM gunakan Jabatan Kimia untuk proses pengeluaran logo halal?

Jika melihat "prestasi dan reputasi" antara JAKIM dan Kementerian Kesihatan,yang manakah kerjanya kemas,teliti dan telus?

Lihat surat KK tentang DNA Babi :
Satu dari Bahagian Teknologi Makanan dan satu lagi surat rasmi dari Ketua Pengarah Kementerian sendiri. Yang mana hasil dua surat ini,barulah Menteri Kesihatan membuat kenyataan rasmi.









Tiada yang terburu-buru seperti dakwaan Timbalan Menteri Kesihatan.Bahkan agak lewat ianya diumumkan.Di kesan bulan Februari dan di umumkan bulan Mei.Lewat 4 bulan terlewat.

Kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan seolah-olah "memperlekeh,merendah-rendah" hasil kerja pegawainya sendiri.Bahkan "menghina" ketuanya sendiri iaitu Menteri Kesihatan dari MIC.

Biasanya,itu kerja UMNO ! Siasat keatas orang yang ingin membongkarkan penipuan tetapi melindungi penipu!

BABI : Peperangan antara Kementerian Kesihatan dengan JAKIM ?"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
tokpepijat
Posted on Wednesday, June 04 @ 14:07:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Azlia Natasha's status.
PANDA & BABI

"Untunglah hang, Panda. Dapat layanan first class. Sangkar ja dah 25 juta. Dok dalam aircond. Aku ni ... mana nak dapat layanan camtu. Orang jijik dengan aku ni," rungut seekor babi.

"Aku ni binatang yang dah nak pupus, Babi woi!" jawab Panda.

"Hang pun panggil aku Babi? Kecik hati aku."

"La ... dah memang hang Babi kan? Takkan nak panggil Babun lak?"

"Gunalah panggilan yang manja sikit ... Khinzir ka. Taklah terasa sangat."

"Erm ... macam-macam la hang ni. Aku rasa, hanglah haiwan paling glamer la ni. Rata-rata orang dok sebut pasai hang. Dalam FB, paper, blog ... jeles aku!"

"Takda maknanya, Panda woi. Depa tu dok marah kat aku ja. Depa kata aku ni pandai-pandai pi masuk dalam coklat. Habis aku kena marah," kata si Babi dalam nada sebak.

"Sabaq, Bi... ni semua ujian. Walaupun kat dunia hang kena kutuk macam-macam, tapi kat akhirat nanti kita tak masuk neraka. Yang masuk neraka ni manusia dan jin. Binatang macam kita ni tak kena hukum." Panda cuba mententeramkan Babi.

"Aku taulah aku ni najis mughallazah. Haram dimakan. Kalau manusia sentuh aku, depa kena sertu."

"Tapi aku tengok page Dr. Maza, dia kata takyah sertu. Cuma bilas ja."

"Erm... dia ada fatwa dia sendiri. Biaq pi kat dia lah."

"Sat aku nak tanya. Tapi, hang jangan kecik hati lak."

"Tanya ja."

"Dulu, aku ada dengaq. Kat badan hang ni ada kuman. Kalau hang bersentuh dengan manusia, kuman tu akan berpindah ke badan depa. Satu-satunya cara nak matikan kuman tu, kena cuci dengan tanah. Betoi ka?"

"Taktaulak aku. Aku tak ngaji medic. Try hang GOOGLE. Kot-kot ada jawapan. Manusia pun la ni mudah ja. Semua jawapan cari kat Google ja," jawab Babi dengan rileks."Hang pulak, pasaipa depa bawak mai hang dari China?"

"Erm... depa kata nak perbaiki hubungan. Kan, China marah kat Malaysia kes MH370 tu. So, aku ni jadi alat diplomatik la."

"Oh... kalaulah Malaysia jadikan aku alat diplomatik jugak kan baguih."

"Pala hotak hang. Mana boleh. Hang tu tak layak!"

"Huhu. Kecik hati aku."

"Alahai... touching la pulak. Hrm."

"Mana tak touching, Da. Manusia ni, kalau nak maki ... nama aku gak yang depa guna. Kenapa tak maki guna nama hang?"

"Aku haiwan suci. Sentuh takyah sertu. Haha," jawab Panda dengan bangganya.

"Tapi, sebab hang ... negara dah habis berjuta ringgit. Padahal ramai rakyat miskin. Depa nak makan apa?"

"Kalau darurat sangat, makan hang pun boleh. Haha." Panda bergurau. "Sebenarnya, ramai orang taktau... Aku adalah haiwan yang akan pupus. Tak banyak dah spesis Giant Panda macam aku ni. Sebab tu, kalau aku depa letak kat zoo, jumlah pengunjung akan meningkat dan jualan tiket bertambah. Ini dapat menjana ekonomi negara."

"Tapi, teori tu perlukan masa untuk dibuktikan. Bukan mudah rakyat nak faham."

"Sebenarnya, dalam dunia ni cuma ada 12 buah zoo saja yang ada Giant Panda. Semua panda tu mai dari China. Negara lain depa minta kat kerajaan nak bela Panda. Tapi, untuk Malaysia, China yang offer," jelas Panda.

"Malaysia, kot mana pun terpaksa terima jugak. China kan tengah marah kat Malaysia. Kalau Malaysia taknak ambik hang, lagilah parah. Sedangkan hubungan China dan Malaysia sangat penting. Takkan nak alih arah ke Amerika pulak."

"Pandai jugak hang no bab-bab ekonomi ni," puji Panda. "Ingatkan bodo."

"Aku pun baca kat Google. Haha."

"Weh, Bi. Kes DNA hang dalam coklat tu apa citer? Rugi mampuih kilang Cadbury. Tang mana depa nak buang semua coklat tu?"

"Bagi kat hang makan la, mau?"

"Aku okey ja. Binatang tak berdosa makan coklat ada babi. Manusia ja yang berdosa."

"Pandai jugak hang bab hukum ni ek?"

"Aku pun baca Google gak. Haha. Mana la ada masa nak pi jumpa ulama tanya. Asyik terkurung ja dalam sangkaq. Mujur ada smart fon."

"Aku nak tanya satu soalan. Kalau ada kambing terminum susu aku, kiranya manusia halal tak makan kambing tu?"

"Begini. Macam aku cakap. Kambing tak berdosa minum susu hang, Bi. Jadi, ikut hukum Fekah, kambing tu halal dimakan. Tapi, MAKRUH. Dan, ada ulama fatwa MAKRUH TANZIH, MAKRUH TAHRIMI dan ada juga yang fatwa HARAM."

"Kalau manusia taktau dalam makanan depa ada DNA babi, berdosa tak?"

"Dah taktau, takpala. Kalau dah tau, tak kuar fatwa pun depa dah takmau makan."

"Huhu. Jijiknya aku ni."

"Sedaq diri takpa. Haha. Tapi, manusia yang tak bersolat lebih jijik daripada hang, Bi. Umat zaman dulu, kalau langgaq perintah Tuhan, terus ditukaq jadi babi dan kera. Umat akhir zaman ni, Tuhan bagi peluang. Tu pun depa tak sedaq. Bab coklat ada DNA babi, bukan main lagi melatah. Rasuah makan. Aurat dedah. Solat tinggai. Mengumpat, memfitnah ... tu macam makan daging manusia hidup-hidup tau. Manusia tak sedaq semua tu. Bagi depa, yang haram ni BABI ja. Sampai nak sebut dan tulis babi pun, orang akan kata mencarut. Terpaksa sebut khinzir. Padahal sama ja, kan?"

"Aku terpaksa mengaku, ya. Walaupun aku pun rasa sama ada sebut babi atau khinzir, aku tetap jijik."

"Okaylah, Bi. Aku nak logout dulu. Next time kita Whatsapp lagi. Bye."
sekadar hiburan
 
 Generasi muda Melayu akan hidup merempat, ada tanah tak tahu guna
Posted on Wednesday, June 04 @ 14:01:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Terutamanya orang Melayu di Negeri Sembilan ini, tanah kampung dan rumah banyak terbiar, baik yang rizab Melayu atau tanah adat, tetapi tak nampak jalan macamana nak usahakan tanah terbiar, rumah terbiar untuk kediaman generasi muda kita. Memang betullah, Kita Menang Sorak, Kampung Tergadai

GENERASI MUDA BAKAL MENYEWA SAMPAI MATI
4 Jun 2014 – Generasi muda masa kini bakal berhadapan kesukaran untuk memiliki rumah sendiri dan mereka mungkin terpaksa menyewa sehingga ke akhir hayat gara-gara harga rumah di negara ini semakin meningkat.
Penganalisis ekonomi, Prof. Dr. Amir Baharuddin berkata, sepanjang tahun lalu harga rumah di Malaysia dilaporkan telah naik kira-kira 30 peratus berbanding tahun sebelumnya dan ia naik lagi pada suku pertama tahun ini.
“Setiap rakyat Malaysia memerlukan gaji atau pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan untuk melayakkan mereka membuat pinjaman membeli rumah yang kini berharga lebih RM350,000 seunit dan kita kena faham mereka perlu juga menanggung perbelanjaan lain seperti kereta dan makan minum,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
- KOSMO
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Wednesday, June 04 @ 14:01:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 
 Pengalaman Saya Dan Tunku Aziz Tak Sama – Dyana Sofya
Posted on Wednesday, June 04 @ 07:21:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





PETALING JAYA: 
Calon DAP yang kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyifatkan pengalaman beliau dan bekas naib presiden parti, Tunku Abdul Aziz Ibrahim adalah berbeza.

Berikutan itu, Dyana menganggap ramalan Tunku Abdul Aziz bahawa beliau akan meninggalkan parti itu tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi kerana beliau bermula sebagai ahli biasa ketika menyertai DAP.
Beliau juga menganggap DAP sebagai keluarga, bukan parti politik kerana kepemimpinannya menganggap tidak mustahil menjadi rakyat Malaysia sebenar tanpa dibelenggu sifat hikporit.
“Kita mungkin mempunyai perbezaan, tetapi tidak bermakna seseorang perlu meninggalkan keluarganya setiap kali berlakunya perbezaan pandangan.
“Saya mempunyai lebih banyak alasan yang boleh ‘disabitkan’ untuk keluar dari parti berikutan kegagalan dipilih atau dilantik sebagai wakil rakyat.
“Mungkin sekiranya Tunku Aziz menghabiskan lebih banyak masa bersama kami di peringkat akar umbi, beliau turut bersetuju dengan saya,” katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.
Dyana berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tunku Aziz yang meramalkan beliau akan meninggalkan parti tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri ketika bersama DAP.
Peguam berusia 27 tahun itu berkata, pembabitannya dalam parti politik pembangkang itu juga tanpa didorong hasrat untuk dilantik dalam mana-mana jawatan.
“Saya percaya perjuangan DAP ada risiko dan kesannya walaupun prinsipnya untuk memperjuangan semua rakyat adalah tepat,” katanya.
Bagaimanapun katanya, diharapkan tiada pihak menyalahanggap tentang dirinya kerana beliau berbangga menjadi orang Melayu.
“Saya berbangga dengan keturunan dan warisan saya. Bagaimanapun, saya tidak percaya dalam menyalahgunakannya dengan mempersendakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya.
Selain itu, beliau mendakwa slogan ’1Malaysia’ yang diperkenalkan Barisan Nasional (BN) sepatutnya mengalakkan semangat rakyat Malaysia bukan menjurus kepada kepentingan politik.

 1 September, Subsidi Petrol Dihapuskan Bagi Pemilik Kereta 2000cc Ke Atas
Posted on Wednesday, June 04 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Bukan saja kereta yang 2000cc keatas tak dapat subsidi petrol Ron95 selepas 1 September, tapi individu yang berpendapatan RM5000 keatas juga dikatakan akan menerima nasib yang sama..

Lepas tu, pembelian minyak petrol hanya boleh dibuat melalui kad pembelian minyak yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan ianya hanya dihadkan kuota sebanyak 300 liter.

Gua terbaca info ni dalam Sinchew Daily dan juga MalaysiaGazzete. Kalau betul kerajaan akan buat macam ni.., nampaknya makin ramai lah rakyat yang marah pada kerajaan..

Rasanya.., individu yang berpendapatan RM5000 tak lah sekaya mana pun sekarang ni kalau nak dibandingkan dengan keadaan 10 - 15 tahun lepas.. Tolak segala bagai pemotongan dan juga perbelanjaan.., berapa sangat yang tinggal beb..?

Dan berapa ramai rakyat Malaysia yang pakai kereta 2000cc keatas walaupun pendapatan dorang bukannya RM5000..? Dan kalau gaji tak sampai RM5000 tapi pakai kereta 2000cc.., macam mana pulak nak kira tu beb?

Semua ni poyo je sebenarnya! Kalau betul nak jaga subsidi minyak yang diberikan oleh kerajaan, patutnya pihak KPNKK kena jaga betul-betul sempadan negara dari dibolosi oleh penyeludup minyak.

Itu lagi berkesan sebab banyak je warga asing yang selalu keluar masuk sempadan semata-mata untuk isi minyak Malaysia atau seludup balik ke negara dorang..

Lagi satu.., boleh jamin ke kad pembelian minyak tu takkan jadi mangsa klon atau disalah guna oleh puak-puak yang tak bertanggung jawab? Semua ni kena fikir elok2 beb sebelum kerajaan buat apa2 dasar..

Jangan nanti dasar yang dibuat akan memburukkan lagi imej kerajaan memerintah walaupun niat sebenarnya baik.. Tapi diburukkan oleh pembuat dasar yang agak bangang!

Hanya mereka yang mempunyai pendapatan kurang RM5,000 dan membawa kenderaan kurang daripada 2,000 cc layak menikmati pembelian bahan api bersubsidi secara sepenuhnya.

Di bawah pendekatan baharu yang akan dilaksanakan mulai September ini, pemilik kenderaan yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 pula diperuntukkan kuota petrol RON95 dan diesel bersubsidi sebanyak 300 liter.

Sebaik menghabiskan kuota 300 liter, pemilik kenderaan berkenaan tiada pilihan melainkan membeli bahan api mengikut harga pasaran.

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan RM10,000 ke atas pula, mereka dijangka tidak akan dibenarkan membeli petrol atau diesel menggunakan harga subsidi.

Sinchew Daily yang memetik sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melaporkan, pemilik kenderaan di bawah 2,000 cc juga dijangka dapat membeli bahan api bersubsidi.

Di bawah sistem baharu tersebut, semua warga asing dan kereta asing tidak dibenarkan membeli bahan api bersubsidi.

Akhbar tersebut turut melaporkan, kerajaan sedang mengkaji sama ada mahu memasukkan fungsi pembelian minyak ke dalam MyKad atau mengeluarkan kad baharu untuk membolehkan pembelian bahan api bersubsidi dilakukan.

"Pemilik kenderaan tidak kira individu atau syarikat mungkin perlu menyerahkan maklumat peribadi seperti laporan cukai supaya kad pembelian minyak boleh dikeluarkan.

"Kad ini menunjukkan nama pemilik kenderaan, alamat dan kuota minyak subsidi yang dibenarkan.

"Ketika mengisi minyak, pemilik kenderaan perlu mengimbas kad terlebih dahulu untuk membeli minyak pada harga subsidi," demikian lapor akhbar tersebut.

Menurut sumber, penggunaan kad minyak yang khusus akan memudahkan kerajaan menjejak den merekodkan kadar penggunaan bahan api oleh pemilik kenderaan.

Sumber itu bagaimanapun berkata, memandangkan pendekatan baharu hanya dilaksanakan pada September, maka kerajaan belum membuat keputusan muktamad dan mungkin membuat perubahan selari dengan cadangan pihak berkepentingan.

Kerajaan sebelum ini dilaporkan akan memperkenalkan satu sistem baharu penjualan diesel dan petrol bersubsidi kepada pemilik kenderaan yang layak secara berperingkat mulai 1 September ini ~ MalaysiaGazett

Sumber link

 MH370: Saintis kaji bunyi misteri dikesan di selatan India
Posted on Wednesday, June 04 @ 07:15:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



KUALA LUMPUR: Sekumpulan saintis antarabangsa sedang mengkaji satu bunyi misteri berfrekuensi rendah bawah laut yang dikesan pada masa yang sama ketika pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dilaporkan dikesan kali terakhir oleh radar satelit.

Bunyi terbabit dikatakan berasal dari selatan negara India.


Ia percayai telah merentasi Lautan Hindi dan telah dikesan oleh dua alat penerima (receiver) sekitar pesisiran pantai dan selatan Perth, Australia, lapor laman berita United Kingdom, Telegraph.

Namun lokasi asal isyarat itu adalah hampir lima ribu kilometer dari barat laut Australia, yang mana lokasinya tidak sama dengan lokasi carian MH370 di Australia yang dibuat berdasarkan data satelit Firma British, Inmarsat sebelum ini.

Walau bagaimanapun, kekuatan bunyi tersebut adalah di luar lingkungan pendengaran manusia.

Telegraph turut memetik laporan New York Times yang menemubual Ahli Sains Marin dari Universiti Curtin, Alec Duncan mengenai bunyi tersebut.

Duncan berkata beliau menganggarkan hanya terdapat 25 hingga 30 peratus peluang untuk bunyi tersebut datang dari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac yang lalu.

“Hanya 25 hingga 30 peratus kebarangkalian bunyi tersebut datang dari pesawat MH370, walaupun rendah namun berbaloi untuk dikaji” kata Duncan kepada New York Times.

Kata Duncan lagi, bunyi tersebut telah dikesan oleh alat penerima yang biasanya beroperasi untuk memantau aktiviti ikan paus.

Sementara itu, dalam laporan yang sama dari Telegraph menyatakan bahawa seorang wanita British, Katherine Tee, 41 memberitahu Thailand Gazette  bahawa dia dan suaminya ada terlihat sebuah pesawat terbakar ketika belayar dari Lautan Hindi ke Thailand.

Tee mendakwa kejadian berkenaan disaksikan olehnya pada 8 Mac namun hanya membuat laporan mengenainya pada keesokan harinya.

“Ketika itu saya nampak sebuah pesawat terbakar, seluruh badan pesawat diselubungi api yang marak dan asap hitam berkepul-kepul.

“Saya fikir mungkin saya hilang akal seketika, objek tersebut menarik perhatian saya. Ia kelihatan berwarna jingga terang dan bersaiz lebih panjang dari kapal terbang biasa” beritahu Tee kepada Thailand Gazette.

Menurut Tee lagi, pada masa yang sama dia terlihat pesawat lain berdekatan dan menyangka mereka pasti telah membuat laporan berkenaan pesawat yang terbakar itu.

“Ada dua pesawat di bawah kapal terbang yang terbakar itu, dan mereka bergerak ke arah lain ketika itu. Mereka mempunyai lampu navigasi normal.  Saya masih ingat ketika itu saya terfikir bahawa dua pesawat tersebut pasti sudah melaporkan mengenai kapal yang terbakar itu” cerita Tee lagi.

Pada 29 Mei, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) menyimpulkan bahawa pesawat MH370 tidak hilang di kawasan empat isyarat ping dikesan sebelumi ini.

Kawasan laut dalam di Lautan Hindi yang menjadi tumpuan operasi pencarian pesawat MH370 selepas empat isyarat ping yang dipercayai datang dari kotak hitam  pesawat diiystiharkan sebagai bukan kawasan pesawat MH370 hilang.

ASTRO AWANI


 Adakah Makmal Kementerian Kesihatan tiada lesen punca kecoh isu Cadbury?
Posted on Tuesday, June 03 @ 20:05:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



"

Apa sebenarnya punca isu Cadbury ini? Adakah JAKIM sebelum ini menggunakan makmal Kementerian Kesihatan yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Standard Malaysia? Apakah mungkin Cadbury boleh menyaman JAKIM  berbillion ringgit kerana menggunakan makmal yang kerajaan Malaysia sendiri tidak iktiraf?

Apakah apabila JAKIM menyedari kesilapan mereka, cepat-cepat mereka hantar sampel ke Jabatan Kimia?
Semakan di laman web Jabatan Standard Malaysia mendapati hanya 12 makmal dari ratusan makmal di seluruh Malaysia yang diiktiraf atau layak untuk membuat ujian Nucleic Acid atau DNA dan tiada satu pun Jabatan/Kementerian Kesihatan yang boleh buat ujian DNA.
Harap JAKIM berterus terang dalam isu ini, siapa yang buat silap sebenarnya?
Kita boleh semak sendiri makmal yang boleh ujian DNA atau Nucleic Acid di http://www.standardsmalaysia.gov.my/directory/testing-lab
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Tuesday, June 03 @ 20:05:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Tiada ulasan: