Jumaat, 27 Jun 2014

SEGALANYA AKAN TERUKAI AKHIRNYA...JIKA ADA IZIN ALLAH....PENJAHAT2/PENGHINA2 ISLAM JUGA AKHIRNYA AKAN MENERIMA HUKUMAN/BALASAN DARI ALLAH....KITA TUNGGU SAMA2

Murid perempuan darjah tiga diculik dan dicabul

BERNAMA | .
IPOH: Seorang murid perempuan darjah tiga diculik seorang lelaki berumur 57 tahun yang menaiki sebuah kereta di stesen bas Slim River dekat sini semalam sebelum dicabul.
  
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Othman Nanyan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa dan kakaknya berumur 12 tahun berada di stesen bas berkenaan setelah tamat sesi persekolahan.
  
"Selepas menyedari adiknya menaiki kereta seorang lelaki, kakak mangsa telah menelefon bapanya yang kemudian terus membuat laporan di Balai Polis Slim River," katanya.
  
Beberapa jam kemudian polis berjaya menahan suspek bersama-sama seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai isteri dan anaknya di Taman Desa Idaman dekat Sungkai di sini, katanya ketika dihubungi hari ini.
  
"Sebelum suspek ditahan, dia enggan memberhentikan kenderaannya dan memecut laju menghala Plaza Tol Slim River dan seterusnya masuk ke tol Sungkai.
  
"Semasa di Pekan Sungkai, kenderaan suspek telah melanggar kenderaan awam jenis Proton Exora dan masuk ke Taman Desa Idaman Sungkai dan bertindak melanggar kenderaan polis di bahagian hadapan sisi kiri. Bagaimanapun anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal berjaya menangkap suspek," katanya.
  
Beliau berkata budak perempuan itu yang sedang berlari dalam keadaan ketakutan dijumpai seorang wanita yang memandu kereta melalui jalan lama Slim Village berdekatan perkuburan Cina dan membawanya ke Balai Polis Slim River.
  
Othman berkata sebelum menculik budak perempuan itu, lelaki itu mengajak mangsa menaiki keretanya kononnya untuk pergi membeli buku dan ketika berada di dalam kereta, suspek mengugut mangsa supaya tidak melarikan diri.
  
Suspek kemudian memberhentikan keretanya di kawasan perkuburan Cina dan mengajak mangsa ke pondok tokong di kawasan itu sebelum mencabulnya dan beredar dari kawasan itu, katanya.
  
Mangsa telah dihantar ke Hospital Slim River dan hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan mangsa diperkosa, katanya.
  
Othman berkata polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. - Bernama

Gadis Akui Lakukan Hubungan Intim Dengan Bapa Kandung Dalam Bilik Yang Dihuni Bersama Ibu


Tidak tahu lelaki pasangannya bapa kandung

Kuala Lumpur: Seorang mangsa rogol bawah umur memberitahu mahkamah, dia melakukan hubungan seks dengan bapa kandungnya dengan rela hati dan bukan dipaksa.


Gadis Akui Lakukan Hubungan Intim Dengan Bapa Kandung Dalam Bilik Yang Dihuni Bersama Ibu
Gadis Akui Lakukan Hubungan Intim Dengan Bapa Kandung Dalam Bilik Yang Dihuni Bersama Ibu


Mangsa yang kini berusia 16 tahun memberitahu Mahkamah Sesyen semalam, dia tidak mengetahui lelaki berusia 54 tahun dikenali sebagai ‘Mat Kedah’ itu ialah bapa kandungnya ketika melakukan perbuatan itu di atas tilam di dalam bilik tidurnya yang turut dihuni ibu kandungnya. 
Hasil hubungan itu, mangsa yang kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Rembau, Negeri Sembilan selama tiga tahun melahirkan seorang bayi perempuan yang kini berusia setahun tujuh bulan selepas disahkan mengandung pada Ogos 2010. 

Pengakuan itu dibuat ketika keterangan impak mangsa (VIS) di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid sebelum menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan tujuh sebatan terhadap bapa kandungnya itu yang mengaku salah merogol gadis berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Muhibbah di sini, jam 1 pagi, pada penghujung Julai 2010.

Mangsa mengakui kesan kejadian itu menyebabkan dia berasa malu kerana penghuni lain di rumah perlindungan mengetahui dia mengandung anak luar nikah.

Ibu reda

Ketika ditanya Emelia apa tindakan ibunya apabila mengetahui dia mengandung hasil perbuatannya dengan tertuduh, mangsa memberitahu ibunya tidak berkata apa-apa dengan alasan perkara itu sudah terjadi. 
“Saya melakukan perbuatan itu bukan sebab paksaan dia (tertuduh) tetapi dengan rela hati,” katanya.

Emelia sempat menasihatkan mangsa supaya menjaga anaknya dengan baik dan mengingatkan wanita itu supaya tidak mengulangi perbuatan berkenaan serta mencari rezeki halal untuk membesarkan anak itu yang kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama tiga tahun.

Sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh yang kelihatan sugul sepanjang prosiding kes, Emelia menempelak lelaki yang mempunyai empat rekod jenayah termasuk rogol dan dadah.

Tertuduh memberitahu mahkamah dia tidak tahu mangsa adalah anak kandungnya malah pada awal prosiding kes memberitahu hubungan dengan mangsa atas dasar kawan.

Mengikut fakta kes, pengadu adalah bapa angkat mangsa bertindak membuat aduan polis selepas mendapati anak angkatnya itu mengandung enam bulan hasil perbuatan tertuduh kerana bimbang anak dikandungnya itu akan dijual dan mangsa dijadikan pelacur.

Pada sekitar Julai 2010, mangsa memanggil tertuduh dan ibu untuk tidur di atas tilam di dalam bilik tidurnya sebelum lelaki itu merogolnya pada jam 1 pagi tetapi dia hanya bertindak mendiamkan diri.
Sumber : Bharian

 Inilah padahnya !!!
Posted on Wednesday, June 25 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

Rupanya duit kertas yang kita gunakan ini menjadikan kita semakin susah setiap hari. Gambar agung dalam duit kertas tu sentiasa tersenyum tapi kita yang memegang duit itu asyik pening memikirkannya. Hari2 menjadi tekanan dengan duit kertas ni.

Dulu ayah kita menyara 10 anaknya dengan gaji rm350 sebulan. Sekarang ni untuk 10 orang anak, rm3500 sekadar cukup makan pakai sahaja. Kenapa jumlah yang berbeza besarnya itu tidak memberi hasilnya yang berbeza. Sepatutnya kehidupan lagi berkualiti bila gaji dah 10 kali ganda dari gaji dulu tu? Aku rasa aku ada jawapannya!!...

Kenapa kita dipaksa gunakan duit kertas sejak dari dijajah dahulu. Sekarang ni baru aku faham kenapa! Rupanya musuh2 islam ni serang kita secara halus tanpa kita sedari. Dia serang dengan menggunakan duit jer. Duit kertas ni sebenarnya takder harga. Cuma kerajaan diarahkan utk memberi nilai pada setiap wang kertas itu untuk diperdagangkan dalam negara.

Wang kertas ni pula tertakluk dengan nilai inflasi. Setiap tahun nilai wang kertas ini akan susut dimakan inflasi. Kerana itulah, 30 tahun lalu kita boleh kesekolah dengan wang rm0.20 sen shj dan kenyang. Tapi kini, 20 sen pun tak lepas nak masuk toilet awam. Begitu rendah sekali nilai wang yang ada dalam kocek kita.

Bila nilai wang semakin susut, apa akan terjadi. Kalaulah 20 sen boleh dibawa kesekolah dengan sepinggan nasi lemak serta segelas air ketika ini, aku rasa takder kemiskinan tegar baik dibandar mahupun didesa lani. Semua orang akan rasa cukup dengan wang yang ada.

Tapi sekarang untuk kesekolah, anak2 perlu membawa sekurang2nya rm5 seorang. Jika ada 5 orang anak bersekolah? rm25 sehari trerpaksa dibelanjakan untuk mereka itu. Kenapa ini berlaku?

Sistem ekonomi ciptaan yahudi ini sebenarnya diciptakan utk menjauhkan manusia dengan agamanya terutama utk umat islam seluruh dunia. Bagi golongan berpendapatan rendah, tentulah masa 24jam sehari akan dimaksimakan mencari pendapatn untuk menampong kehidupan seharian. Selepas habis kerja biasa (8-5pm), mereka akan sambung kerja partime pula (6-10pm). Bila ini berlaku, bila masa yang mereka ada untuk bersama anak2 dirumah, bersama masyarakat serta belajar agama dimasjid2?

Semua ini adalah disebabkan tekanan hidup yang diilhamkan dari penggunaan wang kertas ini. Jika pada zaman Baginda SAW, seekor kambing berharga 1 dinar emas, dan sekarang harganya masih lagi yang sama. Jika gaji kita diberi dengan nilai emas, aku rasa cukuplah kerja 8-5pm setiap hari, 6-8pm bersama anak2 dirumah, 8-10pm bersama masyarakat dimasjid dan belajar ilmu agama disana, 10-6am berehat tidur.

Jadual seperti tu kan ideal untuk kita jalani setiap hari. Tapi musuh islam amat licik menyerang kita. dengan duit kertas inilah kita terpaksa bekerja siang dan malam, even tipu sana tipu sini untuk menyara hidup yang tak seberapa ini. Inilah bahananya kesan disebalik penggunaan wang kertas ini yang nilainya sentiasa susut dan kederat kita terpaksa digandakan 2,3 kali sehingga masa hidup kita digunakan kebanyakkannya hanya untuk mencari wang sahaja..

Yang miskin terpaksa meminta, yang sederhana terpaksa bekerja dan yang kaya terpaksa menipu.Aku? terpaksa menunggu.

Kalau anda boring! video ini mungkin boleh dilayan.



wallahuaklam

md daud yusri fie

www.lebah2u.weeely.com"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
modayu
Posted on Wednesday, June 25 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Zul IsLam's photo.

Tunjuk sebab: Mungkin tak jawab rela dipecat, kata Yammy
Posted on Thursday, June 26 @ 18:07:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA LUMPUR: Ibu Dyana Sofya, Yammy Samat tidak peduli jika Umno memecat keahlian beliau ekoran dituduh menyokong dan membantu kempen anaknya yang juga calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan lalu.

Katanya, setakat ini beliau berkemungkinan tidak akan membalas surat tunjuk sebab yang dihantar kepada beliau.

"Kemungkinan besar saya tidak akan jawab surat itu. Tapi tengok macam mana nanti sebab ada tempoh 14 hari untuk jawab. Apapun, saya tidak peduli sekiranya saya dipecat," katanya.

"Kalau Umno hendak pecat saya ke apa, itu terpulang kepada parti dalam membuat keputusan," kata beliau kepada mStar Online.

Yammy turut menafikan tuduhan bahawa beliau membantu kempen Dyana pada PRK tersebut seperti dakwaan dalam surat tunjuk sebab itu.

Sebaliknya jelas Yammy, pada PRK tersebut beliau hanya menemani Dyana sebagai atas kapatisi seorang ibu.

"Saya tak buat salah. Surat itu mengatakan saya penyokong Dyana sedangkan saya tidak berkempen pun untuk dia tetapi sekadar menemaninya sebagai anak," tegasnya lagi.

Mengulas karier politiknya sekiranya dipecat, Yammy berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti lain dan memilih untuk bersara daripada politik.

"Cukuplah, saya dah penat dalam politik ini, biarlah saya berehat... umur saya dah nak masuk 60 tahun pun," katanya seperti dilapor portal itu.-hd

 Bas Masuk Longkang, Lima Cedera
Posted on Thursday, June 26 @ 17:51:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





BUTTERWORTH: Lima penumpang sebuah bas ekspres cedera ringan apabila bas yang dinaiki terbabas dan terhumban ke dalam longkang sedalam empat meter di Jalan Baru, Perai di sini pada Khamis.

Dalam kejadian pada 6 pagi itu, bas KMK Star Coach membawa tujuh penumpang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Perlis itu dikatakan hilang kawalan ketika pemandu bas berusia 25 tahun berkenaan cuba mengelak sebuah kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata tujuh penumpang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berjaya keluar melalui cermin hadapan dan tingkap bas yang dipecahkan oleh seorang daripada penumpang berkenaan.

"Semua mereka termasuk pemandu bas dihantar ke Hospital Seberang Jaya, di sini. Pemandu dan lima penumpang cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar manakala dua lagi penumpang tidak cedera," katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata bas berkenaan telah singgah di Butterworth di sini untuk menurunkan penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis, Perlis.

Rusli berkata bas berkenaan hilang kawalan selepas cuba mengelak sebuah kenderaan lain di hadapannya menyebabkan ia terbabas ke kiri jalan dan melanggar pagar longkang sebelum masuk ke dalam longkang.

"Kami akan mengambil keterangan pemandu bas untuk siasatan lanjut. Polis telah mengambil sampel darah pemandu bas yang berasal dari Johor itu untuk ujian alkohol dan dadah," katanya.

Sementara itu, seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 30, berkata beliau sedang tidur sebelum terdengar bunyi dentuman kuat dan suara penumpang menjerit.

"Saya naik bas dari Melaka dan dalam perjalanan ke Kangar, bas ekspres yang saya naik ini berhenti banyak tempat...sedar-sedar sudah berada dalam longkang," katanya ketika di Hospital Seberang Jaya.-mstar

MasyaAllah....wanita iraq dirogol bergilir-gilir oleh tentera USA di khalayak ramai

jom lihat beberapa keping gambar di bawah


















Misteri MH370 belum terungkai selepas tiga bulan

DR ROSLI YAAKOP | .

SUDAH lebih tiga bulan berlalu, pencarian pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac lalu masih di jalan buntu.
Tiada apa-apa tanda yang boleh dikaitkan dengan pesawat ditemui di zon pencarian untuk membantu pasukan mencari dan menyelamat mengesan pesawat. Sudah timbul kekecewaaan.
Sudah ada suara yang menyatakan pencarian mungkin berlanjutan berdekad lamanya.
Baru-baru ini, dunia mendapat sedikit pencerahan baru hasil dari penemuan pasukan penyiasat yang menyiasat mengenai kehilangan pesawat MH370. Zon pencarian sudah lebih “precise”.
Menurut sumber yang dipetik dari akhbar The New York Times News Service (Selasa, 24 Jun 2014), pasukan penyiasat yang menyiasat kehilangan pesawat MH370 membuat kesimpulan bahawa pesawat telah berpatah balik – membuat pusingan U – dan terbang secara “kemudi otomatik” (atau di dalam perkataan yang digunakan oleh para penyiasat “controlled flight”) sejak ia terputus hubungan dengan sistem kawalan udara sehinggalah ia terhempas di suatu lokasi; dipercayai di selatan Lautan Hindi.

Berikut adalah beberapa penemuan daripada siasatan yang telah diumumkan di Canberra, Australia baru-baru ini:
Pertama: Penelitian ke atas data dari sumber radar milik tentera Malaysia dan penelitian semula dengan lebih terperinci ke atas data-data dari sumber satelit Inmarsat mengesahkan bahawa bahawa pesawat MH370 telah berpatah ke arah barat laut dari arah asal yang ditetapkan, iaitu arah timur laut menghala ke Beijing.
Pusingan U ini berlaku di ruang udara Teluk Siam. Ia kemudian terbang menghala ke arah barat merentasi Semenanjung Malaysia dan Selat Melaka sehinggalah ia terkeluar dari jeda kawalan radar selepas merentasi bahagian utara Pulau Sumatera.
Oleh yang demikian, dakwaan awal yang menyatakan pesawat terbang merentasi ruang udara Thailand ke arah Kazhakstan adalah tidak tepat. Juga dakwaan bahawa pesawat terbang ke arah laut Andaman juga tidak benar.
Kedua: Di sepanjang penerbangan dalam arah baru itu, pesawat telah terbang mendaki sehingga ke ketinggian 45,000 kaki. Ini melebihi ketinggian maksimum yang dibenarkan, iaitu, 43,100 kaki. Ia kemudian terbang menurun dan terbang rendah ketika merentasi banjaran pergunungan di ruang udara Malaysia sebelum ia terbang mendaki semula ke ketinggian 23,000 kaki ketika merentasi ruang udara Selat Melaka.
Ketiga: Berasaskan data dari denyutan elektronik (ping) atau dikenali juga sebagai “salam perpisahan terakhir elektronik” (electronic handshake), pasukan penyiasat membuat kesimpulan bahawa pesawat berakhir di dalam laut di bahagian barat Australia dalam satu zon yang dikenali sebagai gerbang ketujuh (seventh arc) kerana di dalam lingkongan zon inilah radar satelit merekodkan salam perpisahan elektronik terakhir pesawat. Sebulat suara penyiasat menyatakan bahawa di dalam zon itulah pesawat kehabisan bahan bakar dan terjadilah apa yang terjadi ke atasnya.
Analisis yang dibuat oleh penganalisis komunikasi swasta juga membuat kesimpulan yang sama, iaitu, pesawat berakhir di zon gerbang ketujuh. Jeda zon gerbang ketujuh ini adalah kira-kira 400 batu panjang dan 60 batu lebar. Kini, operasi mencari dan menyelamat ditumpukan di zon ini sahaja.
Keempat: Di sepanjang penerbangan sejak ia berpatah balik sehinggalah ia kehabisan bahan bakar, pesawat terbang secara kemudi automatik. Apabila kehabisan bahan bakar, enjin pesawat terhenti dan ia jatuh dengan kederasan tinggi ke permukaan laut dan pada tabiienya, berkecai.
Dalam keadaan biasa, iaitu, pesawat masih di dalam kawalan juruterbang, pesawat boleh dipandu menggelongsor sehingga sejauh 100 batu sebelum menyentuh permukaan air laut dan badan kapal terbang berkemungkinan tidak berkecai.
Kelima: Ada di kalangan para penyiasat menyimpulkan bahawa salah sorang daripada juruterbang telah bertindak memesongkan hala penerbangan pesawat berniat untuk membunuh diri. Penemuan ini mendapat liputan meluas oleh media massa antarabangsa.
Dalam responsnya, Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia telah menyatakan ketidakpersetujuan beliau dengan kesimpulan ini dan menganggapnya sebagai “khabar angin”.
Beliau mengingatkan rakyat Malaysia supaya jangan termakan dengan khabar angin ini. Namun, beliau tidak pula membuat apa-apa pendedahan mengenai hasil penyiasatan pihak berkuasa Malaysia sendiri mengenai dakwaan bahawa juruterbang berkait dengan kehilangan pesawat.
Keenam: Ada anggota-anggota pasukan penyiasat yang membuat kesimpulan bahawa berlaku kebakaran kecil di dalam pesawat mengakibatkan semua penumpang dan anak kapal tidak sedarkan diri di keadaan pesawat dalam mod kemudi otomatik sehinggalah ia kehabisan bahan bakar dan terhempas.
Nampaknya, hasil penyiasatan masih tidak mampu merungkai pelbagai persoalan, di antaranya, kenapakah pesawat berpatah balik? Kenapakah pelbagai alat kemunikasi pesawat dimatikan dan siapakah yang mematikannya?
Dalam keadaan di mana tiada apa-apa bahagian dari badan pesawat dan benda-benda yang boleh dikaitkan dengan pesawat ditemui di kawasan lautan di mana ia dipercayai berakhir, usaha mencari dan menyelamat tetap melalui jalan sukar dan mencabar.
Mungkin kehilangan pesawat MH370 akan kekal menjadi misteri. - HARAKAHDAILY, 26/6/2014

Tiada ulasan: