Rabu, 4 Jun 2014

NERAKA DISEDIAKAN UNTUK MANUSIA/ORANG YANG DERHAKA KEPADA ALLAH SERTA MENZALIMI MANUSIA/MAKHLUK ALLAH YANG LAIN....TERMASUK KAKI SONGLAP...KAKI TIPU...KAKI RASUAH SERTA AHLI2 MAKSIAT YANG LAIN...KECUALI BENAR2 TAUBAT SERTA MEMULANGKAN HAK ORANG YANG DIAMBIL...TERUS MENCARI ILMU...IBADAH DALAM KETAKWAAN

Presiden PAS sudah boleh berjalan

HARAKAHDAILY | .


BAGUS...Mohamad Sabu ketika melawat Tuan Guru Abdul Hadi kelmarin.
KUALA LUMPUR: Pihak Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul menjelaskan bahawa perkembangan keadaan kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hai Awang bertambah baik.

"Saya telah bertemu dengan Tuan Guru dalam wadnya beberapa kali pada hari ini Selasa 3 Jun 2014 dan terkini ialah pada jam 5.15 petang waktu Istanbul (10.15 malam waktu Malaysia)," ujar Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dipetik daripada facebook Presiden PAS, beliau memaklumkan telah bertemu doktor perubatan yang bertanggungjawab, untuk mendapatkan maklumat terkini kedudukan kesihatan Tuan Guru pada pagi semalam.

Jelasnya, Tuan Guru juga sudah mula berjalan ringan dalam bilik beliau.

"Dalam masa yang sama beliau memerlukan masa rehat yang secukupnya untuk pemulihan secara berkesan.

"Untuk menguruskan maklumat keadaan kesihatan Tuan Guru dan menolak khabar-khabar yang tidak dari sumber yang sebenar, maka saya juga akan secara berterusan memberikan maklum balas setiap hari, iaitu di sebelah malam waktu Malaysia untuk makluman sahabat-sahabat di Malaysia," tulisnya lagi. - HARAKAHDAILY 4/6/2014

Kenapa Ku Li diketepi sambut 40 tahun Malaysia-China?

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Semua orang tahu dalam usaha membina persahabatan yang lebih kukuh antara Malaysia dengan China, Almarhum Tun Razak telah meminta Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu menjadi Pengerusi Pernas untuk mengetuai delegasi ahli-ahli perniagaan Malaysia menyertai Ekspo Perdagangan di Guangzhuo pada tahun 1971.

Menurut Shahbudin Husin, atas rasa besar hati dengan kedatangan delegasi perdagangan itu, Perdana Menteri China, Zhou Enlai dan Naib Perdana Menterinya, Li Xianian telah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli rombongan yang diketuai oleh Tengku Razaleigh itu.

"Kemudian dari itu, rombongan daripada China pula melakukan lawatan ke Malaysia dan ia menandakan negara itu telah mengubah pendirian lamanya serta mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang perlu dijalinkan hubungan baik," tulis beliau di dalam blognya semalam.

Jelasnya, Tun Razak melakukan lawatan rasmi ke China pada 28 Mei hingga 2 Jun 1974 untuk membuka lembaran baru hubungan diplomatik Malaysia dengan China dan pada 31 Mei.

Tambahnya, Tun Razak bersama Perdana Menteri China, Zhou Enlai telah menandatangani perjanjian diplomatik antara kedua negara yang bertujuan menjalin dan memperkukuhkan lagi hubungan yang sebenarnya sudah pun bermula sejak ratusan tahun dulu lagi.

Hari ini, ujar beliau hasil hubungan itu, China bukan saja merupakan antara 10 pelabur terbesar dalam Malaysia, bahkan merupakan rakan perdagangan dan pasaran eksport keempat terbesar bagi negara.

"Sementara Najib begitu menghargai hubungan 40 tahun yang terjalin itu, bahkan memilih 31 Mei juga untuk mengadakan lawatan ke China, sesuatu yang tertinggal ialah apabila beliau mengenepikan Tengku Razaleigh dalam sejarah yang amat bermakna itu," tulisnya lagi.

Baca di sini

Jangan guris hati petugas PAS PRK Teluk Intan

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli PAS telah bertungkus lumus untuk memenangkan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata, ada dalam kalangan mereka yang telah mengambil cuti dan berkampung di Teluk Intan di samping ada yang menyumbang wang ringgit.

"Oleh itu jangan ada yang cuba memperlekehkan sumbangan mereka atau mengguriskan hati mereka dengan kenyataan-kenyataan yang tidak sepatutnya.

"Mereka juga manusia yang juga ada perasaan. Kesabaran mereka ada hadnya," tulisnya menerusi facebook.
Pada PRK Teluk Intan yang berlanghsung 31 Mei lepas, calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud mendapat 19,919 undi manakala calon BN, Datuk Mah Siew Keong mendapat 20,157 undi. - HARAKAHDAILY 4/6/2014

Punca DAP kalah bukan 'tembak' begitu sahaja

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, adalah terlalu awal untuk membuat persepsi kekalahan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan tanpa sebarang kajian atau 'post mortem'.

Bagi PAS katanya, post mortem perlu dilakukan secara komprehensif dan intensif segala mungkin yang berlaku di P076 itu.

Namun katanya, pilihan raya kecil Teluk Intan telah melakarkan satu sejarah tersendiri apabila calon DAP dari generasi Y ditampilkan untuk melawan calon veteran.

"Faktor kekalahan atau kejayaan hendaklah disebut secara berpengetahuan bukan hanya lontaran semata-mata atau tembak begitu sahaja," katanya dalam sidang media hari ini.

Katanya, Pakatan Rakyat wajar terus memperkukuhkan perpaduan di kalangan mereka dengan mengambil semangat daripada penglibatan anak muda di dalam arena politik seperti Dyana Sofya.

"Apa yang kita dapat banggakan, kita telah berjaya mengetengahkan calon di kalangan anak muda yang mendapat sokongan luar biasa," katanya.

Dyana Sofya yang mewakili DAP dalam PRK Teluk Intan pada 31 Mei baru-baru ini dikalahkan calon BN dengan majoriti 238 undi. Dyana mendapat 19,919 undi manakala Datuk Mah Siew Keong mendapat 20,157 undi. - HARAKAHDAILY 3/6/2014

Bocor maklumat KKM: Haram jadi halal?

majdan | .
SAYA secara peribadi berterima kasih kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia yang dikatakan “membocorkan” laporan ujian sampel cadbury.

Pengesahan pembocoran laporan awal ujian itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada pegawai tersebut beragama Islam atau tidak.

Saya berpandangan, jika pembocor ini beragama Islam, dia telah melaksanakan tanggunjawabnya demi menjaga kemaslahatan umat Islam di Malaysia dan di serata dunia. Moga Allah memberikan pahala yang besar kepada nya.

Jika pembocor itu bukan beragama Islam, terima kasih yang tidak terhingga kerana melaksanakan tanggungjawab mendedahkan fakta sebenar serta memahami sensitiviti umat Islam. Dalam hal ini pihak KKM mahupun JAKIM sepatutnya tidak  menyalahkan pembocor maklumat.

Kedua-dua agensi kerajaan ini sepatutnya lebih agresif memeriksa setiap jenis makanan yang ada di pasaran untuk menentukan kehalalannya.

Jika inilah situasinya, adakah lagi maklumat sulit yang disembunyikan? Masih adakah produk yang lain yang seumpamanya tetapi tidak didedahkan?

Adakah ada pihak yang dilindungi perniagaannya? Janganlah kerana sedikit keuntungan maka perkara halal dan haram menjadi pertaruhannya.

Umat Islam amat berharap kekeliruan ini diatasi dengan jujur dan ikhlas.

23 NGO pertahan akidah anak Riduan Abdullah

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Sebanyak 23 NGO di sini bergabung membentuk Himpunan Kasih bagi mempertahankan akidah Ummu Habibah daripada dikembalikan kepada ibunya beragama Hindu.

Pengerusinya, Abu Samah Hassan berkata, kanak-kanak itu membesar dalam suasana Islam perlu dipertahankan akidahnya oleh umat Islam.

Katanya, dibimbangi kesan psikologi akan berlaku terhadap anak tersebut sekiranya diserah kepada ibunya yang beragama Hindu.

“Sejak dari awal lagi kami mengikuti kes yang berlaku terhadap Riduan dan kami tahu kehidupannya di sini. Habibah dibesarkan bapanya dengan penuh kasih sayang.

“Sepatutnya mahkamah sivil menghormati perintah dikeluarkan Mahkamah Syariah yang dianggap lebih berhak dalam kes dihadapi Riduan Abdullah,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini.

Mahkamah Tinggi Ipoh Jumaat lepas mengarah seorang kanak-kanak Muslim diserah kepada ibunya beragama Hindu.

Hakim Lee Swee Seng memberi tempoh sehingga 6 Jun ini untuk menyerah Ummu Habibah, 6, dan sekiranya tidak berbuat demikian bapanya dianggap menghina mahkamah.

Riduan, 45 juga diperintah membayar RM30,000 sebagai kos mahkamah dan RM5,000 kos mengesannya selepas waran tangkap dikeluarkan.

Beliau tidak hadir pada perbicaraan itu pada 30 Mei lalu atas faktor keselamatan. Beliau diwakili peguam Anas Abdullah.

Riduan nama asalnya K Patmanathan menganut Islam pada 11 Mac 2009. Kemudian ketiga-tiga anaknya Ummu Habibah (Prasana Diksa), Abu Bakar (Karan Dinish), 16 dan Ummu Salamah (Tevi Darsiny), 17 turut diIslamkan.

Ekoran itu pada 29 September 2009 Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak jagaan kekal selepas Riduan mengislamkan ketiga-tiga anaknya.

Bagaimanapun hampir enam bulan kemudian iaitu 11 Mac 2010 Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh pula memutuskan hak penjagaan tiga beradik itu diserahkan kepada bekas isteri Riduan, Indira Gandhi.

Ummu Habibah tinggal bersama Riduan sejak berusia 11 bulan.

Abu Samah juga berkata, Himpunan Kasih akan menganjurkan solat hajat dan majlis penerangan ke seluruh negara bagi menjelaskan isu akidah seperti dihadapi Riduan.  - HARAKAHDAILY 3/6/2014

Hudud punca kekalahan DAP di PRK Teluk Intan?

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF | .

Selepas kematian mendiang YB Seah Leong Peng akibat daripada penyakit kanser yang dihadapinya, negara sekali lagi berdepan dengan satu lagi Pilihanraya Kecil di Parlimen Teluk Intan. Sebelum itu mendiang menewaskan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong pada PRU 13 yang lalu dengan majoriti 7,313. Namun dalam PRK Teluk Intan, calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud tewas kepada Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi.

Sejurus itu, seorang demi seorang pimpinan DAP mula menyalahkan PAS dengan mengatakan isu hudud adalah punca kekalahan mereka. Antaranya adalah Sdr. Kim Quek dan YB Gobind Singh Deo. Dalam artikel YB. Gobind Singh Deo hari ini beliau menulis "I am of the view that the controversy around the implementation of hudud by PAS contributed significantly to our loss in Teluk Intan." bermaksud "Saya berpandangan bahawa kontroversi yang meliputi perlaksanaan hudud oleh PAS menjadi penyumbang besar kepada kekalahan kami di Teluk Intan". Beliau juga menyatakan bahawa “This could have resulted in a silent protest vote against Pakatan Rakyat”  bermaksud "Ini mungkin telah menyumbang kepada undi protes senyap terhadap Pakatan Rakyat"

Setelah saya analisa keputusan PRK Teluk Intan yang lepas saya bersetuju bahawa undi non-Muslim kepada DAP berkurangan 25% dan ianya adalah penurunan yang besar memandangkan prestasi cemerlang DAP di dalam PRU 13. Namun adakah YB Gobind sedar bahawa kenyataan menuduh Hudud sebagai punca utama tanpa satu kajian terperinci adalah sangat tidak cerdik dan dangkal.

Untuk pengetahuan YB Gobind, kajian oleh Dr.Ngreng Miang Hong dari UCSI Poll Research Center mendapati bahawa hanya 12% responden dari kumpulan pengundi Cina yang mengambil berat akan isu perlaksanaan hudud yang dicadangkan ole Kerajaan Negeri PAS Kelantan. Ini bermakna sebelum PRK lagi terdapat dapatan bahawa DAP tidak akan menghadapi sebarang masalah dengan isu hudud. Ia juga dapat dilihat apabila keputusan PRK Bukit Gelugor, calon DAP Ram Karpal berjaya mengekalkan kerusi dengan majoriti 37,659 meskipun peratusan keluar mengundi hanya 56.27%. Sedangkan mendiang Karpal Singh menang dengan majoriti 41,778 walaupun peratusan keluar mengundi adalah 86.30%. Ini menunjukkan bahawa tiada kesan hudud ke atas PRK Bukit Gelugor. Bagaimana pula PRK Teluk Intan boleh terkesan dengan isu hudud walaupun calon mereka awal-awal lagi telah mengisytiharkan tidak akan menyokong hudud sekiranya menang?

YB Gobind juga perlu membaca pengakuan oleh YB Tony Pua dalam artikel "Teluk Intan : A Battle Lost, but A War to be Won" di mana beliau telah menyatakan bahawa Teluk Intan tidak semudah seperti Bukit Gelugor. Mereka juga telah di maklumkan oleh akar umbi DAP bahawa ramai pengundi Cina yang akan mengundi BN pada kali ini. Mereka mengundi DAP untuk "UBAH" namun selepas PRU 13 tidak banyak perubahan yang berlaku. DAP perlu mengkaji pendapat ini dengan lebih mendalam. Apa yang dimaksudkan oleh sebilangan pengundi Teluk Intan dengan tiada perubahan?

Untuk makluman YB Gobind, pertembungan fraksi juga dikata punca berlaku boikot oleh sebilangan pengundi. Jika dilihat keputusan PRK Teluk Intan, undi yang diperolehi Datuk Mah ketika PRU 13 dan PRK adalah hampir sama. Namun undi yang diperolehi oleh DAP turun 7,480 undi. Jadi 'swing' dari DAP ke BN tidaklah begitu ketara. Adakah terdapat boikot secara senyap oleh fraksi-fraksi yang tidak bersetuju dengan pencalonan Dyana Sofya? Atau adakah terdapat pengundi yang tidak bersetuju dengan calon selepas mengetahui ibunya adalah ahli pertubuhan Perkasa yang mendapat kecaman kuat oleh masyarakat Tiong Hua?

Sudah tentu keputusan PRK Teluk Intan sangat membimbangkan DAP kerana menuju ke PRU 14 mereka perlu mengekalkan prestasi yang tinggi. Namun isyarat kejatuhan sudah mula kelihatan dan ia perlu ditangani segera. Segala persoalan di atas memerlukan kajian yang mendalam dan punca sebenar kekalahan perlu dikenal pasti agar prestasi hambar ini dapat di atasi dalam mana-mana PRK dan PRU 14 yang akan datang. Nasihat saya kepada pimpinan DAP terutamanya YB Gobind Singh Deo; berhentilah menembak PAS agar kelemahan DAP dapat ditutup. Kalaulah DAP merasakan dengan menyalahkan PAS akan menutup kelemahan dalaman DAP, maka mereka silap kerana ia sebenarnya membuka lebih luas pintu kejatuhan DAP.

*Penulis adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Projek 4A: Lagi runding terus untuk kroni

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: PAS menyelar tindakan kerajaan yang menganugerahkan Projek 4A, penjanaan berskala besar melalui rundingan terus kepada pengeluar tenaga bebas (IPP).

Ketua Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Projek 4A  yang  menggunakan kombinasi melalui gas dengan bermula 1,100 mega watt juga akan diberi secara runding terus tidak lama lagi.

"Kaedah ini sangat menjengkelkan pemain-pemain IPP dalam sektor penjana bebas ini.

"Apabila kita mempersoalkan mengapa rundingan terus, alasan kerajaan adalah keperluan mendesak," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Bagaimanapun, Dzukefly menyangkal kononnya rundingan terus dibuat bagi mengelakkan berlakunya 'outages', ini kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai simpanan margin yang cukup selain mempunyai janakuasa tenaga yang lain.

Malah katanya, Perdana Menteri Najib Tun Razak masih gagal memberi komitmen untuk mengamalkan tender terbuka khususnya dalam industri berkala besar ini.

Misalnya kata beliau, Projek 3B oleh Suruhanjaya Tenaga yang menjana arang batu sebesar 2,000 mega watt yang kononnya diberi secara tender terbuka akhirnya menimbulkan kontroversi.

"Di mana projek itu diberikan kepada 1MDB walaupun membida dengan harga yang paling rendah, tetapi diberi kelebihan dari sudut teknikal," katanya.

Tegasnya, amalan rundingan terus ini telah melanggar komitmen tender terbuka yang kononnya ia sebagai satu transformasi oleh Najib Tun Razak.

"Walaupun Suruhanjaya Tenaga sering menerima teguran dan kritikan tetapi dengan tiba-tiba Projek 4A ini badan itu mendapat tekanan daripada Putrajaya supaya melakukan rundingan terus kepada IPP akhirnya memberi kesan kepada TNB. IPP yang paling berdaya saing adalah YTL," katanya.

Justeru katanya, sikap kerajaan yang berterusan memberi projek kepada kroni tertentu secara terus akan menghalang berlakunya kekayaan secara sama rata.

"Kita tidak mahu rakyat melihat orang yang sama mendapat projek sekali gus kekayaan akan dibolot oleh pihak tertentu sahaja, ianya sangat mustahak untuk Najib melihat senario ini. Kerajaan yang telus tidak akan membebankan rakyat," katanya. - HARAKAHDAILY 3/6/2014

Sebab Sebab Masuk Neraka Saqor

Oleh: Nasrullah Jasam, MA.

Jika kita bicara surga dan neraka adalah bicara tentang dua hal yang kontradiktif, yang pertama penuh dengan cerita indah, megah dan mewah sedang yang lain penuh dengan cerita menakutkan, menyeramkan dan membuat bulu kuduk merinding. Sungguhpun demikian, sesungguhnya surga dan neraka adalah "ma laa ainun ra'a,t wa laa udzunun sami'at, wa laa qalbun khatharat" (sesuatu yang belum pernah disaksikan mata, terdengar oleh telinga atau terlintas dalam hati) jadi bagaimana indahnya surga tidak bisa kita bayangkan, yang jelas sangat indah sekali dan juga bagaimana seramnya neraka tidak bisa kita bayangkan tapi yang jelas siksaanNya sangat dahsyat sekali. Adapun yang Allah gambarkan dalam Al-Qur'an tentang keindahan surga dan seramnya neraka adalah berupa perumpamaan-perumpamaan yang bisa dijangkau manusia, tapi surga dan neraka yang sesungguhnya adalah seperti yang telah disinggung diatas "ma laa ainun ra'a,t wa laa udzunun sami'at, wa laa qalbun khatharat". Dalam artikel singkat ini saya akan coba menjelaskan penyebab masuknya ke neraka Saqr seperti yang terdapat dalam surat Al- Mudatsir ayat 36-56

Sebab Turun (Asbab An-Nuzul )nya Surat Al-Mudatsir
Sebab turunnya surat Al-Mudatsir adalah sebagaimana riwayat yang terdapat dalam kitab زاد المسير ج: 8 ص: 403 , diceritakan bahwa Al-Walid bin Mughirah salah seorang pemuka Quraisy datang kepada Nabi SAW mendengarkan ayat Al-Qur'an, setelah mendengarkan ayat tersebut ia merasa tertarik dan belum pernah dengar sya'ir seindah itu. Berita ketertarikannya itu terdengar oleh Abu Jahal, kemudian Abu Jahal memerintahkan ia untuk tidak menyampaikan ketertarikannya itu kepada kafir Quraisy yang lain, sampai akhirnya keduanya bersepakat untuk memberikan pernyataan bahwa Al-Qur'an adalah merupakan sihir yang dipelajari oleh orang-orang terdahulu.

Sikap Abu Jahal yang melarang Al-Walid bin Mughirah untuk menceritakan ketertarikannya terhadap Al-Qur'an kepada orang kafir Quraisy lain tentunya tidak lepas dari kekhawatirannya akan pengaruh cerita Al-Walid, karena jika penyair selevel Al-Walid sudah mengakui keindahan Al-Qur'an tentu akan berdampak besar bagi kafir Qurais lainnya, jangan-jangan mereka akan segera mengakui kerasulan Muhammad. Sehingga keduanya bersepakat untuk memberikan pernyataan yang tidak akan membuat kagum kafir Quraisy terhadap Al-Qur'an, yaitu dengan mengatakan bahwa Al-Qur'an adalah : "Lalu ia berkata (Al-Qur'an) ini tidak lain adalah sihir yang dipelajari (dari orang-orang terdahulu".

Penghuni Neraka Saqar
Neraka Saqr adalah neraka yang tidak membiarkan orang yang diazab didalamnya menarik nafas untuk beristirahat dari azab, bahkan setelah diazab dengan azab yang pedih ia dikembalikan kepada bentuknya semula untuk diazab lagi, neraka saqr adalah neraka yang membakar kulit manusia : "Tahukah kamu apa (neraka) saqar itu? Saqar itu tidak meninggalkan dan membiarkan. (neraka saqar) adalah pembakar kulit manusia, diatasnya ada sembilan belas (malaikat penjaga)".

Lalu untuk siapakah neraka Saqar itu dipersiapkan? Allah SWT menjelaskan ketika penduduk surga bertanya apa yang menyebabkan mereka menjadi penghuni neraka Saqr, sebagaimana firmanNya: "Apa yang memasukkan kamu ke (neraka) saqar?" Maka para penghuni Saqar itu menjawab : "Mereka menjawab: "kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat, dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin, dan adalah kami membicarakan yang bathil bersama dengan orang-orang yang membicarakannya, dan adalah kami mendustakan hari pembalasan, hingga datang kepada kami kematian". Maka tidak berguna lagi bagi mereka syafa'at dari orang-orang yang memberikan syafa'at".

Dari sini bisa kita simpulkan bahwa sebab-sebab masuk neraka Saqr itu adalah :

Meninggalkan Shalat
Dalam Al-Qur'an seringkali disebutkan pentingnya ibadah shalat dan ancaman bagi orang yang melalaikan shalat. Seperti kita ketahui ibadah shalat adalah salah satu rukun Islam, ulama menyatakan bahwa seseorang yang mengingkari ibadah ini adalah kafir. Apa sih istimewanya ibadah shalat?, dalam salah satu hadistnya Rasulullah SAW bersabda; "Tidaklah Aku diutus ke dunia ini kecuali untuk menyempurnakan akhlak", lalu dalam hadist lain disebutkan "Amal ibadah yang paling pertama diperiksa di hari kiamat nanti adalah shalat". Sekilas dua hadist ini bertolak belakang disatu sisi. Tujuan Rasulullah diutus ke dunia ini untuk memperbaiki akhlak namun disisi lain amal ibadah seorang hamba yang pertama kali diperiksa adalah shalat, jika tujuan diutusnya Rasulullah untuk memperbaiki akhlak mestinya yang pertamaka kali diperiksa dari seorang hamba di hari kiamat adalah akhlaknya bukan shalatnya, tapi kenapa yang diperiksa justru ibadah shalat?. Dari sini kita bisa memahami bahwa ibadah shalat jika dilakukan dengan benar maka akan memiliki pengaruh yang sangat besar terhadap akhlak seseorang, oleh karena itu wajar jika amal ibadah yang pertama diperiksa hari kiamat nanti adalah shalat, karena jika shalat seseorang baik maka akan baik pula akhlaknya, shalat yang baik adalah shalat yang bisa menjauhkan seseorang dari perbuatann keji dan munkar seperti yang Allah jelaskan dalam surat Al-Ankabuut ayat 45 :"......Sesungguhnya shalat mencegah perbauatan keji dan munkar....."

Tidak Peduli Terhadap Orang Miskin

Salah satu hikmah yang bisa diambil dari ibadah puasa adalah melatih kepekaan sosial kita. Dengan melaksanakan ibadah puasa, kita dapat merasakan sesuatu yang dirasakan orang miskin selama ini, sehingga dengan melaksanakan ibadah puasa ini diharapkan hati kita lebih bisa terketuk lagi terhadap penderitaan orang lain dan lebih care terhadap nasib sesama muslim, dalam Al-Qur'an banyak disebutkan ancaman bagi orang yang tidak peduli terhadap nasib orang miskin, dalam surat ini dijelaskan bahwa cuek terhadap orang miskin bisa menyebabkan masuk kedalam neraka Saqr, dan ini mestinya juga menjadi perhatian para petinggi negara kita dikala bangsa ini dilanda keterpurukan, kemiskinan makin bertambah seharusnya mereka tidak boleh egois memikirkan tunjangan ini itu, tetapi mestinya lebih mengkonsentarsikan diri bagaimana seharusnya memperbaiki nasib mereka, yang jelas nasib mereka tidak akan mudah berubah kearah yang lebih baik dengan hanya memberikan mereka dana konpensasi BBM sebesar 300 ribu rupiah per 3 bulan. Peduli terhadap orang miskin bukan berarti dengan memberikan sejumlah uang kepada mereka kemudian masalah dianggap selesai tapi lebih dari itu bagaimana kita membentuk mereka menjadi tenaga-tenaga yang produktif sehingga mampu untuk hidup mandiri dan keluar dari kemiskinan juga bermanfaat bagi orang banyak, dengan demikian Insya-Allah setiap tahun jumlah orang miskin akan semakin berkurang.

Berkumpul Dengan Ahlul Bathil

Berapa banyak orang yang terpuruk karena teman, oleh karena itu memilih teman menjadi hal yang penting, nabi Yusuf dan nabi Ibrahim pernah berdo'a untuk bisa bergabung dengan orang-orang sholeh baik di dunia maupun di akhirat seperti yang terdapat dalam Al-Qur'an surat Yusuf ayat 101 dan surat Assyu'ara ayat 83.

Dalam ayat yang sedang kita bahas ini, salah satu penyebab masuknya seseorang ke neraka Saqr adalah berbicara bathil dengan kelompok orang yang membicarakannya. Di zaman sekarang banyak sekali dan dengan mudah kita temukan tempat-tempat untuk melakukan hal tersebut, sebut saja cafe plus, diskotik dan lain-lainnya yang berkaitan dengan dugem (dunia gemerlap).

Mengingkari Hari Kiamat
Kapankah dunia akan berakhir? Atau kah dunia itu tidak akan pernah berakhir? Dari sejak dulu selalu ada sekelompok orang yang tidak percaya akan adanya hari kiamat. Pada zaman terdahulu orang-orang kafir yang tidak mau mengikuti ajaran para Rasul yang diturunkan oleh Allah SWT menganggap bahwa kiamat tidak akan pernah ada dan demikian juga halnya dengan kehidupan setelah mati, menurut mereka jika mereka mati maka itulah akhir kehidupan dan tidak akan ada kebangkitan lagi. Pengingkaran mereka terhadap hari kebangkitan jelas sekali digambarkan dalam Al-Qur'an surat Yasin ayat 78 :"ia berkata : Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-belulang, yang telah hancur luluh?"
Di zaman sekarang juga masih banyak orang yang tidak percaya akan hari kiamat dan kehidupan setelah mati, baru-baru ini majalah Gatra memberitakan bahwa seorang ilmuwan A.S. yang bernama Raymond Kurzweil mengatakan bahwa keinginan manusia untuk dapat hidup abadi itu hanya tinggal 25 tahun lagi tepatnya tahun 2030. Kurzweil yakin dengan bantuan teknologi, manusia bisa menolak kematian!. Menurut Kurzweil, lompatan bioteknologi dan kedokteran bakal mampu menghentikan proses penuaan pada manusia, itu terjadi pada 2030. Kurzweil menjelaskan, ada tiga jembatan proses yang harus dilalui untuk menuju keabadian. Pertama, berterima kasihlah pada nanoteknologi yang mampu menciptakan nanorobot yang ukurannya bisa sekecil sel darah merah, yang dapat memperbaiki berbagai kerusakan tubuh.Jembatan kedua adalah revolusi bioteknologi yang membawa manusia mengatasi keterbatasan tubuh biologisnya. Berbagai penyakit bisa diatasi, proses penuaan dapat dihambat, dan fungsi tubuh jadi lebih optimal. Namun, sebelum kedua jembatan tadi tercipta, sambil menunggu, manusia harus melewati jembatan pendahuluan . Yakni bertahan hidup dengan teknologi "primitif": diet dan olahraga.Jika ketiga jembatan itu terbentuk, dampaknya sangat besar pada kehidupan manusia. Dalam Singularity, Kurzweil bercerita, jantung manusia di masa depan dapat beristirahat. Sebab tugasnya sudah digantikan oleh nanorobot yang mengalirkan darah ke seluruh tubuh.Bahkan, pada 2050, Kurzweil percaya, akhirnya teknologi mengizinkan otak manusia untuk meninggalkan tubuh "berairnya" pindah ke tubuh robot. Disitulah kemudian tercipta sebuah "keabadian". Pendek kata, Kurzweil menganggap manusia bakal mampu meraih keabadian dalam genggaman, menghindari sang Malaikat Maut!

Sebagai orang yang beriman tentu kita meyakini bahwa segala sesuatu yang ada di muka bumi akan hancur dan tidak ada yang abadi seperti yang Allah tegaskan dalam surat Al-Qashas ayat 88:".....Tiap-tiap sesuatu pasti binasa kecuali Allah. Bagi-Nya lah segala penentuan, dan hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan."Dan yang perlu diingat lagi adalah betapapun tingginya ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah bagaikan setetes air di tengah lautan, terlalu banyak hal yang tidak diketahui karena keterbatasan akal kita, kecerdasan tanpa keimanan hanya akan melahirkan manusia-manusia sombong yang lupa akan kebesaran Allah, padahal sesungguhnya semua yang kita miliki adalah berkat anugerah Nya.

10 golongan perempuan masuk neraka !!

1)              Perempuan yang digantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya kerana membuka aurat . (Ramai yang keliru atau tak tahu mengenai pemakaian yang betul mengenai tutupan aurat dengan tudung .Adapun pemakaian itu wajiblah menutup sebagaimana didalam sembahyang ya`ni sehingga dagu bukan bawah dagu sebagaimana ramai kaum hawa memakainya .) Mengenai kewajiban memakai purdah,  insyaallah kita akan bincang pada babnya .
2)       Perempuan yang digantung dengan lidah  dan dituangkan api neraka yang sangat panas kedalam mulutnya kerana menyakiti suaminya (lidah ditarik 70 hasta) . (Seperti ia kata “sejak saya kahwin dengan awak apa saya ada!” atau ia kata “Hai bang sejak akhir-akhir ni nampak malas je sembahyang tahajud !” Apabila seorang isteri berkata demikian maka pahala tahajud si isteri itu berpindah kepada si suami .) Berbaloi ke ?
3)      Perempuan yang digantung dengan dua susunya dan buah zakum itu dituangkan masuk kedalam mulutnya (iatu buah kayu yang didalam neraka yang amat pahit ) apabila dimakan ,maka bergelegak segala isi perut mereka dan otak mereka kerana ia menyusu akan anak orang lain tanpa mintak izin suaminya . (Susu badan itu milik Suami .Oleh kerana itu harus bagi si isteri meminta upah dari suami kerana menyusukan anak dari susu badannya .) Tapi kalau boleh tak payahlah ya..
4) Perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat dan terlipat dan dilumur minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas kedalam mulutnya kerana keluar tanpa mintak izin suaminya walau kerumah ibunya sendiri . (Ini banyak berlaku bagi Isteri-isteri yang bekerja di bandar .Mereka memikirkan bahawa mereka layak menerima layanan yang setanding dengan lelaki dalam semua hal termasuklah tidak perlu meminta izin dari suami ke mana saja hendak pergi . Kadang kala si Suami terpaksa bertanya kepada orang yang seperjabat isterinya untuk mengetahui kemana pemergiannya .)
5)        Perempuan yang tergantung pada hal memakan akan daging dirinya dan api menyala-menyala dari pihak bawahnya kerana ia memperhiasi bagi orang lain, tidak bagi suaminya .( Sekiranya si Isteri keluar rumah hal keadaan berhias diri sedangkan si Suami tidak menegah , maka si Suami akan diazab setiap setapak keluar rumah isterinya itu selama seratus ribu tahun di dalam neraka .Nauzubillahiminzalik .) Boleh tahan ke wahai suami   ? Bagi isteri yang memakai wangian ketika suaminya berada di rumah hukumnya sunat .Hukumnya makruh sekiranya suaminya tiada di rumah .Adapun jika keluar rumah walau dengan suaminya ,maka iaitu haram .Setiap lelaki yang menghidu wangiannya itu dihukumkan perempuan itu seperti berzina dengannya .
6)        Perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala Malaikat akan dua kakinya dan dijadikan atas badannya beberapa ular dan kala hal keadaannya memakan akan dagingnya dan meminum akan darahnya kerana ia tak mahu  mandi junub ,haid dan meringan-meringankan sembahyang . (Orang yang tidak mandi junub atau haid sudah tentu kita kata mereka adalah orang yang tidak sembahyang .Adakalanya jika mandi sekalipun tetapi mandi dalam keadaan jahil dengan kaifiat (cara-cara) mandi . Maka serupalah dengan orang yang tidak mandi . Maka sembahyangnya tidak diterima .Apabila tidak diterima , maka ibadat-ibadat yang lain pun tidak diterima .) Bagi orang  yang meringan-ringankan sembahyang seperti menta`hirkan  (melambatkan) sembahyangnya sehingga masuk kepada waktu sembahyang yang lain. Sesuai firman Allah dalam surah الماعون : Maka neraka weil lah bagi orang yang meninggalkan sembahyang hal keadaannya lalai .lalai dengan maksud menta`hirkan waktu tanpa uzur syar`ie .
7)       Perempuan yang tergantung akan dirinya hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Didalam mulutnya api menggelegak otak kepalanya mengalir kedalam hidungnya dan segala badannya amat busuk lagi berputar-putar seperti kena penyakit yang besar kerana ia mendatangkan anak zina . (Maka dengan ini jauhilah mana-mana keadaan yang mendorong kita kearah berzina .Dengan makna kaum lelaki dan kaum perempuan dilarang sama sekali untuk bercampur aduk tanpa penghadang antara satu sama lain walaupun belajar fardhu ain .) Ciri-ciri muslimah yang solehah iaitu ia tiada pada tempat perhimpunan orang ramai .Sebaik-baik pekerjaan iaitu menjahit sebagaimana Siti Ai`syah isteri Rasullullah s.a.w .
8)       Perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapannya hingga kebelakangnya daripada segala anggotanya dengan gunting api neraka kerana ia masyhurkan dirinya . (Sekarang kita dapat lihat berapa ramai yang nak jadi pemimpin rakyat padahal ada tegahan daripada Nabi yang jelas dan berapa ramai perempuan hendak berpidato di depan khalayak lelaki ,hanya kerana hendak menunjukkan bahawa dia pun boleh sebagaimana laki-laki . Memimpin hanya bagi kaum hawa ,tiada masaalah .Berpidato di depan kaum hawa sahaja tiada masaalah .Yang harus itu jelas yang haram itu pun jelas .Jangan mempergunakan agama dengan akal .Agama itu dibina dengan apa yang diturunkan oleh Allah .)
9)       Perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan diatasnya beribu-beribu warna dari azab kerana ia adalah sangat mengadu-ngadu lagi amat dusta . (Ini salah satu penyakit kaum Hawa yang jahil . Sebab itu tidak hairanlah Nabi kata seorang perempuan boleh menggoncangkan satu dunia .Dusta dia ,pengaduan dia boleh menjatuhkan dari seorang president kepada rakyat .Sesuai kata Nabi barangsiapa banyak bercakap , maka banyaklah salahnya . Barangsiapa banyak salah , maka banyaklah dosanya .Barangsiapa banyak dosanya , maka nerakalah tempatnya .) Maka beringatlah !
10)     Perempuan yang tergantung atas rupa anjing dan api neraka masuk daripada bawah duburnya dan keluar ia daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badannya dengan pemukul api neraka kerana ia adalah sangat membangkit akan manusia seperti ia berkata “Buat apa engkau buat ini…..” lagi pula banyak dengki berdengki . (Apabila kita merasa berdengki , maka cepat-cepatlah kita ingat ini semua pemberian Allah )
* Ini semua apa yang diceritakan oleh Nabi kepada Siti Fatimah anaknya dan Saidinah Ali sahabatnya lagi menantunya dan suami kepada Fatimah rha yang dimana ia melihatnya sendiri ketika Isra` mi`raj . Wallahualam .Bersungguh-sungguhlah perbaiki diri .

Tiga Golongan Yang Akan Memasuki Neraka Jahanam 7 Kali Umur Dunia


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Banyak hadis Nabi SAW yang menceritakan keadaan di neraka terdapat ramai kaum wanita di neraka dan wanita mendapat berbagai-bagai seksaan disebabkan dosa-dosa besar yang mereka lakukan ketika di dunia.

Bagi wanita yang menjadi isteri hanya empat syarat untuk mereka ke syurga. Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Wanita tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya. Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur."

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?”

Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. "

Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”

Dalam hadis yang lain dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : " Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

1. Orang yang gemuk tapi kurus

2. Orang yang berpakaian tetapi telanjang

3. Orang yang alim tapi jahil"

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa 3 golongan manusia yang akan meneriama seksaan di Neraka Jahanam selama 7 kali umur dunia ini. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui berapa juta tahun umur dunia ini daripada mula-mula penciptaan-Nya hingga ke berlaku hari kiamat .

Huraian untuk 3 golongan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Orang yang gemuk tapi kurus

Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. Kenapakah wanita dikatakan kurang beribadat?

Ramai wanita yang meninggalkan solat terutama diakhir habisnya haid. Wanita kurang ambil perhatian sebahagiannya tidak begitu prihatin. Contoh bagi wanita yang bekerja dipejabat dan habis darah haidnya jam 3 petang biasanya dia tidak akan mandi hadas dipejabat dan dia akan mandi hadas apabila  balik kerumah, hakikat sebenarnya dia telah meninggalkan solat fardu yang wajib. Wanita juga tidak mengambil berat bab solat ketika kesebukkan dalam majlis kenduri-kendara.

Begitu juga dengan puasa Ramadan yang ditingalkan semasa haid atau nifas, apabila melebihi tahun berikutnya maka disamping puasa wajib dibayar dan dikenakan fidyah, tetapi ramai wanita tidak mengambil berat tentang fidyah yang wajib ditunaikan.

Sebahagian pula wanita yang berkemapuan masih menagguh-nangguhkan kewajipan menunaikan fadu haji, dia lebih suka menghabiskan waktu cuti untuk melancung .

Kedua : Orang yang berpakaian tetapi telanjang

Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama. Ditafsirkan juga wanita yang sudah lengkap menutup aurat tetapi masih tidak taat pada agama seperti wanita yg sudah elok menutup aurat tetapi kain pakaiannya masih nipis, jarang atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka dan menampakkan perhiasan didada mereka. Mereka ini seolah-olah tiada berpakaian (bertelanjang).

Sesuailah dengan hadis Nabi SAW yang mengatakan bahawa wanita berpakain seksi tidak mencium bau syurga .Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Lelaki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak punuk onta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian. ” (Hadis Riwayat Muslim)

Syarat-syarat pakaian menutup aurat bagi wanita :
Pada dasarnya seluruh bahan, model dan bentuk pakaian boleh dipakai, asalkan memenuhi syarat-syarat berikut

1. Menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan.

2. Tidak tipis dan tidak jarang.

3. Longgar dan tidak memperlihatkan lekuk-lekuk dan bentuk tubuh (tidak
ketat)

4. Bukan pakaian lelaki atau menyerupai pakaian lelaki.

5. Tidak berwarna-warni dan bermotif terlalu menjolok mata.Sebab pakaian yang menjolok mata  akan mengundang perhatian laki-laki.

Ketiga : Orang yang alim tapi jahil.

Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

Syarat untuk layak disebut sebagai ulama adalah takutkan Allah. Walaupun seorang itu alim yang faqih sekalipun, namun apabila tidak ada takwa, disisi Allah dia tidak layak disebut ulama walaupun manusia seluruhnya memanggilnya ulama.

Takut kepada Allah bagi seorang ulama ada dalam beberapa hal. Antaranya, mengeluarkan pandangan atau fatwa benar-benar kerana Allah dan untuk kepentingan Islam, bukan pandangan atau fatwa kerana takutkan individu-individu tertentu atau kelompok-kelompok tertentu atau untuk menagih sesuatu habuan dari sesiapa.

Selain itu, takut pada Allah bagi seorang ulama adalah sentiasa hidup dalam keadaan amanah kepada ilmu dengan cara beramal dengan ilmunya dan memperjuangkan kebenaran ilmu tersebut agak manusia benar-benar menerimanya sebagai panduan kehidupan.

Sekiranya seseorang ulama itu sanggup menghalalkan yang diharamkan Allah SWT atau mengharamkan sesuatu yang dihalalkan Allah SWT atau membisu sahaja walaupun kemungkaran dilakukan oleh umarak di hadapan matanya maka ulama seperti ini amat dibenci oleh Allah SWT inilah yang dikatakan 'orang alim tetapi jahil'

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita menginsafkan diri kita dan janganlah melakukan sesuatu yang mendatangkan dosa kepada Allah SWT. Berbuatlah amal soleh sebanyak-banyaknya semoga kita menjadi orang mukmin yang sentiasa diredai dan dirahmati oleh Allah SWT. Kita diberikan pilihan oleh Allah SWT untuk memilih jalan yang lurus atau jalan yang bengkuk. Jalan yang lurus adalah jalan ke syurga sedangkan jalan yang bengkuk adalah jalan menuju neraka. Orang yang cerdik pasti memilih jalan ke syurga.

 

Tuesday, 3 June 2014

ISU COKLAT CADBURY ADA DNA KHINZIR ... ANTARA KETUA PENGARAH JAKIM DAN KETUA PENGARAH KESIHATAN .. KENYATAAN SIAPA HARUS KITA TERIMA PAKAI DAN PERCAYA??????


Ketua Pengarah JAKIM kata halal dan bebas DNA khinzir... manakala Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pula kata ada DNA Khinzir... siapa yang berkata betul dan siapa pula yang menipu dan mengelirukan rakyat????

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Othman Mustapa menunjukkan dua laporan analisis makmal Jabatan Kimia Malaysia terhadap sampel Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no) 221013 N01RI1 dan Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok 200813 M01HI2 yang disahkan tiada dikesan Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi di Putrajaya hari ini.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan pula mempertahankan keputusan ujian oleh makmalnya terhadap dua sampel produk coklat susu Cadbury mengandungi DNA babi.

Jadi rakyat nak tanya ... Ketua Pengarah mana satu yang betul dan mau diguna pakai??????

Jika kita was-was maka Omak Kau sarankan agar kita menjauhi produk keluaran Cadbury  .. itu sahaja .. mudah dan tidak perlu nak pening kepala.

Tiada ulasan: