Khamis, 5 Jun 2014

LANTAK KAU LAH...BESOK DIAKHIRAT JAWABLAH....SABIT SALAH/MEMANG ORANG JAHAT....NERAKA ADA API YANG MENJULANG2 MARAKNYA MENUNGGU ORANG2 JAHAT/KAKI2 TIPU UNTUK DIBAHAMNYA...KETIKA NAK REPOT POLISKE....NAK PANGGIL BOMBA KE.....NAK DAKWA DI MAHKAMAH KE...SUSAHAH KALAU JADI ORANG/MAHKLUK JENIS TAK SEDAR DIRI

Huhu... Kementerian Kesihatan pula kata laporan DNA babi tak tepat!!
Posted on Tuesday, June 03 @ 19:56:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



"Setelah tersebar keputusan DNA babi yang terdapat dalam coklat Cadbury sebelum ini, kini Kementerian Kesihatan berkata laporan tersebut tak tepat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Hilmi Yahya berkata laporan awal tersebut tidak tepat dan penyebarannya secara terburu-buru mengakibatkan kekecohan di kalangan masyarakat yang majoriti beragama Islam di dalam negara.

Kementerian Kesihatan juga berkata pihaknya akan mengadakan siasatan dalaman untuk menjejak individu yang bertanggungjawab menyebarkan laporan tersebut.
"Kami akan membuat siasatan dalaman.
"Mereka terburu-buru mengeluarkan laporan awal itu sebelum siasatan lanjut melibatkan produk tersebut dilakukan semula," katanya dipetik The Malaysian Insider selepas merasmikan Persidangan Persatuan Hospital Swasta Malaysia, pagi ini.
Kalau tak tepat kenapa ada kenyataan media Kementerian Kesihatan mengesahkan penemuan DNA tersebut sebelum ini. Lihat di sini
Kini semuanya support Cadbury, selepas JAKIM kini Kementerian Kesihatan pula!!
Baca juga - Niat saya berhijab hingga pakai kain kafan – Raja Azmi
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
laniismaa
Posted on Tuesday, June 03 @ 19:56:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

 

 

 

 

 

 







Roslin Ahmad added 3 new photos.
UMNO KHIANAT ORANG MELAYU.
" mereka berlagak seolah-olah mereka lah penyelamat orang melayu, tapi kita dapat lihat bagaimana sepanjang mereka berkuasa hampir setengah tanah Melayu telah mereka gadaikan"

 

 

 

 

 

 

 

DNA babi: Nak selamatkan syarikat atau umat Islam?

BASHIR ISHAK | .
ALOR SETAR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberikan penjelasan tentang kekeliruan yang timbul ekoran pengumuman terbaru berkaitan dua produk coklat susu Cadbury Roast Almond dan Hazelnut disahkan tiada DNA babi.

Menurut Mahfuz, walaupun Jakim membuat mengesahan tersebut, sampel yang diambil oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini adalah daripada pasaran, manakala yang diambil oleh Jakim pula adalah terus dari kilang seperti yang diumumkan oleh Menteri  di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Kita mahukan penjelasan dari Jakim memandangkan terdapat kekliruan di sini. Kita mahukan kepastian bilakah trikh sampel itu diambil dari kilang, adakah selepas isu ini timbul bila Kementerian Kesihatan meembuat pengumuman terdapat DNA babi atau sebelum daripada itu lagi.

"Kalau sebelum terbit isu pendedahan dari Kementerian Kesihatan, ada kemungkinan kita boleh terima. Kita bimbang sekiranya sampel ini diambil terus dari kilang selepas isu ini timbul, sudah tentu kilang buat pembesersihan dan bila Jakim datang ambil sampel mereka akan berikan sampel yang bersih atau yang baru dan tiada DNA babi, perkara ini yang Jakim kena jelaskan," ujarnya pada sidang media di Markas PAS Kawasan Pokok Sena, semalam.

Mengulas lanjut, Mahfuz juga mahukan penjelasan sama ada selepas pengumuman terbaru yang dibuat Jakim, maka Kementerian Kesihatan akan menarik balik hasil penemuan mereka sebelum ini.

Katanya, perkara ini penting kerana ianya akan terus menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam di negara ini.

"Bila Jamil Khir kata ada banyak makmal di negara ini dan hanya makmal kimia di Petaling Jaya yang diiktiraf Jakim, adakah Kementerian Kesihatan akan menarik balik hasil penemuan sebelum ini atau mereka mengatakan tidak ada DNA babi. Keraguan ini akan berterusan menghantui orang Islam, satu kata ada, satu lagi kata tak ada.

"Dikatakan samplel yang diambil di pasaran bend aitu telah tercemar, maknanya semua benda pun tak boleh dimakan. Takkan pencemaran itu boleh menembusi kertas pembalut (satu kertas dan satu lagi pembalut alumunium). Ini pun perlu diberikan penjelasan," katanya.

Mengulas kesediaan pegawai Jakim untuk mengadakan demonstrasi memakan coklat kontroversi keluaran Cadbury itu bagi membuktikan status halal produk berkenaan, Mahfuz berkata perbuatan itu bukanlah cara terbaik untuk meyakinkan rakyat.

"Kalau nak meyakinkan rakyat, seharusnya Jakim dan Kementerian Kesihatan memberikan penghujahan yang munasabah, bukannya dengan cara demonstrasi makan sebegitu.

"Apa yang dibuat sekarang dilihat seolah-oleh Jakim ini lebih banyak nak tolong selamatkan syarikat terbabit daripada nak selamatkan umat Islam. Mereka kenalah hilangkan keraguan rakyat dengan memberikan hujah yang terbaik," jelasnya lagi. - HARAKAHDAILY 4/6/2014


Pemuda itu ditanguhkan kematiannya
Posted on Tuesday, June 03 @ 19:59:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol





Kredit modayu73"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
modayu
Posted on Tuesday, June 03 @ 19:59:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Cadbury: Jakim kata halal, rakyat tetap tolak

MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Tindakan tergesa-gesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan status halal dua produk coklat Cadbury tetap menimbulkan keraguan kepada pengguna.

Kajian undian Harakahdaily yang dilakukan mulai 2 Jun lalu mendapati 94.2 peratus tidak akan membeli produk tersebut walaupun ia telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sementara itu, 5.8 peratus pula akan membelinya berhubung kajian secara undian dengan soalan 'JAKIM sahkan tiada DNA Babi dalam coklat Cadbury. Adakah anda akan membelinya seperti biasa' membabitkan 1,828 pengunjung.

Jamil Khir yang mengumumkan status dua produk coklat Cadbury yang sebelum ini dikatakan tercemar DNA babi sangat mengejutkan kerana sebelumnya Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengeluarkan maklumat mengenai kandungan DNA itu.

Jakim sebelum ini mengesahkan dua sampel produk coklat berkenaan yang diambil terus dari kilang syarikat itu disahkan oleh makmal Jabatan Kimia, tidak mengandungi DNA babi.

Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan berlaku pencemaran terhadap kedua-dua sampel coklat Cadbury yang diambil di pasaran untuk dianalisis di makmal sebelum ini.

Dr Noor Hisham berkata kedua-dua sampel coklat yang dikesan mengandungi DNA babi (porcine) itu memang diambil di pasaran, bukan dari kilang dan kemungkinan berlaku pencemaran. - HARAKAHDAILY 4/6/2014

Kempen 'Ramadhan kembali, penoreh mohon simpati'

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal (LPTPBHEOA) dengan kerjasama badan pertubuhan kerajaan (NGO), akan melancarkan kempen "Ramadhan Kembali Lagi, Penoreh Mohon Simpati", pada hari Sabtu, 8 Jun ini.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, kempen yang dadakan dua bulan sehingga tamat Ramadhan ini adalah sebagai permulaan kepada usaha membantu golongan penoreh getah yang kini terhimpit dengan kejatuhan harga komoditi itu.

Menurut beliau, lebih 200,000 penoreh terkesan dengan kejatuhan harga getah yang menjadi punca rezeki golongan itu selama ini.

Ia ditambah lagi dengan faktor cuaca tidak menentu yang menjadikan pendapatan golongan ini terjejas teruk.

Biarpun pelbagai usaha dibuat khususnya mendesak harga lantai getah ditetapkan, namun sehingga sekarang katanya kerajaan masih gagal bertindak.

"Kita sudah buat demo, serah memo, jumpa pihak Lembaga Getah Malaysia, buat pertemuan dengan orang kampung. Namun sehingga kini kita lihat respon kerajaan sangat dingin.

"Ramadhan hampir tiba, kehidupan mereka sangat daif dan kita tidak boleh tunggu lagi. Rakyat kena bersama kami bantu mereka," kata beliau kepada Harakahdaily.

Sementara itu, pelancaran kempen itu pada jam 2.30 petang Sabtu ini dijadual disempurnakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Mazlan dalam pada itu menyeru badan korporat serta individu perihatin untuk turut sama menyumbang bagi meringankan beban warga penoreh getah ini.

Sepanjang kempen ini juga, pihak penganjur akan mewujudkan pusat operasi bagi menguruskan sumbangan yang mahu diberikan oleh orang ramai.

Sumbangan-sumbangan ini akan disalurkan kepada golongan penoreh yang daif di seluruh negara.

Maklumat tentang perjalanan kempen ini juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa malalui Harakah dan Harakahdaily. - HARAKAHDAILY 4/6/2014

Kenyataan menteri bukan jaminan barang tidak disorok

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Para pengguna sudah serik mengalami keadaan ketiadaan barangan kegunaan harian setiap kali menjelang bulan puasa dan musim perayaan.

Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menyatakan demikian setelah meneliti beberapa laporan berita berkenaan isu penawaran bahan-bahan keperluan asas seperti gula, tepung dan minyak masak dalam pasaran.

Katanya, walaupun semalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Tanah Merah memaklumkan bahawa belum menerima aduan berhubung kekurangan bekalan bahan-bahan itu dalam pasaran negeri, berbeza pula dengan apa yang berlaku di Kedah apabila dilaporkan bahawa sejak minggu lepas lagi para pengguna berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan minyak masak dan tepung gandum serta kenaikan harga barangan itu.

Menruutnya, kenyataan Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hasan Malik semalam bahawa bekalan bahan-bahan itu mencukupi untuk sepanjang bulan Ramadan bukanlah suatu jaminan yang pasti dan kuat untuk mengelakkan gejala menyorok barang dan memanipulasi harga daripada berlaku.

"Al-Ihtikar atau perbuatan menyorok barangan keperluan awam dalam keadaan masyarakat sangat berhajat kepadanya yang dilakukan dengan tujuan untuk menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi bagi mengaut keuntungan yang lebih besar adalah perbuatan yang memperlihatkan keburukan akhlak dan etika dalam perniagaan berpunca daripada sikap tamak dan rakus," ujarnya kepada Harakahdaily.

Tambahnya lagi, kesan daripada perbuatan itu khususnya oleh pemborong akan menyebabkan para peruncit pula terpaksa mengehadkan penjualan kepada para pembeli dan ada pula sebahagian daripada mereka yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga.

Natijahnya, kata beliau para pengguna yang mendapat kesan negatif kerana kekurangan barang-barang keperluan harian di samping harga yang terus melambung tinggi.

Oleh yang demikian, beliau sangat berharap agar kerajaan dapat mengadakan tindakan lebih proaktif bagi membendung segera gejala itu sebelum tibanya Ramadan dan musim perayaan Idul Fitri akan datang.

Justeru, tegasnya para pemborong dan peruncit yang berpotensi melakukan salah laku ini harus dipantau oleh pihak penguatkuasa dan jika disahkan mereka melakukannya, tindakan membatalkan lesen pernigaan mereka perlu dibuat bagi memberi pengajaran kepada peniaga-peniaga yang lain. - HARAKAHDAILY 4/6/2014

PKR pecat keahlian ketua pengawas pemilihan

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PKR memecat keahlian seorang Ketua Pengawas Pemilihan parti itu kerana didakwa menyalahguna kuasanya semasa proses pengundian.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, Azrai Abdullah dari cabang Hulu Langat dipecat selepas didakwa menyalahgunakan kedudukan sewaktu proses pengundian di Cabang Batang Sadong pada 26 April lalu.

Melalui satu kenyataan, beliau juga memaklumkan tiga lagi turut digangtung keahlian atas kesalahan masing-masing.

Jol Jolhi Bee dari cabang Batang Sadong diberi surat tunjuk sebab dan digangtung keahlian sehingga siasatan selesai.

Beliau didakwa memenangi jawatan Ketua Cabang Batang Sadong tanpa bertanding, dan didakwa terlibat menanda kertas-kertas undi lain sewaktu proses pengundian di Cabang Batang Sadong pada 26 April 2014.

Dua lagi digangtung keahlian selama setahun iaitu Shanmuganathan a/l Velu dan Patmanathan a/l Nadarajah dari cabang Selayang.

Kedua -dua mereka didapati terlibat merempuh masuk ke dalam dewan dan mengganggu proses pengundian di Cabang Selayang pada 11 Mei 2014.

Keputusan itu dibuat selepas diteliti lembaga disiplin PKR dan dibentangkan kepada mesyuarat Biro Politik parti itu semalam yang dipengerusikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu penggantungan terhadap dua anggotanya Norizan Omar dan Azman Yaakob dari cabang Selayang ditarik balik dan hanya diberi amaran keras.

Keputusan itu dibuat selepas sesi pendengaran yang diadakan pada 31 Mei lalu. - HARAKAHDAILY 4/6/2014

Tawaran tender terbuka cari pesawat MH370

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Syarikat mempunyai kepakaran dipelawa menyertai tender bagi mengendalikan pencarian peswat MH370 di dasar laut, bermula Ogos ini.

Tender terbuka itu dikeluarkan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dan boleh didapati menerusi laman web AusTender, www.tenders.gov.au.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5.30 petang waktu Australia (3.30 petang waktu Malaysia), 30 Jun 2014.

"Syarikat itu akan menyediakan pakar, peralatan dan kapal bagi mengendalikan pencarian dasar laut bagi mengesan pesawat Boeing 777 di dalam zon ditetapkan iaitu selatan Lautan Hindi," katanya dalam satu kenyataan.

ATSB berkata, pembida yang berjaya dijangka mengendalikan pencarian membabitkan kawasan sehingga 60,000 kilometer persegi berdasarkan komunikasi terakhir pesawat itu dengan satelit Inmarsat. - HARAKAHDAILY 4/6/2014

Kenderaan berkuasa tinggi tidak 'kebal' daripada maut

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Golongan yang memandu kenderaan mewah dan berkuasa tinggi harus sedar bahawa kemalangan maut boleh berlaku jika mereka memandu dengan laju dan cuai, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon.

Katanya, walaupun dilengkapi pelbagai teknologi termoden, hakikatnya kenderaan itu tidak 'kebal' daripada kemalangan yang boleh meragut nyawa.
  
"Sememangnya kenderaan mewah atau berkuasa tinggi direka dengan kategori tertentu termasuk mampu mencecah kelajuan sehingga 200 kilometer sejam namun ini  tidak bermakna jika berlaku kemalangan, kenderaan dan pemandu itu dijamin terselamat," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
  
Beliau berkata, pemandu juga kerap kali memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan memberi alasan sedikit peningkatan kelajuan tidak akan mendatangkan sebarang masalah.
  
"Sebenarnya tanggapan itu tidak benar, memandu melebihi had laju, biarpun hanya sedikit peningkatan membawa risiko yang besar," katanya.  
  
Wong berkata setiap jalan raya sudah direka bentuk dengan kategori tertentu dan had laju yang ditetapkan juga berlandaskan reka bentuk jalan raya itu.
  
"Pengguna jalan raya perlu ingat bahawa kita bukan 'Superman' atau 'Iron Man', kita adalah manusia, adalah penting untuk mencegah pelanggaran berlaku sebelum mengubati yang sudah parah atau menyesali apabila sudah kehilangan nyawa," katanya.
  
Sementara itu, Ketua Unit Analisa Tingkah Laku dan Penilaian Miros Noradrenalina Isah berkata, kajian Miros pada 2012 mendapati pemandu berusia 42 tahun ke bawah paling cenderung untuk melakukan kesalahan jalan raya termasuk memandu melebihi had laju.
  
"Ini kerana pemandu di usia itu kurang pengalaman disaman, maka mereka beranggapan kurang berisiko dikenakan tindakan seterusnya menjadikan mereka lebih berani melanggar peraturan," katanya.
  
Selain itu Noradrenalina berkata kajian mengikut jantina juga mendapati kaum lelaki dua kali ganda lebih cenderung melakukan kesalahan jalan raya berbanding wanita. -

Tiada ulasan: