Rabu, 25 Jun 2014

IMAN DAN TAKWA TAK BOLEH DIWARISI....BEGITU JUGA ILMU















Apakah Tanda-Tanda berlakunya Fenomena El Nino
Posted on Wednesday, June 25 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Kenali Apakah Tanda-Tanda berlakunya Fenomena El Nino dan Bagaimana Musim Kemarau Panjang ini boleh berlaku. Tetapi, sebelum itu Apa pula kaitan Musim Monsun Barat Daya dengan Fenomena El Nino ini. Sebenarnya Cuaca Panas Kering baru-baru ini masih belum boleh dikatakan sebagai El Nino. Ia hanya kesan dari Angin Monsun Barat Daya yang merupakan sebahagian dari Proses Pembentukan kejadian El Nino.

Fenomena El Nino Malaysia Musim Kemarau


Musim Kering Monsun Barat Daya dan Cuaca panas di Malaysia sejak bulan Mei lalu adalah sebahagian proses pembentukan Fenomena El Nino yang dijangka melanda negara akhir bulan ini sehingga September depan. Walaupun cuaca panas, purata suhu di kebanyakan tempat masih kekal pada paras normal, dengan tertinggi mencecah 35 darjah Celsius.


Bagaimana Berlakunya El Nino

El Nino terjadi apabila berlaku peningkatan lebih tinggi daripada biasa suhu air di permukaan Lautan Pasifik berdekatan Garisan Khatulistiwa, iaitu melebihi 0.5 darjah Celsius.


Musim Kering Angin Monsun Barat Daya

Malaysia kini sedang mengalami Musim Kering disebabkan Monsun Barat Daya. Monsun Barat Daya yang bermula sejak 15 Mei lalu, turut menyumbang kepada peningkatan suhu. Dalam tempoh ini, taburan hujan berkurangan secara mendadak dan ini menyebabkan cuaca menjadi panas. Musim Kering melanda Malaysia baru-baru Ini masih bukan disebabkan Fenomena El Nino kerana peningkatan suhu dan musim kering memang akan berlaku pada Musim Monsun Barat Daya ini. Selain cuaca yang amat kering, musim Monsun Barat Daya juga boleh menyebabkan berlakunya kebakaran hutan di Sumatera dan Semenanjung Malaysia, sekali gus akan menyebabkan berlakunya jerebu.

Ketika Negara dilanda Musim Kering Monsun Barat Daya, keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya dilanda El Nino dalam kategori kuat yang boleh menyebabkan jerebu lebih teruk dan tebal. Ini akan memberi kesan terutama kepada kesihatan, sektor pertanian, sektor penerbangan dan aktiviti luar. Rujuk: Penyakit Suhu Panas Luar Biasa Strok Haba (Heat Stroke).

3 Kategori dan Tanda terjadinya El Nino

Kesan dan Tanda-Tanda El Nino boleh diukur mengikut 3 kategori utama, iaitu Tahap Lemah, Sederhana dan Kuat. Setiap kategori ditentukan berdasarkan Tahap Kenaikan Suhu Air di Lautan Pasifik. Apabila El Nino melanda, maka berlakunya peningkatan suhu yang menyebabkan kekeringan melampau, sehingga membawa kepada ancaman jerebu. Huraian El Nino selengkapnya di Apakah Fenomena El Nino.

Thread merujuk Artikel Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Datuk Che Gayah Ismail yang dipetik dari Sumber asal: Tanda-Tanda El Nino dan Musim Kering Monsun Barat Daya - Ketahui Sejarah Musim El Nino dan Bacaan suhu paling panas yang pernah direkodkan di Malaysia.

.....
http://bjue.blogspot.com 


 

 

Tiada ulasan: