Tuesday, 17 June 2014
KECOH DIBERITAKAN KILANG BUAT BIHUN JIJIK CAP MASJID TERBAKAR HANGUS???? ... BETUL KE????
Omak Kau mendapat kiriman gambar mengisahkan kononnya kilang kotroversi buat bihun jijik cap masjid di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur terbakar hangus dijilat api sebentar tadi.
Vincent Tan mahukan lesen kasino! Adakah Sports Toto tidak mencukupi?
Posted on Wednesday, June 18 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Ng Kee Seng
SEKILAS PANDANG: Selepas hanya setahun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlalu, kini tibalah "musim menuai" untuk jutawan dengan kabel atau hubungan yang kuat?
Sebelum ini, Putrajaya membatalkan cukai RM2.25 bilion jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary melalui monopoli Padiberas Nasional Berhad (Bernas) ke atas import beras.
Ya! Hanya di Malaysia Darul Boleh, golongan elit perniagaan dapat dikecualikan dari cukai. Bukannya golongan bawahan yang terpaksa bergelut setiap hari bagi mencari sesuap nasi bagi orang yang tersayang.
Sekarang seorang lagi hartawan, Tan Sri Vincent Tan sedang cuba untuk memulihkan pelan kasinonya di Berjaya Hills Resort, menurut akhbar New Sunday Times.
Jika Tan berjaya, nafsu kekayaan beliau akan dipuaskan dengan mengorbankan kelemahan penjudi tegar, yang akan memburukkan masalah sosial rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia kini akan tertanya-tanya sama ada ini projek maksiat ini akan diluluskan dalam "Malaysia Islam" dan di Pahang – negeri kampung halaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam sebuah temu bual dengan organ media Umno New Sunday Times Vincent, pengasas kumpulan Berjaya itu berkata beliau berharap tidak akan ada bantahan daripada mana-mana pihak kerana kompleks kasino itu akan memberi faedah kepada Malaysia dari segi pertukaran asing dan limpahan ekonomi.
"Rakyat Malaysia dan warga asing membelanjakan wang mereka untuk berjudi, hotel dan makanan di Singapura, Macau, Kemboja, Filipina dan Las Vegas. Saya pasti mereka akan suka datang ke sini. Kita boleh menjangkakan ketibaan beratus-ratus bas dari Singapura," katanya kepada akhbar itu dalam sebuah temu bual eksklusif.
Biar benar? Pelancong lebih sukakan Malaysia daripada dua kasino bertaraf antarabangsa di Singapura?
Mengapa Tan tidak meminta pendapat fanatik agama yang kuat meracau, tentang lesen kasino ini?
Selain itu, adakah Tan maksudkan yang beliau berhasrat untuk membawa manfaat kepada Malaysia atau dirinya sendiri, tanpa mempedulikan kesan gejala sosial terhadap masyarakat Malaysia?
Tan telah memohon lesen untuk mengendalikan kasino di Berjaya Hills lebih daripada 10 tahun lalu, tetapi ia telah ditolak berikutan bantahan daripada sesetengah pihak.
Berjaya Hills, yang berada hanya beberapa minit pemanduan dari kasino tunggal di negara ini di Genting Highlands, pada masa ini hanya mempunyai permit untuk mengendalikan mesin slot.
Tan berkata beliau berhasrat untuk melabur RM3 bilion pada awalnya dalam kasino ini, untuk menjadikan Berjaya Hillls sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia dan projek pembangunan pelancongan terbesar di Malaysia.
Kompleks yang terletak berhampiran Genting Highlands ini, akan mempunyai pusat perjudian, taman tema dalaman dan luaran, kedai makanan, gedung runcit, hotel, pusat konvensyen dan rumah percutian.
Tan memberitahu akhbar itu bahawa kasino itu akan menyediakan peluang pekerjaan bagi kira-kira 10,000 penduduk tempatan.
Adakah ini benar? Gaji yang sedikit bagi menghasilkan keuntungan berjuta-juta ringgit? Apakah jenis tenaga kerja berkualiti yang anda promosikan?
Sebuah kasino di Malaysia adalah lebih daripada cukup. Rakyat Malaysia tidak perlu kehilangan lebih banyak gaji dan hasil titik peluh mereka.
Malaysia juga tidak perlukan lebih banyak kasino lain bagi membantu mempromosi dan memperkayakan lintah darat atau along, yang akan mensasarkan mereka yang ketagih judi.-theantdaily
Kg Chubadak Tambahan tetap diranapkan - Datuk Bandar KL
Posted on Wednesday, June 18 @ 13:07:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata kesemua "rumah haram" penduduk Kampung Chubadak Tambahan akan dirobohkan walau penduduk memfailkan injuksi di Mahkamah Tinggi.
Katanya, tindakan itu diteruskan kerana penduduk di kawasan itu sudah menetap "secara haram” sejak lebih 20 tahun lalu.
“Ya, kerja-kerja perobohan akan diteruskan kerana mahkamah sudah tetapkan (sebelum ini).
Penduduk berkenaan memohon injuksi tersebut pada 12 Jun lalu di Mahkamah Tinggi.
Mahkamah seterusnya membenarkan injunksi tersebut berkuatkuasa selama 14 hari, sehingga 26 Jun.
“Itu mereka yang failkan, (tapi) kita tetap teruskan perobohan,” katanya lagi.
Ahmad Phesal ditemui pemberita ketika lawatannya bersama media sempena pameran Greater KL dengan Invest KL di ibu negara hari ini.
Ahmad Phesal turut menepis dakwaan bahawa pampasan berjumlah RM7,000 terlalu sedikit manakala penempatan baru di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Bukit Jalil pula terlalu kecil.
'Apa yang tak munasabah?'
“Apa yang tidak munasabah? Mereka tinggal di sana secara haram. Kita pindahkan mereka di rumah PPRT daripada mereka terus tinggal secara haram di situ," katanya.
Ditanya mengenai dakwaan bahawa pemasangan bekalan elektrik dan air akan ditanggung oleh penduduk yang dipindahkan, Ahmad Phesal menganggap hal itu bukan satu masalah.
“Perkara itu bukan satu masalah, kita berikan wang pindah rumah sebanyak RM 1,000 setiap keluarga. Tetapi soal pampasan saya RM7,000 itu saya tak tahu. Itu (urusan) pemaju,” katanya.
Ditanya mengenai rundingan antara DBKL, pemaju dan penduduk mengenai pampasan, beliau menegaskan bahawa DBKL tidak terlibat dengan rundingan mengenainya kerana melibatkan antara pihak pemaju dan penduduk sahaja.
Minggu lalu, DBKL merobohkan dua buah rumah penduduk sementara enam lagi telah dikenalpasti tetapi gagal dirobohkan kerana bantahan keras penduduk setempat. Sementara kes bagi 58 penduduk kampung lagi kini dalam prosiding di Mahkamah Rayuan.
Penduduk diminta untuk memberi laluan untuk pembangunan kepada DBKL, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan pemaju Sentul Murni Sdn Bhd.
Pembangunan yang akan dijalankan di kampung itu berkait dengan rancangan tahun 2006 untuk membangunkan bekas tanah rezab Melayu itu kepada satu kawasan perbandaran.-mk
Kilang 'bihun kembang tekak' terbakar
Dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 3 pagi itu, empat lagi kilang yang terletak berhampiran turut musnah dalam insiden terbabit.
Katanya, setibanya bomba dilokasi kejadian 15 minit kemudian, api sudah hampir meranapkan kelima-lima unit kilang terbabit.
KILANG bihun yang terbakar.
"Pihak bomba terpaksa mengambil tindakan segera mengawal api daripada terus merebak ke beberapa lagi unit kilang berhampiran," katanya ketika dihubungi.
5 Jenis Makanan Yang Perlu Dijauhkan Dari Kanak-kanak
Golongan dewasa tentulah faham yang makanan sihat itu terdiri daripada
bahan-bahan segar seperti ayam, ikan, salad dan sayuran hijau.
Buah-buahan segar pula digunakan sebagai pencuci mulut atau pembuka
selera. Keadaan berlaku sebaliknya kepada kanak-kanak. Mereka menganggap
makanan sedemikian sebagai jijk, membosankan, hambar dan lebih teruk ia
dianggap sebagai racun !
Keadaan inilah yang menyebabkan kanak-kanak berperang dengan makanan dan
isu ini adalah sangat mengecewakan. Namun adalah penting terutamanya
ibu bapa menjadi contoh terbaik menggalakkan pemakanan sihat. Yakinlah,
bahawa suatu hari nanti, anak anda akan berterima kasih kepada anda
kerana menyuapkannya dengan makanan yang sihat.
Saban hari, terlalu banyak makanan yang nampak lazat tetapi pada
hakikatnya makanan tersebut mengandungi nilai pemakanan yang kecil
berbanding pengawet, gula dan lemak yang digunakan.
Tetapi, bagaimana anda boleh tahu makanan yang boleh dielakkan ?
Untuk membantu anda membuat keputusan, terdapat 5 senarai makanan yang
perlu dielakkan tetapi lazim diberi kepada kanak-kanak di Malaysia sama
ada bersarapan, makan tengahari, makan malam atau makanan ringan.
1. Bijirin untuk sarapan pagi
Tidak dinafikan, apabila tiba waktu bersarapan, bijirin menjadi salah
satu pilihan ibubapa di Malaysia untuk anak-anak bersarapan. Setiap hari
kita dimomokkan di televisyen dengan iklan-iklan bijirin yang dimakan
bersama susu dan sebagainya. Bijirin sememangnya mensasarkan kanak-kanak
kerana golongan itu mudah dipengaruhi. Ditambah pula dengan
pembungkusan yang menarik dan berwarna-warni. Hakikatnya, kuantiti gula
yang digunakan amatlah melebihi keperluan bagi seorang kanak-kanak.
2. Daging proses
Ya, daging proses memang cepat untuk disediakan. Cuma keluarkan dari
peti sejuk, dinyahbeku kemudian goreng dan siap untuk dimakan. Namun
tidak kita perasan bahawa makanan ini sebenarnya ibarat span menyerap
minyak masak yang digunakan semasa menggoreng ditambah lagi dengan
pengawet digunakan. Ini akan meningkatkan lagi risiko sakit jantung dan
lebih teruk lagi kanser. Kesannya tidaklah drastik tetapi jangka masa
panjang.
3. Kentang Goreng
Tiada cara lain mengelakkan makanan ini sekiranya memang sudah
tersenarai dalam makanan mingguan anak-anak anda. Namun masalah sebenar
adalah apabila member anak-anak kentang goreng setiap kali makan.
Kentang goreng tidak menyediakan nilai nutrisi kepada anak-anak,
sebaliknya kandungan lemak dan garam yang amat tinggi!
4. Pizza
Dibandar, khususnya Kuala Lumpur, makanan segera seperti pizza ini tidak
asing lagi. Ibubapa yang penat seharian bekerja memlilih untuk
menghubungi pizza dan menunggu ianya sampai di depan rumah. Namun ia
sememangnya tidak sihat kerana pengawet disamping lemak dan kalori yang
tinggi.
5. Snek Ringan / Keropok
Kebanyakan makanan jenis ini dihasilkan dengan tepung yang diproses
kemudian ditambah pengawet, pewarna, perasa sintetik dan minyak yang
boleh menyebabkan tahap kolestrol yang tinggi. Oleh hal yang demikian,
amatlah tidak digalakkan sama sekali untuk memberi anak-anak anda
memakan snek seperti ini
Kesimpulannya, sekiranya anda memahami cadangan sebenar, adalah dijamin
anak anda akan berasa dan menikmati hidup yang lebih sihat pada masa
akan datang.
Sumber
Muhamad Saad Shaari shared Milo Kosong Koww's photo.
19 hrs ·
Milo Kosong Koww with Ayob Hussin and 48 others
Betul kata2 org tua..."Seorg Ibu Mampu Jaga 10 Org Anak,Tapi 10 Org Anak Blm Tentu Mampu Jaga Seorg Ibu"..
-Ini mampu terjadi kpd sesiapa shj Tanpa Mengira Apa Jua Pangkat dan Kedudukan Kamu sblm ini..
-Harap2 Penoreh Getah Ini tidak akn mnerima nasib yg sama..
-Solidariti utk MANTAN NAIB KETUA WANITA UMNO MSIA...MANTAN TIM.MENTERI PENERANGAN..MANTAN TIM.MENTERI PENGAKUTAN..MANTAN AHLI PARLIMEN SHAH ALAM 1982..

(Gambar) Masjid Kena Rempuh
IPOH: Pintu pagar utama Masjid Sultan Yusof di Rapat Setia, di sini, rosak teruk selepas dirempuh dua kenderaan yang terbabit dalam satu kemalangan berhadapan masjid berkenaan petang tadi.
(Gambar) Keadaan MPV yang terbalik selepas melanggar pintu pagar utama Masjid Sultan Yusof di Rapat Setia, Ipoh.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.20 petang itu,
kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina itu dipercayai hilang
kawalan dan merempuh pintu pagar utama masjid.
Kenderaan itu juga melanggar
tiang lampu isyarat di hadapan masjid hingga tercabut serta
mengakibatkan kerosakan teruk pada pagar batu masjid berkenaan.
Saksi Muhammad Yahya, 84, yang
ditemui di lokasi kejadian berkata, sebelum kejadian dia mendengar
dentuman kuat di sebelah kanan masjid.
"Ketika
itu saya nampak sebuah MPV hampir terbalik di hadapan pintu pagar dan
melihat pemandu keluar daripada kenderaan tanpa sebarang kecederaan.
"Selain MPV itu, sebuah Nissan
Sentra turut tersangkut pada pagar batu manakala kereta Perodua Kancil
berada di laluan bertentangan,", katanya. ~mymetro
Konsesi penswastaan kampus UiTM yang kedua yang akan didedahkan adalah pembinaan, operasi dan penyenggaraan UiTM Cawangan Seremban III di Negeri Sembilan.
Jawapan Perdana Menteri pada 10 April 2014 menunjukkan bahawa konsesi selama 23 tahun yang dianggarkan mencecah RM1.5 bilion sepanjang tempoh konsesi ini dianugerahkan kepada sebuah syarikat bernama Inovatif Mewah Sdn Bhd.
Semakan menunjukkan bahawa pegangan saham di dalam Inovatif Mewah Sdn Bhd adalah seperti berikut (rujuk carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang disertakan bersama):
1. Menang Development (M) Sdn Bhd dengan pegangan 51% saham
2. Menang Industries (M) Sdn Bhd dengan pegangan 20% saham
3. Tentu Selesa Sdn Bhd dengan pegangan 29% saham
Menang Development (M) Sdn Bhd dan Menang Industries (M) Sdn Bhd adalah syarikat-syarikat yang dikawal dan/atau dimiliki sepenuhnya oleh Menang Corporation (M) Berhad, iaitu sebuah kumpulan pembangunan hartanah yang dikawal oleh keluarga Dato’ Abdul Mokhtar Ahmad.
Manakala Tentu Selesa Sdn Bhd pula adalah syarikat yang dikuasai oleh dua tokoh yang rapat dengan Umno. Semakan SSM menunjukkan bahawa pengarah-pengarah Tentu Selesa Sdn Bhd adalah seperti berikut:
1. Dato’ Shahrir Abdul Jalil
2. Dato’ Aidit Ghazali
Tentu Selesa Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dengan saham terbitan hanya RM2 sahaja dan dipegang oleh dua individu iaitu Saharudin Abdullah dan Sumami Kiman. Siasatan saya menunjukkan bahawa Saharudin Abdullah dan Sumami Kiman juga adalah pemegang saham kepada banyak syarikat RM2 yang digunakan di dalam pelbagai urusniaga kontroversi termasuklah cadangan pengambilalihan KFC dan PLUS. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua individu ini menjalankan perniagaan menubuhkan syarikat bermodal RM2 untuk dijual kepada pihak-pihak ketiga yang seterusnya menggunakan syarikat ini bagi tujuan urusniaga yang lain.
Oleh itu, Tentu Selesa Sdn Bhd adalah syarikat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato’ Shahrir Abdul Jalil dan Dato’ Aidit Ghazali.
Semakan lanjut menunjukkan bahawa Dato’ Shahrir Abdul Jalil adalah adik kepada Dato’ Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno Malaysia. Dato’ Shahrir Abdul Jalil pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai yang kemudiannya digantung selama 3 tahun oleh Lembaga Disiplin Umno pada tahun 2005 kerana didapati bersalah dengan amalan politik wang.
Dato’ Shahri Abdul Jalil adalah pengarah kepada pemegang konsesi Inovatif Mewah Sdn Bhd, selain menjadi pengarah kepada Tentu Selesa Sdn Bhd.
Seorang lagi pengarah Tentu Selesa Sdn Bhd adalah Dato’ Aidit Ghazali, iaitu Timbalan Presiden Jalur Tiga (JATI), sebuah NGO sayap kanan yang ditubuhkan oleh Dato’ Hassan Ali selepas beliau (Hassan Ali) dipecat dari PAS. JATI dilihat begitu kuat mendokong Umno dan banyak menyerang tokoh-tokoh Pakatan Rakyat.
Susun atur pemegang konsesi penswastaan UiTM Cawangan Seremban III menunjukkan bagaimana kroni kapitalisme digunakan di Malaysia untuk mengkayakan ahli-ahli politik yang rapat dengan Umno. Sebuah syarikat bermodal RM2 sahaja diberi pegangan sehingga 29% di dalam satu konsesi bernilai RM1.5 bilion hanya kerana ia dikuasai oleh tokoh-tokoh Umno atau yang rapat dengan Umno.
Model ini turut digunapakai di dalam beberapa konsesi yang lain, iaitu tokoh-tokoh Umno menjadi pemegang saham minoriti dan syarikat yang membina (selalunya syarikat yang memang terlibat di dalam sektor pembinaan) memegang saham selebihnya. Ia membayangkan seolah-olah syarikat yang dikawal ahli politik mendapat pegangan kerana membuka ruang “kabel politik” untuk dianugerahkan satu konsesi lumayan sedang syarikat pembinaan menjalankan kerja-kerja pembinaan sebenar.
Model ini yang menunjukkan penglibatan ahli politik dalam kroni kapitalisme adalah sarang rasuah yang akhirnya membebankan rakyat dengan konsesi-konsesi penswastaan seperti konsesi UiTM Cawangan Seremban III ini.
RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
17 Jun 2014
Tuesday, 17 June 2014
EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI ... KONSESI PENSWASTAAN KAMPUS UiTM BERNILAI RM1.5 BILION DI BERIKAN KEPADA SYARIKAT YANG ADA KAITAN DENGAN ADIK SHAHRIZAT JALIL.

Lagi kes rogol beramai-ramai, mangsa digantung mati
Seorang pegawai kanan polis berkata, wanita itu keluar membeli ubat malam Jumaat lalu apabila tiga lelaki mengumpannya ke sebuah rumah yang masih dalam pembinaan dan menyerang mangsa di negeri Uttar Pradesh.
“Dua daripada tiga suspek tersebut telah ditangkap,kami sedang memburu lelaki ketiga,” tambahnya.” kata Superintendan Kanan L.R. Kumar kepada AFP
Wanita itu membuat aduan polis berhubung serangan tersebut pada hujung minggu lalu di bandar Bisauli, dalam daerah Badaun.
Badaun merupakan daerah sama di mana dua gadis yang masing-masing berumur 12 dan 14 tahun diperkosa beramai-ramai sebelum menggantung diri pada hujung bulan lalu.
Serangan kejam itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang menuduh kerajaan sebagai gagal menguatkuasakan undang-undang di negeri itu.
Uttar Pradesh yang dihuni lebih 200 juta orang merupakan negeri berpenduduk paling padat di India.
Negeri itu telah lama dibelenggu isu kemiskinan, keganasan kaum dan perbezaan politik berdasarkan kasta. – AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan