Isnin, 16 Jun 2014

BANGGA MEMBELA BANGSA...MAJU...BELA ISLAM...BERSIH CEKAP AMANH....ISLAM HADHARI....SATU MALAYSIA....RAKYAT DIDULUKAN....INDEX RASUAH PALING TERATAS....BETUL KE

Orang Minyak Rogol 99 Anak Dara Di Batu Caves


 
Orang Minyak Rogol 99 Anak Dara Di Batu Caves

Orang Minyak Rogol 99 Anak Dara Di Batu Caves | Penuntut ilmu hitam orang minyak dipercayai perlu merogol 99 anak dara selain mengamalkan beberapa syarat dan pantang untuk membolehkan mendapat apa yang dihajati seperti kekuatan menakjubkan, kekebalan dan kemewahan.
Namun, Yang Dipertua Gabungan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia, Mohd. Adzhar Abd. Latif menyatakan perkara itu masih tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana kes membabitkan orang minyak di negara ini dianggap sebagai kes terpencil.
“Ia berdasarkan apa yang diceritakan dan diberitahu oleh orang dulu-dulu. Pengamal ilmu orang minyak ini perlulah merogol 99 perempuan yang masih dara sebagai syarat untuk mendapatkan apa yang dihajati.
“Bagaimanapun, kebenarannya masih tidak dapat dipastikan. Adakah benar pengamal ilmu orang minyak ini akan mendapat apa yang mereka hajatkan itu atau hanya sekadar mitos dan legenda semata-mata tetapi ia tidak boleh diabaikan begitu sahaja kerana membabitkan keselamatan orang ramai terutamanya anak dara,” katanya.
Mohd. Adzhar tidak menolak kemungkinan wujud segelintir pihak yang mengamalkan ilmu hitam tersebut tetapi percaya penglibatan rakyat tempatan adalah minimum.
“Kita tidak boleh menolak kemungkinan wujud segelintir pihak yang mengamalkan ilmu hitam di negara ini kerana kita ada mendengar kes pukau yang banyak berlaku kebelakangan ini.
“Kes orang minyak ini pula jarang sekali berlaku dan kewujudannya perlulah dikaji semula. Saya tidak menolak kemungkinan wujud pengamal ilmu hitam tersebut tetapi kita perlu memastikan kewujudannya terlebih dahulu.
“Saya juga percaya rakyat tempatan yang terlibat dengan pengamalan ilmu hitam sangat sedikit kerana berdasarkan statistik kes-kes membabitkan ilmu hitam seperti pukau dan sebagainya, ia memihak kepada warga asing terutamanya dari Indonesia dan Afrika,” tambahnya lagi.

S'gor peruntuk RM17 juta bina Maahad Tahfiz Sains

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor dijangka memperuntukkan kira-kira RM17 juta bagi membiayai pembinaan sebuah Sekolah Maahad Tahfiz Sains Integrasi dalam Belanjawan 2015 nanti, lapor Selangor Kini.

Sekolah yang dibina mengikut spefikasi berdasarkan piawaian standard Kerajaan Selangor itu dibina berikutan peningkatan kecenderungan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah aliran agama sekaligus melahirkan lebih ramai ilmuan agama dari kalangan anak muda negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi berkata, sekolah itu akan dibina mengikut spefikasi tetap berdasarkan piawaian yang ditetapkan kerajaan negeri.

Menurutnya, pada masa ini kerajaan negeri ada kecenderungan untuk menjadikan Maahad Tahfiz Alam Impian yang dibina bersekali dengan masjid sebagai model.

“Kalau mengambil Sekolah Maahad Tahfiz Alam Impian sebagai model, kos pembinaannya memerlukan RM30 juta tetapi kalau tanpa masjid iaitu sekolah sahaja lebih kurang RM17 juta bagi membina sebuah sekolah yang mempunyai bangunan tiga tingkat yang lengkap,” kata Sallehen ketika ditemui Selangor Kini dalam majlis Pecah Tanah Fasa 1 Sekolah Agama Rakyat (Kafa) Integrasi Masjid Al-Firdaus Bandar Baru Selayang, semalam.

Menurut Adun Sabak itu lagi, kerajaan negeri akan menambah bilangan Sekolah Maahad Tahfiz Sains Intergrasi lebih banyak lagi dalam belanjawan akan datang.

“Pada masa ini kita masih mengkaji lokasi pertama untuk pembinaan Maahad Tahfiz itu walaupun ada kecenderungan untuk dibina di Hulu Langat dahulu sebab ada tawaran pihak yang mewakafkan tanah di sana.

“Sebenarnya di Ijok juga ada penduduk yang setuju mewakafkan tanah seluas 40 ekar untuk tujuan ini. Walaupun sebenarnya Kuala Selangor belum termasuk dalam rancangan kita tetapi sekiranya prosesnya lebih mudah kita sedia mempertimbangkan,” kata beliau lagi.

Sebelum itu, Sallehen merasmikan Majlis Pecah Tanah Fasa 1 Sekolah Agama Rakyat (Kafa) Integrasi Masjid Al-Firdaus Bandar Baru Selayang.

Menteri Besar setuju kontrak saya ditamatkan - Fadhli

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Fadhli Shaari menjelaskan bahawa Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob bersetuju dengan permohonannya agar kontrak perkhidmatan sebagai Setiausaha Akhbar ditamatkan akhir bulan Jun 2014.
“Saya mengambil keputusan ini untuk menumpukan tugas sebagai penjawat politik terutamanya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan ke arah memperkukuhkan organisasi DPPNK yang akan bertindak antara lainnya sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut penjelasan beliau.

Hari ini terlalu ramai yang menghubungi saya melalui telefon, SMS mahupun mesej peribadi di laman sosial bertanyakan status jawatan saya sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar berikutan khabar angin bahawa saya telah meletakkan jawatan.
Pada peringkat awal, saya tidak ingin memberikan sebarang respons memandangkan ia hanyalah urusan dalaman pejabat sahaja, namun apabila sahabat-sahabat ramai yang meminta ulasan, saya perturunkan jawapan ringkas saya.

Saya akui bahawa telah menghantar surat kepada Yang Amat Berhormat Ustaz Datuk Menteri Besar Kelantan untuk memohon agar kontrak perkhidmatan saya sebagai Setiausaha Akhbar ditamatkan akhir bulan Jun 2014. Ia berikutan perbincangan saya dengan beliau dengan melihat beberapa aspek secara menyeluruh. Pihak YAB Ustaz Datuk Menteri Besar telah menyatakan persetujuan di atas permohonan yang saya lakukan.

Saya juga telah memaklumkan keputusan ini kepada pihak Yang Berhormat Tuan Guru Datuk Bentara Setia memandangkan perlantikan saya dibuat oleh beliau semenjak 7 Februari 2010 iaitu lebih empat tahun yang lepas.

Saya mengambil keputusan ini untuk menumpukan tugas sebagai penjawat politik terutamanya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan ke arah memperkukuhkan organisasi DPPNK yang akan bertindak antara lainnya sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan.
Saya rakamkan terima kasih yang tidak terhingga di atas kepercayaan yang diberikan oleh YB Tuan Guru serta YAB Ustaz Datuk Menteri Besar Kelantan kepada saya selama ini. Kenangan manis dan pengalaman yang saya timba akan saya kenang sebagai bekal dalam perjalanan perjuangan yang masih panjang. Tidak lupa kepada semua sahabat-sahabat yang telah membantu saya selama memikul tanggungjawab ini. Juga kepada para wartawan dari semua agensi media yang saya sifatkan sebagai ‘lawan tapi mesra’, saya ucapkan terima kasih banyak.

Saya doakan YAB Ustaz Datuk Menteri Besar diberikan taufik dan inayah oleh Allah SWT sepanjang memimpin parti dan kerajaan Insya-Allah. Dalam hal ini, saya sifatkan pilihan YB Tuan Guru ke atas beliau untuk menggantikan tempat sebagai Menteri Besar Kelantan sebagai satu pilihan yang tepat dan bersesuaian dengan keperluan semasa.

Ramai sahabat yang bertanya, apakah kerjaya rasmi saya selepas ini? Jawapannya, saya masih belum membuat keputusan berhubung dengannya. Di atas kertas, saya adalah kakitangan KIAS yang dipinjam ke pejabat Menteri Besar Kelantan. Namun, saya tidak fikir untuk kembali semula sebagai seorang pensyarah.
Justeru, pejabat rasmi saya untuk tujuan sebarang urusan bermula 1 Julai 2014 ialah di Pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan iaitu di Bangunan Syabab Point, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu. - HARAKAHDAILY 15/6/2014

Pimpinan yang tidak berkepimpinan

ASPAN ALIAS | .
Saya menulis lagi sebagai sambungan kepada apa yang saya tulis dalam posting semalam dengan bahasa yang mudah seperti yang saya selalu lakukan. Bahasa yang mudah, tanpa istilah-istilah berat ini, diharapkan dapat memberikan kefahaman tentang apa yang dimaksudkan dalam tulisan ini oleh ramai yang mahukan kebenaran dan kesedaran yang sejati.

Apabila sebuah rumah yang sudah reput di banyak sudutnya, kita tidak boleh memperbaikinya dengan hanya memperbaiki reputan itu dengan menampal dan menyambung yang putus sahaja. Sampai bila kita hendak membuang masa untuk memperbaiki rumah yang sudah reput di setiap sudut rumah itu?

Yang terbaik ialah dengan membina rumah baru di atas tapak yang sedia ada kerana tidak semua orang mempunyai dan boleh membina rumah baru di tapak yang lain, lebih-lebih lagi bagi politik negara kita yang sangat sofistikated ini.

Apabila dinding yang roboh itu diperbaiki, tidak lama lagi kita terpaksa memperbaiki pula lantai dan rasuk rumah yang juga sedang mereput itu. Sudah selesai memperbaiki lantai dan rasuk rumah yang reput itu selepas raya nanti terpaksa pula memperbaiki ‘ceiling’ yang sudah bocor pula, atau tiang sendi yang sudah dimakan anai-anai.

Itu sebabnya saya selalu memberikan pandangan dari tepian selama ini agar ada yang akan membuat ‘initiative’ untuk membina sebuah negara dan politik yang baru yang berlandaskan kepada tapak yang sedia ada. Maksud saya keadaan politik negara kita berlandaskan kepada kerjasama di antara kaum yang sihat dan bukannya memberikan tumpuan kepada kaumnya sendiri dan berteriak sebagai parti berbilang kaum di mana-mana.

Asas kerjasama di antara kaum itu telah lama wujud hasil dari perundingan pemimpin semua kaum terdahulu. Malahan kerjasama yang begitu utuh itulah yang menjayakan Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman dengan pemimpin berbagai kaum di negara ini yang bertanggungjawab menyempurnakan pencapaian kemerdekaan negara. Sebelumnya kemerdekaan kita telah diperjuangkan oleh banyak pertubuhan dan pemimpin-pemimpinnya.

Perikatan telah membuatkan kaum Cina bersatu di bawah MCA, kaum India bersatu di bawah MIC dan kaum Melayu yang terbesar itu bersatu di bawah Umno. Ketiga-tiga parti ini memperkuatkan penyatuan kaum masing-masing dan ketiga-tiga parti ini bekerjasama dalam satu pasukan dengan begitu baik sekali.

Pendeknya parti berbilang kaum itu sudah wujud lama di negara ini. Ia wujud sejak negara belum mencapai kemerdekaan lagi dan semasa itu parti itu dinamakan PERIKATAN yang bersimbulkan kapal layar. Itulah parti berbilang kaum yang sebenarnya. Selepas berlakunya pertumpahan darah pada Mei 1969 dahulu bentuk rupa Perikatan ini telah diubah dan diperbaiki dengan menambah bilangan parti berbilang kaum itu dengan pertambahan parti-parti mengikut kaum dari Sabah dan Sarawak, sejak kewujudan Persekutuan Malaysia dahulu. Nama parti yang menggantikan Perikatan itu ialah Barisan Nasional dengan dianggotai oleh 14 parti-parti di dalamnya.

Penubuhan BN anjuran Tun Abd Razak ini telah difikirkan dengan begitu teliti seperti juga yang dilakukan dalam penubuhan Perikatan yang diusahakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan pemimpin berbagai kaum sebelum itu. Semua perkara diambil kira dan ia memakan masa yang agak lama sebelum ianya diwujudkan secara rasmi.

Ia menambah baik dengan dasar-dasar BN yang menyelesaikan masalah-masalah yang sedikit sebanyak wujud dalam Perikatan sebelum itu. BN telah mendapat sokongan yang paling hebat semasa pilihan raya 1974 dengan sokongan yang padu dari semua kaum dan rakyat yang berbilang agama dan cara hidup itu. Semasa itulah DEB wujud sebagai dasar memperbaiki kelemahan sedikit sebanyak yang wujud dalam Perikatan dahulu.

Negara maju dengan pantas dan kelihatan perpaduan di antara kaum itu. Apa sahaja dasar yang dibentuk dan digubal mendapat sokongan semua pihak dan semua memahami yang perpaduan kaum merupakan ‘ultimate’ bagi negara kita.

Tidak ada bangsa yang mahu kelihatan negara rosak lagi, dan semua mengakui pengagihan kekayaan di antara kaum yang seimbang merupakan perjuangan semua kaum. Semua mengakui hakikat yang tidak akan aman negara ini jika ada kaum yang ketinggalan dalam semua bidang apatah lagi jika kaum itu adalah kaum majoriti negara ini. Matlamat kita ialah untuk membina bangsa-bangsa dalam negara, 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah'. Itulah ‘ultimate’ kita dan telah dipersetujui oleh semua kaum.

Banyak sebab kenapa BN begitu mendapat sokongan dari rakyat. Ia bukan setakat dasar yang ampuh yang digubal, tetapi yang lebih dari segala-galanya ialah sikap dan nilai pimpinan.  Yang memimpin kerajaan BN itu, terutamanya semasa zaman pencipta BN itu, Tun Razak dan panggantinya Tun Hussein Onn. Rakyat nampak dengan jelas kejujuran dan niat pimpinan yang benar-benar ikhlas untuk mencapai apa yang diidamkan dan dengan dasar gubalan semasa itu.

Di zaman Tun Razak negara mencapai begitu pesat pembangun dengan inisiatif-inisiatif yang berkesan yang di berikan kepada pimpinan didikan beliau untuk melaksanakan dasar secara organik dan nampak hasilnya secara jelas. Tun Hussein meneruskan segala dasar yang telah digubal sebelumnya dengan penuh dedikasi dan tidak melakukan tugasan beliau bersandarkan kepada kehendak peribadi beliau semata-mata.

Perdana Menteri semasa itu (Razak dan Hussein) tidak campur tangan dalam urusan perlaksanaan dasar, diberikan tanggungjawab kepada sesiapa yang telah dipilih untuk melaksanakannya. Kepada sesiapa yang diberikan tanggungjawab itu pula tidak akan menyalahgunakan kepercayaan pimpinan kerana mereka bersama-sama hand-in-glove dengan pucuk pimpinan bagi mempastikan segala dasar itu dilaksanakan dengan sempurna.

Semasa Perdana Menteri Razak dan Hussein mentadbir negara, tugasan perlaksana diberikan tanggungjawab dan kepercayaan dengan parameter kuasa yang luas dan Perdana Menteri tidak perlu masuk campur dengan tugasan harian pemimpin yang diberikan tanggungjawab negara itu. Semasa itu tidak timbul isu mereka yang bertanggungjawab itu melakukan pencemaran terhadap tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.

Tengku Razaleigh sebagai pemimpin (planner) penting dalam mencadang dan melaksanakan dasar negara semasa itu diberikan kepercayaan dengan parameter kuasa yang luas bagi melaksanakan sesuatu dasar untuk kebaikan negara.  Ini hanya boleh dilakukan kerana semasa itu pimpinan semua peringkat fokus untuk melihat pembangunan negara, khususnya dalam bidang ‘social and economic engineering’ bagi pencapaian matlamat dan ‘ultimate’ iaitu pencapaian penyatuan kaum-kaum dalam negara yang maju.

Jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh TR seperti Jawatankuasa Pelaburan Kabinet yang sangat penting semasa itu telah berfungsi dengan begitu telus dan ia terlaksana dengan baik tanpa banyak masalah sampingan.

Dasar perlaksanaan memindahkan kekayaan negara kepada Bumiputra yang di koordinasikan oleh Jabatan Koordinasi dan Pelaksana (ICU) Jabatan Perdana Menteri misalnya, adalah hasil dari perancangan yang teliti dan rakyat masih merasakan nikmat perancangan itu sehingga hari ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

(bersambung)

Umno lebih berminat sogok rakyat dengan hiburan

ASLANI M | .
TANAH MERAH: Rakyat usah mengharapkan Umno bagi membina manusia mengikut acuan ditetapkan agama kerana parti itu tidak berminat berbuat demikian.

Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, Umno hanya berminat membina jalan raya, jambatan dan membuat bangunan yang lebih bersifat fizikal semata-mata.

Katanya, beliau tidak yakin Umno mampu membina manusia sejajar dengan apa yang dikehendaki agama.

“Umno lebih berminat menyogok rakyat dengan hiburan. Sambut tahun baru dengan hiburan, sambut raya pun hiburan dan segala-galanya dengan hiburan.

“Bagaimanapun kita hendak menjadikan bangsa Melayu lebih maju sehingga mampu menjadi pengembara yang boleh menyebarkan Islam  ke seluruh dunia,” katanya pada ceramah di Kedai Gual Ipoh malam tadi.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Wan Yusoff Wan Mustapha, Penyelia Dun Gual Ipoh, Mohd Razali Yusof dan wakil PKR Tanah Merah.

Muhammad yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat dalam misi jelajah penerangan di Kelantan. Malam semalam beliau berceramah di Gua Musang dan malam ini di Jeli.

Menurutnya juga Kelantan lebih dikenali berbanding negeri-negeri lain kerana ada identiti tersendiri mempunyai pemimpin yang bersih, jujur dan amanah.

“Sebab itulah saya tengok ada negeri-negeri lain yang turut mencontohi apa yang dilaksanakan di Kelantan,” kata beliau.

Katanya beliau mengenali Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1990 semasa sama-sama menjadi ketua kerajaan negeri.

Menurutnya beliau menjadi Menteri Besar Selangor sejak 1986 sudah beberapa kali bertemu dengan Tok Guru, seorang pemimpin yang mempunyai integriti tinggi.

Mohd Amar pula menjelaskan hubungan lebih erat kerajaan negeri dengan pusat bagi memastikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan di Kelantan pada 1993 dapat dilaksanakan.

“Kita bincang antara kerajaan dengan kerajaan untuk pastikan perundangan hudud dapat dilaksanakan. Kalau Umno jujur mahu menyokong enakmen tersebut dilulus di parlimen nanti, sampailah hasrat kita.

“Sebaliknya kalau mereka khianat, parti itu akan dilabel rakyat sebagai tidak amanah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/6/2014

Hudud: Beza antara Speaker Dun PR dengan BN

SELANGOR KINI | .
SHAH ALAM: Umno tidak ikhlas membincangkan pelaksanaan hukum hudud sebaliknya hanya berminat mempermainkan isu itu dengan menjadikan sebagai senjata politik.

Ini dapat dilihat apabila Speaker Umno dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu sendiri menolak usul membahaskan isu hudud yang cuba dibawa Adun PAS kerana bimbang menimbulkan kemarahan parti komponen Barisan Nasional, MCA dan Parti Gerakan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh yang merupakan Adun daripada DAP pula memutuskan untuk membenarkan isu hudud dibahaskan di persidangan DNS berbanding Umno di Terengganu.

“Umno bukan sahaja tidak mempunyai kesungguhan malah tidak pernah berniat untuk melihat undang-undang Islam dilaksanakan atau sekurang-kurangnya menaikkan taraf institusi Mahkamah Syariah di Malaysia.

“Mereka tidak membawakan usul hudud ini di negeri dikuasai mereka sebab isu hudud ini adalah senjata untuk melagakan PAS dan DAP,” kata Khalid ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Pada 15 April lalu, Speaker Dun Terengganu, Mohd Zubir Embong menolak usul yang dibawa oleh Adun Bukit Payong (PAS), Mohd Nor Hamzah di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dun.

Mohd Nor meminta persidangan ditangguh mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan merundingkan isu pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002.

Mohd Nor berkata, tindakan menolak usul itu berikutan Umno Terengganu cuba melepaskan diri dan takut dengan tekanan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama MCA dan MIC.
21 hrs ·
Ada betulkah???
Sekali lagi page 'pengampu' BN-Panda Friends of BN - Barisan Nasional SOROK 'fakta' ranking RASUAH DALAM PERNIAGAAN di mata dunia !!!
MOHON ‪#‎SHARE‬ - SEBARKAN FAKTA!!!
Sumber: Transparency International
LikeLike · ·

230 syor Ketua Audit Negara baiki kelemahan pengurusan

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Sebanyak 230 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 2 bagi membantu Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan negeri membuat penambahbaikan dan memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.
  
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang (gambar) berkata daripada jumlah itu, Jabatan Audit Negara mengemukakan 55 syor kepada Kerajaan Persekutuan, 31 syor kepada Badan Berkanun Persekutuan dan 144 syor kepada Kerajaan-kerajaan negeri.
  
"Kelemahan yang dilaporkan kebanyakannya bersabit dengan kecekapan dan akuran penjawat awam kepada peraturan kewangan kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 2 dibentangkan di Parlimen hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
  
Beliau berkata dalam Laporan Siri 2 itu, sebanyak 57 pengauditan prestasi dan 18 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan telah dilaksanakan di peringkat persekutuan, negeri dan Badan Berkanun Persekutuan.

"Pengauditan yang dilaksanakan merangkumi bidang pembinaan, penyenggaraan, penguatkuasaan undang-undang, perolehan, pengurusan aset, program peningkatan sosioekonomi, infrastruktur dan pengurusan syarikat," katanya.
  
Ambrin berkata Kementerian Kewangan telah mengeluarkan Laporan Maklum Balas ke atas Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 2 yang memberikan ulasan serta tindakan terkini daripada Ketua Perkhidmatan terhadap isu-isu yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara.
  
Setiap tahun, Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan prestasi yang bertujuan menilai sejauh mana pelbagai aktiviti dan projek kerajaan telah dirancang, dilaksanakan dan dipantau dengan cekap dan berkesan serta sejauh mana objektif asal program/aktiviti dan projek itu telah tercapai.
  
Ia juga bertujuan untuk menilai sejauh mana wang awam telah dibelanjakan dengan berhemat tanpa berlakunya pemborosan dan pembaziran serta mendapat nilai faedah terbaik bagi perbelanjaan yang telah dibuat.
  
Bagi pengauditan syarikat kerajaan pula, Jabatan Audit Negara membuat penilaian terhadap aspek analisis penyata kewangan, pengurusan aktiviti syarikat dan tadbir urus korporat.
  
Kandungan dan sinopsis laporan siri 2 itu boleh dilayari dalam laman web Jabatan Audit Negara di http://www/audit.gov.my mulai hari ini dan sebarang pertanyaan atau pandangan mengenai laporan itu boleh dialamatkan kepada Warkah Untuk Ketua Audit Negara.
  
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 1 telah dibentangkan di Parlimen pada 7 April lepas. - Bernama
ZUHUD OH ZUHUD!
Hari ini sempat saya meneliti beberapa tulisan para ulamak tentang zuhud, yang mencuit hati saya ialah karangan Imam Ahmad Ibnu Hanbal yang berjodol 'Al-Zuhd'. Beliau telah memberi takrifan zuhud kepada 3 peringkat iaitu:
1-Zuhud orang awam : apabila mereka meninggalkan perkara haram.
2-Zuhud khusus iaitu bagi orang yang sudah mengenal Allah : apabila mereka meninggalkan kemewahan yang datang kehendak dihati walaupun ianya halal bagi mereka.
3-Zuhud lebih khusus lagi iaitu bagi orang yang paling rapat dengan Allah: apabila mereka meninggalkan segala perkara yang membantutkan ubudiyah mereka terhadap Allah.

Para ulamak membuat kesimpulan berdasarkan takrif yang disepakati tentang zuhud kepada beberapa perkara iaitu:
-Zuhud ialah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat untuk akhirat.
-Zuhud bermaksud memiliki hati yang suci daripada pergantungan perkara keduniaan.
-Zuhud ialah membuang cinta terhadap kesenangan dunia dan menjadikan nilai kemewahan dunia hanyalah ditangannya sahaja dan bukan dihati.
Inilah konsep zuhud hakiki yang diamalkan dalam kehidupan para Anbiya' , Sahabat, Tabien. Ulamak menyatakan bahawa 'ta'aluq dunia' (iaitu hati terikat dengan cinta perkara dunia) jika tidak menguasai hati maka seseorang itu dianggap orang zuhud walaupun beliau memiliki kekayaan yang dianugerahkan seumpama Saidina Abu Bakar Al-Shiddiq, Saidina Abdul Rahman ibnu Auf. Begitulah sebaliknya jika 'ta'aluq dunia' mengatasi diri, maka seseorang itu tidak boleh dianggap zuhud walaupun dia tidak suka bermewah dan kehidupannya agak biasa.
Ukuran zuhud bukanlah pada harta dan nikmat yang dikecapi akan tetapi ukurannya pada 'kuasa hati' yang berjaya mengurus dunia tanpa terikat kepadanya bahkan kecintaan kepada akhirat dan agama sentiasa diutamakan.
Hari ini, bila saya membaca beberapa komen dan pandangan cerdik pandai, terasa ramai rupanya yang masih tidak faham hakikat zuhud dalam islam kerana diukur zuhud dengan pemikiran dan teori barat serta teori 'akal kurang waras' sehingga rakan taulan dibenci di caci hanya kerana memiliki kemewahan atau memakai pakaian berjenama ataupun dirumahnya ada 'vellfire'!
Pemilik 'Vellfire' jika menggunakan rezeki yang dikurniakan itu dijalan Allah, untuk memudahkan urusan dalam perjuangan menegakkan hukum islam dan tidak pernah menyusah serta membebankan orang lain maka ianya dibenar dalam islam bahkan digalakkan lagi kerana ia boleh memudahkan urusan perjalanan dan permusafiran. Namun jika pemilik 'Vellfire' yang angkuh, selalu hina dan tentang hukum islam, hidup hanya untuk cari makan dan masyarakat yang hanyut dibiarkan, maka tak mustahil 'vellfire' menyebabkan pemiliknya menuju ke 'Hellfire'!.
~ ILMU DIMANTAPKAN, FIKRAH ISLAMIAH DIPERKUKUHKAN ~
Ustaz Asri Ed-Diwanie,
Naib Ketua DPPN Kelantan.

Sunday, 15 June 2014

Syeikh Kamel Ali Hassan Elkissy Ziarah Tuan Guru Haji Salleh Musa (Sik)

13/4/2014: 
Kedatangan seorang syeikh dari Palestin iaitu Syeikh Kamel Ali Hassan Elkissy. Seorang yang cukup 'alim. Beliau dikatakan mempunyai pertalian keluarga dengan Al-Syahid Syeikh Ahmad Yassin iaitu pengasas organisasi Harakah Perjuangan Islam (HAMAS) di Genting Gaza. 
Ke Pondok Tuan Guru Haji Salleh Musa (Sik)

Merupakan rezeki buat para hadirin yg datang ke kuliah TG Hj. Salleh kerana menumpang berkat Syeikh Kamel dan mengaminkan doa daripadanya.









Tiada ulasan: