Gadis Dicekup Tanpa Pakaian Berzina Dalam Surau
Written By canang on Selasa, 24 Jun 2014 | 6/24/2014 07:10:00 PTG
Seorang pekerja salun kecantikan di Taman Ipoh Jaya Timur, Rapat Setia, di Ipoh, yang dipercayai melakukan maksiat bersama seorang lelaki dicekup majikannya dalam keadaan tidak berpakaian di premisnya bekerja, awal pagi kelmarin.
Lebih memalukan, pekerja wanita berusia 23 tahun dan baru enam bulan bekerja di spa terbabit terkantoi melakukan perbuatan terkutuk itu bersama pasangannya yang berusia 25 tahun di dalam surau spa itu.
Menurut pemilik spa dikenali sebagai Yaya, 27, dia menangkap pekerjanya itu ketika bersama beberapa pekerja lain mahu menyimpan barang di kedainya jam 5 pagi kerana pembekal terpaksa menghantar barang awal pagi berikutan cuti Krismas.
“Saya hampir pitam akibat terkejut melihat pekerja terbabit bersama pasangan lelakinya tidur dalam keadaan bogel sebaik membuka pintu surau ditingkat atas kedai.
“Pasangan terbabit hanya menyedari kehadiran kami selepas dikejutkan beberapa kali dan sebaik tersedar, saya menyuruhnya memakai pakaian sebelum melaporkan kejadian berkenaan kepada polis,” katanya.
Yaya berkata, sementara pasangan terbabit memakai pakaian, dia bersama yang lain menunggu kehadiran polis ditingkat bawah, namun kedua-duanya lesap melarikan diri mengikut koridor ditingkat atas meninggalkan kereta di depan kedai.
Katanya, melihat kekecohan, beberapa jiran datang dan memeranjatkan apabila ada jiran mendakwa perbuatan maksiat dilakukan pekerja wanita warga tempatan itu berlarutan sejak lima bulan lalu.
“Jiran mendakwa hampir setiap malam terutama lewat malam dan awal pagi, ada lelaki datang ke spa kami, sedangkan perniagaan kami hanya beroperasi dari jam 11 pagi hingga 7 petang.
“Menurut jiran, lelaki yang datang pada waktu malam bukan seorang, tetapi ramai menaiki pelbagai kereta,” katanya.
Yaya berkata, pekerja berkenaan memecah masuk pusat kecantikannya lewat malam kelmarin, mengambil barangannya yang ditinggalkan di spa dan pasangannya mengambil kereta yang ditinggalkan.
Menurutnya, dia tidak sangka pekerja yang diberi kepercayaan menjaga premis termasuk diberi kunci tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu di premis perniagaan mereka.
“Sejak dua tahun beroperasi di sini, kami menjalankan rawatan kecantikan terutama pasangan pengantin dan salun rambut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong, mengesahkan mengenai kejadian dan pihaknya sudah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian serta menjalankan siasatan bagi mengesan pekerja wanita itu.sumber
KADAR JENAYAH MENINGKAT TANDA HILANG BERKAT
Pemimpin yang adil akan memberikan kesan kebaikan dan keamanan kepada kehidupan rakyat jelata. Malik bin Dinar dan selainnya meriwayatkan bahawa pada zaman pemerintahan 'Umar bin 'Abd al-'Aziz berkat keadilannya sehinggakan serigala pun tidak mengganggu kambing ternakan . Para pengembala kambing yang tidak tahu bahawa pemerintah yang baru iaitu 'Umar bin 'Abd al-'Aziz telah memegang tampok kuasa, mereka bertanya: "Siapakah orang soleh yang memegang jawatan khalifah sekarang? Berkat keadilannya telah menyelamatkan ternakan kami dari serigala"

Ertinya keadilan yang tulus dari pemimpin akan menyebabkan kadar
jenayah menurun dan rakyat merasa aman hidup dalam sesebuah
pemerintahan.
Apabila jenayah meningkat sehingga bukan sahaja serigala menyerang ternakan, bahkan ibubapa dan anak-anak menjadi penjenayah yang mengancam kehidupan satu sama lain apatahlagi jiran dan masyarakat sekeliling, ertinya tiada nilai keadilan yang diberkati Allah dalam sesebuah masyarakat. Ia satu amaran kepada kita semua.
Ini bererti adanya penyelewengan yang Allah murka terhadap tanggungjawab keadilan dan amanah sedang berlaku. Ini selaras dengan firman Allah:
وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا
(maksudnya) "Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (atau jadi jadikan) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat atau menguasai keadaan negeri), lalu mereka melakukan kefasikan padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.(Surah al-Isra' ayat 16)
Ibn 'Abbas menafsirkan ayat ini dengan maksud Allah jadikan golongan yang kaya-raya menguasai negara ataupun negeri lalu mereka melakukan kemungkaran ataupun penyelewengan maka azab Allah pun diturunkan.
Semoga setiap kita berhati-hati dengan perkembangan jenayah mutakhir yang sering mengancam keamanan kehidupan rakyat. Hanya keadilan yang Tuhan berkati sahaja yang mampu menyelamatkan kita.
.

Tuesday, 24 June 2014
Tembelang Pejuang Tegar Bangsa Melayu Terbongkar..
"Hari ini saya boleh mengesahkan ahli Parlimen Pasir Salak adalah
pemimpin Umno yang mempunyai pegangan minoriti dalam konsesi penswastaan
UiTM kampus cawangan Tapah," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Rafizi berkata, konsesi penswastaan UiTM cawangan
Tapah dianugerahkan kepada UniTapah Sdn Bhd dengan konsesi selama 23
tahun untuk membina dan menyewakan kembali kampus itu kepada UiTM.
Beliau mendakwa, salah seorang pengarah UniTapah Sdn Bhd ialah Sri Rahayu Tajuddin, iaitu anak kepada Tajuddin.
"Sri Rahayu juga pernah menjadi setiausaha Umno Bahagian Pasir Salak yang diketuai oleh Tajuddin.
"Ini mengulangi perkara yang sama dalam konsesi penswastaan kampus
cawangan UiTM lain apabila setiap syarikat konsesi turut mempunyai
kaitan dengan pemimpin Umno atau ahli perniagaan yang rapat dengan
Umno," katanya.
Rafizi berkata, seorang lagi pengarah dalam UniTapah Sdn Bhd yang
mempunyai hubungan dengan Tajuddin adalah Vignesh Naidu Kuppusamy Naidu
melalui usahasama perniagaan bersama di antara mereka.
"Selain UniTapah Sdn Bhd, Tajuddin dan Vignesh Naidu mempunyai hubungan
melalui sebuah syarikat pembinaan iaitu Everfine Resources Sdn Bhd yang
mana Tajuddin adalah pengerusinya dan Vignesh Naidu pengarah syarikat
itu.
"Kepentingan beliau dalam syarikat konsesi ini dipegang melalui sebuah syarikat iaitu Detik Utuh Sdn Bhd.
"Syarikat itu mempunyai kepentingan sebanyak 9.8% dalam UniTapah Sdn Bhd
manakala saham selebihnya dipegang oleh sebuah syarikat pembinaan yang
disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur iaitu Crest Builder Holdings Berhad
(melalui Crest Builder International Sdn Bhd)," katanya.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Tajuddin memiliki 450,000 saham di
dalam Detik Utuh Sdn Bhd, menjadikan beliau pemegang saham terbesar.
Rafizi berkata, saham selebihnya dimiliki oleh Vignesh Naidu (150,000 saham) dan Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd (400,000 saham).
Obata-Ambak Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang dikawal oleh keluarga isteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Pengarah di dalam Detik Utuh Sdn Bhd adalah individu yang rapat dengan
Tajuddin iaitu anaknya sendiri, Sri Rahayu dan kenalan perniagaan beliau
iaitu Vignesh Naidu dan Haniff Mahmood.
"Walaupun pegangan Tajuddin tidak sebesar pegangan ahli politik Umno
lain dalam konsesi yang saya dedahkan sebelum ini, ia mengesahkan setiap
konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM menguntungkan
sekurang-kurangnya ahli politik Umno dengan bayaran sewa yang cukup
membebankan rakyat," katanya.
Rafizi sejak minggu lalu melakukan pendedahan beberapa individu yang
mempunyai kaitan dengan Umno memiliki konsesi penswastaan UiTM di
seluruh negara. ~tmi
Tak Cukupkah Gaji RM2,327.81 Sebulan Untuk 2 Orang Anak?
Tak Cukupkah Gaji RM2,327.81 Sebulan Untuk 2 Orang Anak? - Kat
Facebook siap boleh main Candy Crush, masih boleh bergaya dan bersolek
tapi anak sendiri teruk diabaikan hingga kebuluran. Takkan gaji
RM2327.81 tak cukup untuk menyira dua orang anak???
habeh duit beli bulu mata palsu kot... hehehe
Menerusi Harian Metro hari ini, majikan kepada Lola, 40, ibu kepada
remaja orang kelainan upaya [OKU] iaitu Muhammad Firdaus Dullah
mendedahkan bahawa wanita tersebut tidak pernah memberitahu kesempitan
hidup yang dialaminya kepada majikannya malah dia terlalu berahsia.
Majikannya yang bernama Ahmad Reza Kamaruddin, pengurus kanan Modal
Insan Brahim's Airlines Chatering [BAC] memberitahu, Lola menerima gaji
kasar sebanyak RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38 berkhidmat
sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun yang lalu.
Gossipanas faham dengan gaji sebegitu, apatahlagi hidup di bandar besar
dan datang dari jauh untuk mencari rezeki, tidak mungkin mencukupi untuk
menyara hidup, tapi pihak BAC ditempat kerjanya juga ada menyediakan
khidmat pekerja kepada ahlinya. Kalau tak mampu jaga, kenapa buat macam
tu? rasanya ada banyak pihak yang boleh mambantu.
Apapun, semoga isu ini menjadi pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia - Gossipanas.blogspot.com
5:32PM - 24 Jun 2014
Najib beri bayangan rombakan Kabinet
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi bayangan tentang
rombakan kabinet, menyatakan pelancaran KLIA2 di Sepang hari ini mungkin
adalah yang terakhir dihadiri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan.
"Ini mungkin majlis rasmi terakhir anda sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan," katanya secara berseloroh pada majlis pelancaran KLIA2.
Hishammuddin turut hadir pada majlis pelancaran KLIA2, terminal bagi syarikat penerbangan tambang rendah.
Spekulasi tentang rombakan kabinet menjadi bualan hangat akhir-akhir ini berikutan desas-desus bahawa Najib perlu melakukannya untuk membawa masuk pemimpin daripada MCA dan Gerakan.
- Bernama

Dihukum mati: Ini jawapan Badie kepada hakim
Posted on Tuesday, June 24 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
KUALA LUMPUR: Semasa perbicaran semalam, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr Mohammed Badie yang dijatuhkan hukuman mati oleh sebuah mahkamah tentera, mengeluarkan kata-kata yang cukup memberi inspirasi kepada pejuang agama Allah.
Dalam satu kenyataan kepada hakim, pemimpin berusia 71 tahun itu berkata hukuman mati sedikitpun tidak menakutkan beliau, tetapi beliau cuma kecewa kerana tiada lagi keadilan di bumi Mesir.
"Hukuman mati tidak menakutkan saya. Saya tidak takut menghabiskan seluruh hidup saya di penjara. Jihad terbaik adalah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim.
"Saya mengadu kepada Allah tentang tiada lagi keadilan. Saya bertukar dari mangsa kepada tertuduh di bawah rejim rampasan kuasa tentera.
"Anak lelaki saya, Ammar dibunuh dan kejadian itu tidak pula pernah disiasat atau dibawa ke mahkamah mereka yang bertanggungjawab untuk jenayah itu," katanya dipetik Ikhwanweb.com.
Mohamed Badie dijatuhkan hukuman mati dalam satu perbicaraan tanpa kehadiran beliau dan tidak diberi peluang untuk membela diri.
"Ini adalah ibu segala ketidakadilan, terutamanya apabila pendakwa mengenakan tuduhan rekaan kepada saya dan tertuduh yang lain," katanya lagi.
Mohamed Badie dituduh menyerang dan membakar ibu pejabat polis Odoua di wilayah Minya, serta membunuh seorang anggota polis pada Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun ketika kejadian, Mohamed Badie dikatakan berada di Kaherah dan bukannya di Minya.
Sehingga kini 1,100 penyokong Presiden Dr Mohamad Morsi telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah dibawah rejim rampasan kuasa Mesir. - HARAKAHDAILY 24/6/2014

Tiada ulasan:
Catat Ulasan