Ahad, 1 Jun 2014

DAH BERLAKU....REDA JE LAH....PENGADILAN AKAN BERLANGSUNG DIHADAPAN ALLAH DIAKHIRAT NANTI...MAKA TERIMA PULA HUKUMAN DARI ALLAH...NAK LARI MANA



Punca kekalahan Dyana Sofya – Guan Eng


SU Agung DAP, Lim Guan Eng menjelaskan penurunan undi Cina kepada DAP kerana idea baru calonnya seorang Melayu yang belum boleh diterima.
Mungkin disebabkan Dyana “seorang yang muda”,  “seorang wanita ” dan “seorang Melayu”.
Kadang-kadang, katanya, pengundi  tiada biasa dengan keadaan sebegitu, kata Lim.
“Dengan pencalonan Dyana Sofya kita boleh memulakan satu tahap baharu dalam politik, tetapi mungkin memerlukan sedikit masa ke arah itu,” katanya.
Lim juga berkata DAP juga menyaksikan penurunan sokongan daripada semua kaum dalam pilihan raya kecil Teluk Intan.
Faktor-faktor lain kekalahan parti itu, kata Lim, mungkin kerana jumlah rendah pengundi luar kawasan yang balik mengundi, berbanding pada tahun 2013 serta dakwaan ancaman samseng dan hakikat bahawa Dyana adalah pendatang baru dalam politik.

Teluk Intan: Dyana Sofya menang dari segi moral

MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Walaupun Dyana Sofya Mohd Daud kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, namun calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat itu tetap menang dari segi moral.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kekalahan dengan majoriti yang kecil itu membuktikan kekalahan moral kepada calon Barisan Nasional (BN).

BN memenangi PRK Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 238 undi, apabila calonnya, Datuk Mah Siew Keong mendapat 20,157 undi manakala Dyana mendapat 19,919 undi.

"Tahniah kepada Dyana kerana saingan yang beliau berikan kepada BN.

"Walaupun kalah tetapi beliau tetap menang dari segi moral dan kemenangan tipis BN ini cukup memalukan apatah lagi yang bertanding merupakan Presiden Gerakan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Katanya lagi, sejak awal lagi Dyana diserang dari pelbagai sudut termasuk daripada agensi kerajaan sendiri, namum beliau mampu menghadapinya.

"Dyana bukan sahaja menghadapi serangan dari jentera BN tetapi dari agensi kerajaan.

"Ketabahan yang beliau tunjukkan ini merupakan satu permulaan baik untuknya bagi meneruskan perjalanan politik pada masa akan datang," katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai peratusan keluar mengundi yang merosot iaitu hanya 66.5 peratus sahaja, beliau berkata jangan selesa dengan keputusan PRU13 lalu

"Ini suatu peringatan kepada pengundi walaupun di mana sahaja, kita jangan berasa selesa bila melihat majoriti yang tinggi diperolehi pada pilihan raya umum  yang lepas.

"Setiap pengundi perlu keluar dan balik bila adanya PRK, kemenangan dahulu tidak boleh menjamin kemenangan akan datang, saya harap ini dapat memberi pengajaran," sambung beliau. - HARAKAHDAILY 31/5/2014

Kanak-kanak maut jatuh di pasar raya

Written By canang on Ahad, 1 Jun 2014 | 6/01/2014 10:07:00 PG

KUALA LUMPUR – Cuti sekolah sebuah keluarga bertukar menjadi mimpi ngeri apabila seorang anak perempuan mereka berusia enam tahun terjatuh dari tingkat tiga di sebuah pusat membeli belah terkenal di ibu negara kira-kira jam 2 petang, hari ini.

Insiden menyayat hati itu disedari kakitangan pembersihan ketika sedang menjalankan tugas dan melihat kepala kanak-kanak perempuan tersebut hancur selepas terhempas ke lantai.

Ibu bapa mangsa kelihatan meraung di samping jasad anak mereka sambil berkali-kali menyebut anaknya mereka baru sahaja masuk darjah satu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan kejadian itu dan polis akan memaklumkan kepada umum perkembangan tentang kes itu dalam masa terdekat.

Ahad, 1 Jun 2014


NGO akan teruskan saman terhadap Cadbury, dakwa kenyataan Majlis Fatwa mengelirukan



Biarpun dengan kenyataan terbaru Majlis Fatwa Kebangsaan, Presiden JMM Aswanddin Hamzah menyatakan mereka akan meneruskan saman berdasarkan kenyataan pertama yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim). – Gambar The Malaysian Insider, 1 Jun, 2014.  
Biarpun dengan kenyataan terbaru Majlis Fatwa Kebangsaan, Presiden JMM Aswanddin Hamzah menyatakan mereka akan meneruskan saman berdasarkan kenyataan pertama yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim). – Gambar The Malaysian Insider, 1 Jun, 2014. Meskipun Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan bahawa produk Cadbury adalah halal dimakan sebelum disahkan  mengandungi Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi,  NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) tetap akan meneruskan saman terhadap syarikat tersebut.
Presiden JMM, Aswanddin Hamzah menyatakan biarpun dengan kenyataan terbaru Majlis Fatwa Kebangsaan itu, mereka akan meneruskan saman berdasarkan kenyataan pertama yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).
"Ya, kita tetap akan meneruskan saman terhadap Cadbury walaupun dengan perkembangan baru, namun kita akan mengikut berdasarkan kenyataan pertama KKM yang mengesan kandungan DNA babi itu dan Jakim yang mengakui hal itu," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata hasrat untuk meneruskan saman itu juga bertujuan untuk memberikan satu bentuk hukuman kepada syarikat tersebut memandangkan arahan penarikan balik produk itu dilihat masih belum mencukupi
"Kita sedia maklum tentang arahan itu, ada tindakan, namun bagi kita, ia tidak memadai kerana selepas pengesahan kandungan DNA babi itu, syarikat tersebut sehingga hari ini masih tidak mengesahkan perkara tersebut.
"Jadi biarlah saman ini dilihat sebagai satu bentuk hukuman kepada syarikat tersebut dan dilihat sebagai pengajaran dalam isu ini," katanya.

Katanya lagi, dalam isu produk coklat itu, pengesahan yang diberikan KKM itu disifatkan sangat cukup dan sahih tanpa memerlukan pengesahan daripada Jakim, memandangkan ia dikeluarkan sendiri oleh badan kerajaan.
"Sebenarnya tidak perlu pun hendak tunggu pengesahan, jika KKM keluarkan, maksudnya sahih dan memang ada, kalau dari badan luar memang akan ada sedikit keraguan, namun ia daripada kerajaan sendiri yang tidak ada kepentingan untuk mereka," katanya.
Selain itu, beliau turut menolak kritikan daripada sesetengah pihak yang mengganggap tindakan saman itu sebagai perbuatan mengikut emosi dan keterlaluan dengan menganggap ia hanya dibangkitkan oleh kumpulan kecil.
"Kita mengambil pendirian untuk tidak kisah dengan kritikan itu kerana mereka hanya kumpulan majoriti kecil, apa yang kita tahu, dalam laman web sudah lebih daripada 40,000 pengguna bersetuju dengan tindakan saman," katanya
Aswanddin juga mendakwa JMM merasakan terdapatnya unsur salah guna kuasa dalam isu kandungan DNA babi pada coklat Cadbury, dan dengan itu akan bertindak menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menggesa siasatan dijalankan.
Malah, beliau juga menyelar kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana ia hanya lebih mengelirukan umat Islam di negara ini mengenai isu terbabit.
"Bagi saya, kenyataan Majlis Fatwa itu dengan menyatakan ia halal dimakan sangat mengelirukan umat Islam, kerana semua orang tahu hukumnya sekiranya kita tidak tahu makanan yang kita makan halal atau tidak ia tidak sah, namun mereka tidak menjawab tentang isu ini yang sebenarnya.
"Kita juga merasa hairan apabila syarikat itu sehingga kini berdolak-dalih dengan tidak memberi kenyataan sahih mengenai produk mereka," katanya.
Antara lain, beliau juga menyelar sistem Jakim  yang lemah dalam pengurusan pemberian sijil halal makanan di negara ini apabila jabatan itu sehingga kini masih tiada makmal sendiri untuk menguji produk makanan.
"Sehingga kini Jakim hanya bergantung kepada jabatan kimia, sepatutnya mereka perlu mempunyai makmal sendiri yang terdiri daripada golongan profesional dan kita tidak ada langsung pakar halal untuk memastikan ia diuruskan secara efektif," katanya.
Khamis lalu, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata  hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi  (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu "halal dimakan".
Katanya, ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.
DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazelnut bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 November 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Januari 2015.
Ia mencetuskan kemarahan selain daripada tindakan saman oleh beberapa NGO di negara ini, terdapat sesetengah pihak menyuarakan Islam yang makan coklat itu sebelum ini perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.
Beliau berkata pendekatan hukum yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu adalah selaras dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah dan tidak membebankan umatnya dalam kedaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari sehingga menyukarkan kehidupan seperti pencemaran DNA babi dalam produk makanan seumpama ini.
JMM antara berpuluh NGO Islam lain yang menyatakan akan memfailkan saman bernilai RM100 juta terhadap syarikat Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd (Cadbury) ekoran penemuan (DNA) babi pada dua produk keluaran syarikat terbabit pada 26 Mei lalu.

Azwanddin berkata, saman itu turut mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) sebagai mewakili pengguna Islam di negara ini bagi menuntut keadilan terhadap tindakan syarikat berkenaan yang tidak sensitif apabila sengaja menganiaya dan menghina umat Islam di negara ini dengan mencampurkan DNA babi di dalam produk mereka.

‘Ayah baru sudah tengok berita dalam Aljazeera’

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi sempat meluangkan masa beberapa minit berbual dengan bapanya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Istanbul, Turki.

Menulis di dalam facebooknya, beliau sampai pukul 6.00 petang waktu Turki dan terus ke hospital untuk menziarahi ayahanda Presiden PAS.

“Alhamdulillah keadaannya bertambah baik. Masa saya masuk dalam wad, beliau sedang duduk atas kerusi dan sambil tersenyum dia berkata dengan bersemangat, "Ayah baru sudah tengok berita dalam Aljazeera".

“Alhamdulillah saya sempat meluangkan masa beberapa minit berbual sebelum beredar untuk memberikan masa kepadanya berehat,” tulisnya lagi.

Presiden PAS dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul kelmarin akibat masalah kesihatan. - HARAKAHDAILY 1/6/2014

Peniaga nafi terlibat kes kematian anggota polis

BERNAMA | .
GEORGE TOWN: Dua peniaga hari ini menafikan dakwaan mereka terlibat dalam kes anggota Unit Rondaan Bermotosikal Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, yang meninggal dunia selepas motosikalnya dirempuh kereta penjenayah di Parit Buntar, Perak 26 Mei lepas.
  
Peniaga pakaian, Azhar Ramli, 40, berkata beliau berada di rumahnya di Taman Cenderawasih, Butterworth dekat sini ketika kes itu berlaku dan terkejut apabila diberitahu gambarnya tersebar meluas di laman sosial sebagai suspek yang dikehendaki polis sehari selepas kejadian.

"Adik ipar (lelaki) saya yang beritahu. Dalam Whatsapp dan Wechat pun orang ada sebar juga. Paling menyedihkan ialah apabila pengguna facebook dan bloggers hentam, maki hamun dah ugut kami macam-macam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu peniaga barangan lusuh Mohd Nizam Ali Hassan, 39, berkata walaupun laporan polis telah dibuat pada 27 Mei lepas gambar mereka terus dikongsi pengguna laman sosial dan masih menerima komen negatif berunsur ugutan sehingga ke hari ini.

Beliau berkata hidupnya kini tidak tenteram dan bimbang keselamatan keluarganya terancam apabila gambar yang tersebar turut mempunyai alamat lengkap rumahnya.
    
Pada 28 Mei lepas, Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mat Fauzi Nayan menafikan pihaknya ada mengeluarkan gambar dua peniaga berkenaan dan mengingatkan orang amai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan terlebih dulu.

Azhar dan Mohd Nizam berkata mereka mengenali antara satu sama lain sejak kecil dan hairan bagaimana boleh dikaitkan dengan kes itu sedangkan mereka mendakwa tidak pernah memiliki kereta Toyota Wish seperti digunakan penjenayah terbabit.

Mereka berdua turut meminta pihak berkuasa menyiasat jika terdapat penglibatan pihak polis sendiri dalam penyiaran gambar berkenaan dan mempersoalkan bagaimana maklumat peribadi sedemikian boleh didedahkan sewenang-wenangnya. - Bernama

Saya redha apa yang berlaku - bapa Nurul Emielda Nadia

BERNAMA | .
PETALING JAYA: Bapa kepada kanak-kanak malang, Nurul Emielda Nadia Sallehuddin, 7, berkata beliau redha dengan kematian anaknya akibat terjatuh dari tingkat tiga sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur semalam.
  
"Saya redha dengan apa yang berlaku dan semua sudah jelas dalam akhbar, tolong hormati perasaan saya," katanya ketika ditemui di Ruang Menunggu Bahagian Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini.
  
Jenazah Nurul Emielda Nadia telah dimandi dan disembahyangkan di surau PPUM pada pukul 2 petang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Puncak Alam.
  
Suasana pilu menyelubungi kawasan unit Forensik di hospital itu apabila ia dipenuhi dengan saudara mara dan rakan-rakan Sallehuddin.

Dalam kejadian semalam, Nurul Emielda Nadia maut setelah parah akibat terjatuh dari tingkat tiga di pusat membeli-belah berkenaan.

Polis mengesahkan kanak-kanak itu mati akibat kecederaan pada bahagian belakang kepala dan menyifatkan kes itu sebagai kematian mengejut. - Bernama
2 hrs ·

Tiada ulasan: