DUN Selangor lulus usul 'bersejarah'
Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh memuji pembangkang kerana mengemukakan
"usul penting dan bersejarah" – yang buat julung kalinya diluluskan di
persidangan Dewan hari ini.
Usul berkenaan dibentangkan oleh Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) yang mencadangkan agar kerajaan negeri menyiasat dan menghentikan serta-merta projek pembangunan tanpa kebenaran merancang.
"Syabas saya ucapkan kepada ADUN Jeram yang membawakan usul yang penting kepada rakyat Selangor.
"Ini yang saya mahukan dalam politik Selangor, dan bukannya hanya membawakan usul kaum dan agama," kata Yeoh.
Amiruddin ketika mengemukakan usul tersebut berkata, projek seperti itu berbahaya kerana boleh menjejaskan keselamatan rakyat.
"Ini amat penting kerana pembangunan yang tidak terancang dan terkawal boleh menyebabkan masalah banjir kilat, hakisan dan tanah runtuh yang membahayakan keselamatan rakyat," kata Amiruddin yang juga timbalan ketua pembangkang.
PERISYTIHARAN darurat oleh penjajah British pada 18 jun 1948 mengundang mala petaka yang amat dahsyat terhadap rakyat negara ini.
Semua partai politik kecuali Umno dan pertubuhan yang memperjuangkan kemerdekaan diharamkan. Ribuan pejuang kemerdekaan yang berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara dan khemah-khemah tahanan.
Tidak sedikit pejuang kemerdekaan setelah ditangkap diseksa dengan kejam dan ramai yang ditamatkan riwayat ditali gantung.
Rakyat menjadi hamba yang dibelenggu dengan pelbagai undang-undang yang menyekat hak untuk hidup sebagai insan yang bermaruah di tanah air sendiri.
Perintah berkurung dikuatkuasakan di seluruh negara.
Di beberapa daerah perintah berkurung dikuatkuasakan 24 jam selama beberapa hari. Keadaan ini telah menyebabkan ramai rakyat terutama kanak-kanak dan orang-orang tua kebuluran.
Ribuan rakyat telah dipindahkan ke penempatan baru yang dipagar kawat berduri dengan kawalan yang amat ketat.
Berpuluh-puluh penempatan baru yang merupakan penjara telah diwujudkan di seluruh negara. Kampung Jenderam, sebuah perkampungan Melayu berhampiran pekan Kajang telah dimusnahkan. Rumah dan sawah ladang mereka dibakar hangus. Haiwan ternakan ditembak kejam.
Penduduknya di tengah malam ditangkap dan disumbatkan ke dalam lori-lori tentera British, dibawa ke perhentian kereta api Kuala Lumpur untuk dihantar ke Johor dan dikurung di khemah tahanan Majidee, Johor Bahru.
Peristiwa hitam ini telah menyebabkan kebebasan hidup sebagai insan musnah sama sekali.
Ternyata perisytiharan darurat pada 18 Jun 1948, merupakan mala petaka yang amat dahsyat dan telah menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan kehidupan rakyat.
Persoalannya..., apakah peristiwa hitam, “Belasungkawa Negara” ini akan dibiarkan hanyut oleh masa begitu saja? - HARAKAHDAILY 18/6/2014
Beliau mengemukakan usul tersebut mengikut Peraturan 26, Peraturan-peraturan Tetap DUN Selangor, sebelum ucapan penangguhan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Persidangan Dewan untuk penggal kali ini ditangguhkan pada jam 4.55 petang.
KUALA LUMPUR: Kerajaan dilihat bersikap pilih kasih dalam operasi perobohan antara rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan dengan premis yang sedang dalam pembinaan.
Seorang pembaca menghubungi Harakah memberitahu operasi merobohkan sebuah bangunan batu di Jalan Pantai Baharu, 3 Jun lalu mulanya didatangi jentolak dengan tidak kurang 10 kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL).
"Saya sempat ambil gambar ketika penguatkuasa mereka datang mahu meroboh jam 10.30 pagi itu tapi tak jadi selepas berlaku rundingan dengan pemilik restoran itu.
"apakah yang berlaku semasa rundingan tersebut? Bagaimana dapat sambung air bermeter? Bumbung pula masuk rizab jalan. Bomba sudah tentu susah nak buat pusingan," ujarnya yang juga seorang pesara.
Tinjauan Harakah petang semalam (17 Jun) di lokasi tersebut yang terletak kurang 20 meter dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Pantai Baharu mendapati terdapat beberapa buruh sedang meneruskan kerja di bangunan dua tingkat itu.
Kelihatan juga semburan cat "ROBOH 03/06/14 PTGWPKL" pada premis yang difahamkan di atas tanah rizab kerajaan telah dipadamkan.
"Saya geram kerana rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan dan sekitar Sungai Gombak itu begitu cepat diroboh tetapi bangunan ini tidak jadi pula," ujar pelapor itu lagi. HARAKAHDAILY 18/6/2014
KUALA LUMPUR: Tindakan Dewan Rakyat menolak petisyen rayuan peneroka Felda yang menuntut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengeluarkan lesen pekebun kecil kepada peneroka dilihat kerajaan boleh menekan peneroka pada masa akan datang.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyatakan demikian sejurus selesai perhimpunan petisyen rayuan berkenaan kepada Dewan Rakyat di luar lobi Parlimen yang turut dihadiri 200 peneroka Felda Jengka, Keratong, Cini, Kota Gelanggi, Palong, Mempaga, Bukit Tajau, Bukit Damar, Sungai Koyan, Lurah Bilut, Sungai Tekam, Kemahang, Sungai Relang dan Kampung New Zealand.
"Rayuan ditolak kerana kerajaan tidak mahu melihat rakyat terutamanya peneroka memperolehi taraf hidup yang lebih baik, kerajaan mahu rakyat terus bergantung hidup kepada Felda.
"Kerajaan mahu tradisi kemiskinan ini berterusan agar kebergantungan hidup kepada kuasa politik dapat mereka lakukan," jelasnya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.
Katanya lagi, apabila tidak mampu untuk menaikkan taraf hidup rakyat sepatutnya kerajaan perlu memberi peluang peneroka untuk menentukan kehidupan masa depan mereka.
"Peneroka menuntut lesen pekebun kecil untuk membolehkan mereka menjual sendiri kepada mana-mana kilang yang menawarkan harga yang tinggi dan sepatutnya kerajaan membenarkan permohonan tersebut.
"Ini tidak, kerajaan ingin terus mencengkam peneroka untuk melihat peneroka terus hidup dalam keadaan menaruh harap kepada pemberian kerajaan.
"Jelas kerajaan tidak prihatin tentang rintihan rakyat, walaupun mereka hadir merayu agar suara hati mereka didengari tetapi semuanya ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat atas alasan yang tidak munasabah," sambung beliau lagi.
Beliau turut menyambut baik keberanian para peneroka dalam menuntut hak mereka.
"Apa yang berlaku hari ini adalah satu perkembangan baik dalam sistem demokrasi, peneroka berani bangkit dalam menuntut hak mereka," kata beliau. - HARAKAHDAILY 18/6/2014

'Saya minta Speaker dengar sahaja luahan rakyat ini'
KUALA LUMPUR:
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini
menolak petisyen peneroka Felda yang menuntut Lembaga Minyak Sawit
Malaysia (MPOB) memberi lesen persendirian kepada mereka.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah memohon agar dewan mempertimbangkan semula petisyen itu untuk memberi ruang isu itu dibahaskan selepas pelbagai usaha telah dibuat.
"Saya minta Speaker dengar sahaja luahan rakyat ini, kita mohon untuk berbahas," kata Sivarasa.
Sivarasa yang mengemukakan peraturan mesyuarat sebaik sahaja sesi soal jawab berakhir jam 11.30 pagi.
"Jika permohonan YB itu diterima bermakna saya sendiri sudah melanggar peraturan mesyuarat.
"Keputusan sudah dibuat dengan alasan yang jelas. Apabila keputusan Speaker dibuat dan ada pertikaian ianya tidak dihormati. Budi bicara ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya," tegas Pandikar.
Dalam pada itu, Pandikar mensyorkan agar perkara itu dibawa ke dalam usul dan ianya boleh dibahaskan panjang lebar.
Cadangan itu dipersoalkan oleh Sivarasa dan membayangkan usul itu nanti akan ditolak oleh Speaker.
Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali yang tidak berpuas hati dengan penjelasan Pandikar turut bangun dan mempersoalkan alasan menolak petisyen itu.
"Alasan Tan Sri lebih kepada pandangan kerajaan. Apakah tidak boleh dengar pula pandangan dan keluhan di bawah?
"Tan Sri, kita membawa perkara ini untuk dengar keluhan peneroka, mereka terbeban. Dengarlah petisyen rakyat!" jelas Azmin.
Bahkan tegas Azmin adalah menjadi tanggungjawab ahli parlimen baik Pakatan Rakyat atau BN membawa suara dan rayuan rakyat.
"Apakah membawa petisyen ini melanggar peraturan mesyuarat?" bidas Azmin.
Hujahan bertalu-talu daripada Azmin membuatkan Pandikar semakin bertegas dan berkali-berkali mengarahkan Azmin agar duduk. Azmin akur.
Semalam, dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat iaitu N Surendran (Bagan Serai) dan Fuziah Salleh (Kuantan) dihalau keluar dewan kerana tidak mendengar arahan Pandikar supaya duduk.
Mereka membawa petisyen rakyat berhubung projek Lynas di Kuantan. - HARAKAHDAILY 18/6/2014

Umat Islam Sri Lanka dibiarkan diserang
KUALA LUMPUR:
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) akan mengaturkan beberapa
perjumpaan dengan pihak-pihak yang berkenaan seperti Kedutaan Sri Lanka
di Malaysia dan pemimpin dan persatuan agama Buddha di Malaysia bagi
menyatakan keprihatinan Abim berkaitan isu keganasan terhadap umat Islam
negara itu.
"Abim juga berharap agar pihak yang berautoriti di Sri Lanka dapat mengambil tindakan yang sewajarnya agar kecenderungan untuk menerima hakikat kepelbagaian agama ini dapat dikawal," ujar Setiausaha Biro Antarabangsa Abim, Syahrir Azfar Saleh dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) prihatin serangan terhadap umat Islam di Sri Lanka.
Serangan yang berlaku di pekan bahagian barat daya Sri Lanka seperti Alutgama dan Beruwala melibatkan kumpulan ekstrem kanan Buddha bernama Bodu Bala Sena menyebabkan 3 orang terbunuh dan 78 orang tercedera.
Beberapa buah rumah dan kedai juga terbakar akibat serangan yang berlaku pada hari Ahad lepas.
Masjid juga tidak terlepas dari menjadi sasaran. Insiden ini dikutuk hebat oleh komuniti Islam di Sri Lanka dan seluruh dunia kerana kerajaan Sri Lanka membiarkan kumpulan Bodu Bala Sena ini menganjurkan protes yang akhirnya memburuk menjadi pergaduhan antara agama.
Beberapa pemimpin Islam dalam kerajaan seperti Rauf Hakeem, Menteri Kehakiman mengancam untuk meletak jawatan sekiranya tindakan tegas tidak diambil terhadap pencetus kekecohan.
Menurut saksi orang tempatan, polis tidak berbuat apa-apa dalam melindungi mangsa dari serangan pengganas.
Polis ada menembak gas pemedih mata dan mengumumkan darurat di beberapa kawasan sekitar 60 kilometer dari selatan ibu negara, Colombo, namun keganasan terus berlaku dalam beberapa jam.
Kini situasi kembali tenang namun darurat terus berjalan sebagai langkah berjaga-jaga. Kawasan kejadian juga adalah tempat peranginan popular namun belum ada laporan pelancong terjejas.
Perdana Menteri, Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa sudah membuat kenyataan melarang sesiapa daripada bertindak di luar undang-yundang dan sudah mengarahkan polis untuk membuat siasatan. Serangan ini adalah ulangan dari insiden yang berlaku pada Januari lalu dan tahun lepas apabila masjid diserang.
Insiden keganasan terhadap minoriti agama telah berlaku beberapa kali di Sri Lanka melibatkan orang Kristian, Islam dan Hindu. Orang Islam di Sri Lanka berjumlah 10 peratus dari 20 juta rakyat.
Justeru, Abim akan mengambil beberapa tindakan bagi menyebarluaskan kefahaman mengenai persefahaman agama melalui program-program seminar dan perbincangan meja bulat antara agama yang akan dianjurkan oleh Grup Pemuda Antara Agama Abim (YIGA).
Selain itu, Abim juga akan mengaturkan beberapa perjumpaan dengan pihak-pihak yang berkenaan seperti Kedutaan Sri Lanka di Malaysia dan pemimpin dan persatuan agama Buddha di Malaysia bagi menyatakan keprihatinan Abim berkaitan isu ini.
Abim juga berharap agar pihak yang berautoriti di Sri Lanka dapat mengambil tindakan yang sewajarnya agar kecenderungan untuk menerima hakikat kepelbagaian agama ini dapat dikawal dan penduduk minoriti Sri Lanka yang pelbagai agama dapat merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada warganegara tersebut. - HARAKAHDAILY 18/6/2014

18 Jun 1948: Kampung Jenderam dibakar hangus
PERISYTIHARAN darurat oleh penjajah British pada 18 jun 1948 mengundang mala petaka yang amat dahsyat terhadap rakyat negara ini.
Semua partai politik kecuali Umno dan pertubuhan yang memperjuangkan kemerdekaan diharamkan. Ribuan pejuang kemerdekaan yang berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara dan khemah-khemah tahanan.
Tidak sedikit pejuang kemerdekaan setelah ditangkap diseksa dengan kejam dan ramai yang ditamatkan riwayat ditali gantung.
Rakyat menjadi hamba yang dibelenggu dengan pelbagai undang-undang yang menyekat hak untuk hidup sebagai insan yang bermaruah di tanah air sendiri.
Perintah berkurung dikuatkuasakan di seluruh negara.
Di beberapa daerah perintah berkurung dikuatkuasakan 24 jam selama beberapa hari. Keadaan ini telah menyebabkan ramai rakyat terutama kanak-kanak dan orang-orang tua kebuluran.
Ribuan rakyat telah dipindahkan ke penempatan baru yang dipagar kawat berduri dengan kawalan yang amat ketat.
Berpuluh-puluh penempatan baru yang merupakan penjara telah diwujudkan di seluruh negara. Kampung Jenderam, sebuah perkampungan Melayu berhampiran pekan Kajang telah dimusnahkan. Rumah dan sawah ladang mereka dibakar hangus. Haiwan ternakan ditembak kejam.
Penduduknya di tengah malam ditangkap dan disumbatkan ke dalam lori-lori tentera British, dibawa ke perhentian kereta api Kuala Lumpur untuk dihantar ke Johor dan dikurung di khemah tahanan Majidee, Johor Bahru.
Peristiwa hitam ini telah menyebabkan kebebasan hidup sebagai insan musnah sama sekali.
Ternyata perisytiharan darurat pada 18 Jun 1948, merupakan mala petaka yang amat dahsyat dan telah menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan kehidupan rakyat.
Persoalannya..., apakah peristiwa hitam, “Belasungkawa Negara” ini akan dibiarkan hanyut oleh masa begitu saja? - HARAKAHDAILY 18/6/2014
PT3: Apa jaminan guru, pelajar tidak bermasalah
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan digesa memberi
jaminan bahawa sistem penilaian PT3 yang menggantikan peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi pelajar tingkatan tiga tidak
mendatangkan masalah.
Ini kerana, menurut Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan sistem pendidikan yang dilaksanakan sebelum ini banyak mengundang masalah sama ada kepada guru-guru mahupun pelajar.
"Akhirnya, anak-anak kita gagal peperiksaan kerana tidak boleh menguasai pelajaran, seterusnya mungkin anak-anak kita terpaksa diberi lulus.
"Apakah PT3 tidak memberi masalah kepada guru dan pelajar?" katanya ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.
Tambahnya, kerajaan juga patut segerakan sesi penjelasan sistem PT3 kepada guru-guru, pelajar dan ibu bapa memandangkan ramai dalam kalangan mereka belum faham dengan sistem baru itu.
"NUTP sendiri menggesa kementerian segera buat penerangan dan latihan PT3 kepada guru dan ketua jabatan," katanya.
Kenyataan NUTP itu, jelasnya menunjukkan pemahaman sistem penilaian PT3 di peringkat paling rendah.
Sistem PT3 mula diperkenalkan pada April lalu bagi menggantikan PMR. - HARAKAHDAILY 18/6/2014
Ini kerana, menurut Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan sistem pendidikan yang dilaksanakan sebelum ini banyak mengundang masalah sama ada kepada guru-guru mahupun pelajar.
"Akhirnya, anak-anak kita gagal peperiksaan kerana tidak boleh menguasai pelajaran, seterusnya mungkin anak-anak kita terpaksa diberi lulus.
"Apakah PT3 tidak memberi masalah kepada guru dan pelajar?" katanya ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.
Tambahnya, kerajaan juga patut segerakan sesi penjelasan sistem PT3 kepada guru-guru, pelajar dan ibu bapa memandangkan ramai dalam kalangan mereka belum faham dengan sistem baru itu.
"NUTP sendiri menggesa kementerian segera buat penerangan dan latihan PT3 kepada guru dan ketua jabatan," katanya.
Kenyataan NUTP itu, jelasnya menunjukkan pemahaman sistem penilaian PT3 di peringkat paling rendah.
Sistem PT3 mula diperkenalkan pada April lalu bagi menggantikan PMR. - HARAKAHDAILY 18/6/2014
Beliau mengemukakan usul tersebut mengikut Peraturan 26, Peraturan-peraturan Tetap DUN Selangor, sebelum ucapan penangguhan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Persidangan Dewan untuk penggal kali ini ditangguhkan pada jam 4.55 petang.
Adakah DBKL pilih kasih roboh rumah Kg Chubadak?
KUALA LUMPUR: Kerajaan dilihat bersikap pilih kasih dalam operasi perobohan antara rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan dengan premis yang sedang dalam pembinaan.
Seorang pembaca menghubungi Harakah memberitahu operasi merobohkan sebuah bangunan batu di Jalan Pantai Baharu, 3 Jun lalu mulanya didatangi jentolak dengan tidak kurang 10 kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL).
"Saya sempat ambil gambar ketika penguatkuasa mereka datang mahu meroboh jam 10.30 pagi itu tapi tak jadi selepas berlaku rundingan dengan pemilik restoran itu.
"apakah yang berlaku semasa rundingan tersebut? Bagaimana dapat sambung air bermeter? Bumbung pula masuk rizab jalan. Bomba sudah tentu susah nak buat pusingan," ujarnya yang juga seorang pesara.
Tinjauan Harakah petang semalam (17 Jun) di lokasi tersebut yang terletak kurang 20 meter dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Pantai Baharu mendapati terdapat beberapa buruh sedang meneruskan kerja di bangunan dua tingkat itu.
Kelihatan juga semburan cat "ROBOH 03/06/14 PTGWPKL" pada premis yang difahamkan di atas tanah rizab kerajaan telah dipadamkan.
"Saya geram kerana rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan dan sekitar Sungai Gombak itu begitu cepat diroboh tetapi bangunan ini tidak jadi pula," ujar pelapor itu lagi. HARAKAHDAILY 18/6/2014
Tolak rayuan, kerajaan boleh tekan peneroka
KUALA LUMPUR: Tindakan Dewan Rakyat menolak petisyen rayuan peneroka Felda yang menuntut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengeluarkan lesen pekebun kecil kepada peneroka dilihat kerajaan boleh menekan peneroka pada masa akan datang.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyatakan demikian sejurus selesai perhimpunan petisyen rayuan berkenaan kepada Dewan Rakyat di luar lobi Parlimen yang turut dihadiri 200 peneroka Felda Jengka, Keratong, Cini, Kota Gelanggi, Palong, Mempaga, Bukit Tajau, Bukit Damar, Sungai Koyan, Lurah Bilut, Sungai Tekam, Kemahang, Sungai Relang dan Kampung New Zealand.
"Rayuan ditolak kerana kerajaan tidak mahu melihat rakyat terutamanya peneroka memperolehi taraf hidup yang lebih baik, kerajaan mahu rakyat terus bergantung hidup kepada Felda.
"Kerajaan mahu tradisi kemiskinan ini berterusan agar kebergantungan hidup kepada kuasa politik dapat mereka lakukan," jelasnya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.
Katanya lagi, apabila tidak mampu untuk menaikkan taraf hidup rakyat sepatutnya kerajaan perlu memberi peluang peneroka untuk menentukan kehidupan masa depan mereka.
"Peneroka menuntut lesen pekebun kecil untuk membolehkan mereka menjual sendiri kepada mana-mana kilang yang menawarkan harga yang tinggi dan sepatutnya kerajaan membenarkan permohonan tersebut.
"Ini tidak, kerajaan ingin terus mencengkam peneroka untuk melihat peneroka terus hidup dalam keadaan menaruh harap kepada pemberian kerajaan.
"Jelas kerajaan tidak prihatin tentang rintihan rakyat, walaupun mereka hadir merayu agar suara hati mereka didengari tetapi semuanya ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat atas alasan yang tidak munasabah," sambung beliau lagi.
Beliau turut menyambut baik keberanian para peneroka dalam menuntut hak mereka.
"Apa yang berlaku hari ini adalah satu perkembangan baik dalam sistem demokrasi, peneroka berani bangkit dalam menuntut hak mereka," kata beliau. - HARAKAHDAILY 18/6/2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan