Ahad, 22 Jun 2014

BUKAN PARTI MENENTUKAN SEGALA2NYA...BUKAN PARTI BAGI KITA REZEKI SERTA KEHIDUPAN DLL TAPI ALLAH SWT

Mahkamah tolak permohonan Papa Gomo tangguh bayar Anwar

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: "Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.
  
Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo) berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu bahawa telah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.
  
Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.
  
Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.
  
Shahid berkata Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan.
  
Tambahnya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 telah ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.
  
Pada 28 Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.
  
Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.
  
Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. - Bernama

Siapa benarkan Vincent Tan bina kasino kedua negara?

HARAKAHDAILY | .
PUCHONG: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal kelulusan yang diberi pihak berkuasa kepada jutawan Vincent Tan (gambar) untuk membangunkan pusat kasino kedua terbesar di Malaysia.
“Sekarang ni saya nak tahu siapa yang taja? Siapa yang taja selain Vincent Tan dan mengapa cadangan ini dengan yakin diketengahkan? Siapa yang bagi laluan.
“Kerana kita bantah, cukup dengan keadaan sekarang ni,” katanya ringkas dalam sidang media yang dipetik Keadilan Daily.
Vincent Tan sebelum ini dilapor membuat pelaburan RM3 bilion untuk membina sebuah kasino di Berjaya Hill, Pahang dan kononnya akan membangunkan kawasan itu sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia serta terbesar di Malaysia.
Jika dibina, ia adalah pusat kasino kedua terbesar di Malaysia selepas Genting Highland.
Dalam satu laporan yang dipetik dari The Business Times, pihak berkuasa juga meluluskan pelan pembangunan kasino terbabit, bahkan Vincent sudah merancang memohon lesen operasi bagi pusat kasino di sebuah resort yang dimiliki syarikatnya, Berjaya Corporation.
Namun, kelulusan itu bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bharom yang menyifatkan Malaysia adalah negara Islam dan bukannya negara sekular ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew di Parlimen, baru-baru ini.
Saya tak pakai sangat kenyataan Datuk Seri Jamil ni sebab itu kenyataan politik. Kata negara Islam, tapi kelulusan diberi dengan yakin dalam perkara itu walaupun kita tak tahu siapa yang meluluskannya.
“Jadi ini masalah, sebab cadangan kasino baru ini sebenarnya turut ditolak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng,” katanya. – HARAKAHDAILY, 22/6/2014

Anwar mahu Umno langsaikan kes Papa Gomo

Written By canang on Ahad, 22 Jun 2014 | 6/22/2014 04:43:00 PTG

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak permohonan Wan Muhammad Azri Wan Deris menangguhkan bayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.

"Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100‎ sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," katanya dipetik laporan media semalam.

Wan Muhammad Azri turut mengaku sudah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.

Pada 28 Februari lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks dalam blog miliknya.

Rosilah dalam penghakimannya berkata, daripada keterangan yang dikemukakan, terbukti Wan Muhammad Azri adalah blogger Papa Gomo dan menerbitkan kenyataan fitnah.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lalu dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ketika diminta mengulas mengenai kesihatan Anwar berkata, ayahnya tidak mengalami apa-apa simptom penyakit yang serius.

Nurul Izzah berkata, Anwar hanya menjalankan pemeriksaan kesihatan biasa di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur dan dibenarkan keluar wad pagi tadi.

"Dia cuma mengalami jangkitan paru-paru selepas beberapa hari batuk dan tidak sihat.

"Doktor cuma menasihatkannya supaya banyakkan berehat," katanya.

Selepas khalwat, Cif Inspektor Azilah Hadri tumbuk polis pula!!

Sebelum ini Cif Inspektor Azilah Hadri ditangkap kerana berkhalwat dengan isteri orang. kini dia didakwa menumbuk anggota polis pula.

Kejadian berlaku pada malam Khamis lalu di Balai Polis Sepang selepas ditahan kerana kes khalwat tersebut.

Dalam keadaan bergari, ketika rakan kepada suami wanita itu datang mahu membantu tangkapan tersebut insiden tersebut berlaku menyebabkan anggota polis berdarah hidungnya dan cedera ringan pada bibirnya.

Kini bekas komando tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kod Penal kerana menyebabkan cedera tanpa senjata selepas laporan oleh polis yang menjadi mangsanya, kata Ketua polis Sepang, Superintendent Mohd Yusoff Awang.

Mohd Yusof menjelaskan berlaku kekecohan selepas bekas komando itu ditangkap kerana khalwat.

"Polis yang cedera itu adalah jiran wanita itu. Dia datang untuk membantu. Berlaku salah faham dan berakhir dengan kecederaan," kata Mohd Yusoff dipetik The Malaysian Insider.
23 hrs ·
Saturday, 21 June 2014.
Wanita Dirogol Along Gara-Gara Gagal Jelaskan Hutang ?
Kuala Lumpur: Kesilapan seorang wanita meminjam wang RM5,000 daripada ceti haram atau along bagi menjelaskan kos rawatan anaknya di hospital mengundang padah apabila diperkosa lelaki terbabit di sebuah hotel, kelmarin selepas gagal melangsaikan hutang.
Lebih malang walaupun diperkosa, namun mangsa berusia 32 tahun tetap dipaksa menjelaskan hutang yang masih belum dilangsaikan dianggarkan mencecah lebih RM10,000 termasuk bunga.
Mangsa yang trauma dengan kejadian itu tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan selanjutnya. Sumber berkata, mangsa yang bekerja sebagai kerani meminjam dengan seorang along selepas buntu untuk mencari wang bagi membayar kos rawatan anaknya di hospital.
“Bagaimanapun selepas beberapa bulan mangsa belum dapat melangsaikan hutangnya itu yang kian bertambah,” katanya.
Menurutnya, along terbabit mengugut supaya mangsa membayar hutang miliknya jika tidak mahu diapa-apakan dan kononnya akan membuat laporan polis dan dia boleh dipenjara.
Sumber itu berkata, bimbang dengan ugutan suspek mangsa merayu memberi masa kepadanya untuk menjelaskan bayaran itu.
“Suspek kemudian memberi cadangan kepada mangsa supaya membuat pinjaman dengan seorang lagi along dan wang itu boleh digunakan untuk menjelaskan hutangnya.
“Mangsa yang tidak mempunyai pilihan bersetuju dan mereka berjanji berjumpa di sebuah hotel di Bukit Bintang, di sini, kelmarin untuk berjumpa dengan along terbabit,” katanya.
Menurutnya, sebaik mangsa tiba di lobi hotel, suspek mengajaknya masuk ke dalam sebuah bilik di hotel itu, namun dia enggan dan memberitahu ingin berbincang di lobi hotel.
“Suspek bagaimanapun memberitahu along yang ingin diperkenalkannya tidak mahu kegiatannya disedari orang lain dan ingin berjumpa di dalam bilik.
“Mangsa yang mempercayainya akur dan mengikut suspek, namun terkejut apabila kelibat along yang kononnya menunggu mereka di dalam bilik tiada sebaliknya suspek terus mengunci pintu,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa cuba melarikan diri, namun gagal apabila diperkosa suspek. Selepas selesai suspek meminta mangsa menjelaskan hutang itu dalam masa terdekat.
- Metro

Ahad, 22 Jun 2014


Negara Islam: Siapa luluskan Vincent Tan buat kasino baru?

PUCHONG 22 JUN : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempersoal kelulusan yang diberi pihak berkuasa kepada jutawan Vincent Tan untuk membangunkan pusat kasino kedua  terbesar di Malaysia.
“Sekarang ni saya nak tahu siapa yang taja? Siapa yang taja selain Vincent Tan dan mengapa cadangan ini dengan yakin diketengahkan? Siapa yang bagi laluan?”
“Kerana kita bantah, cukuplah dengan keadaan sekarang ni,” katanya ringkas dalam sidang media, semalam.
Vincent Tan sebelum ini dilapor membuat pelaburan RM3 Bilion untuk sebuah Kasino di Berjaya Hill, Pahang dan kononnya akan membangunkan kawasan itu sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia serta terbesar di Malaysia.
Sekiranya dibina, ia merupakan kasino kedua terbesar di Malaysia, selepas Pusat Kasino terbesar di Genting Highland.
Dalam satu laporan yang dipetik dari the Business Times in Malaysia, pihak berkuasa telah meluluskan pelan pembangunan kasino tersebut
Malah Vincent sudah merancang untuk memohon lesen operasi bagi pusat kasino di sebuah resort yang dimiliki oleh syarikat beliau, Berjaya Corporation.

Namun kelulusan tersebut bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bharom baru-baru ini yang menyifatkan Malaysia adalah negara Islam dan bukannya negara sekular bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew di parlimen.
“Saya tak pakai sangat kenyataan Datuk Seri Jamil ni sebab itu kenyataan politik.
“Kata negara Islam, tapi kelulusan diberi dengan yakin dalam perkara tersebut walaupun kita tak tahu siapa yang meluluskan perkara itu.
“Jadi ini masalah, sebab cadangan kasino baru ini sebenarnya ditolak oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng sendiri,” ujarnya.

Sunday, 22 June 2014


BLOGGER PRO UMNO MAZIDUL AKMAL SIDIK KENA SERANG ANGIN AHMAR DAN KINI SEDANG DIRAWAT DI HOSPITAL PANTAI MEDICAL CARE.


Omak Kau mendapat khabar bahawa blogger top Pro UMNO Sdr Mazidul Akmal Sidik diserang angin ahmar.

Walaupun blogger ini pernah beberapa kali menyerang Omak Kau diblognya namun atas prinsip kemanusiaan mohon sama-sama doakan agar dirinya cepat sembuh seperti sediakala.



Bunuh diri terjun tingkat 11 kes suami nikah lain


Akibat terlalu kecewa apabila mendapat tahu suaminya berkahwin lagi dengan warga Indonesia, seorang wanita yang baru bersalin maut selepas terjun dari tingkat 11, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, di sini, semalam.
Mangsa yang berusia 50 tahun dikatakan bertengkar dengan suaminya sebelum melompat dari tingkat 11 PPR itu pada jam 9 pagi.
Menurut sumber seperti dilapor Berita Harian, mangsa sebelum ini pernah cuba untuk membunuh diri, selain sering bergaduh dengan suaminya. “Dia terjun dari beranda rumahnya sebelum ditemui orang awam jam 9.30 pagi,” katanya.
Mangsa yang mempunyai kad rawatan sakit mental terjun dari tingkat tingkat 11 PPR itu sebelum orang awam menghubungi polis pada jam 9.50 pagi.

Tiada ulasan: