Thursday, 19 June 2014
BINTANG FILEM TAMIL TERKENAL, MONICA, PELUK ISLAM.
PELAKON popular filem Tamil, Monica, 27, membuat keputusan memeranjatkan apabila beliau memutuskan untuk menukar agama daripada Hindu kepada Islam dan seterusnya meninggalkan kerjaya seninya.
Seperti dilaporkan portal Salam News, pelakon itu juga telah memilih nama MG Rahima sebagai nama Islamnya.
"Saya menukar agama bukan kerana cinta ataupun wang. Saya suka prinsip Islam. Inilah sebabnya mengapa saya telah memeluk agama Islam, " kata beliau.
Menurut media India, Monica telah membuat pengumuman itu pada satu sidang media pada hari Jumaat lalu di mana beliau mengeluarkan gambar yang menunjukkan dia memakai pakaian tradisional yang sederhana dan bertudung.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebab di sebalik keputusannya untuk menyertai agama berkenaan.
Pelakon itu memulakan kerjayanya sebagai artis kanak-kanak dalam bahasa Tamil pada tahun 1990 ketika berusia tiga tahun dan telah berlakon dalam lebih 50 buah filem.
Beliau juga merupakan bintang popular dalam industri perfileman India Selatan seperti filem Telugu, Malayalam dan Kannada.
Monica, juga pernah memenangi Tamil Nadu State Award sebagai pelakon kanak-kanak terbaik.
Pada tahun 2001, Monica telah berubah namanya kepada Paravana untuk industri filem Malayalam.
Filem terakhirnya ialah Jannal Oram yang ditayangkan di pawagam pada November 2013.
Mahasiswi UM kecam arahan tanggal purdah
KUALA LUMPUR: Kumpulan Mahasiswi Islam Universiti Malaya mengecam tindakan mengarahkan seorang siswi menanggalkan purdahnya untuk masuk ke dewan peperiksaan.Pengerusi Hal Ehwal Mahasiswi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (Hewi-PMIUM), Sobiroh Puzi berkata, tindakan seorang pengawas peperiksaan itu bukan sahaja mengaibkan siswi terbabit malah menafikan hak beliau mengamalkan ajaran agama.
"Jika pemakaian purdah dilarang dengan alasan undang-undang UM tidak membenarkan, mengapakah larangan berkenaan hal ini tidak pernah dinyatakan secara jelas serta penguatkuasaan berkenaan larangan ini tidak juga dimaklumkan kepada mahasiswa UM sendiri," soal beliau dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas kejadian Isnin lalu, di mana seorang siswi daripada Akademi Pengajian Melayu telah diarahkan keluar daripada dewan peperiksaan ketika peperiksaan berlangsung, untuk menanggalkan purdah yang dipakainya.
Mengulas lanjut beliau berkata, pihak seksyen peperiksaan kampus itu juga bertindak secara "double-standard", apabila hanya siswi tersebut yang dikenakan tindakan sedemikian.
Sedangkan kata beliau, rata-rata siswi lain yang juga berpurdah tidak pula dikenakan tindakan yang sama jika ia benar-benar melanggar peraturan universiti.
"Lebih menghairankan, lebih ramai mahasiswi yang berpakaian mencolok mata di dalam kampus serta terang-terangan melanggar peraturan pemakaian pelajar tidak pula dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak berwajib," kata beliau lagi.
Pihak Hewi PMIUM juga katanya, menuntut pihak pentadbiran UM dapat menjelaskan kepada mahasiswa berkenaan isu pemakaian purdah di dalam kampus.
"Jika benar ia dilarang, di mana hitam putihnya dan apakah justifikasi larangannya?
"Kami juga menuntut agar penguatkuasaan dan tindakan tegas dikenakan kepada mahasiswa yang menyalahi etika berpakaian di dalam kampus seperti yang termaktub di dalam peraturan universiti," tegasnya.
Dalam Perlembagaan Universiti Malaya 1997, terdapat peruntukan dalam Jadual C (Arahan Am Peperiksaan) dibahagian 3 (e) yang larang pelajar memakai apa-apa pakaian yang menutup muka, pakaian
yang tidak sopan dan tidak sesuai dengan keadaan, selipar, topi, seluar pendek dan sarung tangan (kecuali pelajar perubatan di klinik dan makmal) di dewan peperiksaan. - HARAKAHDAILY 19/6/2014
Thursday, June 19, 2014
Mahasiswi UM diusir keluar dari Dewan Peperiksaan kerana berpurdah..
Semalam, seorang siswi daripada Akademi Pengajian Melayu telah diarahkan keluar daripada dewan peperiksaan ketika peperiksaan berlangsung, untuk menanggalkan purdah yang dipakainya.
Pihak Hewi PMIUM melihat tindakan daripada seksyen Peperiksaan ini telah menafikan hak beliau untuk mengamalkan hak dalam beragama serta telah mengaibkan peribadi siswi tersebut.
Jika pemakaian purdah dilarang dengan alasan undang-undang UM tidak membenarkan, mengapakah larangan berkenaan hal ini tidak pernah dinyatakan secara jelas serta penguatkuasaan berkenaan larangan ini tidak juga dimaklumkan kepada mahasiswa UM sendiri?
Pihak seksyen peperiksaan juga dianggap mengenakan tindakan berbentuk "double-standard", apabila hanya siswi tersebut yang dikenakan tindakan sedemikian (diminta keluar dari dewan peperiksaan untuk membuka purdah), sedangkan rata-rata siswi lain yang juga berpurdah tidak pula dikenakan tindakan yang sama jika ia benar-benar melanggar peraturan universiti.
Lebih menghairankan, lebih ramai mahasiswa yang berpakaian menjolok mata di dalam kampus serta terang-terangan melanggar peraturan pemakaian pelajar tidak pula dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak berwajib.
Pihak Hewi PMIUM menuntut agar pihak pentadbiran UM dapat menjelaskan kepada mahasiswa berkenaan isu pemakaian purdah di dalam kampus.
Jika benar ia dilarang, di mana hitam putihnya dan apakah justifikasi larangannya? Kami juga menuntut agar penguatkuasaan dan tindakan tegas dikenakan kepada mahasiswa yang menyalahi etika berpakaian di dalam kampus seperti yang termaktub di dalam peraturan universiti.
Kenyataan di atas dikeluarkan oleh Sobiroh Puzi, Pengerusi Hal Ehwal Mahasiswi, Persatuan Mahasisa Islam Universiti Malaya di SINI
Manakala berikut pula adalah kenyataan oleh mangsa sikap double standard UM, Zulaikha Adam
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Status 'purdah' saya bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak mahupun mengaut perhatian besar. Saya sudah lali, bercerita tentang realiti hidup yang saya alami di FB saban hari, dengan tujuan perkongsian. Mana yang elok, ambil. Mana yang tidak elok, tinggal. Tiada niat juga untuk saya meletakkan mereka yang tidak menutup aurat pada status yang rendah, kerana siapa saya untuk menjadi juri. Kalau boleh tidak ingin diperbesarkan, tetapi eloklah menjadi pengajaran.
Malam ini, saya koreksi diri. Bukan saya ingin membuka identiti purdah saya untuk menunjukkan saya ini baik tetapi saya sedang berusaha ke arah itu. Saya memegang purdah sebagai SUNAT dan itu pilihan. Dan tidak setiap masa juga saya mampu mengenakan purdah, lagi pula saya masih baru dalam lindungan fabrik ini.
Tetapi apa yang mengecewakan, apabila saya perhatikan undang-undang manusia yang semakin jauh dari Islam. Berilah 100 rasional, kenapa purdah tidak dibenarkan dalam universiti? Barulah saya akan akur, bahawa purdah ini memudaratkan. Tapi ternyata tidak bukan? Apakah yang dididik dalam Islam itu memudaratkan? Bukankan purdah itu tujuannya untuk melindungi? Terutamanya untuk perempuan.
Lebih terkilan, apabila saya terkenang pelajar-pelajar lain yang berada di sekeliling saya yang masih belum mampu menutup aurat dengan sempurna. Mereka tenang berlegar-legar dalam zon bebas "buka aurat", kenapa mereka tidak dikenakan tindakan? Ada yang berambut merah, ada yang berseluar pendek, mini skirt dan lain-lain. Dalam hal ini, bukan saya mempertikaikan kenapa mereka tidak menutup aurat? Tetapi kenapa mereka tidak dikenakan tindakan undang-undang sedangkan setiap universiti ada kod etika dan pemakaian tersendiri. Kenapa yang memakai purdah sehelai ini yang mati-matian ditegah?
Jujur, yang membuat saya agak marah tadi bukan kerana tidak dibenarkan memakai purdah di dalam dewan peperiksaan, tapi kerana pengawas peperiksaan tadi seolah-olah mencabar hak saya untuk berpakaian apabila saya 'bertegas untuk tidak buka'. Bila berbicara tentang HAK, itu terpulang pada manusia itu sendiri untuk menentukan. Kenapa harus kakak tadi begitu takut dengan ketua pengawas yang cuma manusia itu?
Saya terfikir, dalam tempoh sesingkat tadi untuk melawan terus. Buktikan mana hitam putih purdah tidak dibenarkan, dan alasan musabab purdah tidak dibolehkan? Kalau dengan alasan PENYAMARAN, itu cukup dangkal dan boleh disangkal. Saya sudi menyelak sekejap purdah, tetapi jangan disuruh untuk buka terus. Akhirnya saya tetap akur dan menghormati ratusan pelajar lain yang sedang menjawab peperiksaan. Akur, tetapi kecewa.
PURDAH. Itu tidak melambangkan baik atau tidaknya seseorang. Jangan kerana seseorang wanita itu berpurdah, dia sudah cukup baik. Tidak semestinya! Sebaliknya, purdah digunakan sebagai perlindungan dan pertahanan dari dosa dan maksiat. Sekali lagi, bukan kerana baik atau tidaknya seseorang.
Namun, jika adanya undang-undang manusia yang jahil seperti ini, sampai bila-bila pun lah tiada orang yang berpeluang untuk menjadi baik. Kerana lebih takut. Dengan undang-udang manusia, bukan dengan undang-undang Tuhan.
Wallau'alam.
Sekian.
FaceBook beliau di SINI
Jadi inilah yang dimaksudkan oleh Menteri bahawa Malaysia bukan negara sekular?.. Berpurdah tak boleh tapi berpakaian seksi boleh?
Thursday, 19 June 2014
SEBUAH FIRMA KEPUNYAAN AHLI-AHLI UMNO SAMAN SETIAUSAHA AGUNG UMNO, KU NAN KERANA MUNGKIRI JANJI.
Sekumpulan usahawan Bumiputera hari ini memperolehi injunksi terhadap Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor serta dua yang lain, daripada terlibat dalam usahasama dalam urusan tanah seluas lima hektar di Bukit Kiara.
Minggu lepas, Damai Kiaramas Sdn Bhd, yang dimiliki oleh ahli Umno, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Tengku Adnan, yang juga dikenali sebagai Ku Nan, kerana didakwa melanggar kontrak.
Syarikat itu mendakwa ia telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh kementerian untuk membangunkan tanah itu, termasuk mendapatkan persetujuan mereka yang tinggal di rumah panjang di situ sejak 32 tahun untuk ditempatkan dalam projek pembangunan bercampur di atas tanah tersebut.
Bagaimanapun, syarikat itu mendakwa Tengku Adnan mahu projek itu diberikan kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura.
Injunksi hari ini dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Kamaluddin Md Said.
KALAU DAH ALI UMNO SENDIRI SUDAH TIDAK PERCAYAKAN PEMIMPIN UMNO BERTARAF SETIAUSAHA AGUNG UMNO KERANA MERASAKAN DIRI MEREKA DI TIPU ... TIADA SEBAB RAKYAT LAIN NAK TERUS BERIKAN SOKONGAN KEPADA UMNO.
"Malaysia bukan negara sekular" - Jamil Khir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan